Anda di halaman 1dari 3

BIL AGENDA SKRIP PENGACARA MAJLIS MEGA TAHUN 2023

1 KETIBAAN VIP Mengumumkan Ketibaan Yang Berusaha EN. ABD GANI BIN
ABAS, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra, diiringi oleh
Ahli Jawatankuasa Program Menuju Gemilang Akademik(MeGA)
,Sarapan Ilmu dan Diskusi Akademik STPM Tahun 2023

******************************************************
Yang Berusaha,
EN. ABD GANI BIN ABAS, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman
Putra

Yang Dihormati,
EN. MOHD HAFEZ BIN MOHD PAIS, Penolong Kanan Ting 6.
SMK Tunku Abdul Rahman Putra

Barisan Guru Ketua Unit, Guru-guru Tingkatan Enam, Para Ibu


Bapa serta rakan -rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualikum wbt dan selamat sejahtera

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepikali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka, dengan alunan madah yang indah.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya dapat kita bersama-sama dalam majlis PROGRAM
MENUJU GEMILANG AKADEMIK(MeGA) ,SARAPAN ILMU
DAN DISKUSI AKADEMIK STPM TAHUN 2023

2 NYANYIAN LAGU Hadirin Yang Dihormati Sekalian

Tirai majlis pada pagi ini dibuka dengan nyanyian lagu Bangsa
Johor, lagu Negaraku dan Lagu Sekolah

Hadirin sekalian diminta berdiri dan menyanyikan lagu dengan


penuh semangat.

Terima kasih. Hadirin sekalian dipersilakan mengambil tempat.

3 DOA Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan sukacitanya
dipersilakan saudara MUHAMMAD ALIF KHAIRAN BIN
BAHARUN dari kelas 6UKMB untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan

Amin amin ya rabbal alamin. Semoga dengan doa itu tadi, majlis
ini akan diberkati dan dirahmati hendaknya.

4 UCAPAN PENGETUA Hadirin sekalian,


Bagi meneruskan Majlis Program Menuju Gemilang Akademik
(MeGA) STPM Tahun 2023 pada pagi ini,,dipersilakan Encik
ABD GANI BIN ABAS, PENGETUA SMK TUNKU ABDUL
RAHMAN PUTRA untuk menyampaikan ,amanat dan analisi
peperiksaan semester 1dan semester 2 tahun 2023.zMajlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi..
5 PENYAMPAIAN SIJIL Hadirin sekalian majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil
PENGHARGAAN peghargaan pelajar cemerlang peperiksaan SEMESTER 2 STPM
PELAJAR Tahun 2023. Majlis mempersilakan ENCIK MOHD HAFEZ BIN
MOHD PAIS ,Penolong Kanan TINGKATAN 6 untuk menjemput
dan mengiringi EN.ABD GANI BIN ABAS ,PENGETUA SMK
TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, bagi menyempurnakan
majlis.

Dipersilakan..

Bagi ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SEMESTER 2


STPM TAHUN 2023
Dipersilakan.

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Majlis erakamkan ribuan terima kasih atas kesudian TUAN PENGETUA


menyampaikan sijil anugerah kecemerlangan itu tadi

SARAPAN ILMU Majlis diteruskan lagi dengan slot sarapan ilmu Bersama Cikgu NURUL
JANNAH BINTI NASIR. Dengan itu majlis mempersilakan .

PENUTUP Hadirin sekalian

Dengan berakhirnya slot sarapan ilmu itu tadi maka berakhirlah


program Menuju Gemilang Akademik (MeGA) STPM TAHUN
2023.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang menjayakan program ini ,khususnya kepada para ibu bapa
Diharapkan pengisian program ini dapat memberi manfaat ,inspirasi dan
semangat untuk rakan -rakan pelajar meraih kecemerlangan dalam
peperiksaan STPM TAHUN 2023

Kami bagi pihak majlis menyusun sepuluh jari memohon maaf atas
kelemahan dan kekurangan sepanjang majlis ini berjalan .

SEKIAN WABILAHHITAUFIK WALHIDAYAH WASSALAM MUALAIKUM


WARAHMATULLAH HIWABAROKATU
MAJLIS BERSURAI….

Anda mungkin juga menyukai