Anda di halaman 1dari 9

KEPERLUAN MANUSIA KEPADA AKIDAH Akidah merupakan Asas utama dalam pembinaan masyarakat Islam merangkumi seluruh bidang

kehidupan mereka. Persoalan ini telah dilaksanakan secara ekstrem oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah berusaha dengan segala tenaga yang ada pada beliau untuk menanamkan akidah yang mantap selama 13 tahun di Makkah. Usaha-usaha yang baginda jalankan di Makkah telah berjaya melahirkan watak-watak seprti Bilal bin Rabah, keluarga Yasir dan lainlain yang sanggup berkorban apa sahaja daripada harta benda nyawa dan tenaga untuk membela kesucian Islam daripada dipermain-mainkan oleh musuhmusuh Islam. PERANAN AKIDAH MELAHIRKAN UMMAH YANG TUNDUK PATUH KEPADA AJARAN ALLAH DAN RASUL Ummah yang memiliki akidah yang mantap akan melaksanakan segala perintah yang diturunkan oleh Allah s.w.t dan RasulNya dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kerelaan dan tanpa dipaksa oleh sesiapa. Manakala bag! golongan yang tidak memiliki kekuatan akidah mereka tidak berupaya untuk melaksanakan segala perintah Allah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Hal ini telah jelaskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud: `Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, ` Adapun orangorang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. (Surah al Jin:14-15) Sehubungan dengan itu ummah yang berakidah tidak akan sanggup melakukan sebarang kemungkaran samada secara terangan atau secara tersembunyi kerana mereka sangat meyakini bahawa Allah s.w.t sentiasa melihat perbuatan mereka walaupun sebesar biji s.a.wi. Natijahnya, kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik mungkin seterusnya rakyat akan hidup dengan aman dan makmur. MELAHIRKAN UMMAH YANG MEMPUNYAl HALATUJU DAN MATLAMAT HIDUP YANG JELAS Ummah yang memiliki akidah yang jitu dapat memahami dengan jelas akan

halatuju kehidupan mereka samada untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Mereka mempunyai kesedaran bahawa tujuan mereka diciptakan adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dalam segenap lapangan kehidupan mereka. Justeru itu, semua tindakan, perbuatan dan apa jua kerjaya serta profession yang mereka ceburi adalah selari dengan matlamat penciptaan mereka sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-Anam:162) Natijahnya, kehidupan ummah yang berakidah ini akan terbina di atas asas yang kukuh dan kehidupan mereka akan diwarnai oleh segala kebahagiaan, ketenangan dan kedamaian di dunia dan di akhirat, di samping melaksanakan tuntutan ibadah sebagai seorang mukmin mereka juga berusaha mencari kemajuan dan kejayaan hidup di dunia dengan cara yang diridhai Allah s.w.t. Orang yang berakidah ini sama sekali tidak akan sanggup melakukan sebarang penyelewengan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, mengamalkan rasuah, politik wang dan sebagainya kerana mereka menyedari balasan seksa dari Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Surah al Qasas:77) MELAHIRKAN UMMAH YANG MEMILIKI KEPERIBADIAN UNGGUL Ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah. Tanpa akidah tidak mungkin ummah akan memiliki akhlak yang mulia. Permasalahan yang wujud mutakhir ini merupakan jawapan yang paling jelas bahawa dunia hari ini sedang menghadapi penyakit moral dan akhlak yang amat kronik. Justeru tu, akidah memainkan peranan penting dalam pembentukan syakhsiyyah rupadiri ummah pada masa kini. Kesemua Sarjana Muslim memperakui bahawa akidah merupakan pemangkin kepada pembinaan peribadi mulia. Situasi ummah mutakhir ini diakui dengan jelas tokoh pemikir Islam yang terkenal diabad ini, Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi. Menurut beliau, kegagalan terakhir yang dideritai oleh umat ini adalah kegagalan dalam pendidikan

keimanan dan pendidikan akhlak sehingga muncul ditengah-tengah ummah tindakan-tindakan menyimpang dari nilai-nilai yang menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik. Falsafah-falsafah Barat seperti pragmatisme, hedonisme, individualisme dan sebagainya tersebar luas di kalangan umat Islam. Perkara yang amat menyedihkan ialah umat Islam tidak mengambil nilai-nilai yang baik dari masyarakat Barat hasil dari teori yang mereka cipta, tetapi sebaliknya memilih nilai-nilai yaang paaling buruk daripada mereka, khususnya dalam perkara-perkara yang bersifat hedonistik dan perhambaan kepada nafsu syahwat. Menurut al-Qaradhawi, persoalan akhlak bukanlah perkara remeh bagi sesuatu bangsa, malah ia adaalah suatu keperluan yang harus dipenuhi untuk kebangkitan, kemakmuran dan keteguhan sesuatu bangsa. Jika akhlak sudah tiada maka yang berkuasa ialah hawa nafsu dan kepentingan peribadi, maka kepimpinan ummah akan menjadi muflis dalam segala ragam dan bentuk. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka). Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, - (Surah Maryam:59-60) MELAHIRKAN UMMAH YANG BERFIKIRAN KRITIS, PROGRESIF DAN DINAMIS Ummah yang berakidah memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis di antara kebenaran dan kepalsuan. Justeru itu pemikiran mereka tidak mudah pesongkan oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan Islam yang sebenar. Ummah yang berakidah juga akan bertindak secara progresif dan dinamis dengan me!akukan penyelidikan secara terperinci terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat. ini bermaksud ummah yang berakidah tidak menerima sesuatu maklumat secara bertaklid kepada mana-mana pihak kerana Allah s.w.t menuntut agar mukmin menyelidiki sumber maklumat dan tidak mudah menerima apa yang ada dalam masyarakat. AI-Quran amat menekankan kepentingan menyelidiki sesuatu perkara sebelum membuat keputusan mengenainya terutama pada perkara-perkara yang melibatkan masyarakat dan kepentingan ummah. Ini terkandung dalam firman Allah s.w.t yang meminta mukmin agar tidak mudah menerima berita yang dibawa oleh orang fasik, tanpa menyelidiknya terlebih dahulu kerana tindakan tersebut kemungkinan akan menyebabkan mereka menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap seseorang

berasaskan kejahilan dan mereka akan menyesal di atas tindakan tersebut di akhirat kelak. Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Surah al-Hujurat:6) MEMBANGUN EKONOMI UMMAH SECARA KOMPREHENSIF Dengan mematuhi ajaran-ajaran Islam dan mempunyai aqidah yang mantap lagi jelas ekonomi Islam dapat dibangunkan. Sepertimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya bermaksud: Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya". (Surah Surah Hud: 61) Maksud menjadikan kamu pemakmurnya ialah kita semua diperintahkan supaya membangunkan dan memakmurkan bumi dengan pertanian, perindustrian dan apa jua bentuk kemakmuran. Kita diminta membangunkan ekonomi, meningkatkan ilmu pengetahuan, meningkatkan kemakmuran dan memajukan pertanian. Malahan kita diminta membuat peningkatan dalam semua lapangan kehidupan dengan syarat kita terus memelihara teriebih dahulu nilai-nilai kita, ajaran-ajaran agama kita dan segala bentuk muamalat kita hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diharuskan oleh syariat Islam. Sekiranya Barat telah membebaskan diri mereka daripada nilai-nilai kemuliaan dan daripada tanggungjawab syara serta mengenepikan keikhlasan ibadat kepada Allah maka kita tidak seharusnya mengikut jejak langkah mereka dalam hal ini. Akan tetapi dalam waktu yang sama, kita perlu menyaingi mereka dan melakukan apa yang mereka lakukan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kemajuan sains dan penciptaan moden. Cuma perbezaan antara kita dan mereka ialah kemajuan kita berlandaskan kemuliaan dan terikat dengan keperibadian yang mulia, manakala kemajuan mereka dipenuhi dengan penyelewengan daripada mentaati Allah, penyelewengan dari menganut sesuatu yang mulia dan menjauhi sesuatu yang hina. MENEGAKKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG STABIL

Ummah yang berakidah ialah ummah yang memahami status diri mereka yang sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi di mana pemimpin menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya. Mereka percaya semua perilaku mereka akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t sepertimana firman Allah bermaksud: Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan. (Surah al Baqarah:134/141) Ayat ini secara tidak langsung akan menghindarkan diri seseorang pemimpin yang berakidah dari terjerumus ke dalam kancah penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah, pecah amanah dan sebagainya. KESIMPULAN Akidah adalah tunggak kekuatan ummah dalam menghadapi pelbagai menimpa seluruh umat manusia di akhir zaman. Tanpa pembinaan akidah yang mantap maka segala usaha yang dijalankan untuk mengislah ummah era mutakhir akan menghadapi kegagalan demi kegagalan yang akhirnya akan meruntuhkan tamadun ummah sendiri seterusnya memberi ruang kepada musuh-musuh Islam mempengaruhi ummah dalam segala aspek kehidupan.

Kepentingan akidah dan perjuangan mempertahankannya ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dari Abu Hurairah radiallahu anhu yang bermaksud: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ditanya:Apakah amal yang paling utama? Rasulullah menjawab:Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Baginda ditanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab:Jihad fi sabilillah.

Akidah yang merupakan simpulan iman akan menyuntikkan semangat perjuangan, menyuburkan daya saing dan memupuk perpaduan di kalangan umat Islam. Ini kerana, iman yang tersimpul erat di dalam hati mendorong seseorang untuk berusaha, bekerja keras, melakukan kebajikan, membantu orang, membina kemajuan, menunaikan tanggungjawab, sanggup berkorban dan sebagainya demi mengaut seberapa banyak pahala kebajikan.

Umat Islam yang tidak mempunyai akidah yang kukuh akan mudah terpesong dan menyeleweng dari ajaran agamanya yang sebenar. Bukan itu saja, ia akan menjadi anggota masyarakat yang tamak kerana cintakan dunia, pengecut kerana takutkan manusia, liar kerana tiada pegangan, tidak jujur kerana tidak mengenal dosa dan membawa pelbagai lagi masalah dan kerosakan yang merugikan pelbagai pihak. Begitu juga segala pembangunan dan kemajuan yang dibina oleh umat Islam, jika tidak didasari oleh kekukuhan akidah,? ia hanya akan membawa kepada pelbagai kekalutan di tengah-tengah masyarakat. Ini kerana, akidah adalah asas kepada kesejahteraan dan

petunjuk dari Allah. Ini dijelaskan dalam fiman Allah subhanahu wataala dalam surah al-Anaam ayat 82 yang tafsirnya: Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah dan petunjuk.

Akidah juga adalah tunjang segala amalan dan benteng pertahanan yang kukuh daripada segala perkara yang merosakkan. Jika akidah seseorang itu tidak betul, maka segala amalan yang dilakukannya menjadi sia-sia belaka, manakala di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam api neraka. Firman? Allah subhanahu wataala dalam surah al-Anbiyaa ayat 94 yang tafsirnya: Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, sedang ia beriman, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya; dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya.

Namun kepentingan akidah kurang diambil perhatian oleh sebilangan umat Islam masa kini.? Mereka lebih bimbangkan nasib anak bangsa dan anak cucu mereka akan menjadi miskin harta dan tanah setelah mereka tiada nanti. Tetapi adakah ramai dari kalangan umat Islam yang bimbangkan nasib anak cucu mereka jika mereka miskin iman dan jiwa? Kita yang berada di akhir zaman ini, sepatutnya lebih bimbang lagi akan keutuhan akidah anak-anak kita. Kita patut insaf betapa pentingnya akidah dalam menentukan nasib dan maruah bangsa.

Sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan keselamatan di akhirat,? kita hendaklah menjadi masyarakat Islam yang memelihara dan menegakkan akidah dan syariat Islam. Bagi memelihara dan memperkukuhkan akidah pula ia hendaklah dibina atas dasar iman yang kukuh, dibajai dengan ilmu dan amal serta dipelihara dari dicemari oleh sebarang serangan anasir dan gejala penyelewengan dan kesesatan. Berdoalah di samping segala usaha yang lain dalam mempertahankan keutuhan akidah Islam. Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam daripada Ali radiallahu anhu yang bermaksud: Doa adalah senjata orang mukmin, tiang kepada agama dan cahaya kepada langit dan bumi. (Riwayat al-Imam al-Hakim). KEPENTINGAN IMAN DALAM PROSES PEMBANGUNAN Oleh: Haji Matussein bin Haji Jumat, JHES, KHEU. Kejayaan gemilang yang dicapai oleh umat Islam pada zaman silam sebagaimana tercatit dalam lipatan sejarah amat sesuai untuk menjadi iktibar, pedoman dan sukat-sukat bagi generasi masa kini dan akan datang. Kehebatan mereka membangunkan sebuah tamadun yang unggul di persada dunia, dalam keadaan yang tidak pernah mengabaikan peranan agama dalam proses pencapaian kegemilangan tersebut, jelas membuktikan betapa penting keimanan atau kepercayaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dalam proses pembangunan supaya seluruh aktiviti dapat digerakkan secara terancang dan dalam bentuk yang bersepadu agar ia tidak terkeluar dari skop penunaian tugas manusia sebagai 'hamba' dan 'khalifah' di atas muka bumi dengan batasan kuasa dan kapasiti kemampuan yang ada. Keimanan merangkumi kepercayaan kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, Hari Akhirat dan dengan takdir Allah Subhanahu Wata'ala sama ada baik ataupun sebaliknya. Menurut Dr. Yousef al-Qardawi, seorang tokoh ulama terkenal masa kini, iman yang sebenar merujuk kepada penanggapan atau pencapain akal manusia mencecah peringkat yakin, tanpa diseliputi oleh sebarang apa jua unsur syak dan ragu, disusuli dengan keakuran hati yang terserlah menerusi ketundukan dan kepatuhan seseorang terhadap semua perintah dan arahan yang diterima dari Allah Subhanahu Wata'ala, Tuhan yang diimaninya.

Dengan cahaya keimanan, dapat membentuk seseorang mukmin yang sempurna, sebuah masyarakat yang harmoni, negara yang aman dan sejahtera. Keimanan mampu mencorakkan seluruh aktiviti manusia berasaskan kacamata 'al-din' agama Islam dan memandu segala kegiatan pembangunan dengan tujuan supaya seluruh ahli masyarakat boleh mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Kesan daripada iman dalam diri seseorang akan dengan sendirinya menjadikannya sebagai manusia yang berguna, sentiasa bergerak dan berusaha bersungguhsungguh dalam apa jua proses pembangunan. Kepentingan iman dalam proses pembangunan ialah sebagai nadi penggerak dan pemandu ke arah jalan yang betul yang tidak bertentangan dengan ajaran syariat Islam. Mana-mana projek yang bercanggah dengan syariat Islam seperti arak, judi, pusat-pusat hiburan maksiat tidak dapat dinamakan sebagai pembangunan kerana ianya pasti akan membawa kepada kehancuran dan ini berlawanan dengan pembangunan itu sendiri yang bermaksud menuju ke arah kehidupan yang lebih baik atau mengekalkan kehidupan yang sedia ada pada tahap yang baik. Masyarakat Islam seharusnya perlu tahu bahawa mereka tidak ada pilihan lain untuk membangunkan negaranya melainkan mestilah mendapat bimbingan wahyu. Wahyu itu pula perlu kepada rasul yang membawa, menyampaikan dan menunjukkan dalam bentuk perbuatan kehendak wahyu tersebut. Sebab itu setiap pengutusan seseorang rasul akan diikuti dengan kebangkitan umat yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kebangkitan sesuatu umat itu pula bermula dengan kebangkitan kerohanian iaitu keimanan atau kepercayaan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan diikuti dengan pencapaian kebendaan yang tinggi berasaskan aqidah, hukum syarak dan akhlak yang mulia. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-A'raaf ayat 96:

Tafsirnya: Sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi.

Iman dan takwa adalah dua perkara yang sangat mulia di sisi Allah Subhanahu Wata'ala. Membina rumah, bangunan, kereta, kapal, menimba ilmu dan sebagainya yang mendatangkan faedah dan manfaat adalah termasuk dalam amal salih. Namun, amal salih tidak sempurna jika tidak disertai dengan keimanan yang jitu akan keEsaan Allah Subhanahu Wata'ala. Selepas selesai sesuatu projek, bertawakkallah kepada Allah Subhanahu Wata'ala supaya apa yang diusahakan akan mendatangkan hasil yang baik dan bermanfaat untuk kebahagiaan hidup dunia akhirat.

Pembangunan yang direncanakan dalam Islam adalah menyeluruh mengambil kira aspek fizikal dan spiritual, kebendaan dan kerohanian. Sebagai contoh, bagi projek pembangunan perumahan kos rendah, setentunya mengandungi paling kurang tiga buah bilik tidur. Ini adalah kerana dalam ajaran Islam perlu mengasingkan tempat tidur anak-anak lelaki dengan perempuan apabila sampai peringkat umur tertentu. Begitu juga dengan projek-projek mega perumahan penduduk, perlu juga mengambil kira supaya masjid atau balai ibadat dibangunkan di tempat berkenaan sesuai dengan bilangan jumlah penduduk yang akan mendiami projek berkenaan.

Hal ini sebenarnya perlu diberi perhatian utama oleh semua pihak, khususnya kalangan yang terlibat dalam usaha pembangunan, samada penggubal dasar, jentera pelaksana dan kalangan yang terlibat dalam mana-mana projek pembangunan. Apatah lagi dalam konteks negara-negara membangun yang pernah dijajah oleh pihak penjajah yang bukan sedikit meninggalkan warisan idea tentang falsafah pembangunan dan strategi pelaksanaan yang tidak bersendikan asas-asas ajaran agama Islam. Semua pihak perlu memperbetulkan hala tuju apatah lagi bila sudah tersasar agar mempastikan setiap pembangunan yang diungkayahkan sekali-kali tidak mengenepikan unsur 'rabbani', khususnya dari aspek falsafah pembangunan yang mendasari seluruh kegiatannya.

Usaha-usaha mengkesampingkan peranan iman dalam proses pembangunan negara akan melahirkan generasi yang hilang kemanusiaannya walaupun mereka mungkin terkedepan dari aspek pencapaian material. Ini adalah kerana mengenepikan aspek keimanan kepada Allah Subhanahu Wata'ala boleh mengheret pembangunan itu menjurus ke arah kegagalan dan menimbulkan generasi yang terlalu mementingkan kebendaan dan kurang menekankan aspek penghayatan terhadap prinsip-prinsip ajaran Islam yang luhur. Maka tidak menghairankan, timbul bermacam-macam isu keruntuhan moral dan gejala sosial yang diwarnai dengan berbagai keanekaan ragamnya sesuai dengan perkembangan kemajuan teknologi terkini. Di tambah lagi dengan kekayaan yang diperolehi dari keuntungan berlipat ganda digunakan bagi menaja pelbagai rupa bentuk kemaksiatan, yang hanya menguntungkan si penaja dan?menghancurkan pihak-pihak yang terjerumus dalam kancah tersebut. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan mewarnai pembangunan yang dikecapi, ianya boleh menghancurkan pembangunan itu sendiri. Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Israa ayat 16: Tafsirnya: Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.

Bagi mengelakkan proses pembangunan berakhir dengan kegagalan dan kehancuran, falsafahfalsafah yang tidak berasaskan keimanan kepada Allah Subhanahu Wata'ala seperti sistem kapitalis dan sosialis komunis hendaklah diketepikan sama sekali. Walaupun akal, ilmu, falsafah dan idealogi yang dimiliki oleh manusia dapat mengenal pasti kebaikan dan keburukan, tetapi kemampuannya amat terbatas, tidak mutlak dan banyak dikuasai oleh kepentingan-kepentingan diri, kebendaan dan nafsu yang tidak pernah puas. Sebagai contoh, teori modenisasi yang diwar-warkan oleh negaranegara maju adalah berasaskan kepada hepotesis bahawa negara-negara membangun kekurangan tabungan dan teknologi dan rakyat pula enggan mengubah cara hidup sosiobudaya mereka yang dilabel Barat sebagai penghalang pembangunan. Teori ini menegaskan bahawa negara Barat adalah model untuk diikuti negara membangun dan untuk maju negara berkenaan harus mengimpot modal, teknologi, kepakaran dan nilai serta institusi dari Barat. Falsafah ciptaan Barat ini sebenarnya dipenuhi dengan unsur keraguan dan kekeliruan. Apa tidaknya, struktur sosioekonomi politik negara-negara membangun direkabentuk oleh penjajah dan bekas penjajah sehingga harus sentiasa bergantung kepada mereka dalam hampir semua kegiatan pembangunan. Misalnya, untuk mendapatkan modal dan teknologi moden, negara-negara membangun akan diberi bantuan atau pinjaman oleh negara-negara maju jika memenuhi syarat-syarat tertentu seperti membuka pasaran bebas, menaikkan faedah bank dan cukai yang kesannya boleh menindas pengusaha-pengusaha tempatan dan rakyat sesebuah negeri. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat khususnya orang-orang Islam berkewajipan untuk memahami proses pembangunan. Kesedaran tentang pembangunan perlu wujud di kalangan masyarakat supaya pembangunan yang menurut acuan Islam tidak hanya setakat teori atau hanya dalam lipatan sejarah kegemilangan zaman silam. Jika jiwa pembangunan tidak wujud di kalangan masyarakat, maka kelancaran sesuatu perancangan projek pembangunan boleh terjejas atau pembangunan itu hampir-hampir tidak ada kerana masyarakat tidak terfikir untuk membangunkan suatu kawasan atau projek yang sebenarnya berpotensi untuk diperkembangmajukan.

Masyarakat Islam perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang konsep pembangunan sebagai kegiatan yang tidak terkeluar dari tugas manusia sebagai hamba dan khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk mentadbir dunia berasaskan ajaran tauhid. Segala aktiviti pembangunan dalam sebuah masyarakat tidak harus mengkesampingkan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika serta berpegang teguh dengan nilai-nilai agama dan kerohanian. Dimensi utama yang sewajarnya menjadi teras dalam pembangunan sesebuah negara ialah pembangunan keinsanan menyeluruh dan bersepadu berakarkan keimanan dan kepatuhan kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Anda mungkin juga menyukai