Anda di halaman 1dari 13

1

1.0 PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Ustazah Napisah Karimah binti Ismail selaku
pensyarah bagi mata pelajaran Fiqh Sirah. Sebelum itu, terlebih dahulu izinkan kami untuk
mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan satu
kerja kursus mengenai Perang Fijar. Memandangkan kami perlu mencari maklumat dengan
lebih terperinci mengenai tajuk ini, maka kami memerlukan masa untuk menyiapkan tugasan
yang diberikan.

Semestinya semua maklumat untuk kerja kursus ini merupakan tanggungjawab kami
untuk menyempurnakannya dengan sebaik mungkin. Justeru itu, kami ingin mengambil
kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang tidak putus-putus
memberikan sokongan dan dorongan sama ada dari segi moral mahupun material dalam usaha
menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali tentulah kepada pensyarah kesayangan kami,
Ustazah Napisah Karimah binti Ismail kerana tanpa tunjuk ajar dan bimbingan beliau, mustahil
kami dapat menyempurnakan tugas ini dengan selengkapnya. Malah beliau juga turut
memberikan idea-idea yang bernas untuk membantu kami dalam proses menyiapkan tugasan
yang diberikan. Ribuan terima kasih juga kepada kawan-kawan sekelas yang sentiasa memberi
dorongan dan kritikan-kritikan terhadap kerja-kerja kami dan terima kasih kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung.

kami berharap agar kerja kursus ini memuaskan hati semua pihak. Segala salah dan silap
dalam kerja kursus ini diiringi dengan salam kemaafan dari kami kerana kami adalah manusia
biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah
s.w.t. dan kekurangan itu datangnya dari kami, insan biasa di muka bumi ini. Wassalam.



2

2.0 PENGENALAN

Orang Arab zaman Jahiliyah menghabiskan waktu mereka dengan peperangan dan melakukan
rompakan. Keadaan tersebut amat merunsingkan dan mengacaukan hidup mereka. Atas sebab
itulah mereka membuat keputusan untuk tidak berperang selama empat bulan di dalam setahun
iaitu pada bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Hal ini adalah bertujuan supaya
mereka dapat menjalankan ativiti perdagangan, bekerja dan mencari nafkah. (Abu Hikmah,
1998: 98) Perkara ini dapat disimpulkan dari Surah al-Taubah, dari ayat 36 yang berbunyi:
f ) ;_[Bb )1 Bb BqBb
,@@ b4 [ 1Jm Bb _
C1. ,_Bb ;J.Bb, B8
;0 = P [ BBb
@fBb P A Fb_1V @
P@0 P Fb_1JC,
m@Bb 1CAH Bm
N_1Jf 1Bm P Fb_1Bb,
0 Bb fJ/Bb
Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah s.w.t.
ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah s.w.t. semasa ia
menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.
Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu
menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar
laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana
mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t.
beserta orang-orang yang bertaqwa.

Ayat tersebut menyebut mengenai pengharaman perang selama empat bulan ini
mempunyai akar agama dan orang Arab tidak menolak larangan yang diturunkan oleh Allah
s.w.t. ini. (Abu Hikmah, 1998: 258)
Pada masa tersebut, Pekan Raya Ukaz, Mujannah dan Dzil Majaz amat meriah dengan
penetapan yang telah diputuskan. Kawan dan lawan melakukan jual beli antara satu sama lain
serta saling membangga-bangga diri. Penyanyi-penyanyi Arab yang masyhur menyanyikan karya
mereka di khalayak ramai. Para pemidato handal menyampaikan pidatonya dengan yakin. Kaum
3

Yahudi, Nasrani dan musyrikin memperkenalkan keyakinan agama mereka masing-masing di
hadapan khalayak Arab tanpa khuatir terhadap musuh mereka.
Tetapi, dalam sejarah Arab, persepakatan untuk tidak berperang dan bermusuhan selama
empat bulan di dalam jangka masa setahun juga turut dilanggar. Oleh sebab berlangsungnya
perang-perang tersebut di dalam bulan-bulan yang diharamkan, maka perang tersebut dinamakan
perang Fijar. (Abu Hikmah, 1998:98) Terdapat juga pengkaji sejarah yang menyatakan pendapat
bahawa peperangan itu dikenali sebagai Perang al-Fijar kerana tempat berlakunya peperangan
tersebut ialah di sebuah lembah yang terkenal di antara dua gunung. (Zuber 1974: 33) Bagi
sesetengah riwayat, ada yang menamakan perang tersebut sebagai Perang Fijar yang bererti
jahat. (http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=329&kategori=10, 29 Oktober 2011)















4



3.0 NABI MUHAMMMAD S.A.W. DAN PERANG FIJAR

Nabi Muhammad s.a.w. telah mengenal selok-belok kehidupan di padang pasir dengan bapa
saudaranya Abu Talib. Baginda s.a.w. juga telah mendengar syair-syair oleh para penyair handal,
ahli-ahli pidato menyampaikan pidatonya serta mendengar sajak dan sebagainya di sekitar kota
Mekah pada bulan-bulan yang suci. Baginda turut mengenal erti memikul senjata ketika Baginda
s.a.w. mendampingi bapa saudaranya di dalam Perang Fijar.
(http://tagtag.com/kelahiran/perang_fijar, 28 Oktober 2011) Perang Fijar ini adalah perang
pertama yang disertai oleh Baginda s.a.w. Terdapat beberapa pendapat mengenai umur Nabi
Muhammad s.a.w. sewaktu Baginda s.a.w. menyertai Perang Fijar ini.
Ibn Ishaq berpendapat bahawa semasa Peperangan Fijar, Rasulullah s.a.w. berumur 20
tahun. Hari tersebut dikenali sebagai hari al-Fijar. Dua puak yang terlibat iaitu puak Kinanah dan
Qays Aylan bermusuhan sesama mereka pada bulan haram. Qays Aylan ialah ketua orang
Quraysh, manakala Harb ibn Umayyah ibn Abd Shams ialah ketua puak Kinanah. Pada waktu
pagi, kemenangan berada pada pihak Qays. Tetapi pada waktu tengah hari, kemenangan berada
pada pihak Kinanah. (Abu al-Fida 2005: 456) Manakala menurut pendapat Ibn Hisham,
Peperangan al-Fijar berlaku ketika Rasulullah s.a.w. berumur 14 tahun atau 15 tahun. (Abu al-
Fida 2005: 457)
Dalam peperangan itu, Nabi s.a.w. berada dalam posisi perang yang tidak kurang
pentingnya. Baginda s.a.w. membekalkan anak-anak panah untuk bapa-bapa saudaranya yang
turut serta dalam peperangan itu. Dengan kata lain, Baginda s.a.w. bertanggungjawab
mempersiapkan kepada mereka anak-anak panah untuk menyerang musuh. Diceritakan juga,
Baginda s.a.w. sangat pintar dengan bertindak mengutip dan mengumpulkan semua senjata
termasuk tombak dan anak-anak panah yang dilepaskan oleh pihak musuh untuk diguna semula
oleh pihak Quraysh. Terdapat juga dari riwayat sejarah yang lain seperti yang ditulis oleh Jaafar
Subhani, Baginda s.a.w. dalam peperangan itu mempunyai peranan yang lebih mencabar apabila
dalam usia yang semuda itu Nabi Muhammad s.a.w. dikatakan bertindak menangkis atau
5

memintas serangan anak-anak panah yang disasarkan untuk mencederakan bapa-bapa
saudaranya itu. Ibn Hisham meriwayatkan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w. yang menyebut:
"Aku menangkis anak-anak panah yang diarahkan kepada pakcik-pakcikku itu". Bagaimana
Baginda s.a.w. dapat bertindak dengan sebegitu berani tidaklah diketahui tetapi yang pasti
perbuatan tersebut sangat membahayakan kepada nyawa Baginda s.a.w. sendiri.
(http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=329&kategori=10, 29 Oktober 2011)

4.0 BULAN DIHARAMKAN BERPERANG

Perang Fijar sebenarnya merupakan siri-siri perangan yang berlaku dalam bulan-bulan yang
diharamkan untuk semua penduduk Arab berperang sesama mereka. Ini kerana penduduk Arab
di zaman Jahiliyah ini seperti yang diketahui umum sering menghabiskan sebahagian besar masa
mereka dengan berperang, bertempur atau pergaduhan terutama melibatkan kabilah atau suku-
suku kaum. Punca perang adalah daripada soal yang kecil sehinggalah kepada soal yang sebesar-
besar puncanya. Fenomena perang ini tidak menjanjikan keamanan dan kedamaian sehingga
kehidupan menjadi tergugat. Ia menganggu urusan seharian terutama dalam sektor perniagaan
dan perdagangan yang telah menjadi nadi ekonomi penduduk Arab ketika itu.
Tetapi pada hakikatnya mereka tidak dapat mengelak daripada peperangan demi
peperangan. Pada bila-bila masa sahaja ia boleh meletus tanpa ada sesiapa dapat menahannya
lagi. Hakikat ini terpaksa mereka akui tetapi kata sepakat dan persetujuan dicapai supaya
peperangan tidak boleh berlaku pada bulan-bulan yang diharamkan berperang. Iaitu dalam
tempoh setahun, mereka diharamkan berperang dalam bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan
Muharam. Dalam tempoh empat bulan ini tiada sebarang peperangan dibenarkan. Dengan kata
lain di luar bulan-bulan tersebut jika mereka hendak berperang juga maka itu tidak dapat
dielakkan lagi. Justeru, dalam tempoh empat bulan yang aman itu seluruh penduduk dapat
merancakkan semua kegiatan perekonomian mereka, keluar bekerja, berniaga dan sebagainya
asalkan sahaja pendapatan diperolehi dan hidup dapat diteruskan.
Ketetapan bulan-bulan yang diisytiharkan haram berperang ini menyaksikan pasar-pasar
seperti Ukaz, Dzul Majjaz dan Mujannah begitu sibuk dan sesak dengan segala macam aktiviti
6

perniagaan. Sama ada mereka kawan atau lawan, masing-masing akan berurusan dengan baik
dan mengelak dari berlaku sebarang pergaduhan dan pertengkaran. Ketika itu jugalah golongan
'artis' atau penggiat-penggiat seni yang masyhur akan tampil dan memukau perhatian para
pendengar dan penonton dengan nyanyian-nyanyian lagu dan syair, hasil ciptaan yang bermutu
tinggi. Tidak kalah juga para pemidato-pemidato yang turut mengambil bahagian untuk
menonjolkan bakat berpidato mereka sehingga begitu ramai yang terpegun dan asyik
mendengarkannya. Ketika ini juga para rahib dan pendeta Yahudi Nasrani dan ketua-ketua ajaran
pagan atau animisme akan memperkenalkan ajaran agama dan kepercayaan masing-masing
kepada orang ramai. Mereka berdakwah secara lantang di hadapan khalayak seluruh penduduk
Arab terutama yang mengunjungi Kota Mekah tanpa sebarang khuatir terhadap mana-mana
pihak. (http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=329&kategori=10, 29 Oktober 2011)

5.0 SOSIO BUDAYA
Sosio budaya Arab Jahiliah amat unik apabila semuanya menghormati bulan-bulan yang
diharamkan berperang itu. Tetapi seperti yang disebutkan sebelum ini, perang tetap juga meletus
tanpa mengira masa dan keadaan. Peperangan yang berlaku di bulan-bulan haram inilah dikenali
sebagai Perang Fujjar atau Fijar kerana melanggar 'adat' atau tempoh gencatan tersebut. Namun
dikatakan juga Perang Fijar ini adalah perang yang berlaku di Tanah Haram, iaitu kawasan
sekitar atau berhampiran Kaabah dan Kota Mekah yang diharamkan dari berlaku sebarang
pembunuhan hatta membabitkan seekor semut.
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bi
cara_Agama&pg=ba_02.htm, 2 Oktober 2011)

6.0 PEMBAHAGIAN PERANG FIJAR

Perang Fijar ini hanya berlaku selama beberapa hari sahaja setiap tahun tetapi ianya berterusan
selama empat tahun. Pada hari-hari lain, masyarakat Arab kembali meneruskan rutin harian
mereka. (http://www.abgteror.com/kisah-nabi-kisah-kelahiran-muhammad-s-a-w/, 2 Oktober
7

2011) Peperangan ini juga terdapat beberapa siri. Terdapat empat catatan perang yang ditemui
termasuk salah satunya yang disertai oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Perang Fujjar yang
keempat adalah perang yang disertai oleh Rasulullah s.a.w. (http://www.al-
kauny.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=493:perang-fijar, 29 Oktober 2011)

6.1 Perang Fijar Pertama

Perang ini meletus melibatkan pertempuran antara Kabilah atau Suku Kananah dan
Hawazan. Perang ini berpunca apabila salah seorang dari Kabilah tersebut bernama Badar bin
Masyar memilih Pasar Ukaz untuk beliau membacakan sajak atau syair puji-pujian setiap hari di
hadapan para pengunjung dan para penonton deklamasi sajak itu. Pada suatu hari, dengan sebilah
pedang tajam yang terhunus, Badar menarik perhatian pendengar dengan berkata: (Abu Hikmah
1998: 98) "Aku orang yang paling terhormat! Sesiapa yang cuba menolak pengakuan ku ini,
akan ku tebas dengan pedang ini. Bagi kau rasa tajamnya senjata ku ini!"
Ketika itulah, seorang lelaki dari suku kaum yang lain tiba-tiba bangun dan menebas kaki
Badar dengan sebilah senjata tajam sehingga terputus kedua-dua belah kaki penyair malang
itu. Akibatnya, meletuslah perang antara kabilah-kabilah itu tetapi berhenti kemudiannya
sebelum ada sesiapa yang terbunuh. (Abu Hikmah 1998: 99)

6.2 Perang Fijar Kedua

Perang Fijar kedua bermula dengan mengisahkan seorang wanita yang dikatakan seorang yang
sangat cantik berasal dari Bani Amir. Kecantikannya menarik perhatian seorang pemuda, lalu si
pemuda ini meminta wanita itu mempamerkan kecantikan dan kejelitaan wajahnya. Tentu sahaja
permintaan itu menimbulkan kemarahan wanita berkenaan, namun si pemuda tidak berputus asa.
Dia terus mengait dan menarik hujung tudung wanita itu menyebabkan tudung itu terbuka dan
mendedahkan kecantikan wanita itu. Perbuatan melampau pemuda ini tentu sahaja umpama api
8

yang mencetuskan kebakaran maka berlakulah peperangan antara puak-puak dan hanya berjaya
dihentikan selepas ada beberapa mangsa terbunuh. (Abu Hikmah 1998: 99)
6.3 Perang Fijar Ketiga

Perang Fijar ketiga berlaku apabila seorang lelaki dari suku Kananah berhutang dengan salah
seorang dari puak Bani Amir. Si penghutang lambat membuat pembayarannya. Kedua-duanya
lalu bertengkar. Perang berdarah hampir berlaku tetapi berjaya diselesaikan secara damai
sebelum berlaku lebih teruk. (Abu Hikmah 1998: 99)

6.4 Perang Fijar Keempat
Dalam perang Fijar keempat inilah perang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Punca
meletusnya perang ini ialah al-Numan bin al-Munzir iaitu raja Arab di Hirah. Hirah ialah sebuah
negeri yang terletak di sebelah barat sungai Furat. Pada masa tersebut, beliau mempunyai
barang-barang perniagaan yang dihantar ke pasar Ukaz setiap tahun. Ketika menghantarnya, al-
Numan melantik seorang lelaki yang kuat dan perkasa serta dihormati oleh kaumnya sebagai
ketua rombongan untuk mengawal rombongan dagang.
Pada suatu hari, dia duduk bersama-sama al-Barradh bin Qais al-Kanani (seorang
pembunuh dan melakukan sesuatu berdasarkan nafsu serta dipulau oleh kaumnya disebabkan
kejahatannya) dan Urwah bin Utbah al-Rahhal. Al-Numan berkata: Siapakah yang akan
melindungi harta perniagaanku ini sehingga ia sampai ke pasar Ukaz? Al-Barradh menjawab:
Aku akan menghantarnya untuk dijual kepada bani Kinanah. Al-Numan berkata: Aku mahu
harta perniagaan ini dijual kepada semua orang. Urwah berkata: Kamu melakukan perkara yang
tidak dikeji. Adakah kamu mahu harta kamu dibawa oleh anjing yang jahat? Biarkan aku
membawanya untuk dijual kepada semua ketua kaum dan penduduk Qaisyum (penduduk di
daerah Najd dan Tihamah). Al-Barradh berkata: Adakah kamu akan membawanya kepada
kabilah Kinanah wahai Urwah? Urwah menjawab: Aku akan membawanya kepada semua
orang.
9

