Anda di halaman 1dari 1

SJKC Serendah Laporan Pertandingan Bercerita dan Syarahan Tahap 1 dan 2

Pada 2hb Mei 2013, SJK(C) Serendah telah mengadakan pertandingan bercerita dan syarahan. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid

memperkembangkan potensi penguasaan Bahasa Melayu di samping melatih murid-murid supaya bersikap berani dan berkeyakinan diri berhadapan dengan orang ramai. Pertandingan bercerita bagi murid-murid tahun 1 dan 2 bermula dari pukul 8 pagi sehingga 10.30 pagi . Kemudian, diteruskan dengan pertandingan bercerita bagi tahun 3 dan pertandingan syarahan bagi murid-murid tahun 4 dan 5 sehingga pukul 12 tengah hari. Diikutinya, pertandingan syarahan bagi murid-murid tahun 6 dimulakan dari pukul 2 petang dan diakhiri dengan majlis penutupan pada pukul 3 petang. Pertandingan ini ditempatkan di kantin sekolah. Pertandingan ini dijalankan dengan lancar sekali. Kebanyakan peserta dapat mempersembahkan cerita dan syarahan mereka dengan baik sekali. Semasa majlis penutupan dan penyampaian hadiah, pihak sekolah telah menjemput pengerusi PIBG, En. Lok Zhen Sing untuk menyampaikan piala kepada pemenang-pemenang tahap 1 dan 2. Majlis juga menghadiahkan beliau cenderahati sebagai tanda terima kasih. Kesimpulannya, pertandingan bercerita dan syarahan tahun 2013 bagi sekolah kami amat berjaya dan telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai