Anda di halaman 1dari 18

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BACAAN MURID TAHUN 1BERMASALAH

SEBUTAN SUKU KATA MUDAH KV+KV DENGAN KAEDAH ABJAD DAN


KAEDAH SUKU KATA

Oleh

LEE CHEE MOI

Sekolah Jenis Kebangsaan Yeong Chang,


Kampung Sungai Suloh,
83040 Batu Pahat, Johor.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan ke atas 4 orang Tahun 3 di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Yeong Chang, Batu Pahat yang juga merupakan murid-murid pemulihan. Kajian ini
dijalankan bertujuan membantu meningkatkan kemahiran membaca perkataan yang
mengandungi suku kata mudah KV+KV dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Suku Kata.
Pengujian abjad dan pengujian suku kata digunakan untuk mengumpul data kajian.
Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Ujian Pra dari
segi kemahiran murid membaca perkataan KV+KV. Diharapkan agar kajian tindakan
yang dibuat ini dapat membantu rakan sejawatan atau sesiapa saja yang ingin membantu
para pelajar yang mempunyai masalah yang sama.

1.0 PENDAHULUAN

Dalam bidang pendidikan khususnya kurikulum di sekolah, guru-guru sering


terdedah dengan pelbagai isu dan masalah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru merupakan pihak yang berperanan untuk mengenal pasti
permasalahan tersebut sama ada disebabkan kelemahan amalan guru dalam pengajaran
atau sebaliknya. Untuk menyelesaikan permasalahan ini, adalah penting budaya
penyelidikan yang menjadi sebahagian budaya sekolah dan asas kepada iktisas guru bagi
menyelesaikan atau membuat penambahbaikan terhadap sesuatu isu.

1
Budaya melaksanakan penyelidikan dapat membaiki atau meningkatkan kualiti
amalan masing-masing. Di samping itu, aktiviti penyelidikan membantu guru memahami
dan menganalisis masalah seterusnya menjalankan kajian bagi mendapat jawapan untuk
mengatasi setiap permasalahansecara bijaksana. Ia melibatkan prosesmerancang,
bertindak, memerhati dan merefleks (Lewin, 1946; 1948).

Sehubungan dengan itu, budaya penyelidikan amat perlu diterap dan diberikan
penekanan dalam kalangan guru untuk memperbaiki amalan pengajaran, memperbaiki
atau meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran, dan menyelesaikan
permasalahan di dalam bilik darjah atau sekolah. Secara ringkasnya, penglibatan guru
dalam penyelidikan tindakan akan memberi impak yang positif kepada guru sama ada
dalam aspek meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau
meningkatkan diri guru sebagai seorang yang lebih profesional.

Kajian yang dijalankan ini berfokuskan aspek kemahiran membaca. Rasional


kajian ini dijalankan memandangkan kumpulan sasaran dalam kajian ini lemah dalam
aspek membaca berbanding dengan rakan-rakan mereka yang lain. Kumpulan sasaran
dalam kajian ini gagal dalam membaca perkataan dua suku kata pola KV+KV. Masalah
yang dihadapi oleh murid-murid ini merupakan satu masalah yang kompleks dan perlu
diatasi agar murid-murid ini tidak tercicir dalam kecemerlangan akademik bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu. Justeru, melalui kajian ini penyelidik membuat situasi sebenar
untuk melihat keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilakukan mampu meningkatkan
kemahiran membaca di kalangan murid.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 3 di sekolah saya. Kelas 3A ini merupakan kelas yang terdiri daripada 26 orang
murid. Setelah 3 bulan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas ini, saya
mendapati sebilangan murid tidak dapat mengenal huruf dan bunyi suku kata. Murid-
murid ini juga tidak dapat membaca perkataan dan suku kata yang bermula daripada
huruf vokal seperti „batu‟, „buta‟ dan sebagainya. Murid gemar menyebut perkataan
mengikut sesuka hati mereka berdasarkan bunyi hampir. Oleh itu, kajian ini difokuskan

2
kepada meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pola yang
difokuskan dalam kajian ini ialah pola suku kata terbuka dan tertutup iaitu pola KV+KV.

Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati bahawa masalah yang dihadapi oleh
murid ini disebabkan mereka masih belum dapat menguasai konsep mencantumkan
perkataan dan keliru dengan bunyi suku kata serta huruf. Hal ini sama juga berlaku
disebabkan oleh masalah kekeliruan huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama
seperti b, d, p, q, g, j, y dan sebagainya. Oleh itu, saya telah melaksanakan beberapa
aktiviti bagi mengatasi masalah murid tersebut.

Kajian tentang masalah membaca banyak dilakukan oleh pengkaji yang terdahulu.
Antaranya ialah kajian yang dilakukan oleh Roziah Abdul Hamid (2005), Zainora Mohd
(2005), Aspalaila Ramli dan Maslinda Mahmud (2006), Siti Rosmah Mohamed dan
Saripah Sarif (2006) serta Abdillah Nurdin Asis (2009).

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar. Walaupun
banyak kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih belum ada kajian tentang
masalah membaca dilakukan di sekolah ini. Maka, wajarlah kajian ini dilakukan bagi
meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata bagi murid Tahun 1 di
sekolah ini.

1.2 Tinjauan Literatur

Kajian pertama yang mengandungi laporan pengkaedahan pengajaran membaca


untuk kanak-kanak yang mengalami masalah membaca telah diterbitkan sejak tahun 1921.
Grace Fernald dan Helen B. Keller merupakan pengasas Pendekatan Fernaland
berpendapat bahawa setiap murid mempunyai keinginan untuk belajar membaca (Azman
Wan Chik, 1986:39). Melalui keinginan tersebut murid akan melafazkan ayat atau
perkataan yang difikirnya. Ujaran yang dilafazkan oleh murid kemudian ditulis di atas
papan tulis oleh guru. Seterusnya murid diminta menyebut dan menyalin perkataan atau
ayat tersebut berulangkali. Cara ini didapati berkesan dan pendekatan ini sering
digunakan dalam kajian yang berikutnya.

3
Teori Pemprosesan Maklumat yang dipelopori oleh Gange pula menganggap
pembelajaran sebagai satu proses input dan output. Beliau mengemukakan suatu hierarki
kemahiran dalam pengajaran bacaan. Menerusi hierarki kemahiran ini, seseorang yang
mula belajar membaca seharusnya mempelajari pelbagai bunyi bahasa dahulu. Seterusnya
mengenal abjad mengikut bunyi. Kemudian barulah seseorang itu dikatakan dapat
mengenal dan membaca perkataan mudah (Norfaizah Abd Jobar, 2003).

Teori Mekanis atau Teori Behavioris mengatakan aspek persekitaran amat penting
berbanding fenomena mental dalam proses membaca. Pembelajaran membaca mengikut
Teori Mekanis ialah satu proses apabila pengalaman atau latihan yang dialami
menghasilkan perubahan tingkah laku yang berkekalan. Teori ini juga menekankan
latihan dan pengulangan yang banyak bagi membentuk satu tabiat atau kebiasaan
(Mengantar Simanjuntak, 1987).

Teori Mentalis yang dipelopori oleh Naom Chomsky (1972), melihat proses
pembelajaran bahasa sebagai satu proses mental yang berkait rapat dengan kebolehan
semula jadi dalam otak manusia untuk berbahasa. Justeru, semasa pengajaran membaca
dijalankan, proses yang berlaku dalam otak akan membantu murid memahami pengajaran
yang disampaikan (Norfaizah Abd Jobar, 2003).

Terdapat banyak lagi teori-teori pembelajaran yang menjelaskan pengajaran dan


pembelajaran bahasa dalam aspek bacaan. Pengertian terhadap teori-teori pembelajaran
membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada setiap murid.

1.2.1 Kaedah Abjad dan Kaedah Suku Kata Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu

Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-
nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu iaitu A hingga Z. Kaedah abjad
merupakan kaedah asas membaca yang paling tua digunakan oleh manusia untuk
mengajar kanak-kanak membaca (Rosyatimah, 2012). Pendapat ini turut disokong oleh
Zulkifly Hamid (1994). Menurut beliau, kaedah ini adalah kaedah klasik dan amat
digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada peringkat permulaan. Kaedah

4
pengajaran abjad ini telah pernah digunakan pada zaman kerajaan Greek dan Rom. Jadi,
dari segi kekerapan penggunaan, kaedah ini merupakan kaedah yang terunggul dan telah
terbukti berjasa mencelikhurufkan jutaan manusia (Mohd Isa Abd Razak, 2009) .

Kaedah abjad digunakan oleh guru untuk membantu murid-murid mengenali


lambang-lambang huruf, kemudian menyebut suku kata, perkataan dan seterusnya
membaca ayat. Murid-murid dapat mencapai kemahiran dan memahami proses membaca
dengan baik, menarik dan teratur kerana ia dimulai dengan pringkat asas membaca.
Menurut Rosyatimah (2012), murid-murid yang mempunyai kamahiran asas dan binaan
yang kukuh dalam aktiviti asas membaca membolehkan mereka membaca perkataan
baharu, walaupun belum pernah mempelajarinya. Ini adalah kerana mereka sudah dapat
mengenal huruf dan membunyikan vokal konsonan dengan baik. Dengan itu, murid-
murid akan lebih berkeyakinan untuk terus membaca.

Kaedah suku kata adalah lanjutan daripada kaedah abjad. Dalam kaedah ini,
huruf-huruf konsonan digabungkan dengan huruf-huruf vokal untuk membentuk suku
kata. Seterusnya suku kata yang dibentuk itu akan digabungkan bagi membentuk
perkataan (Atan Long, 1970:23). Kaedah suku kata datang dalam keadaan ramai murid
yang tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah mengeja. Kaedah ini meminta
murid-murid menghafal pola-pola suku kata yang ada dalam Bahasa Melayu. Keunikan
Bahasa Melayu adalah kerana pola-pola suku katanya jelas.

Kaedah suku kata menggunakan kad-kad imbasan sering digunakan oleh guru-
guru dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kad imbasan diperkenalkan oleh Dr. Glenn
Doman untuk mengajar kanak-kanak membaca dan mengenal gambar. Melalui kad
imbasan, otak akan menerima maklumat dan bertindak balas terhadap maklumat.
Maklumat diperolehi melalui pancaidera dihantar ke otak, disimpan dan otak akan
menghantar maklumat untuk tindakan. Mengikut pandangan Dr Glenn Doman, murid-
murid yang diajar berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat menjadikan
pembelajaran lebih cepat dan efektif (Nazim Hassan, 2013).

Dalam kajian ini, setiap perkataan (bukan suku kata) ditulis di atas kad-kad
manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada murid dengan cepat. Kad imbasan

5
digunakan mampu merangsang minda murid-murid dan terbukti berjaya menjadikan
kanak-kanak lebih cerdik dan pandai berdasarkan kajian sainstifik yang lepas (Nazim
Hassan, 2013).

1.2.2 Kajian-Kajian Lepas Tentang Kaedah Abjad dan Kaedah Suku Kata Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran

Pada tahun 1983, Sofiah Hamid telah membuat kajian perbandingan dua
pendekatan pengajaran asas membaca, iaitu pendekatan abjad dan pendekatan terus
membaca. Beliau mendapati kemahiran asas membaca seperti kemahiran menamakan dan
membunyikan huruf abjad, kemahiran menghubungkan huruf dengan bunyinya,
kemahiran membunyikan suku kata dan kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi suku
kata dalam perkataan perlu diperkukuhkan. Hasil daripada kajian beliau menunjukkan
bahawa pendekatan abjad dengan penggunaan bahan pengajaran yang sistematik boleh
digunakan bagi mengajar asas bacaan. Oleh itu, penggunaan kaedah abjad sebagai
pengajaran asas membaca adalah sesuai bagi merawat murid yang mempunyai masalah
membaca.

Melalui kajian yang dijalankan oleh Roziah Abdul Hamid (2005), ke atas 10
orang murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan, Pahang mendapati bahawa
pencapaian dan penguasaan murid terhadap kemahiran membaca dengan menggunakan
kad suku kata dan gambar dapat dipertingkatkan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang selepas murid sudah pandai dan tahu
membaca. Murid-murid juga mempunyai keyakinan untuk terus membaca.

Zainora Mohd (2005), dalam kajiannya ke atas 6 orang murid Tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Merting, Jerantut, Pahang mendapati bahawa pada awalnya murid tidak
dapat membaca perkataan yang diberikan. Setelah diberi latih tubi membaca suku kata
perkataan, hampir keseluruhan murid telah dapat menyebut dengan lancar perkataan yang
diberikan. Ini menunjukkan bahawa kaedah suku kata yang dijalankan ini telah
membantu mengatasi masalah membaca dikalangan murid-murid. Menurut beliau, murid
akan berasa seronok apabila guru memberikan tumpuan dan tidak mengabaikan mereka.

6
Kajian beliau juga membuktikan bahawa murid yang lemah jika diberikan bimbingan
yang berterusan akan dapat mengubah tahap bacaan.

Aspalaila Ramli. Maslinda Mahmud (2006) melaksanakan satu kajian untuk


meningkatkan kemahiran murid membaca ayat-ayat yang mengandungi perkataan
gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV + KVK ke atas 15 orang murid Tahun 3
di Sekolah Kebangsaan Sawan Dato‟, Mersing, Johor. Kajiannya mendapati bahawa
murid yang dahulunya sangat lemah dalam kemahiran membaca telah menunjukkan
perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Murid-murid
berasa seronok kerana mereka telah boleh membaca perkataan yang diberikan hasil
daripada aktiviti ejaan dan sebutan suku kata yang dikukuhkan semasa aktiviti latih tubi.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa kaedah pengajaran asas bacaan melalui
keadah abjad dan kaedah suku kata amat penting dan boleh diguna pakai bagi
memantapkan murid-murid yang lemah di samping membantu meningkatkan pencapaian
dan penguasaan murid terhadap kemahiran membaca.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Melalui refleksi yang dinyatakan, didapati 4 orang murid Tahun 3 merupakan


murid-murid pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Yeong Chang, sebuah sekolah
yang terletak di Batu Pahat. Murid-murid ini tidak boleh membaca perkataan dan ayat-
ayat mudah yang mengandungi gabungan dua suku kata terbuka dan tertutup KV+KV
seperti “mata”, “masa”, “ciku” dan sebagainya. Mereka juga menghadapi masalah
membaca secara mengeja perkataan, lambat menghabiskan bacaan dan perkataan yang
dikuasai adalah terbatas. Oleh itu, kajian ini dilakukan dalam usaha membantu mereka
menguasai kemahiran membaca. Kemahiran membaca amat penting bagi seorang murid.
Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai, hal ini akan memberi kesan yang besar
kepada masa hadapan mereka. Kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan kemahiran
membaca murid yang mengandungi suku kata KV+KV.

7
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut:


i. Mengukur tahap celik faham terhadap huruf-huruf asas terutamanya huruf
yang mempunyai bentuk yang hampir sama.
ii. Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata
(KV+KV).
iii. Mengesan perubahan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran
membaca.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

i. Bagaimanakah ujian abjad dapat mengukur tahap celik faham terhadap


huruf-huruf asas terutamanya huruf yang mempunyai bentuk yang hampir
sama?

ii. Bagaimanakah aktiviti yang dilaksanakan membantu murid Tahun 3


meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata
(KV+KV)?
iii. Apakah perubahan yang dapat dilihat dalam pencapaian penguasaan murid
dalam kemahiran membaca?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini difokuskan kepada 4 orang murid Tahun 3 yang dipilih berdasarkan
pencapaian diagnostik. Responden ini terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan 1 orang
murid perempuan. Murid-murid yang dipilih juga merupakan murid pemulihan di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yeong Chang, Batu Pahat. Responden ini telah
dikenalpasti mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata. Tahap
pencapaian responden ini adalah lemah dan sederhana berbanding 22 orang murid yang
lain. Hasil dapatan maklumat yang diperolehi daripada buku rekod maklumat murid
menyatakan mereka tergolong di kalangan keluarga berpendapatan rendah dan
mempunyai masalah rumah tangga. Mereka terdiri daripada murid berbagsa Cina.

8
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Perancangan Langkah-Langkah Tindakan

Sebelum kajian dijalankan, murid-murid diberi ujian diagnostik untuk mengenal


pasti masalah murid dan memilih subjek bagi kajian ini. Ujian diagnostik diberi kepada
semua murid Tahun 3A. Lampiran 1 menunjukkan ujian diagnostik. Ujian dilaksanakan
berdasarkan bacaan yang mengandungi 40 perkataan gabungan suku kata KV+KV untuk
mengesan masalah membaca dalam kalangan 26 orang murid tahun 3. Selepas ujian
diagnostik penyelidik seterusnya menentukan perkataan gabungan suku kata KV+KV
yang sukar disebut. Lampiran 2 menunjukkan ujian pra yang diberi kepada murid
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Seterusnya 4 orang murid yang paling lemah telah dipilih sebagai subjek kajian
ini. Empat orang murid sahaja yang dipilih membolehkan penyelidik memberi tumpuan
kepada murid yang paling lemah. Tujuan ujian pra dijalankan adalah untuk mengenal
pasti tahap pencapaian murid dan menentukan tahap penguasaan mereka sebelum
memberikan rawatan. Untuk mendapat keputusan yang lebih tepat dan jitu, ujian pra
dijalankan secara individu. Pada masa yang sama, keadaan ini dapat mengelakkan murid-
murid meniru jawapan yang dikemukakan oleh murid yang lain.

Selepas mengenal pasti tahap pencapaian murid, penyelidik akan menggunakan


kaedah abjad untuk merawat keempat-empat orang murid yang dipilih sebagai subjek
dalam kajian ini. Kaedah ini melibatkan 2 penilaian yang dijalankan dalam bentuk lisan.
Terdapat 26 abjad yang perlu dikuasai oleh responden dalam ujian ini. Sesi rawatan
secara individu dijalankan dalam kedua-dua penilaian untuk mendapat keputusan yang
lebih tepat dan jitu.

Penilaian pertama dijalankan selama 2 minggu iaitu 2 hari dalam seminggu dan
setiap sesi menggunakan masa 15 minit. Murid-murid diminta menyebut semula abjad
yang terdapat dalam lampiran yang dibekalkan (lampiran 3). Lampiran yang diberikan
kepada responden terdiri daripada abjad besar dan abjad kecil mengikut susunan yang
betul. Responden dikehendaki menyebut abjad-abjad mengikut susunan dengan kuat

9
secara satu persatu untuk memudahkan penyelidik mengenal pasti abjad-abjad yang gagal
dikuasai dengan baik oleh responden.

Pada minggu ketiga, penilaian kedua akan dijalankan iaitu pengkaji memilih
beberapa abjad yang akan dijadikan bahan pengujian terhadap responden. Penilaian
kedua dijalankan selama 1 minggu iaitu 2 hari dalam seminggu dan setiap sesi
menggunakan masa 15 minit. Dalam penilaian kedua, lampiran yang sama pada penilaian
pertama akan digunakan. Penyelidik memberi lampiran abjad besar dan abjad kecil
kepada murid diikuti dengan penerangan tentang aktiviti penilaian. Abjad-abjad dipilih
oleh penyelidik dan responden diminta untuk menyatakan abjad tersebut secara spontan.

Pada minggu keempat, pengkaji memberi kad suku kata kepada murid-murid
seperti dalam lampiran 4. Penyelidik mengimbaskan kad suku kata kepada murid dengan
cepat. Kemudian murid diminta mengeja 2 abjad iaitu konsonan dan vokal yang
digabungkan membentuk suku kata KV. Pengujian suku kata dijalankan selama 2 minggu
iaitu 2 hari dalam seminggu dan setiap sesi menggunakan 20 minit. Penilaian suku kata
yang dijalankan melibatkan 30 patah suku kata. 30 patah suku kata ini dibina hasil
daripada ceraian-ceraian suku kata yang terlibat dalam senarai 30 perkataan yang diuji
untuk ujian pra yang dijalankan. Setiap kad suku kata disediakan dalam pelbagai jenis
bentuk geometri bagi menarik minat responden untuk membacanya.

Pada minggu keenam, murid-murid diberi ujian Pos seperti dalam lampiran 2 untuk
menentukan tahap penguasaan murid terhadap kemahiran membaca suku kata KV+KV.
Responden diminta membaca sendiri suku kata yang melibatkan 30 perkataan yang diuji
dalam ujian Pra. Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan tindakan terhadap keempat-empat
responden.

10
Jadual 1
Pelaksanaan Tindakan terhadap keempat-empat responden
Perkara Tarikh Catatan
Tindakan 1 21/03/2022 Murid-murid tahun 3 diberi ujian diagnostik dan ujian pra
untuk mengenal pasti murid yang bermasalah dan
memilih subjek bagi kajian ini. Ujian dilaksanakan
berdasarkan bacaan yang mengandungi perkataan
gabungan suku kata KV+KV (Lampiran 1 dan 2).
Tindakan 2 28/03/2022 Empat orang murid mempunyai masalah bacaan dipilih
07/04/2022 sebagai subjek dalam kajian ini. Kaedah penilaian abjad
pertama dijalankan. Terdapat 26 abjad yang perlu
dikuasai oleh responden dalam ujian ini. Murid-murid
diminta menyebut semula abjad yang terdapat dalam
lampiran yang dibekalkan (lampiran 3). Lampiran yang
diberikan kepada responden terdiri daripada abjad besar
dan abjad kecil mengikut susunan yang betul. Responden
dikehendaki menyebut abjad-abjad mengikut susunan
dengan kuat secara satu persatu.
Tindakan 3 10/04/2022 Kaedah penilaian abjad kedua dijalankan. Lampiran yang
14/04/2022 sama pada penilaian pertama akan digunakan. Penyelidik
memberi lampiran abjad besar dan abjad kecil kepada
murid. Penyelidik memilih abjad-abjad dan responden
diminta untuk menyatakan abjad tersebut secara spontan.
Tindakan 4 17/04/2022 Pengkaji mengimbaskan kad suku kata kepada murid-
28/04/2022 murid (lampiran 4). Berdasarkan kad suku kata,
responden diminta mengeja 2 abjad iaitu konsonan dan
vokal yang digabungkan membentuk suku kata KV.
Penilaian suku kata yang dijalankan melibatkan 30 patah
suku kata. 30 patah suku kata ini dibina hasil daripada
ceraian-ceraian suku kata yang terlibat dalam senarai 30
perkataan yang diuji untukujian pra yang dijalankan.

11
Tindakan 5 08/05/2022 Murid-murid diberi ujian Pos seperti dalam lampiran
2.Responden diminta membaca sendiri suku kata yang
melibatkan 30 perkataan yang diuji dalam ujian Pra.

6.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Dua kaedah yang akan digunakan oleh penyelidik iaitu pemerhatian dan analisis
dokumen. Kedua-dua kaedah ini dapat membantu penyelidik dalam menjawab persoalan
kajian.

6.2.1 Pemerhatian

Dalam kajian ini, pemerhatian difokuskan kepada gerak-geri dan hasil kerja murid
semasa aktiviti dijalankan. Malalui pemerhatian, penyelidik dapat merapatkan diri
dengan empat orang murid tersebut di samping memerhati tingkah laku mereka.
Rakaman video dan pengambilan gambar semasa melaksanakan aktiviti akan dijalankan
dengan bantuan daripada rakan. Tujuan rakaman video adalah untuk mendapat maklumat
terperinci bagi mendengar sebutan murid semasa melaksanakan aktiviti dan membantu
penyelidik mengesan kesilapan yang dilakukan oleh murid.

6.2.2 Analisis Dokumen

Hasil kerja murid, rekod kemajuan murid, ujian Pra dan ujian Pos adalah
dokumen-dokumen yang dianalisis. Ujian Pra diberi kepada murid Tahun 3 untuk
mengesan sejauhmana tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian
Pra ini mengandungi 30 patah perkataan yang mempunyai pola suku kata terbuka dan
tertutup KV+KV. Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu ujian Pos
dilakukan kepada mereka yang dipilih sebagai responden dalam kajian. Langkah dan
soalan yang sama dengan ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai
peningkatan dalam kemahiran membaca perkataan yang mengandungi suku kata KV+KV.
Seterusnya pengkaji melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan
pengetahuan murid berkaitan kemahiran tersebut dan selepas tindakan dijalankan.

12
Merekod didefinisikan sebagai satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem
berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian. Dalam pendidikan, rekod
perkembangan dan kemajuan murid merupakan rumusan yang dibuat oleh guru hasil
daripada maklumat yang dikumpul dan dianalisis mengenai perkembangan murid. Ia juga
merupakan catatan kemajuan yang dicapai oleh murid sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan satu jadual untuk merekod kamajuan yang dicapai dan
memberi peluang kepada penyelidik untuk memberi ulasan kepada kemajuan yang
dicapai oleh murid.

Melalui rekod ini perkembangan dan kemajuan murid dapat dipantau dengan
seadilnya secara individu melalui proses pembelajaran. Segala maklumat yang diperoleh
oleh penyelidik semasa pemerhatian dilakukan boleh dijadikan rujukan semasa membuat
refleksi terhadap kemajuan murid, membuat tindakan susulan seterusnya dan boleh
mengubah stratrgi pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, rekod ini menyumbang
maklumat kepada penyelidik sama ada murid telah mencapai objektif pembelajaran dan
sama ada kajian telah boleh ditamatkan.

6.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Penganalisisan data merupakan satu proses sistematik bertujuan untuk mengkaji


semula data yang telah dikumpul agar membantu dalam mendalami isu yang telah
dikenal pasti. Data atau maklumat yang dikumpul akan disusun untuk meningkatkan
pemahaman dan membenarkan penyelidik mempersembahkan idea tentang data yang
ditemui (Poh Swee Hiang, 2005). Bagi menganalisis data, penyelidik akan menggunakan
kaedah analisis ujian dan analisis rekod kemajuan murid.

6.3.1 Analisis Pemerhatian

Penyelidik meniliti rakaman video dan mencatat perkara penting seperti pola
tingkah laku yang berulang dan kesilapan sebutan semasa melaksanakan aktiviti tersebut.

6.3.2 Analisis Ujian

Daripada rekod analisis ujian, prestasi murid dalam ujian ditunjukkan oleh
markah yang mereka perolehi dalam ujian Pra dan ujian Pos. Markah ujian Pra

13
menunjukkan prestasi mereka sebelum pembelajaran mengunakan abjad dan suku kata
dijalankan. Manakala markah ujian Pos menunjukkan prestasi mereka selepas sesi
pengajaran abjad dan suku kata dijalankan. Perbezaan kedua-dua markah dalam ujian Pra
dan ujian Pos menunjukkan peningkatan dalam prestasi dan menunjukkan keberkesanan
penggunaan aktiviti tersebut.

6.3.3 Analisis Rekod Kemajuan Murid

Penyelidik menganalisis data berdasarkan rekod kemajuan murid hasil dari


pengumpulan maklumat atau catatan semasa aktiviti pengujian abjad dan pengujian suku
kata dilaksanakan. Analisis dilakukan dengan menggunakan maklumat atau data yang
berbentuk kualitatif. Di sini, penyelidik menganalisis data berdasarkan kemajuan yang
telah dicapai oleh responden dan bukannya skor markah yang diperolehi. Dengan
perkataan lain, melalui cara ini maklumat kemajuan murid dapat dinyatakan, mungkin
tidak mengikut angka yang tepat, tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan perubahan
tingkah laku murid yang dapat dilihat secara nyata selepas kajian dilakukan.

Cara menganalisis data melalui rekod kemajuan murid membolehkan penyelidik


memperolehi pengertian yang lebih jelas tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang
murid dan membantunya menyelesaikan masalah tersebut.

