Anda di halaman 1dari 4

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SkBph 2023

(1)
Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, Dato ‘ Akbar bin Salim ,


Yang Dipertua PIBG SK Bukit Perah

Yang Berusaha En Anuar bin Hj Ahmad


Guru Besar SK Bukit Perah

Yang Berusaha En Hashim bin Hamzah


NYDP PIBG SK Bukit Perah
Pegawai-pegawai PPD Pasir mas ,
Yang Berusaha Pn Rozam bt Yusoff, Penolong Pentadbiran SK Bukit Perah,
Yang Berusaha En Ezani bin Ghazali , Penolong Kanan HEM SK Bukit Perah
Yang Berusaha En Nor Azlan bin Ismail , Penolong kanan ko kurikulum Sk Buit Perah
Dif Dif terhormat
AJK AJK PIBG,

Guru-guru , Ustaz dan ustazah Kafa, warga SK Bukit Perah , dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita
berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Bestari ini bagi
meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2023,
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu
dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz Ahmad nazdzarudin bin Muhammas bagi
memimpin bacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz...


terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga
majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

Hadirin sekalian ,Sebelum kita meneruskan majlis pada pagi ini marilah kita sama-sama
mengalunkan takbir, tasbih dan tahmid kepada yang maha esa....untuk itu dipersilakan ustaz
Ahamd Nadzarudin dan Usatz Haswadi untuk memimpin kita bertkabir, bertasbih dan
bertahmid...
Terima kasih diucapakan kepada al fadil ustaz......

(5)UCAPAN
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan ini menjemput yang Berusaha En Anuar
bin Hj Ahmad, Guru Besar SK Bukit Perah untuk menyampaikan ucapan alu
aluan.....dengan segala hormatnya dipersilakan...

Terima kasih diucapakan kapada Yang Berusaha Tuan Guru Besar di atas ucapan sebentr
tadi...

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Sila lah tuan bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang
berbahagia, Dato, Akbar bin Salim ,YDP PIBG sk bukit perah untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan majlis sambutan hari raya aidilfitri pada tahun ini. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia.
Dato, diatas ucapan perasmian sebentar tadi..

Seterusnya majlis berehat sebentar untuk memberi laluan kepada perembahan dari murid-
murid sk bukit perah. Mari kita saksikan persembahan tarian dan nyayian dari
murid.................................., untuk makluman persembahan ini dibawah bimbingan teacher
zurina dan sir nurzhisham. Dipersilakan.......
Terima kasih diatas persembahan sebentar tadi......

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati daripada Dato ‘
Akabr Bin Salim kepada warga SK Bukit Perah......

Dengan itu dijemput sekali lagi Yang Berbaahgi Dato’ dengan diiringi oleh tuan guru besar
untuk acara pemyamaian cenderahati raya......

Sebagai mengakhiri mjllis hari raya pada hari , mari kita saksikan sekali lagi persembahan
kedua dari murid-murid.............................. Dipersialakn. Persembahan ini juga dibawah
bimbingan Teacher Zurina....
Terima kasih kepada murid-murid......................

Terima kasih di atas persemabahn sbntar tadi

(6) JAMUAN

Nasi beriyani menu utama


Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan.
Sambil menjamu kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Para
pelajar bolehlah beramah mesra sambil menjamu selera dengan para guru, ini ibarat rumah
terbuka warga Skbph, jadi jangan malu-malu, jangan segan-segan, nikmatilah juadah yang
telah disediakan oleh guru-guru dan ada juga yang disumbangkan oleh para pelajar sendiri.

PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual sambil bermadah
Persembahan pelajar ceria acara
Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan
oleh pelajar.

{1}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan
kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

(8) PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di
penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini
dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas
kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai