Anda di halaman 1dari 2

MUHAMMAD AMSYAR BIN AZMAN 2017172340027

REFLEKSI PEMBELAJARAN GAYA HIDUP SIHAT 2020

1.0 PENGENALAN

Syukur Alhamdulillah, telah tamat pembelajaran elektif Gaya Hidup Sihat bagi 2020.
Sya mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Zulkifli selaku, pensyarah bagi subjek
Gaya Hidup Sihat GHSS3013 yang telah banyak memberikan ilmu pengetahuan sepanjang
sesi pembelajaran di jalankan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang
banyak memberikan pertolongan semasa menyiapkan tugasan-tugasan sebelum ini.

2.0 KEKUATAN

Kekuatan yang saya dapati sepanjang PdP GHSS3013 yang dijalankan secara atas
talian adalah salah satu penerokaan dan penemuan aktiviti PdP yang baharu yang mana,
pensyarah menggunakan medium Google Meet dan penggunaan video di dalam Youtube
bagi aktiviti PdP.

Di samping itu, saya juga dapat ilmu pengetahuan yang baharu berkaitan cara unutk
mencegah dan merawat penyakit-penyakit yang terdapat di Malaysia. Saya juga dapat
mempelajari amalan gaya hidup sihat untuk diamalkan sepanjang berada di Insitut
seterusnya menjadi guru yang menjaga kesihatan dan menjadi contoh kepada anak murid
kelak nanti.

3.0 KELEMAHAN

Kelemahan yang saya dapati adalah berkaitan dengan penerangan tugasan-tugasan


yang perlu disiapkan oleh saya dan rakan-rakan. Kami perlu berbincang dengan pendapat
sendiri semasa menyiapkan tugasan yang perlu dilakukan tanpa penerangan penuh
daripada pensyarah. Walaubagaimanapun, saya telah menghubungi pensyarah untuk
mendapat beberapa penerangan berkaitan bagi membantu rakan-rakan. Di samping itu
juga, terdapat juga rakan kami yang menghubungi pensyarah untuk mendapat beberapa
panduan bagi pelaksanaan tugasan terutamanya tugasan Kertas Kerja dan Pelaporan.
4.0 PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikkan yang dapat dilakukan adalah siswa guru perlu meminta bantuan
pensyarah untuk mengadakan satu sesi penerangan tugasan untuk membincangkan
panduan tugasan terutamanya tugasan berkumpulan. Melalui sesi penerangan dan
perbincangan ini, siswa guru dapat mengajukan soalan-soalan yang berkaitan supaya dapat
menyelesaikan dengan baik. Pensyarah juga dapat memberikan bimbingan sepanjang
tugasan yang dilaksanakan supaya perlaksaan tugasan berada pada jalan yang betul.

5.0 PENUTUP

Tuntasnya, saya dapat mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sepanjang pdp Gaya
Hidup Sihat ini. Diharapkan ilmu yang saya perolehi dapat digunakan sepanjang kehidupan
supaya kesihtaan saya dalam sihat sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai