Anda di halaman 1dari 4

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Nurul Nabila Farhana Binti Musaidi


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGK Kota Bharu
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : 16 Jun 2019
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu

2. Pengarang: Tun Seri Lanang edisi A. Samad Ahmad

3. Tahun 2015
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh:
Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Sinopsis Buku Sinopsis Sejarah Melayu. Sejarah Melayu mengisahkan asal usul
Yang Dibaca: raja-raja melayu yang dikatakan berasal daripada keturunan Raja
Iskandar Zul-Karnain. Diceritakan salah seorang anak cucu Raja
Iskandar Zul-Karnain yang bernama Raja Suran masuk ke dalam
laut dan mengahwini seorang puteri yang bernama Puteri
Mahtabul Bahri dari negeri Barsam. Melalui perkahwinan ini,Raja
Suran dikurniakan tiga orang anak iaitu Nila Utama, Nila
Pahlawan dan Kerisyna Pandita. Ketiga-tiga orang putera ini
telah keluar daripada negeri bawah laut dan pergi naik ke bumi
serta turun ke bukit Si Guntang Mahameru. Disini, mereka telah
bertemu dengan Wan Empuk dan Wan malini dan mereka telah
dikahwini dengan Nila Pahlawan dan Kerisyna Pendita.
Sementara Niala Utama (sang sapurba) mengahwini anak
Demang Lebar daun setelah mengadakan waad antaranya.

Salah seorang putera Sang Sapurpa iaitu Sang Nila Utama


menjadi raja di singapura yang asalnya dikenali sebagai Temasik.
Sebagai sebuah karya sastera sejarah ia tidak dapat dielakkan
daripada unsure mitos seperti asal usul pembukaan singapura.
Kemudian sekaraj melayu menceritakan kisah-kisah
pemerintahan raja-raja Singapura yang seramai lima orang.
Berbagai-bagai cerita berlaku pada zaman kerajaan Melayu
Singapura diceritakan daalam Sejarah Melayu. Diceritakan juga
unsur-unsur lagenda seperti kekuatan dan kegagahan badang.
Semasa pemerintahan Raja Iskandar syah, Singapura diserang
oleh angkatan perang Majapahit sehingga Raja Iskandar Syah
terpaksa melarikan diri ke Melaka dan membuka kerajaan
Melaka.

Sebelum Melaka dibuka, Sejarah Melayu juga


menceritakan tentang kisah-kisah mitos pembukaan Samudera-
Pasai. Contohnyan pembukaan Samudera dikaitkan dengan
peristiwa terjumpanya seekor semut sebesar kucing dan
pembukaan pasai dikaitkan dengan seekor anjing yang bernama
Si Pasai. Di Samudera-Pasai juga dikisahkan tentang
kedatangan islam di alam melayu memalui mimpi Merah Silu
bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w serta mengajarnya
mengucap dua khalimah syahadat. Merah Silu memeluk islam
dan menukar namanya kepada Sultan malikul Salleh. Selepas
itu, diceritakan juga peristiwa melibatkan dua putera Merah Silu
iaitu Malikul Mansur dan Malikul Tahir.

Sejarah Melayu juga menceritakan tentang raja-raja


Melaka seramai sepuluh orang yang memerintah Melaka. Tun
Seri Lanang menceritakan seorang demi seorang daripada
Melaka mencapai zaman kegemilangan hinggalah Melaka
menuju zaman kejatuhannya. Pada cerita terakhir dikisahkan
angkatan Peringgi yang diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque
menyerang Melaka. Akhirnya Melaka tewas kepada Peringgi dan
menyebabkan Sultan Mahmud lari ke negeri Pahang.
Sejarah Melayu adalah sebuah karya sastera lama yang
6. Manfaat/ dikategorikan dibawah karya sastera sejarah. Semestinya
pengajaran yang
diperoleh Sejarah Melayu turut mempunyai unsur-unsur sastera. Kalau
daripada buku dihayati, pengarang telah mencuba melihat Sejarah Melayu dari
yang dibaca: perspektif kesusasteraan. Dari segi tujuan pengarang menulis
Sejarah Melayu yang bertemakan kemegahan dan kesultanan
melayu, dan secara keseluruhan ceritanya berpusat kepada
golongan raja-raja serta pembesar-pembesar yang berlatar
berlakangkan istana dan kawasan pemerintahan. Pengarang
juga menyelitkan kisah-kisah bercorak mitos, lagenda, cerita
rakyat dan kisah-kisah sejarah yang dikatakan adalah unsur-
unsur sastera walaupun ada yang bercorak sejarah.

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai