Anda di halaman 1dari 2

ANWAR BIN IBRAHIM

D20141066372
GROUP B
BSS 3143-TEKS KANON MELAYU

Assalamualaikum dan salam cintai ilmu kesusasteraan,


Apa yang saya tahu, Teks Sastera Sejarah juga dikenali sebagai teks Hikayat Melayu dan jika
mengikut sejarah, ia merupakan tinggalan warisan yang telah wujud sejak abad ke-19 lagi.
Sebagai contohya Hikayat Hang Tuah. Menurut Dr.Hasrina Baharum(2011), Hikayat Hang
Tuah ialah sebuah karya besar berbanding karya-karya Melayu tradisional yang lain kerana
didalamnya terkandung segala pesanan dan gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh
bangsa Melayu dan kerana itulah Hikayat ini juga turut mengandungi unsur pengaruh Sejarah
Melayu ataupun Sulalatus Salatin.
Sejarah Melayu turut menceritakan tentang pemerintahan Sultan Mansur Syah dan
keperwiraan Hang Tuah seterusnya bagaimana kisah penentangan Hang Jebat di Istana ketika
itu. Walau pun Hikayat Hang Tuah memiliki perbezaan daripada Sejarah Melayu, namun
terdapat persamaan yang mempengaruhi kandungannya seperti kesetiaan Hang Tuah kepada
pemerintah. Bukan itu sahaja, Hikayat Hang Tuah ini juga telah menonjolkan ketokohan
watak Hang Tuah yang diwarnai dengan unsur-unsur Supernatural untuk menjadikan karya
Hikayat ini sebagai karya agung dan dapat megangkat martabat bangsa. Keperwiraan terselah
semenjak Hang Tuah Masih kecil sehinggalah dewasa.
Seterusnya, karya epik seperti Hikayat Hang Tuah ini turut menerima pengaruh
Sejarah Melayu yang mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri dalam konteks
bangsa Melayu, iaitu sebagai lambang kebanggaan dan keagungan bangsa, di samping
menyemaikan sifat cinta akan bangsa dalam kalangan masyarakatnya ia juga sebagai alat
pengekalan dan pemantapan nilai dan norma masyarakat serta memperkenalkan identiti
bangsa dan negara kepada dunia secara umumnya dan generasi akan datang secara
khususnya. Semua ini dijelmakan melalui watak dan peristiwa yang terdapat di dalam karya
tersebut yang sengaja dicipta sedemikian rupa untuk memberikan contoh teladan, iktibar, dan
pengajaran kepada bangsa Melayu sebagai panduan hidup mereka.
Pengaruh yang terkuat sekali adalah mengenai salahsilah keturunan. Kedua-dua teks
ini membincangkan perkaitannya mengenai asal usul keturunan. Siapakah Hang Tuah? Dari
manakah asalnya Hang Tuah? Dan apakah kaitannya dengan keturunan raja melayu ketika
itu. Jika menurut Sejarah Melayu, asal usul Hang Tuah bermula apabila Raja di Goa telah
berjaya mendapatkan anak Raja Bajung yang bernama Daeng Mempawah untuk dihadiahkan

ANWAR BIN IBRAHIM


D20141066372
GROUP B
BSS 3143-TEKS KANON MELAYU

kepada Sultan Mansur Syah. Budak ini berumur 12 tahun dan diberikan nama Hang Tuah
oleh sultan. Dia seorang yang berani dan telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk.
Di Melaka pada masa itu terdapat 9 orang Perhangan iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hassan dan Hang Hussin.
Dalam teks sastera sejarah dan sejarah Melayu, Hang Tuah juga digambarkan sebagai
seorang yang memiliki ketinggian ilmu, dan bijak menyelesaikan masalah. Berdasarkan teks
Hikayat Hang Tuah juga, digambarkan sangat mencintai ilmu, terutamanya dalam bidang
agama dan bahasa seperti yang dipaparkan dalam perenggan di bawah:
Telah beberapa lamanya Hang Tuah mengaji Quran, maka pengajian itu pun tamatlah.
Maka Hang Tuah mengaji nahu pula. Telah tamat pengajiannya, dia berkata kepada
bapanya, Ayo bapaku, pada bicara hamba hendak mengaji pada lebai Keling pula supaya
hamba tahu pula bahasanya
Kesimpulannya, teks Hikayat Hang Tuah mengandungi banyak pengaruh dari teks
sastera Sejarah Melayu. Hal ini kerana, asal usul Hang Tuah dan kaitannya dengan raja
Melayu yang dinyatakan di dalam teks tersebut diambil dari teks Sejarah Melayu dan tiada
banyak perubahan tetapi hanya mengamali kisah-kisah tambahan serta nama-nama yang
terlibat dalam teks tersebut. Pengaruh sejarah Melayu dalam teks Hikayat Hang Tuah dapat
dilihat dalam pelbagai aspek yang telah dinyatakan diatas.
Sekian.

Anda mungkin juga menyukai