Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim

Yang berusaha Tuan guru Besar SK Bagan Ajam En. Husni B Haron

Barisan Guru-Guru Penolong kanan Pn Suhaini Ishak, Pn Fariza Bt


Abu Bakar dan Encik Norzaini B Zainul Abideen, rakan-rakan guru,
dan murid - murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt,
Bersongkok bersampin segak tak terkata
Berbaju kurung anggun jelitanya
Majlis jamuan semakin nyata
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk
menghirup udara 20 Syawal ini setelah sebulan Ramadhan kita
berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul
di Dewan Terbuka SK Bagan Ajam yang ceria ini untuk meraikan
majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun
2023.

(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan


munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis
mempersilakan Ustaz Zamri Bin Baharom bagi memimpin bacaan
doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.


Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan
doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung diberkati
oleh Allah SWT.
(5)UCAPAN GURU BESAR
Hadirin hadirat , murid – murid yang dikasihi sekalian,

Biskut dihidang enak rasanya


Nasi tomato pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Mohon Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan yang berusaha, En. Husni Bin Haron Guru Besar SK
Bagan Ajam untuk memberi ucapan alu-aluan ucapan dan
seterusnya merasmikan sambutan Aidil Firi Peringkat Sekolah bagi
tahun 1444H . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Selepas Ucapan )
Terima kasih diucapkan atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk


menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan buana
Sambil berbual nikmati juadah
Dendangan lagu raya ceriakan suasana

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya

(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan
Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan
meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua
muridatas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis
ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri,


Maaf Zahir Batin

Anda mungkin juga menyukai