Anda di halaman 1dari 3

NO CATATAN UCAPAN

** PERHATIAN, minta kerjasama pelajar untuk senyap dan


menumpukan perhatian semasa program berlangsung. Para pelajar
perlu memberi maklumbalas apabila diminta.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.

Yang dihormati ,
PENGACARA  (NAMA
MAJLIS PENCERAMAH)_________________________________
1
MULAKAN (JAWATAN)____________________________________
ACARA merangkap Penceramah program pada petang ini
 Pn. Farhah binti Jaffar,
Ketua Jabatan Perniagaan,
 En. Muhammad Ashraffudin Bin Azizi
Guru penasihat
 Dan sahabat-sahabat pelajar sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya


kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Program PA-
Ku Hebat SVM 1 Tahun 2022. Semoga kehadiran kita dalam
majlis ilmu diberkati Allah demi kecemerlangan pendidikan dan
kebaikan kepada semua pelajar. Sesungguhnya menuntut ilmu
tiada had dan batas sempadannya.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memulakan program pada pagi yang mulia ini, dipersilakan
saudara___________________________________________
untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
2 BACAAN DOA
Amin, amin ya rabbalalamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara
____________________________________________ atas bacaan
doa itu tadi.
Seterusnya,
majlis menjemput Puan Farhah Binti Jaafar selaku Ketua
KATA ALU- Jabatan Perniagaan, Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru
3 ALUAN PN bagi menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
FARHAH
Terima kasih kepada Pn Farhah Binti Jaafar di atas ucapan itu
tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tanpa membuang masa, Program PA-Ku Hebat SVM 1 Tahun


PENCERAMAH 2022 akan dimulakan. Oleh itu, dengan segala hormatnya,
4 MEMULAKAN mempersilakan ________________________________ untuk
CERAMAH meneruskan program ini.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

**Terima kasih diucapkan kepada _______________________


kerana sudi berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat kepada kami.
Hadirin dan hadirat sekalian,
 Seterusnya, majlis menjemput En. Muhammad
Ashraffudin Bin Azizi bagi menyampaikan cenderahati kepada
PENYAMPAIAN
5 penceramah. Dipersilakan.
CENDERAHATI

**Terima kasih diucapkan kepada En. Muhammad Ashraffudin di


atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka


berakhirlah program kita pada hari ini.

Saya berharap semoga input yang diperolehi dalam perkongsian


tersebut dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar.
6 BERSURAI
Akhir kata, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat
kekurangan sepanjang saya mengendalikan program ini,
sesungguhnya yang baik datang dari Allah SWT dan yang lemah
datang dari diri saya sendiri.
Sekian. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai