Anda di halaman 1dari 3

Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah

(Artikel Usrah PGPIK 05/02/2010, sila download kepada semua Ahli)

SEBAB-SEBAB KECICIRAN

Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan


* Kelemahan sudut tarbiyyah
* Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
* Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota
* Tidak mengambil berat hal ahli
* Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
* Pertikaian dalaman
* Pimpinan tidak layak
Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu
* Tabie/ perangai yang tidak tetap
* Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan
* Melampau
* Bermudah-mudahan dan longgar
* Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
* Cemburukan orang lain
* Fitnah senjata

Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan


* Tekanan ujian
* Tekanan keluarga
* Tekanan persekitaran
* Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
* Tekanan bermuka-muka
KELEMAHAN SUDUT TARBIAH.
Bidang tarbiyyah dalam kebanyakan jemaah atau Harakah Islamiah khususnya dakwah hanya
mengambil ruang yang kecil untuk diberi perhatian, berbanding dengan bidang lain seperti
pentadbiran, pengurusan dan politik yang mana bidang ini hampir mengambil keseluruhan ruang
dalam kebanyakan jemaah. Perkara ini jelas sekali dapat dilihat dalam cara hidup para pemimpin
jemaah, pentadbir-pentadbir dan orang-orang yang bertanggungjawab dalam pengurusan politik,
pentadbiran dan kemasyarakatan. Manakala urusan tarbiyyah hampir terpinggir samada dari segi
teori dan amalinya. Akibatnya kebanyakan pemimpin samada di peringkat pusat, negeri, kawasan
atau cawangan bermuamalah dengan cara yang jauh daripada akhlak Islam.
Suasana seperti ini seringkali menimbulkan ketegangan dan sensitif. Berlainan dengan suasana
rohani yang telah melalui tarbiyyah dengan zikrullah RiqabatuLlah iaitu pengawasan Allah.
Pihak yang terlibat dalam Harakah dakwah, pentadbiran atau kemasyarakatan mungkin
merasakan satu kepuasan apabila memperolehi satu-satu kedudukan atau telah bercakap tentang
dakwah tanpa merasakan kekurangan diri dari sudut rohani dan tarbiah. Tidak menyedari akan
peri pentingnya makanan iman dan roh dalam hidupnya sebagaimana ia merasakan pentingnya
makanan jasad dengan berbagai produk kesihatan akan mengakibatkan suatu masa akan berlaku
keciciran diri dalam dakwah dan kepimpinan apabila ujian, mihnah dan tribulasi menimpa.
Sifat iman sebagaimana yang diketahui oleh semua penggerak harakah dakwah kadangkala
bertambah dan kadang kala berkurang. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNYa yang
bermaksud:
Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya
keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka yang telah ada. Dan kepunyaan
Allahlah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Manakala Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"sesungguhnya iman yang berada dalam hati kamu menjadi lusuh seperti lusuhnya pakaian.
Oleh itu mohonlah dari Allah Taala supaya Dia membaharui iman dalam hati kamu".
Mahu ataupun tidak, senang ataupun susah, anggota harakah dakwah samada yang terdiri
daripada pemimpin atau pejuang mestilah mengikuti tarbiyyah biar betapa sibuk
sekalipun. Malahan dalam suasana sekarang yang begitu mencabar, lebih perlu bagi sesuatu

harakah dakwah merancang dan mengendalikan dakwah ahli disemua peringkat dengan lebih
tersusun. Sebab keperluan manusia dalam riayah dan mengingati Allah adalah lebih diperlukan
dalam suasana seperti ini. Apatah lagi dakwah Islam itu sendiri yang sifat dan falsafahnya
sentiasa diuji dengan mihnah, tribulasi dan fitnah. Ujian inilah yang melahirkan kemanisan
dalam keimanan dan kerja dakwah.
Kita semua telah jelas akan hal ini kerana sirah telah merakamkan bagaimana Nabi dan para
sahabatnya yang tegar dalam menghadapi ujian dalam dakwah hasil daripada tarbiah yang
langsung dari Allah untuk rasulnya dan nabi untuk sahabat-sahabatnya. Mampu menghadapi
siksaan walau bercerai nyawa dan badan, walau dijemuri dipanas mentari dengan ketulan batu
besar di badan, walau disekat ekonomi dan makanan hingga daun-daun menjadi santapan. Yang
penting bagi mereka Redha Allah dan syurga menanti. Menang atau syahid menjadi pilihan.
Tarbiyyah inilah yang perlu kita sesuaikan dalam konteks sekarang.
Sesuatu harakah dakwah yang daya tarbiyyahnya lemah dan tidak dapat mentarbiyyah seluruh
anggotanya akan menyebabkan berlaku kecacatan dalam harakah dakwah tersebut. Tubuh badan
tarbiyyah akan menjadi lemah mengikut kadar kelemahan tarbiyyahnya dan ia akan menjadi kuat
mengikut kadar kekuatan dakwahnya. Oleh itu selaku harakah dakwah, hendaklah ada satu
tarbiyyah yang mantap dan tersusun bagi melahirkan qiyadah dan jundiyyah yang mantap iman
dan tarbiyyahnya. Kaedah tarbiyyah hendaklah sentisa dibuat kajian agar bersesuaian dengan
suasana semasa yang ada.
Seluruh anggota gerakan tanpa kecuali mestilah mengikuti tarbiyyah dari semasa kesemasa.
Hubungan anggota dengan harakah hendaklah berasaskan kepada asas hubungan dengan Allah
dan dengan Islam. Harakah hanya merupakan wasilah (alat) dan bukan ghayah (matlamat). Ianya
adalah wasilah bagi untuk melaksanakan perintah Allah dan usaha memperolehi keredhaanNya,
bukan wasilah untuk mencapai kepentingan diri.
Akhirnya sebagai persedian awal bagi asas tarbiyyah, harakah dakwah perlu dipersiapkan diri
bagi memantapkan iman dan rohani untuk melahirkan akhlak pendakwah yang sebenar.
Tarbiyyah fardiyyah yang mantap perlu bagi melahirkan keluarga yang beriman, masyarakat
yang harmoni dan negara yang baik dan tuhan yang maha pengampun. Beberapa perkara asas
perlu di checklistkan iaitu selepas solat 5 waktu mantap, apakah ianya berjemaah dimasjid.
Setelah jemaah di masjid menjadi satu kemanisan, apakah zikir di ratibkan. setelah zikir
dibesarkan apakah tahajjud menjadi amalan. Andai tahajjud amalan harian waktu malam, maka
jadikan perkara sunat yang lain satu kemestian sebagai terbiah antaranya solat dhuha, puasa
sunat Isnin dan Khamis serta bersedekah sekadar kemampuan.
(Senarai semak tarbiyyah harian akan diagihkan di dalam usrah nanti, InsyaAllah)
"Dipetik dan disesuaikan daripada buku golongan yang tercicir sepanjang jalan, Fathi Yakan"

Anda mungkin juga menyukai