Anda di halaman 1dari 15

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan
.1
Penghargaan
.2
Pengenalan
......................3
Konsep

Wuduk

.4
Kelebihan

Wuduk

7
Rukun

Wuduk

..10
Sunat

Wuduk

11
Kesimpulan
13
Rujukan
..
14

Penghargaan
Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rahmat taufik dan
hidayahNya kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Melalui
tugasan ini,kami dapat mengetahui tentang wuduk lebih mendalam.

Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada Prof.Madya Dr.Sudirman Bin


Hj.Abdul Fatah selaku pensyarah Pengajian Islam yang banyak membantu
kami. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar beliau, kami tidak mungkin dapat
menyiapkan tugasan ini mengikut tempoh yang diberi. Kami juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu
kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga kepada ibubapa kami yang telah banyak memberi
sokongan dan bantuan kewangan dan dorongan kepada kami untuk
menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan mereka tidak mungkin tugasan yang
diberikan oleh Prof. Madya Dr. Sudirman Bin Hj.Abdul Fatah dapat disiapkan
dalam tempoh yang tempoh yang terdekat ini.
2

Pengenalan
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan
salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan
para sahabatnya.
Solat merupakan satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap
umat Islam seperti yang disyariatkan dalam al-Quran. Rasullulah S.A.W
bersabda:

sewaktu seseorang muslim atau mukmin itu berwuduk, lalu ia


membasuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya itu semua
dosa yang dilihat oleh matanya bersama air atau bersama titisan
yang terakhir. Dikala ia membasuh kedua tangannya, maka
terusirlah semua dosa yang tersentuh oleh kedua tangannya
bersama air atau bersama-sama dengan titisan air terakhir.
Manakala tika ia membasuh kedua kakinya, maka bersihlah
semua dosa yang pernah dijalani oleh kakinya bersama air atau
bersama titsan air yang terakhir, sehingga keluar (selesailah)
dalam keadaanbersih dari dosa-dosa. (Hadis riwayat Muslim)

Wuduk

merupakan

salah

satu

ibadah

khas

untuk

melakukan

solat,tawaf,hendak tidur,jalan keluar rumah,memegang dan membaca AlQuran serta memelihara jiwa dan raga dari kecacatan. Kesimpulannya,
wuduk itu merupakan tonggak yang utama dalam membina iman yang
kukuh serta jati diri yang kuat sebagai seorang muslim mahupun muslimah.

Konsep wuduk
Wuduk itu adalah mukadimah kepada solat. Sebelum menunaikan
solat, kita harus mengambil wuduk terlebih dahulu. Wuduk adalah
satu cara pengabadian kepada Allah dengan membasuh anggota
tertentu menurut cara ditetapkan syarak. Menurut ijtimak ulama,
solat tanpa wuduk tidak akan diterima manakala penilaian daripada
kelebihan berwuduk, ia menghapuskan dosa kecil. Sewajarnya umat
Islam hendaklah berwuduk seperti sifat wuduk yang ditetapkan
syarak di samping menyempurnakan anggota wuduk yang wajib dan
menjaga perbuatan sunat serta perkara dituntut ketika berwuduk
(http://bokie1227.blogspot.com/2011/12/)
Wuduk mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. Ia bukan
hanya

sekadar

membersihkan

dan

menyucikan

diri,

nilai

yang

terkandung di dalamnya juga boleh dirasai dari anggota badan


hingga ke dalam hati. Namun, ramai antara kita yang tidak sedar
akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai
4

hikmahnya

yang

tersendiri.

Pernahkah

terfi kir,

mengapa

kita

mengambil wuduk sedemikian rupa ?. ( Abdul Qadir Ar-Rahbawi, 2010.


Fiqh Solat Empat Mazhab, Selangor; Al-Hidayah Publication).

Sebagai orang yang beragama Islam, bersikap bersih amat perlu


dalam kehidupan. Kebersihan daripada kekotoran yang dilakukan
oleh seseorang pada diri, pakaian dan tempat tinggal mempunyai
nilai yang tinggi sehingga disebut Rasulullah S.A.W kebersihan
adalah separuh daripada iman. Kebersihan yang dimaksudkan juga
termasuk kebersihan hati daripada sifat-sifat seperti takabur, riak
dan hasad yang memerlukan kita bertaubat.
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin berwuduk, lalu ia
mencuci wajahnya, maka akan keluar daripada wajahnya setiap dosa
yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersamaan
titisan air terakhir bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosadosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan denagn air atau
bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam
keadaan bersih daripada dosa." (Hadis riwayat Muslim)
Jika ada perintah Allah agar kita, sebagai umat Islam, tidak pernah
menunaikan solat, adakah agaknya perintah untuk mengambil wuduk juga
tidak ada? Adakah adanya perintah wuduk bergantung pada perintah untuk
menunaikan solat? Lalu, ketika perintah untuk menunaikan solat itu tidak
ada,adakah wuduk tidak perlu dilakukan?
Dari pertanyaan itulah kami akan melayari dunia rahsia wuduk.

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan


sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu
basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu sehingga siku dan
sapulah kepalamu dan basuhlah kedua belah kakimu hingga buku lali; dan
jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;
dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah
seorang dan kamu datang dari tempat buang air,atau kamu sentuh
perempuan, sedang kamu tidak dapat mendapat air (untuk berwuduk dan
mandi), maka bertayamumlah dengan tanah (debu) yang bersih, sapulah
mukamu dan kedua tanganmu itu dengan tanah
menjadikan

kamu

menanggung

kesusahan

itu. Allah tidak mahu

(kepayahan),

tetapi

Dia

berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan menyempurnakan


nikmat-Nya kepada kamu,supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Maidah:6)
Kalimat maka basuhlah dalam ayat di atas merupakan kalimat perintah.
Kalimat ini mengandungi perintah agar kita berwuduk sebelum menunaikan
solat. Ayat ini jelas menunjukkan kewajipan berwuduk.
Di

samping

itu,

kepentingan

berwuduk

sebelum

solat

dapat

dilihat

berdasarkan dalil yang berasal dari As-Sunnah adalah hadis dari Abu
Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Solat salah seorang kamu semua tidak akan diterima jika kamu
semua berhadas (tidak berwuduk) sehingga kamu semua wuduk
(terlebih dahulu). (HR.Syaikhani, Abu Dawud dan Tarmizi)

Tujuan paling utama wuduk ialah kerana ingin menunaikan solat dan untuk
menunaikan solat kita wajib membersihkan diri dari hadas kecil. Tidak ada
solat yang akan diterima dan solat itu tidak sah jika dilakukan tanpa
didahului dengan wuduk.
6

Rasulullah s.a.w bersabda:


Allah tidak menerima solat seseorang jika dia berhadas sehingga dia
wuduk (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibn Masud berkata: Seorang hamba Allah telah diperintahkan supaya


dipukul dera dalam kubur sebanyak seratus kali, maka dia sentiasa meminta
kepada Allah agar dikurangkan hanya satu kali, maka ketika dipukul satu kali
tiba-tiba kuburnya penuh dengan api dan ketika telah selesai dia bertanya,
Mengapa aku dipukul? Jawabnya, Kerana kamu pernah solat tetapi tidak
didahului dengan wuduk.

Kelebihan wuduk
Orang yang berwuduk sebelum tidur pahalanya seperti orang yang
berpuasa. Selain itu, kelebihan orang yang tidur dalam keadaan berwuduk,
malaikat sering menemaninya ketika tidur. Wuduk selepas wuduk yang
belum batal umpama cahaya atas cahaya (Nur ala nur) dan Nabi mengenal
umatya melalui cahaya wuduk. Disamping itu, doa selepas wuduk pula dapat
mengugurkan dosa. Wuduk juga menjadi kafarah iaitu menghapus dosa
antara 2 solat waktu. Wuduk yang sempurna dapat menghapuskan dosa.
Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja jaminan solatnya diterima
dan sah solatnya tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi
tidak melakukan kesyirikan.
7

Rasulullah S.A.W bersabda:


Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W. :
Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwudhu maka
setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa
yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan
air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari
kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua
tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu
ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya
setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau
bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwudhu ia bersih
dari dosa-dosanya." (Hadis riwayat Muslim, 1/148)

Barangsiapa yang berwudhu seperti ini (seperti wudhunya


Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat
serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala. (Hadis Riwayat
Muslim, 3/113)

Dari Abi Umamah r.a, berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:


apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya
dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari
kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam
8

keampunan (diampunkan) dosa-dosanya.(Hadis Riwayat Ahmad,


5/252. Hadis Hasan: Lihat Jami; as-Saghir, No.461)

Tambahan lagi, wuduk juga boleh mengangkat darjat manusia.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a:


Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda: Sukakah kamu
semua sekiranya aku tunjukkan kepada kalian akan amalan yang
dapat menghapuskan kesalahan-kesalahan dan mengangkat beberapa
derjat kalian? Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah.
Maka Baginda S.A.W pun bersabda: Iaitu (antaranya)
menyempurnakan wudhu walaupun dalam keadaan yang tidak
disenangi (seperti kesejukan dan sebagainya)(Hadis Riwayat
Muslim, no: 253)

Wuduk dapat membuka pintu ke syurga.


Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a, Rasulullah S.A.W bersabda:
Tiada seorang pun dari kalian yang berwudhu, lalu ia menyampaikan
atau meratakan wudhunya, kemudian dia mengucapkan: Asyhadu
alla ilaha illallah wa anna Muhammadan Abduhu wa Rasuluh,
melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh
memasuki dari pintu mana pun yang dia kehendaki. (Hadis riwayat
Muslim, no: 234)

Wuduk dapat membuka ikatan syaitan

Dari Abu Hurairah r.a, beliau meriwayatkan dari Rasulullah S.A.W, bahawa
syaitan mengikut manusia ketika tidur di malam hari, dengan tiga ikatan.
Kemudian Rasulullah S.A.W memberitahu cara untuk merungkai ikatan
tersebut, dalam sabda Baginda S.A.W:

sekiranya dia (manusia) bangun (dari tidurnya), dan mengingati Allah,


bebaslah satu ikatan. Sekiranya dia berwudhu pula, bebaslah satu ikatan
lagi, dan sekiranya dia bersolat,bebaslah satu ikatan lagi. Maka dia akan
menjadi segar dan baik dirinya.
Sekiranya dia tidak melakukannya (berzikir,wudhu, dan bersolat), maka dia
akan menjadi buruk dan pemalas (Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1091)

Rukun Wuduk
.
(http://areaislam.blogspot.com/2010/07)
1. Niat Berniat mengangkat wuduk atau hadas kecil ketika air sampai ke
muka:
Sahaja aku berwuduk bagi mengangkat hadas kecil, kerana Allah
Taala.
10

2. Membasuh muka Bahagian wajib dibasuh ialah dari sempadan


tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telinga
kanan hingga ke anak telinga kiri.
3. Membasuh tangan Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku
termasuklah celah-celah jari dan kuku.
4. Menyapu kepala Menyapu air ke atas sebahagian kepala.
5. Membasuh kaki Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Tertib Membasuh anggota wuduk mengikut turutan.

Sunat-sunat Wuduk
. (M. Uzair Al Aziz, 2014. Rahsia Wuduk,
Selangor; Pustaka Ilmuwan,m M/S 28)
1. Membaca Basmallah.
2. Bersugi atau berkumur-kumur.
3. Membasuh jari-jemari hingga pergelangan tangan.
4. Mencelah jari-jari tangan dan kaki.
5. Memasukan air ke dalam hidung.
6. Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita.
7. Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.
8. Menyelati janggut yang tebal.
9. Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali.
10.
Dahulukan anggota sebelah kanan.
11.
Menggosok-gosokkan anggota wuduk.
12.
Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak tiga kali.
13.
Muwalat (berturutan), basuh anggota kedua sebelum anggota
pertama kering.
14.
Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk.
15.
Berdoa selepas berwuduk.

Hikmah berwuduk dalam kesihatan.

Terdapat beberapa kajian tentang pentingnya wuduk dalam


kesihatan. Sebagai contoh,artikel yang bertajuk Muslims Rituals And
Their Eff ect On The Person's Health yang dikarang oleh Dr. Magomed
Magomedov seorang pengamal perubatan
11

(http://lifepoints8000.blogspot.com/2010/12)
Beliau mengatakan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi
manusia dengan merangsang kawasan-kawasan yang tertentu yang
dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi. Menurut beliau, bangsa Cina
banyak mengkaji ilmu refl eksologi dan mereka meyakini jika
Kawasan Aktif Biologi ini dirangsang ia akan merangsang sistem
saraf dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap
kesihatan seseorang.
Berdasarkan ilmu perubatan china, badan manusia mempunyai lebih
kurang 700 "Kawasan Aktif Biologi" dan 66 daripadanya memberi
kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Dan daripada 66
kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang
Islam.
Di samping kita berwuduk dalam menunaikan ibadah ia juga
mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai
penyakit. Beliau juga menyatakan apabila seseorang menyentuh
mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf bagi memberi
kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut,
pundi kencing, sistem peranakan dan sistem saraf.
Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok ia merangsang
sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus pankreas,
hempedu, tiroid dan kawasan pinggang. Manakala apabila kaki kiri
dibasuh dan digosok, merangsang sistem saraf yang berperanan
untuk mengelokkan kelenjar pituitury dan kawasan otak yang
mengawal sistem endokrin.
Dalam satu buku yang bertajuk Prayers: A Sport ForThe Soul and
12

Body tulisan Mukhtar Salem melaporkan bahawa berwuduk mampu


mencegah seseorang daripada kanser. Hal ini disebabkan kanser
adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan
daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan
anggota badan melalui wuduk ini secara tidak langsung
membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.
Berhubung dengan perbuatan berkumur semasa berwuduk dengan
tujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang
melekat dicelah-celah gigi ditambah pula dengan galakan nabi
supaya bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk. Mengikut
Malaysia Healthcare Guide (1997) antara cara yang terbaik untuk
mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali
selepas makan atau pun paling kurang berkumur mulut.
Justeru melaksanakan wuduk adalah relevan dan banyak kelebihan
dengan kehidupan manusia pada hari ini. Benarlah Ibnu Qaiyim AlJauziyah dalam At-Tib An-Nabawi, "Mandi wajib dan wuduk
mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta
menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh antaranya
disebabkan jimak."

Kesimpulan
13

Sebagai kesimpulan daripada perbincangan yang dibuat dapatlah


disimpulkan bahawa bersuci merupakan perkara penting dalam kehidupan
seorang muslim kerana ia merupakan langkah awal kita untuk beribadat.
Bersuci dari sudut bahasa membawa maksud membersih. Islam sangat
menekankan kepada umatnya supaya berada dalam keadaan suci sebelum
melakukan ibadat. Ini dapat dilakukan melalui wuduk.
Dalam perbincangan ini, kita dapat mengkaji empat elemen dalam
wuduhu iaitu kelebihan wudhu, rukun wudhu, sunat wudhu dalam setiap
ibadat yang kita lakukan. Hal ini adalah kerana wudhu memainkan peranan
besar dalam kehidupan seharian kita. Contoh yang dapat kami kaitkan dalam
kesihatan adalah mengikut kajian ahli neurologist telah membuktikan
dengan air wuduk yang menyejukkan urat jari tangan dan kaki dapat
menenangkan fikiran.
Selain itu, niat dalam rukun wuduk adalah penting untuk menjadikan
wuduk seseorang sempurna dan di kesempatan ini kami juga ingin
menjelaskan serba sedikt mengenai hikmah berwuduk iaitu membersihkan
jiwa dan tingkah laku daripada sifat buruk yang ditegah dalam Islam. Oleh
itu, dijelaskan bahawa manfaat wuduk banyak kelebihannya kepada
manusia.

Rujukan
Abdul Qadir Ar-Rahbawi, 2010. Fiqh Solat Empat Mazhab, Selangor; AlHidayah Publication
14

M. Uzair Al Aziz, 2014. Rahsia Wuduk, Selangor; Pustaka Ilmuwan


http://bokie1227.blogspot.com/2011/12/rahasia-berwudhu-dantayamum.html
http://islamiwiki.blogspot.com/2013/12/cara-tayamum-dan-doatayamum.html#.VSKWpPmUfJg
http://isu-hangat.blogspot.com/2012/02/kelebihan-dan-rahsia-disebalik.html#.VSKXuvmUfJg
http://areaislam.blogspot.com/2010/07/rukun-wudhu.html
https://islamiah99.wordpress.com/perkara-perkara-sunat-ketikawudhuk/
http://lifepoints8000.blogspot.com/2010/12/rahasia-dibalikrutinitas-wudhu.html

15

Anda mungkin juga menyukai