Anda di halaman 1dari 3

Om Namasivaye

Selamat pagi. Salam perpaduan, Salam Malaysia Madani, Salam Anak yang Baik
Lagi Cerdik.

1. Yang Berbahagia Tuan Haji MOHD SHAHIZULAZWAN BIN MOHD SUPPIAN


wakil Puan PPD merangkap PENOLONG PPD (PRASEKOLAH & RENDAH) PPD
HULU PERAK

Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

2. Yang berusaha En. Mohamad Nasarudin b. Mohamad Nasir


Penolong PPD (Pembangunan Bakat murid)

3. En. Cheng Ting Shyiong - Naib Pengerusi


Guru Besar SJK(C) Khay Beng, Lenggong

4. Semua guru besar/wakil SJKC & SJKT Daerah hulu perak

5. Tuan Hj Mohd Faizul Bin Sabri Pegawai Teknikal (PT BM SEK REN)

6. ____________________________ Ketua Hakim Pertandingan Bercerita

7. ____________________________ Ketua Hakim Pertandingan Syarahan

8. Para hakim

9. Para guru dan

10. Para peserta pertandingan yang dikasihi sekalian

Pertama kalinya izinkan saya menzahirkan rasa kesyukuran kepada Tuhan kerana
dengan keizinanNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi
melaksanakan satu lagi program yang penuh bermakna iaitu Majlis penutupan
_________ .
Selaut kasih seuntai rasa, terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh Jawatankuasa
Karnival SJKC SJKT mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang
hadir bagi menjayakan Karnival Pertandingan Syarahan dan Bercerita Bahasa
Melayu, SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Daerah Hulu
Perak bagi Tahun 2023.

Sekalung penghargaan buat Tuan Mohamad Nasarudin Bin Mohamad Nasir, Pen.
PPD (Pembangunan Bakat Murid) Daerah Hulu Perak atas panduan dan bimbingan
yang telah diberikan kepada saya sebagai Pengerusi pengelola / tuan rumah bagi
karnival yang sedang berlangsung pada hari ini. Tanpa sokongan semua pihak,
majlis ini mungkin tidak dapat berjalan dengan lancar.

Saya dengan berbesar hati ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
pengerusi jawatankuasa sekolah SJKC dan SJKT daerah Hulu Perak, guru besar-
guru besar serta semua AJK yang telah bertungkus-lumus menyiapkan tugas bagi
menjayakan Karnival Pertandingan Syarahan dan Bercerita Bahasa Melayu, SJKC
dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Daerah Hulu Perak pada
tahun ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam kedua-dua
pertandingan pada kali ini. Dalam kesempatan yang ada, tidak lupa juga untuk saya
mengucapkan terima kasih kepada Guru besar SJKC Kota Tampan Tuan Lau Meng
Yew kerana yang sudi dan membenarkan pihak kami menggunakan dewan sebelah
sekolah bagi menjalankan Pertandingan bercerita dan Majlis penutupan karnival
pada hari ini.

Seperti sedia maklum terdapat 2 pertandingan yang telah dipertandingkan pada


tahun ini iaitu Pertandingan Syarahan untuk murid tahap 2 dan Pertandingan
Bercerita untuk murid tahap 2. Pertandingan Syarahan dan Bercerita Bahasa Melayu
SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Negeri akan diadakan
pada 23.08.2023 (Rabu), di Daerah Kerian. Manakala. Maklumat pemenang
peringkat Daerah akan disediakan oleh Pengerusi dan dihantar sebelum 16.08.2023.
Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, kecemerlangan sekolah tidak hanya terletak
pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata, tetapi setiap
warga sekolah perlu sentiasa memainkan peranan penting supaya peserta
mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi
kecemerlangan. Oleh itu, kepada peserta yang memenangi pertandingan ini
diharapkan dapat bersedia ke peringkat Negeri bagi mengharumkan nama daerah
Hulu Perak.

Pepatah melayu selalu mengingatkan kita, “di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan”, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, marilah kita
sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kecemerlangan Daerah
Hulu Perak. Sebagai penutup kata pemanis bicara, izinkan saya berpantun.
Burung kedidi dipohon Nangka,
Anak bayan hinggap di dahan,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat perpaduan.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada semua individu
bertungkus-lumus menjayakan Karnival Pertandingan Syarahan dan Bercerita
Bahasa Melayu, SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat
Daerah Hulu Perak bagi Tahun 2023 secara langsung dan tdk langsng.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai