Anda di halaman 1dari 5

Teks MC Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah Kebangsaan Pauh Tahun

2023

Yang Berusaha

Puan Zainiyah Bt Mustaffa

Penolong Pengarah Kejurulatihan

Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Perlis

Yang Berusaha

Encik Sharizam Bin Shamsudin

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh

Yang Berusaha

Encik Mohd Anuar Bin Mat

Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Pauh

Sarjan Sulaiman Bin Abdul Kadir

Sarjan Azrie Azwadie Bin Abd Aziz

Pegawai Perhubungan Sekolah

Dari Ibu Pejabat Polis Arau

_____________________________________________

Wakil dari Bank Rakyat Cawangan Pauh

Guru-guru Penolong Kanan,

Guru-guru dan Staf Sekolah Kebangsaan Pauh

Dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa.

Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dataran Ilmu pada pagi ini
bagi meraikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan
Pauh Tahun 2023.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang Maha Esa. Majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Amran Bin Omar
bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis kita ini diberkati oleh Allah Taala.
Hadirin hadirat , murid-murid yang dikasihi sekalian,

Ketupat dihidang enak rasanya


Nasi himpit pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha, Encik Sharizam Bin Shamsudin Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pauh
untuk menyampaikan sepatah kata dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan
Aidilfitri Peringkat Sekolah Kebangsaan Pauh Bagi Tahun 2023

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Berusaha Tuan Guru Besar.

Hadirin Dan Hadirat Sekalian

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil menunggu menikmati juadah
Persembahan menyusul menceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati persembahan-persembahan yang akan


didendangkan oleh Murid dan Guru Sekolah Kebangsaan Pauh. Dengan
sukacitanya dipersilakan.

Demikian tadi berakhirnya persembahan daripada Murid dan Guru Sekolah


Kebangsaan Pauh. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua murid dan
guru yang telah menjayakan persembahan itu tadi.
(Kalau tak makan lagi, baca yang ni)

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis ingin mengambil

kesempatan untuk mengucapkan kalungan penghargaan kepada semua pihak yang

terlibat dalam memastikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini dapat

berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak

atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan

Batin.

___________________________________________________________________

(Kalau makan dulu baca yang ni)

Nasi kandar menu utama


Lontong dan sate tidak dilupa
Ketupat rendang tersedia di meja
Jemputlah semua menjamu selera

Dipersilakan semua tetamu, guru dan murid mengambil tempat untuk menjamu
selera dengan juadah yang telah disediakan.

Sambil menjamu selera kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang
zaman. Para tetamu, guru, staf dan murid-murid bolehlah beramah mesra sambil
menjamu selera.

Majlis ini diibaratkan seperti rumah terbuka warga Sekolah Kebangsaan Pauh, jadi
jangan malu-malu, jangan segan-segan, nikmatilah pelbagai juadah yang telah
disediakan ini. Selamat Menjamu Selera.

Anda mungkin juga menyukai