Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun :8 Mac 2022 Bil. Pertemuan : 38

AKTIVITI
MENJALANKAN SESI TEMUDUGA KEMASUKAN CALON PELAJAR SVM KE KV PUTERI BAGI PROGRAM
SENI REKA FESYEN BAGI AMBILAN TAHUN 2022
 Menanyakan soalan untuk melihat cara komunikasi calon dan personaliti mereka.
 Memastikan calon yang layak diambil bagi kemasukan ke KVP bagi Program Seni Reka
Fesyen.
ISU/PERBINCANGAN
1. Mendraf soalan yang sesuai ditanyakan.
2. Memastikan calon yang bakal ditemuduga cakna mengenai sesi temuduga mereka.
ULASAN
Ketika diberikan tugasan ini, saya sedikit gemuruh berikutan tiada pengalaman dalam proses seperti
ini. Walau bagaimanapun, rakan sekerja sangat membantu dan memberikan pendedahan awal
prosedur-prosedur perlaksanaan sesi temuduga ini. Sesi temuduga ini dijalankan secara atas talian.
Saya ditugaskan bersama Puan Wan Salbiah. Puan Aimi menyediakan jadual sesi temuduga kepada
calon-calon supaya mereka dapat bersedia sebelum dihubungi oleh guru. Sesi temuduga ini
menggunakan platform Google Meet, Voice Chat di Telegram dan melalui panggilan telefon bagi
calon yang mengalami masalah capaian internet. Sepanjang sesi temuduga ini, saya dapat belajar
cara mengenalpasti personaliti pelajar terutamanya cara mereka berkomunikasi dengan guru. Calon
juga ditanya bagi mengenal pasti minat dan kecenderungan mereka dalam seni reka fesyen. Selain
itu, saya juga dibimbing cara-cara mengendalikan sesi temuduga. Antaranya ialah tatacara
memperkenalkan diri, kaedah menyoal dan juga soalan-soalan yang bersesuaian ditanya kepada
calon yang ditemuduga.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….......….
(Nurulfarhana Binti Idris) (Hjh Nurul Aimi bt Ahmad Zubir)
Tarikh: Tarikh:
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun :10 MAC 2022 Bil. Pertemuan : 39

AKTIVITI
MENGISI STOK PADA KAD PETAK BERDASARKAN L.O
 Mengemaskini fail aset KEW.PA 7

ISU/PERBINCANGAN

1. Puan Aimi membimbing saya cara megisi kad petak dan mengemaskini fail setiap kali LO
diperoleh.

ULASAN

Setiap pembelian yang menggunakan LO perlu dikemas kini dalam kad petak di Fail Aset KEW.PA 7.
Pastikan tarikh terima dan keluar serta tanda tangan dibuat. Saya juga menyemak sama ada setiap
stok yang masuk mempunyai kad petak masing-masing.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….......….
(Nurulfarhana Binti Idris) (Hjh Nurul Aimi bt Ahmad Zubir)
Tarikh: Tarikh:
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun: 18 MAC 2022 Bil. Pertemuan :40

AKTIVITI
MESYUARAT GURU KOLEJ VOKASIONAL PUTERI BIL 1 2022
 Pembentangan Buku Pengurusan Kolej Tahun 2022.
 Takwim sepanjang tahun 2022.
ISU/PERBINCANGAN
1. Pembentangan Buku Pengurusan Kolej Tahun 2022:
a. Dasar dan hala tuju
b. Pengurusan Akademik
c. Pengurusan Sokongan Akademik
d. Pengurusan Jaminan Kualiti
2. Bacaan ikrar Integriti Perkhidmatan Awam.
ULASAN

Pengarah membentangkan dasar dan hala tuju kolej yang ingin dicapai pada tahun 2022. Beliau
berkongsi qoutes iaitu ‘Its doesn’t make sense to hire smart people and tell them what to do; we hire
smart people so they can tell us what to do’. Seterusnya, Encik Kamaruddin membentangkan
rancangan pengurusan akademik seperti jawatan dan tugasan guru-guru di bawah pengurusan
akademik dan takwim tahun 2022. Beliau membentangkan juga sasaran pencapaian bidang
kurikulum antaranya ialah memastikan 100% pelajar Diploma Vokasional Malaysia bergraduat,
memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Akademik diadakan mengikut SOP ditetapkan iaitu
empat kali setahun dan memastikan setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya satu sijil
profesional atau industri bagi program yang berkaitan. Puan Dayang pula membentangkan
rancangan pengurusan sokongan akademik seperti jawatan dan tugasan guru-guru di bawah
pengurusan sokongan akademik dan sasaran pencapaian bidang pengurusan hal ehwal murid
antaranya ialah memastikan 100% kebolehpasaran graduan dicapai selepas 6 bulan bergraduat pada
tahun 2022, memastikan 70% graduan bekerja dalam bidang dan memastikan penghasilan satu
dokumen ‘Success Stoy’. Puan Hasliza pula membentangkan rancangan pengurusan jaminan kualiti
seperti memastikan penilaian Anugerah Cemerlang TVET (AceTVET) mencapai 70% dan memastikan
pengurusan dan keceriaan asrama mencapai penarafan lima bintang serta memastikan 100%
akreditasi MQA bagi program Diploma.
*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….......….
(Nurulfarhana Binti Idris) (Hjh Nurul Aimi bt Ahmad Zubir)
Tarikh: Tarikh:
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun: 21-25 MAC 2022 Bil. Pertemuan : 41

AKTIVITI
MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI GURU BERTUGAS MINGGUAN
 Guru bertugas 2

ISU/PERBINCANGAN
Tugas dan tanggung jawab guru bertugas 2 ialah:
- Ambil suhu pelajar asrama di pondok sebelah Makmal Komputer (7.30 – 7.50 pagi).
-Pantau perjalanan aktiviti sekolah (8.00 pagi - 5.00 petang) dan menulis laporan pensyarah bertugas.
- Membuat hebahan menggunakan siaraya.
- Memastikan wakil pelajar mengaji dan membaca sop norma baharu setiap hari.
- Pantau pembuangan sampah di hadapan kelas selepas rehat (tengahari).
Dan tanggungjawab bersama rakan setugas yang lain ialah:
- Pantau persekitaran kolej serta melaporkan jika terdapat kerosakan.
- Menguruskan urusan pelajar ke klinik.
- Memastikan tidak memberi keizinan untuk pelajar masuk ke dalam dorm asrama sepanjang 8.00
pagi - 5.00 petang.
- Melaksanakan pemantauan semasa pelajar balik kampung sehingga selesai.
- Memastikan semua pelajar asrama balik bersama penjaga masing-masing sehingga selesai.
ULASAN
Apabila diberikan tanggungjawab mengetuai barisan guru bertugas sepanjang minggu ini, saya
berasa agak gementar, namun saya berasa lega apabila setiap guru yang bertugas tidak lokek untuk
berkongsi ilmu dan bersama-sama berganding bahu menjalankan tanggungjawab. Guru yang turut
bertugas sepanjang minggu ini ialah Puan Mira, Cik Nurul Akmal dan Encik Riyadh (menggantikan
Encik Syafiq yang sedang cuti kuarantin). Antara beberapa perkara yang berlangsung sepanjang
minggu ini ialah Penilaian Akhir pelajar tahun akhir dijalankan dan sesi pemantauan tadbir urus dan
pengesanan eviden PB dan PA Khas bagi Sesi 2, Tahun 2022 oleh Unit Pentaksiran dan Penilaian DVM
BPLTV iaitu Encik Ahmad Fairuz dan Encik Arman. Ketika bertugas pada minggu ini, saya berasa
teruja kerana ini adalah pengalaman pertama saya bertugas sebagai guru bertugas 1.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………........…….. .............………………………….......….
(Nurulfarhana Binti Idris) (Hjh Nurul Aimi bt Ahmad Zubir)
Tarikh: Tarikh:
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun :21 Mac 2022 Bil. Pertemuan : 42

AKTIVITI
MENYEDIAKAN POSTER DAN RUANG PAMERAN BUSANA PAKAIAN TRADITIONAL UNIT SENI REKA
FESYEN SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER
 Senarai pakaian traditional yang dijahit oleh pelajar:
-baju kurung
-baju kebaya
-jippo
-lehengga dan choli
-cheongsam

ISU/PERBINCANGAN
1. Mencari info berkaitan dengan 5 pakaian traditional yang akan dipamerkan di pusat sumber.
2. Menyesuaikan pakaian yang ingin dipasang dummy dengan aksesori yang bersesuaian.
3. Menyusun atur dummy dan aksesori di ruangan pameran.

ULASAN

Sempena dengan minggu pusat sumber, saya dan Cikgu Fazira diberikan tugasan untuk menyediakan
ruangan pameran Pakaian Traditional. Saya menyediakan poster dan template info yang berkaitan 5
pakaian traditional yang ada. Puan Aimi turut membantu menyusun atur ruangan pameran. Selain
itu, guru unit Seni Reka Fesyen yang lain turut mengendalikan program lain sempena minggu pusat
sumber ini, antaranya ialah pertandingan Kuiz Pakaian Traditional, Pertandingan mereka pakaian
Koperat dan pertandingan mereka pakaian jubah konvokesyen.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….......….
(Nurulfarhana Binti Idris) (Hjh Nurul Aimi bt Ahmad Zubir)
Tarikh: Tarikh:
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun :25 Mac 2022 Bil. Pertemuan : 43

AKTIVITI
PROGRAM PEMANTAUAN TADBIR URUS DAN PENGESANAN EVIDEN PB DAN PA KHAS BAGI SESI 2,
TAHUN 2022
 Menyemak senarai yang perlu ada di dalam fail.

ISU/PERBINCANGAN
1. Memastikan senarai semak di setiap fail lengkap.
2. Memastikan 5 eviden pelajar disediakan di bengkel jahit 3.

ULASAN
Pegawai pemeriksa menyemak fail eviden pelajar mengikut kursus-kursus yang perlu diambil semasa
semester 4 bagi pelajar Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Antaranya ialah kursus DDC4033:
Fashion Accessories, merupakan kursus yang diajar oleh saya. Dalam kursus ini pelajar mempunyai
tiga Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang perlu dicapai oleh pelajar. CLO1 ialah classify the different
types of accessories in fashion industry, CLO2 ialah create inspiration and idea of producing fashion
accessory dan CLO3 ialah produce fashion accessory based on customer needs. Bagi CLO1, penilaian
berterusan (PB) yang perlu dilaksanakan oleh pelajar ialah pelajar perlu menjawab kuiz. Terdapat
dua kuiz yang perlu dijawab oleh pelajar bagi memenuhi CLO1 dengan peratusan sebanyak 20%.
Beliau menyemak kedua-dua set kuiz yang telah disediakan oleh saya. Beliau turut bertanya kaedah
yang digunakan oleh saya semasa memeriksa kuiz pelajar. Berdasarkan skema jawapan yang
disediakan, terdapat beberapa perkara yang boleh ditambahbaikan supaya skema jawatan menjadi
lebih baik, kemas dan teratur. Antaranya ialah beliau mencadangkan supaya skema disusun dalam
jadual, menetapkan jumlah markah bagi setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar dan menyatakan
cadangan masa menjawab pada bahagian arahan soalan.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….......….
(Nurulfarhana Binti Idris) (Hjh Nurul Aimi bt Ahmad Zubir)
Tarikh: Tarikh:
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun : 28 Mac 2022 Bil. Pertemuan : 44

AKTIVITI
AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB SENI REKA FESYEN)
 Sesi pelantikan jawatankuasa kelab
ISU/PERBINCANGAN
1. Pelajar memilih rakan-rakan yang berkelayakan untuk menjadi ahli jawatankuasa kelab.
2. Pelajar mencadangkan beberapa aktiviti kelab yang ingin dilaksanakan sepanjang sidang
kepimpinan mereka.
ULASAN
Pelajar mencadangkan rakan-rakan mereka yag dirasakan layak untuk memegang jawatan dalam
kelab ini. Antara jawatankuasa yang dipilih ialah pengerusi, naib pengerusi , setiausaha, bendahari,
dan 4 orang AJK. Pemilihan ini adalah bertujuan untuk melatih pelajar untuk bekerja dalam
organisasi. Saya juga dapat belajar cara mengendalikan aktiviti kelab dan memantau keadaan
semasa sesi pemilihan dan lantikan dalam keadaan terkawal. Selain itu, aktiviti kelab semasa hari
tersebut ialah pelajar diminta untuk melakar pakaian kasual yang nanti pakaian tersebut akan
menggunakan Songket Tenunan Pahang. Pelajar bebas mereka pakaian yang dirasakan bersesuian
dengan songket tersebut. Rekaan pakaian yang terpilih akan dijahit dengan menggunakan Songket
Tenunan Pahang dan akan diperagakan.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….......….
(Nurulfarhana Binti Idris) (Hjh Nurul Aimi bt Ahmad Zubir)
Tarikh: Tarikh:
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun : 29 Mac 2022 Bil. Pertemuan : 45

AKTIVITI
MAJLIS JAMUAN AKHIR SEMESTER 4 DVM SEBELUM OJT
 Menyediakan sijil penghargaan kepada pelajar
 Menampal logo baharu pada plak yang akan diberikan kepada pelajar sebagai penghargaan.

ISU/PERBINCANGAN
1. Meraikan pelajar yang telah menamatkan semester 4 dan akan menjalani On the Job Training
(OJT).
2. Penyampaian saguhati dan sijil penghargaan kepada pelajar terbaik dan semua pelajar
semester 4.
ULASAN
Seramai 15 orang pelajar semester 4 diraikan dalam majlis ini. Saya ditugaskan untuk menyediakan
sijil penghargaan kepada setiap pelajar dan mencetak loga baharu untuk plak yang akan turut
diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut. Majlis ini dijalankan secara ringkas yang mana majlis
dimulakan dengan bacaan doa, ucapan daripada Pengarah KVP, Puan Hjh Najdah, Ketua Jabatan Seni
Reka dan wakil pelajar semester 4 tersebut iaitu Abdul Malik. Sepanjang majlis ini berlangsung saya
dapat belajar mengenai cara pengendalian sesuatu majlis dan dapat mengeratkan hubungan antara
pelajar-pelajar ini.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….......….
(Nurulfarhana Binti Idris) (Hjh Nurul Aimi bt Ahmad Zubir)
Tarikh: Tarikh:
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun :30 Mac 2022 Bil. Pertemuan : 46

AKTIVITI

MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA BIL 3/2022


 Menyediakan surat panggilan mesyuarat
 Menyediakan minit mesyuarat.
ISU/PERBINCANGAN
1. Kesahan minit mesyuarat yang lepas.
2. Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan asrama terutamanya.

ULASAN
Sepanjang mesyuarat ini berlangsung terdapat beberapa perkara yang dibincangkan antaranya ialah
isu pelajar obesiti yang mana satu program khas perlu dirangka bersama guru Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan, Puan Zuraida. Selain itu, Puan Hidayah selaku Ketua Warden turut membentangkan
laporan bulanan warden bagi bulan Mac. Puan Nor Azizah, penyelia asrama membentangkan
laporan berkaitan pengurusan kewangan asrama, laporan pengurusan penyelenggaraan dan
perolehan , laporan pengurusan dewan makan dan laporan pengurusan kebersihan asrama dan
keselamatan. Sepanjang mesyuarat ini juga, cadangan pelaksanaan prep secara terancang juga
diutarakan. Prep terancang ini adalah satu penjadualan semula prep contohnya hari Isnin adalah
untuk subjek Matematik, Selasa untuk subjek Sejarah dan Rabu untuk subjek Sains. Prep ini akan
diwakili oleh seorang guru masing-masing subjek untuk memimpin pelajar semasa pelaksanaan ini.
TPSA turut melaporkan bahawa terdapat 41 orang pelajar baharu yang akan mendaftar pada 7 April
ini dan 3 orang pelajar rayuan. Bagi mesyuarat pengurusan asrama ini, saya menjalankan
tanggungjawab sebagai setiausaha. Antara perkara yang saya pelajari sepanjang mesyuarat ini ialah,
saya dapat mempelajari tugasan seorang setiausaha, cara berkomunikasi semasa melontarkan idea
dan cadangan semasa mesyuarat berlangsung dan mengetahui perkembangan semasa pelajar-
pelajar di asrama.

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………….......….
(Nurulfarhana Binti Idris) (Hjh Nurul Aimi bt Ahmad Zubir)
Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai