Anda di halaman 1dari 8

APLIKASI POWER POINT DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF

Putri Balkish Binti Mohd Yusoff


Shukri Bin Ismail
Abstract
Early reading skills of children is very important among pre-schoolers. Preschool
teachers play reveals knowledge early reading skills to preschool children. Preschool
teachers are responsible to expose the early reading skill to the preschoolers. Various
methods have to be implemented to ensure that children acquire reading skills.
Therefore, a study was carried out on pre-school pupils Baitul Rahmah (2) in SK
Bunut Susu,Wakaf Bharu. This research aims at the effective use of "Power Point" in
the letters of the alphabet skills. The purpose of this research is to know the
effectiveness of using power point method in increasing the literacy of alphabet
among the pupils. A total of 25 pre-school students attended the diagnostic test
without exception of age. Results of diagnostic tests have proven 6 students have yet
to master the skill of literacy. After making an exception of age, researchers found
that 6 students aged 6 years still have not mastered the skills of literacy. In all, six
students were selected as respondents in this study. Post test showed a high relative
pretest. Students found it more fun to learn to use power point method compared to
conventional methods. This indirect way to attract them to learn and further improve
the skills of literacy.
PENGENALAN
Kepentingan kemahiran membaca awal bukanlah satu perkara yang mudah
dilaksanakan. Guru perlu berusaha mencari pelbagai alternatif untuk menyediakan
pembelajaran yang terbaik untuk murid-muridnya. Dalam Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyenaraikan 6 tunjang dalam kandungan
pengajaran. Tunjang tersebut adalah tunjang komunikasi, tunjang kerohanian sikap
dan nilai, tunjang ketrampilan diri, tunjang perkembangan fizikal dan estetika,tunjang
kemanusiaan dan tunjang sains dan teknologi. Fokus utama dalam Tunjang
Komunikasi Bahasa Melayu merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Inilah yang berlaku dalam kelas
Prasekolah ini. Kebanyakan kalangan murid tidak dapat memberi perhatian
sepenuhnya terhadap pembelajaran. Mereka lebih tertumpu kepada pembelajaran
konvensional dan sama setiap hari. Masalah ini berlaku juga disebabkan pengkaji
menggunakan pendekatan yang kurang sesuai dengan keperluan murid. Pengkaji
banyak menggunakan lembaran kerja serta papan putih ketika mengajar. Hal ini
menyebabkan mereka berasa bosan dan hilang tumpuan ketika Pengkaji mengajar.
Masalah murid belum menguasai huruf menimbulkan semangat dalam mengkaji dan
mencari jalan penyelesaian masalah ini. Pengkaji berazam untuk meningkatkan
kemahiran mengenal huruf dalam kalangan murid. Ini kerana kemahiran membaca
merupakan kemahiran yang sangat penting dalam mencerap segenap ilmu dunia dan
akhirat. Golongan yang tercicir harus dibantu secara berterusan supaya masalah ini
tidak menjadi krtikal di saat murid-murid lain jauh ke hadapan menguasai kemahiran
yang lebih tinggi. Kesimpulannya, murid mengalami masalah membaca. Masalah ini

harus diselesaikan dengan segera supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar dan berkesan.
FOKUS KAJIAN
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, pelbagai isu dan
masalah ditunjukkan oleh murid. Isu dan masalah ini harus dikupas dan diteliti
secara mendalam bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik. Di kelas
Prasekolah Baitul Rahmah(2), murid-murid sukar menumpukan perhatian ketika
pengkaji mengajar. Hanya beberapa murid sahaja yang menumpukan perhatian
terhadap pengajaran. Kebanyakkan murid-murid yang menumpukan perhatian adalah
anak guru dan sudah boleh mengeja. Selebihnya, mereka hanya menumpukan
perhatian ketika awal pembelajaran iaitu set induksi. Kemudian akan mengusik dan
berbual bersama rakan-rakan lain. Tetapi apabila pengkaji bertanyakan soalan Ini
huruf apa?,mereka akan senyap tanda tidak mengetahui jawapannya. Hasil daripada
pemerhatian dan soal selidik yang telah dilakukan, pengkaji dapati murid:
a) Tidak dapat menjawab soalan/menguasai kemahiran mengenal huruf walaupun
sepatutnya murid telah menguasai kemahiran ini pada minggu ini.
b) gagal menyebut huruf yang ditunjukkan
c) tidak dapat menunjukkan huruf yang disoal(mengecam).

Kemahiran mengenal huruf adalah asas kepada kemahiran membaca. Hakikatnya


mengajar kanak-kanak Prasekolah mengenal huruf bukanlah perkara mudah. Ini
kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan. Pengkaji mengakui terrdapat
murid-murid yang telah dapat membatangkan suku kata. Tetapi ada murid yang masih
tidak dapat mengenal huruf pada tahap yang sepatutnya. Ada murid yang sudah 2
tahun berada di Prasekolah masih tidak dapat mengenal huruf. Murid yang
bermasalah kelihatan tidak berminat dengan pendekatan yang digunakan di
Prasekolah setiap hari. Namun guru memberikan alasan bahawa murid ini lambat
belajar.Guru Prasekolah pernah menyatakan bahawa murid akan lebih fokus kepada
pelajaran sekiranya guru menggunakan komputer. Tetapi atas sebab kurangnya
pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh guru itu sendiri, maka guru tidak
menggunakannya semaksimum yang mungkin.Saya berharap jalan penyelesaian
dapat ditemui bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran awal membaca. Jika
kajian ini tidak dijalankan, saya berani mengatakan yang mereka mungkin berada di
kelas hujung pada Tahun 1 pada 2013. Akibatnya mereka akan terus tercicir daripada
pelajaran yang sepatutnya.

Objektif kajian
Meningkatkan kemahiran mengenal huruf melalui Power Point
Soalan kajian
Berikut persoalan yang dikemukakan dalam kajian ini:
Adakah kemahiran mengenal huruf dapat ditingkatkan melalui kaedah Power
Point?
Adakah minat murid dalam aktiviti pembelajaran dapat ditingkatkan melalui

penggunaan aplikasi Power Point?


Kumpulan sasaran
Responden kajian adalah murid dari Prasekolah Baitul Rahmah(2) di SK Bunut
Susu,Pasir Mas. Pengkaji memilih 6 orang murid sebagai sampel. 6 murid ini adalah
berusia 6 tahun dan mendapat markah bawah 20/26 markah.
SOROTAN LITERATUR
Menurut Yahya Othman(2005),membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang
mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan
melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan
bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif dan
pengalaman membaca.
Bahkan Brown (1980) dalam Saayah Abu(2008), menyatakan kanak-kanak lahir di
dunia ini ibarat sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya yang
akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi membuat pengukuhan pada tingkah
lakunya. Pengetahuan dan ketrampilan bahasanya akan diperoleh melalui
pengalaman dan proses pembelajaran. Dengan demikian,bahasa yang didengari akan
dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama seperti orang yang belajar
memandu kenderaan.
Zainora Binti Mohd (2005) melalui kajiannya mendapati pada awalnya ujian pra murid
tidak dapat membaca dengan lancar namun setelah diberi peneguhan dan bimbingan
mereka dapat membaca dengan lebih baik. Berdasarkan tindakan ini membuktikan
bahawa murid yang lemah sekalipun jika dibimbing secara berterusan akan dapat
mengubah tahap kemahiran membacanya. Didapati juga bahawa murid akan merasa
seronok kerana guru memberikan tumpuan kepada mereka secara berterusan dan
tidak mengabaikan mereka disamping bantuan dari rakan sebaya dan penggunaan IT
serta kad dan sumber lain.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN


Pengkaji telah menjalankan kajian berbentuk kajian tindakan. Kajian ini mempunyai
prosedur dan tindakan yang tersendiri untuk memastikan setiap langkah yang diambil
saling berkaitan antara satu sama lain dalam mendapatkan hasil yang memuaskan.
Model Kemmis dan McTaggart (1988) digunakan sebagai panduan perjalanan
prosedur tindakan kajian. Model ini menyarankan empat langkah kajian tindakan
berdasarkan gelungan (cycle) mengikut turutannya. Prosedur tindakan bermula
dengan proses), merancang (plan), bertindak (action) dan diakhiri dengan memerhati
(observe) dan mereflek (reflect).
Merancang
Langkah merancang melibatkan pemilihan 6 orang responden yang terdiri daripada
murid Prasekolah berusia enam tahun. Pemilihan responden adalah berdasarkan
pemilihan ujian pra yang paling rendah dalam kemahiran mengenal huruf. Pengkaji

telah memilih kaedah powerpoint sebagai bahan bantu mengajar kerana percaya
bahawa murid akan lebih berminat dalam sesi pembelajaran. Ini kerana penggunaan
powerpoint yang mengandungi gambar,teks dan audio lebih meransang perhatian
murid. Secara tidak langsung mereka akan lebih berminat kepada isi kandungan
pelajaran. Seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal huruf
dalam kalangan responden. Ujian pra dan pos telah dijalankan bagi melihat perbezaan
tahap kemahiran mengenal huruf sebelum dan selepas penggunaan powerpoint
dalam kaedah mengenal huruf. Selain itu pengkaji menggunakan instrumen
pemerhatian, ujian pra dan pos serta skala perkadaran.
Pengkaji menggunakan Microsoft Power Point sebagai bahan alat bantu mengajar.
Melalui cara ini, pengkaji dapat menggabungkan teks,bunyi dan gambar dalam satu
program yang padat. Murid juga dapat belajar sendiri dengan menekan butang khas
pada skrin paparan.
Bertindak
Responden dipanggil seorang demi seorang dan duduk di hadapan laptop. Sepasang
headfon dan tetikus dibekalkan bagi memudahkan pembelajaran secara PowerPoint.
Murid akan diberikan penerangan sebelum menggunakan PowerPoint. Kemudian
murid akan dipasangkan alat headfon di kedua-dua belah telinganya. Murid atau guru
akan mengawal tetikus atau papan kekunci. Murid akan melihat paparan skrin dan
mendengar nama huruf yang dipaparkan di skrin laptop. Kemudian murid akan
meniru bunyi tersebut. Skrin seterusnya akan merujuk kepada huruf seterusnya pula.
Responden kelihatan sangat teruja dengan skrin yang berwarna-warni serta bunyi
yang didengari pada setiap slide. Selain daripada itu responden juga tidak sabar
untuk menggunakannya pada lain masa. Ini menandakan bahawa kaedah
pembelajaran ini tidak menekan minda dan perasaan murid. Sebaliknya ianya
memberikan kesan seronok dalam sesi pembelajaran. Rasionalnya,penggunaan
PowerPoint telah menarik minat murid dalam aktiviti pembelajaran yang tidak
membebankan dan seronok. Seterusnya ia dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mengenal huruf.
a) Memerhati
Pada peringkat ini,pengkaji telah membuat pemerhatian dan ujian pos telah
dijalankan. Ujian pos yang dijalankan adalah sama dengan ujian pra yang telah
dijalankan pada awal proses. Ujian pra dan pos direkodkan dalam satu jadual supaya
penilaian boleh dilihat dengan jelas. Ujian pos mengandungi 26 huruf dan ruang
untuk ditanda di sebelahnya. Pengkaji akan menujukkan huruf dan menghendaki
murid menamakan huruf tersebut.
b) Mereflek
Langkah mereflek penting dalam menilai keberkesanan sesuatu intervensi. Dalam
langkah ini pengkaji melihat kembali keputusan-keputusan yang telah dianalisis.
Selain itu pengkaji melihat perkara-perkara yang perlu diperbaiki dalam cadangan
penambahbaikan. Selain itu pengkaji juga mencadangkan idea kajian lanjutan yang
boleh dijalankan pada masa akan datang. Pengkaji juga menyatakan implikasi kajian
terhadap terhadap murid dengan menyatakan perubahan-perubahan yang telah
berlaku. Kesimpulan dan rumusan dapatan dibincangkan dalam bahagian akhir bagi

merumuskan hasil keseluruhan dapatan.


DAPATAN
Keputusan ujian pra dan pos
Rajah 1. Menunjukkan Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pos
Setelah menggunakan powerpoint sebagai alat bantu mengajar, didapati R1 telah
memperolehi 24 jawapan yang betul dalam ujian pos. Ini mencatatkan peningkatan
markah sebanyak 54% antara ujian pra dan pos. Manakala R2 pula mencatatkan 54%
pada ujian pra dan 100% dalam ujian pos. Peningkatan ini adalah satu peningkatan
yang sangat membanggakan apabila murid ini dapat menguasai kemahiran mengenal
huruf 100% dalam ujian pos. R3 pula mencatat 54% pada ujian pra dan meningkat 38%
dalam ujian pos. Ini menjadikan markah 92% dalam ujian pos. R4 yang merupakan
murid paling lemah hanya memperolehi 3 sahaja huruf yang betul dalam ujian pra.
Peningkatan sebanyak 73% juga merupakan peningkatan tertinggi berbanding
responden lain adalah satu pencapaian terbaik dalam kajian ini. Ini menjadikan R4
mendapat 85% pada ujian pos. R5 mencatat 62% pada ujian pra manakala 96% dalam
ujian pos. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 34% dalam kemahiran mengenal
huruf pada ujian pos. R6 pula adalah murid yang bermasalah dalam kelas. Namun dia
mencatat 23% pada ujian pra manakala 88% dalam ujian pos. Ini menunjukkan
peningkatan sebanyak 65% perbezaan pada kedua-dua ujian tersebut.Merujuk kepada
graf di atas menunjukkan bahawa perubahan yang ketara dapat dilihat dari sudut
kemajuan murid. Peningkatan dalam ujian pos kepada setiap murid telah
menunjukkan bahawa penggunaan Power Point telah dapat meningkatkan kadar celik
huruf. R6 murid yang paling lemah pada ujian pra telah dapat meningkatkan
penguasaan mengenal huruf sebanyak 65% dalam ujian pos. Manakala R2 telah
menunjukkan markah 100% pada ujian pos berbanding ujian pra sebanyak 40%.
Pengkaji telah mendapatkan keputusan markah kemajuan mereka melalui dokumen
senarai semak. Kaedah pengumpulan data ini lebih tepat dan jelas iaitu Pengkaji
dapat mengesan huruf yang telah dikenali oleh murid. Semasa ujian pos dijalankan,
responden lebih yakin menjalani sesi soal jawab. Soal jawab ini berdasarkan sekeping
kertas yang tertulis 26 huruf secara susunan rawak sama seperti ujian pra yang telah
dijalankan. Perubahan tingkah laku yang dapat dikesan adalah responden kelihatan
yakin ketika menjawab soalan yang diajukan. Apabila Pengkaji menyoal merekaIni
huruf apa?, mereka akan menjawab secara pantas dan betul. Hanya ada beberapa
huruf yang mungkin mengelirukan menyebabkan mereka agak ragu-ragu untuk
menjawabnya.
Selain itu mereka juga lebih berminat untuk belajar kerana penguasaan terhadap
huruf semakin meningkat. Kini, beberapa orang responden sudah dapat
membunyikan bunyi kata mudah seperti S+U=SU. Mereka lebih bersemangat untuk
belajar membaca walaupun tanpa bantuan Power Point lagi. Ibu bapa juga berpuas
hati dan bangga dengan prestasi anak mereka. Ini kerana anak mereka telah
menujukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.
Keputusan skala perkadaran

Rajah2: Graf Bar Perbandingan Sebelum Dan Selepas Rawatan


Bagi soalan 1, nilai min sebelum rawatan adalah 2 dan selepas rawatan adalah 4.16.
Nilai min menaik selepas rawatan. Ini bermakna selepas rawatan murid suka belajar
huruf berbanding sebelum rawatan. Penggunaan Power Point berpotensi menarik
minat murid untuk belajar. Soalan 2 merujuk kepada kebosanan terhadap P&P yang
dijalankan. Nilai min sebelum rawatan aadalah sangat tinggi iaitu 4.83. Nilai min
menurun selepas rawatan kepada 1.5 sahaja. Ini menunjukkan bahawa tahap
kebosanan yang ditunjukkan oleh responden menurun selepas rawatan. Soalan 3
merujuk kepada keseronokan aktiviti yang dijalankan. Ternyata selepas menggunakan
Power Point dalam P&P, murid seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Nilai min
selepas rawatan adalah 4.66 berbanding 1.83 sebelum rawatan. Soalan 4 pula
mengutip nilai min sebanyak 1.83 sebelum rawatan dijalankan. Manakala selepas
rawatan sebanyak 4.83. Nilai min meningkat bermakna paparan bahan pengajaran
selepas rawatan adalah menarik minat murid. Sebaliknya pada sebelum rawatan
murid tidak begitu tertarik dengan bahan pengajaran yang disediakan. Nilai min
seterusnya adalah 1.66 merujuk soalan 5. Itu adalah nilai min sebelum rawatan.
Manakala selepas rawatan, meningkat kepada 4.83. Peningkatan seebanyak 3.17 poin
ini memberi gambaran bahawa murid lebih fokus terhadap pembelajaran selepas
rawatan dijalankan. Soalan 6 pula merujuk kepada keyakinan sebelum dan selepas
rawatan. Sebelum rawatan tahap keyakinan yang ditunjukkan adalah sebanyak 1.55.
Selepas rawatan nilai min adalah sebanyak 4.66. Peningkatan nilai min adalah
sebanyak 3.11. Perubahan ini adalah positif dan menunjukkan bahawa responden
lebih yakin ketika belajar huruf. Mereka boleh mengulangi seberapa kerap bunyi huruf
dalam aplikasi tersebut. Soalan 7 merujuk kepada tekanan dengan pembelajaran. Nilai
min yang tinggi sebanyak 4.5 sebelum rawatan menunjukkan responden tidak selesa
dengan kaedah pengajaran yang dilaluinya. Keadaan dan kaedah yang menekankan
kepada lembaran kerja dan penghafalan tanpa makna membuatkan mereka tertekan.
Tambahan pula, mereka akan tenggelam dalam kalangan murid yang ramai dan
akhirnya tidak banyak perkara yang mereka pelajari di sekolah. Akibat tertekan,
mereka akan melakukan kerja lain, tidak menyiapkan kerja serta murung.
Soalan 8 pula merujuk kepada pembelajaran tanpa bimbingan guru. Nilai min yang
rendah sebelum rawatan iaitu 1 menunjukkan pendekatan pengajaran secara biasa
haruslah memerlukan bimbingan guru sepenuhnya. Sebaliknya melalui penggunaan
aplikasi Power Point, murid dapat belajar tanpa bimbingan guru sepenuhnya. Ini
ditunjukkan melalui nilai min yang meningkat kepada 5.Soalan 9 pula, perasaan cuba
jaya ketika pembelajaran. Sebelum rawatan nilai min yang ditunjukkan adalah 1.16.
Manakala selepas rawatan min meningkat kepada 5. Ini menunjukkan peningkatan
yang positif. Ini bermakna murid berpeluang merasa perasaan cuba jaya dalam
pembelajaran. Sebaliknya sebelum rawatan murid tidak merasai perasaan cuba jaya
kerana hanya satu peluang akan diberikan kepada murid dalam merasai
kejayaan.Soalan 10 merujuk kepada keinginan yang ditunjukkan oleh responden
untuk belajar pada lain masa. Keinginan untuk belajar pada lain masa adalah sedikit
iaitu sebanyak 1.83. Selepas rawatan, semua ini berubah corak. Perubahan nilai min

kepada nilai 4.66 selepas rawatan adalah satu perubahan positif. Kebanyakan mereka
memlilih untuk belajar lagi pada lain masa tanpa rasa serik dan bosan. Keinginan
begini yang menjadi motivasi intrinsik untuk mereka terus belajar.
PERBINCANGAN
Rumusannya, pengkaji telah berjaya meningkatkan kemahiran mengenal huruf dalam
kalangan murid Prasekolah. Objektif kajian telah dicapai dengan jayanya dan saya
sangat berpuas hati dengan kejayaan responden. Ujian pra dan pos adalah bukti
kepada peningkatan kemahiran menguasai huruf. Peningkatan positif setelah
menggunakan kaedah Power Point mennjukkan keberkesanan kaedah ini dalam
mengajar kemahiran awal membaca kanak-kanak Prasekolah. Hal ini disokong oleh
Ashinida Aladdin(2004), kajian perbandingan antara PBBK(Pembelajaran Bahasa
Berbantukan Komputer) dan teknik pengajaran bahasa secara tradisional
menunjukkan bahawa penggunaan PBBK telah membantu memperbaiki kemahiran
linguistik pelajar (Rohaya, 1991; Jamaleah Ismail, 1996). Manakala minat dan
penglibatan murid dalam pembelajaran dapat dilihat melalui keputusan skala
perkadaran yang telah dianalisis. Perubahan yang ketara dari aspek minat murid
boleh dilihat melalui tumpuan yang diberikan semasa P&P. Ternyata mereka dapat
belajar dengan lebih seronok menggunakan aplikasi Power Point ini. Ternyata
pendapat. Kadar kebosanan dan tekanan juga dapat diturunkan melalui kaedah power
point ini. Susana Limanto(2009) telah membuktikan kajiannya mengenai Peningkatan
Minat Dan Kemampuan Anak Usian Pra Sekolah Untuk Belajar Membaca Dan Menulis
Permulaan Menggunakan Komputer Aided Learning. Dalam kajian beliau, kanakkanak dapat meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran. Sekaligus dapat
mengurangkan rasa bosan saat belajar membaca dan menulis. Saya percaya bahan
pengajaran yang menarik akan dapat meningkatkan tumpuan murid. Seterusnya
meningkatkan prestasi pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini juga dapat
mewujudkan pengajaran yang lebih berkesan dan lancar di samping mengurangkan
tingkah laku negatif seperti bising dan mengganggu rakan lain. Guru dapat mengawal
kelas dengan lebih mudah dan mutu pengajaran dapat ditingkatkan melalui
penggunaan power point. Seterusnya dapat meningkatkan motivasi murid dan guru
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
RUJUKAN
Ashinida Aladdin et al. Penggunaan PBBK(Pembelajaran Bahasa Berbantukan
Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing:
Satu tinjauan awal, GEMA Online Journal of Language Studies,Vol.4(1).
Saayah Abu(2008). Menjadi Guru Tadika, Kuala Lumpur: PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
Susano Limanto(2008). Peningkatan Minat Dan Kemampuan Anak Usia Pra
Sekolah Untuk Belajar Membaca Dan Menulis Permulaan Menggunakan Komputer
Aided Learning.Jurnal Manajemen Informatika, Vol 9 no. 2
Yahya Othman(2004). Mengajar Membaca. Kuala Lumpur :PTS Publication &

Distributors Sdn.Bhd.
Zainora(2005).Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Latih Tubi
Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan
IPBA 2005. Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu Antarabangsa Kuala Lumpur.4449.

Anda mungkin juga menyukai