Anda di halaman 1dari 7

-mohon kerjasama semasa majlis berlangsung,

makluman perjalanan majlis, laluan pintu keluar,


penggunaan telefon pintar, peringatan arahan berdiri.

Perhatian kepada warga dewan sekalian, kita akan


memulakan majlis sebentar lagi, mohon kerjasama
tuan/puan untuk mematikan telefon bimbit atau
meletakkan dalam keadaan mod senyap. Mohon
kerjasama juga warga dewan untuk tidak menggunakan
telefon bimbit semasa majlis sedang berlangsung.

Untuk Pengetahuan warga dewan sekalian juga, sijil


penyertaan akan diperolehi selepas majlis penutupan.
PENDAFTARAN PESERTA

Mengumumkan Ketibaan

Yang Berbahagia,
Tuan Pengarah
Timbalan Pengarah,
Tetamu kehormat,
Dan Penyelaras Pusat kecemerlangan Kemahiran
Berfikir (PKKB).

Masuk ke dalam dewan.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan


lagu “Negaraku”
……………
Hadirin dipersilakan duduk.

Dalam Diam mata bertentang,


Jiwa pun rela hati tak suka,
Pemanis Kalam Selamat Datang,
Majlis bermula tirai dibuka.

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


dan salam Sejahtera

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


 ‫الحمد هلل رب العالمين‬
 ‫والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬،
 ‫وعلى آله وصحبه أجمعين‬.

YANG BERUSAHA
DR MOHAMAD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
IPGKIK

YANG BERBAHAGIA,
Datin Dr Ng Soo Boon,
Timbalan Pengarah Sains Teknologi Kejuruteraan dan
Matematik,
Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

YANG BERUSAHA
DR NORHERANI BINTI MONING
TIMBALAN PENGARAH IPGKIK
MERANGKAP PENGERUSI PUSAT
KECEMERLANGAN KEMAHIRAN BERFIKIR IPGKIK

YANG BERUSAHA
En. Mohd Azuan Mohd Nawawi,
Pengetua SMK Pulai Indah, Sekolah Amanah

Yang BERUSAHA
Pn Puspharani Govindarajah
Middle Leader Sekolah Amanah,
SMK Pulai Indah

Seterusnya,
Para Pegawai dari Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penyelaras Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir
zon tengah dan zon selatan,
Ketua-Ketua Jabatan,
Ketua-Ketua Unit,
Penyelaras Jawatankuasa PKKB IPG KIK,
Para Pensyarah IPG Kampus dari Zon Tengah dan Zon
Selatan
Guru-guru sekolah dari Zon Pudu
Para Jemputan
Pensyarah-Pensyarah IPG KIK,
Dan Siswa Guru semester 3 Program PISMP IPG
Kampus Ilmu Khas.

Alhamdulillah Setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan


ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat-nya jua
pada hari ini, kita sama-sama dapat berkumpul bagi
memeriahkan Program Wacana Pemikir 2018 Anjuran
Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir Ipg Kampus
Ilmu Khas.

BACAAN DOA

Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara; 
Menadah tangan memohon keberkatan, 
Mendapat restu hidup sejahtera.
Oleh itu, Bagi memberkati majlis pada pagi ini,
dipersilakan saudara.
MOHD FADHLI BIN HAMDAN
Wakil siswa guru Semester 3 Program PISMP Amb Jun
2017 untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis
yang berlangsung ini diberkati Allah SWT.

Buat pengetahuan hadirin sekalian, Program Wacana


Pemikir 2018
Peringkat IPG Zon Tengah dan Zon Selatan merupakan
Anjuran Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir IPG
Kampus Ilmu Khas.

Program ini merupakan satu program perkongsian ilmu,


pengetahuan dan pengalaman berkaitan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi khususnya dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.

UCAPAN PERASMIAN (PENGARAH)

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan hormat diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Tanpa Membuang Masa, Majlis Menjemput Dr


Muhammad Suhaimi bin Mohamed Ali,
Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas,
Untuk Memberi Ucapan seterusnya Merasmikan
Program Wacana Pemikir 2018 IPG Kampus Ilmu Khas.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah


atas ucapan serta perasmian itu tadi.

TAYANGAN VIDEO
Seterusnya, marilah sama-sama kita menyaksikan
tayangan video ‘sepintas lalu’ aktiviti Pusat
Kecemerlangan Kemahiran Berfikir IPG Kampus Ilmu
Khas sepanjang tahun 2018.

Terima kasih diucapkan atas tayangan video ‘Sepintas


Lalu’ itu tadi.

Majlis seterusnya akan diserahkan kepada Dr Ramesh


Rao untuk mengendalikan acara Ucap Utama dan
perkongsian Ilmu yang akan berlangsung sebentar lagi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr


Ramesh Rao.

UCAP UTAMA/PERKONGSIAN ILMU


BENGKEL KBAT I
REHAT
BENGKEL KBAT II

PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL

Asslamualaikumwaramatullahiwabarakatuh
Dan salam sejahtera

Yang berusaha
Dr Norherani Bt Moning
Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
Merangkap Pengerusi Pusat Kecemerlangan Kemahiran
Berfikir PKKB IPGKIK

Yang berusaha,
Dr Lim Zeck Chew,
Penyelaras PKKB Zon Tengah dan Zon Selatan

Yang Berusaha,
Dr Munira binti Mohsin,
Penyelaras Jawatan Kuasa PKKB IPGKIK

Seterusnya,
Para Pegawai dari IPGM
Ketua-Ketua Jabatan,
Ketua-Ketua Unit,
Para Pensyarah IPG Kampus dari Zon Tengah dan Zon
Selatan
Guru-guru sekolah dari Zon Pudu
Para Jemputan
Pensyarah-Pensyarah IPG KIK,
Dan Siswa Guru semester 3 Program PISMP IPG
Kampus Ilmu Khas

Setelah seharian, akhirnya kita telah sampai di


penghujung program Wacana Pemikir 2018 ini,
Majlis diteruskan lagi dengan perasmian penutupan.

Dengan segala hormatnya majlis menjemput Dr


Norherani bt Moning, Timbalan Pengarah IPG Kampus
Ilmu Khas, Merangkap Pengerusi Pusat Kecemerlangan
Kemahiran Berfikir IPGKIK untuk memberikan ucapan
sekali gus merasmikan majlis penutupan Program
Wacana Pemikir 2018 IPG Kampus Ilmu Khas.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada Timbalan
Pengarah atas ucapan dan perasmian penutupan itu
tadi.
……………………………………………………..

Setelah berakhirnya ucapan Timbalan Pengarah itu tadi,


maka berakhirlah Program Wacana Pemikir 2018 IPG
Kampus Ilmu Khas.

Untuk makluman hadiran sekalian, sijil penyertaan boleh


didapati di bahagian belakang dewan ini.

Saya selaku pengacara majlis, mengucapkan ribuan


terima kasih kepada semua hadirin yang telah
menjayakan Program Wacana Pemikir 2018 IPG
Kampus Ilmu Khas.

Sehingga kita bertemu lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai