Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS (MAJLIS MERDEKARAYA SEKOLAH KEBANGSAAN ZAINAB 2) TARIKH : 17 SEPTEMBER 2012 TEMPAT:DEWAN PUTERI GEMILANG

BIL 1

MC

TEKS PENGACARA Yang Berusaha Puan Aidah BT Mohd Salleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Yang Berusaha Puan Zaini BT Yusoff Penolong Kanan Pentadbiran SK Zainab (2) Yang Berusaha Puan Hamidah Bt Che Abdul Hamid Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid SK Zainab (2) Yang Berusaha Puan Mahidah BT Penolong Kanan Kokurikulum SK Zainab (2) Yang dihormati guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Ceria wajah dalam majlis Hati berkobar, semangat dibawa Sambutan merdeka penyeri majlis Sematkan gagah di dalam jiwa. Selamat datang ke Majlis Merdekaraya Peringkat Sekolah Kebangsaan Zainab (2) pada tahun ini. Sama-samalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini dengan penuh kedamaian dan keamanan. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dapat bersama-sama berkumpul di dewan ini untuk satu lagi program yang semestinya sangat meria pada tahun ini.

2 3

BACAAN DOA Tetak buluh kajang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat Untuk memberkati majlis dengan sukacitanya menjemput Al Fadhil Ustaz bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan Terima kasih kepada Ustaz Atas bacaan doa sebentar tadi.

4 5

UCAPAN GURU BESAR Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah puan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih. Seterusnya dipersilakan Puan Aidah BT Mohd Salleh untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Aidah Bt. Mohd Salleh atas ucapan beliau itu tadi.

6 7

NYANYIAN LAGU BERAMAI-RAMAI Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik majlis kita pada pagi yang ceria ini dijemput semua guru dan rakan-rakan bagi menghormati dan bersama-sama menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos dan lagu 1 Malaysia. Semua guru dan rakan-rakan diminta berdiri. Begitulah tadi nyanyian lagu Tanggal 31 Ogos dan lagu 1 Malaysia yang dinyanyikan dengan penuh bersemangat itu.

PERTANDINGAN PIDATO,SAJAK,LAGU KEMERDEKAAN DAN LAGU RAYA Terbang tinggi si burung helang Berkicau kenari sambil berterbangan Insan cemerlang Negara terbilang Bakat diserlah tanda kecemerlangan. Sekarang marilah sama-sama kita melihat persembahan murid-murid yang semestinya sangat berbakat. Sekarang dipersilakan . untuk menyampaikan pidatonya yang bertajuk Dipersilakan Terima kasih kepada .. Hebat dan sangat bermakna pidato yang disampaikan itu tadi. Seterusnya, dipersilakan Nik Hanan bt Nik Abdul Rahman dari tahun 6 Mahir untuk mendeklamasikan sebuah sajak. Dengan takzimnya dipersilakan Terima kasih daun keladi lain kali buat persembahan lagi. Seterusnya kita serikan lagi majlis ini dengan alunan suara nyanyian Kumpulan dari tahun untuk menyampaikan lagu kemerdekaan. Dipersilakan Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan atas persembahan yang memukau itu tadi. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian lagu Hari Raya yang akan disampaikan oleh Kumpulan... Majlis dengan hormatnya mempersilakan Terima kasih atas kumpulan ...... atas persembahan yang sungguh memukau itu tadi.

10

JAMUAN RAYA

Pujangga Melayu berbicara, Berdayung sampan telah tiba di seberang, Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya

Tenang-tenang air di kali Tempat mandian putra puteri Sempurna sudah majlis dirai Salah dan silap harap dimaafi

Akhirnya,kita telah sampai di penghujung majlis.Di kesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada tersalah dan tersilap sepanjang majlis ini berlangsung.Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan sebarang kekurangan itu adalah dari kelemahan kami sendiri. Sebelum bersurai, sukacitanya kami menjemput para guru dan muridmurid untuk menikmati juadah Hari Raya yang telah disediakan.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Salam hormat, Salam Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya.

Anda mungkin juga menyukai