Anda di halaman 1dari 5

http://tujuhpen.blogspot.com/2013/04/sejarah-akidah-akidah-ialah-iman-atau.

html

SEJARAH AKIDAH

 Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah yang diikat oleh ucapan dua kalimah
syahadah. 

 Ia merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun islam. 

 Seseorang yang berakidah islam harus faham bahawa dengan menyebut dua kalimah
syahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab serta komitmen
yang tinggi terhadap Allah.

 Penanaman aqidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup mempertahankan
kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa dan harta
benda demi mempertahankan aqidah erta membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T. 

SEJARAH PERKEMBANGAN AQIDAH

1. Aqidah zaman nabi dan Sahabat


2. Aqidah akhir zaman sahabat
3. Aqidah zaman Umaiyyah 

AQIDAH ZAMAN NABI DAN SAHABAT

 sahabat pada zaman rasulullah menerima terus segala ajaran yang dibawa oleh


rasulullah tanpa banyak persoalan.

 Mereka terus menemui rasulullah sekiranya ada persoalan dan tidak faham

 Rasulullah juga menjelaskan perkara yang menimbulkan kemusykilan sahabat.

 Persoalan aqidah khasnya perkara yang berkaitan dengan sifat 20 atau tidak timbul.

 Hal ini kerana para sahabat dapat memahami ayat Al-Quran atau sifat Allah sebagaimana
didalam Al-Quran dan hadis.

 Para sahabat memahami kandungan Al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan aqidah dan
sifat-sifat Allah khasnya tanpa mempersoalkan makna disebaliknya.

 kepercayaan umat islam zaman nabi sangat kukuh dan teguh, contohnya : dengan beberapa
ayat daripada Al-Quran seperti dalam Surah Al-Ikhlas

 Para sahabat pada masa itu disinari oleh cahaya hidayat dan Al-Quran,
 Ada diantara mereka memiliki tabiat suka berfikir dan mendorong sesetengah sahabat untuk
memikirkan zat Allah.

 Rasulullah menegah mereka berbuat demikian, sebagaimana sabda yang diriwayatkan


daripada Abu Nu’aim

 nabi telah menegah dan melarang daripada berbantah dalam masalah Qadar.

 pada masa itu tidak timbul permasalahan aqidah,hal ini kerana ketika wahyu sedang
diturunkan, mereka hidup ketika zaman rasulullah

 Semua para sahabat beriman dan menerima sepenuhnya persoalan yang berkaitan sifat-


sifat Allah seperti dalam Al-Quran dan Hadis.

 Para sahabat tidak berselisih dalam perkara berkaitan dengan al-Sifat,al-Asma’al-Husna dan


al-Af’al.

 Sahabat tidak mengemukakan persoalan berkaitan Qada’dan qadar, sifat Allah dan


zatNyaatau ayat-ayat mutasyabihat.

 Para sahabat hanyalah bertanya berkaitan dengan hukum hakam, ibadat dan cara
melakukannya dengan sempurna.

Sebagai rumusannya, zaman nabi segala kemusykilan dan masalah terus dirujuk kepada nabi dan
nabi dapat menjelaskannya dengan wahyu dan petunjuk wahyu atau dengan ijtihad baginda. Secara
umumnya, pada zaman nabi tidak ada sebarang masalah dalam ilmu tauhid dan sahabat juga tidak
ada sebarang perselisihan dan mereka dapat merujuk terus kepada nabi dan sumbernya bersih. 

AKIDAH AKHIR ZAMAN SAHABAT

 tidak ada perselisihan faham dalam aqidah kerana mereka sibuk menghadapi


peperangandalam usaha mempertahankan kesatuan islam

 Mereka memahami al-Quran tanpa ada ta’wil

 Mereka mengikuti al-quran dan menjauhi apa yang ditegah

 Mereka juga mensifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan sendiri

 mereka mensucikan Allah daripada sebarang sifat yang tidak layak bagi kemuliaan dan
keagungan Allah.

 mereka beriman dengannya mengikut dengan menyerahkan penta’wilan kepada Allah


sendiri.

 sahabat menerima apa sahaja perkara berkaitan dengan Usul atau aqidah daripada
rasulullah

 sahabat tidak gemar membahaskan perkara yang berkaitan dengan aqidah.


 Hal ini kerana persoalan aqidah boleh menimbulkan perselisihan dan perpecahan dikalangan
umat islam.

 Untuk itu, para sahabat lebih mengutamakan dan memberi penekanan dalam perkara yang
berkaitan dengan hukum amali sahaja.

 Untuk itu, juga dalam perkara amali seandainya mereka tidak jelas atau berselisih, mereka
akanmerujuk kepada al-Quran dan hadis untuk mencari keputusan yang tepat dan untuk
mencari penyelesaiannya.

 Sekiranya ada yang tidak dapat diselesaikan berdasarkan nas al-Quran dan hadis, para
sahabat akan mengkiaskan dengan perkara yang berlaku pada zaman nabi 

Sebagai rumusannya, pada zaman awal khulafa’ al-Rasyidin juga masih belum timbul perkara
yang berkaitan dengan ilmu tauhid.Oleh kerana islam semakin berkembang, ulama telah
memecahkan dan membuat pengkajian khusus terhadap ilmu Tauhid atau ilmu Aqidah yang
terpisah daripada ilmu lain dengan sendirinya. 

 Pada masa zaman pemerintahan khalifah yang ketiga, lantaran berlaku pertelingkahan dan
kekacauan politik yang berakhir dengan terbunuhnya Uthman. 
 

 Maka umat isslam menjadi terpecah kepada beberapa fahaman dan puak. Masing-masing
golongan dan fahaman itu ingin mempertahankan fahaman mereka dan pendirian mereka. 
 

 Justeru itu, terbukalah ruang untuk mentakwilkan terhadap nas al-Quran dan hadis, serta
timbullah periwayatan hadis palsu.

 Pada zaman akhir sahabat telah lahir golongan yang telah cuba menta’wilkan ayat-ayat al-
quran

 mereka cuba menimbulkan persoalan syubahat dan telah mentasybihkan dan


mentajsimkanAllah. Golongan tersebut adalah golongan sabi’iyyah.

  Golongan yang menentang mentajsimkan Allah itu bermula dengan Ja’d Ibn darham dan
selepasnya diikuti pula oleh Jaham Ibn Safwan dan seterusnya aliran dan penentangan
tersebut diteruskan pula oleh golongan Muktazilah.

      AKIDAH ZAMAN BANI UMAIYYAH

 Setelah negara jajahan takluk islam mulai meluas telah terbuka luas untuk umat islam
memikirkan perkara yang berkaitan aqidah.

 jiwa orang yang baru memeluk islam masih dipengaruhi oleh unsur agama mereka
sebelumnya,
 

 Untuk itu lahir segolongan umat islam yang mulai memperkatakan masalah qadar, antara
mereka ialah : 
 

 a. Ma’bad al-Juhani, beliau mengambil fahamannya itu daripada seorang Iraq yang


beragama nasrani yang murtad selepas memeluk islam. Ma’bad telah dibunuh kerana
memberontak pada tahun 80 Hijrah.

 b. Ghailan al-Dimasyqi.
Nama beliau ialah Abu Marwan Ghailan Ibn Muslim. beliau mengikuti fahaman Ma’bad
dalam masalah qadar.

 c. Ja’d Ibn Dirham


Beliau merupakan seorang guru kepada Marwan Ibn Muhammad. Beliau berfahaman qadar
dan merupakan orang yang mula-mula mengatakan al-Quran itu makhluk. Dia dibunuh oleh
Khalid Ibn Abdullah al-Qasri. 

 Selepas daripada kemunculan 3 tokoh diatas lahir pula golongan yang menafikan Qudrat
dan Iradat manusia. Golongan ini dipelopori oleh Jaham Ibn Safwan.  
 

 Beliau bertemu dengan Ja’d dan kemudiannya menganut beberapa pendapat Ja’d. Selepas


itu beliau bersama-sama dengan harith Ibn Syuraij telah melancarkan pemberontakan
terhadap Bani Umaiyyah di Khurasan lalu beliau dapat ditawan dan dibunuh. 

 Golongan atau puak ini dikenali dengan golongan Jabariah/puak jahmiyah, iaitu pengikut
Jaham Ibn Safwan. Antara lain juga, mereka dikenali dengan puak Mu’aththilah kerana
mereka menafikan Sifat-Sifat Allah.

 Jaham juga berpendapat bahawa Allah itu tidak bersifat kecuali dengan sifat Khaliq, Qadir
dan Fa’il sahaja.

 segala perbuatan manusia itu tidak ada kuasa melakukan sesuatu, apa sahaja yang dilakukan
oleh manusia adalah dari Allah.

 Jaham berpendapat bahawa tidak harus sama sekali disifatkan Allah dengan sifat yang boleh
disifatkan kepada manusia atau makhluk kerana hal tersebut boleh menyebabkan Allah itu
sama atau menyerupai makhluk –Nya.

 Untuk itu Jaham menafikan Allah bersifat dengan sifat ‘Alim, Murid dan Hayy.

 Apa yang boleh disifatkan kepada Allah ialah Qadir, Maujud, Fa’il, Khaliq, Muhyi dan Mumit.

 Kerana semua sifat tersebut berkaitan dengan sifat kemudiannya dikembangkan oleh
golongan Muktazilah.

 Mereka yang mengatakan al quran itu qadim dan menafikan sifat allah menggunakan
method kefahaman akal.

 Pada penghujung abad pertama hijrah tersebar pula fahaman dan puak serta aliran
Khawarij.

 Mereka ini telah mengkafirkan orang yang mengerjaka dosa besar.

 Pendapat tersebut telah disanggah oleh Hassan al- Iaitu orang yang melakukan dosa besar
adalah fasiq dan tidak kafir
 Wasil Ibn ata (ank murid Hassan) berpendapat orang yang melakukan dosa besar berada
diantara dua martabat diikuti pula oleh ‘Amru Ibn ‘Ubaid.

 Lantaran mereka telah mengasingkan diri daripada majlis gurunya, mereka dikenali sebagai
Muktazilah.

Sebagai rumusannya, pada zaman inilah dikatakan mulanya bermula untuk menyusun kitab
berkaitan dengan ilmu Kalam atau Tauhid. Namun kitab itu tidak ada yang sampai ke tangan kita
sekarang.

Anda mungkin juga menyukai