Anda di halaman 1dari 3

Skrip Teks Pengacaraan bagi Seminar Refleksi

Pengumuman Umum

Mohon perhatian, bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar,

para hadirin diminta untuk mematikan telefon bimbit atau menukarkannya ke mod senyap.
Kerjasama para hadirin amatlah dihargai.

Kata-kata Aluan

Diumumkan ketibaan Prof Madya Dr Ani binti Omar, pensyarah KPR3012 Seminar Refleksi
Latihan Mengajar, dan rakan-rakan seperjuangan Program Pendidikan Kesusasteraan Melayu
masuk ke dalam perkarangan majlis.

Burung kenyalang hinggap didahan,

Indah perinya tidak terkata,

Untuk para hadirin sekalian.

Salam dihulurkan pemanis kata.

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Bacaan Doa

Sebelum memulakan seminar refleksi pada hari ini, molek kiranya majlis menjemput Saudara
_______________ untuk membaca doa bagi memberkati majlis. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Saudara ______________. Semoga seminar pada hari ini dapat
berjalan dengan lancar.

Penyerahan Majlis

Pertamanya, pihak majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi
hadir pada hari ini. Sebelum meneruskan majlis pada hari ini, suka untuk saya memberitahu
bahawa majlis Seminar Kemahiran Berfikir (KBAT dan KBAR) ini adalah untuk berkongsi
maklumat dan informasi tentang kemahiran berfikir yang selari dengan sesi pemudahcaraan abad
ke-21.

Makluman kepada para hadirin, pihak majlis turut mengedarkan borang soal selidik kepada para
hadirin dan borang tersebut akan dikumpul setelah majlis ini selesai.

Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Saudara/i ________________ sebagai moderator


kita pada pagi ini. Dengan ini, majlis mempersilakan.

Sesi Soal Jawab /Diskusi

Terima kasih kepada para panel dan saudara/i moderator kita pada pagi ini. Majlis diteruskan lagi
dengan sesi soal jawab. Para hadirin boleh menyatakan kemusykilan atau persoalan berkenaan
dengan pembentangan dari para panel sebentar tadi.

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin kerana memberi tumpuan dan menyatakan persoalan
berkenaan dengan seminar pada hari ini.
Penyampaian Cenderahati

Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan, majlis mempersilakan, Saudari ____________


untuk menyampaikan cenderamata kepada Prof Madya Dr Ani binti Omar untuk menerima hadiah.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Saudari _______ menyempurnakan penyampaian
cenderamata itu tadi. Dengan berakhirnya sesi penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka
berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.

Penutup

Sebelum mengakhiri majlis, kami selaku penganjur ingin memohon maaf atas kekurangan dan
tersilap tutur bicara sepanjang perjalanan majlis pada hari ini.

Pergi pekan beli tenggiri,

Buah kelapa turut dibeli,

Ucapan terima kasih diberi,

Moga kita berjumpa lagi.

Anda mungkin juga menyukai