Anda di halaman 1dari 66

Menengah Tinggi Dua

Panduan Jawapan

Jawatankuasa Kurikulum Bersama


Jawatankuasa Kerja Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia
KANDUNGAN
Unit 1 Bumi Hijau Kita 1

Unit 2 Bertolak Ansur 8

Unit 3 Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 15

Unit 4 Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih 22

Unit 5 Sayangi Diri 28

Unit 6 Kemiskinan dan Masalah Sosial 35

Unit 7 Wayang Kulit dan Penglipur Lara 43

Unit 8 Kebebasan Bersuara di Parlimen 49

Unit 9 Sasterawan Negara 55

Unit 10 Interaksi Karya Sastera Tionghoa dengan


Sastera Melayu 61
Unit1 BUMI HIJAU KITA

1. Membaca dan Memahami


1. (a) membantutkan
(b) sama

2. Maksud rangkai kata penurunan kualiti berdasarkan penggunaannya dalam petikan


ialah pengurangan mutu.

3. 
Penggunaan polisterin dan plastik perlu diharamkan kerana tindakan ini dapat
mengurangkan sisa sampah dan menyelamatkan alam sekitar. Selain itu, polisterin
dan plastik memakan masa bertahun-tahun untuk terurai dan akan mengancam
hidupan laut yang sering menjadi mangsa pencemaran alam sekitar.

4. 
Cara-cara yang dicadangkan untuk mengatasi masalah korupsi dalam kalangan
mereka yang melakukan kesalahan mencemarkan alam sekitar ialah individu itu
hendaklah dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mencemarkan
dan memusnahkan alam, iaitu bukan sahaja menarik lesen perusahaan malah
mengharamkan mereka daripada aktiviti ekonomi yang berkaitan. Selain itu,
kerajaan hendaklah sentiasa memantau tindakan pegawai kerajaan supaya mereka
bersikap amanah dan tegas bagi memastikan undang-undang dikuatkuasakan secara
menyeluruh.

5. Sebagai penduduk bumi, kita bertanggungjawab untuk melindungi bumi kita daripada
pencemaran alam. Langkah yang dapat kita lakukan untuk melestarikan alam kita
yang indah ini adalah dengan sentiasa menggunakan bekas makanan sendiri ketika
membeli makanan supaya dapat mengurangkan penggunaan barang-barang plastik
dan polisterin. Selain itu, kita juga boleh melaporkan kejadian pembuangan sampah
secara haram kepada pihak berkuasa agar kejadian pembuangan sampah secara haram
dapat dihentikan.

1
2. Menulis

Pendahuluan
Petikan membincangkan cara-cara memulihara alam sekitar di negara kita.

Isi Tersirat
1. 
Masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup yang mengutamakan
penggunaan sumber.
2. Hutan perlu dipulihara dan diurus dengan baik.
3. 
Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan
pembalakan haram.
4. Pihak berkenaan mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh
negara.
5. Skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu diperluas.
6. Kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal.
7. Kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada peringkat sekolah, institusi pengajian
tinggi, dan masyarakat awam.
8. Kerjasama setiap individu dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

Isi Tersirat
1. dapat membekalkan oksigen yang mencukupi
2. dapat menghirup udara yang segar / nyaman
3. menjadi tempat rekreasi / riadah
4. dapat membekalkan sumber air yang bersih / selamat
5. menjadi punca pendapatan
6. menjadi kawasan yang selamat untuk didiami
7. keseimbangan ekosistem dapat dikekalkan

Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha memulihara alam sekitar agar khazanah
alam dapat dilestarikan.

2
3. Tatabahasa

3.1 Morfologi

3.1.1 Kata Hubung Gabungan

Gariskan setiap Kata Hubung Gabungan yang terdapat dalam petikan di bawah.

Laura dan Amy singgah di kedai runcit di hujung jalan itu untuk membeli aiskrim.
Mereka berasa haus dan penat selepas latihan bola tampar di sekolah tadi. Laura dan
Amy berjalan sambil berbual-bual. Mereka berbincang tentang pertandingan bola tampar
yang akan diadakan pada bulan hadapan.

“Adakah kamu sudah bersedia untuk bermain dalam pertandingan itu Amy?” Tanya
Laura.

“Saya sudah bersedia dan tidak sabar-sabar lagi untuk bermain,” kata Amy.

“Saya sudah lama menunggu peluang untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
bola tampar tetapi belum mendapat peluang. Syukurlah saya terpilih kali ini,” kata Amy
lagi.

“Kamu telah berlatih dengan bersungguh-sungguh, lebih-lebih lagi tiga bulan yang
terakhir ini, pastilah kamu akan terpilih,” kata Laura.

“Saya tidak sabar untuk memberitahukan berita gembira ini kepada emak saya.
Emak dan bapa serta abang saya pasti akan turut gembira apabila mendapat tahu bahawa
saya telah terpilih sebagai ahli pasukan bola tampar sekolah,” kata Amy.

“Begitu juga dengan keluarga saya,” kata Laura.

“Laura, sebenarnya saya juga bersyukur kerana kita berdua terpilih. Kita boleh
berkongsi pengalaman yang sama nanti, lagipun kita telah menjadi kawan baik dan

3
berkongsi pengalaman sejak dahulu lagi,” kata Amy.

“Saya pun berperasaan sama juga Amy. Kita berbual-bual lagi melalui telefon nanti
ya,” kata Laura sambil membuka pintu pagar rumahnya.

“Saya akan pergi ke pasar malam kemudian dengan abang saya. Kamu hendak ikut
tak?” Tanya Amy.

“Boleh juga, kita jumpa nanti ya. Saya masuk ke rumah dahulu,” kata Laura.

“Ya, jumpa lagi nanti,” kata Amy lalu membuka pintu pagar rumahnya yang terletak
bersebelahan dengan rumah Laura.

3.2 Sintaksis

3.2.1 Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini menjadi satu Ayat Majmuk Gabungan
dengan menggunakan Kata Hubung Gabungan yang sesuai tanpa mengubah
maksud dan struktur asalnya.

1. Jamal ingin melawat neneknya di kampung pada masa cuti sekolah nanti padahal
bapanya telah mendaftar rombongan lawatan sambil belajar ke Rusia.

2. Saya akan berada di rumah pada hujung minggu ini melainkan saya ada tugas yang
penting di tempat lain.

3. Penyanyi itu memetik gitarnya dengan perlahan-lahan sambil menyanyi dengan suara
yang lembut.

4. Pak Mat berjalan kaki pergi ke bandar padahal dia mempunyai kereta.

4
5. Hassan tidak mahu mengambil bahagian dalam mana-mana permainan bola maka
mereka menganggap Hassan ialah kaki bangku.

6. Pihak berkuasa melarang orang ramai membuang sampah di situ tetapi orang ramai
tidak mengendahkan larangan tersebut.

7. 
Para pengakap tidak menaiki bas ke kawasan perkhemahan sebaliknya mereka
menunggang basikal melalui jalan pintas ke sana.

8. Aminah dan adiknya akan menziarahi nenek mereka pada minggu hadapan di Kuala
Kangsar.

9. Kamu hendak menumpukan perhatian dalam pelajaran atau gagal dalam peperiksaan?

10. Penyanyi itu mempunyai suara yang merdu lagi bertenaga.

4. Sastera

1. (a) tingkah laku


(b) kemampuan

2. Maksud rangkai kata dapat menghidu berdasarkan penggunaannya dalam cerpen


ialah boleh mengesan.

3. 
Ciri-ciri yang menyebabkan hutan milik Pak Tua berpotensi untuk dijadikan
kawasan pelancongan ialah aliran sungai kecil di tengah hutan milik Pak Tua boleh
diperbesar untuk dijadikan kolam memancing ikan. Selain itu, kawasan hutan itu
juga mempunyai persamaan dengan kawasan pelancongan seperti Lembah Danum,
Sulaman Resort atau di Sukau yang berpotensi untuk menjadi kawasan pelancongan
yang membawa keuntungan.

5
4. Melati dan adik-beradiknya bercadang untuk menyelesaikan masalah modal bagi
menjadikan hutan milik bapa mereka sebagai kawasan pelancongan itu dengan cara
mengeluarkan modal bersama-sama untuk menjadikan usaha itu satu perniagaan
keluarga. Selain itu, mereka boleh membuat pinjaman daripada mana-mana institusi
kewangan kerana bidang itu bertepatan dengan imbauan Ketua Menteri yang mahu
pembangunan palancongan dibuat secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu di
pusat-pusat bandar.

5. Andaikan saya ialah ahli keluarga Melati, yang akan saya lakukan untuk menarik
minat pelancong datang ke kawasan pelancongan itu setelah kawasan itu dibangunkan
nanti adalah dengan menawarkan pakej perkhemahan yang menarik kepada pihak
yang berkaitan seperti sekolah atau badan-badan bukan kerajaan untuk menjalankan
aktiviti perkhemahan. Selain itu, saya juga akan menawarkan pakej inap desa yang
menarik kepada pelancong asing supaya mereka dapat menikmati kehidupan desa,
mengenali dan makan buah-buahan yang ditanam di sana.

5. Penterjemahan

A. Terjemahkan frasa bahasa Cina yang berikut kepada frasa bahasa Malaysia.

1. persekitaran hijau semula jadi


2. pengambilan tumbuhan secara haram
3. mempengaruhi persekitaran
4. hidup harmoni dengan alam semula jadi
5. ekologi hutan
6. sumber semula jadi
7. kawasan tadahan air
8. mengekalkan kawasan hijau yang sedia ada
9. nilai kehidupan

6
B. Terjemahkan ayat bahasa Cina berikut kepada ayat bahasa Malaysia.

1. Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) menutup Rover Forest Trail pada
Oktober tahun lalu dan mendirikan pintu gerbang pada 13 Jun untuk melarang
pengunjung masuk. Tindakan ini telah menarik perhatian mengenai pemusnahan
persekitaran hutan.

2. 
Sebagai aktiviti pengeluaran yang paling primitif bagi manusia, pertanian
mempunyai hubungan yang paling rapat dengan persekitaran semula jadi. Pada
dasarnya, sebahagian besar tanah di setiap negara digunakan untuk pengembangan
pengeluaran pertanian. Oleh itu, pengeluaran pertanian menimbulkan cabaran besar
untuk perlindungan alam.

3. 
Ekologi hutan bukan sahaja memainkan peranan penting dalam keseimbangan
oksigen dan karbon dioksida malah juga merupakan kawasan tadahan air, habitat
bagi flora dan fauna, dan menyediakan banyak sumber semula jadi untuk manusia.

4. Hutan juga merupakan habitat bagi flora dan fauna. Jika persekitaran hutan terjejas,
kehidupan flora dan fauna juga akan terjejas dan seterusnya akan menyebabkan
masalah kepupusan spesies.

7
Unit2 BERTOLAK ANSUR

1. Membaca dan Memahami

1. (a) memindahkan
(b) menghalang

2. Maksud rangkai kata mengorak langkah berdasarkan penggunaannya dalam petikan


ialah mengambil tindakan.

3. Nirmala tidak sabar-sabar untuk berkenalan dengan dua orang budak perempuan itu
kerana dia berharap agar mereka menjadi kawan baiknya dan mereka boleh pergi ke
sekolah bersama-sama.

4. 
Perbuatan-perbuatan keluarga Julia yang dianggap tidak bertanggungjawab
terhadapa jiran mereka ialah meletakkan kereta di hadapan pintu pagar rumah
jirannya dan menghadang jiran mereka keluar masuk ke rumah. Selain itu, mereka
juga membaling kulit kacang ke halaman rumah jiran dan membiarkan air mengalir
dan membanjiri kebun sayur jiran mereka sehingga anak sayur mati.

5. Andai kata saya baru sahaja berpindah ke kawasan perumahan yang baharu, langkah
yang boleh saya ambil untuk menjalin hubungan baik dengan jiran-jiran baharu
saya adalah dengan memperkenalkan diri dan keluarga saya kepada jiran-jiran
saya serta mengekalkan hubungan baik dengan mereka. Selain itu, saya juga mesti
memastikan agar sekeluarga saya tidak melakukan perbuatan yang mengganggu
aktiviti harian jiran saya seperti memasang muzik dengan kuat, membuang sampah
ke kawasan rumah mereka, dan meletakkan kereta di hadapan pintu pagar rumah
mereka tanpa meminta keizinan mereka.

8
3. Tatabahasa

3.1 Morfologi

3.1.1 Kata Hubung Pancangan

Lengkapkan petikan yang berikut dengan Kata Hubung Pancangan yang tepat.

Munira mengelap peluh yang mengalir di pipinya dengan lengan baju. Dia mahu
menghabiskan kerjanya sebelum berehat. Dia akan berehat setelah siap menyusun semua
bungkusan itu ke dalam kotak. Dia berpendapat bahawa dia akan berasa lebih penat
semasa berehat nanti.

Munira ialah seorang gadis berusia 17 tahun. Dia belajar dalam tingkatan lima.
Dia akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun itu. Namun demikian, dia bekerja
secara sambilan di sebuah kilang biskut selepas waktu sekolah. Dia berbuat demikian
agar dapat membantu ibunya yang hanya bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran.

Munira sebenarnya bukanlah sengaja untuk bekerja ketika dia sepatutnya


menggunakan masa tersebut mengulang kaji pelajaran. Dia terpaksa bekerja sambil
belajar untuk mencari perbelanjaan rumah sejak bapanya meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu. Pendapatan ibunya yang hanya sebanyak
RM1800 sebulan itu tidak dapat menampung perbelanjaan bulanan keluarganya yang
sebanyak tujuh orang itu.

Adik perempuan Munira yang berumur 16 tahun bekerja di sebuah gerai


buah-buahan selepas waktu sekolah manakala abang Munira bekerja di sebuah pusat
tuisyen berhampiran dengan kawasan perumahan mereka. Dia memberikan kelas
tuisyen kepada pelajar sekolah menengah sementara menunggu keputusan Peperiksaan
Bersama (UEC) sebelum melanjutkan pelajarannya ke universiti.

9
Sebenarnya, ibu Munira tidak menggalakkan dia untuk bekerja di kilang
tersebut. Dia berpendapat bahawa pendapatannya sudah mencukupi untuk menampung
perbelanjaan mereka sekeluarga. Dia juga bercadang untuk menanam sayur-sayuran di
belakang rumah kendatipun dia berasa penat selepas bekerja sepanjang hari. Dia rela
berpenat lelah agar anak-anaknya dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.

3.2 Sintaksis

3.2.1 Ayat Majmuk Pancangan

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu Ayat Majmuk
Pancangan dengan menggunakan Kata Hubung Pancangan yang sesuai tanpa
mengubah maksud dan struktur asalnya.

1. Suhaili sedang mengelap cermin tingkap bilik darjah manakala Zahara sedang
menyusun meja.

2. Saya tidak akan berhenti daripada menyertai pertandingan menguji bakat itu sehingga
saya terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan tersebut.

3. Kek lapis yang mahal itu hanya dijual di kedai-kedai tertentu.

4. Orang ramai sedang sibuk membeli-belah ketika segerombolan perompak menyerbu


pasar raya itu.

5. Hassan memberitahu mereka bahawa dia akan mula bercuti pada minggu hadapan.

6. Pihak berkuasa memberikan amaran kepada orang ramai agar berhati-hati kepada
penipu yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

7. Kami berbual-bual di bawah pokok yang rendang sementara menunggu latihan bola
sepak bermula.

10
8. Budak-budak itu masih bermain kejar-kejar di tengah padang kendatipun hari sudah
lewat petang.

9. Johari membeli sebuah anak patung dari kedai itu untuk dihadiahkan kepada adik
bongsunya.

10. Amin sedang tidur dengan lena ketika pencuri masuk ke rumahnya melalui tingkap
yang terbuka luas.

3.2.2 Ayat Majmuk Campuran

Bina satu Ayat Majmuk Campuran daripada kata-kata yang berikut untuk
menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau Kata Nama Khas.

1. Budak yang nakal itu menjerit dengan kuat sambil menghempaskan barang-barang
permainannya ke lantai tetapi tindakan itu tidak dipedulikan oleh ibu bapanya.

2. Aimee dan suaminya akan pergi bercuti ke Itali pada hujung tahun ini jika suaminya
mendapat cuti.

3. Gadis yang berbaju biru itu tetap berdegil untuk balik ke rumah walaupun telah
dinasihati oleh ibu bapanya.

4. Pak Mamat memarahi budak-budak yang sedang bermain bola itu kerana mereka
bermain di tepi jalan raya.

5. Mereka berkawan baik semenjak sekolah rendah tetapi terpaksa berpisah kerana
melanjutkan pelajaran di universiti yang berbeza.

11
Budak-budak itu berbual-bual sambil bermain di perhentian bas sementara
6. 
menunggu kedatangan bas.

7. Junid dilarang pergi ke sekolah hari ini kerana demam tetapi dia enggan kerana
hendak menduduk ujian lisan.

8. Ketua kampung itu berkata bahawa dia dan isterinya akan mengajar anak-anak muda
di kampung mereka menjalankan pertanian organik secara percuma.

Pegawai itu menerangkan bahawa kerajaan bercadang untuk membina pusat


9. 
beli-belah di tepi pantai itu tetapi dibantah oleh penduduk sekitarnya.

10. Suresh dan kawannya akan mendaki bukit itu pagi esok walaupun hujan ribut
diramalkan akan turun.

4. Sastera

1. (a) dibuka
(b) pesanan

2. 
Maksud rangkai kata meluluskan maksud berdasarkan penggunaannya dalam
petikan ialah membenarkan permintaan.

3. Rupa dan ciri-ciri isteri Khoja Maimun adalah cantik, molek, muda, dan berkelakuan
baik.

4. Perkara yang dilakukan oleh Bibi Zainab semasa berada di tingkap mahligainya
ialah dia duduk di tingkap mahligai beliau sambil berangan-angan serta memandang
pada jalan. Dia terpandang anak raja di dalam negeri itu berkuda hampir dengan
mahligainya.

12
5. Andaikan saya ialah perempuan tua itu, adalah tidak wajar saya menyampaikan
perintah anak raja tersebut kerana perintah tersebut berkehendakkan isteri Khoja
Maimun berlaku curang dan mungkin menyebabkan dia bercerai dengan suaminya.
Selain itu, perbuatan itu juga ialah perbuatan yang salah dan tidak bermoral kerana
mendesak orang berbuat jahat.

5. Penterjemahan

A. Terjemahkan frasa bahasa Cina yang berikut kepada frasa bahasa Malaysia.

1. bertoleransi
2. percanggahan
3. salah faham
4. bertolak ansur
5. bertikam lidah
6. perkara yang remeh-temeh
7. berfikiran luas
8. bersikap elegan
9. menerima dengan rendah hati
10. masyarakat harmoni yang bersefahaman dan bertoleransi

B. Terjemahkan ayat bahasa Cina yang berikut kepada ayat bahasa Malaysia.

1. Orang yang tahu bertoleransi tidak akan memaksa orang lain untuk bersetuju dengan
pandangannya kerana pada masa anda mempunyai idea, anda juga telah mendapat
beribu-ribu pendapat orang lain.

13
2. Keharmonian sesama manusia ialah asas keharmonian sosial. Pembinaan masyarakat
yang harmoni bermula daripada peningkatkan kualiti rakyat.

3. Masyarakat yang harmoni bukan masyarakat yang tidak mempunyai konflik dan juga
bukan masyarakat yang mesra semata-mata. Masyarakat harmoni ialah masyarakat
yang dapat mengesan konflik yang tepat pada masanya dan dapat menyelesaikan serta
meleraikan konflik dengan betul dan baik demi mencapai keseimbangan kepentingan
bersama.

4. Di bawah syarat pasaran ekonomi sosialisme, kesamarataan, keadilan, kesaksamaan,


dan kecekapan serta konsep moral yang lain sedang dibentuk. Pada masa yang sama
wujud juga banyak kepincangan moral, sifat materialistik, gaya hedonisme, dan
individulisme yang semakin berleluasa.

14
HARI BAHASA IBUNDA
Unit3 ANTARABANGSA

1. Membaca dan Memahami


1. (a) takut
(b) amanat

2. Maksud rangkai kata pendedahan awal berdasarkan penggunaannya dalam petikan


ialah pengetahuan semasa muda.

3. Lee Han Yang mengatakan bahawa program yang disertainya itu sangat bermakna
kepada dirinya kerana dia berpeluang untuk berkongsi idea dan pandangan dengan
pelajar-pelajar berbangsa Melayu dan India yang datang daripada latar belakang
kehidupan dan budaya yang berbeza. Selain itu, mereka bekerjasama untuk
menyiapkan karya kolaj kumpulan mereka.

4. 
Aktiviti yang diadakan sepanjang Karnival Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
berlangsung ialah Pertandingan Seni Kolaj, bermain permainan tradisional
pelbagai kaum di Malaysia dan juga orang asal, mencuba teknik menulis kaligrafi
pelbagai kaum, dan persembahan kalam berirama daripada tiga buah sekolah yang
masing-masingnya mewakili kaum Melayu, kaum Cina, dan kaum India.

5. Andaikan saya ialah pengerusi Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya, aktiviti yang
boleh saya jalankan untuk memupuk semangat mencintai bahasa dalam kalangan
pelajar sekolah saya adalah dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik berkaitan
dengan bahasa dalam kalangan pelajar seperti kuiz, teka silang kata, deklamasi sajak,
dan berbalas pantun. Selain itu, saya akan mengadakan lawatan persahabatan ke
sekolah-sekolah yang berdekatan dengan sekolah saya untuk mengadakan aktiviti
dengan Persatuan Bahasa Melayu di sekolah-sekolah tersebut.

15
2. Menulis

Pendahuluan
Petikan membincangkan kebaikan/manfaat/kepentingan/kelebihan pembelajaran
komponen sastera (KOMSAS) di sekolah.

Isi Tersurat
1. menjadikan pendidikan bahasa Melayu semakin meluas
2. meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar
3. melahirkan pelajar yang menghargai karya-karya sastera
4. pelajar dapat memperluas perbendaharaan kata
5. membantu pelajar meningkatkan kemahiran berbahasa
6. memberikan banyak pengajaran kepada pelajar
7. pelajar menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan sebagai warisan bangsa
8. mematangkan pelajar dalam kemahiran berfikir dan berkomunimkasi

Isi Tersirat
1. mengadakan pertandingan KOMSAS di sekolah
2. mengadakan bengkel penulisan karya sastera di sekolah
3. mengadakan minggu kesusasteraan
4. memperbanyak karya sastera di perpustakaan sekolah

Kesimpulan
Kesimpulanya, pembelajaran KOMSAS haruslah lebih kreatif agar melahirkan pelajar
yang bersahsiah tinggi.

16
3. Tatabahasa

3.1 Morfologi

3.1.1 Kata Tugas

Bina ayat daripada Kata Tugas yang berikut untuk menunjukkan anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
Kata Nama Khas.

1. Encik Ali telah menjalani pembedahan jantung pada minggu yang lalu di Hospital
Puan Aminah.

2. Rahimah hendak menyertai pertandinagn mencipta logo hari kebangsaan anjuran


sekolahnya.

3. Kamu mesti dapat melakukan tugasan itu dengan baik jika kamu berusaha
bersungguh-sungguh.

4. Ramu dan keluarganya sedang hendak bertolak ke Port Dickson apabila hujan mula
turun dengan lebat.

5. “Apatah yang akan kamu lakukan jika gagal dalam peperiksaan,” kata emak kepada
anaknya yang pemalas itu.

6. “Dialah yang mengambil buku saya tadi,” kata Junaidi kepada Cikgu Aishah.

7. Budak kecil itu tidak dapat mengangkat meja yang berat itu.

8. “Cara ini bukan cara yang betul untuk membuat kuih lapis,” kata Mak Limah.

9. Dia ialah pelajar yang terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan merentas
desa itu.

10. Tugas kamu adalah untuk mencuci pinggan mangkuk yang kotor dan menyusunnya
di dalam almari.

17
3.2 Sintaksis

3.2.1 Analisis Ayat

Baca petikan di bawah dengan teiti, kemudian gariskan kesalahan penggunaan


Kata Bantu, Kata Nafi, dan Kata Penegas, kemudian tuliskan jawapan yang betul
dalam ruang yang disediakan.

Dalam abad ke-21 ini, amalan membaca telah semakin diabaikan. Fenomena ini
berlaku selaras dengan perkembangan teknologi terutamanya penciptaan komputer dan
telefon. Sebenarnya, membaca adalah salah satu cara yang dapat kita lakukan untuk
memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Amalan membaca juga dapat mempercepat
usaha kerajaan untuk merealisasikan wawasan sebagai negara maju melalui pembentukan
rakyat yang berilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian, pelbagai modus operandi
perlu dilakukan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Bak kata pepatah ‘bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Ibu bapa memainkan
peranan yang signifikan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak.
Menurut Confucious, ‘keluarga ialah unit asas pembentukan masyarakat’. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak seperti
membaca buku bersama-sama anak. Ibu bapa juga boleh membeli bahan bacaan untuk
anak supaya dapat meningkatkan minat anak dalam pembacaan. Oleh hal yang demikian,
amalan membaca akan dicontohi apabila dilihat oleh orang lain. Tegasnya, ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk amalan membaca.

Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan penting dalam usaha memupuk
minat membaca dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana remaja
menghabiskan masa enam jam di sekolah setiap hari. Pada masa inilah tanggungjawab
memupuk minat membaca terletak pada bahu guru dan bukannya ibu bapa.
Guru-guru dapat menarik minat mereka terhadap sesebuah buku dan secara tidak
langsung menimbulkan keinginan mereka untuk membaca buku tersebut. Di samping itu,
perpustakaan juga perlu dilengkapkan dengan bahan bacaan yang ada terkini. Persatuan

18
yang berkaitan perlu giat menjalankan aktiviti yang menjurus kepada aktiviti membaca.
Selain itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen yang berkenaan supaya dapat
memupuk amalan membaca. Justeru, pameran buku juga perlu dianjurkan oleh pihak
penganjur. Pameran buku merupakan salah satu cara untuk memupuk budaya membaca
dalam kalangan masyarakat. Bagi golongan miskin, kerajaan boleh memberikan buku
percuma supaya golongan miskin juga boleh mendapat pengetahuan yang banyak.
Izharnya, pihak kerajaan haruslah melakukan banyak usaha supaya amalan ini dapat
dipupuk dalam diri masyarakat bagi melahirkan masyarakat yang berilmu.

3.3 Peribahasa

Lengkapkan petikan yang berikut dengan menggunakan peribahasa yang terdapat


dalam buku teks Menengah Tinggi Dua muka surat 68.

1. anak buah
2. tuan rumah
3. berbesar hati
4. Sediakan payung sebelum hujan
5. biar mati anak, jangan mati adat

4. Sastera

1. (a) kawan
(b) teladan

2. 
Maksud rangkai kata tahukan setiap seteru berdasarkan penggunaannya dalam
gurindam ialah faham akan muslihat musuh.

19
3. Ciri-ciri orang yang dicadangkan untuk dicari oleh penulis ialah kawan baik yang
boleh dijadikan teladan dan guru bijak yang dapat mengajar muridnya menilai baik
dan buruk sesuatu perkara, dan isteri baik yang selalu taat kepada suami.

4. Pada pendapat penulis, sahabat yang boleh menjadi ubat perlu dicari kerana sahabat
seperti ini akan membantu kita apabila kita mengalami masalah dan kesusahan.
Sahabat seperti ini juga akan dapat memberikan nasihat dan pandangan yang bernas
dan rasional kepada kita dan bukannya mengapi-apikan kita apabila kita menghadapi
kesusahan.

5. Andaikan saya telah diberitahu oleh seseorang bahawa saya tidak mempunyai sikap
seorang kawan yang baik, perubahan-perubahan yang dapat saya lakukan untuk
menjadi kawan yang baik adalah untuk mengenal pasti sikap yang tidak baik dan
mengubah sikap tidak baik tersebut. Selain itu, saya akan memilih kawan-kawan
yang bersikap baik sahaja supaya saya dapat mencontohi dan mendapat kebaikan
daripada mereka.

5. Penterjemahan

A. Terjemahkan frasa bahasa Cina yang berikut kepada frasa bahasa Malaysia.

1. warisan dunia
2. pendidikan berkualiti
3. bahasa tanpa sempadan
4. tidak meninggalkan sesiapa pun
5. alat untuk berhubung dengan dunia
6. bahasa ibunda akan menemani kita sepanjang hidup
7. bahasa ialah sifat dan asas yang diperlukan oleh sesuatu kaum
8. seseorang yang kehilangan bahasa adalah seperti orang yang kehilangan jiwa

20
B. 
Terjemahkan petikan bahasa Cina yang berikut kepada petikan bahasa
Malaysia.

1. Bahasa ibunda juga dikenali sebagai bahasa pertama, iaitu satu atau beberapa bahasa
yang paling awal didekati, dipelajari, dan dikuasai selepas seseorang dilahirkan.

2. Menurut statistik daripada UNESCO, setiap dua minggu terdapat satu bahasa yang
hilang di dunia.

3. Pelajar terutamanya pelajar peringkat sekolah menengah digesa selain menumpukan


pembelajaran sepenuhnya pada masa yang sama mereka juga tidak lupa mempelajari
bahasa ibunda sendiri.

4. Hari ini ialah Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa. Sambutan ini diadakan adalah
untuk mempromosikan kepelbagaian bahasa dan budaya oleh UNESCO. Walaupun
terdapat lebih daripada 6000 jenis bahasa di dunia pada masa ini, tetapi bahasa yang
aktif adalah tidak banyak.

5. Dianggarkan bahawa terdapat lebih daripada 6000 bahasa yang masih digunakan
di dunia. Antaranya sekurang-kurangnya 43% ialah bahasa yang mengalami
kepupusan. Sistem pendidikan dan bidang awam hanya menggunakan beberapa ratus
jenis bahasa manakala penggunaan bahasa dalam dunia digital pula lagi sedikit.

21
HENDAK SERIBU DAYA
Unit4 TAK HENDAK SERIBU
DALIH

1. Membaca dan Memahami

1. (a) tumpuan
(b) pembiayaan

2. Maksud rangkai kata memandang ringan berdasarkan penggunaannya dalam petikan


ialah tidak mengambil berat.

3. Cara-cara belajar yang dilakukan oleh Aimee dan rakan sekelasnya untuk menghadapi
peperiksaan percubaan UEC ialah mereka sering membuat perbincangan di dalam
kelas. Selain itu, Cikgu Riduan juga sering mengadakan kelas tuisyen untuk mereka.

4. Aimee bercadang untuk berhenti sekolah selepas mendapat keputusan peperiksaan


percubaan UEC kerana dia berasa terkejut dan sedih atas keputusan peperiksaanya
yang sungguh tidak memuaskan. Selain itu, dia juga tidak sanggup menerima
kegagalan dalam peperiksaan UEC nanti.

5. 
Andaikan rakan sekelas saya yang selalu gagal dalam ujian dan peperiksaan
mengambil keputusan untuk berhenti sekolah kerana dia telah tawar hati
untuk belajar, sebagai sahabat yang prihatin, langkah yang dapat saya lakukan
untuk menolongnya adalah dengan menasihatinya bahawa kegagalan bukanlah
sesuatu perkara yang berkekalan dan perbuatan berhenti sekolah tidak akan dapat
menyelesaikan masalahnya. Selain itu, saya akan membantunya untuk mengenal pasti
punca kegagalannya dan mencarikannya cara belajar yang bersesuaian dengannya
agar dia dapat mencapai kejayaan.

22
3. Tatabahasa

3.1 Morfologi
3.1.1 Kata Sendi Nama

Bina satu ayat daripada setiap Kata Sendi Nama yang berikut untuk menunjukkan
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau Kata Nama Khas.

1. Pak Samad menebang pokok yang tumbang itu dengan sebilah kapak.

2. Mereka berbual-bual sampai jam tiga pagi kerana terlalu lama tidak berjumpa.

3. Karnival Jualan Hebat ini akan dilanjutkan hingga minggu depan.

4. Pelancong yang tiba di Lapangnan Terbang Kuala Lumpur akan menjalani saringan
kesihatan di Dewan Bunga Raya.

5. Pada setiap hari Ahad, kami sekeluarga akan bersarapan bersama-sama.

6. Tulisan Jonna yang seperti cakar ayam itu selalu ditegur oleh guru supaya dia
membaiki tulisannya.

7. Mereka bermesyuarat untuk berbincang tentang cara-cara untuk mengatasi masalah


banjir yang sering berlaku di situ.

8. Mei Lan menjerit kegembiraan apabila menerima surat tawaran daripada Universiti
Malaya.

9. Kuih yang sedap itu dibuat oleh nenek saya.

10. Hidupnya umpama kanak-kanak sejak ditimpa kemalangan, semua aktiviti harian
perlu dibantu oleh ibunya.

23
3.2 Sintaksis
3.2.1 Kesalahan Umum Penggunaan Kata Sendi Nama

A. Betulkan kesalahan penggunaan Kata Sendi Nama dalam ayat-ayat di bawah.


Salin ayat-ayat itu semula dengan jawapan yang betul.

1. Perselisihan faham antara Jimmy dengan Simon telah berlarutan selama tiga bulan.

2. Polis dan tentera rela berkorban nyawa demi keselamatan seluruh rakyat.

3. Para penduduk kampung dikejutkan oleh bunyi letupan yang kuat pada awal-awal
pagi.

4. Bapa membeli sehelai baju kemeja untuk Ali sebagai hadiah hari jadinya.

5. Amin mendermakan semua alat permainannya kepada rumah anak-anak yatim.

6. Anita amat suka akan nasi goreng yang dimasak oleh emaknya.

7. Para peserta pertandingan itu telah berkumpul di pekarangan dewan sejak pagi tadi.

8. Mereka bermesyuarat hingga lewat malam untuk berbincang tentang isu rasuah.

9. Mak Minah memasukkan buku-buku itu ke dalam kotak yang besar.

10. Para penduduk di kampung itu sudi berbicara dengan Ahli Dewan Undangan
Negeri (DUN) untuk menyelesaikan masalah pembuangan sampah.

B. Lengkapkan petikan yang berikut dengan Kata Sendi yang tepat.

Maimunah tersenyum puas apabila melihat pokok-pokok terungnya sudah


berbunga. Dia akan dapat memetik dan menjual buah-buah terung di pasar beberapa
minggu lagi. Maimunah mencapai baldi kosong lalu berjalan ke kebun kecilnya di
halaman rumah. Dia hendak memetik buah tomato dan kacang panjang untuk dibawa ke
pasar nanti.

24
Maimunah mula mengusahakan kebun kecilnya itu sejak tahun lalu selepas dia
kehilangan pekerjaan rentetan daripada penutupan kilang tempat dia bekerja. Maimunah
hampir putus asa pada masa itu kerana kebetulan suaminya baru meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya. Dia cuba memohon kerja dari kilang-kilang yang lain namun
tidak berjaya kerana banyak kilang terpaksa ditutup untuk mematuhi Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan.

Maimunah mengambil keputusan untuk menanam sayur-sayuran di halaman


rumahnya yang hanya seluas sekangkang kera. Dia mengambil keputusan untuk
menggunakan botol-botol dan kotak-kotak kosong untuk mengatasi masalah kekurangan
tanah. Anak-anaknya menolong Maimunah bekerja di kebun itu selepas waktu sekolah.
Mereka bekerja secara rela hati tanpa disuruh kerana semuanya amat sayang akan ibu
mereka yang sangat rajin itu.

Kini, hasil pendapatannya mampu mencapai RM5000 sebulan berkat kecekalan


dan kerajinannya berkebun. Dia membekalkan sayur-sayurannya kepada penjual sayur
di pasar yang berdekatan. Dia juga menggunakan masa yang terluang untuk mengajar
jiran-jirannya tentang cara-cara berkebun. Dia berharap agar jiran-jirannya akan
mendapat kejayaan yang sama seperti yang dikecapi olehnya. Dia berpegang pada
prinsip ‘rajin dan usaha tangga kejayaan’.

4. Sastera

1. (a) bertemu
(b) kebiasaan

2. Maksud rangkai kata mengusik hati berdasarkan penggunaannya dalam petikan


ialah menyentuh perasaan.

25
3. Penulis berada di pejabat Syahid dan sedang berdiri di samping Farid semasa dia
diperkenalkan kepada Syahid.

4. 
Penulis berasa bahawa dirinya mengenali Syahid kerana wajahnya itu
benar-benar mirip Hisyam. Dia menganggap dirinya mula jatuh hati kepadanya
kerana keberaniannya telah mengusik hatinya. Selain itu, kumis Syahid yang kecil
bak satu garis hitam di atas bibirnya itu kelihatan agak lucu, bergerak-gerak apabila
dia bercakap, tetapi menimbulkan daya pesona.

5. Pada pendapat saya, sikap cepat mesra dan mudah menerima ajakan orang yang
baru dikenali satu tindakan yang tidak wajar kerana kita masih belum mengetahui
sifat sebenar orang tersebut dan mungkin dia akan membawa kita ke tempat yang
berbahaya. Selain itu, kita perlu memastikan bahawa keluarga kita mengenali
kawan-kawan kita sebelum menerima ajakan mereka agar keselamatan diri kita
terjamin.

5. Penterjemahan

A. Terjemahkan frasa bahasa Cina yang berikut kepada frasa Bahasa Malaysia.

1. jangan berputus asa


2. jangan memandang rendah kepada seseorang
3. harus mengalami pahit maung kehidupan pada usia muda
4. kehidupan yang susah akan menguatkan semangat kita
5. hidup merupakan satu pertarungan antara diri dengan diri sendiri
6. seseorang berjaya bukan kerana dia tidak pernah gagal, tetapi kerana dia tidak pernah
berputus asa
7. tiada kegagalan yang selama-lamanya, hanya tidak berjaya buat sementara waktu
8. selagi anda tabah, tiada matlamat yang mustahil untuk dicapai

26
B. Terjemahkan ayat bahasa Cina yang berikut kepada ayat bahasa Malaysia.

1. Masa depan kita, kita sendiri yang menentukannya, hargailah setiap peluang untuk
berjuang.

2. Di dunia ini tiada sesiapa pun yang boleh melakukan apa-apa dengan lancar sejak
dilahirkan, melainkan dia tidak berani untuk mencuba.

3. 
Hargai setiap saat kehidupan dan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk
mencapai impian kita. Tiada sesiapa yang dapat melakukan segala-galanya dengan
lancar, kita hendaklah mengalami dugaan barulah boleh mencapai kejayaan.

4. Kita hendak terus maju ke hadapan untuk mencapai matlamat atau kita hendak
menjadi gelandangan tanpa berbuat apa-apa. Kesemuanya bergantung pada
pengertian dan pengenalan kita tentang istilah perjuangan kerana nasib ada dalam
tangan kita sendiri.

27
Unit5 SAYANGI DIRI

1. Membaca dan Memahami

1. (a) sedar
(b) terpengaruh

2. Maksud rangkai kata episod hitam berdasarkan penggunaannya dalam petikan ialah
tempoh gelap.

3. Yang menyebabkan Udin menyalahgunakan dadah ialah dia tertarik oleh ajakan
kawan-kawan. Selain itu, dia juga berasa lebih fokus dan bertenaga untuk bekerja
setelah mula mengambil syabu.

4. Yang menyedarkan Udin daripada kesalahannya ialah dia mahu berubah kerana
tidak mahu kehidupannya berterusan sebagai penagih dadah. Dia melepaskan diri
daripada terus melakukan kesalahan tersebut dengan cara menyerah diri secara
sukarela di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

5. Andaikan saya ialah Pengerusi Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya sekolah saya,
perkara yang dapat saya lakukan untuk memberikan kesedaran kepada rakan-rakan
saya tentang bahaya menyalahgunakan dadah adalah dengan menganjurkan aktiviti
berkaitan dengan bahaya dan kesan buruk daripada penyalahgunaan dadah. Selain itu,
saya juga akan menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun untuk memastikan
bahawa kawan-kawan sekolah saya dapat mengisi masa lapang mereka sepenuhnya
dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan tidak mempunyai masa terluang untuk
melakukan aktiviti tidak bermoral.

28
2. Menulis

Pendahuluan
Petikan membincangkan faktor-faktor/punca-punca anak mesti prihatin terhadap ibu bapa
yang lanjut usia.

Isi Tersirat
1. Tiba masanya anak-anak membalas jasa orang tua mereka
2. Mereka mudah mendapat serangan penyakit kronik
3. Anak-anak dapat membawa orang tua mereka menjalani pemeriksaan kesihatan
4. Mereka memerlukan sokongan untuk bergerak di dalam atau di luar rumah
5. Ingatan mereka semakin lemah
6. Jika berlaku sesuatu kecemasan, keadaan akan menjadi semakin sulit
7. Pengabaian terhadap ibu bapa yang telah kesenjaan usia menyebabkan mereka berasa
seperti berhadapan dengan penghinaan daripada anak-anak

Isi Tersurat
1. Ibu bapa yang diabaikan akan hidup melarat
2. Mereka berasa sangat dihina apabila disisihkan oleh anak sendiri
3. Ibu bapa yang terbiar akan menghadapi penderitaan jiwa yang berat
4. Warga tua yang tersisih mungkin terpaksa mengemis untuk meneruskan kehidupan

Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap anak wajib memikul tanggungjawab mengurus kehidupan orang
tua mereka agar kehidupan orang tua sentiasa sejahtera.

29
3. Tatabahasa

3.1 Morfologi
3.1.1 Kata Hampir Sama Bunyi Tetapi Berlainan Makna

Bina satu ayat daripada setiap kata yang berikut untuk menunjukkan anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
Kata Nama Khas.

1. Siew Min berpakaian hitam kerana dia sedang berkabung atas kematian ayahnya.

2. Pasukan A dan pasukan B akan bergabung untuk menjalani latihan itu pada hari esok
kerana jurulatih Pasukan A tidak dapat hadir pada hari itu.

3. Maniam dan Raju pergi ke pawagam untuk menonton filem komedi itu.

4. Kai Meng terpaksa menuntun basikalnya balik ke rumah kerana tayar basikalnya
pancit.

5. Zahrul akan bertolak ke Amerika Syarikat pada minggu depan untuk mendalami ilmu
alam semesta di Universiti Princeton.

6. Kami akan menduduki peperiksaan semester kedua pada bulan hadapan.

7. Hubungan Maria dengan ibunya semakin jarang sejak ibu bapanya bercerai.

8. “Jangan lupa jerang air untuk membancuh kopi,” kata ibu kepada Maimunah.

9. Mak Minah menggunakan hampas kelapa untuk dijadikan makanan ayam.

10. Pintu itu awak hempas dengan kuat sehingga tertanggal.

30
3.1.2 Homograf

Bina dua ayat yang berlainan maksud dengan menggunakan setiap perkataan di
bawah untuk menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau Kata Nama Khas.

1. (a) Bunga-bunga di taman itu saya bela dengan penuh kasih sayang.
(b) Hang Jebat membunuh lelaki itu kerana hendak menuntut bela atas kematian
Hang Tuah.

2. (a) Pihak polis mengintai gerak-geri penagih dadah itu melalui sela semak-samun itu.
(b) Ayah membawa Jamal ke hospital untuk menjalani rawatan penyakit mata sela.

3. (a) Selak pada pintu itu telah rosak kerana dimakan anai-anai.
(b) Langsir tingkap itu aku selak apabila mendengar bunyi bising.

4. (a) Kami berteduh di Warung Pak Mat untuk menunggu hujan reda.
(b) Ya Allah, aku reda menerima segala yang Engkau tentukan.

5. (a) Kanak-kanak itu memakai gelang getah yang berwarna-warni di tangannya.


(b) Mak Minah dan anak-anaknya memetik gelang pasir untuk digoreng dengan ikan
kering petang nanti.

3.2 Sintaksis
3.2.1 Menggabungkan Ayat

Gabungkan ayat-ayat yang berikut supaya menjadi satu Ayat Majmuk tanpa
mengubah maksud asalnya.

1. Budak-budak itu masih berlatih di padang walaupun hujan mula turun dengan lebat
kerana pertandingan akhir akan diadakan pada mingggu depan.

31
2. Maria menyiram pokok-pokok bunga yang layu di taman itu kerana cuaca sangat
panas.

3. Lalat mengerumuni makanan yang basi dan tidak bertutup itu.

4. Bapa membeli sehelai baju kemeja berlengan panjang untuk Ali kerana dia akan
menghadiri temu duga pada minggu hadapan dan hendak berpakaian kemas pada
hari itu.

5. Amin amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ibu bapanya yang melarang dia
memandu kereta tanpa lesen.

6. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting kerana mereka merupakan orang
terdekat dengan anak-anak dan sepatutnya mendidik anak-anak untuk menghargai
dan mencintai alam sekitar.

7. Rakyat negara ini menyebabkan sungai kita tercemar kerana mereka menganggap
sungai seperti saliran membuang najis dan sampah.

8. Kita harus bersenam setiap hari supaya mempunyai badan yang sihat dan otak yang
cergas.

9. Mereka bermesyuarat semalam untuk membincangkan isu kecurian kerana isu itu
semakin berleluasa di kampung mereka.

10. Mak Minah memasukkan buku-buku itu ke dalam sebuah kotak yang besar kerana
buku-buku itu sangat banyak.

3.3 Peribahasa
Lengkapkan petikan yang berikut dengan menggunakan peribahasa yang terdapat
dalam buku teks Menengah Tinggi Dua pada muka surat 115.

1. bagai ikan pulang ke lubuk, batu penghalang, bagai pahat tidak ditukul tidak makan
2. gelora hidup, yang lama dikelek, yang baharu didukung

32
4. Sastera

1. (a) nilai
(b) pencapaian

2. Maksud rangkai kata ketentuan tuju berdasarkan penggunaannya dalam petikan ialah
kepastian arah.

3. Persoalan yang dicetuskan oleh penyajak berkaitan dengan cara mengisi kehidupan
remaja ialah kehidupan remaja dipenuhi kelalaian atau digunakan untuk menuntut
ilmu. Selain itu, kehidupan remaja penuh dengan cabaran dan dugaan.

4. Menurut penyajak, sikap dan nilai yang perlu ada dalam diri remaja ialah remaja perlu
teguh dengan pendirian, berani menghadapi cabaran, dan gigih menuntut ilmu. Selain
itu, remaja perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran
supaya kehidupan mereka tidak sia-sia.

5. 
Aktiviti yang akan saya lakukan pada cuti sekolah supaya masa saya tidak
tersia-sia adalah dengan menyertai aktiviti kesukarelawanan, contohnya saya akan
menjadi sukarelawan di rumah anak yatim supaya dapat membantu mereka yang
memerlukan bantuan di samping menimba pengalaman. Selain itu, saya akan
mengambil kesempatan masa terluang ini untuk banyak membaca bagi menambahkan
ilmu pengetahuan saya dalam pelbagai bidang. Dengan ini, saya akan mendapat
pelbagai maklumat.

33
5. Penterjemahan

A. Terjemahkan frasa bahasa Cina yang berikut kepada frasa bahasa Malaysia.

1. jangan mementingkan keangkuhan


2. semasa hidup, kita mestilah belajar mencintai nyawa
3. belajar menghargai diri sendiri, supaya dihargai oleh masyarakat
4. sayangilah diri sendiri, untuk menjadikan segala usaha itu bernilai
5. Jangan dengki, hasad dengki tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada kita dan
juga tidak akan mengurangkan pencapaian orang lain
6. apabila cinta menyelubungi hidup anda sedikit demi sedikit, jangan lupa untuk
mencintai diri sendiri
7. semua jalan boleh dilalui melainkan jalan untuk menamatkan nyawa; semua jalan
boleh dipilih, melainkan jalan yang sesat

B. 
Terjemahkan petikan bahasa Cina yang berikut kepada petikan bahasa
Malaysia.

1. 
Sesetengah orang semakin dihargai kerana keikhlasannya. Sesetengah perkara
semakin indah kerana saling menyentuh perasaan.

2. Jangan berputus asa sebelum sampai saat terakhir. Pencapaian yang kita peroleh pada
akhirnya bukanlah kerana nasib, tetapi hasil usaha yang sebelum ini. Kadang-kadang,
kita perlu bekerja keras pada awalnya untuk mencapai kejayaan pada akhirnya.

3. Dalam kehidupan, orang yang patut dihargai banyak dan orang yang tahu menghargai
juga tidak kurang. Sesetengah orang semakin dijauhi kerana tidak tahu menghargai,
sesetengah perkara pula semakin dilupakan kerana menganggapnya tidak penting.

34
KEMISKINAN DAN
Unit6 MASALAH SOSIAL

1. Membaca dan Memahami

1. (a) kemampuan
(b) mencegah

2. Maksud rangkai kata menyingkap kerapuhan berdasarkan penggunaannya dalam


petikan ialah mendedahkan kelemahan.

3. Halangan utama dalam pasaran pekerjaan bagi pekerja yang bekerja di kawasan
bandar ialah kekurangan kemahiran diri, keupayaan ke tempat kerja kerana masalah
pengangkutan, kemudahan penjagaan anak, dan masalah isu sosial.

4. Tindakan yang dilakukan oleh golongan yang kehilangan sumber pendapatan untuk
menampung kos hidup mereka adalah dengan mengurangkan perbelanjaan harian
dan bulanan, menggunakan simpanan, meminjam wang dan mungkin menggadaikan
aset tertentu untuk menampung kos hidup. Selain itu, mereka perlu berusaha untuk
mencari pekerjaan baharu.

5. Pada pendapat saya, langkah proaktif yang dapat dilakukan oleh seseorang untuk
keluar daripada masalah kemiskinan adalah dengan mendapatkan pendidikan
setinggi yang mungkin. Dengan ini, kita dapat menggunakan sijil pendidikan tersebut
untuk memohon pekerjaan yang memberikan ganjaran yang lebih tinggi. Selain itu,
kita juga boleh membaca untuk menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang
tertentu, misalnya pengetahuan dalam bidang pertanian, perniagaan, atau pembuatan
makanan tradisional supaya dapat memulakan perniagaan kecil-kecilan.

35
2. Menulis

Pendahuluan
Petikan membincangkan langkah-langkah memupuk pengurusan kewangan dalam
kalangan remaja di Malaysia.

Isi Tersurat
1. mengelakkan perbelanjaan yang tidak berkepentingan
2. harus melakukan tabungan yang sistematik dan berterusan
3. perlu mempraktikkan sikap berjimat cermat
4. perlu pandai mencari ruang menambahkan wang yang semakin susut
5. melakukan pembelian secara pukal
6. pemilihan kedai yang tepat untuk harga yang berpatutan
7. boleh menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapatan sampingan
8. boleh bekerja secara sambilan
9. menggunakan bakat serta kemahiran yang ada untuk mengambil upah

Isi Tersirat
1. menggelakkan pembaziran wang
2. mengurangkan beban hutang
3. mempunyai kewangan yang lebih stabil untuk menyambung pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi
4. meringankan beban ibu bapa
5. wang berlebihan dapat digunakan pada waktu kecemasan

Kesimpulan
Kesimpulannya, remaja perlulah menguruskan kewangan dengan cekapnya agar menjadi
pengguna yang bijak.

36
3. Tatabahasa

3.1 Morfologi
3.1.1 Kata Bilangan

A. Bina satu ayat daripada setiap Kata Bilangan yang berikut untuk menunjukkan
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau Kata Nama Khas.

1. Sesetengah orang tidak suka makan durian kerana baunya yang terlalu kuat.
2. Aina menggunakan separuh daripada pendapatan bulanannya untuk membayar sewa
rumah.
3. Judith mendapat tempat kelima dalam pertandingan mencipta logo itu.
4. Pak Mamat menjual berbagai-bagai jenis kuih tradisional dan kek.
5. Salim mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
6. Mereka tidak berjumpa selama bertahun-tahun kerana terpisah oleh peperangan.
7. Para peminat penyanyi itu berbaris berjam-jam untuk membeli tiket konsert penyanyi
itu.
8. Jamil menjual basikalnya kepada Suhaimi dengan harga seratus ringgit.
9. Guru perlu memastikan tiap-tiap pelajar diberi perhatian yang sama rata.
10. Jutaan manusia mengunjungi pusat pelancongan yang popular itu setiap tahun.

B. Lengkapkan petikan yang berikut dengan Kata Bilangan yang sesuai.

Mak Siti melihat jam tangannya. Sudah pukul lapan setengah namun kelibat
Mak Limah masih belum kelihatan. Semua pelanggannya sudah mula menanyakan nasi
lemak Mak Limah yang terkenal di seluruh pelosok Kampung Jaya Baru itu. Setiap pagi,
Mak Limah menghantar seratus bungkus nasi lemak yang dimasaknya ke Gerai Mak Siti
untuk dijual. Harga nasi lemak Mak Limah ialah RM1.50 bagi setiap bungkus.

37
Sebenarnya, Mak Limah bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah yang
terletak dua kilometer dari rumahnya. Dia menjual nasi lemak sebagai pendapatan
sampingan. Gaji dan hasil jualan nasi lemak itulah yang digunakannya untuk menyara
tiga orang anaknya yang kini belajar di sekolah menengah. Suami Mak Limah telah
meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Mak Siti pergi ke tepi jalan untuk melihat arah jalan yang selalu dilalui oleh
Mak Limah. Terukir senyuman pada bibir Mak Siti apabila melihat Mak Limah sedang
berjalan menuju ke arah gerainya sambil menjinjing bakul birunya. Mak Siti kagum
akan ketabahan sahabatnya itu. Dari kejauhan, jelas terlihat senyuman Mak Limah. Mak
Siti akui bahawa Mak Limah masih cantik walaupun usia mereka berdua sudah hampir
separuh abad.

Apabila tiba di hadapan Mak Siti, Mak Limah meminta maaf kerana lambat
menghantar nasi lemak. Mereka jalan beriringan ke gerai Mak Siti. Mak Limah
menjelaskan bahawa enjin motosikalnya tidak dapat dihidupkan walaupun dia telah
banyak kali mencubanya. Mak Siti mencadangkan agar Mak Limah membeli motosikal
baharu namun jawapan Mak Limah tetap sama. Dia tidak mahu membazirkan wang.
Dia menyimpan wang untuk keperluan persekolahan anak-anaknya. Lagipun, dia amat
sayang akan motosikal arwah suaminya. Petang nanti, dia akan menyuruh anak keduanya
membaiki motosikal itu.

3.1.2 Penjodoh Bilangan

Kenal pasti Penjodoh Bilangan yang terdapat dalam petikan kemudian bina ayat
anda sendiri dengan menggunakan Penjodoh Bilangan tersebut.

Ibu yang baru pulang dari pasar tamu menyuruh saya menyimpan barang-barang
yang telah dibelinya ke dalam peti sejuk. Saya menyimpan dua ekor ikan siakap yang
sederhana saiznya dan beberapa ekor udang harimau serta ketam ke bahagian dingin
beku. Kemudian, saya menyusun sepuluh butir telur ayam gred A di ruangan khas untuk
telur. Ibu membeli dua biji labu air, dua ikat sayur kalian, dan dua ikat sayur bayam

38
berserta tiga keping ikan masin. Selain itu, terdapat juga dua bungkus bebola ikan, tiga
ketul tauhu basah, dan tiga biji timun. Ibu juga membeli lima potong ikan salmon, lima
papan petai, dan dua naskhah surat khabar. Kesemua barang tersebut saya letakkan di
ruang simpanan yang sesuai di dalam peti sejuk manakala surat khabar itu diletakkan di
atas meja ruang tamu.

1. Mei Mei mempunyai dua ekor kucing Siam yang amat comel.

2. Budak itu meletakkan beberapa butir guli ke dalam akuarium itu supaya kelihatan
cantik.

3. Emak memberikan dua biji gula-gula kepada adik supaya dia berhenti menangis.

4. Bedah membeli dua ikat buah rambutan kerana anaknya sangat suka makan.

5. Saravanan membeli lima keping poskad untuk dikirim kepada kawan-kawannya.

6. Adik saya yang kecil itu mampu menghabiskan dua bungkus nasi lemak.

7. Tukang masak itu memasukkan beberapa ketul daging ke dalam mi goreng.

8. Saya mampu makan berpuluh-puluh biji bebola daging yang dibuat oleh ibu kerana
sangat sedap.

9. Setiap kali ke kedai kek pasti Mak Cik Salmah akan membeli dua potong kek untuk
cucunya.

10. Bapa membeli dua papan telur dari pasar untuk membuat kek.

11. Saya membeli dua naskhah majalah untuk diri saya.

39
3.2 Sintaksis

3.2.1 Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan dan Penjodoh Bilangan dalam Ayat

Kenal pasti kesalahan penggunaan Kata Bilangan atau kesalahan penggunaan


Penjodoh Bilangan dalam setiap ayat di bawah, kemudian baiki kesalahan tersebut.

No. Kesalahan Pembetulan


1. Seorang Seseorang
2. semua-semua peralatan semua peralatan
3. sepasang sapu tangan sehelai sapu tangan
4. kedua kedua-dua
5. beberapa ketul bintang beberapa butir bintang
6. segugus pisang emas sesikat pisang emas
7. dua setengah jam dua jam setengah
8. sebatang jagung setongkol jagung
9. dua ikat kiub pati ayam dua ketul kiub pati ayam
10. tempat satu tempat pertama

4. Sastera

1. (a) tingkah laku


(b) malapetaka

Maksud rangkai kata mengendurkan ketegangan berdasarkan penggunaannya


2. 
dalam petikan ialah mengurangkan kemarahan.

40
3. 
Jimah berharap kehadiran anak-anaknya dapat menggembirakan hatinya. Selain
itu, dia berharap mereka dapat membantu memberikan semangat kepadanya kerana
semangatnya sudah luntur. Jimah juga berharap agar mereka dapat membantunya
meringankan beban derita yang ditanggung olehnya.

4. Sikap Sani berdasarkan kata-kata Jimah adalah walaupun Sani ialah seorang anak
pungut tetapi dia lebih dekat dengan Jimah dan bapanya berbanding dengan semua
anak yang lain. Selain itu, dia tahu membalas kasih sayang dan budi yang diberikan
oleh Jimah dan suaminya.

5. 
Kebanyakan anak menjadikan kesibukan kerja sebagai alasan utama mereka
jarang-jarang menziarahi ibu bapa. Pada pendapat saya, perkara lain yang
mengekang seseorang untuk menziarahi ibu bapa mereka ialah sekolah belum
bercuti dan anak-anak mereka sendiri sibuk menghadiri kelas tambahan sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan. Selain itu, kemudahan asas yang tidak
mencukupi di kampung juga menjadi alasan kerana mereka sudah biasa hidup di
bandar yang mempunyai kemudahan lengkap terutamanya kemudahan Internet.

5. Penterjemahan

A. Terjemahkan frasa bahasa Cina yang berikut kepada frasa bahasa Malaysia.

1. miskin tegar
2. pendapatan merosot
3. masalah kemiskinan dan masalah sosial
4. kehilangan punca pendapatan
5. membasmi segala bentuk kemiskinan
6. pertumbuhan ekonomi biasanya dapat mengurangkan kemiskinan

41
7. pertumbuhan ekonomi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang bergaji
tinggi kepada golongan berpendapatan rendah
8. pada 22 Disember 1992, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan 17
Oktober setiap tahun sebagai Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa

B. 
Terjemahkan petikan bahasa Cina yang berikut kepada petikan bahasa
Malaysia.

1. 
Kerajaan harus mengambil tindakan menangani punca masalah kemiskinan,
mengenal pasti punca masalah ialah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah.

2. Kita sedia maklum bahawa banyak kawasan perumahan papan dianggap sebagai
haram, tetapi kita jarang memahami sebab dan akibat kawasan perumahan ini menjadi
rumah haram.

3. 
Untuk membasmi kemiskinan tegar di seluruh dunia dalam tempoh 20 tahun,
kira-kira 175 bilion dolar Amerika Syarikat terpaksa dibelanjakan pada setiap tahun.
Jumlah ini masih tidak mencapai satu peratus daripada jumlah pendapatan negara
terkaya di dunia.

4. 
Majlis Perumahan Mampu Milik Negara bertanggungjawab untuk meneroka,
merancang, menyelaras, dan menyelia pembinaan rumah mampu milik di seluruh
negara demi mencapai matlamat ‘satu keluarga, satu rumah’.

5. 
Kehidupan kita tidak harus dipenuhi dengan kerja. Keghairahan kita terhadap
kehidupan patut diagihkan kepada diri sendiri dan ahli keluarga. Inilah perkara yang
patut kita lakukan.

42
WAYANG KULIT DAN
Unit7 PENGLIPUR LARA

1. Membaca dan Memahami

1. (a) menjelajah
(b) bersunat

2. Maksud rangkai kata kukuh bertapak berdasarkan penggunaannya dalam petikan


ialah teguh berpijak.

3. Sejarah perkembangan wayang kulit di Malaysia pada abad ke-9 ialah wayang kulit
Melayu yang berasaskan cerita Ramayana kerap dimainkan di Kelantan, Kedah, dan
Perak. Dalang wayang kulit dari utara Semenanjung mengembara dan mengadakan
persembahan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai
timur Johor. Selain itu, sebilangan besar dalang wayang kulit sudah bertapak sebagai
tradisi dan budaya dalam masyarakat Melayu Kelantan pada masa itu.

4. Perubahan-perubahan yang telah dilalui oleh wayang kulit ialah wayang kulit bermula
sebagai alat yang ada kaitan dengan upacara penyebaran agama, tetapi kemudiannya
digunakan sebagai alat pendidikan dan penerangan. Pada kesempatan inilah
nilai-nilai pendidikan dan pembangunan keluarga disampaikan. Selain itu,
persembahan-persembahan wayang kulit diadakan oleh pertubuhan-pertubuhan atau
badan-badan kebudayaan tempatan mahupun oleh badan perniagaan.

5. Hujah yang akan saya berikan supaya semua ahli dalam jawatankuasa sambutan hari
guru bersetuju dengan cadangan saya ialah persembahan wayang kulit merupakan
seni tradisional yang tidak pernah diadakan di sekolah kami dan persembahan
ini dapat memperkenalkan wayang kulit kepada semua warga sekolah dan sekali
gus dapat menarik minat mereka untuk mempelajari seni wayang kulit. Selain itu,

43
persembahan ini dapat menyokong pertubuhan kebudayaan tempatan untuk terus
kekal dalam masyarakat dan bukannya terpaksa ditutup kerana tidak mendapat
sambutan ramai.

3. Tatabahasa

3.1 Morfologi

3.1.1 Kata Berimbuhan

Bina satu ayat daripada setiap kata yang berikut untuk menunjukkan anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
Kata Nama Khas.

1a. Adik tidak sempat makan sarapan hari ini kerana dia lambat bangun.
1b. Semua makanan yang dihidangkan pada hari ini ditempah daripada Restoran Rejab
Maju.
1c. Ikan goreng di atas meja itu telah dimakan oleh kucing kerana tidak bertudung.
1d. Budak yang gemuk itu termakan lima bungkus mi segera.
Semua penonton sarkas menjerit ketakutan apabila melihat pemakan api itu
1e. 
memasukkan puntung kayu yang berapi ke dalam mulutnya.

2a. Lukisan yang tergantung pada dinding kelas kami itu sangat cantik.
2b. Badrul berangan-angan untuk berkahwin dengan seorang gadis secantik ratu cantik
dunia.
2c. Kecantikan bunga mawar menjadikan bunga itu sebagai pilihan ramai untuk
dihadiahkan kepada gadis pujaan mereka.

44
Para pelajar menggunakan pelbagai bahan hiasan untuk mencantikkan kelas
2d. 
mereka.
2e. Kelas kami telah terpilih sebagai kelas yang tercantik dalam pertandingan keceriaan
bilik darjah tahun lalu.

3.2 Sintaksis

3.2.1 Memisahkan Ayat

Pisahkan Ayat-ayat Majmuk yang berikut supaya menjadi beberapa Ayat Tunggal
yang betul.

1a. Suzy menjerit kesakitan.


b. Suzy terhiris jarinya.

2a. Penghantaran kuih-muih pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum.
b. Amalan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama
kaum.

3a. Maniam menghiris lemon itu nipis-nipis.


b. Maniam memasukkan hirisan lemon itu ke dalam bekas airnya.

4a. Kamariah membersihkan bilik tamu yang berselerak itu.


b. Tunang Kamariah akan bertandang petang nanti.

5a. Cerita penglipur lara terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu.


b. Cerita penglipur lara mempunyai keunikan yang tersendiri.
c. Cerita penglipur lara mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

6a. Para pengunjung taman rekreasi itu didenda.


b. Para pengunjung taman rekreasi itu membuang sampah di merata-rata.
c. Para pengunjung taman rekreasi itu memetik bunga-bunga.
d. Bunga-bunga itu sedang mekar berkembang.

45
7a. Sharifah menghiris bawang.
b. Sharifah mengupas kulit kentang.
c. Sharifah menunggu adiknya balik dari pasar tani.

8a. Kerja-kerja membaik pulih stadium itu mesti disiapkan segera.


b. Pertandingan bola sepak itu dapat dimulakan mengikut jadual.
c. Jadual pertandingan bola sepak itu telah ditetapkan.

9a. Budak-budak itu nakal.


b. Budak-budak itu terpaksa lari lintang-pukang.
c. Beribu-ribu ekor tebuan terbang keluar dari sarang.
d. Sarang dijolok oleh budak-budak itu.

10a. Para penduduk kondominium itu terperangkap.


b. Para penduduk kondominium itu sedang tidur lena.
c. Kebakaran bermula dari tingkat bawah.

3.3 Peribahasa

Lengkapkan petikan yang berikut dengan menggunakan peribahasa yang terdapat


dalam buku teks Menengah Tinggi Dua pada muka surat 151.

1. karib seperti kembar siam


gigi dengan lidah ada kalanya tergigit juga

2. jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau


banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

46
4. Sastera

1. (a) tercengang
(b) lakonan

2. Maksud rangkai kata tampak cemerlang berdasarkan penggunaannya dalam petikan


ialah kelihatan gemilang.

3. Si penjaga panggung mengagumi si hero kerana dia ingin menjadi seperti si hero
yang mendapat kepercayaan untuk memegang watak hero. Selain itu, dia juga
berharap agar mempunyai kehidupan seperti si hero.

4. Si hero menasihati si penjaga panggung supaya dia melupakan kehidupan panggung
dan kembali menjadi dirinya sendiri kerana kehidupan di luar panggung lebih
menuntut kepada perjuangan. Selain itu, kehidupan di panggung hanyalah sementara,
lambat-laun kehidupan di pentas akan berakhir dan si hero akan kehilangan watak
sebagai hero.

5. Sebagai kawan yang prihatin, saya akan mencari maklumat berkaitan dengan para
pelakon terkenal yang telah menamatkan pengajian mereka di pusat pengajian
tinggi dan kejayaan akademik yang telah dicapai oleh mereka. Maklumat ini akan
saya berikan kepada kawan saya supaya dia mengetahui bahawa pelakon juga
memerlukan sijil untuk berjaya. Selain itu, saya akan membawa dia berjumpa dengan
guru kaunseling dan meminta bantuan guru tersebut untuk memberikan penerangan
kepada kawan saya tentang kelebihan melanjutkan pelajaran setinggi yang mungkin.

47
5. Penterjemahan

A. Terjemahkan frasa bahasa Cina yang berikut kepada frasa bahasa Malaysia.

1. budaya tradisional
2. kesukaran untuk mewariskan
3. sastera lisan
4. tidak memahami makna pendidikan
5. mengekalkan budaya tradisional ialah tanggungjawab kita
6. wayang kulit merupakan warisan budaya bersama rakyat Malaysia
7. industri kebudayaan mempunyai banyak nilai yang menanti kita untuk menerokainya

B. 
Terjemahkan petikan bahasa Cina yang berikut kepada petikan bahasa
Malaysia.

1. Bahan penghasilan wayang kulit ditentukan mengikut keadaan setempat. Jadi semua
aspek berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

2. Sumber hiburan dan budaya pada masa kini lebih cenderung kepada budaya Barat.
Hal ini menyebabkan seni budaya penglipur lara dipinggirkan.

3. Wayang kulit telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai karya kebudayaan yang sangat
mengagumkan dalam bidang cerita naratif dan warisan yang indah serta berharga
pada 7 November 2003.

48
KEBEBASAN BERSUARA
Unit8 DI PARLIMEN

1. Membaca dan Memahami

1. (a) dibahaskan
(b) bidang

Maksud rangkai kata mencorakkan dasar-dasar berdasarkan penggunaannya


2. 
dalam petikan adalah menentukan undang-undang.

3. 
Perkara-perkara yang perlu dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
berkaitan dengan Pelaksanaan Undi18 adalah dengan memastikan perkara-perkara
yang membabitkan peraturan dan perundangan bagi pelaksanaan dua perkara itu
selesai menjelang 31 Disember 2021 dan sedia digunakan pada awal tahun 2022.

4. Hak mengundi diberikan kepada individu yang telah berumur 18 tahun kerana mereka
mampu menyumbang kepada sosioekonomi masyarakat, memikul tanggungjawab
kerakyatan, tertakluk di bawah kontrak perjanjian, dibolehkan membayar cukai dan
diberikan hak untuk berkahwin, bekerja, dan bertanggungjawab penuh kepada diri
sendiri.

5. 
Pada pendapat saya, keluar mengundi itu penting kepada semua rakyat kerana
mengundi ialah tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat. Selain itu, keluar
mengundi itu penting kerana kita sendiri yang harus menentukan pemimpin untuk
masa depan dan hala tuju negara kita.

49
2. Menulis

Pendahuluan
Petikan membincangkan sebab-sebab data peribadi mesti dilindungi dalam kalangan
pengguna Internet pada masa ini.

Isi Tersurat
1. maklumat peribadi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
2. mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kes penipuan dan jenayah
3. mencegah maklumat peribadi daripada diproses oleh pihak yang tidak berkaitan
4. mengelakkan data peribadi digunakan untuk membuka akaun media sosial palsu
5. mengelakkan maklumat peribadi dijual kepada pihak lain
6. menghindari perkongsian data peribadi dengan pihak yang tidak dikenali
7. mematahkan strategi pihak yang cuba melakukan penipuan indentiti
8. berwaspada supaya tidak menyusahkan diri sendiri

Isi Tersirat
1. pengguna Internet tidak menghiraukan keselamatan maklumat peribadi
2. maklumat peribadi bagi sesuatu proses disimpan dalam jangka masa yang lama
3. tiada langkah yang benar-benar efektif berkaitan dengan integriti data peribadi
4. pengguna menganggap data peribadi yang dimuat naik selamat sepenuhnya
5. pengguna tidak menetapkan privasi pada setiap akaun media sosial yang dimilikinya

Kesimpulan
Kesimpulannya, pengguna media sosial bertanggungjawab melindungi maklumat
peribadi masing-masing agar data peribadi mereka tidak dicerobohi.

50
3. Tatabahasa

3.1 Morfologi

3.1.1 Penanda Wacana

Isi Penanda Wacana yang sesuai pada tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat yang
berikut.

1. Walau bagaimanapun
2. Selepas itu
3. Oleh sebab itu
4. Selepas itu
5. Oleh hal yang demikian
6. Oleh itu
7. Padahal
8. Sebaliknya
9. Lebih-lebih lagi
10. Lantaran itu

3.2 Sintaksis
3.2.1 Ayat Majmuk

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi Ayat Majmuk yang betul.

1. Budak-budak akan meneruskan pendakian mereka walaupun hujan turun dengan


lebatnya.

2. Jimmy Lee bekerja di sebuah kilang elektronik sementara menunggu keputusan


SPM.

51
3. Bapa Saiful menebas rumput manakala emak Saiful memangkas daun-daun pisang di
kebun.

4. Adik Kamala menangis dengan kuatnya kerana terjatuh dari buaian.

5. Jamil hendak menyertai perkhemahan pada masa cuti sekolah nanti tetapi ayahnya
hendak membawa dia pergi melancong ke luar negera.

6. Jamilah dan Sharifah menjerit kegembiraan apabila mereka diumumkan sebagai juara
dalam pertandingan itu.

7. Para penduduk kampung sedang tidur lena semasa air sungai naik melepasi takat
bahaya lalu menghanyutkan jambatan utama ke kampung mereka.

8. 
Perompak-perompak itu dikepong oleh polis semasa mereka sedang merompak
sebuah bank yang terletak di tengah-tengah kota.

9. Chew Nee dimarahi oleh emak kerana terlupa menutup suis pendingin hawa sebelum
bertolak ke Kuala Lumpur.

10. Penyanyi itu menari dan menyanyi di atas pentas yang dihias dengan indah.

4. Sastera

1. (a) bangun
(b) betul-betul di atas kepala

2. Maksud rangkai kata perut belantara berdasarkan penggunaannya dalam petikan


ialah kawasan hutan.

3. Penyajak meminta anak-anak bangkit kerana matahari sudah tinggi di puncak gunung.
Selain itu, burung-burung sudah berterbangan di udara.

52
4. Pada pendapat penyajak, perkara yang akan menyebabkan anak-anak menyesal nanti
jika tidak bangkit sekarang ialah hasil bumi dan laut akan habis diambil oleh orang
lain dan kawasan hutan diterokai orang dan menjadi ladang. Selain itu, anak-anak
akan menghadapi masalah ketiadaan makanan dan terpaksa makan batu atau debu.

5. Sahabat baik saya leka bermain permainan berkomputer dan melalaikan tanggungjawab
sebagai pelajar walaupun peperiksaan makin menjelang. Sebagai sahabat yang
prihatin, tindakan yang dapat saya lakukan untuk menyedarkan sahabat saya daripada
kelekaan ialah saya akan menerangkan kepadanya kesan buruk seseorang leka
dalam permainan komputer. Selain itu, saya juga akan membuat jadual belajar dan
mengulang kaji bersama-sama dengannya supaya dia tidak leka lagi.

5. Penterjemahan

A. Terjemahkan frasa bahasa Cina yang berikut kepada frasa bahasa Malaysia.

1. membuat kenyataan
2. terma dan syarat persidangan
3. pemerhati hak asasi manusia
4. kebebasan bersuara
5. berfikir untuk rakyat
6. mencadangkan supaya membuat pembaikan
7. membuat siaran langsung proses pengiraan undi secara terbuka
8. menjelaskan dasar kerajaan

53
B. Terjemahkan ayat bahasa Cina yang berikut kepada ayat bahasa Malaysia.

1. 
Setiap orang mempunyai hak untuk mencari, menerima, dan menyampaikan
maklumat serta pendapat tanpa rasa takut dan gangguan.

2. Sebarang dasar kerajaan perlu dibahaskan secara bebas melalui parlimen untuk
memastikan dasar itu memenuhi kepentingan rakyat.

3. 
Kesemua 12 ahli parlimen dan negeri daripada Pakatan Harapan Sabah telah
memfailkan litigasi terhadap kerajaan persekutuan dan negeri berhubung dengan
cukai 40% yang dikutib di Sabah.

54
Unit9 SASTERAWAN NEGARA

1. Membaca dan Memahami

1. (a) pemerhatian
(b) dipilih

2. Maksud rangkai kata usia senja berdasarkan penggunaannya dalam petikan ialah
umur tua.

3. Anugerah Sastera Negara (ASN) diburu oleh semua sasterawan di Malaysia kerana
ASN mempunyai keistimewaan dan prestijnya. Selain itu, Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong yang akan menyampaikan anugerah itu kepada penerima ASN.

4. Karya Kalam Hamidi yang tercatat dalam petikan tersebut ialah Nyiur Gading
Puncak Mahligai, Anak Nazar Tujuh Keturunan, Sial Bertuah, dan Lain Tunang Lain
Kahwin. Selain itu, beliau juga menghasilkan Memoir Kalam Hamidi: dari Panggung
Victoria ke Istana Budaya dan Pegangan Pementasan Drama yang diterbitkan oleh
UKM.

5. Andaikan saya ialah pengerusi persatuan drama sekolah saya, yang akan saya lakukan
untuk menarik minat para pelajar terhadap drama adalah dengan mengadakan
pementasan drama yang berkualiti untuk ditonton oleh semua warga sekolah supaya
mereka mendapat pendedahan drama. Selain itu, kami akan mengadakan pertandingan
menulis skrip drama untuk menambahkan minat pelajar terhadap drama.

55
2. Menulis

Pendahuluan
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan/manfaat-manfaat/kepentingan-kepentingan
kesenian batik di negara kita/di Malaysia.

Isi Tersurat
1. lambang semangat patriotik dalam kalangan masyarakat
2. 
membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan sesiapa sahaja yang
meminatinya
3. dapat mengelakkan masyarakat kita bergantung pada batik dari luar negara
4. menyumbangkan pendapatan kepada negara
5. warisan negara yang dapat ditonjolkan kepada masyarakat antarabangsa
6. menjadi tarikan industri pelancongan negara
7. melambangkan negara kita kaya dengan hasil kraf tangan

Isi Tersirat
1. Perbadanan Kraf Tangan Malaysia mengadakan promosi yang berterusan di dalam
dan di luar negara
2. penyelidikan dan pembangunan seni batik harus giat dilaksanakan
3. penganjuran forum dan ceramah apresiasi batik dan mengadakan pameran batik
4. pihak sekolah menubuhkan kelab seni batik
5. memperbanyak pusat latihan dan kursus seni kebudayaan batik

Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memartabatkan kesenian batik
di negara kita agar industri ini berkembang maju dan mendapat tempat di persada
antarabangsa.

56
3. Tatabahasa

3.1 Morfologi

3.1.1 Kata Ganda

Bina satu ayat daripada setiap kata yang berikut untuk menunjukkan anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau
Kata Nama Khas.

1. Encik Rahim bekerja sebagai mata-mata di Balai Polis Kepong.

2. Kami sekeluarga akan berjalan-jalan di taman selepas makan malam untuk ambil
angin.

3. Budak itu tertunggu-tunggu kepulangan ayahnya yang sudah lama tidak pulang.

4. Rakyat Malaysia perlu hormat-menghormati antara satu sama lain supaya dapat
mengekalkan keharmonian negara.

5. Gigi adik rosak kerana makan banyak gula-gula.

6. Ibu jarang-jarang membuat acar kerana penyediaannya agar rumit.

7. Jejari kentang yang digoreng oleh Kak Suria amat rangup dan sedap.

8. Mak Leha memasukkan lima biji bebola ikan ke dalam mi sup itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya berjaga-jaga kerana hujan turun tidak


9. 
berhenti-henti sejak semalam.

10. Kelakuannya yang mencurigakan itu membuat kami tertanya-tanya.

57
3.2 Sintaksis

3.2.1 Ayat Aktif dan Ayat Pasif

A. Tukarkan Ayat Aktif yang berikut supaya menjadi Ayat Pasif.

1. Buah manga Pak samad sedang dijolok oleh budak-budak nakal itu.

2. Lagu itu didendangkan oleh Sani dengan penuh perasaan.

3. Nenek akan aku lawat pada hujung minggu ini.

4. Buku-buku ini hendak awak hantar ke pusat kitar semula?

5. Jalan raya itu diseberangi oleh Linda dan adiknya dengan secepat mungkin.

6. Tugas itu akan patik laksanakan dengan segeranya.

7. Buku saya yang ada di atas meja awak ambil tadi?

8. Bukit itu hendak kami daki pada hujung minggu ini.

9. Perjalanan kami dihalang oleh pokok-pokok yang tumbang itu.

10. Keindahan taman bunga ditambahkan oleh rama-rama yang berterbangan itu.

B. Tukarkan Ayat Pasif yang berikut supaya menjadi Ayat Aktif.

1. Orang ramai mengejar penyeluk saku itu.

2. Kami membersihkan semak-samun itu secara bergotong-royong.

3. Dewan Bahasa dan Pustaka akan menerbitkan cerpen-cerpen yang ditulis oleh Amin.

4. Awak telah membuang makanan yang basi itu?

5. Mereka perlu membincangkan masalah pengangkutan dengan lebih mendalam.

58
6. Tukang kebun menyapu daun-daun kering itu.

7. Kawan baik saya menghadiahkan buku komik itu.

8. Ahli-ahli pengakap perlu mendirikan khemah-khemah sebelum malam tiba.

9. Polis menembak perompak itu apabila dia cuba melarikan diri.

10. Saya menggubah jambangan bunga di ruang tamu itu.

3.3 Peribahasa

1. hidup segan, mati tak mahu


2. tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket
3. hampa tangan
4. menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya
5. hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga

4. Sastera

1. (a) dididik
(b) kemampuan

2. Maksud rangkai kata ada belajar kepalang ajar berdasarkan penggunaannya dalam
petikan ialah ada ilmu tetapi tidak digunakan.

3. Persoalan yang dicetuskan oleh penulis ialah penggunakan keupayaan yang ada.
Selain itu, persoalan lain yang dicetuskan oleh penulis ialah penggunakan kecerdikan
yang dimiliki.

59
4. Menurut penulis, sikap yang dimiliki oleh Si Luncai ialah sikap tidak menguruskan
rumahnya dengan baiknya sehingga kesihatan ahli keluarga terancam. Selain itu,
sikap tidak mendidik anaknya dengan baiknya sehingga anaknya terjebak dalam
gejala sosial.

5. Sebagai seorang sahabat yang prihatin, langkah yang dapat saya lakukan untuk
membantu rakan sebilik saya itu untuk mengubah sikapnya ialah saya akan
memberitahunya keburukan menanggungkan kerja. Contohnya, beban kerja akan
bertambah banyak. Selain itu, saya juga akan menunjukkannya cara menjaga
kebersihan. Contohnya, mengemaskan katil sebaik bangun tidur.

60
INTERAKSI KARYA
Unit10 SASTERA TIONGHOA
DENGAN SASTERA
MELAYU

1. Membaca dan Memahami

1. (a) luar biasa/aneh


(b) sejarah

2. Maksud rangkai kata teks piawai berdasarkan penggunaannya dalam petikan ialah
tulisan standard.

3. 
Watak dalam cerita Zaman Tiga Negara mempunyai ciri-ciri mitos yang
dibesar-besarkan dan sering digambarkan sebagai dewa atau makhluk ghaib yang
mempunyai kuasa-kuasa ajaib.

4. Kemajuan yang dicapai pada Zaman Tiga Negara seperti yang dinyatakan dalam
petikan ialah kemajuan teknologi yang amat terkenal seperti lembu kayu yang direka
oleh Zhuge Liang telah disarankan sebagai perintis kereta sorong. Selain itu, dalam
Kerajaan Wei, Ma Jun, iaitu jurutera jentera yang bijak telah dianggap oleh orang
ramai sebagai setaraf dengan pendahulunya, Zhang Heng.

5. 
Saya ingin memperkenalkan sebuah buku yang menarik kepada kawan-kawan
saya, cara yang dapat saya gunakan adalah dengan meminjamkan buku itu kepada
kawan-kawan saya secara bergilir-gilir. Selain itu, saya juga akan berkongsi sinopsis
cerita tersebut di media sosial saya supaya dapat dibaca oleh kawan-kawan saya.

61
3. Tatabahasa

3.1 Morfologi
3.1.1 Kata Terbitan

Bina satu ayat daripada setiap Kata Terbitan yang berikut untuk menunjukkan
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau Kata Nama Khas.

1. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke Kuala
Lumpur.

2. Semua pengawas diminta menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan
disiplin.

3. Julia pergi ke lapangan terbang untuk menjemput abangnya yang baru balik dari
London.

4. Sebagai ibu bapa, kita perlu melapangkan masa untuk menemani anak-anak.

5. “Saya akan mencuba untuk memenangi pertandingan ini,” kata Mei Mei kepada
jurulatihnya.

6. Samy berjaya melepasi halangan itu pada percubaan yang kedua.

7. Pengemis itu menggigil kesejukan kerana bajunya dibasahi air hujan.

8. “Kamu perlu menyejukkan sup itu sebelum disimpan di dalam peti sejuk,” kata
emak kepada Halimah.

Meera menangis dengan sedihnya kerana semua wang simpanan yang


9. 
dikumpulkannya selama bertahun-tahun telah dicuri.

10. Emak menyuruh Aminah menyimpan makanan itu di dalam almari supaya tidak
dihinggapi lalat.

62
3.2 Sintaksis
3.2.1 Cakap Ajuk Cakap Pindah

A. Tukar Cakap Ajuk di bawah kepada Cakap Pindah.

1. Mak Limah menyuruh anak sulungnya menghantar kuih itu ke Gerai Makan Pak Itam
sebelum dia ke sekolah.

2. Puan Sim menyeru pemuda itu supaya memenuhi masanya dengan aktiviti yang
berfaedah.

3. Cikgu Lim melarang para pelajarnya meletakkan kotak-kotak kosong itu di situ.

4. Pak Mail bertanya kepada penjual sayur itu tentang harga seikat sayur itu.

5. Samy memberitahu kawan-kawannya bahawa mereka akan berehat sebentar di situ


sebelum meneruskan perjalanan ke puncak bukit.

B. Tukarkan Cakap Pindah di bawah kepada Cakap Ajuk.

1. “Semua jalan raya ke kampung itu telah dilanda banjir,” kata pegawai polis itu.

2. “Semua pelajar minta turun ke padang untuk menghadiri perhimpunan,” kata guru
disiplin.

3. “Bagaimanakah kak memasak ayam rendang?” Tanya Aminah.

4. “Wah, cantiknya lukisan yang dipamerkan di dewan ini!” Kata Parmin.

5. “Saya akan melanjutkan pelajaran di Singapura,” kata Saleha.

63
4. Sastera

1. (a) cahaya
(b) kedudukan

2. Maksud rangkai kata menjalin persaudaraan berdasarkan penggunaannya dalam


petikan ialah mewujudkan hubungan diplomatik.

3. Persoalan yang dicetuskan oleh penulis ialah sejarah kegemilangan bahasa Melayu
di timur dan di barat. Selain itu, persoalan lain yang dicetuskan oleh penulis ialah
kepentingan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi yang menjadi lambang tatasusila
bangsa Melayu.

4. 
Penulis berharap agar bahasa Melayu dapat terus berkembang pada peringkat
antarabangsa, iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang
melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Selain itu, penulis juga berharap agar
bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya
untuk menghadapi rintangan dan mencipta kejayaan pada alaf baru ini.

5. 
Andaikan saya ialah pelajar yang akan menduduki SPM, lemah dalam subjek
Bahasa Malaysia dan ingin meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia supaya lulus
dalam subjek tersebut, langkah yang akan saya lakukan untuk mencapai matlamat
saya itu adalah dengan mencari bantuan profesional melalui pusat tuisyen atau
tuisyen persendirian supaya saya dapat membaiki kelemahan bahasa Malaysia
saya dengan lebih sistematik dan bertumpu. Selain itu, saya akan mengambil setiap
kesempatan yang ada untuk menggunakan bahasa Malaysia dalam perbualan dengan
kawan-kawan saya dan guru saya supaya saya menjadi lebih mahir dalam bahasa
tersebut.

64

Anda mungkin juga menyukai