Anda di halaman 1dari 10

KPD 3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

TUGASAN/TAJUK
TUGASAN INDIVIDU
SOALAN FORMATIF
ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN
TINGKATAN 3
(3 BUAH CERPEN)
DISEDIAKAN
OLEH

NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM
ISMP

GABRIELLA GAYLE TINGAI

D20141066380

KESUSASTERAAN
MELAYU (AT01)

SEMESTER

:5

PENSYARAH

: PROF MADYA DR ANI OMAR

Nama :

Kelas :

Hari :

Tarikh :

SOALAN FORMATIF TINGKATAN 3

Soalan Objektif
Arahan : Pilih jawapan yang benar.

Terasa lagi berpiuh-piuh bonda melentur adik. Itu susur galur kepayahan yang sudah
berlalu lebih 10 tahun lampau. Adik hero tunggal dalam keluarga. Pasti sayang kami
sekeluarga kepadannya melangit tinggi. Tercalar macam mana pun gelagat adik, kami tangani
dengan sabar.

Malah, adik merupakan tongkat bonda setelah hampir tersungkur dengan hukuman yang
memilukan. Kelahiran adik bagai azimat mujarab yang mengubati sengsara bonda. Pendek
kata adik ibarat penyelamat kekuatan bonda. Namun, satu-satunya teruna yang disangka
dapat dijadikan sandaran keluarga telah menghempap batang hidup kami sendiri.

Sejak dimasukkan ke alam persekolahan, awal-awal lagi sudah terserlah kemalasan dan
ketidaksungguhan adik terhadap ilmu. Adik akan mengamuk kalau permintaannya diabaikan.
Kalau mengamuk, habis barang dalam rumah dibalingnya. Berpantul-pantul kalimah
mengarut keluar daripada mulut mongelnya. Saya tahu, kerana terlebih berkawanlah adik
terlebih cekap menyumpah. Berang adik hanya akan reda tatkala kehendaknya dituruti.

(Cerpen Mutiara Bonda, hlmn 64)

Rujukan petikan bahan bacaan


Soalan

Aras

Justifikasi

1) Apakah tema bagi Cerpen

Pada

Mutiara Bonda karya Siti

Pengetahuan

peringkat

pengetahuan

Hajar Mohd Zaki?

kemampuan

(1 markah)

prosedur

terendah

ini,

dimaksudkan

sebagai

mengingat

atau

kaedah

kembali
yang

telah

dipelajari.
Jawapan:
A. Tema alam sekitar
B. Tema perpaduan antara kaum
C. Tema persahabatan
D. Tema kekeluargaan

Rujukan petikan bahan bacaan


Malah, adik merupakan tongkat bonda setelah hampir tersungkur dengan hukuman yang
memilukan. Kelahiran adik bagai azimat mujarab yang mengubati sengsara bonda. Pendek
kata adik ibarat penyelamat kekuatan bonda. Namun, satu-satunya teruna yang disangka
dapat dijadikan sandaran keluarga telah menghempap batang hidup kami sendiri.
Soalan

Aras

2) Namun, satu-satunya teruna yang

Justifikasi
Pada

kedua

ini,

pemahaman

bermaksud

keluarga telah menghempap batang

kemampuan

memahami

hidup kami sendiri.

maksud tertentu.

disangka dapat dijadikan sandaran

Pemahaman

tahap

Apakah peristiwa yang dimaksudkan


dengan ayat tersebut? (1 markah)
Jawapan:
A. Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok.
B. Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.
C. Adik melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Bayt, Jordon.
D. Bonda gigih membesarkan anak-anak.

