Anda di halaman 1dari 4

TAJUK SYARAHAN:AKHLAK MULIA PENCETUS UMAT

SEJAHTERA

NAMA PESERTA:NUR SYAFIQAH BT AZIZI

Terima kasih saudara peneraju majlis,yang saya hormati kombinasi


kehakiman pendukung kebenaran seterusnya hadirin sidang warga
dewan yang dimuliakan Allah
sekalian.Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.”Akhlak Mulia
Pencetus Umat Sejahtera”,begitulah bunyinya mauduk syarahan saya
pada hari yang dirahmati Allah ini.Sebelum kata melancarkan
bicara,izinkan saya menginterprestasikan frasa penting yang
terkandung dalam mauduk syarahan saya.

Frasa ‘akhlak mulia’ merujuk kamus dewan edisi ke-4 ialah budi
pekerti atau tabiat yang luhur.Manakala definisi bagi ‘pencetus’
diklasifikasikan sebagai melahirkan ataupun
perangsang.Seterusnya,frasa yang terakhir sekali iaitu ‘umat sejahtera’
dikatakan sebagai segolongan manusia yang hidup dalam keadaan
aman dan makmur.

Saudara-saudari yang saya kasihi,

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Orang-orang


mukmin yang lebih sempurna imannya ialah orang yang paling baik
akhlaknya.(Hadith riwayat:al-Tarmidhi)

Dapat kita lihat kaitan yang erat antara iman dan akhlak. Rasulullah
s.a.w menyatakan bahawa orang yang mempunyai kesempurnaan
akidah dan iman ialah orang yang mempunyai akhlak yang
baik.Rasulullah sendiri mempunyai akhlak dan budi pekerti yang
tinggi sehingga mampu menjadi contoh tauladan dan ‘qudwah
hasanah’ kepada seluruh umat manusia.

Hadirin-hadirat yang budiman,


Menelusuri kata kunci saya yang-1 iaitu “Akhlak mulia pencetus umat
yang sejahtera”.Dengan akhlak yang mulia,manusia mengetahui hala
tuju,tujuan dan tugasnya di atas muka bumi ini.Allah telah
menciptakan seluruh alam ini dan Dia tidak akan menciptakan tanpa
sebab dan tujuan.Begitu juga umat yang diciptakan oleh Allah untuk
menggalas dua tugas utama iaitu sebagai hamba-Nya dan khalifah-
Nya di atas muka bumi ini.Firman Allah :
Maksudnya: Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk
beribadah kepada-Ku(surah al-Baqarah:30). Sebagai hamba Allah,kita
sebagai manusia haruslah melaksanakan segala perintah Allah s.w.t
dan meninggalkan segala
larangan-Nya.Jika manusia tidak mengabaikan apa yang disuruh-Nya
pasti dapat menciptakan umat yang sejahtera dan jauh daripada
berakhlak mazmumah.

Hadirin-hadirat yang dihormati Allah,

Seterusnya,kata kunci saya ke-2 adalah “Kekuatan akidah memainkan


peranan penting dalam membentuk umat yang berakhlak
mahmudah”.Menurut Ibn-Miskawayh,al-Tusi dan al-Ghazali meyakini
sekiranya keadaan jiwa itu tidak tenang dan berserabut,ia akan
menghasilkan tindakan luaran yang janggal dan tidak
bermoral.Sebaliknya,jika jiwa seseorang itu tenang dan sihat,ia akan
menghasilkan tindakan luaran yang bermoral.Oleh itu,jiwalah yang
perlu dididik dengan sebaik-baiknya untuk mencapai akhlak yang
terpuji.Dengan kekuatan tauhid dan akidah, manusia akan merasa
persamaan antara manusia di hadapan Allah.Tanpa ada perasaan
egoistik dan invidualistik maka akan lahir umat yang berakhlak mulia
dan bersatu padu dalam keadaan damai dan harmoni.

Sidang dewan sekalian,

Huraian saya ke-3 iaitu “Umat yang berakhlak mahmudah mengetahui


sifat-sifat Tuhan”.Justeru,dia akan berusaha bersungguh-sungguh
menurut kekuatannya sebagai seorang manusia supaya dapat
meneladani sifat-sifat Allah s.w.t.Allah itu Maha Pengampun dan
Penyayang lalu dia berusaha supaya mempunyai sifat santun dan
penyayang.Begitulah jua dengan sifat-sifat Allah yang dapat diketahui
dalam al-Quran dan Hadith.Maka umat yang beriman akan meyakini
bahawa dalam dirinya terdapat sifat-sifat kesempurnaan yang baik
yang mampu ditonjolkan melalui akhlak mahmudah.

Hadirin sekalian,

Hujah saya yang ke-4 ialah “Umat yang mempunyai akhlak yang
luhur dan terpuji akan sentiasa mencontohi peribadi dan akhlak
Rasulullah s.a.w.
Firman Allah :
Maksudnya:Sesungguhnya Rasulullah itu menjadi contoh tauladan
yang baik bagi kamu(surah al-Ahzab:21).Peribadi Rasulullah
merupakan contoh yang baik kepada sekalian umat manusia.Ini kerana
sebagai nabi dan utusan Tuhan,baginda merupakan orang yang paling
mengetahui tentang agama yang dibawanya iaitu Islam dan bagindalah
yang paling sempurna mengamalkan ajaran Islam.Maka sebagai umat
baginda yang kasih kepadanya,seharusnya kita mencontohi peribadi
dan akhlak yang dimiliki baginda.Kemuliaan dan keluhuran akhlak
baginda tidak sahaja diakui oleh manusia sehingga baginda diberi
julukan al-Amin bahkan Allah yang mengutusnya sendiri mengakui
hal ini.
Firman Allah:Sesungguhnya engkau (hai Muhammad),memiliki budi
pekerti yang luhur(surah al-Qalam:4)

Sidang dewan sekalian,

Kata kunci saya yang seterusnya ialah “Dengan keluhuran akhlak


dapat membataskan manusia daripada melakukan perbuatan yang
dilarang Islam”.Selain itu,dengan berakhlak mulia dapat
membataskan manusia daripada mengikut hawa nafsu terus-terusan
mengajak mereka berakhlak dengan akhlak mazmumah.Mereka yang
mempunyai asas akhlak yang luhur akan sentiasa meyakini bahawa
Allah mengawasi gerak-geri mereka dan Dia tahu apa sahaja mereka
lakukan sama ada terang-terangan atau tersembunyi daripada
pandangan orang lain.Sebaliknya,mereka yang tidak mempunyai asas
akhlak yang mulia akan terumbang-ambing kerana kehilangan arah
dan hanya menurut hawa nafsu dan bisikan syaitan.Malangnya,mereka
alpa bahawa keseronokan duniawi hanyalah sementara.

Hadirin-hadirat sekalian,

Huraian saya yang ke-6 iaitu yang terakhir sekali ialah “Dengan
keluhuran akhlak dan akidah yang utuh,sistem moral atau ideologi
ciptaan manusia secara automatiknya tertolak”.Manusia yang
mempunyai akhlak yang luhur dan akidah yang utuh,tidak akan
terpengaruh dengan slogan anti-agama atau anti-wahyu yang akan
menciptakan umat yang huru-hara dan hidup tanpa landasan undang-
undang dan batasan.Ini kerana manusia menciptakan sesuatu
berdasarkan tingkat akal mereka yang terbatas dan menurut hawa
nafsu semata-mata demi agenda tertentu.Namun,sistem moral dan
akhlak yang diciptakan Allah yang menciptakan manusia adalah
lengkap dan universal.Malahan,sistem moral dan akhlak-Nya
menepati fitrah manusia itu sendiri.

Muslimin-muslimat yang dihormati Allah,

Konklusinya,jelaslah kepada kita bahawa akhlak mulia pencetus umat


sejahtera.Akhlak mulia merupakan jati diri kepada umat Islam.Dalam
konteks negara kita yang sedang berjuang untuk lahir sebagai sebuah
negara maju bersandarkan modal insan yang cemerlang.Kita perlu
mengorak langkah sedaya upaya untuk kembali menghayati dengan
setepatnya pengajaran agama dari segenap sudut terutama pencetus
umat sejahtera iaitu akhlak mulia.Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai