Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Sidek Baba 2006 ada menyatakan bahawa, ‘Pendidik dan pendidikan mempunyai
hubungan yang sangat rapat. Pendidik ialah orang yang mendidik, manakala pendidikan
pula adalah satu proses untuk mendidik manusia. Falsafah Pendidikan Islam pula memberi
penekanan kepada pembentukan iman yang teguh, pembinaan akhlak yang mulia di
samping memberi penekanan kepada hubungan yang bersifat horizontal dan vertikal.
Falsafah Pendidikan Islam bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyampaian ilmu tetapi
juga turut memberi penekanan kepada pembentukan insan yang seimbang dan sepadu.’

KONSEP DAN PRINSIP FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Menurut Supyan Hussin 2014, Falsafah Pendidikan Islam adalah ‘satu usaha
berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh
peribadi, membina kemahiran diri, dan menjadi contoh tauladan dalam penghayatan cara hidup
islam berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah dengan meningkatkan potensi diri dari sudut
spiritual,fizikal, intelek, emosi dan sosial agar menjadi manusia yang bertanggungjawab
terhadap Allah, manusia, dan persekitaran alam kearah mencapai kebahagiaan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat.’

Pendidikan islam merupakan salah satu proses membina tamadun yang merupakan
pembelajaran sepanjang hayat iaitu dari buaian hingga ke liang lahad. Hal ini demikian kerana
pendidikan islam merupakan suatu pendidikan yang holistik yang merangkumi seluruh aspek
dalam kehidupan. Oleh itu, salah satu perkara penting untuk merealisasikan aspirasi
pembinaan tamadun yang cemerlang adalah melalui proses penyampaian pendidikan islam.

Insan guru memainkan peranan utama dalam menyampaikan kurikulum pendidikan


Islam. Asas pendidikan ini adalah berteraskan Al-quran dan As sunnah. Tugas utama guru
ialah menyampaikan, membentuk, mengasuh, membina dan menjadi contoh kepada pelajar
berdasarkan lima aspek teras iaitu spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial. Maka,
keberhasilan kurikulum ini dapat dilihat langsung melalui hubungan dengan Allah, manusia dan
alam sekitar. Secara tidak langsung, keberkesanan kurikulum pendidikan islam juga dapat
melahirkan individu seimbang dunia dan akhirat.

1
Menurut Yusuff ( 2005 ), pendidikan yang kita bincangkan dewasa ini bukanlah sesuatu
yang baru. Hal ini demikian kerana pendidikan telah diperbahaskan semenjak zaman Socrates
dan Plato lagi. Sistem pendidikan Negara kita tersiri kepada Pendidikan Kebangsaan dan juga
Pendidikan Islam. Pendidikan Islam ialah pendidikan yang diberikan kepada anak-anak atau
murid-murid serta pelajar berteraskan ajaran Islam. Mendidik juga bermaksud mengasuh,
menjaga dan membelai supaya seseorang anak itu menjadi baik mengikut pandangan dan
acuan islam. Yusuf al-Qardawi ( 1980 ) mendifinisikan falsafah Pendidikan Islam adalah
pendidikan manusia seutuhnya, akal dan hatinya, rohani dan jasmaninya, akhlak dan
keterampilannya. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia bagi menghadapi masyarakat yang
sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.

Ibnu Sina menerangkan bahawa konsep pendidikan islam adalah bertujuan untuk
mengembangkan seluruh potensi yang dimiliki seseorang individu melalui perkembangan
fizikal, intelektual dan budi pekerti. Selain itu, pendidikan juga bertujuan untuk mempersiapkan
seseorang dalam menjalani hidup bermasyarakat sebagai contoh di alam pekerjaan. Individu
akan melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan bakat yang ada, kecenderungan dan
potensi yang dimiliki (Miftaku Rohman, 2013).

Konsep Falsafah Pendidikan Islam yang diketengahkan adalah bersifat pendidikan


seumur hidup. Hal ini jelas menunjukkan bahawa islam adalah cara hidup yang perlu diamalkan
bukan sekadar di sesetengah tempat dan keadaan sahaja. Tambahan pula, Falsafah
Pendidikan Islam juga menitikberatkan pembangunan seluruh potensi roh, akal dan jasad
secara holistik di samping menyampaikan fungsi sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi.
Falsafah Pendidikan Islam juga berkonsepkan memakmurkan alam. Pada masa yang sama,
kesepaduan dan kesempurnaan iman, ilmu dan amal dapat dicapai. Akhirnya, konsep ini
membuahkan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Selain itu, wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dimulai dengan
perintah yang mempunyai hubungkait yang amat rapat dengan pendidikan. Pendidikan dikira
sebagai satu ibadah hingga taraf orang berilmu diangkat beberapa darjat oleh Allah berbanding
yang lain. Konsep pendidikan yang luas dan bersepadu merupakan keistimewaan pendidikan
dalam Islam. Konsep ini dibina daripada prinsip-prinsip asas dalam pendidikan Islam yang
mengandungi prinsip mengenal tuhan, mengenal alam dan mengenal diri. Melalui pemahaman
prinsip-prinsip ini, aktiviti pengajaran dan pendidikan dapat dijalankan secara bersepadu.

2
APLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SEBAGAI GURU

Abdullah Nasih Ulwan (1993 ) menekankan terhadap pendekatan tahzib yang sangat
berkait rapat dengan pembentukan akhlak seseorang insan perlu seiring dengan
perkembangan ilmu pengetahuan, ini dapat digunakan dalam menghadapi sbarang cabaran
yang mendatang dengan penuh kebahagiaan. Manakala pendekatan tarbiyah pula membawa
erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Istilah ini lebih terarah kepada didikan sahaja
bukannya untuk menjadikan pelajar lebih beradab.

Namun begitu, Rohizan Ya et, al (2013) lebih cenderung kepada penggunaan istilah
taadib. Istilah ini sangat sesuai dengan akhlak, budi pekerti, keperibadian dan sebagainya.
Pembentukan elemen-elemen tersebut umpama pelengkap kepada sistem pengajaran dan
pembelajaran yang ada di negara kita yang mana pelajar telah disematkan dalam minda
mereka kepada sistem berteraskan peperiksaan. Sehingga mengabaikan aspek adab dan nilai-
nilai murni yang sepatutnya dijadikan keperluan dalam diri setiap pelajar untuk menghasilkan
modal insan yang berkerampilan bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat tempat tinggal yang
kekal abadi.

Azizah Lebai Nordin (1999) menekankan bahawa, proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan seharusnya bertitik tolak daripada seorang guru yang mengetahui segala aspek
yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam. Beliau bukan sahaja harus meneliti
pelbagai tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran, malah perlu mengetahui dan memahami
falsafah dan objektif Pendidikan Islam. Guru akan berhasil membawa anak didiknya ke arah
matlamat asal Pendidikan Islam jika guru tersebut terlebih dahulu memahami falsafah dan
matlamat sukatan pelajaran.

Selain itu, para guru juga hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai pedagogi.
Pedagogi dapat mendedahkan para guru kepada cara membuat perancangan yang berkesan
yang merangkumi aspek persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran, strategi
pengajaran, penilaian pengajaran dan hubungan guru dengan murid. Dua perkara ini perlu
seiring. Seorang guru yang menguasai isi kandungan mata pelajaran yang hendak diajar, tetapi
tidak dapat menguasai strategi dan kaedah pengajaran, tidak dapat menyampaikan
pengajarannya dengan berkesan. Sebagai contoh, jika seorang guru hendak mengajar ibadah
yang berkaitan amali tetapi menggunakan kaedah syarahan sahaja tanpa menunjukkan kepada

3
pelajar, sudah tentu pengajarannya tidak berkesan. Maka, jelaslah pentingnya pedagogi dalam
menyampaikan kurikulum.
Seharusnya, penerapan falsafah pendidikan Islam ini perlu didedahkan dengan
penghayatan pelajaran tersebut dan seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian
pelajar. Maka tidak hairanlah berlaku pelbagai gejala sosial yang lahir dalam masyarakat masa
kini akibat tiadanya nilai kemantapan akhlak dalam jiwa mereka sehingga terdorong melakukan
perbuatan yang tidak sepatutnya (Ahmad Redzuwan 2003)

PENUTUP

Falsafah adalah satu pendekatan yang menyeluruh terhadap kehidupan dunia ini dan
merupakan satu kajian mencari kebenaran dalam nilai dan hidup. Falsafah pendidikan islam
adalah berasaskan pengajaran islam yang bersumberkan al-quran dan as-sunnah Nabi S.A.W.
Pendidikan dilihat sebagai usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan amalan
berasaskan al-quran dan sunnah. Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu
yang lengkap untuk mengenali diri, peranan dan tanggungjawab sebagai hamba Tuhan dan
menjadi khalifah yang baik. Falsafah pendidikan guru bertujuan sebagai panduan untuk
membina program pendidikan guru dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan ini,
dapat melahirkan seorang guru yang bermoral tinggi seimbang, bersepadu secara harmoni
dalam aspek sikap, amalan dan kecekapan.

Anda mungkin juga menyukai