Rujukan petikan bahan bacaan


Malah, adik merupakan tongkat bonda setelah hampir tersungkur dengan hukuman yang
memilukan. Kelahiran adik bagai azimat mujarab yang mengubati sengsara bonda. Pendek
kata adik ibarat penyelamat kekuatan bonda. Namun, satu-satunya teruna yang disangka
dapat dijadikan sandaran keluarga telah menghempap batang hidup kami sendiri.
Soalan

Aras

3) Berdasarkan petikan diatas, apakah


persoalan yang cuba disampaikan oleh

Justifikasi
Pada peringkat ketiga ini,

Aplikasi

aplikasi

bermaksud

pengarang cerpen ini?

kemampuan

untuk

(1 markah)

menerapkan informasi dalam


situasi nyata atau kemampuan
menggunakan konsep dalam
situasi yang baharu.

Jawapan:
A. Tekanan hidup anak bekas banduan.
B. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.
C. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam hidupnya.
D. Keciciran pelajar luar bandar.

4. Berdasarkan Cerpen Budi Semangkuk Daging, karya Amy Suzani Ainuddin, sila
lengkapkan sinopsis di bawah. (Aras pemahaman).

Jawapan :

Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng
dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi setiap orang jirannya
semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji masakannya kecuali Cik
Punita yang memulangkan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak
mahu bertegur sapa dan mengelakkan diri dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh
anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik
semula apabila suami Puan Ainun, Encik Hilal memaklumkan bahawa penganut agama
Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama
Hindu.

2 markah

Soalan Struktur
1. Tuliskan sebuah cerita ringkasan mengikut kronologi di dalam Cerpen Mutiara Bonda
karya Osman Ayob mengikut kreativiti anda. (Aras Sintesis)
Jawapan :
a) Permulaan

Bonda berasa sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd.


Harazz lebih dikenali sebagai adik yang sedang melanjutkan pelajaran di
Jordon.

Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga


berjaya.

Ketika adik berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

b) Perkembangan

Kenakalan dan kedegilan adik digambarkan sehingga dia mengambil


keputusan untuk berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam.

Ibunya tetap sabar melayani karenahnya itu.

c) Puncak

Adik terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Dia diberitahu oleh ibunya bahawa pondok di dusun yang selalu dikungjungi
oleh Mohd Harazz telah diserbu oleh pihak polis.

Mohd Harazz bernasib baik kerana tidak berada di situ ketika serbuan tersebut
dibuat.

d) Peleraian

Mohd Harazz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk


menyambung pelajarannya semula.

Akhirnya, Mohd. Harazz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt,


Jordon.

25 markah

2. Berdasarkan Cerpen Mutiara Bonda karya Osman Ayob, pelajar diminta untuk
menyenaraikan LIMA nilai murni bersertakan contoh peristiwa yang terdapat dalam cerpen
tersebut.
(Aras Analisis)
Jawapan :
i.

Nilai kasih sayang


Peristiwa : Bonda amat menyayangi anak-anaknya.

ii.

Nilai kesabaran
Peristiwa : Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya iaitu,
Mohd. Harazz yang bermasalah.

iii.

Nilai kegigihan
Peristiwa : Bonda gigih mendidik adik sejak kecil shingga berjaya walaupun
berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran.

iv.

Nilai keinsafan
Peristiwa : Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu
belajar semula.

v.

Nilai ketabahan
Peristiwa : Bonda tetap tabah

vi.

Nilai bertanggungjawab
Peristiwa : Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anaknya
setelah kematian suaminya.

Fakta 1 markah

Huraian 1 markah

Contoh 1 markah

Pengenalan dan Penutup 1 markah

15 markah

3. Berdasarkan Cerpen Mutiara Bonda karya Osman Ayob, pelajar diminta untuk menulis
sebuah sinopsis berdasarkan kreativiti sendiri. (Aras memahami dan menerapkan)

Jawapan:
. Harazz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang,
diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu
bertandang, mencabar kesabaran binda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya itu.
Daripada malas ke sekolah, adik kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya
setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, adik seperti dilahirkan
semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap
polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja.
Akhirnya, adik benar-benar menjadi mutiara, bersinar dan menyejukkan hati bonda.
Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordon. Akhirnya,
impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai, begitu juga
dengan wasiat ayahnya.

15 markah

4. Berdasarkan Cerpen Segala Yang Tercinta Ada Di Sana karya Zainal Rashid Ahmad,
pelajar diminta untuk menyenaraikan EMPAT persoalan yang

terdapat dalam cerpen

tersebut.
(Aras sintesis)

Jawapan:
(a) Kemiskinan dan kesederhanaan hidup.
Contohnya, masyarakat kampung tidak mampu membeli ubat di klinik akibat
kemiskinan yang dihadapi oleh mereka.
Mereka juga menjalani kehidupan seharian dengan seadanya.

(b) Kepentingan alam semula jadi kepada masyarakat kampung.


Contohnya, tumbuhan semula jadi yang terdapat di sekitar belukar kampung mereka
dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana tumbuhan-tumbuhan herba itu banyak
khasiatnya khususnya untuk mengubati penyakit.

(c) Ketaatan dan kepatuhan kepada guru.


Contohnya, penulis dan rakan-rakannya sentiasa patuh akan suruhan serta ajaran guru
al-Quran mereka, iaitu Hajah Tom.

(d) Pendidikan agama dalam masyarakat.


Contohnya, penulis dan rakan-rakannya telah diasuh dengan ajaran agama, iaitu
mempelajari al-Quran sejak kecil lagi, malah mereka rajin solat berjemaah di surau
kampung mereka.

Fakta 1 markah
Huraian 1 markah
Contoh 1 markah
Pengenalan dan Penutup 1 markah

15 markah

6. Berdasarkan Cerpen Segala Yang Tercinta Ada Di Sana karya Zainal Rashid Ahmad,
pelajar diminta untuk mencipta sebuah sinopsis mengikut pemahaman dan kreativiti pelajar.
(Aras Analisis)

Jawapan :
Cerita mengisahkan kehidupan masyarakat kampung yang hidup dalam
keadaan serba kekurangan. Masyarakat menjadikan hasil alam sebagai makanan
seperti ubi kayu, biji pala dan daun melong. Jika sakit, mereka akan mencampurkan
segala macam herba untuk dijadikan ubat. Petua daripada orang berpengalaman dann
bidan digunakan untuk memastikan sesuatu penyakit akan cepat sembuh. Peranan
bidan juga begitu penting di kampung kerana dianggap pakar melenggang perut,
mengalih bayi songsang dan merawat perempuan selepas bersalin. Wabak penyakit
kulit akan melanda kampung selepas habis musim air pasang. Penulis ketika kecil
belajar mengaji di rumah Hajah Tom, seorang janda yang kematian suaminya akibat
ditembak pengganas komunis di Gulbir. Selain mengajar mengaji al-Quran, Hajah
Tom juga mengajarnya menghafal beberapa surah sebagai pelindung ketika menghadai
dugaan.

Hajah Tom juga sering menjamu nasi kepada penulis dan rakan-rakan

apabila mendapati penulis dan rakan-rakan belum makan ketika datang mengaji.
Penulis juga ringan tulang apabila disuruh Hajah Tom untuk membelah kayu api dan
mengupas kelapa.
Di kampung tersebut terdapat sebuah surau lama yang diketuai oleh Haji Saleh
Pumpong.

Sebagai imam, beliau selalu menyuruh penulis dan rakan-rakannya

melaungkan azan. Penulis juga membantu membersihkan surau. Pada waktu tengah
hari, penulis dan rakan-rakan akan dijamu oleh Hajah Tom, nasi berlaukkan ikan
cencaru belah belakang yang merupakan makanan yang paling lazat yang pernah
dinikmati penulis. Hajah Tom juga meminta Haji Saleh Pumpong mengajar penulis
dan rakan-rakannya solat jenazah.

Tiga bulan kemudian, Hajah Tom meninggal

dunia. Tiga bulan selepas itu, Haji Saleh Pumpong pula meninggal dunia. Penulis
sentiasa mengingati dua nama itu yang tersemat di dalam hatinya.

25 markah

Anda mungkin juga menyukai