Anda di halaman 1dari 10

SKRIP HARI APRESIASI BUDAYA MRSM KUALA KLAWANG Tetamu Kehormat Tarikh Tempat : : : En. Shahrome b.

Daud 06 Februari 2010 (Sabtu) Dewan Semarak, MRSM Kuala Klawang

ATURCARA 1. Ketibaan tetamu kehormat (ADRI)

SKRIP PENGACARA Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, En. Shahrome bin Daud, Pengetua MRSM Kuala Klawang.

2. Nyanyian Lagu Negaraku (SHAKIRAH)

Hadirin dipersilakan untuk terus berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku. # nyanyian lagu # Para hadirin dipersilakan duduk.

3. Kata Alualuan Pengerusi Majlis

Bismillahhirrahmanirrahim; Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berusaha, En. Shahrome bin Daud, Pengetua MRSM Kuala Klawang, Penolong-penolong Pengetua MRSM Kuala Klawang, Yang dihormati, ketua-ketua jabatan, guru-guru cemerlang, guru-guru kanan, guru-guru seterusnya hadirin hadirat warga dewan yang dimuliakan. Pantun 1: SHAKIRAH Burung pipit si burung bayan, Hinggap sebentar di pohon berangan, Selamat datang hadirin sekalian, Moga majlis menjadi kenangan. 1

Pantun 2: ADRI Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara.

(ADRI)

Terlebih dahulu, majlis dengan penuh sukacitanya, mengalu-alukan kehadiran Yang Berusaha, En. Shahrome bin Daud, tetamu-tetamu kehormat serta hadirin hadirat ke majlis yang penuh bermakna ini. Marilah kita bersama-sama menzahirkan rasa penuh kesyukuran kerana dapat sama-sama berkumpul di Dewan Semarak, MRSM Kuala Klawang untuk menjayakan Hari Apresiasi Budaya Kali Pertama, 2010. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Hari Apresiasi Budaya dianjurkan khusus untuk memberi peluang kepada kami, pelajar-pelajar pra Tingkatan 4 untuk mengetengahkan bakat dalam seni persembahan. Besar harapan kami agar hadirin hadirat sekalian akan terhibur dengan setiap persembahan yang akan kami hidangkan.

4. Bacaan Doa (SHAKIRAH)

Pantun 3: SHAKIRAH Berkicau merbah di pinggir hutan, Berlari lincah si anak rusa, Tangan ditadah memohon keberkataan, Moga majlis dirahmati yang esa. Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis mempersilakan ______________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. # bacaan doa # Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ____________ atas bacaan doa itu tadi. Semoga Allah merahmati perjalanan majlis kita pada petang ini.

5. Ucapan Perasmian Pengetua (SHAKIRAH)

Bagi meneruskan atur cara, seterusnya majlis mempersilakan Ybrs. Tuan En. Shahrome bin Daud, Pengetua MRSM Kuala Klawang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya merasmikan Hari Apresiasi Budaya MRSM Kuala Klawang Kali Pertama, 2010. Dengan segala hormatnya dipersilakan. # Pengetua menyampaikan ucapan alu-aluan # Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan alualuan dan menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi. Maka dengan ini rasmilah sudah majlis perasmian Hari Apresiasi Bahasa MRSM Kuala Klawang Kali Pertama, 2010.

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Show 1: Tarian Endang Persembahan akan dimulakan dengan tarian tradisional penduduk Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau iaitu Tarian Endang lagu Dinding Ba Rinding. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, setiap gerakan dalam tarian ini menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur para petani dengan hasil tanaman mereka. Ayuh! kita sama-sama saksikan.

Show 2: Nasyid Acapella

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan penari Endang di atas persembahan hebat mereka sebentar tadi. Baiklah, tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan dendangan lagu Nasyid, dalam bentuk Acapella. Lagu bertajuk Jalinan dan Doa Perpisahan akan diperdengarkan. Untuk itu dipersilakan!

Show 3: Tarian Klasik India

Terima kasih daun keladi diucapkan kepada kumpulan nasyid acapella atas dendangan lagu yang begitu mengasyikkan itu tadi. Syahdu rasanya hati ini mendengarkan alunan suara mereka. Baiklah, Hadirin hadirat yang dimuliakan, Dari Tanah Arab, kini kita terbang pula ke India. Ini kerana, persembahan seterusnya merupakan tarian klasik masyarakat India yang akan ditarikan oleh penari-penari yang didatangkan khas dari India. Anda teruja? Anbudhan alai verkirom ! Ayuh kita sama-sama saksikan persembahan mengkagumkan ini.

Show 4: Deklamasi Sajak

Nandrey, bahasa Tamil untuk terima kasih diucapkan kepada kumpulan penari tarian klasik India atas persembahan yang meggegar jiwa itu tadi. Kehabatan Hari Apresiasi Budaya kita yang julung-julung kali diadakan ini akan diteruskan lagi dengan satu persembahan yang pasti akan meruntun jiwa dan raga pula. Jadi, celik-celik kan lah mata dan lapang-lapangkan lah telinga hadirin sekalian untuk menghayati persembahan seterusnya. Terimalah, persembahan deklamasi sajak - Pergi.

Show 5: Sketsa Muzikal

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan deklamasi sajak. Majlis pada hari ini dirancakkan lagi dengan persembahan sketsa muzikal yang bertajuk Nur Nan Kasih. Sketsa muzikal ini megisahkan tentang hidup seorang anak muda kaki rempit yang akirnya insaf setelah diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Menarik bukan? Jadi apa yang ditunggu lagi. Ayuh kita sama-sama saksikan sketsa muzikal Nur Nan Kasih.

Show 6: Lagu Klasik India dengan Alunan Veenai

Terima kasih diucapkan kepada pelakon-pelakon sketsa muzikal Nur Nan Kasih atas persembahan yang menarik itu tadi. Kini, tiba pula kita ke persembahan seterusnya yang pastinya menarik dan julung-julung kali dapat kita saksikan secara langsung. Marilah sama-sama kita saksikan penampilan istimewa Abhiramy dengan petikan Veenainya. Kehangatan petikan Veenai Abhiramy akan disemarakkan lagi dengan gerak tari mengasyikkan dari Sivasni dan Rashveni sambil diiringi alunan suara Sinthuja yang merdu bak buluh perindu. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Show 7: Nyanyian Lagu Klasik Duet

Terima kasih diucapakan kepada Abhiramy dan pasukannya. Dan sekarang tibalah kita ke acara kemuncak pada hari ini, acara yang pastinya dinanti-nantikan oleh semua. Hari Apresiasi Budaya akan dimeriahkan lagi dengan satu persembahan duet istimewa yang tiada tandingnya. Dengan suaranya yang lebih merdu dari buluh perindu, dipersilakan guru kesayangan ramai iaitu Cik Rahizawati dan Azimah untuk mendendangkan lagu berjudul ____________________. Ayuh Cikgu Rahiza. Gegarkan Dewan Semarak pada petang ini. Dipersilakan.

Show 8: Seni Silat Gayung

Tersenyum simpul nampaknya warga Dewan Semarak ye. Terima kasih diucapkan kepada Cik Rahiza dan Azimah atas persembahan yang nyata menghiburkan itu tadi. Hadirin hadirat warga dewan yang dimuliakan, Kini tibalah kita pada acara penutup Hari Apresiasi Budaya 2010. Pencak silat gayung menjadi taruhan, Untuk hiburan kita bersama. Mari kita saksikan.

6. Acara Penyerahan Sirih Junjung dan Pulut Kuning Kepada Sheikh Muszaphar

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Pantun 4: SHAKIRAH Gadis Acheh berhati gundah, Menanti teruna menghulur tepak, Gula manis sirih menyembah, Adat dijunjung dipinggir tidak.

(ADRI)

Ikan berenang di dalam lubuk, Ikan belida dadanya panjang, Adat pinang pulang ke tampuk, Adat sirih pulang ke gagang, Sirih junjung sirih pinang, Sirih kami susun bertingkat, Adat dijunjung pusaka dikenang, Bangsa berbudi hidup muafakat. Pokok pinang ditanam rapat, Puyuh kini berlari-lari, Samalah kita menjunjung adat, Tunggak budaya semai dihati.

15. Penutup dari MC

Akhir kata, majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sesungguhnya jasa dan sumbangan kalian tidak mampu dibayar dengan wang ringgit dan emas permata. Hanya Allah jua yang mengetahuinya. Saya bagi pihak j/kuasa pengelola, memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur bicara dan terkasar bahasa sepanjang majlis ini berlangsung. Berpisah kita untuk sementara, semoga berjumpa lagi di lain ketika. Sebelum berpisah, terimalah pantun daripada kami: Burung merpati terbang sekawan, Jauhnya terbang dari seberang, Terima kasih hadirin sekalian, Maafkan kami apa yang kurang. Cantiknya mawar merah terserlah, Tumbuh merimbun di perdu jati, Kalaulah ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Maka dengan ini, berakhirlah Program Hari Apresiasi Budaya 2010. Dengan ini, majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua, Timbalantimbalan Pengetua, Ketua-ketua Jabatan dan guru-guru untuk menikmati jamuan makan tengahari di luar dewan. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum w.b.t.

10

Anda mungkin juga menyukai