Anda di halaman 1dari 32

9.

Peranan Individu
Tehadap Perlaksanaan
Syariaah Dan Isu-Isu
Berkaitan Ibadah
(HG)
Pensyarah: Puan Sharifa binti Samsuddin
1. Perlaksanaan ibadah solat dan ketika penularan wabak. 3. Istithao’ah dan kewajipan ibadah haji.

2. Penggunaan vaksin yang dihasilkan daripada najis.


4. Zakat pertanian bukan makanan ruji

2
Perlaksanaan ibadah solat dan
ketika penularan wabak
 Solat menurut bahasa ertinya doa. Manakala daripada segi istilah adalah beberapa
ucapan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam
berserta syarat-syarat yang ditetapkan.
 Dalil yang menunjukkan kewajipan solat ada di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah
yang berbunyi:

‫َوَأ ِقميُو ۟ا ٱ َّلصلَ ٰو َة َو َءاتُو ۟ا ٱ َّلز َك ٰو َة َوٱ ْر َك ُعو ۟ا َم َع ٱ َّ ٰلر ِك ِع َني‬


Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu
semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
(Al-Baqarah:43)
3
• Sepertimana yang kita ketahui, solat fardhu ada 5 iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’. Berdasarkan dalilnya didalam
hadis:
 Daripada Talhah bin Ubaidillah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ِ ‫مَخ ْ ُس َصلَ َو ٍات يِف ال َي ْو ِم َوالل َّ ْيةَل‬
Maksudnya: Ada lima solat (yang wajib didirikan) pada siang malam.
  (HR al-Bukhari (46) dan Muslim (11))

• Bagi lelaki muslim pula, disunnatkan untuk solat berjemaah di dalam masjid dan hukumnya melakukannya adalah sunnat
muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.

Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :


‫َص َال ُة الْ َج َماعَ ِة َأفْضَ ُل ِم ْن َص َال ِة الْ َف ِّذ ب َِس ْبع ٍ َو ِعرْش ِ َين د ََر َج ًة‬
Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”
(HR. Muslim (1509))

4
• Sepertimana yang kita ketahui, solat fardhu ada 5 iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’. Berdasarkan dalilnya didalam
hadis:
 Daripada Talhah bin Ubaidillah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ِ ‫مَخ ْ ُس َصلَ َو ٍات يِف ال َي ْو ِم َوالل َّ ْيةَل‬
Maksudnya: Ada lima solat (yang wajib didirikan) pada siang malam.
  (HR al-Bukhari (46) dan Muslim (11))

• Bagi lelaki muslim pula, disunnatkan untuk solat berjemaah di dalam masjid dan hukumnya melakukannya adalah sunnat
muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.

Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :


‫َص َال ُة الْ َج َماعَ ِة َأفْضَ ُل ِم ْن َص َال ِة الْ َف ِّذ ب َِس ْبع ٍ َو ِعرْش ِ َين د ََر َج ًة‬
Maksudnya :” Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”
(Riwayat Muslim (1509))
Berikut sedikit sebanyak tentang perlaksanaan solat.
5
perlaksanaan ibadah solat ketika penularan wabak.

⬗ Apabila keadaan wabak baru sahaja tersebar atau masih berada dalam keadaan yang teruk, terdapat beberapa
perkara yang perlu di ambil tahu seperti dalam kenyataan rasmi HAIAH KIBAR ULAMA’ AL-AZHAR AL-
SYARIF yang tertera:
Pihak Haiah Kibar Ulama’ al-Azhar al-Syarif dalam satu kenyataan rasminya pada 15 Mac 2020 telah memaklumkan
tentang keharusan di sisi syarak untuk menghentikan solat Jumaat dan solat berjemaah di semua kawasan berikutan
penularan wabak COVID-19. Dalam kenyataan tersebut, pihak Haiah menggariskan keputusan bahawa harus di sisi
syarak bagi negara (daulah) untuk menghentikan untuk satu tempoh sementara bagi solat Jumaat dan solat
berjemaah kerana ia akan membawa kepada menular dan tersebarnya virus yang berbahaya ini.

6
⬗ Pihak Hai’ah juga mengingatkan orang awam berkaitan tiga perkara penting iaitu:

1. Wajib melaungkan azan pada setiap waktu solat di masjid-masjid pada situasi dihentikan
solat Jumaat dan solat berjemaah, dan harus juga bagi muazzin untuk menyebutkan pada
setiap azan, ْ ‫ِمُك‬ƒ‫ ُيوت‬ƒ ƒ ƒُ‫ ُّلوا يِف ب‬ƒƒ‫َص‬
2. Bagi setiap ahli rumah yang hidup bersama, teruskanlah solat berjemaah seperti biasa di
rumah – kerana tidak semestinya solat berjemaah itu dilakukan di masjid, sehinggalah
ditamatkan sekatan, InshaAllah.
3. Adalah menjadi satu kewajipan syarak ke atas setiap warganegara untuk mematuhi arahan,
panduan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan untuk mengekang
penularan virus ini dan menghapuskannya.
7
Seiring berlalunya masa, kes dan penularan wabak semakin berkurang dan perubahan
serta kelonggaran pun diberikan bagi solat berjemaah di masjid seperti garis panduan
terkini yang tertera:

8
9
⬗ Adapun ketika telah mendapat keringanan daripada pihak Kementerian Kesihatan, umat islam yang beriman perlulah
mengikuti dan patuh atas arahan dan SOP yang diberikan. Berdasarkan firman Allah:

ِ ‫َأهُّي َا اذَّل ِ َين آ َمنُوا َأ ِطي ُعوا اللَّـ َه َوَأ ِطي ُعوا َّالر ُسو َل َوُأويِل اَأْل ْم ِر ِمنمُك ْ ۖ فَ ن تَنَ َازعْمُت ْ يِف يَش ْ ٍء فَ ُردُّو ُه ىَل اللَّـ ِه َو َّالر ُس‬
‫ول‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬
‫ون اِب للَّـ ِه َوالْ َي ْو ِم اآْل ِخ ِر ۚ َذٰ كِل َ َخرْي ٌ َوَأ ْح َس ُن تَْأ ِوياًل‬
َ ُ‫ن ُكنمُت ْ تُْؤ ِمن‬
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-
‫ِإ‬
Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar
beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah al-Nisa’: 59)

10
Penggunaan Vaksin Yang Dihasilkan Oleh Najis
 Hukum Penggunaan Vaksin
Dalam hal ini, jika diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan. Jika diperbuat daripada bahan
yang najis, ia terbahagi kepada dua:
1.Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis. Ini kerana sabda Rasulullah SAW
daripada Abu Darda’ yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah
menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat
dengan (perkara-perkara) yang haram.”

2.Jika di sana tidak ada jalan alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam perkara darurat. Terdapat
beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini.
Kaedah‫ت‬ƒƒ‫ظورا‬ƒƒ ‫حمل‬ƒƒƒ‫يح ا‬ƒ‫ب‬ƒƒƒƒ‫تت‬ƒƒ‫ا‬ƒ‫لرضور‬ƒƒƒ‫ ا‬iaitu mudarat mengharuskan yang haram.
Tetapi kaedah ini diikat dengan kaedah lain iaitu ‫ها‬ƒ‫قدر‬ƒƒƒƒƒ‫قدر ب‬ƒƒƒƒ‫تت‬ƒƒ‫ا‬ƒ‫لرضور‬ƒƒƒ‫ ا‬yang bermaksud mengambil
darurat cukup yang perlu sahaja.
 Dalam penetapan hukum yang melibatkan penggunaan konsep dharurah, terdapat beberapa
syarat yang perlu dipenuhi sepertimana berikut:

1.Dharurah itu memang benar-benar berlaku, bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas
kemusnahan nyawa atau pun harta benda. Kalau kekhuatiran itu berdasarkan andaian,Maka
andaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan
pemerhatian.
2.Orang yang berada dalam keadaan dharurah itu tidak ada jalan yang lain dibenarkan oleh
syarak untuk mengelakkan kemudharatan itu. contohnya seseorang yang amat perlu untuk
meminjam wang, maka ia mesti memilih pinjaman tanpa riba’ kerana zaman ini sudah ada
alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba’.

12
3.Orang yang dalam keadaan dharurah (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara
yang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi syariat Islam dan usul akidah Islam, seperti
tidak halal dia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain
kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan). Ini bererti jika
melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, Cuma yang ada beberapa jalan yang
haram, maka ia mesti memilih mudharat yang lebih ringan dan tidak terang-terang melanggar
perkara-perkara asasi dalam Islam.
4.Ketika melepaskan keadaan dharurahnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar
yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan
kaedah keadaan dharurah diukur dengan tingkatannya. Contohnya, seseorang yang hampir mati
kerana kelaparan dan makanan yang ada hanyalah seketul daging babi ,hendaklah dia
memakannya sekadar untuk memulihkan tenaganya sahaja.
13
5. Dalam isu tepaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat
tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor
yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti
tiada ubat lain yang halal untuk diambil.

14
 Perintah untuk mendapatkan rawatan dan keharusan berubat dengan menggunakan benda
haram.

Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan
individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada
kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak
seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.
Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-
klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak
yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan
penyakit-penyakit merbahaya tersebut.

15
⬗ Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak
dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan
Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit
perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh
menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
12 Jun 2015 bersamaan 25 Syaaban 1436H

16
Istitha’ah Dan Kewajipan Ibadah Haji
Maksud istitha’ah adalah kemampuan menunaikan ibadah haji bukan hanya tertumpu
kepada kemampuan dari segi wang ringgit semata-mata.

ٍ‫ۙ َو َا ِ ّذ ْن ىِف النَّ ِاس اِب لْ َح ّ ِج يَْأت ُْو َك ِر َجااًل َّوعَىٰل لُك ِ ّ ضَ ا ِم ٍر يَّْأ ِتنْي َ ِم ْن لُك ِ ّ فَ ّ ٍج مَع ِ ْيق‬
27. Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu
dengan berjalan kaki, atau mengendarai setiap unta yang kurus, mereka datang dari
segenap penjuru yang jauh.
(QS. Al-Hajj Ayat 27)

17
‫ۗ ِف ْي ِه ٰايٰ ٌۢت ب َ ِ ّينٰ ٌت َّم َقا ُم ِا ْب ٰر ِهمْي َ ۚە َو َم ْن َد َخهَل ٗ اَك َن ٰا ِمنًا ۗ َوهّٰلِل ِ عَىَل النَّ ِاس ِح ُّج الْ َبيْ ِت َم ِن ا ْس َت َطا َع ِالَ ْي ِه َس ِب ْياًل‬
‫َو َم ْن َك َف َر فَ ِا َّن اهّٰلل َ غَيِن ٌّ َع ِن الْ ٰعلَ ِمنْي َ ۝‬
97. Di sana terdapat tanda-tanda yang jelas, (di antaranya) maqam Ibrahim. Barangsiapa memasukinya (Baitullah)
amanlah dia. Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, yaitu
bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barangsiapa mengingkari (kewajiban) haji, maka
ketahuilah bahwa Allah Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam
(QS. Ali 'Imran Ayat 97)

18
Kemampuan mempunyai dua jenis iaitu secara langsung dan secara tidak langsung;

Kemampuan secara langsung


seseorang itu mampu melakukan sendiri ibadah haji dan umrah disebabkan masih berupaya iaitu badan yang sihat
seperti sanggup menempuh perjalanan dan melakukan kerja ibadah berkenaan tanpa mengalami kemudaratan berat
dan kesulitan tidak mampu ditanggungnya.

Kemampuan secara tidak langsung


seorang mukallaf yang memiliki harta mencukupi untuk mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya sama
ada semasa dia masih hidup atau selepas meninggal dunia. Hal ini kerana, diri sendiri tidak berupaya melakukannya
disebabkan tua, berpenyakit dan seumpamanya.

19
‫أ َّن ا ْم َرَأ ًة ِم ْن َخثْ َع َم قَالَ ْت‬:
‫هللا َّن َأيِب َأد َْر َك ْت ُه فَ ِريْضَ ُة الْ َح ّ ِج َش ْي ًخا َك ِبرْي ً ا َال ي َ ْستَ ِط ْي ُع َأ ْن ي َ ْس َت ِو َى عَىَل َّالرا ِحةَل ِ َأفََأ ُح ُّج َع ْنهُ؟ قَا َل‬
ِ ‫اَي َر ُس ْو َل‬:
‫ِإ‬
‫ُح ِ ّجى َع ْن ُه‬
"Bahawa seorang wanita dari Khats'am berkata: 'Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku wajib menunaikan haji
ketika dia sudah tua, dia tidak mampu tinggal di dalam kenderaan, apakah aku
menunaikan haji untuk mewakilinya?' Dia menjawab: 'Menunaikan haji untuk (mewakilinya!). '"
(HR Abdullah Ibnu 'Abbas)

20
Dalam melaksanakan ibadah haji, salah satu perkara perlu diselesaikan dahulu yang menjadi kewajipan bagi haji
ialah perlunya ada istitha’ah.
“Berdasarkan kepada sebuah hadis, apabila Nabi SAW ditanya mengenai lima istitha’ah lisabilillah, Rasulullah
berkata, “Adanya bekalan yang mencukupi baginya menuju ke Makkah sehingga pulang, disamping bekalan kepada
keluarganya di bawah tanggungannya di tanah watannya.

 Kedua ialah istitha’ah dengan makna adanya kenderaan yang menyampaikan seseorang menuju ke Makkah.
Maksudnya seperti kapal terbang atau apa-apa kenderaan yang selesa saat yang sama termasuk perjalanan
menuju ke sana penuh dengan aman, tidak ada rusuhan, tidak ada perkara yang membawa ke arah peperangan
dan seumpamanya Istitha’ah menunaikan haji juga terbahagi kepada beberapa faktor termasuk kuota atau
kebenaran haji daripada kerajaan Arab Saudi, mahram, kesihatan dan keselamatan.

21
 Masalah kuota atau kebenaran mengerjakan haji dikeluarkan Kerajaan Arab Saudi juga termasuk dalam istito’ah
bagi menghormati polisi sesebuah negara kerana asas dipegang dan dilaksanakan mereka. Seluruh umat Islam
dari pelusuk dunia mahu melaksanakan haji termasuk negara minoriti Islam atau majoriti Islam.

 Keperluan mahram dilebarkan lagi mengenai kebolehan wanita pergi ke Makkah apabila wujudnya nisak thiqah.
(Ia bermaksud jika ketiadaan suami atau mahram maka dibolehkan pergi bersama dua perempuan yang thiqah
(dipercayai, amanah dan taat) dan memadai juga kepadanya seorang wanita yang thiqah.)
- Mahram adalah penting bahkan wajib, tetapi bentuknya yang pertama adalah mahram seperti adik-beradik, bapa
begitu juga suaminya. Sekiranya tidak ada, wanita thiqah sebagaimana dinaskan dalam Mazhab Syafie

22
 Mengenai istitha’ah dalam konteks kemampuan kesihatan mengerjakan haji kajian dibentangkan dalam
muzakarah haji membahagikan kesihatan kepada dua:

-Pertama kesihatan yang sukar, kronik dan terpaksa menggunakan sejumlah besar perbelanjaan andai dipilih
menjadi Jemaah. Dia boleh dibadalkan hajinya kerana tidak mampu atau mempunyai kesukaran untuk menyelesai
serta menyempurnakan ibadah haji.

-Kedua, sakit yang dianggap sebagai tidak kronik seperti asma, kencing manis, darah tinggi, gaot atau seumpamanya
yang memungkinkan dengan menggunakan ubat-ubatan atau dengan bantuan Tabung Haji melalui pegawai
kesihatan yang ditugaskan, maka di situ kemampuan kesihatan seperti itu dibolehkan

23
 Keselamatan juga dilihat dalam bentuk lebih luas iaitu dari segi dasar dikemukakan atau pandangan negara
seperti berlakunya pergolakan atau musibah yang membawa kepada ketidakamanan dan memberi risiko kepada
jemaah haji.

-Keselamatan hendaklah diambil kira kerana keamanan dalam perjalanan, di tempat tujuan dalam melaksanakan
ibadah haji penting yang perlu kita fahami sebaiknya supaya ibadah haji dilakukan dalam keadaan hati tenang dan
sempurna akhirnya dengan kesempurnaan melayakkan seseorang mendapat haji mabrur.

Datuk Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri


Mufti Wilayah Persekutuan
18 November 2019
Harian Metro

24
Hadis yang dijadikan dasar kewajiban haji:

٬‫ﷲ‬ ِ ‫ َو َا َّن ُم َح َّمدً ا َر ُس ْو ُل ا‬٬‫اﷲ‬ ُ َّ‫ عَىَل مَخ ْ ٍس َشهَا َد ِة َا ْن آل ِاهَل َ ِاال‬ƒ‫بُىِن َ ا ِال ْس َال ُم‬
‫ َو ِح ِّج الْ َبيْ ِت ِل َم ْن ِا ْس َت َطا َع ِال َ ْي ِه َس ِب ْي ًال‬٬ ‫ َوص ْو ِم َر َمضَ َان‬٬ ‫الص َال ِة َوِايْ َتا ِء َّالزاكَ ِة‬
َّ ‫َوِاقَا ِم‬
“Islam dibangun atas lima perkara; bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahwa Muhammad adalah
utusan Allah, mendirikan salat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadan dan melakukan haji ke Baitullah bagi
orang yang mampu melakukan perjalanan ke sana.
(HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
.

25
Zakat Pertanian Bukan Makanan Ruji
 Makanan ruji merupakan makanan utama bagi sesuatu kaum namun berbeza mengikut tempat.
 Makanan kanji yang tidak mahal dari sumber sayuran seperti di Malaysia ialah nasi.

 DALIL ZAKAT PERTANIAN


Kewajipan menunaikan zakat pertanian telah disebutkan secara terang dan jelas dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak
menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan
buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari
buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.
[Surah Al-Anam (6): 141]

26
Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang bermaksud:
Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda : Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata
air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka
zakatnya seperduapuluh (5%)? (HR Bukhari)

 HASIL-HASIL PERTANIAN YANG DIWAJIBKAN ZAKAT


Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradawi, beliau telah menjelaskan bahawa semua jenis tanaman diwajibkan zakat. Ini menurut
pegangan dan pendapat oleh Imam Abu Hanifah yang bersumber dari penegasan Khalifah Umar bin Abdul Aziz,
Mujtahid, Hamad, Daud, dan al-Nakhai. Hal ini berpandukan landasan bahawa:

27
1.Prinsip umum firman Allah SWT dalam al-Quran (yang bermaksud): …dan sebahagian dari apa
yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
(Surah al-Baqarah ayat [2]: 267)
2. Firman Allah SWT yang bermaksud: …dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik
atau menuainya.
(Surah Al-An’am [6]: 141)
3. Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air,
atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan
tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%), tanpa membezakan tanaman asasi mahupun yang
bukan.

28
 NISAB DAN HAUL ZAKAT PERTANIAN
Jumhur ulama berpendapat bahawa tanaman sama sekali tidak diwajibkan zakat sehingga sampai jumlah lima bebanan
unta (5 wasaq) berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Dan tidak ada zakat pada kurang daripada lima Awsuq (bersamaan 363 gantang Malaysia)
[Hadis oleh Abu Said Al-Khudri, HR Bukhari].
Hadis ini disepakati sebagai sahih.
Berbanding jenis-jenis harta lain yang dikenakan zakat, zakat pertanian dikecualikan daripada ketetapan haul kerana
hasil pertanian dikutip apabila tiba waktu menuainya sahaja, berdasarkan firman Allah SWT:
Dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya
[Surah Al-An’am (6): 141]
Justeru nisab Zakat Pertanian ialah 5 Awsuq (bersamaan 363 gantang Malaysia), dan kewajipannya tanpa perlu
menunggu setahun (haul).

29
 KADAR DAN PENGIRAAN ZAKAT PERTANIAN
Tanam-tanaman yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus
pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilnya. Tanaman yang diusahakan dengan menggunakan tenaga
manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera atau dengan perbelanjaan yang banyak maka kadar zakatnya ialah
5% atau 1/20. Manakala tanaman yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau hidup dengan aliran sungai
atau parit maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10. Kaedah ini bersumberkan hadis sahih riwayat Jabir RA:
Yang dijirus oleh sungai dan hujan 10 peratus dan dijirus dengan unta 5 peratus.
(HR Muslim)

30
Manakala bagi tanam-tanaman yang mengunakan kedua-dua cara di atas maka telah ditetapkan kadar alternatif
sebanyak 7.5%
o Pilihan diberikan kepada pengusaha untuk mengira sama ada menggunakan kaedah Zakat Pertanian ataupun
kaedah Zakat Perniagaan. Kebiasaannya hanya makanan asasi sahaja yang dikira mengikut kaedah Zakat
Pertanian. Manakala bagi tanam-tanaman yang lain akan dikira mengikut kaedah Zakat Perniagaan. Hal ini
kerana tanaman tersebut diusahakan dengan jumlah yang banyak serta dipelbagaikan dengan usaha yang lain
dan selalunya diniagakan dalam pelbagai industri perniagaan.

31
Sekian Terima Kasih
Unit: Pendidikan Islam 1
1. Ahmad Izzul Azizan Almubarak bin Takdir
2. Habil bin Azrul Amizam
3. Muhammad Syurahbil bin Mohamad Said
4. Adib Hazarith bin Haznan

32

Anda mungkin juga menyukai