Anda di halaman 1dari 7

TUJUAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Tokoh dalam arena Pendidikan Islam, Dr. Omar Muhammad Al-Toumy Al-Syaibany telah
membahaskan Tujuan Falsafah Pendidikan Islam ini dengan panjang lebar dalam kitabnya
Falsafah Pendidikan Islam. Beliau telah mengemukakan empat tujuan utama Falsafah
Pendidikan Islam
1
iaitu perwujudan kendiri, persiapan untuk kewarganegaraan yang baik,
persiapan yang menyeluruh dan bersepadu bagi peribadi pelajar, dan persiapan untuk kehidupan
dunia dan akhirat berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam.
1. Perwujudan kendiri
Menurut Al-Shaibany dan mereka yang menyatakan tujuan ini, apa yang dimaksudkan
dengan kendiri ialah jiwa bukan jasmani, sedangkan perwujudannya adalah untuk mengangkat
jiwa supaya sampai ke alam (malakut) yang tertinggi sehingga dapat berhubung dengan Sang
Pencipta.
Jiwa manusia dapat dibahagikan kepada dua tahap. Pertama, jiwa rendah lagi hina yang
selalu ingin bergelumang dengan kelazatan dan kesedapan dosa, serta membangkang dan
menderhakai perintah tuhannya. Kedua, jiwa tinggi lagi mulia yang suka kepada pengorbanan,
mengikuti dan mematuhi akal serta mempertinggikan akhlaknya. Tahap yang kedua inilah yang
ingin dicapai melalui pendidikan.
Agama Islam sama sekali tidak pernah menyuruh umatnya untuk melupakan kehidupan
dunia dan menumpukan kehidupan akhirat semata-mata. Malah, Islam sekeras-kerasnya
melarang umatnya yang hanya membataskan perwujudan kendiri itu pada aspek kerohanian

1
Al-Shaibany, Falsafah Pendidikan Islam, m/s 406.
sahaja dan mengabaikan selain dari rohani atau menganggap yang bukan rohani itu adalah soal
sekunder. Oleh kerana itu, Islam memandang manusia sebagai roh, akal, dan jasmani. Seseorang
itu tidak akan berjaya mewujudkan kendirinya kecuali jika dia memenuhi segala keperluan
rohani, intelektual, dan jasmaninya serta sentiasa memperbaiki dirinya dari masa ke semasa.
Falsafah Pendidikan Islam berperanan untuk membantu manusia dalam membangunkan
jiwa dan menguruskan emosi khususnya, tanpa menidakkan keperluan jasmani. Guru perlulah
berusaha sebaik mungkin agar tujuan falsafah ini tercapai sama ada untuk dirinya, anak didiknya
mahupun orang sekelilingnya.
2. Persiapan untuk kewarganegaraan yang baik
Manusia secara fitrahnya tidak dapat hidup bersendirian dan untuk dirinya sahaja.
Seseorang itu perlu sedar bahawa dia merupakan sebahagian daripada masyarakat dan
mempunyai kewajiban dan tanggungjawab yang sama sekali tidak boleh diabaikan terhadap
mereka. Lantaran itu, dia memerlukan pendidikan yang sesuai untuk mempersiapkan dirinya
bagi memikul tanggungjawab dan kewajiban sosial yang digalasnya.
Persiapan ke arah menjadi seorang warganegara yang baik dalam masyarakat dan negara
juga tertumpu kepada persiapan seseorang untuk bergaul dan hidup dalam masyarakat serta
berbakti kepada masyarakat. Nampak seperti mudah tetapi tujuan ini menuntut sebuah
mujahadah. Islam memandang sifat cintakan tanah air dan berjuang mengangkat namanya dan
membelanya sebagai tanda-tanda dan syarat-syarat iman.
Allah S.W.T telah menyebut mengenai tujuan falsafah ini pada 1400 tahun yang lampau
di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30 :
^O)4 4~ CG4O gOj^UEUg
O)E+) gN~E} O) ^O- LOEO)UE= W
W-EO7~ NE^_` OgOg }4`
O^NC OgOg lgOEC4
47.4`g].- }^44 E)Ol=O+^
Eg;O4 +Eg-+^4 El W 4~
EO)E+) NU;N 4` 4pOUu> ^@
Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan
Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?". Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Ayat di atas jelas menunjukkan salah satu tanggungjawab seorang individu Muslim itu
ialah memakmurkan bumi dan seisinya. Jadi, manusia sebagai khalifah harus tahu
tanggungjawabnya dan bagaimana melaksanakan tugasnya. Inilah yang ingin ditekankan oleh
Pendidikan Islam terhadap penganutnya. Sebagai contoh, dalam silibus subjek Pendidikan Islam
Tingkatan Lima
2
terdapat satu tajuk khusus mengenai, Adab Bernegara. Antara hasil
pembelajaran yang ingin dicapai melalui tajuk ini ialah murid-murid dapat merumuskan sifat-
sifat warganegara yang baik, mengenal pasti kesan-kesan positif jika mencintai negara dan
sebaliknya, serta mengamalkan adab-adab bernegara dan sebagainya. Ini amatlah bertepatan
dengan Falsafah Pendidikan Islam iaitu memiliki keperibadian dan pandangan hidup sebagai

2
Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Pendidikan Islam Tingkatan 5, diambil dari
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_weblinks&view=category&id
=84&Itemid=491&lang=en&limitstart=40http://www.moe.gov.my/http://www.moe.go
v.my/bpk/v2/index.php?option=com_weblinks&view=category&id=84&Itemid=491&la
ng=en&limitstart=40
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar
dan negara.
3. Persiapan yang menyeluruh dan bersepadu bagi peribadi pelajar
Falsafah Pendidikan Islam diwujudkan adalah untuk melakukan persiapan yang
menyeluruh dan bersepadu bagi peribadi pelajar untuk melahirkan insan yang soleh dan kamil.
Ahli-ahli pendidikan yang progresif adalah antara yang mula-mula mengemukakan pendapat
serupa ini. Merekalah yang membatasi tujuan terakhir pendidikan dengang pertumbuhan dan
memandang pendidikan sebagai suatu keadaan bagi pelajar untuk mengembangkan unsur-unsur
dan bakat terpendam dalam dirinya. Yang dimaksudkan dengan pertumbuhan adalah adalah
pertumbuhan menyeluruh yang akan membawa kepada pertumbuhan lain dalam bentuk terus
menerus dan tiada putusnya.
3

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) digubal bagi memastikan semua mata
pelajaran berperanan memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Potensi individu
tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang dikembangkan itu harus
dihubungkait dan diselaraskan dengan potensi yang lain
4
. Misalnya, bakat seorang pelajar dalam
mengeluarkan hujah (intelek) dan petah berkata-kata hendaklah diselarikan dengan emosi yang
terkawal dan rohani yang bersih. Jika tidak, pelajar tersebut akan menggunakan kemahiran dan
kelebihan berhujahnya itu ke arah keburukan seperti menjatuhkan orang lain.
Oleh itu, Falsafah Pendidikan Islam berperanan untuk membentuk kurikulum yang
membimbing manusia untuk mengembangkan dan melaksanakan potensi supaya keperibadian

3
Al-Shaibany, Falsafah Pendidikan Islam, m/s 409.
4
Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam; edisi ke-2, m/s 71.
dan kemahirannya saling beriringan untuk melahirkan insan yang soleh dan kamil berdasarkan
tuntutan Islam dan seterusnya masyarakat mendapat maslahat daripada individu terbabit.

4. Persiapan untuk kehidupan dunia dan akhirat
Antara tujuan lain Falsafah Pendidikan Islam diwujudkan ialah mempersiapkan manusia
untuk menghadapi kehidupan di dunia dan di akhirat. Istimewanya Pendidikan Islam berbanding
pendidikan agama yang lain ialah ia tidak pernah memisahkan kehidupan dunia dengan akhirat
malah sentiasa berkait rapat antara satu sama lain. Firman Allah S.W.T :
;u4--4 .EOg C4>-47 +.-
4O-O.- E4O=E- W 4 w4>
El4l14^ ;g` 4Ou^O- W }O;O4
.E =}=O;O +.- C^O) W 4
;ul> E1=OE^- O) ^O- W Ep)
-.- OUg47 4gO^^- ^__
5

Maksudnya : Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan
dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana
Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan.

5
Al-Quran, Surah Al-Qasas, ayat 77.

Ayat ini sudah terang lagi bersuluh memerintahkan manusia supaya tidak melupakan
kehidupan dunia demi mengejar kehidupan akhirat namun sebaliknya mengajak manusia supaya
berlumba-lumba untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Ada kata-kata hukama yang berbunyi :
.
Bekerjalah untuk duniamu seakan-akan engkau hidup selama-lamanya, dan bekerjalah untuk
akhiratmu seakan-akan engkau akan mati esok.
Kata-kata ini juga boleh dijadikan sebagai motivasi kepada seluruh umat Islam untuk berusaha
bersungguh-sungguh dalam menjalani kehidupan dunia masing-masing dan pada masa yang
sama terus bersemangat membuat amal kebaikan demi kehidupan akhirat.
Pendidikan Islam ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat telah menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dua sumber utama dalam sesi
pengajaran dan pembelajarannya. Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda di dalam khutbah
terakhir Baginda :

. ) (
Dari Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda: "Aku tinggalkan dalam
kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang
teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah ". (Imam Malik).
6

Untuk mengukuhkan lagi penguasaan, pemahaman, dan penghayatan pelajar terhadap Al-
Quran dan As-sunah, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan kurikulum
Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-QAF) di sekolah rendah pada tahun 2005.
Pihak Kementerian Pelajaran bersedia untuk memperkenal kurikulum ini ke peringkat sekolah
menengah selepas masalah bekalan guru program j-QAF ini di peringkat sekolah rendah
diselesaikan sepenuhnya awal tahun ini. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad
Zarkashi berkata, perkara itu mengambil kira keperluan program tersebut diteruskan di sekolah
menengah terutama bagi murid-murid yang tidak berpeluang mengikuti pembelajaran tambahan
di sekolah agama. Kementerian Pelajaran dimaklumkan sejak adanya J-QAF, pengetahuan dan
kelancaran murid-murid membaca Jawi dan al-Quran semakin baik.
7







6
Wajib berpegang teguh kepada Kitab Allah dan mengikut jalan pimpinan Rasulullah
S.A.W, diambil dari : http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=2
7
Utusan Malaysia, 2 Disember 2012 (Isnin) ; J-QAF diperkenal di sekolah menengah,
m/s 21.

Anda mungkin juga menyukai