Anda di halaman 1dari 15

PUJANGGA MELAYU:

y y

TUN SERI LANANG - pengarang Sejarah Melayu RAJA ALI HAJI - pengarang Tuhfat alk Nafis

Dua orang tokoh Nusantara yang tidak asing kepada kesusteraan Melayu ialah Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji. Tun Seri Lanang telah menganugerahkan sebuah buku agung yang dikenali sebagai Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Sementara Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat telah mengutuskan bukunya Tuhfat al Nafis untuk tatapan generasi Melayu selepasnya. Saya akan cuba memberikan huraian terperinci terhadap peranan Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji serta persamaan peranan di antara kedua-duanya. Selain itu saya akan meneliti persamaan di antara Sejarah Melayu dan Tuhfat Al Nafis. TUN SERI LANANG Nama Sebenar Tun Seri Lanang Mengkaji nama sebenar tokoh ini amat sulit kerana penulis ini lahir pada abad ke 16. Pada zaman-zaman tersebut biodata seseorang pengarang tidak dipentingkan. Apa yang lebih penting pada masa itu adalah karya. Menceritakan diri sendiri merupakan satu perbuatan ria dan mengaibkan . Dalam naskhah Raffles tidak dinyatakan nama pengarangnya. Pada naskhahnaskhah yang terkemudian, tercatat nama pengarangnya iaitu Tun Seri Lanang. Contohnya naskhah Shellabear. Tun Seri Lanang juga dapat dianggap sebagai ' penulis upahan' kepada penguasa kontemporari zamannya. Namanya tidak layak diturutsertakan kerana menganggap diri hanyalah 'penulis upahan'. Karya Sulalatus Salatin itu adalah tentang raja dan kerajaan dan pastinya milik raja dan bukan miliknya. Raja pula tidak menyuruh dia menulis namanya sebagai pengarang. Bukan adat seorang rakyat untuk berlebih-lebihan. Nostalgia kepada kegemilangan kesultanan Melaka dirakamkan dalam bentuk buku. Raja dan dirinya turut rasa , pilu ,terasing 1 dan berdosa dengan kesilapan masa lalu. Lantas ingin mengingatkan generasi terkemudian agar sejarah hitam tidak berulang. Keturunan Tun Seri Lanang. Dalam naskhah Shellabear ada dinyatakan nama pengarangnya sebagai Tun Seri Lanang. y "....beratlah anggota fakir alladhi huwa murakkabun alallahli Tun Muhammad namanya, Tun Seri Lanang timang-timangnya, Paduka Raja gelarannya, Bendahara, anak Orang Kaya Paduka Raja, cucunda Bendahara Seri Maharaja, cicit Bendahara Tun Nara Wangsa, Piut Bendahara Seri Maharaja, anak Seri Nara Diraja Tun Ali , anak baginda Mani Purindan, qaddasallahu sirrahum. Melayu bangsanya, dari Bukit Siguntang Mahamiru, Malakat negerinya, Batu Sawar Darus- Salam." 2

Jelas sekali Tun Seri Lanang adalah keturunan Melayu. Dakwaan R.O.Winstedt Tun Seri Lanang berketurunan Keling 3 tidak dapat diterima. Kononnya golongan terpelajar di Melaka adalah orang luar terutama dari benua India. Tambahan pula Tun Seri Lanang mengakui keturunan Mani Purindan. Munsyi Abdullah juga berketurunan Keling. Ismail Hussein menyangkal dakwaan ini : y "Apakah seorang anak Melayu tidak mungkin mengguasai ilmu pengetahuan asing, atau memahirkan pengetahuannya mengenai mitosmitos dari India" 4 Nama Samaran Citarasa menggunakan 'nama samaran' telah wujud sejak zaman Melaka lagi. Tun Muhammad menggunakan nama Tun Seri Lanang. Pada peringkat awal penulis lansung tidak mahu mencatatkan namanya. Kemudian timbul rasa mahu dikenali dengan nama samaran sahaja. Pengarang tahun-tahun 1950 1960-an sering menggunakan nama samaran seperti Tongkat Warrant, Keris Mas, Malungun dan lain-lain. Penyelidik Sejarah Melayu 'lebih gemar' kepada nama Tun Seri Lanang daripada nama Tun Muhammad. Ini kerana nama Muhammad selalu digunakan orang Melayu dan Islam , tetapi nama Lanang 'hanya dia sahaja' yang mengunakannya. Bilakah Tun Seri Lanang menulis karya ini. Sejarah Melayu ditulis pada tahun 1021 5 hijrah. Dinyatakan bahawa Orang Kaya Sogoh membawa sebuah hikayat Melayu dari Goa . Dalam naskhah Raffle dinyatakan Tun Seri Lanang disebut Mahmud. Buku ini dikarang di Pasir Raja. Si Mahmud ini membawa perintah daripada Raja Di Hilir iaitu Raja Dewa Said. Dalam naskhah Raflles 68 6 ada menyatakan Sejarah Melayu dikarang pada masa Nabi Sulaiman dan ditulis kembali pada tahun 887 hijrah iaitu semasa Iskandar Zulkarnain . Namun kenyataan ini tidak sesuai dengan fakta sejarah. Ismail Hussein memberikan tarikh penulisan yang lebih tepat iaitu 13 Mei 1612. Ketika itu Tun Seri Lanang dan Sultan Alaudin Riayat Shah di tawan oleh Raja Iskandar Muda di Acheh. Naskah asal Sejarah Melayu ditulis oleh seorang pujangga Melayu lain di Melaka. Pada tahun 1536 ,ketika Portugis menyerang Sultan Mahmud di Johor Lama, Portugis telah merampas buku tersebut dan dibawa ke Goa, India. Buku ini tersimpan di Goa selama 76 tahun . Satu lagi pendapat Goa ini mungkin di Sulawesi Selatan 8 . A.Samad Ahmad lebih meyakini Goa di Sulawesi kerana di tanah Bugis itu amat cenderung menyintai buku-buku khususnya ' buku diari '. Penggunaan nama Mahmud ini mungkin kesilapan penyalin naskhah Raflles. Tulisan jawi bagi Muhamad dan Mahmud hampir-hampir sama bentuk tulisan dan bunyinya. Semua penyelidik Sejarah Melayu sepakat mengatakan penulis Sejarah Melayu ialah Tun Seri Lanang dan bukan Mahmud.

Tun Seri Lanang bukan penulis tulen Sejarah Melayu. Sejarah Melayu bukan hasil karya perseorangan Tun Seri Lanang.Tun Seri Lanang adalah pengarang ketiga atau mungkin pengarang keempat yang merombak kembali Sejarah Melayu. . Ia adalah hasil karya 'gotong-royong' 9 beberapa orang dan pengarang yang terpenting sekali ialah Tun Seri Lanang. Adakah Tun Seri Lanang menciplak karya orang lain. Soal ini tidak timbul. Sebagai seorang pelengkap, penyusun dan penyalin Sejarah Melayu, martabat Tun Seri Lanang lebih tinggi atau setidak-tidaknya sama dengan martabat pengarang asal .Lihat semua keterangan Sejarah Melayu: y "Hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa, barang kita perbaiki, kiranya sdengan istiadatnya" 10 Karyanya hanya sebuah sahaja iaitu Sejarah Melayu tetapi karya ini amat berharga dan menjadikannya pengarang dari alam Melayu yang terkemuka.Teuku Iskandar mengatakan : y "....Tun Seri Lanang , pengarang Sejarah Melayu, yang walaupun hasil karyanya hanya berupa satu buku sahaja, namun ia dianggap sebagai yang terkemuka dalam sejarah kesusasteraan Melayu klasik." Mahir Pelbagai Bahasa. Menurut Ismail Hussein, pengarang Sejarah Melayu adalah seorang yang mahir bahasa Sanskrit, Parsi , Tamil, Jawa dan Arab 12 . Pengarang awal Sejarah Melayu ini hidup ketika Portugis menyerang Melaka 13 . Oleh itu dia dapat menerangkan penyerangan Portugis itu dengan teliti. Banyak buku sastera yangg telah dibaca dan didengarnya. Antaranya ialah Ramayana, Baghavad-Geeta, Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamad Hanafiah dan Hikayat Raja-Raja Pasai. 14 Penulis yang berani Abdul Rahman Rukaini dalam tesisnya ada menyatakan tidak ada penulis yang begitu berani 15 seperti Tun Seri Lanang. Terdapat berbelas-belas cerita simbolik yang mengkritik raja. Siapakah yangg berani mengkritik raja kecuali Tun Seri Lanang. Sebagai contohnya kezaliman Sultan Mahmud didedahkan secara berdepan-depan dan secara simbolik. Apakah 'Lembaga Penapis' ketika itu tidak terfikir maksud tersirat dan implikasi dari cerita Puteri Gunung Ledang. Semua ini dapat ditulis kerana Tun Seri Lanang atau penulis asalnya tinggal di sekitar istana dan tahu kong kali kong di istana. 16 Pembohong

Mahukah kita menerima dakwaan bahawa Tun Seri Lanang adalah seorang pembohong. Jika Tun Seri Lanang mahu pembaca mempercayai karyanya seratus peratus tepat, maka Tun Seri Lanang adalah pembohong. Jika niat Tun Seri Lanang mengarang sekadar untuk menghiburkan pembaca, cerita-cerita bohongnya dapat kita terima.

Tetapi kita diberitahu karya ini ditulis untuk dijadikan 'panduan anak cucu kita nanti ' 17. Sepatutnya tidak ada cerita-cerita bohong dimasukkan. Jika hendak dimasukkan juga hendaklah ditambah dengan kata 'konon', 'wallahhuaklam' dan sebagainya. Malangnya Tun Seri Lanang tidak berbuat demikian. Nampaknya Tun Seri Lanang percaya dengan mitos dan legenda itu dan mahu orang lain mempercayainya. Tun Seri Lanang gagal menapis antara fakta yang benar dan tidak benar.

RAJA ALI HAJI


Keturunan Bangsawan Bugis. Raja Ali Haji adalah keturunan bangsawan Bugis di Riau.Beliau lahir pada tahun 1804 dan meningggal dunia pada tahun 1872. Bapanya Raja Haji Ahmad pula lahir pada tahun 1778 dan meninggal pada tahun 1878 ketika berumur genap 100 tahun. 18 Mengikut jurai keturunan, Raja Ali Haji anak kepada Raja Haji Ahmad, cucu Raja Haji, cicit Daeng Celak, piut Daeng Relaka dan berasal dari keluarga diraja Bugis di Makasar. 19 Belayar Ke Mekah. Pada tahun 1828, Raja Ali Haji yang ketika itu berumur 19 tahun telah mengikut ayahnya ke Mekah 20. Di sana beliau telah menuntut ilmu agama di sekitar Mekah dan mempelajari bahasa Arab sehingga fasih.Masa bertahuntahun dalam pelayaran menunaikan fardhu haji telah dimanfaatkan oleh Raja Ali Haji untuk menimba ilmu agama dan bertutur bahasa Arab. Abu Hassan Sham menegaskan : y "....Sambil menunaikan fardhu haji, mereka juga mendalami ilmu agama di sana. Antara pembesar yang telah pergi menunaikan haji ialah Raja Haji Abdullah ( YTM Riau ke-9), Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji". Mengerjakan haji pada ketika itu bukan perkara yang mudah. Hanya orang kaya dan pembesar sahaja yang berpeluang mengerjakan haji. Apabila singgah di sesuatu pelabuhan, terpaksa belajar mengggunakan bahasa tempatan . Oleh yang demikian Raja Ali Haji terpaksa menggunakan bahasa Arab, Farsi, Urdu dan lain-lain. Seorang tokoh ulama

Raja Ali Haji bukan calang-calang tokoh. Beliau adalah seorang ulama. Abu Hassan Sham menguatkan hujah ini : y "Ulama tempatan Riau pula ialah Raja Ali Haji Raja Ahmad. Beliau telah menjadi gguru ugama di Pulau Penyengat dan mengajar mata pelajaran bahasa Arab iaitu kitab "Al Masadir" ". "Di antara muridnya ialah Raja Haji Abdulah, Yang DiPertuan Muda Riau ke-9" 22 Beliau begitu arif tentang udang-undang Islam dan adat- istiadat masyarakat Melayu Bugis hasil daripada pengalaman, pembacaan dan hasil pengajiannya. Dalam Tuhfat Al Nafis terdapat ramai ulama yang datang atau dijemput memberikan kuliah agama. Tempat pengajian agama ini tidak lain dari istana raja dan masjid-masjid. y "Raja Ali Haji selain luas pengetahuannya dalam bidang agama juga seorang ahli
sejarah, ahli undang-undang dan adat istiadat dan juga ahli bahasa" 23

Raja Ali Haji juga amat mementingkan pelajaran. Sunggguhpun beliau seorang ulama dan barangkali amat membenci orang kafir , tetapi beliau menghantar anaknya mengikuti pendidikan Belanda. Abu Hassan Shah menyentuh perkara ini: y "Ada juga anak raja / pembesar Riau yang telah menerima pelajaran Belanda. Di antaranya ialah anak Raja Ali Haji........" 24 Beliau begitu terbuka tentang sistem pendidikan. Menuntut ilmu boleh dipelajari di mana-mana sahaja dan pada siapa sahaja. Ketika beliau menghadiri satu majlis dengan orang Belanda, perhatiannya begitu teliti dengan adat orang Belanda. Beliau memerhatikan orang Belanda makan, cara duduk, minum arak, tarian berpasang-pasangan dan sebagainya.Baginya budaya orang Barat itu tidak sesuai dengan orang Melayu. 25 Ahli Perkumpulan Tariqat Naqsyabandiah Selalunya sesebuah perkumpulan umat Islam yang kuat seringkali dikaitkan dengan sesebuah tariqat. Contoh semasa ialah kumpulan Al Arqam. Raja Ali Haji dikatakan ahli perkumpulan Tariqat Naqsyabandiah. Lihat kenyataan Abu Hassan Sham dalam hal ini: y "Tariqat Naqsyabandiah yangg telah diperkenalkan di Riau pada abad ke_19 oleh Syeikh Ismail juga memainkan peranan penting dalam kegiatan intelektual di Riau.Di antara tokoh yang menganut tariqat ini ialah Raja Ali (YTM Riau ke-8), Raja Haji Abdullah (YTM Riau ke-9) dan Raja Ali Haji" 26 Tradisi bertariqat ini membolehkan mempunyai nilai-nilai keagamaan yang sama dan cenderung bersatu hati. Hasil perbincangan dalam kumpulan seperti ini membuahkan idea-idea politik, ekonomi dan sosial yang baik.

Pegangan agama yang kuat, kebolehan berdiplomasi, perkahwinan politik dan bijaksama dalam percaturan politik membolehkan orang Bugis diterima di Riau, Johor, Terengganu dan lain-lain tempat di Tanah Melayu.

PERSAMAAN PERANAN TUN SERI LANANG DAN RAJA ALI HAJI


Pelopor Karya Agung Dua Tokoh ini telah menghasilkan khazanah bertulis yang amat berharga. Buku Sejarah Melayu adalah monumen penting kepada generasi Melayu dan merupakan yang terbaik sekali. Sementara Tuhfat Al Nafis adalah karya sastera sejarah yang kedua penting sebagaimana kata Dr Ali Hj Ahmad: y "Tuhfat Al Nafis dapat dikatakan sebagai karya sastera sejarah yang kedua eloknya selepas Sejarah Melayu dari sudut kandungan dan nilai"
27

Tun Seri Lanang digelar Bapa Kesusasteraan Melayu dan Bapa Sejarah Melayu.Namanya dan Sejarah Melayu tidak dapat dipisahkan. Nilai bahasa dan nilai kesusasteraan dan nilai sejarah yang ditinggalkan amat mengkagumkan . Belum ada lagi buku di Nusantara yang sehebat Sejarah Melayu. Ismail Hussain pernah menulis. y "... Tun Seri Lanang sudah dianggap bulat-bulat sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu. " "Namanya setanding dengan pendeta-pendeta bahasa bahasa dan kesusasteraan kita selanjutnya : Abdullah Musyi, abdul Rahim Kajai dan Bapak Zaaba" 28 Tujuan penulisan Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji merasa bahunya terpikul untuk menulis sebuah cerita untuk generasi akan datang. Sumber ilhamnya dalah karya-karya yang sedia ada. Menjadi tugas mereka untuk melengkapkan teks yang sedia ada. Ali Haji Ahmad menyatakan: y "Tujuan asalnya itu, barangkali untuk disambungkan ke zamanzaman berikutnya." "Nyata kitab yang telah disempurnakan oleh Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji ini memberikan satu bukti kemampuan mereka" Dari keterangan Ali Haji Ahmad dan Virginia Matheson , jelas menunjukkan Raja Ali Haji berasa bertangggungjawab menyudahkan dan memperelokkan kerja-kerja penulisan bapanya Raja Haji Ahmad. 30 Penggunaan Tarikh

Raja Ali Haji merupakan orang bangsawan yang telah merantau ke merata-rata tempat. Oleh itu fikirannya lebih terbuka dan lebih objektif 31 terhadap sesuatu fakta dan sejarah.Ketepatan tarikh, tempat dan masa amat dipentingkan oleh Raja Ali Haji. Ini amat berbeza dengan corak pengkisahan Tun Seri Lanang. Ali Haji Ahmad mengulas tentang hal ini. y "..... pengarangnya telah mengunakan tarikh yangg tepat bagi peristiwa kelahiran, kemangkatan, pertabalan bagi setengah-setengah raja. Ini tidak pernah berlaku dalam penulisan karya sastera sejarah sebelumnya". 32 Pendekatan terhadap Mitos dan Legenda. Raja Ali Haji cuba menerapkan peristiwa sejarah dengan lebih tepat. Jika beliau menyelitkan unsur mitos dan legenda, pengarang dengan cepat mengingatkan akan kejanggalannya dan diakhiri dengan perkataan "konon". Ini membawa maksud mitos yang diselitkan berfungsi sebagai bahan ketawa dan bahan tarikan semata-mata. Jelas sekali Raja Ali Haji tidak mempercayai cerita-cerita mitos dan legenda ini. Mitos yang tidak diterima akal diketepikan. Antaranya ialah mitos Iskandar Zulkarnain, mitos Raja Suran dan mitos 3 anak raja Suran dari dalam laut. 33 Bilangan Karya. Tun Seri Lanang hanya mengarang sebuah karya 34 iaitu Sulalatus Salatin. Sementara Raja Ali Haji menulis banyak buku dalam banyak bidang. Bendahara Tun Seri Lanang menulis atas permintaan Raja Di Hilir agar menyempurnakan buku yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh . Menurut Teuku Iskandar; y "Bendaharalah satu-satunya tempat atau saudaranya dapat ditugaskan untuk mengarang sebuah kitab" 35 Rakyat jelata, ulama, cerdik-pandai dan penulis ketika di Pasir Raja ,Johor tidak ada kerana masing-masing membawa diri akibat serangan Portugis. Orang yang paling berbakat mengarang dan lebih tahu sejarah Melaka dan lebih tahu bahasa dan ragam istana ialah Tun Seri Lanang. 'Fakir' Tun Seri Lanang ini menerima tugas mengarang ini dengan rendah diri dan berat hati. Selepas itu Tun Seri Lanang tidak menulis lagi. Beliau tidak disuruh menulis lagi dan dirinya pun tidak berupaya untuk menulis. Hambatan peperangan,berpindah-pindah, kekurangan kertas dan alatulis menyebabkan buah fikiran Tun Seri Lanang tidak dapat diluahkan. Dari tahun 1402 hingga 1511 tidak terdapat senaskhah buku yang sampai kepada generasi kita hari ini. Lalu kita menangisi tenggelamnya kapal Flor De

Lamar dan kapal Diana yang dikhuatiri membawa semua buku-buku milik Kesultanan Melayu Melaka. Hanya Sejarah Melayu sahaja yang sampai kepada kita kerana buku ini 'tersimpan' di Goa. Raja Ali Haji menulis banyak buku kerana sesuai dengan tradisi Bugis menulis 'buku perharian' 36 .Tatkala itu Pulau Penyengat telah dibanjiri oleh buku-buku dari Arab dan Farsi yang bermutu tinggi . Suasana menulis telah wujud kerana peperangan agak kurang berlaku. Raja Ali Haji boleh duduk semeja dengan orang-orang Belanda. Kebiasaan orang Belanda , terutama paderi-paderi dan ketua pemerintah Belanda menulis buku menjadikan Raja Ali Haji turut terpanggil menulis buku. Rasa mahu mempertahankan diri dan bangsa wujud secara 'tiba-tiba' dalam diri Raja Ali Haji.

PERSAMAAN DI ANTARA SEJARAH MELAYU DAN TUHFAT AL NAFIS.


Judul Bahasa Arab Tetapi Isi Dalam Bahasa Melayu. Kebanyakan buku-buku sastera sejarah menggunakan bahasa Arab 37 sebagai judulnya. Tuhfat Al Nafis membawa maksud Pemberian Yang Bernilai. Sejarah Melayu juga berjudul Sulalatus Salatin yang membawa maksud Peraturan Segala Raja-Raja. Bustanul Salatin membawa maksud Raja-Raja. Malangnya tajuk buku-buku ini tidak menggambarkan kandungannya 38. Sudah menjadi kelaziman penulis sastera sejarah berasa selesa dan terpanggil untuk mengunakan bahasa Arab. Tujuannya mungkin memandang mulia bahasa Al Quran. Mungkin juga kerana untuk membuatkan pembaca tertanyatanya dengan isi kandungan buku tersebut. Pengarang-Pengarangnya dari Kalangan Bangsawan. Biasanya buku sastera sejarah ditulis mereka yang hampir dengan istana. Tun Seri Lanang adalah Bendahara. Dalam Sejarah Melayu ada tercatat: y "Bahawa hamba (Yang Pertua Di Hilir) minta diperbuat hikayat pada Bendahara, peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya supaya didengar oleh anak cucu kita" 39 Sementara Raja Ali Haji adalah pembesar di istana juga dan kemudian menjadi Yang DiPertuan Muda Riau.. Ali Haji Ahmad menyatakan: y "Ia ( Tufat al Nafis) ditulis oleh Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dan Raja Ali Haji, orang bangsawan yang luas perjalanannya dan telah terbuka kepada fahaman sejarah yang objektif..... Maka ia lebih mendekali pengkisahan sejarah" 40 Tergolong Sebagai Tek Sastera Sejarah

Sejarah Melayu dan Tuhfat Al Nafis tergolong dalam kumpulan Sastera Sejarah. Abu Hassan Sham ada menyatakan: y "Kandungan karya Sastera sejarah selalunya bercampur-aduk antara fakta sejarah, metos dan legenda." 41 Antara tokoh yang dikaitkan ialah Iskandar Zulkarnain dan Nabi Sulaiman. Ini ada kaitan dengan kedatangan sastera Arab dan Farsi yang berlegar di Nusantara. Contoh hikayat Arab Farsi yang popular ialah Hikayat Amir Hamzah , Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Hikayat Muhamad ali Hanafiah. Sejarah Melayu Sebagai Rujukan Sebenarnya terlalu banyak persamaan di antara Sejarah Melayu dengan Tuhfat al Nafis. Besar kemungkinan Raja Ali Haji mendapat ilham dan pemangkin usaha menulis Tuhfat Al Nafis setelah membaca Sejarah Melayu. Ali Haji Ahmad menjelaskan: ????? Teuku Iskandar juga menjelas bahawa Nuruddin Al Raniri merujuk Sejarah Melayu ketika menerangkan raja-raja Melaka dan Pahang dalam Bustanul Salatin, Fasa 12, Bab 11 . Menurut Teuku Iskandar lagi, Nuruddin al Raniri pernah bersemuka atau setidak-tidaknya mengetahui benar-benar akan Tun Seri Lanang. Nurudin pernah ke Semenanjung Tanah Melayu selepas balik daripada haji (1030 hijrah) dan sampai di Acheh pada 1047 hijrah. 44 Asal-Usul Raja-Raja Dalam Sejarah Melayu, keturunan Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain. Dalam Tuhfat al Nafis, asal Raja Melayu dikatakan dari Raja Seri Teri Buana yang turun di Bukit Siguntang dan berpindah ke Bentan. Dikatakan Sultan Mansur Shah yang mula-mula berhubungan dengan raja Bugis. Selain itu dikatakan Laksamana Hang Tuah berketurunan raja Bugis. Ini semua bagi memberi penghormatan yang tinggi kepada raja-raja Bugis dalam Tuhfat Al Nafis. Selain itu dikatakan asal raja-raja Bugis itu adalah dari keturunan seorang raja perempuan yang bernama Siti Mallangkik yang dipercayai keturunan Puteri Balqis yang kahwin dengan Nabi Allah Sulaiman. y "Bermula asal raja Bugisyang mengemmbara ke sebelah barat.......... pada setengah kaul, orangg Bugis berketurunan puteri Balqis. ...........dewmikian jualah anak cucu Nabi Allah Sulaiman Alaihisalam jatuh ke tanah bugis ini." 45

Kedua-dua buku ingi menggambarkan kerajaan yang baik-baik itu datangnya dari keturunan dan asal-usul yang baik-baik. Raja Bugis digambarkan lebih mulia kerana berasal dari Nabi Sulaiman. Keturunan raja ini diperkukuhkan lagi melalui perkahwinan dengan anak-anak raja dari Majapahit (Raden Galoh Candra Kirana), Cina (Puteri Hang Li Po) dan lain-lain. 46 Menghuraikan jurai keturunan Raja-Raja Melayu Menurut Dr Ali Haji Ahmad, y "Isi Tuhfat Al Nafis melanjutkan pemerian terhadap persambungan kerajaan yang dibentuk oleh keturunan raja-raja Melayu Melaka" 47 Jelas sekali Tuhfat Al Nafis adalah rentetan dari Sejarah Melayu. Sejarah Melayu pula adalah rentetan dari Hikayat Raja-Raja Pasai. Tujuan utama pengarang tidak lain dari menyukakan raja dengan cara menghuraikan dan memperelokkan jurai keturunan raja-raja. Lihat kenyataan Ali Haji Ahmad terhadap Tuhfat Al Nafis: y "Untuk merakamkan asal-usul dan jurai keturunan raja-raja yang memerintah masih dikekalkan. Walau bagaimanapun karya ini memeperlihatkan binaan yang tersendiri." 48 Ini bersesuaian dengan hati nurani Raja Ali Haji: y "........ menyatakan salasilah raja-raja Melayu serta Bugis dan pada segala anak-anak mereka itu." 49 Huraian jurai keturunan anak-anak raja amat terpeinci. Jika ditulis secara carta pokok, maka ia akan membentuk carta pokok yang merendang dan berselerak. Latar Sejarah Kedua-dua buku ini menumpukan perhatian kepada pemerintahan sesebuah negara kota. Sejarah Melayu tertumpu kepada Kesultanan Melayu Melaka, Sementara Tuhfat Al Nafis menumpukan kepada Kerajaan Melayu Bugis. Ali Haji Ahmad menjelaskan hal ini: y "Latar sejarah yang dijadikan pusat pemerintahan pengarang adalah pemerintahan raja-raja Johor, raja-raja Riau dan Bugis, selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis". 50 Latar Masa Kedua-dua buku ini meliputi latar masa yang sangat panjang.Tuhfat Al Nafis meliputi masa selama dua (2) abad. Ali Haji Ahmad mengulas tentang Tuhfat Al Nafis:

y "Pengarangnya menurunkan akan peristiwa-peristiwa yang penting dan yang khusu berlalu di Riau dan didaerah-daerah di dalam jarak waktu antara pemerintahan Sultan Abdul Jalil di Johor dan Sultan Sulaiman di Riau- Lingga" 51 Dalam Tuhfat al Nafis, negeri yang diliputi sangat luas iaitu melibatkan negeri Kedah, Terengganu, Kelantan, Johor, Riau-Linggga, Inggeris Di Singapura, Benlandadi Riau dan cerita Sultan Mahmud dikalahkan oleh Belanda di Melaka. Kandungan Utama Teks Kandungan utama Sejaraha Melayu adalah tentang asal-usul raja Melayu dan sesebuah kerajaan dan tempat-tempat, pembukaan negeri Melaka, kenaikan dan kegemilangan Melaka dan kejatuhan Melaka. Menurut Ali Haji Ahmad y "Sejarah Melayu dibina di dalam bentuk kisah-kisah yang pendekpendek, yang walaupun disusun mengikut kronologi, tetapi tidak pula diatur di dalam plot yang nyata. Kisah-kisah ini tidak bertumpu khusus kepasa satu-satu watak ataupun tema, sebaliknya kelihatan secara kasarnya bertukar sewenangan." 52 Tuhfat Al Nafis pula adalah sebuah kitab yang penuh dengan cerita-cerita peperangan. Peperangan berlaku antara individu-individu atau antara puakpuak. Pada dua abad tersebut memang penuh dengan peperangan di antara Bugis, Johor, Siak , Belanda ,Terengganu dan lain-lain. Peperangan amat menonjol kerana dilakukan bagi memenuhi naluri perantauan orang Bugis dari Makasar itu. Opu-opu Bugis ini juga ingin menonjolkan kegemilangan mereka. Justeru itu karya ini dikenali juga sebagai Perang Bugis. Selain daripada peperangan, Tuhfat al Nafis juga merakamkan salasilah, perpindahan, perjalanan dan pentadbiran kerajaan. Semua cerita-cerita ini disusun secara kronologi dan lebih bersifat sejarah sebenar. Sistem penulisan antara Sejarah Melayu dengan Tuhfat al Nafis amat jelas berbeza. Menggalakkan Penulis lain turut berkarya Kelahiran karya sastera sejarah telah mendorong penulis-penulis istana yang lain untuk turut sama menulis. Dengan itu lahirlah Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Acheh, Misa Melayu, Sejarah Raja-Raja Riau, Hikayat Upu Daeng Menambun, Hikayat Negeri Johor dan lain-lain. Namun begitu penulis-penulis dari suku Bugis di Riau lebih menonjol dalam bidang penulisan. Mengapa ?. Abu Hassan Sham menjelaskan. y "....Suku Bugis di Riau lebih dinamik dan terkemuka. Mereka bukan sahaja menguasai bidang pentadbiran iaitu di mana jawatan Yang

Dipertuan muda dikhaskan kepada golongan mereka tetapi juga dalam bidang sosila, agama dan penulisan " "Mereka ke mari bermula abad ke-18 yang diketuai oleh opu berlima.Tujuan kedatangan mereka ialah untuk mencari untung nasib dari segi politik dengan jalan campur-tangan dalam pertikaian atau pemerintahan di daerah ini" 53 Di antara penulis-penulis yang muncul selepas itu ialah Raja Ali (YTM Riau ke8), Raja Abdullah (YTM Riau ke-9), Raja Ali Kelana dan yang terpenting ialah Syed Syeikh Al Hadi. 54 Budaya Menulis Diari Golongan Bugis di Riau terkenal dengan tradisi menulis buku seperti diari. Abu Hassan Sham menjelaskan: y "Tradisi yang baik yang diwarisi oleh kebudayaan Bugis Makasar ialah tabiat menyimpan buku perharian (diari" "Dengan buku harian ini si raja dapat memuatkan keterangan tentang kelahiran, kematian, kejadian-kejadian lain yang berlaku di kalangan keluarga di raja, tentang urusan negara, pengiriman tentera, perjanjian dan hukuman, gejala alam dan gempa bumi" 55 Cintakan ilmu. Dalam masyarakat Bugis amat jelas kelihatan masyarakat yang mementingkan ilmu dan buku. Kita dapati buku dijadikan hadiah dalam satu-satu upacara. Dalam Islam, mas kahwin boleh diberikan dengan memnghadiahkan senaskhah al Quran. Mungkin budaya ini dibawa pula kepada adat sesuatu majlis. Abu Hassan Sham menyatakan hal ini: y ".... Raja Ali Kelana bin Raja Muhammad Yusuf telah menghadiahkan Tuhfat Al Nafis kepada Residen A.L. Von. Hasselt untuk kenangkenangan selepas tamat tempoh perkhidmatannya di Riau" 56 HAMKA sendiri ketika melakukan kunjungan ke Pulau Penyengat , mendapati masjid , surau dan istana -istana di sana di penuhi dengan buku yang sangat bernilai57. Antaranya ialah buku karangan Ibnu Sina. Ditulis ketika Zaman Mundur Sesebuah Kerajaan Sejarah Melayu dan Tuhfat Al Nafis dikatakan ditulis ketika zaman menurunnya sesebuah negara kota. Sejarah Melayu ditulis ketika kerajaan berpindah-pindah di Johor iaitu zaman Sulatan Alaudin Riayat Shah. Kerajaan ini baru membuka tempat baru yang bernama Pasir Raja. Raja Ali Haji pula menulis ketika zaman kemerosotan Kerajaan Melayu Bugis di Riau.

Sejarah kesultanan Melayu ini ditulis bagi kegunaan generasi yang akan datang. Ia sebagai khazanah budaya bagi mempertahankan nilai-nilai yang ada dari dicemari budaya barat. Abu Hassan Sham menulis : y "Terbitnya buku yang berupa adat istiadat, agama dan tatabahasa yang berasaskan bahasa Arab adalah satu percubaan pengarang Riau bagi membendung penggaruh Belanda dan menguatkan tradisi Islam pada golongan anak-anak raja Bugis di Riau ini. Ini jelas apa yang dilakukan oleh Raja Ali Haji" 58 Karya Agung bagi Bangsa Melayu. Buku Sulalatus Salatin ini sering dirujuk dengan nama Sejarah Melayu. Buku Tuhfat Al Nafis sering dirujuk sebagai buku Perang Bugis. 59 Buku Sejarah Melayu ini adalah satu-satunya sumber sejarah bentuk buku yang dimiliki oleh orang Melayu bagi menceritakan kesultanan Melayu Melaka. Tanpanya , orang Melayu terpaksa mendapatkan bahan sumber daripada catatan China, India dan barat. Tradisi bertulis seperti ini terlalu sedikit bagi orang Melayu. Tun Seri Lanang menulis atau menyempurnakan karya ini juga adalah 'hasil usaha' atau 'hasil inisiatif' orang Melayu Bugis di Goa, Sulawesi Selatan. Buku asal Sejarah Melayu ini telah tersimpan di Goa untuk beberapa lama. Seorang pedagang yang dikenali sebagai Orang Kaya Sogoh telah berminat dengan nashkah ini lalu dibawa kepada Raja Di Hilir di Pasir Raja. Cerita Rakyat Jelata Diabaikan. Malang sekali cerita tentang rakyat tidak disertakan. Kisah kehidupan petani, nelayan, pesawah,pedagang dan sebagainya tidak mendapat tempat yang wajar dalam Sejarah Melayu dan Tuhfat Al Nafis. Apa yang dinukilkan adalah tentang raja permulaan hingga kepada raja yang terakhir. Fakta tentang ekonomi dan pilitik masyarakat marhaen diabaikan sama sekali.

PENUTUP Sesungguhnya Sejarah Melayu masih terus diperkatakan hingga hari ini. Ia dibincang dan dikaji di pelbagai tempat dan masa. Begitu juga dengan Tuhfat al Nafis. Kewdua-dua buku ini dibincangkan dan diperdebatkan. Ketempangan yang ada dalam Sejarah Melayu dan Tuhfat Al Nafis tidak dapat menutup kemurnian karya-karya ini. Nama Tun Seri Lanang dan Raja Ali Haji meniti dari bibir ke bibir dan diabadikan di merata-rata tempat. BIBLIOGRAFI. Abdul Rahman Rukaini, Sejarah Melayu- Ulasan dan Kajian STPM, Kuala Lumpur: Amal Enterprise., 1994.

Abu Hassan Sham, Perbandingan Sejarah Melayu Dengan Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur: Masa Enterprise., 1994. Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1987. Hamid Abdullah, "Karya Ali Haji Sebagai Sumber Sejarah", dlm Jazamuddin Baharuddin (Penyelenggara, Sastera dan Sasterawan, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia., 1980. Hasyim Awang, Kesusasteraan Melayu Dalam Krritikan dan Sejarah, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., 1984. Mohamad Daud Mohammad (Penyelenggara), Tokoh-Tokoh Sastera Melayu Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1987. Muhammad Yusoff Hashim, Persejarahan Melayu Nusantara, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd., 1888. Shellabear, W.G, (Penyelenggara) Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd., 1983. Shaharuddin bin Abdullah, "Nilai-Nilai Wira Feudal dan Pengaruhnya dalam Sejarah", dlm Kesusasteraan Melayu, Mitos dan Realiti, Esei/Kritikan Hadiah Sastera Malaysia 1988/ 1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka., 1994. Virginia Matheson,(ed),Tuhfat Al Nafis, .................

web hosting domain names web design online games

<a href='http://www.imgclck.com/supp0rt/www/delivery/ck.php?n=aa5975a0&amp;cb= 1329505645635' target='_blank'><img src='http://www.imgclck.com/supp0rt/www/delivery/avw.php?zoneid=29&amp;cb=1 329505645635&amp;n=aa5975a0' border='0' alt='' /></a>&lt;a href='http://www.imgclck.com/supp0rt/www/delivery/ck.php?n=aa5975a0&amp;amp ;cb=1329448435231' target='_blank'&gt;&lt;img src='http://www.imgclck.com/supp0rt/www/delivery/avw.php?zoneid=29&amp;amp; cb=1329448435231&amp;amp;n=aa5975a0' border='0' alt='' /&gt;&lt;/a&gt;
[X]

<a href='http://www.imgclck.com/supp0rt/www/delivery/ck.php?n=acd2b5f3&amp;cb= 1329505646286' target='_blank'><img

src='http://www.imgclck.com/supp0rt/www/delivery/avw.php?zoneid=33&amp;cb=1 329505646286&amp;n=acd2b5f3' border='0' alt='' /></a>


[X]

&lt;a href='http://www.imgclck.com/supp0rt/www/delivery/ck.php?n=acd2b5f3&amp;amp; cb=1329448443656' target='_blank'&gt;&lt;img src='http://www.imgclck.com/supp0rt/www/delivery/avw.php?zoneid=33&amp;amp; cb=1329448443656&amp;amp;n=acd2b5f3' border='0' alt='' /&gt;&lt;/a&gt;

Anda mungkin juga menyukai