Anda di halaman 1dari 5

Si Comel Bertudung Merah

Assalamualaikum w.b.t . Eh......ramainya kawan-kawan kita, kawankawan nak dengar cerita? . Ha!......hari ini saya nak bercerita tentang Si
Comel Bertudung Merah . Hah..... sudah sedia semua?

Si Comel Bertudung Merah tinggal di sebuah kampung dengan


ibunya. Dia gemar memakai tudung berwarna merah apabila keluar
daripada rumahnya. Tudung merah itu merupakan pemberian ayahnya
sebelum ia meninggal dunia. Oleh sebab itulah dia sangat sayang akan
tudung itu. Lantas orang kampung menggelarkannya Si Comel
Bertudung Merah .
Si Comel Bertudung Merah mempunyai seorang nenek yang tinggal
di hujung sebuah kampung. Pada suatu hari nenek Si Comel sakit, lalu Si
Comel meminta izin daripada ibunya untuk menziarahi nenek
kesayangannya. Ibu, saya ingin pergi ke rumah nenek. Pergilah, kalau
tidak kau akan menyesal kata ibunya. Sebelum pergi kata ibunya, wahai
Si Comel!, ingat pesan ibu pergi terus ke rumah nenek. Jangan sesekali
kau berhenti dan bercakap-cakap dengan orang yang tidak kau kenali.
Ibu....saya akan menjadi anak yang baik. Nasihat ibu tidak akan
saya lupakan. Saya akan pergi dan balik secepat mungkin. Janji Si
Comel Bertudung Merah.

Si Comel pun berjalan dengan membawa seraga buah-buahan


dalam hutan kecil itu. Dia tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan
neneknya. Sambil berjalan-jalan dia menyapa, burung-burung yang
begitu banyak berterbangan.

Nampaknya Si Comel Bertudung Merah telah terlupa dengan


pesanan ibunya kerana terlalu terpesona dengan keindahan flora dan
fauna di hutan tersebut. Tiba-tiba dia terlihat bunga-bunga yang cantik
serta menawan hati, lalu dia pun berhenti dan memetik bunga-bunga itu.
Tanpa diduga ketika itu serigala sedang asyik memerhatikan Si Comel
Bertudung Merah.
Serta merta dia melompat dan berdiri di hadapan Si Comel. Apa
khabar wahai Si Comel ? Kamu hendak ke mana?
Si Comel sangat takut, dia mulai ingat pesanan dan nasihat
daripada ibunya. Hatinya mulai menyesal. Saya hendak ke rumah nenek
saya di hujung hutan sana. Dia sakit dan ini saya bawa buah-buahan
untuknya. Jawab Si Comel.

Serigala dapat satu akal, lalu berlari ke rumah nenek . Dia


mengetuk pintu dan meniru suara Si Comel. Nenek....nenek, saya datang
ni , Saya Si Comel Bertudung Merah ni . Saya bawa buah-buahan dan
bunga-bungaan yang cantik ni. Bukalah pintu...

Pintu tidak berkunci sayang, masuklah, mari dekat nenek. Nenek


rindulah....... Serigala itu menolak pintu, lalu berluru masuk ke dalam
rumah nenek.
Nenek Si Comel sangat terkejut apabila mendapati bukan cucu
kesayangannya yang datang, tetapi seekor serigala yang garang. Dia
melompat lalu menyembunyikan dirinya dalam almari. Serigala
menyamar dengan memakai pakaian nenek dan baring di atas katil.
Sebentar kemudian Si Comel Bertudung Merah pun tiba, lalu dia
mengetuk pintu sambil berkata, nenek!!!.....nenek !!!! bukalah pintu,....
saya Si Comel . Serigala menjawab, masuklah cu....

Si Comel

berasa sesuatu telah berlaku kepada neneknya.

Dia memerhatikan wajah kesayangan neneknya dan mendapati


rupa nenek sangat ganjil.

Dia memerhatikan wajah kesayangan neneknya dan mendapati


rupa nenek sangat ganjil. Nenek..... kenapa telinga nenek sangat
besar? Ya!!!, memang besar supaya dapat mendengar suara kau
dengan jelas, saying. Eh.!...Eh!....Nenek...kenapa mata nenek terbeliak
besar? Tanya Si Comel lagi. Besar.??......Ha!!........Besar supaya dapat
melihat wajah kau yang comel dengan jelas, sayang.
Eh!..Eh!..Kenapa gigi nenek besar dan tajam?

Ha!!!.....Mestilah besar dan tajam supaya dapat makan kamu dengan


mudah.
Ha!!!.....Ha!!....Serigala terus mengejar dan cuba menerkam ke
arah Si Comel Bertudung Merah. Si Comel menjerit sambil meminta
tolong. Tolong.....tolong......... Nasib baik pada ketika itu suara Si Comel
didengari oleh pemotong kayu. Lalu, pemotong kayu berlari untuk
menyelamatkannya.

Dia terus masuk ke rumah itu dengan kapaknya dan menangkap itu.
Kemudian, mereka terdengar suara nenek memanggil dari dalam almari.
Apabila dia keluar dari situ, dia terus memeluk cucunya.
Terima kasih kerana menyelamatkan nyawa kami, kata nenek kepada
pemotong kayu. Kita tidak akan melihat serigala yang jahat itu lagi di
kawasan ini.

Nenek, saya sangat menyesal kerana tidak mendengar nasihat


ibu. kata, Si Comel dengan sedih.
Nenek memeluk Si Comel sambil berkata, tak mengapalah
cu........tapi lain kali janganlah buat lagi. Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna.

Sekian sahaja cerita saya, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai