Anda di halaman 1dari 170

BEBERAPA PERSOALAN TENTANG SOLAT

Pendahuluan Tidak Mengikut Mazhab Tertentu Dalam Tatacara Solat : 1 Tidak Melafazkan Niat Sebelum Memulakan Solat : 2 Cara Membaca Doa Iftitah : 3 Meletakkan Tangan Di Atas Dada Ketika Berdiri (Qiyam) : 4 Tidak Membaca Basmalah Sebelum Dibacakan Surah Al-Fatihah : 5 Makmum Tidak Membaca Surah Al-Fatihah : 6 Bacaan Sesudah Al-Fatihah : 7 Menggerakkan Jari Telunjuk Ketika Tasyahhud (Tahiyat) : 8 Tambahan Sayyidina Dalam Selawat : 9 Tidak Berzikir Sesudah Solat : 10 Zikir-Zikir Sesudah Solat : 11

Tatacara Perlaksanaan Sujud Sahwi : 12


Meninggalkan Qunut Subuh : 13 Adakah Solat Perempuan Berbeza Dengan Lelaki? : 14 Penutup Rujukan

KATA PENGANTAR

.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Kepada-Nya kita memuji, memohon pertolongan dan kepada-Nya jua kita meminta ampun. Kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dia tidak akan mendapatkan kesesatan. Barangsiapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat memberikannya petunjuk kecuali hanya Dia. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah yang maha Esa, tidak ada sekutu baginya dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenarbenar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.[1]

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.[2]

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.[3]

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam . Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan semua yang diada-adakan adalah bidah. Semua yang bidah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.[4]

Sesungguhnya persaudaraan dan penyatuan antara sesama umat Islam merupakan satu nikmat kurniaan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang seharusnya kita pertahankan dengan bersungguh-sungguh. Kekuatan umat Islam banyak bergantung kepada kesatuan ini dan sekiranya umat Islam berpecahbelah maka pasti akan timbul bencana yang boleh menyebabkan golongan kuffar mengambil kesempatan untuk menewaskan atau melemahkan posisi umat Islam. Umat Islam pada zaman Rasululllah shalallahu 'alaihi wasallam begitu memerhatikan konsep persaudaraan ini dan mereka bersikap berkasih sayang sesama umat Islam. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Nabi Muhammad (shalallahu 'alaihi wasallam) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)...[5]

Dengan mempraktikkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas, maka Islam telah melalui zaman gilang-gemilangnya sehinggakan Empayar Rom dan Parsi yang dianggap kebal pada masa itu telah berjaya ditewaskan oleh tentera Islam. Tetapi malangnya keadaan sekarang sudah berubah malah terbalik. Umat Islam lebih gemar mengampu dan berkasih sayang terhadap golongan kuffar dan bersikap keras serta tegas ke atas saudaranya yang seagama. Lihatlah bagaimana negara-negara Islam mengampu Amerika Syarikat dan sekutunya dan membiarkan dua buah negara Islam iaitu Afghanistan dan Iraq diceroboh oleh tentera kuffar. Lihatlah bagaimana kegagalan negara-negara Arab untuk bersatu sehingga tanah umat Islam di Palestin dirampas oleh orang Yahudi dihadapan mata mereka tanpa mereka mampu untuk berbuat apa pun. Oleh itu kita harus sedar betapa pentingnya untuk kita mengelakkan terjadinya perpecahan dan berusaha dengan gigih untuk mendamaikan pihak-pihak sesama Islam yang bertelingkah. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.[6]

Oleh itu segala ruang yang boleh menimbulkan perpecahan umat Islam di Malaysia harus kita tutup serapat mungkin. Penulis melihat antara subjek yang sentiasa menjadi bahan polemik di dalam masyarakat adalah berkaitan tatacara perlaksanaan ibadah solat. Umat Islam saling tuduh-menuduh sesama mereka bahawa tatacara solat pihak yang lain sebagai tidak sah atau bertentangan dengan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Adakalanya polemik ini bertukar menjadi buruk sehingga ada yang bermasam muka malah ada yang sampai ke tahap saling sesat-menyesatkan dan kafirmengkafirkan. Antara faktor yang menyumbang ke arah kekusutan kemelut ini adalah:

1. Kejahilan terhadap sunnah-sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. 2. Sikap taklid buta iaitu hanya mengikut amalan kebiasaan yang diwarisi secara turuntemurun tanpa ingin mengetahui samada amalan tersebut bersumber dari al-Quran atau al-Sunnah. Termasuk dalam kategori ini adalah sikap hanya menerima sahaja ajaran guru-guru agama tanpa ingin mengetahui dalil yang mereka pergunakan dalam mengeluarkan pendapat masing-masing. 3. Sikap fanatik mazhab sehinggakan mengutamakan pendapat mazhab masing-masing dari dalil yang datang dari al-Quran dan al-Sunnah. Ini juga termasuk terlalu mengagung-agungkan ajaran guru masing-masing sehinggakan mereka diletakkan ke taraf maksum dan pendapat mereka seolah-olah tidak boleh dibantah langsung.

Di Malaysia sebagai contohnya kita telah melihat perdebatan hangat berkaitan dengan tatacara solat di antara Golongan Muda dan Golongan Tua atau kelompok Wahhabiyah dan

Syafiiyyah[7] yang telah berlarutan sekian lama. Melalui pengalaman penulis sendiri secara peribadi
dan di alam cyber, seringkali tatacara solat golongan Wahhabiyah atau Ahl al-Sunnah ini dipertikaikan keabsahannya hanya kerana ianya tidak seperti kebiasaannya yang diamalkan oleh kebanyakan orang Islam di Malaysia. Permasalahan ini adalah disebabkan oleh pemikiran yang tertutup kerana terlalu terikat dengan amalan tradisi dan warisan serta kejahilan atas sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dalam perkara berkaitan dengan tatacara solat tersebut. Pepatah Arab ada menyatakan Faman jahila

shay-a aadaahu yang bermaksud Maka sesiapa yang tidak kenal (mengetahui) sesuatu perkara itu, nescaya dia akan berseteru (menolak) terhadap perkara itu. Kejahilan adalah antara faktor utama yang
menyebabkan manusia mempertikaikan sesuatu perkara yang sebenarnya dicontohkan dari Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam melalui hadis-hadis baginda yang sahih. Penulis berkeyakinan jika dalil
yang membelakangi sesuatu amalan itu ditonjolkan dengan cara yang penuh hikmah pasti ianya akan melapangkan dada umat Islam yang saling berselisih pendapat dan menerima perbezaan tersebut kecuali mereka yang sememangnya taksub (fanatik) terhadap pendapat sendiri.

Penulis di dalam buku ini berusaha untuk membahaskan empat belas perkara berkaitan dengan solat fardhu termasuk solat Jumaat yang sering terjadi perdebatan hangat tentang tatacara perlaksanaannya dan penulis namakan buku ini Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat. Insya-Allah penulis akan sedaya upaya untuk membahaskan topik-topik tersebut seadil mungkin dengan menggunakan al-Quran dan al-Sunnah sebagai neraca kerana Nabi shalallahu 'alaihi wasallam telah memberi jaminan bahawa selagi mana kita berpegang kepada keduanya kita tidak akan tersesat. Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Aku telah meninggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Nabinya.[8]

Semoga melalui buku ini sedikit sebanyak akan dapat meningkatkan pengetahuan para pembaca berkaitan dengan ibadah solat agar dapat membanteras budaya taklid buta dan fanatik mazhab. Sesungguhnya terdapat begitu banyak hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang menjelaskan tatacara solat baginda shalallahu 'alaihi wasallam yang sepatutnya lebih kita utamakan daripada pendapat orang lain walaupun setinggi mana statusnya pada mata kita dan masyarakat.

Dalam mengusahakan buku ini, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beberapa sahabat yang telah membantu menyempurnakannya: Khairul Amin dan Sakinah Ariff Johor kerana telah menyemak terjemahan hadis-hadis yang dikemukakan, Maryati Mat Nasir kerana telah membaca pruf dan Hafiz Firdaus Abdullah kerana telah memberikan rujukan dan kekuatan darjat (takhrij) bagi hadis-hadis yang terdapat dalam buku ini.[9] Walaubagaimanapun seandainya terdapat apa-apa kesilapan atau kekurangan dalam buku ini, maka ia adalah di atas tanggungjawab penulis. Sebarang pembetulan dan pembaikan dialu-alukan. Ia boleh disampaikan kepada penulis sama ada melalui talifon: 016-2640722 atau e-mel: akob73@yahoo.com

Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai wadah untuk kita sama-sama berusaha memperbaiki tatacara solat kita agar bertepatan dengan Sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang banyak mengajar penulis tentang sifat solat sebagaimana yang

dikerjakan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam seperti Ustaz Rasul Dahri, Dr. Abdullah Yassin dan Ustaz Hussain Yee.

Setinggi penghargaan juga kepada kedua ibu bapa yang dihormati, seluruh ahli keluarga yang dikasihi terutamanya isteri yang tercinta Wan Haslini Wan Kamaruzaman, rakan dan sahabat Tuan Hassan Tuan Lah, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain (Alamghiri), Muhammad Khairul (Abu Adam), Maryati Mat Nasir, Muhammad Rafiq (Saw Eng Sian), Zayed, Dr. Imran, Muhammad Affendi (Abu Nurul), Fazila Sazali Fathoni, Saudara Mazlan (PERKIWIRA) dan seluruh ahli Fikrah Net, atas sokongan dan dorongan yang kesemua mereka ini berikan sehingga tersusunnya buku ini.

Semoga Allah membalas jasa mereka dengan ganjaran pahala yang lebih baik di dunia dan akhirat. Semoga amalan yang baik dan ilmu yang berfaedah ini diterima oleh Allah Subhanahu wa

Ta'ala.

Abu Iqbal Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur July 2005 / Jamadilakhir 1426H

[1] Aali-Imraan (3):102 [2] al-Nisaa (4): 1 [3] al-Ahzaab (33): 70-71 [4] Ali Imran (3): 103 [5] al-Fath (48): 29 [6] al-Hujuraat (49): 10

[7] Kaum Muda atau Wahhabi ini adalah gelaran yang berbentuk negatif sebagai sindiran diberikan kepada mereka yang ingin kembali kepada Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan diwarisi oleh para sahabat dan seluruh generasi al-salaf al-Ummah yang diiktiraf sebagai generasi terbaik bagi umat Islam. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al-Bukhari rahimahullah (Shahih al-Bukhari, hadis no. 3650):


Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiin) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiut at-Tabiin).

Mereka tidak hanya terikat atau bertaqlid kepada satu mazhab malah mereka menganjurkan ittiba iaitu menerima dan mengikut sesuatu pendapat yang lebih tepat setelah mengetahui keterangan yang jelas dari kitab al-Quran dan Hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang sabit. Ini bukan bermakna mereka menolak mazhab-mazhab yang wujud dalam Islam, tetapi mereka menentang budaya taksub mazhab iaitu meletakkan pandangan mazhab lebih tinggi daripada perintah Allah Subhanahu wa Taala dan Rasul-Nya shalallahu 'alaihi wasallam. Kaum Muda atau Wahhabi ini secara yang lebih tepat dikenali sebagai Ahl al-Sunnah, Salafiyah, Firqah al-Najiyyah, al-Taifah alMansurah, Ittiba al-Sunnah dan Anshar al-Sunnah. Untuk mengkaji sejarah kemasukan dan perkembangan gerakan ini di Malaysia, sila baca sebuah kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia yang telah dibukukan, bertajuk Gerakan Pembaharuan Islam: Satu Kajian Di Negeri Perlis Dan Hubung Kaitnya Dengan Malaysia.

Kaum Tua atau Shafiiyyah pula adalah kelompok yang sentiasa mempertahankan amal ibadah yang telah diamalkan secara turun-temurun sekalipun amalan tersebut tidak memiliki dalil yang sahih dari al-Quran mahupun sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Mereka menggunakan gelaran Shafiiyyah untuk menunjukkan mereka bermazhab al-Syafii walaupun terdapat banyak amalan mereka yang sering dipolemikkan dengan kaum muda itu sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan ajaran al-Syafii. Ada dari kalangan mereka yang begitu taksub dengan Mazhab alSyafii dan menolak apa sahaja pandangan yang tidak selari dengannya. Walaupun begitu kedua-dua pihak adalah Muslim yang bersaudara yang sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan perpecahan.

[8] Sahih: Dikeluarkan oleh Malik di dalam al-Muwattha, hadis no. 1395. Beliau tidak menyebut sanadnya tetapi sekadar berkata disampaikan (kepadaku) bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda. Ini adalah kaedah khusus di sisi Malik terhadap hadis-hadis yang diterimanya melalui jalan periwayatan yang banyak. Berkata Ibn Abd al-Barr: Dan ini juga (adalah hadis yang) terpelihara, dikenali lagi masyhur daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan para ahli ilmu, kemasyhurannya menyebabkan ia tidak memerlukan sanad. [al-Tamhid, jld. 24, ms. 331] [9] Catitan penyunting: Dalam menerangkan darjat hadis-hadis dalam buku ini, manhaj yang saya gunakan adalah:

1. Hadis-hadis disebut rujukannya secara ringkas sahaja, paling kurang kepada sebuah kitab. Ini tidaklah
bermakna hadis tersebut tidak wujud dalam kitab-kitab hadis yang lain.

2. Hadis-hadis daripada Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim adalah sahih dengan tersendirinya. 3. Adapun hadis-hadis selain kedua-dua kitab sahih tersebut, saya akan menerangkan darjatnya berdasarkan
penilaian ahli hadis masa kini seperti Muhammad Nashr al-Din al-Albani rahimahullah dan Syuaib alArnauth hafizahullah.

4. Di mana boleh saya akan menyertakan juga penjelasan para ahli hadis masa lalu terhadap darjat hadis-hadis
tersebut.

5. Penomboran hadis adalah berdasarkan susunan para penelitiannya, dan ia adalah seperti berikut:
a): Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim dan Sunan Ibn Majah berdasarkan susunan Fuad Abd al-Baqi. b): Sunan Abu Daud berdasarkan susunan Muhib al-Din Abd al-Hamid. c): Sunan al-Tirmizi berdasarkan susunan Ahmad Syakir. d): Sunan al-Nasai berdasarkan susunan Abu Fattah Abu Ghudah. e): Musnad Ahmad berdasarkan susunan Syuaib al-Arnauth, disertai rujukan kepada edisi 6 jilid dalam kurungan.

PENDAHULUAN

Menurut Dr. Shalih bin Ghanim bin Abdillah al-Sadlani: Makna solat dari Allah adalah Rahmat, sedangkan makna solat dari seseorang adalah doa dan istighfar. Manakala dalam istilah syari solat bererti, ...rukunrukun yang dikhususkan dan zikir yang telah dimaklumi dengan syarat-syarat yang dibatasi dengan waktu-waktu tertentu, atau perkataan dan perbuatan yang diawali dengan takbiratul ihram dan ditutup dengan salam disertai dengan niat.[1] Ibadah solat merupakan satu bentuk ibadah yang paling utama di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ianya merupakan rukun Islam yang kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah. Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang apakah Islam, lantas baginda menjawab :

.
Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke rumah Allah (Baitullah) dan puasa di bulan Ramadhan.[2]

Tidak seperti ibadah lain, kewajipan ibadah solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pada malam berlakunya peristiwa Isra Miraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas radhiallahuanh:

. :
Pada malam Isra difardhukan kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat sebanyak lima puluh kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapanKu tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali.[3]

Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadah solat yang melebihi ibadahibadah lain. Ibadah solat juga merupakan tiang yang asas bagi agama Islam dan sekiranya tiang ini runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan dengan agama. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

.
Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad.[4]

Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan bahawa ibadah solat adalah penentu keimanan seseorang. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan pelakunya gugur keimanannya. Ancaman ini pernah disuarakan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana sabdanya:

.
Perjanjian di antara kita (orang Islam) dan mereka (orang kafir) ialah solat, dan barangsiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir.[5]

.
Sesungguhnya yang memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat.[6]

Beginilah tingginya martabat ibadah solat di sisi Islam. Maka tidaklah menghairankan sekiranya perkara yang mula-mula dihisab ketika di hari akhirat nanti adalah ibadah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat maka sia-sialah segala amal ibadahnya yang lain. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang diperjelaskan oleh Abu Hurairah radhiallahuanh:

...
Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung...[7]
Oleh itu sepatutnya seluruh umat Islam memberi perhatian yang tinggi terhadap kesempurnaan ibadah solat ini kerana implikasi ibadah solat terhadap diri kita semua sebagaimana yang telah saya paparkan di atas adalah begitu besar. Oleh itu perlu wujud di jiwa seluruh umat Islam untuk bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan ibadah solat dan meningkatkan keperihatinan kita untuk mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Ini adalah kerana manusia yang paling sempurna cara solatnya di bumi Allah Subhanahu wa Ta'ala ini adalah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Tidak mungkin ada yang berani menyanggah kenyataan bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam adalah contoh ikutan terbaik untuk semua manusia yang beriman kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana

baginda telah dididik oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala secara langsung melalui wahyu-wahyuNya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[8]

Semoga perbahasan seterusnya di dalam buku ini dapat membawa kita lebih hampir kepada sifat solat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam Insya-Allah.

[1] Shalih bin Ghanim bin Abdillah al-Sadlani, Shalat Jamaah: Panduan Hukum, Adab, Hikmah, Sunnah dan Peringatan Penting Tentang Perlaksanaan Shalat Berjemaah (edisi terjemahan oleh M. Nur Abrari, Pustaka Arafah, Solo, 2002), ms. 17. [2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 8 dan Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 16. [3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih gharib. Ia juga dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 213. [4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih. Juga dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 2616. [5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih gharib. Juga dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 2621. [6] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 82. [7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata: Hadis Abu Hurairah adalah hasan gharib. Juga dikeluarkan oleh Abu Daud dengan maksud yang sama dan ia disahihkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani sebagaimana sebut al-Murakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadis di atas. Hadis ini disahihkan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 413. [8] al-Ahzaab (33):21. Penulis sengaja mengulangi ayat ini di beberapa tempat dalam buku ini kerana ingin menekankan betapa pentingnya untuk kita mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam amal ibadah harian kita dan ianya juga adalah berbentuk perintah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

1
TIDAK MENGIKUT MAZHAB TERTENTU DALAM TATACARA BERSOLAT
Antara isu yang sering diperdebatkan adalah tentang kewajipan untuk mengikuti hanya satu mazhab di dalam segala perkara berkaitan dengan fiqh termasuk dalam ibadah solat. Di dalam masyarakat Islam di Malaysia telah tersebarnya fahaman bahawa sekiranya seseorang itu tidak mengikuti satu mazhab tertentu dalam ibadah solat maka dia telah dianggap melakukan talfiq[1]. Pada tanggapan mereka mengamalkan talfiq adalah suatu perbuatan yang diharamkan dan dengan itu solat yang tidak bertaklid kepada hanya pada satu mazhab adalah tidak sah. Sebelum penulis menjawab kekeliruan di atas, ingin penulis sisipkan beberapa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang kewajiban kita untuk mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam apa jua keadaan.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyakbanyak (dalam masa susah dan senang).[2]

Ayat ini merupakan pokok dan dasar yang agung dalam anjuran dari Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, baik dalam perkataan, perbuatan mahupun keadaan atau keperibadian baginda shalallahu 'alaihi wasallam. Seterusnya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.[3]

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya telah menentukan hukum ke atas sesuatu perkara, maka tidak diperbolehkan untuk sesiapapun menentang hukum-hukum tersebut. Sesungguhnya manusia tidak memiliki pilihan selain tunduk atas segala yang telah diputuskan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.[4]

Melalui ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala mewajibkan bagi kita sekiranya terjadi sesuatu perselisihan pendapat samada dalam perkara yang pokok atau cabang dalam agama, hendaklah dirujuk semula kepada al-Quran dan al-Sunnah untuk mendapatkan kepastian tentang pandangan mana yang lebih benar dan tepat. Keengganan melakukan sedemikian mencerminkan sikap seseorang yang tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat. Maka dengan berdalilkan ayat-ayat di atas, Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah berpendirian untuk tetap berada di atas sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam apa jua bentuk ibadah terutamanya dalam solat. Ini kerana Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

" Solatlah

kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[5]

Sabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam ini secara jelas mewajibkan kita semua untuk mencontohi tatacara ibadah solat baginda. Ahl al-Sunnah berkeyakinan tidak ada manusia yang lebih sempurna solatnya selain Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam kerana baginda merupakan contoh ikutan terbaik sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah al-Ahzaab ayat ke 21 seperti yang telah penulis paparkan di atas. Mencontohi insan yang sempurna (maksum) ini dapat menjaminkan perlaksanaan ibadah solat yang sempurna. Kesempurnaan dalam ibadah solat ini pula akan memudahkan kita untuk memperolehi keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala . Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Lima solat yang diwajibkan Allah, barangsiapa melakukan wuduk dengan sempurna dan melaksanakan solat pada waktunya, ruku dan sujudnya dengan khusyu secara sempurna, mendapatkan janji dari Allah akan memperoleh ampunan-Nya. Barangsiapa yang tidak melakukan hal ini tidak akan mendapat janji ampunan dari Allah. Jika Allah berkehendak, dia akan diampuni atau dia akan diazab.[6]

Berpijak atas dasar ini maka telah wujud kesepakatan antara keempat-empat imam mazhab untuk mengutamakan al-Quran dan hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari pendapat mereka sendiri. Malah mereka melarang keras manusia untuk bertaklid kepada mereka apabila pendapat mereka bertentangan dengan Kitabullah dan hadis-hadis tersebut.

Berkata Abu Hanifah rahimahullah: Kalau saya mengemukakan suatu pendapat yang bertentangan dengan al-Quran dan Hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, tinggalkanlah pendapatku itu.[7]

Malik bin Anas rahimahullah pula berkata: Saya hanyalah seorang manusia, terkadang salah, terkadang benar. Oleh itu, telitilah pendapatku. Bila sesuai dengan al-Quran dan al-Sunnah, ambillah; dan bila tidak sesuai dengan al-Quran dan al-Sunnah, tinggalkanlah.[8]

Sementara itu Muhammad bin Idris al-Syafii rahimahullah berkata: Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah dari Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam menurut kalangan ahl al-Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya,


pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah aku mati.[9]

Selanjutnya al-Syafii rahimahullah juga pernah berkata: Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu.[10]

Ahmad bin Hanbal rahimahullah pula menyatakan sebagai berikut: Barangsiapa yang menolak hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, dia berada di jurang kehancuran.[11]

Oleh itu bolehlah kita rumuskan bahawa mazhab sebenar keempat-empat imam rahimahumullah tersebut berdiri atas tiga prinsip utama iaitu:

1. Kesahihan hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasalaam. 2. Jika pendapat mereka bertentangan dengan sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam,
mereka menolak pendapat mereka sendiri dan mengambil sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

3. Jika ada hadis yang sahih dalam suatu masalah yang bertentangan dengan pendapat
mereka, maka mereka menarik kembali pendapat mereka, baik ketika mereka masih hidup mahupun sesudah mereka meninggal.[12]

Abdullah Yassin menegaskan: Menurut Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah tidak ada seorang imam atau ulama pun yang terpelihara daripada kesilapan dan kesalahan walaupun mereka telah mencapai darjat ilmu yang sangat tinggi. Manusia yang maksum (tidak berbuat salah) hanyalah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh itu semestinya, para imam atau ulama menyesuaikan pandangan mereka dengan sunnah Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam . Hakikat ini sungguh diyakini oleh imam-imam


mazhab. Semua mereka berkata, Jika hadis itu sahih, itulah mazhabku.[13]

Oleh itu bukanlah menjadi satu kesalahan untuk meninggalkan pendapat mazhab masing-masing apabila terjumpa hadis yang sahih dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Ini telah dipraktikkan oleh para pengikut imam-imam tersebut. Sebagai contohnya anak murid Abu Hanifah iaitu Muhammad bin Hasan dan Abu Yusuf rahimahumullah telah menolak satu pertiga dari pendapat gurunya. Begitu juga dalam ibadah solat ini yang mana ianya bukanlah menjadi satu kesalahan untuk berittiba[14] kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan meninggalkan pendapat mazhab rasmi negara kita iaitu Mazhab al-Syafii kerana keempatempat imam mazhab termasuk Muhammad bin Idris al-Syafii sendiri tidak rela pendapat mereka lebih diutamakan dari al-Quran dan al-Sunnah. Mendahulukan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari pendapat mazhab masingmasing bukanlah perbuatan talfiq yang tercela, malah telah menjadi kesepakatan bahawa kewajipan dalam beribadah adalah dengan mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam segala permasalahan apatah lagi dalam ibadah yang paling utama dalam Islam iaitu solat. Mazhab-mazhab hanya bertindak sebagai sarana untuk memudahkan kita memahami hukum-hukum yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah: Sesungguhnya penyeruan untuk kembali kepada al-Sunnah tidak bermaksud meninggalkan semua mazhab yang ada baik secara global mahupun secara rinci, bahkan mereka (yang mengajak untuk kembali kepada sunnah Nabi shalallahu

'alaihi wasallam - Pen) senantiasa menghargai mazhab-mazhab tersebut dan


menghormati para imam mazhab sambil bergantung pada pandangan para imam untuk memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Mereka hanya meninggalkan pendapat para imam apabila jelas bertentangan dengan al-Kitab dan al-Sunnah.[15]

Tentang amalan memilih-milih antara mazhab atau talfiq maka tidak ada satu nas dari al-Quran dan hadis yang mengharamkannya. Begitu juga tidak ada satu nas dari al-Quran dan al-Sunnah yang mewajibkan kita hanya mengikuti satu mazhab sahaja. Yang wajib kita patuhi tanpa berbelah bagi adalah Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[16]

Berkata Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam Majmu al-Fatawa (jld. 22, ms. 252): Apabila seorang mengikut mazhab Abu Hanifah, Malik, al-Syafii atau Ahmad lalu dia melihat dalam sebahagian masalah, mazhab lain ternyata lebih kuat lalu dia mengikutinya, maka dia telah melakukan sesuatu yang baik. Dia tidak menyalahi agama mahupun kredibilitinya. Bahkan sikap ini adalah lebih benar dan lebih dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya shalallahu 'alaihi wasallam berbanding

seorang yang taksub kepada tokoh tertentu selain Nabi, seperti orang yang taksub kepada Malik atau al-Syafii atau Ahmad atau Abu Hanifah serta menganggap pendapat tokoh tersebut adalah benar yang mesti diikuti dan tidak boleh mengikuti pendapat imam yang berbeza (pendapat) dengannya. Sesiapa yang melakukan sedemikian, dia adalah orang jahil, sesat bahkan mungkin menjadi kafir[17]

Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi rahimahullah pula menerangkan: Mazhab-mazhab adalah pendapat dan pemahaman orang-orang berilmu dalam beberapa masalah serta ijtihad. Pendapat, ijtihad dan pemahaman ini tidak diwajibkan Allah dan tidak pula diwajibkan oleh Rasul-Nya kepada seseorang untuk mengikutinya. Di dalamnya (pendapat mazhab-mazhab tersebut pen) terdapat kemungkinan betul dan salah, dan tidak ada yang betul-betul benar kecuali yang berasal dari Rasul shalallahu 'alaihi wasallam. Seringkali terjadi para imam memiliki satu pendapat dalam sesuatu masalah lantas apabila mereka melihat kebenaran yang berlawanan dengan pendapat tersebut, mereka menarik kembali pendapat (yang awal).[18]

Yusuf al-Qaradhawi berkata: Yang terpenting adalah, hendaklah engkau mengetahui bahawa taklid seorang awam kepada salah seorang imam merupakan hal yang dibolehkan sesuai dengan kaedah dan darjatnya dan ia bukan merupakan satu kewajipan sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian ulama kebelakangan. Ini kerana tidak ada satupun yang wajib kecuali apa yang telah diwajibkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Kenyataannya, kedua-dua sumber tersebut tidak mewajibkannya. Berdasarkan hal ini tidak ada larangan bagi seorang Muslim untuk bebas mengikuti sesuatu mazhab tertentu atau bertanya kepada salah seorang ulama yang mudah

dihubunginya berkenaan sesuatu masalah yang dihadapinya tanpa harus terikat kepada seorang imam sahaja sehingga tidak boleh bertanya kepada imam yang lain.

Jalan inilah yang ditempoh oleh para sahabat dan orang-orang yang mengikuti jejak mereka pada abad-abad terbaik umat ini. Allah telah menghindari mereka daripada praktik taklid yang tercela ini (iaitu terbatas kepada satu imam atau mazhab sahaja).

Orang yang paling penting diberi kebebasan dalam menentukan mazhab mana yang ingin diikutinya ialah orang-orang baru memeluk Islam. Mereka boleh sahaja mengikuti apa yang sebenarnya tidak ditetapkan oleh Allah Taala, iaitu bertanya kepada mana-mana ulama yang mereka kehendaki. Juga sebaiknya untuk mereka dikarang buku-buku yang bersifat sederhana yang menjelaskan ajaran Islam tanpa terikat kepada satu mazhab tertentu.[19]

Selanjutnya M. Said Ramadhan al-Buthi[20] pula berkata: Tidaklah menjadi satu kewajipan bagi seseorang muqallid (orang yang bertaklid) untuk mengikuti salah satu mazhab tertentu, atau menjadi satu perkara yang haram baginya untuk berpindah-pindah mazhab. Begitu pula telah menjadi satu kesepakatan kaum muslimin, bahawa seorang muqallid dapat memilih atau mengikuti salah satu mujtahid jika telah diyakini kebenaran mazhab-mazhab dan pendapat-pendapatnya, seperti seseorang yang berpindah-pindah kepada salah satu dari keempat imam mazhab.

Maka seandainya, pada masa sekarang ada yang melarang untuk berpindahpindah mazhab, orang itu telah masuk dalam kategori fanatik yang menyesatkan, yang telah menjadi suatu kesepakatan kaum Muslimin untuk meniadakannya.

Suatu yang harus diketahui bagi seorang peneliti, tidak ada pertentangan bahawa tidak ada hukumnya bagi seorang muqallid untuk tidak mengikuti satu mazhab sahaja, atau berpindah-pindah ke mazhab yang lain. Artinya tidak ada kewajipan untuk terikat kepada salah satu mazhab tertentu, sama dengan tidak ada pelarangan untuk terikat kepada salah satu mazhab.[21]

Tambah beliau lagi: Seorang muqallid jika dapat memahami suatu permasalahan dengan memahami dalil-dalilnya, baik dari al-Quran, hadis, atau kaedah ushuliyyah, maka wajib baginya untuk melepaskan diri dari mengambil pendapat imam-imam mazhab, apabila telah mampu melakukan ijtihad sendiri berdasarkan keilmuan yang dimiliki.[22]

Dengan ini boleh kita simpulkan bahawa Ahl al-Sunnah mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam segala bentuk ibadah termasuk solat. Sekiranya ada hadis yang sahih berkaitan dengan tatacara solat, maka Ahl al-Sunnah tanpa ragu-ragu akan mengamalkannya walaupun amalan tersebut berbeza dari amalan kebiasaan umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya bermazhab al-Syafii. Sesungguhnya yang wajib dicontohi ialah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, seorang yang terpelihara dari melakukan kesilapan (maksum). Selain baginda shalallahu 'alaihi wasallam maka perkataan sesiapapun boleh ditolak termasuklah keempat-empat imam mazhab tersebut. Ini sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam Malik rahimahullah sendiri: Siapapun perkataannya boleh ditolak dan diterima, kecuali Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri.[23] Oleh itu tindakan sesetengah pihak yang melihat kesempurnaan ibadah solat itu hanya diiktiraf sekiranya ianya secocok dengan satu mazhab adalah tindakan yang tidak tepat dan bertentangan dengan syariat. Pada hakikatnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam mewajibkan kita hanya mengikuti baginda dalam ibadah solat sebagaimana sabdanya:

Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[24]

Budaya taksub mazhab ini harus dikikis dari jiwa setiap umat Islam. Apa yang penulis ingin tekankan ialah sebenarnya tidak ada salah untuk mengikuti mazhab asalkan pendapat mazhab itu tidak lebih diutamakan dari al-Quran dan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Dalam ertikata lain sekiranya di dalam sesuatu mazhab itu terdapat amalan yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah maka hendaklah ditinggalkan pendapat mazhab tersebut. Diakibatkan oleh bisikan syaitan, wujud di kalangan umat Islam yang begitu taksub terhadap mazhab masing-masing sehingga mereka beranggapan hanya mazhab mereka sahaja yang benar dan wajib ditaati dalam apa jua keadaan.

Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi rahimahullah berkata: Dari sanalah (sikap fanatik mazhab pen) munculnya saling membenci, saling meninggalkan, saling menghasut dan takbur, hingga urusan umat Islam berantakan dan persatuan menjadi cerai-berai. Jadilah mereka santapan orangorang Eropah dan penindas. Bukankah setiap imam

Ahl

al-Sunnah

rahimahumullah itu merupakan imam kita dan kita di barisan mereka? Sangat
disesalkan orang-orang fanatik ini! Ya Allah, tunjukilah kami dan mereka ke jalan yang lurus.[25]

[1] Talfiq ialah mengikuti hukum tentang sesuatu perkara daripada pelbagai mazhab. [2] al-Ahzaab (33): 21 [3] al-Ahzaab (33): 36 [4] al-Nisaa (4): 59 [5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya hadis no. 631. Penulis sengaja mengulangi hadis ini di beberapa tempat dalam buku ini demi untuk menegaskan bahawa mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah solat adalah wajib. [6] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis no. 22704 (jld. 5, ms. 317) dan sanadnya dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnauth dan rakan-rakan. [7] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam oleh Muhammad Nashiruddin alAlbani (edisi terjemahan oleh Muhammad Thalib, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000), ms. 55. Seterusnya buku ini hanya akan disebut sebagai Sifat Shalat Nabi. [8] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 55-56. [9] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 59. [10] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 58. [11] Dinukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 61.

[12] Abu Yusuf Abdurrahman, 13 Masalah Yang Tidak Pernah Selesai Diperdebatkan, (edisi terjemahan oleh Munirul Abidin, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2003), ms. 203-204. [13] Abdullah Yassin, Manhaj Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Tauladan (ed: Hafiz Firdaus Abdullah, Jahabersa, Johor Bahru, 2004), ms. 83. [14] Taklid adalah mengambil sesuatu pendapat tanpa mengetahui dalil yang menjadi landasannya. Sedangkan ittiba mengambil sesuatu pendapat bersertakan dalil yang memperkuatkan pendapat tersebut. [15] al-Albani, Risalah Ilmiah Albani, (edisi terjemahan oleh Abu Musyrifah dan Ummu Afifah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), ms. 42. [16] al-Nuur (24): 51-52 [17] Dinukil daripada buku Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam oleh Hafiz Firdaus Abdullah (Jahabersa, Johor Bahru, 2004), ms. 135. [18] Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi, Perlukah Bermazhab? (edisi terjemahan terbitan Aras Sarana Widia, Jakarta, 1999), ms. 54. [19] Yusuf al-Qaradhawi, Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama Salaf (edisi terjemahan oleh Ahrul Tsani & Muhtadi Abdul Munim, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2003), ms. 118. [20] Beliau adalah seorang tokoh yang lantang mengkritik Wahhabiyah. Kitab beliau Madzhab Tanpa Madzhab: Bidah Dalam Syariat Islam sering dipergunakan oleh pihak yang fanatik mazhab untuk mengharamkan talfiq. Namun begitu melalui kenyataan beliau sendiri kita dapati bahawa al-Buthi sebenarnya tidak menolak talfiq. Ini secara tidak langsung menolak sikap mereka yang gemar menggunakan nama al-Buthi untuk mengharamkan talfiq. [21] Said Ramadhan al-Buthi, Madzhab Tanpa Madzhab: Bidah Dalam Syariat Islam, (edisi terjemahan oleh Gazira Abdi Ummah, Pustaka al-Kautsar, Jakarta, 2001), ms. 9. [22] Said Ramadhan al-Buthi, Madzhab Tanpa Madzhab: Bidah Dalam Syariat Islam, ms. 9-10. [23] Dinukil daripada kitab Sifat Shalat Nabi, ms. 56 [24] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya hadis no. 631. [25] Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi, Perlukah Bermazhab?, ms. 86.

2
TIDAK MELAFAZKAN NIAT SEBELUM MEMULAKAN SOLAT
Antara isu yang sering dipolemikkan adalah penolakan sesetengah pihak terhadap melafazkan niat Usholli Fardhu (Sahaja aku solat fardhu). sebelum mengerjakan ibadah solat. Menurut mereka tindakan ini boleh mencacatkan ibadah solat kerana niat itu adalah rukun dalam solat dan jika ditingggalkan maka terbatallah solat tersebut menurut syara. Dalil wajibnya niat adalah hadis daripada Alqamah bin Waqqash al-Laitsi radhiallahu 'anhu , dia berkata:

.
Aku mendengar Umar bin Khattab berkata di atas mimbar: Aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain adalah berdasarkan niat dan balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan.[1]

Definisi Niat Menurut Rasul Dahri: Niat menurut pengertian bahasa dimaksudkan: Qasad (maksud yang digerak dan dikehendaki oleh hati), azam (atau azamul qalb, iaitu apa yang telah dicitacitakan di hati) dan iradah (iaitu al-iradatul jazimah, iaitu kehendak keinginan hati dalam keadaan yang sedar).[2]

Adapun menurut syara, niat adalah: Berazam (bertekad) untuk melaksanakan ibadah semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah.[3]

Qasad, azam dan iradah tempatnya di hati kerana ini kerja hati (amal al-Qalb)
bukan kerja lidah. Oleh itu niat tidak perlu dilafazkan atau diucapkan, inilah yang disepakati oleh jumhur ulama dan etimologis (ahli ilmu asal-usul kata). Niat juga diertikan: kehendak, maksud (tujuan) dan keazaman bukan paksaan.[4]

Dalam bukunya Ighatsatul Lahfan, Ibnul Qayyim rahimahullah menyatakan: Niat artinya menyengaja dan bermaksud sungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Dan tempatnya ialah di dalam hati, dan tidak ada sangkut-pautnya sama sekali dengan lisan[5]

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah tentang hadis Tiap-tiap amal perbuatan tidak lain berdasarkan niat..: Setiap pekerjaan harus didasari dengan niat. Al-Khauyi mengatakan, Seakanakan Rasulullah memberi pengertian bahawa niat itu bermacam-macam

sebagaimana perbuatan. Seperti orang yang melakukan perbuatan dengan motivasi ingin mendapatkan redha Allah dan apa yang dijanjikan kepadanya, atau ingin menjauhkan diri dari ancaman-Nya.

Sebahagian riwayat menggunakan lafaz al-Niyat dalam bentuk mufrad (tunggal) dengan alasan, bahawa tempat niat adalah dalam hati sedangkan hati itu satu, maka kata niyat disebutkan dalam bentuk tunggal[6]

Tambah Ibnu Hajar al-Asqalani lagi: Imam Nawawi mengatakan, bahawa niat bererti maksud, iaitu keinginan yang ada dalam hati. Tetapi Syaikh al-Karmani menambahkan, bahawa keinginan hati adalah melebihi maksud.[7]

Baidhawi berkata: Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan tujuan, baik mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, sedangkan syariat adalah sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredhai Allah dan mengamalkan segala perintah-Nya.[8]

Dari keterangan di atas dapatlah kita membuat rumusan bahawa: Setiap amal seseorang mukmin yang terbit dari kehendak, azam, cita-cita dan gerak hatinya yang disedari dan tidak dipaksa, maka itulah yang dinamakan niat.[9]

Bagaimana Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam Memulakan Solat Antara hadis-hadis yang menggambarkan bagaimana baginda shallahu 'alaihi wasallam memulakan solatnya adalah seperti berikut:

: .
Dari Aishah dia berkata: Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka solatnya dengan Takbir.[10]

: .
Dari Ali bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Kunci solat ialah berwuduk, pembukaannya membaca takbir, dan penutupnya ialah memberi salam.[11]

: .
Dari Abdullah ibn Umar radhiallahuanhuma, dia berkata: Aku melihat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam membuka solatnya dengan takbir, lalu mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir.[12]

Masih banyak lagi dalil-dalil yang membuktikan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam memulakan solatnya dengan lafaz takbir. Hadis-hadis ini kesemuanya menunjukkan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak melafazkan apa-apa perkataan pun sebelum takbir. Maka dengan ini Ahl al-Sunnah berpendirian untuk tidak melafazkan niat seperti Ushollli Fardhu (Sahaja aku solat fardhu).. ketika memulakan solat sebagaimana yang kebiasaan diamalkan oleh kebanyakan umat Islam di Malaysia. Ini adalah dalam rangka mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah solat sepertimana yang diwajibkan ke atas kita sebagaimana sabdanya:


Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[13]
Pandangan Al-Syafii Tentang Melafazkan Niat al-Syafii rahimahullah memang terkenal sebagai seorang imam yang teguh dalam berpegang kepada sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Oleh sebab itu beliau telah diberi gelaran al-Nashir al-Sunnah (pembela sunnah). Ahmad bin Hanbal rahimahullah yang juga anak murid al-Syafii pernah berkata: Sungguh al-Syafi`i rahimahullah adalah seorang pembela sunnah. Menurut Ahmad lagi: Aku tidak pernah melihat orang yang lebih mengikut sunnah seperti al-Syafi`i rahimahullah. Ahmad seterusnya berkata: Di antara kesungguhan al-Syafi`i rahimahullah yang terpuji adalah apabila dia mendengar hadis yang belum ada padanya, maka dia mengambilnya dan meninggalkan pendapatnya.[14] Dengan semangat beliau yang tinggi dalam mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam maka tidak aneh sekiranya pandangan beliau tentang apa yang perlu diucapkan ketika hendak memulai solat adalah selari dengan sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata al-Syafii rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm: Siapa yang pandai membaca takbir, niscaya tidaklah dia memulakan solatnya melainkan dengan takbir itu sendiri dan takbirnya ialah Allahu Akbar.[15] Menurut Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli:

Adapun orang yang berkata sunat berlafaz (niat) sebelum takbir, maka perkataannya menyalahi perkataan al-Syafii sendiri.[16]

Kekeliruan Tentang Pendapat Imam Al-Syafii Mewajibkan Lafaz Niat Pendapat bahawa al-Syafii rahimahullah telah mewajibkan melafaz niat sebelum solat berpunca dari kekeliruan Abu Abdulah al-Zubairi rahimahullah (seorang tokoh bermazhab Syafii) dalam memahami kata-kata al-Syafii yang berbunyi: Jika kamu berniat untuk haji dan umrah dianggap memadai sekalipun tidak dilafazkan, tidak seperti solat, tidak dianggap sah kecuali dengan al-Nuthq. Bagi al-Zubairi al-Nuthq di sini bermaksud dilafazkan niat. Namun begitu maksud al-Nuthq yang sebenar adalah takbiratul ihram iaitu solat itu dimulakan dengan melafazkan takbir. Menurut al-Nawawi rahimahulah: Berkata para sahabat kami: Telah berlaku kekeliruan oleh orang yang menyatakannya, kerana bukan itu yang dimaksudkan oleh al-Syafii dengan kata

al-Nuthq di dalam solat. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan al-Nuthq oleh
beliau (al-Syafii) adalah takbir.[17] Ibn Abi al-Izz rahimahullah pula berkata: Tidak ada seorang ulama pun dari imam empat, tidak al-Syafii mahupun yang lainnya yang mensyaratkan melafazkan niat. Menurut kesepakatan mereka, niat itu tempatnya di dalam hati. Hanya sahaja sebahagian ulama kebelakangan mewajibkan seseorang melafazkan niatnya dalam solat. Dan pendapat ini digolongkan sebagai mazhab al-Syafii. Al-Nawawi rahimahullah berkata: Itu tidak benar.[18] Pendapat Ulama Yang Menolak Memulakan Solat Dengan Melafazkan Niat Berkata Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah:

Jika Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri untuk solat, maka beliau mengucapkan takbir, tanpa mengucapkan apa pun sebelumnya, tidak melafazkan niat dan tidak seorangpun di antara sahabat, tabiin dan imam yang empat pernah melakukannya. Kebiasaan beliau saat takbiratul ihram adalah melafazkan

Allahu Akbar tanpa ucapan lain.[19]

Sementara itu menurut Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam al-Fatawa al-Kubra (Jld. 1, ms. 1): Melafazkan niat secara jahrah (kuat) tidak pernah disyariatkan walaupun oleh salah seorang ulama Muslimin, tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah shallallahu

alaihi wasallam, tidak pernah dilakukan oleh salah seorang dari para khulafa
baginda, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat baginda dan juga tidak pernah dilakukan oleh para Salaf al-ummah dan para ulamanya.[20] Abu ar-Rabii Sulaiman bin Umar al-Syafii rahimahullah berkata: Mengeraskan suara ketika membaca lafaz niat dan membaca ayat-ayat alQuran[21] di belakang imam bukanlah dari sunnah, sebaliknya makruh. Jika yang dikerjakan itu boleh mengganggu orang lain yang sedang solat maka hukumnya menjadi haram. Sesiapa yang mengatakan bahawa mengeraskan suara semasa melafazkan niat itu sunnah, maka pendapat itu adalah salah. Tidak dihalal kepada sesiapapun untuk mengatakan sesuatu dalam agama Allah tanpa ilmu.[22] Berkata Abu Abdullah Muhammad bin al-Qasim at-Tunisi al-Maliki rahimahullah: Niat adalah pekerjaan hati, mengeraskan lafaz niat adalah bidah[23], selain itu juga boleh mengganggu penumpuan orang lain.[24] Berkata Alauddin bin al-Attar rahimahullah:

Mengangkat suara semasa berniat sehingga mengganggu orang yang bersolat adalah haram secara ijma dan melakukannya adalah bidah yang tercela. Jika hal itu dilakukan kerana riak (menunjuk-nunjuk) berarti orang yang mengerjakannya melakukan perkara yang haram sebanyak dua kali (melakukan perbuatan bidah dan riak pen)Perbuatan macam ini (mengeraskan lafaz niat) tidak pernah dinukil dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, tidak dari seorangpun sahabat Nabi, mahupun ulama yang benar-benar mengikuti ajaran Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam .[25]


Abu Daud rahimahullah pernah bertanya kepada Imam Ahmad rahimahullah: Adakah orang yang mendirikan solat wajib melafazkan sesuatu sebelum takbir? Imam Ahmad menjawab: Tidak.[26] Antara perkara yang sering berlaku di dalam masyarakat kita adalah pengulangan melafazkan niat dan mengangkat takbir berkali-kali kerana adanya perasaan was-was bahawa niat yang dilafazkan itu tidak betul sehingga membatalkan solatnya. Tindakan ini boleh menganggu kekhusyukan jemaah lain yang solat berhampiran. Sikap sebegini sebenarnya timbul di atas kejahilan seseorang dan ia merupakan satu perbuatan bidah yang tercela. Berkata al-Suyuti rahimahullah: daripada bidah itu adalah, was-was sewaktu berniat dalam solat. Hal ini tidak pernah diperbuat oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mahupun sahabat beliau. Mereka dulu tidak pernah melafazkan niat solat sedikitpun selain hanya lafaz Takbir. Allah Taala telah berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik[27] [28]

Al-Syafii rahimahullah berkata: Was-was dalam berniat semasa solat atau bersuci berpunca dari kejahilan atau kerosakan akal.[29] Ibnu al Jawzi rahimahullah dalam kitabnya Talbis Iblis (ms. 138) berkata: Di antara kesan negatif mengeraskan lafaz niat adalah mengganggu orang lain. Ada di antara mereka yang membaca Ushali shalaata Kadzaa (aku niat mengerjakan solat ini atau itu). Kemudian dia akan mengulang lafaz itu kerana pada sangkaannya niat tersebut telah batal. Padahal niat itu sendiri tidak pernah batal sekalipun tidak diucapkan. Di antara mereka ada yang ber takbir, kemudian membatalkan takbirnya, lalu bertakbir lagi dan membatalkan

takbirnya. Jika imam sudah nak mulai rukuk, orang yang was-was ini akan segera
bertakbir dan ikut rukuk. Apa sebenarnya yang diperbuat olehnya? Itu semua adalah godaan iblis yang menghendaki dia tidak mendapatkan keutamaan (mengikut rakaat pertama bersama imam). Ada juga di antara orang yang diserang penyakit was-was bersumpah untuk tidak bertakbir hanya sekali. Ini semua sebenarnya godaan iblis. Syariat Islam sesungguhnya mudah dan bebas dari hal-hal seumpama itu. Perbuatan seperti ini tidak pernah dikerjakan oleh Nabi mahupun sahabatnya.[30] Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah: Ungkapan-ungkapan (lafaz niat - pen) yang dibuat-buat (direka pen) dan diucapkan pada permulaan bersuci (wuduk) dan solat ini, telah dijadikan oleh syaitan sebagai arena pertarungan bagi orang-orang yang diliputi was-was, yang menahan dan menyiksa mereka dalam lingkaran tersebut, dan menuntut mereka untuk menyempurnakannya. Maka anda lihat masing-masing mereka mengulangulanginya dan bersusah-payah untuk melafazkan padahal sedemikian itu sama sekali tidak termasuk dalam ibadah solat.[31]

Semoga dengan penjelasan ini maka jelaslah bahawa tindakan Ahl al-Sunnah untuk tidak melafazkan niat bukanlah termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan solat mereka malah inilah yang lebih sesuai dengan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan mazhab alSyafii rahimahullah. Semoga pembaca budiman dapat membuat pertimbangan yang

sewajarnya untuk mengikuti apa yang sesuai dengan sunnah Rasul shalallahu 'alaihi wasallam. Firman Allah Azza Wa Jalla:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.[32]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1. [2] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah, ms. 2. Kertas kerja ini telah beliau bentangkan di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi. [3] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah, ms. 2-3 [4] Rasul Dahri, Membaca Niat Adalah Wajib, Sunnah atau Bidah, ms. 3. [5] Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jld.1, ms. 286. [6] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari, (edisi terjemahan oleh Gazirah Abdi Ummah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), jld.1, ms. 18. Seterusnya kitab ini hanya akan disebut sebagai Fathul Baari. [7] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, ms. 19.

3
CARA MEMBACA DOA IFTITAH
Membaca doa iftitah setelah takbirat al-Ihram merupakan satu tuntutan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ianya merupakan satu bentuk pujian, sanjungan dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Terdapat sebegitu banyak hadis yang menunjukkan baginda shalallahu 'alaihi wasallam amat menitik beratkan pembacaan doa iftitah ini. Walaupun majoriti ulama menyatakan membaca doa iftitah ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat sekiranya tidak dibaca, namun bagi kita yang benar-benar ingin mengikuti sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam serta mempraktikkan suruhannya sebagaimana sabdanya:"Solatlah

kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku

bersolat.[1] maka sewajarnya kita tidak meninggalkan doa iftitah ini. Apatah lagi memang telah
ada dalil dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan bahawa doa iftitah ini adalah termasuk dalam perkara yang dapat menyempurnakan ibadah solat:

Tidak sempurna solat seseorang sehingga dia menyempurnakan wuduknya sebelum dia bertakbir, memuji Allah 'Azza wa Jalla, menyanjung-Nya, dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mudah baginya (dihafalnya)[2]

Apa yang dapat kita fahami dari hadis di atas adalah, setelah kita bertakbir maka hendaklah kita memuji dan menyanjungi Allah 'Azza wa Jalla melalui pembacaan doa iftitah. Tanpanya maka tidak sempurnalah solat kita. Kebiasaannya bagi umat Islam di Malaysia, doa iftitah yang diamalkan dalam solat adalah seperti berikut:

.
Allah yang Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku bagi Tuhan yang mencipta tujuh petala langit dan bumi, cenderung kepada penyerahan dan tidaklah aku daripada golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan itu (apabila) aku disuruh dan aku adalah tergolong dari golongan Islam.[3]

Namun begitu, setelah diteliti doa iftitah di atas, maka dapati tidak wujud satu hadispun yang sahih datangnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan baginda shalallahu 'alaihi wasallam mengajar cara pembacaan sedemikian rupa. Setakat kajian penulis, yang wujud hanyalah hadis-hadis yang seakan-akan sama dengan cara pembacaan di atas tetapi ianya terpisah-pisah dan diambil sekerat sahaja. Mari kita lihat hadis-hadis tersebut:[4]

Pertama:

Dari Ibn 'Umar, dia berkata: Sedang kami bersolat bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, salah seorang dari kami mengucapkan:

.
Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya. Maha suci Allah pagi dan petang. Bersabda Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam: Siapa yang telah mengucapkan kalimat begini dan begini? Salah seorang dari kami menjawab: Saya, wahai Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Baginda berkata: Ianya (ucapan tersebut) telah membangkitkan rasa ajaib kepada aku kerana pintu-pintu syurga telah terbuka disebabkan oleh ucapan itu. Ibn 'Umar berkata: Aku tidak pernah meninggalkan ucapan tersebut semenjak mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkata begitu.[5]
Kedua:

Dari Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata: Bila Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berdiri hendak mengerjakan solat, diucapkannya takbir kemudian dibacanya:

. . .

.
Aku hadapkan wajahku kepada Tuhan yang mencipta seluruh langit dan bumi, dengan sepenuh penyerahan dan bukanlah aku daripada golongan orang yang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Demikianlah aku diperintah dan aku tergolong dari golongan Islam. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu, aku telah membuat aniaya terhadap diriku dan mengakui kesalahanku, maka ampunilah dosaku kesemuanya, dan tiadalah yang dapat mengampuni dosa-dosaku itu melainkan Engkau. Dan tunjukilah aku kepada akhlak terbaik, tak ada yang akan menuntun kepada akhlak yang terbaik itu kecuali Engkau; dan jauhkanlah aku dari akhlak yang jelek, tak ada yang dapat menjauhkan aku dari akhlak yang jelek itu melainkan engkau. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan aku patuhi perintah-Mu. Dan kebaikan itu seluruhnya berada dalam Tangan-Mu sedangkan kejahatan itu tak dapat dipergunakan untuk menghampirkan diri kepada-Mu. Aku milik-Mu, kepadaMu-lah yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi, aku meminta ampun dan bertaubat.[6]

Cara pembacaan yang lazimnya dibacakan di Malaysia adalah hasil penggabungan dan pemotongan kedua-dua hadis di atas. Sekiranya menggabungkan kedua-dua hadis di atas adalah baik untuk dibacakan sebagai doa iftitah dalam solat tentu Nabi shalallahu 'alaihi wasallam akan mengajar kita cara yang sedemikian rupa dan tentu juga para sahabat radhiallahuanhum serta para tabiut at-Tabiin yang paling awal sekali mengamalkan cara pembacaan tersebut. Namun hakikatnya ia tidak sedemikian rupa. Oleh itu sepatutnya kita berusaha untuk mengamalkan doa iftitah sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dengan tidak merubahnya dengan penambahan atau pengurangan kepada bentuk pembacaan yang lain. Ini selari dengan perintah baginda shalallahu 'alaihi wasallam untuk mencontohi baginda sepenuhnya dalam tatacara bersolat sebagaimana sabdanya:

"Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[7] Tambahan lagi Allah
'Azza wa Jalla juga berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[8]

Oleh itu adakah wajar bagi kita untuk membelakangi cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam seorang manusia yang telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai contoh ikutan yang terbaik lantas memilih doa iftitah yang hanya direka cipta oleh insan lain yang tidak terpelihara dari kesalahan (tidak maksum)? Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (shalallahu 'alaihi wasallam) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa yang ditegah daripada kamu, hendaklah kamu jauhi.[9]

Selain dari dua cara pembacaan doa iftitah di atas, terdapat beberapa lagi bentuk bacaan yang telah diajar oleh baginda shalallahu 'alaihi wasallam yang antaranya adalah seperti berikut:[10] Pertama:

Berkata Abu Hurairah: Biasanya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam diam sejenak antara takbir dan bacaan (al-Fatihah). Aku berkata: Dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah, diamnya engkau antara takbir dan bacaan, apakah yang engkau ucapkan? Baginda bersabda: Aku mengucapkan:

. .

.
Ya Allah, jauhkanlah antara aku dengan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah diriku dari kesalahan-kesalahan sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari noda. Ya Allah, cucilah kesalahan-kesalahanku dengan air, salji dan air embun.[11]
Kedua:

Dari Abdurrahman bin Auf katanya: Saya bertanya kepada Aisyah doa apakah yang dibaca Nabi Allah shalallahu 'alaihi wasallam sebagai pembukaan solat bila dia melakukannya di waktu malam. Jawab beliau: Sebagai pembukaan bagi solatnya di waktu malam Nabi membaca:

.
Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.[12]
Ketiga:

Dari Ibnu Abbas, katanya: Bila Nabi shalallahu 'alaihi wasallam melakukan solat tahajjud di waktu malam, dia membaca:

. .
Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemelihara seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Raja seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Nur seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah Pemilik seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu, Engkaulah yang Maha Benar, janji-Mu benar, pertemuan denganMu benar, firman-Mu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, dan Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam itu benar dan hari kiamat itu benar. Ya Allah, hanya kepada-Mu aku berserah diri, dengan-Mu aku beriman dan kepada-Mu aku bertawakal. Hanya kepada-Mu aku bertaubat. Hanya kepadaMu aku mengadu, dan kepada hukum-Mu aku berpedoman. Oleh kerana itu, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang akan datang, yang aku lakukan secara sembunyi-sembunyi atau terang-terangan. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada Tuhan kecuali Engkau (atau selain Engkau) dan tiada daya atau kekuatan kecuali hanya dengan pertolongan-Mu.)[13]

Terdapat beberapa lagi bentuk doa iftitah yang pernah diamalkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang datang dari hadis-hadis baginda yang sahih.[14] Dengan kepelbagaian cara bacaan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ini, maka tidak sepatutnya kita

mempunyai ruang untuk memilih cara pembacaan doa iftitah yang tidak diketahui siapa yang mencipta kaedahnya atau daripada mana sumbernya. Malah al-Syafii rahimahullah juga tidak membaca doa iftitah sebagaimana yang lazimnya dibacakan di Malaysia yang mengaku mazhab rasminya adalah mazhab al-Syafii. Beliau dalam kitabnya al-Umm (Kitab Induk) telah menggunakan doa iftitah yang diriwayatkan daripada Ali radhiallahuanh seperti yg telah saya paparkan di atas.[15] Telah berkata al-Syafii rahimahullah: Kalau ditambah sesuatu padanya atau dikurangkan (pada bacaan doa iftitah tersebut pen), nescaya aku memandangnya makruh.[16] Sewajarnya bagi umat Islam di Malaysia yang mengaku bermazhab al-Syafii untuk akur dengan pendapat pembela sunnah (al-Nashir al-Sunnah) ini. Maka marilah kita samasama mengamalkan pembacaan doa iftitah dalam solat kita sebagaimana yang benar-benar diajar oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam selari dengan perintah baginda shalallahu 'alaihi wasallam melalui sabdanya:"Solatlah

kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku

bersolat. [17]

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631. [2] Sahih: Sebahagian daripada hadis yang panjang yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856. [3] Ismail Kamus, Panduan Fardhu Ain (At Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur, 1997), ms. 57-58. [4] Catitan Penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan itu sendiri. Ini supaya para pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan tersebut. [5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 601. [6] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 771. [7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631. [8] al-Ahzaab (33):21 [9] al-Hasyr (59): 7 [10] Catitan Penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan itu sendiri. Ini supaya para pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan tersebut. [11] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 744.

[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 770. [13] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1120. [14] Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam telah menurunkan duabelas cara bacaan doa iftitah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam manakala Sayyid Sabiq rahimahullah dalam kitabnya Fikih Sunnah telah menurunkan tujuh contoh bacaan doa iftitah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. [15] Shahih Muslim, hadis no. 771. [16] al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 252. [17] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631.

4
MELETAKKAN DI ATAS DADA KETIKA BERDIRI
Din: Assalaamualaikum Shah Shah: Waalaikumussalaam Warahmatullah, apa khabar Din Din: Baik Alhamdulillah. Shah, boleh aku tanya sikit tak? Shah: Hmm, tentang apa? Din: Aku tengok kau solat tadi masa berdiri kau letak tangan kat dadalah, sedangkan sepatutnya kau letak tangan di pusat sebagaimana yang biasa diamalkan. Shah: Apa yang aku buat itu ada sandarannya dari hadis Nabi yang sahih Din. Din: Aku bukan apa, Tok Guru aku kata amalan tersebut sesat. Shah: Kenapa pula sesat? Din: Menurut guru aku apabila meletakkan tangan di dada ia akan membentuk huruf Lam ( .)Dari huruf lam ini timbulnya perkataan la (- Tiada). Jadi apabila dengan meletakkan tangan di dada tanpa kau sedari kau sebenarnya menunjukkan pernyataan La Allah ( - Tiada Allah). Shah: Tapi meletakkan tangan di atas dada itu ada hadis Nabi sebagai dalilnya. Tak mungkin begitu. Din: Itu apa yang Tok Guru aku cerita. Shah: Tok Guru kau ada bagi dalil tak untuk menguatkan hujahnya itu? Din: Ada. Shah: Apakah dalilnya? Sebab kita dalam Islam jika kita nak bagi hujah mesti dikuatkan dalil dari al-Quran atau hadis yang sahih. Din: Hmm. Nanti aku bagilah.

TANGAN

Beginilah satu kisah benar yang terjadi kepada seorang sahabat penulis sendiri. Sehingga hari ini penulis dan sahabat penulis tersebut masih terfikir bagaimanakah dengan meletakkan tangan di dada ketika berdiri dalam solat membentuk perkataan Lam ( .)Inilah sikap ulama su (jahat) yang melakukan fitnah yang keji lagi hina. Bagi yang jahil, mereka menerima sahaja tanpa usul periksa ajaran-ajaran yang pelik sebegini akibat telah terbiasa dengan sikap taklid buta yang telah sebati dalam jiwa mereka. Apa sahaja amalan yang tidak biasa mereka amalkan maka dikatakan sesat, ini bukan dari mazhab kami atau ungkapan yang paling popular ini adalah amalan Wahhabi. Sesungguhnya amalan meletakkan tangan di atas dada ketika berdiri dalam solat ini ada contohnya dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Maka dengan memperlekehkan perbuatan tersebut secara tidak langsung mereka sebenarnya memperlekehkan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Tindakan

memperlekehkan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam satu bentuk istihza[1] tehadap Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam sendiri. Dan istihza ini dicela oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Firman-Nya:

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermainmain". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?" Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman[2] Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan solat, mereka menjadikan solat itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. [3]

Semoga kita menjauhkan diri dari sikap istihza ini. Dalil Yang Menetapkan Meletakkan Tangan Di Atas Dada

Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam apabila berdiri (qiyam) dalam solat baginda akan meletakkan tangan kanannya di atas belakang tangan kirinya. Adakalanya beliau menggenggam tangan kanannya di pergelangan tangan kirinya. Sahl bin Saad radhiallahu 'anh menerangkan:

.
Manusia diperintahkan agar meletakkan tangan kanannya di atas lengannya yang kiri dalam solat.[4]

Demikian juga oleh Wail bin Hujur radhiallahu 'anh:

.
Kemudian meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya.[5]
Dalam sebuah riwayat yang lain beliau menyebut:

.
Beliau (Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) meletakkan lengan kanan pada punggung telapak kirinya, pergelangan, dan lengan kirinya.[6]

Tentang tempat perletakkan tangan pula maka terdapat beberapa pendapat yang antaranya adalah di atas pusat, di bawah pusat, di perut dan di dada. Menurut al-Utsaimin rahimahullah: Pendapat yang lebih dekat kebenarannya adalah meletakkan tangan di atas dada.[7] Dalilnya adalah hadis Wail bin Hujur radhiallahu 'anh:

.
Saya melakukan solat bersama Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam maka diletaknya tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada.[8]

Tentang diletakkan tangan di atas dada, Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata: Para ulama berpendapat bahawa hikmah yang dapat diambil adalah bahawa meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri merupakan sifat orang yang memohon dengan merendahkan diri, dan lebih mendekatkan kepada ke-khusyuan. Sepertinya Imam Bukhari memperhatikan hal ini, sehingga sesudahnya (Bab meletak tangan kanan atas tangan kiri pen) dia menyebutkan bab tentang

khusyu. Di antara pernyataan yang unik adalah pendapat sebahagian ulama


bahawa hati[9] merupakan tempat niat, dan telah menjadi kebiasaan seseorang yang hendak menjaga sesuatu maka dia menempatkan tangannya di atas sesuatu yang dijaga.[10]

Tambah Ibnu Hajar lagi bahawa Ibnu Abdil Bar berkata: Tidak ada perbezaan riwayat dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mengenai hal itu (yakni meletakkan tangan di atas dada penerj), dan ini merupakan pendapat majoriti sahabat dan tabiin serta pendapat yang disebutkan oleh Malik dalam kitab al-Muwathta. Ibnu Mundzir dan lainnya tidak menukil dari Imam Malik selain pendapat ini.[11]

Menurut Abu Ubaidah Masyhur: Sedangkan para ulama mazhab Maliki meriwayatkan tentang sunnahnya meletakkan tangan di dada ketika solat fardhu mahupun solat sunat merupakan hal yang bukan rahsia lagi. Sebab orang-orang hidup pada generasi awal Islam telah diperintahkan untuk melakukannya.[12]

Al-Syaukani di dalam kitabnya Nail al-Awthaar (Jld. 1, ms. 204) berkata: Tidak ada satu hadispun yang lebih sahih dalam masalah ini (tempat meletakkan tangan pen) kecuali hadis Wail (bin Hujur) di atas. Riwayat ini benar-benar sesuai dengan perbuatan orang-orang salaf kami, yakni seperti pentafsiran Ali dan Ibn Abbas tehadap firman Allah Taala:

Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan ber-naharlah:[13]

Yang dimaksudkan dengan kata nahr dalam ayat tersebut adalah meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di tempat nahr (menyembelih haiwan) dan di dada.[14]

Maka dengan ini jelas bagi kita semua bahawa meletakkan tangan di atas dada ketika berdiri dalam solat mempunyai dalil yang sahih dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan ianya juga merupakan salah satu dari pendapat ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah. Maka seharusnya umat Islam di Malaysia berlapang dada dalam menerima sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ini walaupun ianya tidak biasa diamalkan di sini.

[1] Istihza ertinya mengejek, memperolok-olok atau mencemuh. [2] al-Taubah (9): 65-66 [3] al-Maaidah (5): 58 [4] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 740. [5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no 401. [6] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, hadis no. 726 dan al-Nasai dalam Sunannya, hadis no. 889. Al-Nawawi menyebut hadis ini dalam al-Majmu, jld. 2, ms. 269 dan beliau berkata: Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang sahih. Turut dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 889. [7] Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Majmu Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah: Bab Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 357. Selepas ini buku ini akan disebut sebagai Majmu Fatawa: Bab Ibadah. [8] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya, hadis no. 479. Hadis juga disebut oleh al-Nawawi dalam Al-Majmu, jld. 3, ms. 270; al-Zailai ( )dalam Nasb al-Rayah ( ) fi Takhrij Ahadits al-Hidayah, jld. 1, ms. 433 dan Ibn Hajar al-Asqalani dalam al-Talkhish al-Habir ( ) fi Takhrij Ahadits al-Rifai al-Kabir ( ,) jld. 405 dan mereka pada zahirnya menerima pensahihan Ibn Khuzaimah. Sanad hadis ini telah dinilai sahih oleh penyemak kitab Shahih Ibn Khuzaimah: Muhammad Musthafa al-Azhami. [9] Qalb atau hati bukanlah organ hati di dalam badan kita tetapi ia adalah organ jantung. Pendapat inilah juga yang di pegang oleh Ibnu Hajar rahimahullah kerana organ jantung terletak di dada. [10] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 429. [11] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 429. [12] Dinukil daripada kitab Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 112. [13] al-Kauthar (108): 2 [14] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 114.

5
TIDAK MEMBACA BASMALLAH SEBELUM DIBACAKAN SURAH AL-FATIHAH

Antara kritikan yang biasa dilontarkan kepada wahhabi atau Ahl al-Sunnah adalah mereka tidak membaca Bismillahir rahmanir rahim sebelum membaca surah al-Fatihah.[1] Seorang pengamal tareqat telah memberitahu penulis bahawa Guru Mursyidnya menganggap solat golongan Wahhabi tertolak kerana tidak membaca Basmallah. Kekeliruan dan kejahilan ini muncul hanya kerana kurangnya perhatian dalam mengkaji pendapat-pendapat ulama Ahl alSunnah wa al-Jamaah dalam hal ini. Sekiranya terdapat hanya sedikit usaha dari guru yang kononnya mursyid itu untuk mengkaji, beliau hanya perlu pergi bersolat di mana-mana Masjid India Muslim yang bermazhab Hanafi di Malaysia seperti yang berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur. Pasti beliau akan mendapati bahawa imam di masjid tersebut juga tidak membaca Basmallah secara kuat (jahr). Adakah solat mereka juga kurang sempurna? Kenapa tidak bertanya dahulu apakah dalil yang dipegang oleh mereka yang tidak membaca Basmallah secara kuat? Tanpa mengetahui dalil-dalil membelakangi perbezaan pendapat ini pasti timbul sikap hanya mazhab aku sahaja yang betul dan yang lain semua tidak betul atau tidak sempurna. Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah pengarang kitab Fikih Sunnah, secara umumnya terdapat tiga pendapat berkaitan dengan pembacaan Basmallah ini.

Pertama: Bahawa ia merupakan salah satu ayat dari al-Fatihah dan dari setiap ayat. Dan Berdasarkan ini maka membacanya dalam al-Fatihah hukumnya wajib, dan mengenai sir ataupun jahr (disembunyikan pembacaannya atau dikeraskan pen) hukumnya sama sahaja dan tiada bezanya dengan al-Fatihah. Alasan terkuat bagi mazhab ini ialah hadis Naim al-Mujammir radhiallahuanh, katanya:

... .
Saya solat di belakang Abu Hurairah. Maka dibacanya Bismillahir rahmanir rahim lalu dibacanya Umm al-Quran (al-Fatihah). Demikian seterusnya dimana akhirnya dia berkata: Demi Tuhan yang nyawaku dalam Tangan-Nya! Saya ini adalah orang yang paling mirip solatnya dengan solat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam![2]

Menurut (Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah) dalam al-Fath (Fathul Baari), hadis ini merupakan hadis yang paling sah menyatakan dibacanya Basmallah secara jahar (kuat). Kedua: Bahawa ia (Bismillahir rahmanir rahim) merupakan suatu ayat yang berdiri sendiri yang diturunkan untuk mengambil berkah dan pemisah antara surah-surah, dan bahawa membacanya pada al-Fatihah hukumnya boleh bahkan sunat, dan tidak disunatkan menjaharnya (mengeraskan bacaan Basmallah pen). Hal ini berdasarkan hadis Anas radhiallahuanh katanya:

Saya bersolat di belakang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan di belakang Abu Bakar, Umar dan Uthman, dan mereka tidaklah membaca Bismillahir rahmanir rahim secara jahr (kuat pen).[3] [4]

Ketiga: Bahawa ia bukan merupakan suatu ayat dari al-Fatihah atau dari surah yang lainnya, dan bahawa membacanya (Bismillahir rahmanir rahim - pen) dimakruhkan baik secara sir (disembunyikan) mahupun Jahr (dikeraskan), pada solat fardhu ataupun sunat. Mazhab ini tidak kuat.[5]

Tentang pendapat yang ke tiga Ibnu Hajar rahimahullah telah menolak pendapat ini, menurut beliau hadis-hadis yang menyatakan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam selepas takbir mengucapkan surah Al-Fatihah atau riwayat yang menyatakan, Mereka tidak biasa menyebut Bismillahir rahmanir rahim tidak menunjukkan mereka tidak membaca Basmallah secara perlahan (sir). Maka untuk mengkompromi hadis-hadis ini (membaca secara sir dan tidak membaca langsung), Ibnu Hajar rahimahullah berkata: penafian bacaan diartikan tidak mendengar, sedangkan penafian mendengar diartikan tidak menjaharkan (mengeraskan bacaan Basmallah pen). Pernyataan ini didukung oleh lafaz riwayat Manshur bin Zadzan:

Beliau tidak memperdengarkan kepada kami bacaan Bismillahir rahmanir rahim.

Lebih tegas lagi dinyatakan dalam riwayat al-Hassan dari Anas yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dengan lafaz:

.
Mereka biasa membaca lafaz Bismillahir rahmanir rahim dengan suara perlahan.[6]

Dalam mengkompromikan hadis-hadis mengeraskan dan melembutkan bacaan Bismillahir rahmanir rahim, Ibnu Qayyim rahimahullah menyatakan: Adakalanya beliau menyaringkan bacaan Basmallah, tapi yang lebih sering adalah baginda (shallahu 'alaihi

wasallam) menyembunyikannya.[7]

Menurut al-Utsaimin rahimahullah pula: Yang lebih kuat adalah bahawa membaca Basmallah dengan keras tidak dianjurkan, yang sunnah ialah dibacakan dengan suara perlahan kerana ia tidak termasuk dalam surah al-Fatihah. Tetapi jika sekali-sekala dikeraskan maka tidaklah mengapa, bahkan sebahagian ahli ilmu berpendapat ianya adalah lebih baik kerana ada riwayat dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bahawa beliau membacanya dengan keras. Tetapi riwayat yang lebih kuat dari baginda ialah, baginda tidak membacanya dengan keras. Dalil ini lebih kuat. Namun jika membacanya dengan keras kerana ini

melembutkan

sesuatu

golongan

yang

mazhabnya

mengeraskan

Basmallah

(sebagaimana di Malaysia pen) maka saya berharap hal itu tidak mengapa.[8]

Menurut Abu Ubaidah Mashur bin Hassan: Tidak benar jika pendapat yang menyatakan tidak mengeraskan suara ketika membaca Basmallah dianggap sebagai bidah, pendapat yang syadz (aneh) dan dhaif (lemah) serta pendapat yang harus ditinggalkan. Malah sebaliknya, tidak membaca

Basmallah dengan suara keras inilah yang dipilih oleh kebanyakan sahabat, tabiin dan
para ahli fikah. Di antara mereka itu adalah Umar, Ali, Ammar dan Ibn Abbas. Akan tetapi masalah ini juga menjadi perselisihan pendapat di antara mereka (para sahabat). Sebab ada sebahagian dari mereka yang membaca Basmallah dengan suara keras. Namun Ibn Masud dulu tetap membacanya dengan lirih (suara perlahan). Demikian pula dengan al-Hassan, Ibn Sirin dan Mazhab Sufyan (al-Thawri), seluruh penduduk Kufah dan ahli hadis seperti Ahmad, Ishaq, Abu Ubaid dan para pengikutnya.

Kesimpulannya bahawa pendapat yang benar, sebenarnya masalah ini cukup longgar. Membatasinya dengan pelbagai sekatan justeru adalah satu hal yang dilarang. Siapa sahaja yang mengikuti sebuah riwayat sunnah, maka dia tidak boleh disalahkan. Ini adalah kerana, dia sebenarnya telah mengikuti ajaran sunnah Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam yang kadang-kadang mengeraskan Basmallah dan pada waktu yang
lain melembutkan suaranya.[9]

Maka sewajarnya ada sikap berlapang dada dalam masalah dijaharkan atau disirkan bacaan Basmallah ini. Hanya kejahilan sahaja yang menyebabkan kita terlalu berkeras dalam perkara khilafiyah[10] sehingga menuduh mereka yang tidak sependapat sebagai tidak

sempurna solatnya. Sepatutnya sebelum sesiapa mencela cara solat pihak lain, hendaklah mereka ini terlebih dahulu meneliti hujah dan dalil yang dipakai oleh pihak lain kerana ada kemungkinan pihak yang dicela itu mempunyai hujah yang lebih kuat dari pendapat yang dipegangnya. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendahrendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.[11]

[1] Sebelum membaca Basmallah disunnahkan bagi kita untuk membaca Taawwudz secara sirr (perlahan). Antara bacaan taawwudz yang terdapat dalam hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut:

.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui dari Syaitan yang terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya dan dari hembusannya (yang menyebabkan kerusakan akhlak. [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 775]

Cuma para ulama berbeza pendapat samada taawudz itu dibaca hanya pada rakaat pertama sahaja atau di setiap rakaat. al-Syafii rahimahullah membolehkan kedua-dua cara tersebut diamalkan. [al-Umm, jld.1, ms. 252] [2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dalam Sunannya, hadis no. 905. Berkata Ibn Khuzaimah: Maka adapun menjaharkan Bismillahirrahmanirrahim di dalam solat, maka ia adalah sah lagi sabit daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan sanad yang sabit lagi bersambungan. Kesahihan sanadnya dan kebersambungannya tidak disyaki dan tidak diragui di sisi para ahli yang mengetahui ilmu hadis (Ahl al-Marefah bi al-Akhbar). Lalu kemudian beliau (Ibn Khuzaimah) menyebut hadis Abu Hurairah di atas. Demikian dikemukakan oleh al-Nawawi rahimahullah dalam Al-Majmu, jld. 3, ms. 302.

6
MAKMUM TIDAK MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
Membaca surah al-Fatihah (Fatihat al-Kitab) secara umumnya merupakan salah satu perkara yang rukun dalam solat. Hadis-hadis yang menunjukkan kefardhuan membaca alFatihah dalam solat sememangnya begitu banyak sehingga tidak ada ruang untuk perbezaan pendapat. Antaranya sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang dimaksudkan adalah:

.
Tidak ada (tidak sah) solat bagi orang yang tidak membaca Fatihat al-Kitab (surah al-Fatihah).[1]

.) (
lain: Fatihat al-Kitab) maka solatnya kurang (diulangi tiga kali).[2]

Barangsiapa yang bersolat tidak membaca Umm al-Quran (dalam riwayat

Antara sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dalam solat yang semakin ditinggallkan adalah membaca surah al-Fatihah ini ayat demi ayat. Ummu Salamah radhiallahu anha pernah ditanya tentang cara bacaan Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam solat maka dia berkata:

Dulu Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam memutuskan bacaan alQurannya ayat demi ayat[3]

Namun begitu apa yang sering kita lihat tentang tatacara pembacaan Fatihat al-Kitab ini, seringkali ianya disambungkan dua atau tiga ayat sekaligus, malah ada yang boleh menghabiskan bacaannya dengan sekali nafas sahaja terutamanya ketika solat Qiyam alRamadhan (Solat Tarawih)Sesungguhnya amalan ini bercanggah dengan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang dikhabarkan oleh Ummu Salamah radhiallahu anha dalam riwayat di atas. Seharusnya bacaan Fatihat al-Kitab ini diperhatikan dengan bersungguh-sungguh kerana setiap baris ayat yang diucapkan itu merupakan doa dan akan Allah Subhanahu wa Ta'ala memperkenankan doa tersebut dengan ucapan-Nya yang sungguh indah sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dalam sebuah hadis qudsi:

.
Allah Taala berfirman: Aku telah membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk-Ku dan untuk Hamba-Ku. Separuh untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku dan hamba-Ku akan mendapat bahagian dari permohonan yang diucapkannya. (Rasulullah meneruskan): Bila hamba membaca Alhamdulillahirabbilalamiin, Allah Taala menyahut Hamba-Ku memujiKu. Bila hamba membaca Arrahmaanirrahiim, Allah Taala menyahut Hamba-Ku menyanjung-Ku. Bila hamba membaca Malikiyawmiddiin, Allah Taala menyahut, Hamba-Ku memuliakan-Ku. Bila hamba membaca Iyyaakanabudu Waiyyaakanastaiin, (Allah menyahut): Ini bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku akan dapat apa yang dimintanya. Bila hamba membaca Ihdinashiraathal mustaqiim Shiraathaldzina anamtaalaihim ghairilmaghdhuubi alaihim waladhdhaaliin, (Allah menyahut): Itu adalah hak hamba-Ku, dia akan dapat apa yang dimintanya."

Hukum Membaca Fatihat Al-Kitab Di Belakang Imam

Menurut al-Utsaimin rahimahullah[4] secara umumnya terdapat empat pandangan tentang hukum membaca surah al-Fatihah dalam solat:

Pertama: Bacaan Fatihat al-Kitab itu tidak diwajibkan secara mutlak kepada imam dan makmum, baik dalam solat sendirian (munfarid) atau dalam solat berjemaah yang

siriyah[5] mahupun jahriyah[6]. Bagi mereka yang diwajibkan hanyalah membaca apa
yang mudah dari al-Quran. Dalil yang mereka pakai adalah firman Allah Subhanahu wa

Ta'ala:

oleh itu bacalah mana-mana yang mudah bagi kamu dari Al-Quran (dalam solat).[7]
Dan Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:


Kemudian bacalah sesuatu yang mudah bagimu dari al-Quran.[8]

Kedua: Bacaan al-Fatihah adalah salah satu dari rukun solat yang wajib dibaca dalam semua keadaan oleh imam dan makmun dalam solat berjemaah siriyah dan jahriyah, atas makmum yang masbuq[9] atau orang yang yang menjadi makmum dari awal solat lagi dan kepada mereka yang solat sendirian (munfarid). Ketiga: Bacaan al-Fatihah adalah rukun dan wajib dibaca bagi imam dalam solat berjemaah dan mereka yang solat secara munfarid. Tetapi ianya tidak diwajibkan secara mutlak kepada makmum dalam solat berjemaah siriyah dan jahriyah.

Keempat: Bacaan al-Fatihah adalah rukun solat dan wajib dibaca imam, dan mereka yang bersolat munfarid, dan juga wajib dibaca bagi makmum dalam solat berjemaah

siriyah namun tidak wajib dibaca dalam solat berjemaah jahriyah.

Pendapat pertama dapat dibantah dengan wujudnya hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan kefardhuan membaca al-Fatihah seperti yang telah saya paparkan sebelum ini. Adapun yang dimaksudkan dengan mudah dalam hadis di atas, alNawawi rahimahullah berkata: Sabda baginda shalallahu 'alaihi wasallam sesuatu yang mudah difahami bahawa ianya adalah al-Fatihah, kerana surah ini mudah bagi seseorang atau yang dimaksudkan adalah surah yang dibaca setelah membaca al-Fatihah, atau khusus bagi mereka yang tidak mampu membaca al-Fatihah.[10]

Berkata Ibnu Hajar rahimahullah: bahawa yang dimaksudkan dengan sesuatu yang mudah bagimu dari al-

Quran. Adalah surah al-Fatihah, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari
Rifaah bin Rafi dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Apabila engkau telah berdiri dan menghadap kiblat maka takbirlah, kemudian bacalah Umm al-Quran dan apa-apa yang Allah kehendaki untuk kau baca. Apabila engkau rukuk maka letakkanlah kedua telapak tanganmu di atas kedua lututmu.[11]

Bagi al-Utsaimin rahimahullah: pendapat yang terkuat padaku adalah: bahawa bacaan al-Fatihah adalah rukun yang harus dikerjakan imam dan makmum serta munfarid dalam solat siriyah dan

jahriyah, kecuali jika masbuq dan dia mendapatkan imam sedang rukuk maka dia
tidak wajib membaca al-Fatihah.[12]

Pendapat al-Utsaimin ini lebih menghampiri amalan majoriti umat Islam di Malaysia.[13]

Dalil yang digunakan oleh al-Utsaimin rahimahullah adalah hadis-hadis yang menetapkan kefardhuan bacaan al-Fatihah seperti yang telah penulis paparkan di atas. Sedangkan dalil khusus yang dipergunakan untuk menguatkan pendapat bahawa makmum dalam solat berjemaah jahriyah juga wajib membaca surah al-Fatihah adalah:

: :

.: : .:
Dari Ubadah bin Shamit radhiallahuanh bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mengerjakan solat Subuh lalu baginda terasa susah membaca (alQuran). Setelah selesai baginda berkata kepada sahabatnya: Aku melihat kalian membaca sesuatu di belakang imam kalian? Mereka menjawab: Betul Ya Rasulullah. Baginda bersabda: Janganlah hal itu kalian kerjakan kecuali membaca Umm al-Quran, kerana tidak ada (tidak sah) solat bagi yang tidak membacanya.[14]

Menurut al-Utsaimin rahimahullah: Pendapat inilah yang sahih menurutku, seandainya bukan kerana hadis Ubadah bin Shamit radhiallahuanh...tentulah pendapat bahawa membaca al-Fatihah dalam solat

jahriyah tidak wajib bagi makmum adalah pendapat yang rajih (lebih tepat) kerana
orang yang mendengar itu seperti orang yang membaca dalam memperolehi pahala.[15]

Bagi mereka yang berpendapat makmum tidak wajib membaca surah al-Fatihah dalam solat berjemaah yang jahriyah, mereka berdalilkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.[16]

Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah: Kewajipan membaca bagi makmum jadi gugur pada solat-solat (berjemaah pen) jahriyah dan wajib dia mendengarkan bacaan Imam,

kerana firman Allah Taala (al-Araaf (7): 204)[17] al-Albani rahimahullah juga menyatakan ayat ini adalah yang paling pokok dalam hal ini.[18]

Dalil-dalil lain yang menunjukkan makmum tidak perlu membaca surah al-Fatihah dalam solat jahriyah adalah hadis berikut:

Dijadikan imam itu hanya untuk diikuti. Oleh kerana itu apabila imam takbir, takbirlah kalian, dan apabila imam membaca, maka hendaklah kalian diam mendengarkan (bacaan imam itu).[19]

: : . : : :

.
Dari Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam sesudah selesai mendirikan solat yang baginda keraskan bacaannya (jahriyah) di dalam solat itu, baginda bertanya: Apakah ada seseorang di antara kamu yang membaca bersamaku tadi? Maka seorang laki-laki menjawab, Ada ya Rasulullah! Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya aku berkata: Mengapakah (bacaan)ku dilawan dengan al-Quran juga? Berkata Abu Hurairah: Kemudian berhentilah orang-orang dari membaca bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pada solat-solat yang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam keraskan bacaannya, ketika mereka sudah mendengar (larangan) yang demikian itu dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam[20]

Menurut al-Albani rahimahullah berkenaan hadis ini, Rasulullah melarang makmum membaca semua bacaan al-Quran dalam solat jahriyah.[21] Disebabkan hadis ini diucapkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam terkemudian berbanding hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Shamit radhiallahuanh, maka pengecualian terhadap bacaan Umm al-Kitab bagi makmum dalam solat jahriyah telah dimansuhkan.

Berkata Abu Bakar Ibn al-Arabi rahimahullah: Yang kuat menurut kita ialah diwajibkan membaca (al-Fatihah) pada solat siriyah, kerana umumnya hadis-hadis (yang menunjukkan kefardhuan membaca al-Fatihah

seperti yang telah saya paparkan di atas). Mengenai solat jahriyah, maka tidak ada jalan untuk membacanya di sana kerana itu merupakan amalan penduduk Madinah. Kedua, kerana itu adalah hukum al-Quran sebagaimana firman-Nya:

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.[22]

Dan ia disokong oleh sunnah dengan dua buah hadis: salah satu di antaranya ialah hadis Imran bin Hussain: Sungguh, saya mengetahui beberapa orang di antara mu

telah mangacaukan saya! Kedua ialah ucapan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: dan apabila imam membaca, maka hendaklah kalian diam mendengarkan (bacaan imam itu).[23]

Pendapat makmum tidak membaca al-Fatihah dalam solat jahriyah ini juga adalah menjadi pilihan Ahmad bin Hanbal dan Malik bin Anas, al-Zuhri, Ibnul Mubarak, Ishak dan dikuatkan oleh Ibnu Taymiyyah rahimahumullah. Kesimpulannya, ternyata dalam bab makmum membaca atau tidak al-Fatihah dalam solat berjamaah jahriyah adalah sebuah masalah khilafiyah. Memandangkan kedua-dua pihak memiliki dalil dan hujah, sepatutnya kita berlapang dada dalam bab ini.

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 756. [2] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 395. [3] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, hadis no. 4001. Para perawinya adalah thiqah sebagai dinyatakan oleh al-Nawawi dalam al-Majmu, jld. 3, ms. 303. Beliau juga mengemukakan lafaz ) yang dikeluarkan oleh al-Hakim, Ibn Khuzaimah dan al ( Daraquthni dan seterusnya menukil kata-kata al-Daraquthni: (Para perawi dalam) isnadnya thiqah keseluruhannya, dan ia adalah isnad yang sahih. Hadis ini turut dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 4001. [4] Sila rujuk kitab Majmu Fatawa: Bab Ibadah, ms. 360. [5] Solat berjemaah siriyah adalah solat di mana imam menyembunyikan bacaannya seperti solat Zuhur, Asar, rakaat ke tiga solat Maghrib dan rakaat ketiga dan keempat solat Isyak. [6] Solat berjemaah jahriyah adalah solat di mana imam mengeraskan bacaannya seperti solat Subuh dan rakaat pertama dan kedua solat Maghrib dan Isyak. [7] al-Muzzammil (73): 20 [8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 757. [9] Masbuq ialah makmum yang terlewat untuk menyertai solat berjemaah sehingga tidak dapat mengikut imam dari awal. [10] Ibnu Hajar Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 479. [11] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 856. [12] Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Majmu Fatawa: Bab Ibadah, ms. 360. [13] Sengaja penulis membawa pendapat al-Utsaimin rahimahullah ini kerana beliau merupakan ulama Fiqh dari Arab Saudi yang selalu digelar ulama wahhabiyah. Ini secara tidak langsung menunjukkan keterbukaan ulama ahl al-Sunnah dalam berbeza pendapat selagi masih ada dalil mendukung sesuatu pendapat. Insya-Allah penulis juga akan membawa pendapat ulama ahl al-Sunnah yang lain seperti Sayyid Sabiq dan al-Albani yang berbeza dengan al-Utsaimin. [14] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam kitab Sunannya, hadis no. 311 dan beliau berkata: Hadis Ubadah adalah hadis hasan. Berkata Ibn Hajar al-Asqalani dalam Nataij al-Afkar ( ) Litakhrij Ahadits al-Azkar: Hadis ini hasan. Demikian dikemukakan oleh al-Murakfuri ketika mensyarahkan hadis di atas dalam Tuhfah al-Ahwazi Syarh Jami al-Tirmizi. [15] Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Majmu Fatawa: Bab Ibadah, ms. 361. [16] al-Araaf (7): 204 [17] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.1, ms. 342 [18] Muhammad Nashiruddin al-Abani, Fatwa-Fatwa Albani, (edisi terjemahan oleh Adni Kurniawan, Pustaka At Tauhid, Jakarta, 2002) ms. 85. [19] Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no: 846. [20] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan. Al-Albani menilainya sahih, rujuk Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 312. [21] Muhammad Nashiruddin al-Abani, Sifat Shalat Nabi, ms. 121. [22] al-Araaf (7): 204 [23] Dinukil daripada Fikih Sunnah, jld.1, ms. 342-343.

7
BACAAN SESUDAH AL-FATIHAH
Tidak diperselisihkan lagi bahawa membaca mana-mana ayat al-Quran setelah membaca al-Fatihah itu sememangnya disyariatkan.[1] Antara dalil disyariatkan pembacaan ayat-ayat al-Quran setelah pembacaan al-Fatihah adalah hadis Abi Said radhiallahu 'anh:

.
Kami telah diperintah (oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) agar membaca al-Fatihah dan apa-apa (ayat /surah) yang mudah (bagi kami).[2]

Dari Abdullah bin Abi Qatadah, dari bapanya bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam biasa membaca pada solat Zuhur di dua rakaat pertama dengan Umm al-Kitab (al-Fatihah) dan dua surah, lalu pada dua rakaat terakhir membaca Umm al-Kitab.[3]

Menurut al-Syafii rahimahullah: Saya menyukai bahawa orang yang mengerjakan solat itu, membaca sesudah Umm al-

Quran, akan satu surah dari al-Quran. Kalau dibacanya setengah surah nescaya
memadai. Kalau hanya dibacakan Umm al-Quran tanpa membaca apa-apa surah dari al-Quran maka tidak perlu diulangi rakaat tersebut. Saya tidak menyukai perbuatan itu bagi mereka yang mengerjakan solat. Saya menyukai sekiranya paling kurang dibacanya sesudah Umm al-Quran surah yang terpendek dari al-Quran seperti surah al-Kautsar atau yang serupa dengan itu.[4]

Inilah panduan yang telah ditunjukkan oleh al-Syafii rahimahullah dalam hal ini. Namun terdapat ramai dari kalangan mereka yang mengaku bermazhab al-Syafii tetapi tidak membaca sebarang ayat al-Quran setelah bacaan al-Fatihah samada dalam solat yang fardhu mahupun solat sunat semata-mata kerana tergesa-gesa untuk menamatkan solat dan juga disebabkan tanggapan bahawa amalan ini hanya satu perkara sunat yang tidak begitu penting. Perhatikanlah kata-kata al-Syafii: Saya tidak menyukai perbuatan itu bagi mereka yang mengerjakan solat. Penulis beranggapan bahawa mereka yang meninggalkan pembacaan ayat al-Quran sesudah al-Fatihah dengan sengaja kerana malas adalah termasuk dalam golongan yang mengambil sikap sambil-lewa[5] dalam mengerjakan ibadah dan sikap tersebut merupakan antara sikap golongan munafik. Firman Allah 'Azza wa Jalla:

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan

membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan solat) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).[6]

Seterusnya penulis akan membahaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan pembacaan ayat atau surah sesudah al-Fatihah.

1) Membaca surah atau ayat al-Quran pada rakaat ketiga dan keempat. Kebiasaannya masyarakat Islam di Malaysia hanya membaca surah atau ayat al-Quran pada rakaat pertama dan ke dua sahaja. Dalil tentang hal ini adalah hadis yang dikemukakan sebelum ini:

Dari Abdullah bin Abi Qatadah, dari bapanya bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam biasa membaca pada solat Zuhur pada dua rakaat pertama dengan Umm al-Kitab (al-Fatihah) dan dua surah, lalu pada dua rakaat terakhir membaca Umm al-Kitab.[7]
Sebenarnya Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam juga pernah membaca ayat atau surah dari al-Quran di rakaat ketiga dan keempat dalam solat Zuhur dan Asar. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Said al-Khudri radhiallahuanh:

( ) .

Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam membaca (ayat) pada dua rakaat yang pertama dalam solat Zuhur kira-kira 30 ayat pada setiap rakaat dan pada dua rakaat yang akhir kira-kira 15 ayat. Dan pada dua rakaat yang pertama dalam solat Asar pada setiap rakaatnya kira-kira 15 ayat. Sedang pada dua rakaat (yang akhir) setengah dari itu.[8]
Hadis yang telah penulis sebutkan di awal bab ini juga menunjukkan kebolehan membaca ayat atau surah dari al-Quran setelah pembacaan al-Fatihah dalam setiap rakaat solat fardhu:

Dari Abi Said, dia berkata: Kami telah diperintah (oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) supaya kami membaca al-Fatihah dan apa-apa (ayat /surah) yang mudah (bagi kami).
Hadis di atas tidak hanya membatasi pembacaan surah atau ayat al-Quran hanya di rakaat pertama dan kedua, tetapi ianya membuktikan bahawa bukanlah menjadi satu kesalahan untuk membaca ayat atau surah al-Quran di rakaat yang ketiga mahupun keempat dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak malah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah melakukannya ketika solat Zuhur dan Asar sebagaimana telah penulis buktikan di atas. Maka sewajarnya sunnah yang semakin dilupakan ini dihidupkan semula sekali-sekala oleh kita semua.

2)

Menetapkan cara atau bacaan surah tertentu dalam solat. Pada dasarnya kita boleh memilih apa sahaja ayat-ayat dari al-Quran yang mudah untuk dibaca setelah pembacaan Umm al-Kitab.[9] Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Abi Said radhiallahuanh:Kami telah diperintah (oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) supaya kami membaca al-Fatihah dan apa-apa (ayat /surah) yang mudah (bagi kami). Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah: Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tidaklah menentukan surahsurah tertentu yang dibaca pada waktu solat tertentu hingga tidak boleh membaca yang lain[10] Memang terdapat beberapa riwayat yang mengisyaratkan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam pernah membaca surah tertentu dalam solat pada waktu tertentu. Akan tetapi

riwayat-riwayat tersebut bukanlah satu perintah untuk membatasi hanya pada ayat-ayat itu sahaja.[11] Contohnya baginda shalallahu 'alaihi wasallam selalu membaca surah al-Sajda (surah ke 32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (surah ke 76) pada rakaat ke dua solat Subuh pada hari Jumaat. Namun begitu baginda tidak pula melarang untuk kita membaca selain dari kedua surah tersebut. Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam juga pernah membaca satu surah yang sama dalam kedua-dua rakaat.

.
Seorang lelaki dari Juhainah mengkhabarkan bahawa dia mendengar Nabi shalallahu 'alaihi wasallam membaca pada waktu solat Subuh Idza zulzilatil ardhu (al-Zalzalah) pada kedua rakaatnya. Ulasnya pula: Saya tidak tahu apakah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam lupa ataukah dibacanya itu dengan sengaja.[12]

Memadailah dengan contoh-contoh di atas bagi membuktikan hukum asal dalam hal ini adalah dibenarkan untuk kita memilih apa sahaja dari al-Quran setelah pembacaan Umm al-Kitab ketika solat. Namun begitu mencontohi hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang sahih ketika memilih ayat-ayat dari al-Quran yang hendak dibaca dalam solat merupakan perbuatan yang terpuji kerana baginda shalallahu 'alaihi wasallam merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi seluruh umat manusia. Cuma janganlah hal ini terlalu diberatkan sehingga ada dari kalangan kita yang mengelak untuk menjadi imam

ketika solat yang dibaca secara jahar (kuat) kerana tidak menghafal surah-surah yang tertentu. Pernah terjadi di sebuah masjid ketika solat Subuh pada hari Jumaat dan ketika itu imam rasmi masjid tersebut tidak dapat hadir kerana uzur, maka makmum agak keberatan untuk menggantikan tempat imam tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak begitu lancar dalam membaca surah al-Sajda dan al-Insan. Maka setelah tolak-menolak akhirnya seorang telah bersetuju untuk menjadi imam tetapi beliau telah membaca surah-surah tersebut secara merangkak-rangkak malah ada yang tersilap. Alangkah baik sekiranya beliau memilih surah-surah lain yang beliau mampu membacanya dengan lancar dan baik.

3)

Disunnahkan memanjangkan bacaan pada rakaat pertama berbanding rakaat kedua. Adalah disunnahkan ketika solat untuk dipanjangkan bacaan dalam rakaat pertama berbanding dengan rakaat kedua. Dalilnya adalah hadis dari Abdullah bin Abi Qatadah dari bapanya radhiallahuanhuma:

.
Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam biasa memperpanjangkan rakaat pertama pada solat Zuhur dan memendekkan pada rakaat kedua, dan baginda melakukan yang demikian juga pada solat Subuh.[13]

.
Dari Abu Said al-Khudri, dia berkata: Sungguh solat itu telah diiqamati, lalu ada seorang pergi ke Baqi untuk menunaikan hajatnya, kemudian dia wuduk dan datang lagi, sedang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam masih di dalam rakaat pertama sebagai sebab baginda memperpanjangkannya.[14]
Antara hikmahnya perbuatan ini adalah:

Pada rakaat pertama semangat para makmum adalah lebih tinggi jika

dibandingkan pada rakaat kedua maka lebih baik sekiranya bacaan pada rakaat kedua dipendekkan untuk mengelakkan perasaan bosan.

Memanjang rakaat pertama dapat meramaikan bilangan orang yang

datang untuk berjemaah dan memberi kesempatan kepada orang ramai untuk bersama imam semenjak rakaat pertama lagi.[15]

4)

Memendekkan Bacaan Ayat al-Quran Sekiranya Ada Keuzuran. Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam ketika menjadi imam dalam solat begitu peka dengan keadaan makmum dalam menentukan jumlah ayat yang ingin baginda bacakan. Sekiranya ada keuzuran maka baginda akan memendekkan bacaan baginda dalam solat. Di antara keuzuran tersebut adalah sekiranya baginda terdengar bayi yang sedang menangis, keadaan cuaca yang mendung menunjukkan hari hendak hujan, dalam keadaan musafir dan juga ketika solat khauf. Dalilnya adalah sebuah hadis dari Qatadah bahawa Anas bin Malik radhiallahuanhma menceritakan kepadanya:

.
Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya aku masuk dalam solat dan berkeinginan untuk memperpanjangkan solat tersebut. Lalu aku mendengar tangisan anak kecil, maka aku pun meringankan[16] solatku kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya.[17]
Kekhuatiran Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam memang sungguh berasas sekali kerana bukan sahaja tangisan anak tersebut boleh mengganggu konsentrasi ibunya malah makmum yang lain juga akan terjejas tumpuan mereka dalam solat. Dalam riwayat yang lain Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam juga menasihati para sahabat radhiallahuanhum agar jangan terlalu memanjangkan bacaan dalam solat sekiranya mereka menjadi imam sehingga boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh makmum di belakang:

: . : .

Telah dikhabarkan dari Abu Masud bahawa seorang lelaki berkata: Demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mengikuti solat Subuh disebabkan si fulan memperpanjangkan solat atas kami. Maka aku tidak pernah melihat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam menyampaikan nasihat dengan kemarahan yang lebih hebat daripada hari itu. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya di antara kalian ada yang membuat orang menjauhkan (dari solat berjemaah). Maka barangsiapa di antara kalian solat mengimami manusia hendaklah dia meringankan (solatnya), kerana di antara mereka ada yang lemah, orang tua dan ada yang memiliki kepentingan.[18]
Beginilah perintah dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam supaya para imam jangan terlalu memanjangkan bacaan dalam solat sehingga menyebabkan orang menjauhkan diri dari melakukan solat berjemaah. Para imam harus prihatin bahawa di antara para makmum mungkin terdapat mereka yang sakit, lemah, sudah lanjut usia dan juga mereka yang memiliki urusan penting untuk dilakukan selepas solat tersebut. Menurut Ibnu Hajar rahimahullah: Saya katakan, bahawa sumber paling tepat untuk menentukan batasan meringankan solat adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Nasai dari Utsman bin Abu al-Ash bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadanya:

. ,
Engkau adalah imam kaummu, maka jadikanlah orang yang paling lemah di antara mereka sebagai kayu ukuran (dalam memperpanjangkan bacaan dalam solat).[19]
Demikianlah secara ringkasnya beberapa perkara berkaitan tentang bacaan surah atau ayat setelah membaca Umm al-Kitab dalam solat. Semoga kita sentiasa bercita-cita untuk mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam walaupun ianya hanyalah perkara yang sunat malah dianggap kecil oleh sesetengah pihak. Kerana sesungghnya baginda shalallahu 'alaihi

wasallam adalah contoh ikutan yang terbaik bagi kita semua sebagaimana firman Allah 'Azza wa Jalla:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[20]

[1] Hukum membaca Basmallah sebelum sesuatu surah dalam solat jahriyah adalah sama seperti yang telah penulis bahaskan dalam bab Tidak Membaca Basmalah Sebelum Dibacakan Surah Al-Fatihah iaitu tidak perlu dilafazkan dan cukup sekadar dibaca dalam hati. Manakala jika dibaca ayat-ayat al-Quran yang bukan dari permulaan surah (secara tidak lengkap) maka tidak perlu dibaca Basmallah. [2]Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Berkata al-Nawawi dalam Majmu Syarah alMuhazzab, jld. 3, ms. 285: Sanadnya sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim. Juga dinilai sahih oleh alAlbani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 818. [3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 776. [4] al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 260. [5] Termasuk dalam sikap sambil lewa dalam beribadah adalah golongan yang membaca surah atau ayat dari alQuran dengan laju dan tergesa-gesa. Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah: Bacaan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam itu ialah secara panjang (perlahan-lahan). Baginda berhenti pada setiap ayat memanjangkan suaranya. (Fikih Sunnah, jld.1, ms 338). Disunnahkan juga membacanya dengan suara yang baik serta berlagu. Al-Bara bin Azib radhiallahu 'anh berberkata:

. :
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Hiasilah (bacaan) al-Quran dengan suaramu. (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 1015)

Menurut Abu Hurairah radhiallahu 'anh:

. :
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Tidaklah termasuk golongan kami orang yang tidak melagukan (bacaan) al-Quran. (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 7527) Hukum lain berkaitan dengan tatacara membaca ayat al-Quran dalam solat jahriyah dan sirriyah ialah sepertimana pembacaan al-Fatihah yang telah penulis bahaskan dalam bab "Makmum Tidak Membaca Surah Al-Fatihah Dalam Solat Berjemaah Secara Jahar". Cuma apa yang ingin penulis tambahkan di sini adalah sikap sesetengah imam yang berhenti sejenak setelah membaca al-Fatihah dalam solat jahriyah dan sebelum memulakan pembacaan ayat al-Quran bertujuan untuk memberi kesempatan makmun menghabiskan bacaan alFatihah, sesungguhnya perbuatan ini tidak disyariatkan. Menurut al-Albani rahimahullah: Sesungguhnya diam seperti itu adalah bidah dalam agama. Tidak ada dasarnya sama sekali dari Nabi shalallahu

'alaihi wasallam. (Tamamul Minnah, jld.1, ms. 227)


[6] al-Nisaa (4): 142 [7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 776. [8] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 452. [9] Kebiasaan dalam solat siriyah apabila kita telah menghabiskan bacaan sesuatu surah atau ayat dari al-Quran dan imam pula masih belum rukuk maka kita akan hanya menunggu imam tersebut untuk menghabiskan bacaannya tanpa membaca apa-apa. Maka dari hadis ini dapatlah kita fahami bahawa bukanlah menjadi satu kesalahan untuk kita membaca beberapa surah sementara menunggu imam untuk rukuk. Malah perbuatan ini adalah lebih baik kerana sekiranya kita tidak membaca apa-apa maka fikiran kita tentu akan mengelamun tentang perkara-perkara lain yang tidak berkaitan dengan ibadah solat. [10] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.1, ms. 336. [11] al-Bukhari sendiri telah menyusun beberapa bab yang menunjukkan bacaan Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam waktu solat yang tertentu. Sila lihat kitab al-Azan dalam kitab Shahih al-Bukhari. Malah kebanyakan kitab-kitab Fiqh juga mempunyai bab-bab membahaskan perkara yang sama. [12] Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 816. [13] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 779. [14] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya, hadis no. 454. [15] Sila rujuk perbahasan Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Baari, jld.4, ms. 482 dan 532 dan juga alSyaukani rahimahullah dalam Nailul Authar (edisi terjemahan oleh Drs Hadimulyo dan Drs Kathur Suhardi, CV. Asy-Syifa, Semarang 1994), jld.3, ms. 311). [16] Ibnu Hajar rahimahullah menyatakan maksud meringankan atau menyingkatkan solat adalah dengan membaca surah yang pendek. (Fathul Baari, jld.4, ms. 365) [17] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no 709.

[18] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 702 [19] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 355. [20] al-Ahzaab (33): 21

8
MENGGERAKKAN KETIKA TASYAHHUD (TAHIYAT) JARI TELUNJUK

Antara amalan sunnah dalam solat yang semakin dilupakan di Malaysia adalah menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud awal dan akhir. Kerana perbuatan tersebut begitu asing, maka ada di antara umat Islam di Malaysia yang menuduh amalan tersebut tidak dicontohkan daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam malah boleh membatalkan solat kerana terdapat pergerakan lebih dari tiga kali. Untuk kita meneliti sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang sebenar dalam isu gerak atau tidak menggerakkan jari ketika tasyahhud ini, akan penulis paparkan beberapa hadis yang berkaitan.

: .
Daripada Amir bin Abdullah bin al-Zubair, daripada ayahnya, (dia berkata), Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam duduk tasyahud, baginda

meletakkan telapak tangan kirinya di atas paha kira baginda dan jari telunjuk (tangan kanan) dihalakan (ke kiblat). Mata baginda tidak terlepas daripada memandang ke arah ibu jarinya.[1]

.
Abdullah bin Zubair radhiallahuanh berkata: Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, adalah baginda ketika berdoa (tasyahhud), beliau mengisyaratkan dengan jarinya dan tidak menggerak-gerakkannya.[2]

: ... .

Dari Wail bin Hujur dia berkata: Sesungguhnya betul-betul aku telah melihat bagaimana caranya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam mendirikan solat. Aku melihat baginda berdiri kemudian bertakbir sambil mengangkat kedua tangannya sehingga setentang dengan kedua telinganya. Kemudian beliau duduk (tasyahhud), kemudian baginda membuat satu lingkaran bulat (dengan kedua-dua jarinya iaitu jari tengah dan ibu jarinya) kemudian baginda mengangkat jari telunjuknya, maka aku melihat baginda terus menggerakgerakkan jarinya dan baginda berdoa dengannya.[3]

.
Dari Wail bin Hujur, dia berkata: Aku melihat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam melingkarkan ibu jari dan jari tengahnya, dia mengangkat (jari telunjuk) yang dekat keduanya, baginda berdoa dengannya pada waktu tasyahhud.[4]

.
Abu Humaid radhiallahuanh berkata: Akulah orang yang paling tahu di antara kalian tentang cara solat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, (kemudian dia menerangkan), sesungguhnya Rasulullah duduk (untuk tasyahhud) baginda hamparkan kaki kirinya, dan baginda hadapkan kaki kanan ke arah kiblatnya, dan baginda letak telapak kanannya di lutut kanan dan telapak kirinya di lutut kiri, lalu baginda berisyarat dengan jarinya yakni jari telunjuk.[5]

Ini adalah beberapa contoh sifat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ketika bertasyahhud. Ternyata ada hadis yang menunjukkan baginda hanya menunjuk dengan jari telunjuknya tanpa menggerakannya dan ada juga hadis yang menunjukkan beliau menggerak-gerakkannya secara berterusan sehingga memberi salam. Hadis riwayat Abdullah bin Zubair radhiallahuanh secara jelas menyatakan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam hanya menunjuk dengan jari telunjuknya tanpa menggerakkannya sebagaimana lafaz hadis tersebut beliau mengisyaratkan dengan jarinya dan tidak menggerak-gerakkanya. Manakala tentang Hadis dari Wail bin Hujur radhiallahuanh, Abu Ubaidah menyatakan: Inilah riwayat sahih yang menerangkan tentang pergerakan jari telunjuk ketika solat (dalam tasyahhud pen). Di dalam hadis di atas disebutkan bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam Yuharriku ashaabiahu (terus menggerak-

gerakkan jarinya). Kata Yuharriku di atas menggunakan fiil mudhaari (kata


kerja yang digunakan untuk masa sekarang dan akan datang). Dalam kaedah

tatabahasa arab, fiil mudhaari memiliki pengertian istimrar, iaitu perbuatan yang dilakukan secara terus-menerus. Jadi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah menggerakkan jarinya secara terus-menerus hingga beliau melakukan salam.[6]

Manakala hadis-hadis yang menyatakan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berdoa dengan jari telunjuknya dan berisyarat dengan jari telunjuknya maka ada ulama yang menafsirkan ia sebagai tidak menggerakkan dan ada juga ulama yang menafsirkan sebagai menggerakgerakkan jari telunjuk. al-Albani rahimahullah umpamanya telah berpendapat bahawa hadishadis tentang tasyahhud yang menyatakan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berisyarat dengan jari telunjuknya membuktikan baginda shalallahu 'alaihi wasallam menggerak-gerakkannya. Beliau telah menyatakan: Isyarat yang diterangkan oleh riwayat-riwayat ini bukanlah nas (dalil) yang meniadakan tahrik (menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud), kerana menurut dari segi bahasa, kelaziman isyarat itu disertai gerakan. Misalnya, seseorang akan memberi isyarat: Dekatlah kepadaku (dengan menggunakan tangan pen) kepada seseorang yang jauh. Dan memberi isyarat duduklah (dengan menunjuk ke tempat duduk pen) kepada orang yang sedang berdiri. Pada ilustrasi di atas, tidak seorangpun memahami bahawa orang (yang memberi isyarat pen) di atas tidak menggerakkan tangannya. Mengapa kita perlu pergi begitu jauh. Contoh yang paling baik yang akan kami sampaikan kepada pembaca ialah hadis dari Aisyah mengenai solat para sahabat di belakang Nabi shalallahu

'alaihi wasallam sambil berdiri. Sedangkan baginda duduk. Beliau memberi isyarat
Duduklah kepada para para sahabat. Hadis ini disepakati kesahihannya.[7] Setiap orang yang berakal tentu tahu bahawa isyarat Nabi tidak sekadar mengangkat tangan seperti ketika Nabi menjawab salam kaum Ansar dan beliau sedang solat. Isyarat ini tentu disertai gerakan tangan. Kerana itu, tidak selayaknya kita memahami bahawa riwayat-riwayat ini bertentangan dengan riwayat tahrik, tetapi justeru ada kesesuaian.[8]

Tambah al-Albani rahimahullah lagi: Di antara riwayat yang menguatkan pendapat di atas adalah hadis sahih mengenai isyarat Nabi dengan jari telunjuknya dalam khutbah Jumaat sebagaimana diriwayatkan oleh Muslim dan yang lainnya dan ditakhrij dalam al-Irwa (II/77). Adalah satu kelaziman bahawa Nabi menggerakkan telunjuknya sebagai isyarat ketauhidan, bukan sekadar isyarat tanpa menggerakkan telunjuk. Hal ini disaksikan oleh riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya (II/35) dengan sanad

dhaif (lemah) dari Sahl bin Saad, seperti hadis Imarah dengan lafaz:

.
Dan Nabi memberi isyarat dengan jari telunjuknya sambil menggerakkannya.

Ibnu Khuzaimah mentafsirkan hadis Imarah ini dengan menyatakan: Bab Isyarat khatib di atas mimbar dengan telunjuk ketika berada dalam khutbahnya dan menggerakkannya ketika memberi isyarat itu.[9]

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai amalan kebiasaan umat Islam di Malaysia ketika tasyahhud yang hanya mengangkat jari telunjuk ketika illallah (dari kalimah laa ilaaha illallah) ketika bersyahadah. Sebenarnya amalan ini tidak ada contohnya dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, para sahabat, tabiin dan tabiut at-Tabiin malah amalan ini juga bukannya ajaran al-Syafii rahimahullah atau mana-mana ulama bermazhab Syafii sebelum kurun ke 5 hijrah. al-Syafii rahimahullah di dalam kitabnya al-Umm berpendapat jari telunjuk diangkat secara terus-menerus dari awal hingga akhir tasyahhud:

Dia menghamparkan tangannya yang kiri atas pahanya yang kiri. Dia menggenggam anak jari tangannya yang kanan atas pahanya yang kanan, selain telunjuk dan ibu jari. Dan dia menunjukkan (mengisyaratkan) dengan telunjuk.[10]

Al-Syafii rahimahullah juga membawa riwayat dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma lalu beliau berkata:

Adalah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam apabila beliau duduk dalam solat (ketika tahiyat pen), beliau meletakkan telapak tangannya yang kanan atas pahanya yang kanan. Beliau menggenggam seluruh anak jarinya dan beliau mengisyaratkan dengan anak jarinya yang mengiringi ibu jari (telunjuk). Dan beliau meletakkan telapak tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri.[11]

Demikianlah pendapat sebenar al-Syafii rahimahullah dalam hal ini. Pendapat beliau ini juga disokong oleh fuqaha Syafiiyyah seperti al-Baihaqi, al-Mawarzi dan al-Mawardi rahimahumullah. Malah al-Mawardi (dilahirkan di Basrah pada tahun 364 H) menyatakan dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir Syarah Mukhtasar al-Muzani (jld. 2, ms. 132-133) bahawa fuqaha Syafiiyyah pada zamannya mengamalkan kedua-dua pendapat iaitu menggerak-gerakkan jari telunjuk dan tidak menggerakkannya secara terus dari awal sehingga salam. Tidak ada pendapat bahawa mereka mengangkat jari hanya ketika menyebut kalimah illallah dalam tasyahhud.[12] Semoga dengan pendedahan ini umat Islam di Malaysia akan kembali kepada mazhab al-Syafii rahimahullah yang sebenar, yang sentiasa tegar atas sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sesuai dengan gelaran beliau sebagai al-Nashir al-Sunnah (pembela sunnah). Umat Islam di Malaysia harus membuang sikap taklid buta terhadap amalan yang mereka warisi secara turun-temurun dan sepatutnya melakukan usaha yang gigih untuk meneliti sunnahsunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Amalan hanya bertaklid buta kepada amalan nenek moyang ini telah dicela dengan keras oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firmannya:

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada Rasul-Nya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?[13] Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taklid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja. Rasul itu berkata: Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya? Mereka menjawab: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya. Lalu Kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.[14]

Tentang dakwaan mereka bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk secara berterusan dalam tasyahhud boleh membatalkan solat kerana terdapat pergerakkan lebih dari tiga kali, berkata al-Nawawi rahimahullah dalam Syarh al-Muhadzdzab (jld. 3, ms. 454): Haram hukumnya menggerak-gerakkan jari ketika solat. Jika tetap

menggerakkannya maka solatnya menjadi batal. Pendapat ini diceritakan dari Abu Ali ibn Abu Hurairah. Namun pendapat tersebut dianggap syadz (bertentangan dengan dalil yang lebih sahih) dan dhaif (lemah).[15]

Kemudian al-Nawawi berkata lagi: Disunnahkan menggerakkan jari ketika solat. Hal ini diceritakan oleh Syaikh Abu Hamid, al-Bandaniji dan al-Qadhi Abu al-Thayyib serta beberapa ulama lainnya.

