Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PENGACARA MAJLIS MESRA AIDILFITRI SMK BANDAR KOTA TINGGI (2023)

AGENDA TEKS

KATA ALUAN Indah berbalam si awan petang,

Berarak di celah pohon cemara,

Pemanis kalam selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillah hirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbilalamin

Rabbissrahlisadriwayassirliamri wahlull uq dattan millisani Yaf khahul kauli

YANG BERUSAHA

EN FARZELI BIN CHE MAT MUSTAFA

PENGETUA CEMERLANG SMK BANDAR KOTA TINGGI

YANG DIHORMATI

EN ESHAM BIN ABD JAMID

KAUNSELOR PENDIDIKAN DAERAH, PPD KOTA TINGGI

YANG DIHORMATI

EN DZULFAQAR BIN SAHAT

YDP PIBG SMK BANDAR KOTA TINGGI

YANG DIHORMATI

CIK SARIMAH BINTI SAIM

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK BANDAR KOTA TINGGI

YANG DIHORMATI
PN NOORIZAH BINTI ZAKARIA

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SMK BANDAR KOTA TINGGI

EN HARRISON RIZAL BIN VALSALAN @ ROSLAN

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK BANDAR KOTA TINGGI

PUAN ZUNITA BINTI HUSAIN

PENOLONG KANAN PETANG SMK BANDAR KOTA TINGGI

PUAN ROSNAH BINTI ABDUL RAHMAN

PENOLONG KANAN TING 6 SMK BANDAR KOTA TINGGI

PN ROHANI BINTI SULAIMAN

PENOLONG KANAN PEND KHAS SMK BANDAR KOTA TINGGI

YANG DIHORMATI

EN AITTRI BIN ABBAS

PENGERUSI KGS SMK BANDAR KOTA TINGGI

BARISAN GURU KANAN MATA PELAJARAN, BARISAN GURU


KAUNSELING, BARISAN GURU KANAN MATAPELAJARAN, RAKAN-
RAKAN GURU, BARISAN AKP, TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG
DIKASIHI SEKALIAN.

UCAPAN MC Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera & selamat malam..


Bersongkok bersampin segak berseri,

Berbaju kurung anggun jelita,

Majlis ramah mesra aidilfitri

Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita,

Ketupat rendang pembuka selera,

Tangan dihulur maaf dipinta,

Agar ukhwah terjalin mesra.

Alhamdulilah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya jua, maka kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa.

Syukur juga kerana kita dapat bersama-sama berkumpul pada malam ini bagi
meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK Bandar Kota Tinggi bagi tahun 2023.

BACAAN Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


SELAWAT DAN
DOA Bagi menambahkan keberkatan majlis kita pada malam ini, marilah kita bersama-
sama berselawat dan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz
……………………………………………………

Dengan segala hormatnya ipersilakan.

-------------------------------------SELAWAT & DOA----------------------------------------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ust ………………………………..


di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALUAN Hadirin dan hadirat sekelian,


OLEH PENGETUA

Ketupat dihidang enak rasanya,

Rendang menjadi pilihan kita,

Bingkisan kata bingkisan raya,


Tuan Pengetua bermadah kata

Dengan itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput EN FARZELI
BIN CHE MAT MUSTAFA, PENGETUA CEMERLANG SMK BANDAR KOTA
TINGGI untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EN


FARZELI BIN CHE MAT MUSTAFA, PENGETUA CEMERLANG SMK
BANDAR KOTA TINGGI di atas ucapan sebentar tadi.

JAMUAN Ketupat lemang biskut kuih raya,

Rendang daging jangan dilupa,

Ayam merah juga sudah tersedia,

Tunggu apa lagi jom kita jamu selera.

Dipersilakan semua hadirin untuk menjamu selera dengan juadah yang telah
disediakan. Sambil menjamu selera kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya
sepanjang zaman. Jangan malu-malu, jangan segan-segan..

PENUTUP Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini
dapat dilangsungkan dengan meriahnya. Segala salah dan silap sepanjang majlis ini
harap dimaafi.

Sekian daripada saya,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

MAJLIS MESRA AIDILFITRI

SMK BANDAR KOTA TINGGI

TARIKH : 15 MEI 2023

HARI : ISNIN

TEMPAT : DEWAN TERBUKA DAN KANTIN SMK BANDAR KOTA TINGGI

MASA : 7.30 P.M –10.00 P.M

TEMA : BAJU RAYA #Glow In The Dark


TENTATIF PROGRAM

7.30 p.m - Ketibaan dan pendaftaran tetamu

8.00 p.m - Ucapan alu-aluan pengacara majlis

8.10 p.m - Bacaan doa

8.15 p.m - Jamuan bermula

9.00 p.m - Persembahan Qasidah

9.20 p.m - Ucapan Pengetua

9.30 p.m - Penyampaian Hadiah kepada Guru Yang Bertukar

10.00 p.m - Bersurai


SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMKPNZ 2008

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur
Zahirah ke dalam dewan

(1)
Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, En. Ab Halim bin Hj Hassan, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Amir Azha b. Yusof, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Mohamad Suhaili b Hamzah, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan
kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita
sama-sama dapat berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri
peringkat sekolah bagi tahun 2008.
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.
Majlis mempersilakan Ustaz Amri b Daud bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

[Siti Ruhana]

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan
berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berbahagia, En. Ab Halim
bin Hj Hassan ,Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan sepatah kata.
Dipersilakan.

………….
[Che faridah]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berbahagia. Tuan pengetua.

(6) JAMUAN

Nasi beriyani menu utama


Lontong dan soto tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Apa lagi jom jamu selera

Dipersilakan semua guru dan pelajar menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan. Sambil menjamu
kita dengarkan gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman. Para pelajar bolehlah beramah mesra sambil
menjamu selera dengan para guru, ini ibarat rumah terbuka warga SMKPNZ, jadi jangan malu-malu, jangan
segan-segan, nikmatilah juadah yang telah disediakan oleh guru-guru dan ada juga yang disumbangkan oleh
para pelajar sendiri.

[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan pelajar ceria acara
Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.

{1}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}

[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar
yang menjayakan persembahan itu tadi.

(8) PENUTUP

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini
untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan
majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih
juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Selama sebulan kita berpuasa

Lapar dahaga sama dirasa

Bermaaf-maafan sesama kita

Semoga terhapus segala dosa

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Baik lelaki mahupun perempuan

Janganlah malu, janganlah segan

Makanan yang terhidang jemputlah makan

Anda mungkin juga menyukai