14
7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Jadual di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam


penyelidikan tindakan ini.
Carta Gantt Perancangan Kajian

Aktiviti Mac 2022 April 2022 Mei 2022

1 2 3 4 5 1 2 3 4 1 2 3 4

1 Membina ujian diagnostik

2 Mentadbir ujian diagnostik

3 Menganalisis ujian diagnostik

5 Membina ujian Pra dan Pos

6 Menyediakan peralatan

7 Melaksanakan ujian Pra

Melaksanakan pengujian abjad


8
pertama

9 Melaksanakan pengujian abjad kedua

10 Melaksanakan pengujian suku kata

11 Merekod sesi pengajaran

12 Menjalankan ujian Pos

13 Menganalisis dapatan

14 Menulis laporan

15 Pemurnian laporan

16 Penjilidan

15
8.0 KOS KAJIAN

Kuantiti X harga
Bil. Jenis Bahan Jumlah Kos
seunit
1 Kertas A4 1 x RM 8.50 RM 8.50
2 Printer cartridge 1 x RM 48.00 RM 48.00
3 Fotostat bahan dan laporan kajian RM 26.00
4 Buku catatan guru 1 X RM 10.00 RM 10.00
5 Alat tulis RM 15.00
Jumlah RM 107.50

9.0 DAPATAN OBJEKTIF KAJIAN

Pencapaian murid-murid dinilai berdasarkan kepada Ujian Pra da Ujian Pos. Kedua-
dua ujian ini telah dijalankan ke atas kumpulan sasaran yang sama. Ujian Pra dugunakan
untuk mendapatkan data yang menunjukkan kelemahan murid mengenai abjad dan suku
kata yang dikaji. Ujian Pos pula bertujuan melihat kemajuan dan kelemahan selepas
menjalankan intervensi serta melihat keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar
dalam meningkatkan kemahiran murid mengenali abjad dan menyebut suku kata KV+KV.
Terdapat peningkatan pencapaian murid yang ketara selepas intervensi dilaksanakan.

Rekod pengujian suku kata

Pencapaian sebelum Pencapaian selepas


Responden
pengajaran pengajaran

1 13/30 25/30

2 20/30 26/30

3 18/30 26/30

4 21/30 28/30

16
Keputusan Pengujian Pra dan Pos

Peratus Peratus
Bil. Responden Ujian Pra Ujian Pos
(%) (%)

1 1 17/30 57 25/30 83

2 2 20/30 60 28/30 93

3 3 19/30 63 26/30 87

4 4 22/30 73 28/30 93

10. RUMUSAN DAN PERBINCANGAN


Berikut adalah rumusan dan perbincangan mengenai dapatan kajian berdasarkan kepada
objektif kajian.

Objektif 1: Mengukur tahap celik faham terhadap huruf-huruf asas terutamanya


huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama.
Berdasarkan dapatan kajian Kaedah Abjad dapat meningkatkan tahap penguasaan murid
dalam menguasai kemahiran murid mengenali dan membaca huruf-huruf asas.

Objektif 2: Meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan dua suku kata


(KV+KV).
Kaedah Suku Kata dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dalam menguasai
kemahiran membaca perkataan dua suku kata (KV+KV ). Setelah diberi latih tubi membaca
suku kata perkataan, murid telah dapat menyebut dengan lancar perkataan yang diberikan.
Ini menunjukkan bahawa kaedah suku kata yang dijalankan ini telah membantu mengatasi
masalah membaca dikalangan murid-murid. Murid akan berasa seronok apabila guru
memberikan tumpuan dan tidak mengabaikan mereka.

Objektif 3: Mengesan perubahan pencapaian penguasaan murid dalam kemahiran


17
membaca.
Kajiannya mendapati bahawa murid yang dahulunya sangat lemah dalam kemahiran
membaca telah menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti-aktiviti yang
dijalankan. Murid-murid berasa seronok kerana mereka telah boleh membaca perkataan
yang diberikan hasil daripada aktiviti ejaan dan sebutan suku kata yang dikukuhkan semasa
aktiviti latih tubi.

11. KESIMPULAN
Kesimpulannya, Kaedah Abjad dan Kaedah Suku Kata dapat membantu murid dalam
proses meningkatkan pencapaian mureka dalam kemahiran membaca. Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang selepas murid sudah
pandai dan tahu membaca. Murid-murid juga mempunyai keyakinan untuk terus membaca.
Saya berharap agar kajian ini dapat dikongsikan kepada semua murid SJKC Yeong Chang
dan disebarluaskan kepada seluruh murid di Malaysia. Semoga kajian ini bermanfaat dan
boleh dijadikan bahan rujukan.

18

Anda mungkin juga menyukai