Anda di halaman 1dari 2

Kata Aluan

Bismillahirrahmanirrahim

Yg berusaha Puan Norlia bt Tuah, Guru Besar SK Mang,

Yg berusaha En. Kamaruzaman bin Hablah, Penolong Kanan Pentadbiran,

Yg dihormati En. Suhaimi bin Sili, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yg dihormati En. Mohamad bin Gani, Penolong Kanan Kokurikulum,

Yg dihormati guru-guru SK Mang dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga
kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Makan yang ceria ini untuk meraikan majlis ramah
tamah aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2017.

Doa

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis ramah tamah Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.
Majlis mempersilakan _______________________________ bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan __________________________.

terima kasih ___________________ atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Guru Besar

Hadirin hadirat , para murid yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya

Nasi arab pilihan kita

Bingkisan kata bingkisan raya

Puan Guru Besar bermadah kata

Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, Pn. Norlia bt
Tuah, guru besar SK Mang untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah

Ukiran sukma kilauan kelisa

Sambil berbual nikmati juadah

Persembahan murid ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh murid.

Jamuan:
Ketupat lemang nasi impit laksa
Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.
Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu kepada Monica Mercy untuk meneruskan acara.

Anda mungkin juga menyukai