Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PBS

1.0 PENGENALAN

Pada 26-30 Ogos yang lalu, saya telah menjalankan Pemerhatian Berasaskan Sekolah
(PBS) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kelantan, Pasir Mas, Kelantan Darul Naim.
Saya dan rakan sekelas telah diberikan tugasan bagi Kursus Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Masalah Pembelajaran, dimana kami perlu
melaksanakan satu laporan pemerhatian tentang pelaksanaan kaedah pengajaran Bahasa
Melayu bagi Murid Masalah Pembelajaran (MBP). Saya telah memilih kelas 5 LD Berlian
Masalah Pembelajaran (lembam) sebagai subjek kelas pemerhatian dibawah seliaan guru
Bahasa Malaysia iaitu Cikgu Munahani binti Ishak.

2.0 KONSEP DAN MATLAMAT KURIKULUM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA


TAHUN 5

Matlamat

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran digubal untuk membolehkan


murid menguasai asas berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
berdikari, memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkan maklumat, nilai
dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan bermakna.

DSKP Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) Bahasa Melayu Tahun 5

Secara umumnya, matlamat kurikulum Bahasa Malaysia bagi murid masalah pembelajaran
adalah menguasai asas berbahasa yang melibatkan kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Berdasarkan pemerhatian yang
dijalankan, Kemahiran Membaca adalah kemahiran yang utama dititikberatkan dalam
pengajaran PdP pada ketika itu. Pada masa yang sama, Cikgu Muna (guru BM) juga
menerapkan kemahiran menulis dalam kalangan mereka sebagai satu pendekatan awal
dalam aktiviti menulis. Setelah aktiviti atau kaedah pembacaan dilakukan, guru dan murid
membuat perbincangan darisegi Kemahiran Pemahaman untuk mengenal pasti kefahaman
murid berdasarkan ayat tunggal yang diberi. Hal ini menjurus kepada matlamat kurikulum,
dimana murid dapat menguasai komunikasi unutk memenuhi keperluan diri.
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA KELAS 5 LD BERLIAN

Tarikh : 30 Ogos 2018

Masa : 8:45-9:45 pagi

Kelas : 5 LD Berlian

Bilangan Murid : 6 orang

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tajuk Pengajaran : Kisah Pak Mat

Standard Kandungan : 3.2 Membaca mekanis

Standard Pembelajaran : 3.2.2 Membaca kuat frasa yang mengandungi perkataan


dipelajari

3.2.3 Membaca kuat ayat tunggal yang mengandungi


perkataan dipelajari.

Hasil Pembelajaran : Murid dapat

 Membaca 3 ayat tunggal dengan betul.


 Menulis 3 ayat tunggal dengan ejaan yang betul pada buku tugasan.

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari mengeja, menyebut suku kata
KV+KV+KV, KV+KV+KVK dan KV+KVK+KV.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kemahiran yang ditekan adalah kemahiran


membaca. Menurut Baharom Mohamad (2012) “Proses membaca dibahagikan kepada tiga
peringkat yang utama iaitu peringkat sebelum membaca, semasa membaca dan selepas
membaca”. Berdasarkan jadual di atas, murid-murid kelas 5 LD Berlian telah mempelajari
cara mengeja, membatang dan menyebut suku kata KV+KV+KV, KV+KV+KVK dan
KV+KVK+KV. Melalui temubual saya dan juga Cikgu Muna (guru Bahasa Malaysia), beliau
telah menggunakan Kaedah Suku Kata semasa pengajaran mengeja, membatang dan
menyebut suku kata. sebagai contoh kaedah suku kata yang digunakan adalah seperti
berikut;
= Ke me ja
KV+KV+KV

Pengajaran ini merupakan proses sebelum membaca iaitu, murid dikenalkan dengan suku
kata yang menyambungkan untuk menghasilkan perkataan. Hal ini adalah merupakan satu
kaedah atau teknik dalam kemahiran membaca.

3.1 Pelaksanaan Kaedah Pengajaran Kemahiran Membaca

Pengajaran kemahiran membaca ini merupakan sambungan daripada pengajaran


membaca sebelum ini iaitu yang menggunakan Kaedah Suku Kata. Seterusnya, kaedah
yang digunakan oleh Cikgu Muna bagi sesi pengajaran ini ialah Kaedah Pandang Sebut
sebagai teknik untuk pembacaan mekanisme. Menurut Saiful Haq Husin, Nik Hafizan Ab.
Rahman, Agus Syahrani (2016) “Matlamat utama pengajaran membaca adalah bertujuan
merangsang keupayaan membaca, berinteraksi dan memahami bahasa tulisan”.
Kaedah Pandang Sebut merupakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran
dimulakan dengan mmperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata.
Proses yang terlibat dalam kaedah ini ialah mengecam dan mengenal perkataan dengan
memandang keseluruhannya tanpa dibunyikan dan dieja. “Murid menyebut apa yang
tertera berdasarkan gambar. Mereka dilatih menyebut berulang-ulang kali”. (Muhamad
Anuar, 2013) Aktiviti dalam melaksanakan kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk
memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka.

Pada permulaan pengajaran iaitu selepas set induksi, pengajaran bacaan kaedah ini
tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu.
Malah, Cikgu Muna (Guru BM) memperkenalkan dengan ayat lengkap ditulis pada
papan putih dan disertai dengan gambar (buku teks). Murid-murid diberikan arahan untuk
membaca teks atau ayat tunggal yang diberikan dengan kuat. Teks atau ayat Tunggal
sepert berikut;

Pak Mat tinggal di kampung.

Pak Mat tanam tomato.

Pak Mat tanam kelapa.

Pak Mat tidak tanam keledek.


Seterusnya perkataan yang bergaris dicerakinkan menjadi suku kata dan membaca
suku kata yang dicerakinkan seperti contoh dibawah. Hal ini bagi memastikan murid
dapat mengenal pasti serta mengasingkan suku kata KV+KV+KV dan KV+KV+KVK.

I. Tomato

Tomato = To ma to
II. Kelapa

Kelapa = Ke la pa
III. Keledek

Keledek = Ke le dek
IV. Basikal

Basikal = Ba si kal

Setelah mencerakinkan perkataan yang bergaris, murid-murid diarah untuk


membaca atau mengeja suku kata, langkah berikutnya adalah menulis perkataan
tersebut. Aktiviti ini adalah aktiviti tambahan bagi pendedahan awal kemahiran menulis,
dimana murid hanya menyalin dan meniru semula perkataan yang telah dipelajari. Berikut
merupakan pelaksanaan kaedah yang dijalankan dalam proses PdP bagi kemahiran
membaca. Kaedah yang dijalan adalah teratur dan tersusun, dimana guru menggunakan
strategi induktif iaitu dari umum kepada khusus. Guru memberikan ayat-ayat tunggal dan
contoh seterusnya, cerakinkan kepada suku kata perkataan.

4.0 RUMUSAN

Pada pendapat saya, kaedah pandang terus yang aplikasikan dalam pengajaran BM ini
bersesuaian dengan murid-murid masalah pembelajaran (slow learner). Sebagai
penambahbaikan, guru boleh menggunakan kad imbasan sebagai bahan bantu mengajar
supaya dapat merangsang kesemua deria murid-murid. Sebagai contoh, penggunaan kad
bergambar untuk setiap perkataan. Hal ini kerana, murid-murid dapat mengenal bahan
maujud yang dipelajari mereka, malah bukan hanya mengaplikasikan kemahiran membaca
hanya menggunakan verbal semata-mata tanpa bahan maujud. Faizah Ja’apar (2017)
“Proses P&P yang menggunakan BBM sangatlah memberi kesan yang positif kepada diri
pelajar”. Selain itu, guru juga boleh melibatkan perbincangan antara murid dalam kumpulan
bagi menerapkan kemahiran sosial antara rakan, secara tidak langsung dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi mereka. Hal selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Malaysia
Tahun 5 iaitu murid dapat bersosial untuk mencapai kehidupan bermakna.

Kesimpulannya, aktiviti dan kaedah yang dilaksanakan ini didasari dengan standard
kandungan iaitu 3.2 membaca mekanis dan standard pembelajaran 3.2.2 Membaca kuat
frasa yang mengandungi perkataan dipelajari, 3.2.3 Membaca kuat ayat tunggal yang
mengandungi perkataan dipelajari. Berdasarkan pemerhatian secara keseluruhan , kesemua
aktiviti yang dilakukan ini jelas melaksanakan strategi, kaedah dan teknik pengajaran
bahasa Melayu yang sesuai untuk memastikan PdP dilaksanakan secara berkesan.
LAMPIRAN

Bersama Cikgu Muna

Kemahiran Membaca Kaedah


Pandang Sebut

Kemahiran Kefahaman : Aktiviti


Perbincangan
RUJUKAN

Baharom Mohamad. (2012). Menguasai kemahiran membaca secara berkesan. Retrieved


from: http://eprints.ums.edu.my/3578/

Dr. Muhammad Saiful Haq Hussin, Nik Hafizah Ab. Rahman, Agus Syahrani. (2016).
Pengajaran Dan Pembelajaran Membaca Bahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar:
‘Kaedah Gabung Bunyi Kata’ Retrieved from:
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00009410_83992_65458.pdf

Muhamad Anuar. (2013). Pendahuluan Membaca : Tinjauan Literatur. Universiti Malaya.


Retrieved from : http://studentsrepo.um.edu.my/5492/3/BAB_2.pdf

Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (Bbm) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
(P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan (Smk) Daerah Pontian. Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved from :
http://eprints.uthm.edu.my/9573/1/FAIZAH_JA%E2%80%99APAR.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014) Dokumen Standard Sekolah Rendah Pendidikan


Khas (Masalah Pembelajaran) Bahasa Melayu Tahun 5. Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran. Retrieved from : https://docs.google.com/viewer?
a=v&pid=sites&srcid=ZGVmYXVsdGRvbWFpbnxrc3NycHBraXxneDozMzNmYmQ4
NzViZTQ1NmY5

Anda mungkin juga menyukai