Anda di halaman 1dari 13

ULASAN: HIKAYAT ABDULLAH

Buku Hikayat Abdullah ini saya beli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Saya sangka bahawa ini ialah buku tentang Pelayaran Abdullah yang didengar semasa kelas sejarah di sekolah menengah. Padahal ini ialah hikayat ini dikarang selepas Pelayaran Abdullah. Saya sendiri menyangka bahawa Munsyi Abdullah hanya terkenal dengan Pelayaran Abdullah.

Hikayat Abdullah dalam bentuk asalnya menggunakan bahasa melayu lama yang sukar difahami pada waktu sekarang. Saya pernah dengar seorang penulis mengatakan bahawa tulisan bahasa melayu yang digunakan Munsyi Abdullah tidak menggunakan noktah dan ayat-ayat hanya disambungkan dengan perkataan arakian. Hikayat Abdullah terbitan PTS Fortuna diadaptasikan oleh Hamzah Hamdani agar mudah dibaca dan difahami generasi sekarang. Perubahan hnaya dilakukan pada bab, struktur ayat dan diksi. Hikayat Abdullah ialah biografi Abdullah bin Abdul Kadir yang dituliskannya sendiri. Abdullah menceritakan segala hal yang berlaku pada dirinya dan masyarakat selat pada masa pemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Disertakan secara detail juga kisah pembukaan Singapura dan pembangunannya pada awal abab ke-19. Abdullah juga turut menceritakan serta mengkritik gaya hidup dan kepercayaan masyarakat berbilang kaum di Melaka pada masa itu. Antara kisah yang menarik perhatian saya ialah cerita Abdullah tentang kepercayaan tahyul masyarakat melayu tentang penanggal dan polong. Abdullah menulis bab ini dengan teliti dari asal usul makhluk-

makhluk ini serta cara membunuhnya tetapi tidak juga lupa untuk mengkritik kepercayaan tahyul begini. Beberapa kali dalam hikayat ini Abdullah menuyatakan kebenciannanya terhadap semua jenis perkara karut-marut yang diamalkan masyarakat pada masa itu. Selain cerita tentang masyarakat, paling menarik hati tentang Hikayat Abdullah ini ialah ia sendiri sebuah dokumentasi sejarah. Segala kisah yang diceritakan berlatarbelakang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sekitar abad ke-19 di Selat Melaka dari pengembalian Melaka kepada Belanda kepada pembukaan Singapura. Kisah-kisah ini pula ialah diceritakan dari perspektif seseorang yang berada di situ semasa pada masa peristiwa-peristiwa ini berlaku. Tidak seperti buku teks sejarah, kita dibawa menyelami perasaan masyarakat pada waktu itu dan apa yang mendorong tindakan mereka. Kita juga dibawa bertemu tokoh-tokoh sejarah seperti Farquhar, Raffles, Lord Minto, dan Crawford. Dan sekali lagi kita dibawa bertemu mereka di personal level dan tingkah laku serta personaliti mereka diceritakan dengan teliti kerana Abdullah sendiri telah mendampingi mereka. Apa yang menarik ialah kebanyakan watak yang kita kenal sebagai jahat dalam buku teks seperti Raffles dan Farquhar pada pandangan Abdullah ialah tokoh yang beliau sanjungi. Kita seolah-olah bertemu sendiri dengan Raffles dan Farquhar. Kegigihan Abdullah menuntut ilmu terutamanya dalam bidang bahasa dapat kita rasakan ketika membaca Hikayat Abdullah. Walaupun beliau sendiri keturunan peranakan Arab-India, beliau bukan sahaja mengusai bahasa melayu tetapi juga bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan China. Beliau menyayangi ilmu dan bahasa Melayu itu sendiri. Dalam hikayat ini beliau banyak mengkritik kebodohan orang melayu sendiri yang enggan belajar bahasa Melayu. Pada pendapat saya buku ini sangat berguna jika digunakan dalam pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Tentu kelas sejarah lebih menarik dengan adanya teks sampingan seperti buku ini. Saya rasa bertuah kerana dapat mengenali Munsyi Abdullah dan terkesan sekali dengan kisah hidupnnya dalam mencari ilmu

IPG KTB
Saturday, 6 April 2013

Sejarah Melayu dan Hikayat Abdullah


Tugasan Empat ; Ulasan Kitab Sulalatus SalatinSulalatus Salatin yang juga dikenali sebagai Sejarah Melayu merupakan kitab hasilkepengarangan Tun Sri Lanang. Karya ini menceritakan zaman kesultanan Melayumelaka yang dikatakan dibawa dari Goa. Goa yang selama ini dianggap di India,sebenarnya merupakan suatu tempat yang terletak di Sulawesi Indonesia. Karya ini telahdikarang oleh Tun Sri Lanang ketika beliau menjadi Bendahara Paduka Johor antaratahun 1580 hingga 1615. Tun Sri Lanang telah dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor padatahun 1565. Sulalatus Salatin mengandungi 15 bab. Permulaan bab dibincangkan dengan juraiketurunan raja Melaka sehingga pembentukan Melaka ataupun sesudah pembukaanMelaka. Pembahagian perbincangan Sulalatus Salatin terbahagi kepada 2 bahagian ,iaitusebelum pembukaan kota Melaka [ mengandungi 4 bab] dan selepas pembukaan kotaMelaka [ mengandungi 11 bab ] Karya Sejarah Melayu ini mempunyai banyak versi. Namun, pembentang padahari tersebut tidak memberitahu secara jelas versi kitab yang dirujuk mereka untukpembentangan pada hari tersebut. Tiada dijelaskan juga mengenai perbezaan perbezaanantara versi Kitab Sejarah Melayu yang lain. Berdasarkan pembentangan yang lalu, dapatsaya rumuskan bahawa karya agung ini mengutarakan pelbagai falsafah dan etika didalamnya. Pada hari pembentangan, para pembentang telah mengutarakan tujuh falsafah,iaitu ketaatan kepada pemerintah, keadilan, waad, nilai dan etika, adat, keberanian, dankekuasaan. Dalam karya ini, falsafah ketaatan dirujuk kepada beberapa orang tokoh yangdisebut dalam karya ini, antaranya ialah Demang Lebar Daun, Hang Tuah, BendaharaPaduka Raja, Hang Nadim dan Bendahara Seri Maharaja. Demang Lebar Daun seorangyang taat apabila membenarkan puterinya berkahwin dengan Seri Tribuana. Hang Tuahpula terlalu taat kepada sultan sehinggakan rela menerima hukuman bunuh dari sultan 15 16. setelah difitnah berkelakuan sumbang dengan dayang. Hang Tuah rela dihukum biarpunbeliau tidak bersalah. Baginda Paduka Raja dikatakan taat kepada sultan apabila akur dan tidakmemprotes apabila anaknya, Tun Besar dibunuh oleh anak sultan apabila bola sepakraganya terkena destar anakanda sultan lalu terjatuh ke tanah. Berpegang kepada prinsipadat Melayu tidak perbah derhaka maka Baginda Paduka Raja menerima perkaratersebut meskipun anaknya mati dibunuh. Kesimpulan yang dapat dibuat dari falsafah ketaatan ini, konsep ketaatan yangdiamalkan terlalu keterlaluan dan terlalu mengagung agungkan sultan biarpun tindakansultan tersebut adalah salah dan melampau. Namun, saya berasa agak keliru keranaBaginda Seri Maharaja dikatakan seorang yang taat kepada sultan. Hal ini kerana,keengganan beliau mempersembahkan puterinya kepada Sultan Mahmud telahmenunjukkan ciri penderhakaan kepada sultan. Bendahara Seri Maharaja berpeluanguntuk membantah hukuman bunuh yang dijatuhkan ke atas beliau sekeluarga. Beliauketika itu dalam posisi sangat kukuh dari segi politik dan ekonomi sebaliknya beliaumelarang para pengikutnya daripada memberontak. Mungkin peristiwa ini menabalkanbeliau sebagai seorang yang taat kepada sultan. Falsafah kedua yang dibentangkan adalah Waad. Waad merupakan kontrak sosialdi antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Jika waad ini dilanggar, maka pelbagaibencana akan menimpa seperti menghidapi penyakit kerdal. Oleh itu, wujudnya perkaratulah dan daulat. Saya melihat waad ini sebagai suatu kontrak atau perjanjian di antaragolongan pemerintah dan rakyat. Terkandung pelbagai perjanjian yang bertimbal balik.Contohnya, rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja dan raja juga tidak bolehmenzalimi rakyat. Rakyat tidak boleh menderhaka dan perlu taat kepada raja. Perjanjianini dapat membuatkan rakyat tunduk patuh kepada raja da sekiranya tidak patuh, merekaakan ditimpa bencana. 16 17. Falsafah ketiga yang diutarakan ialah falsafah keadilan. Contohnya, SultanMuzaffar Syah wujudkan undang undang untuk mengelakkan menteri melakukankesilapan. Ganjaran kepada kesilapan adalah hukuman. Dalam kitab ini, tidak banyakyang ditonjolkan mengenai sikap raja yang adil. Ketidakadilan raja juga denganberaninya ditonjolkan oleh Tun Sri Lanang. Beliau patut dipuji kerana tidak hanyamenceritakan kebaikan sahaja, malah turut menceritakan kezaliman raja terhadap rakyatdan

pembesar pembesarnya. Terdapat banyak peristiwa yang mempamerkanketidakadilan raja. Falsafah keempat yang ditonjolkan telah dalam pembentangan adalah falsafahadat. Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak turun temurun. Adat perludipatuhi. Dalam Kitab ini terdapat banyak adat Melayu yang diamalkan oleh golongandiraja dan golongan rakyat. Ada antaranya masih digunapakai dan ada juga di antaranyadiubahsuai supaya sesuai dengan peredaran masa. Falsafah kelima yang ditunjukkan adalah falsafah kekuasaan. Kitab ini terlalubanyak menceritakan kekuasaan raja. Raja sangat berpengaruh dari segala sudut. Rajaberkuasa menitahkan apa sahaja kepada rakyat da rakyat perlu menunaikannya jika tidakmahu dihukum. Saya melihat, kuasa raja sebagai kuasa mutlak terlalu banyak menindasgolongan rakyat. Kandungan kitab ini mempamerkan sikap raja yang kejam dan sanggupberbuat apa sahaja demi mendapatkan sesuatu. Raja pada zaman dahulu terlalu berkuasasehingga bertindak zalim di luar batas kemanusiaan. Justeru, tidak hairanlah mengaparakyat begitu patuh kepada raja biarpun diperlakukan dengan buruk rupa. 17 18. Falsafah keenam yang ditonjolkan dalam pembentangan ialah keberanian.Keberanian raja merujuk kepada keberaniannya menjajah da mentakluk negeri lain untukmeluaskan pengaruh jajahannya. Dalam kitab ini, turut diceritakan mengenai sikapkeberanian yang ditonjolkan oleh golongan rakyat biasa seperti badang. Kitab ini banyakmenonjolkan ketokohan keberanian Hang Tuah. Hang Tuah digambarkan sebagaiseseorang yang sangat hebat. Perkara ini seperti sengaja ditonjolkan untuk menunjukkankehebatan orang Melayu pada waktu tersebut. Falsafah ketujuh yang ditonjolkan ketika pembentangan adalah nilai dan etika.Etika dan nilai yang digarap dalam kitab ini diwarisi rakyat. Selain itu, kitab ini jugamenggariskan tugas tugas raja dan pembesar dan peranan peranan rakyat. Raja jugasebagai bayangan tuhan atau payung kepada rakyat. Justeru, taat dan setia perluditumpahkan kepada raja sepenuhnya.Kesimpulannya, secara keseluruhan dapat dilihat betapa karya agung ini bersifat sejagatdan menyeluruh. Namun, terdapat unsur unsur mitos yang seakan akan tidak masukakal di dalam kitab ini. Kekuasaan yang ditonjolkan oleh raja secara melampau dan jugakezaliman raja menunjukkan betapa tidak adilnya raja pada suatu ketika dahulu. Dalamkitab ini juga ditonjolkan secara melampau ketaatan kepada raja. Justeru, pepatah adatMelayu tidak menderhaka begitu terserap dalam masyarakat Melayu pada suatu ketikadahulu. 18 19. Tugasan lima : Ulasan Hikayat Abdullah.Hikayat Abdullah merupakan biografi atau penceritaan pengalaman hidup MunsyiAbdullah atau nama sebenarnya Abdullah Bin Abdul Kadir. Hikayat ini mengandungisegala hal yang berlaku pada diri Munsyi Abdullah dan masyarakat selat pada masapemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Hikayatini merupakan dokumentasi sejarah yang berlatar belakangkan peristiwa peristiwa yangberlaku pada abad ke -19 yang diceritakan mengikut perspektif beliau yang hidup padazaman tersebut.. Turut diceritakan dalam hikayat ini mengenai kisah pembukaanSingapura dan pembangaunannya pada awal abad ke -19. Dalam hikayat ini, MunsyiAbdullah telah mengkritik gaya hidup da kepercayaan masyarakat yang berbilang kaumdi Melaka pada masa itu yang terdiri daripada empat kapitan, iaitu Keling, Cina, Nasrani,dan Melayu. Masyarakat pada zaman tersebut begitu taksub dengan kepercayaan tahyulterutamanya masyarakat Melayu yang begitu mempercayai penanggal dan polong.Perkara ini diceritakan dengan teliti tentang asal usul makhluk makhluk ini serta carauntuk membunuhnya. Dalam hikayat ini, beberapa kali Munsyi Abdullah menyatakankebencian beliau terhadap kepercayaaan karut-marut masyarakat Melayu pada ketika itu. Hikayat ini boleh dikatakan sebagai dokumentasi Abdullah. Munsyi Abdullahtelah telah membawa pembaca bertemu dengan tokoh tokoh sejarah seperti Farquhar,Lord Minto dan Crawford. Hikayat ini telah menceritakan peribadi mereka mengikutpandangan Munsyi Abdullah yang berdampingan dengan mereka. Tokoh tokoh inidigambarkan sebagai baik dan disanjungi oleh Munsyi Abdullah. Pembentang tidakmengulas lebih lanjut apakah kebaikan kebaikan tokoh yang dilakukan terhadapMunsyi Abdullah sehinggakan tokoh yang kita anggap mereka jahat tetapi disanjungtinggi oleh Munsyi Abdullah. 19 20. Penceritaan hikayat ini jelas menunjukkan Munsyi Abdullah seorang yang gigihmenuntut ilmu. Munsyi Abdullah berketurunan peranakan Arab India yang berjayamenguasai bahasa Melayu , bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan Cina. Penguasaanbeberapa bahasa ini menunjukkan kegigihan Munsyi Abdullah mempelajari bahasa.Munsyi Abdullah juga mengkritik sikap masyarakat Melayu yang malas mempelajaribahasa Melayu. Perkara ini membuktikan betapa Munsyi Abdullah melakukan pelbagaikritikan sosial dalam hikayatnya. Dalam pembentangan yang dilakukan, pembentang telah mengemukakan limafalsafah yang terkandung dalam Hikayat Abdullah, iaitu falsafah ketuhanan, keadilan,kebenaran dan keindahan. Falsafah ketuhanan yang dibentangkan oleh pembentangmengenai

kebencian karut dan tahyul masyarakat Melayu yang membelakangkan kuasaAllah S.w.t. Abdullah berfikiran rasional dan realistikdan tidak mempercayai bomoh,dukun dan pawang. Beliau juga mengkritik kepercayaan orang Melayu yang tidakmempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai bahawa bumi ini bulat. Beliau jugamengkritik orang Melayu yang mempercayai peristiwa gerhana bulan disebabkan bulandimakan oleh Rauf (ular). Musnsyi Abdullah menyeru masyarakat supaya memandangsesuatu itu secara rasional dan berpegang kepada kuasa Allah. Perkara ini membuktikan,daalm karya ini Munsyi Abdullah amat menekankan aspek ketuhanan dalam karyanya. Falsafah kedua yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah keadilan.Falsafah keadilan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan kes Syed Yasin, keskezaliman Sultan, keadilan Farquha yang sedia membantu golongan bawahan yangkesusahan. Pada hari tersebut, pembentang tidak pula mengutarakan pertikaian MunsyiAbdullah mengenai konsep perbezaan taraf dalam amalan dalam sistem masyarakatMelayu. Beliau menyeru dan menuntut kesamarataan dalam gagasannya yang terkandungdalam karya. Falsafah ketiga yang dikemukakan oleh pembentang ialah falsafah kebenaran.Munsyi Abdullah menyatakan perkara kebenaran dalam hikayatnya. Apa yangdiceritakan merupakan perkara yang betul betul berlaku dan diamalkan sehingga ke hari 20 21. ini seperti kepercayaan tahyul oleh masyarakat Melayu. Ketika pembentangmembentangkan falsafah ini, tidak begitu jelas diterangkan mengenai falsafah kebenaranyang dimaksudkan oleh kumpulan pembentang. Falsafah keempat yang diutarakan oleh pembentang ialah falsafah keindahan.Keindahan yang dimaksudkan dari segi bahasa, adat dan pemikiran yang diutarakandalam hikayat. Hikayat Abdullah membawa perubahan tema, plot, dan jalan cerita sepertikarya karya yang ditulis dalam zamannya. Beliau telah menjadikan pengalaman beliausebagai bahan penulisan. Perkara ini menjadikan karya beliau bersifat realiti dan tidakdiselitkan dengan cerita cerita dogeng seperti karya karya lain yang ditulis dalamzamannya. Beliau menyelitkan pantun, syair dan kiasan untuk menyampai kan sesuatupemikirannya. Selain itu, terdapat banyak kosa kata baharu dan penggunaan teknik dialogdalam karya ini. Boleh dikatakan bahawa hikayat ini sebagai permulaan karya Melayumoden yang boleh diibaratkan seangkatan ASAS 50 yang lahir seratus tahun selepaskelahiran hikayat ini. Jelas menunjukkan pemikiran Munsyi Abdullah tidak dibatasi olehmasa. Falsafah terakhir yang dibentangkan ialah falsfah etika yang terkandung dalamhikayat ini. Undang undang Singapura dikatakan sebagai hasil kebijaksanaan Raffles.Pembentang juga mengatakan falsafah etika ini dikaitkan dengan penceritaan kisah TuanBangoor yang begitu mementingkan nilai kebersihan. Adat menggunakan keris jugadikatakan sebagai falsafah etika yang diutarakan dalam karya ini oleh pembentang. Namun, terdapat lagi falsafah lain yang tidak dibincangkan oleh pembentang.Contohnya seperti falsafah pemikiran. Tidak dibincangkan mengenai pemikiran MunsyiAbdullah yang jauh ke depan dan bersifat revolusioner. Beliau juga dianggap sebagaitokoh yang menerajui perkembangan sastera moden di tanah Melayu pada ketika itu.Selain itu, perlu juga ditelusuri betapa Munsyi Abdullah ini begitu teruja dan terpegundengan orang asing yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu.Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia. 21

Cerita Rakyat Orang Melayu


Mulai Januari 2011, catatan di sini memuatkan semua bahan dan penemuan saya yang berkaitan dengan projek peribadi penulisan saya yang berjudul Cerita Rakyat Orang Melayu. Bahan-bahan ini saya pungut daripada kajian lapangan sewaktu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hingga pada masa ini. Cerita-cerita di sini kebanyakannya berasal dari seluruh ceruk dan rantau di Asia Tenggara. Alamat emel saya di manafyasir@gmail.com
Isnin, Mei 26, 2008

Hikayat Abdullah - Ringkasan Bab

Bab 1 Memberikan perihal latar belakang keluar Abdullah. Ayahnya Syeikh Abdul Kadir yang dilahirkan di Melakan dan ibbunya, Salamah.

Bab 2 Memerikan akan betapa kasihnya Abdullah akan ibunya, Salamah.

Bab 3 Peri Abdullah menerima pendidikan. Abdullah memerikan sebilangan guru yang mengajarnya. Abdullah memberikan pandangan peribadinya akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita.

Bab 4 Abdullah mencatat pemandangan dan suasana Kota Melaka yang ramai penduduknya. Abdullah memerikan kerjakerja merobohkan tembok-tembok kota Melaka dengan perintah Raja Farquhar. Kota itu diruntuhkan dengan menggunakan bom.

Bab 5 Salah satu episod betapa bijaknya Encik Sulong menangkap gajah. Hanya seekor sahaja yang hidup daripada puluhan yang ditangkap. Abdullah memerikan ekspedisi penangkapan gajah itu dari mula hingga akhir.

Bab 6 Menurut pandangan Abdullah, Raffles amat mementingkan ilmu. Banyak kajian tentang alam dan budaya orangorang Melayu dijalankan Raflles denan megerahkan sebilangan orang bawahannya. Selain tu, banyak kitab dan khazanah bangsa Melayu dapat Raffles kumpul dengan imbalan yang sungguh besar.

Bab 7 Abdullah memerikan ketokohan Lord Minto sewaktu pegawai Inggeris itu berkunjung ke Melaka. Daripada salah satu lawatannya, Lord Minto mengusulkan Abdullah, salah seorang juru tulis dan penyalin kitab-kitab lama yang mahir, belajar bahasa Inggeris. Seperti Raffles, Abdullah mendapati Lord Minto seorang pegawai tertinggi Inggeris yang amat merendah diri terhadap semua orang.

Bab 8 Rahsia penipuan Tengku Panglima Besar yang menyuruh Pengiran menulis surat yang didakwanya datang dari Susuhunan Mataram yang memohon bantuan tentera Inggeris di Singapura melanggar tanah Jawa. Kejahatan yang didalangi oleh Tengku Panglima Besar terbongkar setelah Pengiran mengakui sendiri surat tersebut dan bukan Susuhunan Mataram. Diperikan juga keengganan bonda Abdullah melepaskannya menuruti Raffels ke tanah Jawa. Tempat Abdullah diganti Ismail Lebai, bapa saudara Abdullah sendiri.

Bab 9 Diperikan Abdullah belajar bahasa Inggeris daripada seorang paderi yang bernama Tuan Milne dan Tuan Morrison. Sebaliknya, Abdullah diminta mengajar mereka bahasa Melayu. Abdullah menulis sedikit mengenai kebodohan orang-orang yang mempercayai akan beberapa fahaman tahyul. Diberikannya penerangan secara bertulis kepada Tuan Milne perihal penanggalan dan polong. Dengan kesedaran kepentingan ilmu, Abdullah memujuk anak-anak Melayu belajar daripada orang-orang putih. Namun sebilangan besar menuduhnya sudah sesat daripada agaa Islam, mengadu kepada ayahnya. Berlakulah pertengkaran antara anak dan bapa. Sebagai anak yang menghormati orang tua, Abdullah dapat memujuk bapanya dengan mengemukakan alasannya yang dapat diterima. Hal tersebut ketahuan oleh Tuan Milne dan Tuan Thomson yang peri bertemu ayah Abdullah. Kedua-dua paderi itu berjaya meyakinkannya bahawa Abdullah akan mendapat manfaat yang besar dengan menguasai bahasa Inggeris selain bahasa Melayu. Abdullah juga berjaya membantu Tuan Milne membuat senarai kosa kata bahasa Melayu dengan padanan kosa kata bahasa Inggeris. Diperikan juga majlis pernikahan Abdullah. Kasih Abdullah akan isterinya teramat besar. Abdullah menemani Tuan Milne yang kesakitan itu ke laut untuk berubat bagi penyakit batuk keringnya. Kematian isteri Tuan Milne ditangisi Abdullah dan kasihnya Abdullah akan Tuan Milne bagaikan ayah kandungnya sendiri. Diperikan juga akan tugas Abdullah menyalin Kitab Injil Matius Holanda karangan berbahasa Melayu Tanah Jawa. Usahanya itu disenangi kerana Abdullah membantah penggunaan istilah dan ayat yang tidak tepat. Semua pendapat Abdullah idak diterima oleh pegawai Inggeris yang bertanggung jawab.

Bab 10 Perihal peralihan kuasa Inggeris pada penguasa Belanda mentadbir Melaka. Hal tersebut mendukacitakan Abdullah. Peralihan kuasa itu berlaku setelah Inggeris berjaya memeroleh Singapura daripada Tengku Long.

Bab 11 Perihal Farquhar membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman, orang kepercayaan Tengku Long, untuk membenarkan Kompeni Inggeris membuka negeri di Singapura. Ramai orang laut yang pada mulanya takut dengan rombongan Farquhar mula berniaga ikan dan bahan-bahan makanan yang lain. Farquhar mendaki Bukit Larangan dan mendirikan tiang untuk mencacakkan bendera Inggeris. Perihal tikus yang banyak dihapuskan dengan ganjaran wang dcatat Abdullah juga. Kisah seekor kucing yang diserang enam ekor tikus besar dan arahan untuk menghapuskan tikus; setiap seekor yang tertangkap akan diberikan ganjaran wang. Nama perlatan menjerat tikus yang aneh-aneh disinggung juga Abdullah dalam catatannya ini.

Bab 12 Perihal kekejaman penguasa Belanda di Melaka menyebabkan kesengsaraan masayarakatnya.

Peluang-peluang ekonomi yang ditawarkan di Singapura menarik penghijrahan orang-orang Melaka ke sana. Pihak Belanda di Melaka menghalang orang-orang Melaka yang hendak ke Singapura. Mereka yang berbuat demikian ditangkap dan semua kepunyaan mereka dirampas sewaktu belayar di Selat Melaka. Diperikan juga perihal harga makanan Singapura yang melambung tinggi harganya. Kesengsaraan di Melaka mereda apabila Gabenor Van Goor mati. Hartanya dirampas masyarakat tempatan.

Bab 13 Diceritakan tentang penduduk Singapura yang bertambah ramai. Banyak peuang ekonomi memungkinkan ramai pedagang dan pekerja datang ke Singapura untuk mengadu nasib mereka. Singapura pula bertambah makmur dengan bertambahnya urusan perniagaan. Diceritakan juga tentang perjanjian Tengku Long dan Tengku Abdul Rahman mengenai kedudukan penguasa Inggeris di Singapura. Raffles dengan bijaknya memuat perjanjian mengangkat Tengku Long menjadi Sultan di Singapura tanpa pengetahuan pihak penguasa Belanda. Diceritakan juga keengganan Tengku Long berniaga seperti yang diusulkan Raffles. Tengku Long yang mengadu akan kekurangan belanja pada mulanya diputuskan Raffles meerima belanja tetap sebanyak seribu ringgit besar setiap bulan dan Temenggung Abdul Rahman mendapat tujuh ratus ringgit. Penemuan sebongkah batu besar bekas pahatan huruf Arab di hujung Tanjung Singapura di Lorong Tabungan. Batu itu dipecahkan oelh Tuan Coleman, seorang jurutera Inggeris sesudah itu. Abdullah mencatatkan sikap kurang senang dengan langkah terburu-buru itu, Kawasan itu diterangkan dan dibuka kawasan perniagaan. Raffels mengusulkan Abdullah membeli beberapa bidang tanah di situ tetapi Abdullah enggan. Abdullah bimbang akan dibebani hutang jika usul Raffles itu diturutinya. Tindakannya itu di kesal apabila didapatinya harga tanah-tanah di situ melambung tinggi harganya sesudah itu. Raffles yang memina kediaman di puncak Bukit Larangan meneruskan kajiannya mengumpul pelbagai perkara dan barang mengenai alam sekeliling di Singapura. Menurut Abdullah, usaha Raffles itu semakin guat dan berjaya yang sudah dimulakan sejak di Melaka sebelum itu. Sungai Rocoh yang didiami buaya dikepung. Setiap buaya yang ditangkap di sana dibunuh, Bangkai-bangkai buaya itu digantung di tepi Sungai Beras Basah.

Bab 14 Pertelingkahan antara peniaga-peniaga Sayid Yasin dan Pengiran Sharif Umar berakhir dengan Kolonel Farquhar tertikam. Raffles begitu marah dengan pegawai-pegawainya. Mujur Kolonel Farquhar tidak menemui ajalnya. Persengketaan orang-orang Temenggung dengan orang-orang Melaka. Kolonel Farquhar dapat menghalang terjadinya pertempuran kedua-dua pihak itu dengan menghantar ketumbukan supai yang bersenjatakan senapang. Dari peritiwa itu, keluarlah arahan menghalang sebilangan besar orang-orang awam bersenjata. Walaupun berasa hampa, pihak Inggeis berjaya menguatkuasakan arahan tersebut demi menghalang kejadian serupa pada masa-

masa mendatang. Raffles yang sudah mengusulkan agar Temenggung berpindah ke Teluk Belanga. Temenggung berlengah-lengah namun terpaksa bergegas dalam urusan berpindah itu setelah digesa oleh Raffles dengan bijaknya. Perihal pendidikan putera Tengku Long yang dibantah keluarga diraja itu menurut Abdullah amat merugikan.

Bab 15 Raffles mengusulkan agar sebuah sekolah didirikan untuk pendidikan anak-anak di Singapura. Setelah mendapat persetujuan, walaupun dibantah secara senyap oleh orang-orang Melayu, dibina sebuah sekolah yang bergelar Institution. Diceritakan oleh Abdullah perihal perdagangan hamba yang amat menyayat hati. Hal sedemikian juga telah diketahui oleh penguasa Inggeris dan usaha-usaha dijalankan untuk menghapus kegiatan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Bab 16 Raja Siam yang diperikan sebagai angkuh mengirim sepucuk surat untuk menjalin persahabatan. Namun, surat yang dikirim pada pihak Inggeris dikoyakkan pada satu penjuru. Abdullah diminta menulis surat jawapan dengan sebuah cerita kiasan mengenai cerita seekor ayam. Surat balasan yang Abdullah buat dengan segera itu amat menyukakan hati Raffles. Surat itu diutus setelah dibunkus dengan baik-baik dalam lapik sehelai kain kuning. Pembinaan Masjid Kampung Gelam dengan bantuan wang pihak Inggeris didapatkan Sultan Hussain Syah.

Bab 17 Perihal usaha menyediakan undang-undang di Singapura Abdullah buat dalam bahasa Melayu setelah disalin daripada bahasa Inggeris. Kerja itu Abdullah segerakan dengan menggunakan mesin dan siap pada jam tiga pagi tahun baru Inggeris. Undang-undang yang diwartakan menerima reaksi yang pelbagai-bagai daripada masyarakat tempatan. Abdullah memerikan peranan juru tulis yang tersangat penting dalam urusan perniagaan masyarakat pada waktu itu. Abdullah memerikan kesilapannya dalam menguruskan perbelanjaan harian dan hartanya.

Bab 18 Kepulangan Tuan Raffles dan isterinya amat mendukacitakan Abdullah. Abdullah memerikan kenangan mengenai kebaikan Raffles dan isteri terhadapnya dan para pekerja mereka yang lain. Abdullah berasa sungguh sedih mengenangkan berita kapal yang Raffles naiki itu terbakar sewamtu berada di

Bangkahulu. Semua muatan kapal itu hangus. Muatan kapal itu, menurut apa yang Abdullah tahu, etrmasuk kitabkitab Melayu yang dia sendiri masukkan ke dalam peti-peti menurut arahan raffels sebelum berangkat.

Bab 19 Bagi Abdullah, Farquhar tidak kurang hebatnya darupada Raffles. Kebaikan Farquhar yang hendak pulang ke England juga amat berkesan di hati Abdullah. Diperikannya suasana kapal kenaikan Farquhar berlepas dari pelabuhan yang dirai oleh segenap lapisan masyarakat majmuk Singapura.

Bab 20 Abdullah sudah menghidap penyakit pasang-pasang sekian lamanya. Dia pada mula amat takut apabila seorang doktor yang bertamu di rumah Tuan John Morgan. Setelah bertimbang-timbang, akhirnya Abdullah bersetuju untuk menjalani pembedahan kecil. Hasilnya, penderitaan Abdullah sebelum itu berkurangan. Abdullah perlu menjalani pembedahan serupa pada masa yang ditetapkan dan mendapat sepucuk surat untuk doktor yang akan merawatnya kelak. Doktor yang tidak diketahui namanya itu berangkat beberapa hari sesudah itu. Perihal kejayaannya berubat itu tersebar luas hingga sampai di Kota Melaka. Para pesakit yang datang menemui Abdullah tanpa dikhabarkan terlebih dahulu berasa hampa untuk mendapatkan rawatan bagi diri mereka sendiri.

Bab 21 Perihal kongsi gelap Ten Thien Hoe yang bermaharajalela mendapat catatan yang menyeluruh dalam bab ini. Abdullah sendiri mendapatkan bantuan seorang kenalannya. Diceritakan juga betapa kumpulan kongsi gelap ini melakukan onar di Singapura dengan merompak, membunuh dan menyeksa mangsa-mangsa mereka. Usaha penguasa Inggeris untuk membanteras aktiviti kongsi gelap ini mendapat tentangan besar.

Bab 22 Perihal Sultan Hussain yang tidak mendapat perbelanjaan selama 3 bulan daripada Crawfurd hingga surat tanda tangan penyerahan kuasa Sultan dan Temenggung kepada kuasa Inggeris diperikan dalam bab ini. Dengan langkah liciknya itu, Crawfurd mendapat kuasa penuh melakukan pembangunan di Singapura. Pada masa yang sama, ramai orang-orang muda Inggeris datang ke Singapura dan mereka berguru dengan Abdullah, mempelajari bahasa Melayu. Seorang muridnya, Tuan Douglas yang dikatakan bijak dan cepat mengikuti pelajarannya didapati telah mati sepulangnya dari Melaka untuk beberapa ketika. Semasa hayatnya, dikatakan Abdullah Tuan Douglas memiliki ciri-ciri seorang murid yang baik serta amat menghormati gurunya. Dalam bab ini, Abdullah memberi pandangan betapa bahasa Melayu adalah sebuah bahasa yang mempunyai keistimewaannya sendiri.Bahasa Melayu baginya adalah bahasa yang mempunyai ciri-cirinya dan amat sebati dengan bangsa Melayu yang selalu dipandang remeh dan dianggap sebuah bahasa yang mudah. Abdullah secara halus mengkritik orang-orang yang menyangka bahasa Melayu tidak berwibawa. Oleh yang demikian, mereka selalu memandang remeh akan kepersisan penggunaan bahasa Melayu dalam memberikan makna dalam hal-hal ilmu. Oleh kerana keangkuhan bangsa penjajah, maka disangkanya cukup menggunakan bahasa pasar bagi tujuan

pemerintahan. Namun, yang demikian adalah satu tindakan yang silap bagi sebahagian besar pegawai-pegawai Inggeris. Abdullah pulang ke Melaka untuk berkhidmat semula di College. Namun, Abdullah masih mengenangkan kelebihan yang dia dapati semasa berkhidmat di Singapura.

Bab 23 Abdullah memerikan usaha pengumpulan dana untuk membina chaple di Melaka. Setelah mendapat persetujuan Tuan Kidd dan Collie, Abdullah kembali semua ke Singapura. Diceritakan berita mengenai kapal asap yang masyhur pada waktu itu sewaktu Tuan Maxwell bertugas di Singapura. Diperikan juga kepercayaan masyarakat tempatan yang majmuk mengenai gerhana bulan yang popular pada waktu itu. Diceritakan mengenai kematian yang banyak berlaku di Melaka akibat wabak ketumbuhan. Pada masa yang sama, Abdullah berkawan dengan seorang tukang melukis peta dunia yang bernama Smith. Daripada persahabatan itu, pelbagai makluman dan pengetahuan yang salin dikongsi kedua-dua Abdullah dan Smith. Sewaktu berpisah, mereka saling bertukar-tukar hadiah. Dinyatakan betapa Abdullah amat mengagumi Smith yang banyak pengetahuannya mengenai peta. Smith pun kagum dengan kepetahan Abdullah yang tentunya dapat berbahasa Inggeris dalam persahabatan mereka itu. Dalam bab ini, Abdullah menceritakan betapa segala-gala kepunyaannya yang hendak dibawa pulang musnah dijilat api dalam sebuah kejadian kebakaran yang sungguh besar. Dengan sehelai sepinggang, Adullah berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa kebakaran besar itu. Daripada peristiwa itu, Abdullah mengarangkan Syair Singapura Terbakar. Kesusahan Abdullah diketahui oleh saud ara-aranya yang menjemputnya pulang ke Melaka semula. Pada tahun 1983, pemerintahan Melaka beralih daripada kuasa Belanda kepada Inggeris. Usaha menanam padi digalakkan dalam kalangan penduduk Melaka, bagi mengantikan sumber beras yang sebelum itu datang dari tanah Jawa, yang masih dikuasai Belanda. Setelah kedudukan Abdullah pulih semula, dia pulang semula ke Singapura dan diceritakan betapa penguatkuasaan undang-undang bagi menjaga keamanan Singapura demi memakmurkan kota perdagangan. Oleh kerana pelaksanaan undang-undang di Singapura amat tegas, maka masalah yang menggugat pertumbuhan ekonominya berkurangan. Abdullah menyatakan hasratnya mengkaji dan menyusun bahasa Melayu bagi manfaatn masyarakatnya sendiri. Diperikan ekspedisi Tuan Newbold mengkaji mengenai orang-orang Jakun yang terdapat di persekitaran Gunung Panchor. Abdullah membuat catatan wawancaranya dengan orang-orang Jakun itu mengenai adat istiadat dan kepercayaan mereka. Ternyata usaha Abdullah dalam ekspedisi itu memberikannya pemahaman betapa luasnya alam yang Allah cipta ini dengan segala kelebihan-Nya. Tercetuslah khabar perang antara Inggeris dengan Penghulu Naning. Diperikan bahawa ketumbukan Penghulu Naning telah mengatasi kekuatan tentera Inggeris dalam peperangan itu

Anda mungkin juga menyukai