Al-Barradh merasakan sakit hati dan mencari-cari peluang untuk melaksanakan niat
jahatnya. Peluang tersebut diperolehi apabila Urwah keluar membawa barang dagangan. Al-
Barradh membunuhnya secara licik. Al-Barradh menghantar utusan kepada kaumnya iaitu
kabilah Kinanah untuk memberitahu apa yang berlaku dan memberi amaran terhadap pembelaan
yang akan dilakukan oleh kabilah Qais iaitu kaum Urwah.
Setelah mendapat berita pembunuhan Urwah, kabilah Qais mula berdendam dan ingin
menuntut bela di atas kematian Urwah. Mereka bertemu dengan kabilah Kinanah dan Quraisyh
di Nakhlah iaitu sebuah tempat yang terletak di antara Mekah dan Taif. Pertempuran di antara
mereka berlaku di sana. Ketika peperangan memuncak dan kabilah Qais begitu bersemangat,
orang-orang Quraisy berlindung di tanah suci Mekah. Ketika itu, Rasulullah s.a.w. bersama-sama
dengan mereka. Selepas itu, Qais berkata kepada musuhnya: Kami tidak akan membiarkan darah
Urwah mengalir tanpa pembelaan. Kita akan bertemu semula pada tahun hadapan di Ukaz.
Lalu mereka pulang ke negeri mereka dan mengapi-apikan semangat di antara mereka.
Apabila tiba waktu yang dijanjikan, kabilah Qais mengumpulkan kekuatannya. Mereka
dibantu oleh kabilah Thoqif dan yang lain. Quraisy juga mengumpulkan kekuatannya yang
terdiri daripada kabilah Kinanah dan al-Ahabisy (sekutu dengan Quraisy). Ketua bani Hasyim
ialah al-Zubair bin Abd al-Mutalib. Dia dibantu oleh saudara-saudaranya iaitu Abu Talib,
Hamzah, al-Abbas dan anak saudaranya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Bani Umayyah pula
diketuai oleh Harb bin Umayyah. Dia mengetuai kekuatan Quraisy disebabkan kemuliaan dan
usianya dan begitu juga dengan bani-bani lain yang terdapat di dalam kabilah Quraisy, masing-
masing mempunyai ketua. Selepas itu peperangan meletus dan peperangan tersebut merupakan
peperangan yang paling dasyat dalam sejarah kehidupan orang Arab.
Dalam peperangan tersebut, kabilah Qais hampir-hampir mengalami kekalahan.
Sebahagian daripada sekutunya telah mengaku kalah. Tetapi keadaan tersebut dapat
diselamatkan dengan kemunculan mereka yang mencadangkan supaya dimeteraikan perjanjian
damai. Perjanjian tersebut menyebut bahawa tentera yang terbunuh daripada kedua-dua pihak
hendaklah dikira. Mana-mana kabilah yang mengalami kerugian jiwa yang lebih banyak, mereka
akan menerima pembayaran diat daripada kabilah yang mengalami kerugian jiwa yang sedikit.
Dalam peperangan tersebut, kabilah Qais mengalami kerugian jiwa yang lebih banyak daripada
Quraisy. Harb bin Umayyah berjanji untuk membayarnya dan menyerahkan anaknya Abu Sufian
10

sebagai cagaran. (Abu Hikmah 1998: 27-40) Mereka telah membayar pampasan sebanyak 20
orang Hazawin kepada kabilah Qais. Nama Barradh kemudiannya telah menjadi peribahasa yang
menggambarkan nasib malang. (http://vyzbay-historyofmuhammad.blogspot.com/2010/04/fijar-
wars.html, 16 November 2011)
Begitulah berakhirnya peperangan di kalangan orang-orang Arab yang pada
kebiasaannya bermula dengan perkara-perkara kecil. Peristiwa seumpama itu terus berlaku
sehingga Allah s.w.t. menyatukan hati-hati mereka dan menerangi kegelapan jahiliah dengan
tersebarnya cahaya Islam di kalangan mereka.















11



7.0 KESIMPULAN

Peperangan Fijar merupakan hasil daripada kejahilan dan sikap masyarakat Arab zaman dahulu
yang mengamalkan asabiah yang kuat dan saling membangga-bangga diri. Mereka akan
bergaduh dan berperang hanya disebabkan oleh dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-
besarnya. Buktinya dapat dilihat daripada perang Fijar keempat yang mana peperangan itu boleh
diselesaikan jika mereka berbincang dengan baik dan bertolak ansur tetapi mereka lebih suka
menggunakan kekerasan berbanding cara yang lebih berhemah.
Peperangan yang berlaku ini lansung tidak memberikan kebaikan dan faedah kepada
mana-mana pihak malahan ianya menyebabkan ramai yang terkorban dan kerugian yang banyak.
Akhirnya peperangan dingin selama empat tahun ini diakhiri dengan suatu penyelesaian yang
mudah daripada kabilah Qais yang pada ketika itu hampir mengalami kekalahan. Bagi kabilah
yang mengalami kehilangan nyawa yang sedikit, mereka dikehendaki membayar diat kepada
kabilah yang mengalami kehilangan nyawa yang banyak.
Peperangan Fijar banyak pengajaran kepada kabilah Quraisy. Ekoran daripada itu,
mereka telah mengadakan suatu perjanjian yang diberi nama Perjanjian al-Fudul. Perjanjian ini
melibatkan Bani Hashim, Bani Mutallib, Asad bin Abd Uzza, Zahrah bin Kallab dan Taym bin
Murrah. Melalui perjanjian ini, mereka berjanji akan memberi pertolongan kepada orang-orang
yang dizalimi di Mekah dan berusaha untuk membasmi kezaliman di Mekah. Sama ada
kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah juga kepada orang-orang asing yang berurusan di
Kota Makkah. Hal ini menunjukkan orang Arab Mekah telah mula sedar akan kepentingan
bersatu padu dan peristiwa ini telah disaksikan oleh nabi Muhammad s.a.w. dan baginda amat
kagum dengan perjanjian itu kerana ianya berlaku di dalam zaman jahiliah.



12




8.0 BIBLIOGRAFI

Al-Quran al-Karim
Abu al-Fida al-Hafiz Ismail Ibn Kathir. 2005. Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Hikmah al-Husni. 1998. Kisah Kehidupan Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Kuala
Lumpur: Darul Numan.
H. Drs. Zuber Usman. 1974. Muhammad s.a.w. Nabi dan Rasul Penutup. Melaka: Abbas
Bandong.
Syeikh Muhammad al-Khudari Bik. Kitab Sirah Rasulullah s.a.w. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Sdn. Bhd.
http://www.abgteror.com/kisah-nabi-kisah-kelahiran-muhammad-s-a-w/. 2 Oktober 2011
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bic
ara_Agama&pg=ba_02.htm. 2 Oktober 2011
http://www.al-kauny.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=493:perang-fijar. 28
Oktober 2011.
http://tagtag.com/kelahiran/perang_fijargtag.com. 29 Oktober 2011.
http://www.mukmin.com.my/baca.php?id=329&kategori=10. 29 Oktober 2011.
http://vyzbay-historyofmuhammad.blogspot.com/2010/04/fijar-wars.html. 16 November 2011
http://www.rasoulallah.net/V2/document.aspx?lang=en&doc=5576. 16 November 2011



13

Anda mungkin juga menyukai