Pendapat ini didasarkan pada hadis Wail bin Hujur: kemudian

beliau

mengangkat jari telunjuknya, maka aku melihat baginda terus menggerakgerakkan jarinya dan beliau berdoa dengannya. Hadis riwayat al-Baihaqi
dengan sanad yang sahih.[16]

Maka menurut al-Nawawi, dakwaan terbatalnya solat dengan gerakan sebanyak tiga kali itu tidak ada dasarnya dari hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan sepatutnya kita menolak dakwaan semacam ini. Jadi telah jelaslah bagi kita bahawa amalan tahrik ini memang ada dasarnya melalui hadis-hadis dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata al-Albani rahimahullah: Menggerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang sah dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, dilakukan oleh Ahmad dan imam-imam Ahl al-

Hadis yang lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah takut kepada Allah bagi orang
yang beranggapan bahawa perbuatan ini sia-sia, tidak patut dilakukan dalam solat. Kerana anggapan itu mereka tidak mahu menggerakkan telunjuknya dalam solat, padahal mereka tahu riwayatnya sah. Mereka mencari-cari alasan untuk mentakwilnya (memberi tafsiran lain pen) dengan menyalahi ketentuan bahasa Arab dan pengertian yang difahami para imam.[17]

Kesimpulannya,

dalam

bertasyahhud,

Rasulullah

shalallahu

'alaihi

wasallam

menggerak-gerakkan jari telunjuknya secara berterusan dan sesekali beliau hanya menunjuk jari telunjuknya ke arah kiblat tanpa menggeraknya dari awal hingga salam. Oleh itu keduaduanya mempunyai dalil yang sahih dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Maka bebas bagi umat Islam memilih untuk beramal antara kedua-duanya tanpa ragu-ragu. Manakala amalan mengangkat jari telunjuk ketika illallah (dari kalimah laa ilaaha illallah) ketika bersyahadah sememangnya tidak memiliki dalil yang sahih serta ianya bukan dari ajaran al-Syafii rahimahullah. Maka sewajarnya pembaca-pembaca yang budiman melakukan penilaian semula ke atas amalan tersebut.

[1] Hasan Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai hasan sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 1275. [2] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abu Daud, hadis no. 989 dan berkata al-Nawawi dalam AlMajmu, jld. 3, ms. 435: Sanadnya sahih. Lebih lanjut tentang darjat hadis ini, rujuk buku saya Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah (Jahabersa, Johor Bahru, 2002), ms. 118. [3] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 889. Berkata al-Nawawi dalam Al-Majmu, jld. 3, ms. 435: Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih. [4] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no. 912. [5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih, juga dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 293. [6] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 168. [7] Hadis yang dimaksudkan oleh al-Albani adalah seperti berikut:

Rasulullah solat di rumahnya, baginda di dalam keadaan kesulitan, maka baginda solat duduk, para sahabat solat di belakangnya berdiri, maka baginda memberi isyarat kepada mereka (untuk solat) duduk. (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 688)
[8] Muhammad Nashiruddin al-Albani, Tamamul Minnah, jld.1, ms. 268. [9] Muhammad Nashiruddin al-Albani, Tamamul Minnah, jld.1, ms. 268. [10] Al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 277. [11] Al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 277. [12] Untuk melihat perbahasan yang bermanfaat tentang hal ini sila rujuk kupasan yang begitu baik dari Saudara Hafiz Firdaus Abdullah dalam bukunya Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah, ms. 124-129. [13] al-Maaidah (5): 104 [14] al-Zukhruf (43): 23-25 [15] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 172. [16] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 172. Catitan penyunting: Walaubagaimanapun perlu diketahui bahawa pendapat yang dikuatkan oleh alNawawi ialah tidak menggerakkannya. Beliau berkata: Yang benar adalah apa yang diputuskan oleh jumhur bahawa ia tidak digerak-gerakkan. Jika digerakkan maka ia adalah makruh namun tidak membatalkan solat disebabkan ia adalah perbuatan yang kecil/sedikit. Adapun riwayat Wail bin Hujur berkenaan digerak-gerakkan jari telunjuk, maka al-Nawawi cenderung kepada takwilan al-Baihaqi bahawa yang dimaksudkan adalah isyarat dan bukannya pergerakan berulang-ulang. Rujuk Al-Majmu, jld. 3, ms. 435. [17] Muhammad Nashiruddin al-Abani, Sifat Shalat Nabi, ms. 196

9
TAMBAHAN SAYYIDINA DALAM SELAWAT

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, amalan kebiasaan yang dilakukan ketika pembacaan selawat dalam tasyahhud atau ketika berdoa akan dilafazkan perkataan sayyidina (tuan kami) sebelum nama Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam sebagai tanda penghormatan kepada baginda. Bagi mereka yang enggan menambah perkataan tersebut di dalam tasyahhud ketika bersolat atau ketika berdoa seringkali dituduh sebagai golongan yang tidak menghormati atau mencintai Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Memang telah disepakati oleh semua ulama bahawa selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam merupakan satu perintah dari Allah Azza Wa Jalla sebagaimana firman-Nya:

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.[1]

Menurut al-Albani rahimahullah: Pengertian selawat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang paling baik adalah seperti yang di kemukakan oleh Abu Aliyah, iaitu Allah berselawat kepada Nabi maksudnya Allah memuji dan memuliakannya. Malaikat berselawat kepada Nabi maksudnya mereka memohon kepada Allah untuk mengurniakan kedudukan

terpuji dan terhormat kepada beliau. Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Baari mengemukakan suatu pendapat yang popular tentang makna Allah berselawat kepada Nabi ialah Allah memberi rahmat kepadanya.[2]

TM Hasbi al-Shiddiquey rahimahullah pula berkata: Adapun pengertian kita berselawat kepada Nabi ialah mengakui kerasulannya serta memohon kepada Allah semoga Allah melahirkan atau mengurniakan keutamaan dan kemuliaan kepada baginda. [3]

Selanjutnya al-Syafii rahimahullah menulis: Maka tidak adalah berselawat pada tempat yang lebih utama daripada dalam solat. Kami mendapat petunjuk dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dengan yang saya terangkan, bahawa selawat kepada Rasul-Nya shalallahu 'alaihi

wasallam itu fardhu dalam solat.[4]

Oleh itu jelaslah bagi kita bahawa berselawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam adalah satu perkara yang disyariatkan di dalam solat. Maka ada baiknya untuk kita meneliti hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang mengajar kita mengenai tatacara untuk berselawat yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan tasyahhud. Mempelajari cara Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan mengamalkannya adalah satu kaedah yang dituntut dalam Islam kerana beliau merupakan contoh ikutan yang terbaik bagi kita semua sebagaimana firman Allah Azza Wa Jalla:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[5]

Hadis-hadis tersebut adalah seperti di bawah:[6]

Pertama:

Abdurrahman bin Abi Lailah berkata: Saya berjumpa dengan Kaab bin Abi Lailah lalu dia berkata: Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku pernah mendengarnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam? Jawabku: Sudah tentu! Hadiahkanlah kepadaku! Dia berkata: Kami (para sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahlul bait, kerana sesungguhnya Allah telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya) kami memberi salam (kepadamu)? Baginda menjawab: Ucapkanlah oleh kalian:

.
Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.

Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. [7]

Kedua:

Dari Musa bin Talhah, dari bapanya (iaitu Thalhah bin Ubaidullah) dia berkata: Kami (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu? Baginda bersabda: Ucapkanlah oleh kalian:

.
Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.) [8]

Ketiga:

Dari Abi Masud al-Anshari, dia berkata: Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam datang kepada kami sedang kami berada di majlis Saad bin

Ubadah. Kemudian Basyir bin Saad bertanya kepada baginda: Allah Taala telah memerintahkan kepada kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu? Kata Abi Masud: Maka Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Saad) tidak bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Ucaplah oleh kalian:

.
Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, atas seluruh alam sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.[9]

Keempat:

Abu Humaid al-Saaidi dia berkata: Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana (caranya) kami berselawat kepada mu? Jawab baginda: Ucapkanlah oleh kalian:

.
Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.) [10]

Selain dari selawat-selawat di atas terdapat beberapa lagi cara selawat yang telah diajar oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang boleh kita dapati dari hadis-hadis yang sahih dari baginda yang boleh dimanfaatkan dalam bacaan untuk tasyahhud.[11] Maka sewajarnya kita mencontohi cara bacaan yang benar-benar telah diajar sendiri oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Ini sesuai dengan anjuran baginda sendiri untuk mengikuti hanya baginda di dalam ibadah solat sebagaimana sabdanya: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[12] Setelah membaca hadis-hadis di atas mungkin para pembaca akan tertanya-tanya tentang perbezaan lafaz selawat dalam bacaan tasyahhud awal dan tasyahhud akhir (bagi solat yang lebih dari 2 rakaat). Keumuman hadis-hadis tentang lafaz selawat ini menunjukkan tidak ada perbezaan bacaannya dalam kedua-dua tasyahhud. Inilah juga pendapat al-Syafii rahimahullah dalam kitab al-Umm: Bacaan selawat pada tasyahhud awal dan tasyahhud kedua adalah sama, tidak ada perbezaan.[13] Semoga mereka yang mengaku bermazhab alSyafii memperhatikan perkara ini demi untuk menjaga kesempurnaan tasyahhud dalam solat. Setelah kita meneliti hadis-hadis yang sahih tentang bacaan selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, maka jelaslah tidak ada satupun lafaznya yang disebutkan perkataan Sayyidina. Sekiranya kita telah bersetuju bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam adalah Uswatun Hasanah (contoh ikutan terbaik) dan baginda juga memerintah kita untuk mencontohi baginda dalam bersolat, maka patutkah kita memiliki cara bacaan selawat yang berbeza atau menambah perkataan-perkataan tertentu dalam lafaz yang diajar oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri seolah-olah apa yang diajar oleh baginda kurang sempurna?

Tentu sekali tidak! Apatah lagi Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri melarang kita memberi gelaran-gelaran yang berlebihan kepada baginda (termasuk Sayyidina) dan hanya mencukupkan kita dengan gelaran yang Allah Azza Wa Jalla berikan kepadanya iaitu abduhu wa rasuluhu (Hamba Allah dan Pesuruh Allah). Ini sebagaimana beberapa hadis berikut:

: .
Umar al-Khattab radhiallahuanh berkata di atas mimbar, aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukan terhadap Isa anak Maryam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka berkatalah: Hamba Allah dan Pesuruh Allah.[14]

: :

! ! : . : . :
Mutharrif bin Abdullah radhiallahuanh berkata bahawa ayahnya pernah bersama satu rombongan dari Banu Amir pergi berjumpa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Apabila mereka tiba, mereka berkata kepada Rasulullah: Anta Sayyidina! (Anda tuan kami). Nabi menjawab: Tuan kamu adalah Allah Tabaraka wa Taala. Mereka (Banu Amir) berkata lagi: Engkau adalah yang paling mulia kemuliaannya, dan yang paling besar keutamaannya. Rasulullah menjawab: Berkatalah kamu dengan perkataan kamu itu, akan tetapi janganlah sampai syaitan menjadikan kamu sebagai wakilnya.[15]

: ! : , ! !

.
Anas bin Malik radhiallahuanh berkata seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam seraya berkata: Ya Muhammad! Ya Sayyidina ibni Sayyidina! (Wahai Tuan kami dan anak kepada Tuan kami), Wahai yang terbaik di kalangan kami dan anak kepada yang terbaik di kalangan kami! Rasulullah menjawab: Wahai manusia, hendaklah kalian bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya aku adalah Muhammad bin Abdillah, hamba Allah dan RasulNya; dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah 'Azza wa Jalla tentukan bagiku.[16]

Ada pihak yang menyatakan larangan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tersebut bukanlah secara mutlak, ini hanyalah kesempurnaan keperibadian baginda dalam bersifat tawadhu (merendah diri). Oleh itu penambahan Sayyidina dalam selawat itu adalah sebagai tanda hormat kita kepada baginda dan memperbaiki lagi ibadah selawat tersebut.[17] Wahai pembaca yang budiman, mustahil masih ada perkara berkaitan dengan kesempurnaan ibadah yang yang terluput dari ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu...[18]

Dengan terwahyunya ayat ini, maka segala bentuk ibadah yang disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala telah lengkap lagi sempurna sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam kepada para sahabatnya untuk diwarisi kepada generasi kemudiannya. Maka apa sahaja amalan yang tidak dikerjakan oleh Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam dan sahabatnya maka ia sememangnya bukan sebahagian dari ibadah termasuklah amalan mengucapkan sayyidina dalam bacaan selawat. Ibnu Abbas radhiallahuanh ketika menafsirkan ayat ini berkata (Tafsir Ibnu Kathir, jld. 2, ms. 12): Allah memberi khabar kepada Nabi-Nya, bahawa agama keimanan sudah disempurnakan tidak perlu ditambah, dan telah dicukupkan tidak perlu dikurangi, kerana Allah meredhainya dan tidak murka selamanya.[19] Selain itu Nabi shalallahu 'alaihi wasallam juga telah bersabda:

.
Sesungguhnya aku telah meninggalkan kalian di atas ajaran yang putih bersih, yang malamnya laksana siangnya (akibat dari kejelasan ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam - pen), tidak seorangpun yang menyimpang darinya kecuali orang yang binasa.[20]

Sekiranya penambahan sayyidina dalam selawat ini adalah satu amalan mulia yang boleh mendekatkan kita kepada syurga, mungkinkah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak mengkhabarkan kepada kita hanya kerana baginda itu bersifat tawadhu? Tentu sekali tidak! Tanggapan mereka menambahkan sayyidina itu sebenarnya mencantikkan lagi amalan selawat adalah bercanggah dengan pegangan al-Syafii rahimahullah kerana di dalam kitabnya alRisalah, beliau berkata: Sesiapa yang mencipta istihsan (mencipta suatu perkara yang disangka baik), maka dia telah mencipta syara, dan sesiapa yang mencipta syara maka dia telah kafir.[21] Pernyataan al-Syafii ini di sokong pula oleh firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan mereka menyangka bahawa mereka telah melaksanakan perbuatan perbuatan-perbuatan (ibadah yang mereka cipta mengikut cara mereka sendiri) adalah baik.[22]

Yang sebenar adalah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam memang tidak pernah mengsyariatkan kata-kata sayyidina dalam selawat kepada baginda. al-Albani rahimahullah berkata: Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah pernah ditanya orang tentang kalimat selawat untuk Nabi yang dibaca dalam solat dan di luar solat, baik yang wajib mahupun yang sunnah: Apakah dalam ucapan selawat itu diisyaratkan menggunakan kata-kata Sayyid, seperti orang mengatakan Allahumma shalli ala

sayyidina Muhammad atau ala sayyidil khalqi atau ala sayyidi waladi atau
hanya menggunakan kata-kata Allahumma shalli ala Muhammad . Manakah yang lebih baik daripada ucapan-ucapan itu? Apakah digunakan kata-kata sayyid atau tidak menggunakannya kerana tidak tersebut dalam hadis-hadis.

Jawab Ibnu Hajar al-Asqalani: Benar, mengucapkan lafaz-lafaz selawat sebagaimana tersebut dalam riwayat hadis adalah yang benar. Janganlah sampai ada orang yang mengatakan Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri (tawadhu) sahaja sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak menyahut dengan ucapan shalallahu 'alaihi wasallam. Semua orang Islam dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan nama Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Saya (Ibnu Hajar) menyatakan bahawa sekiranya benar bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan dalam riwayat dari sahabat dan tabiin. Akan tetapi, saya (Ibnu Hajar) tidak menemukan adanya riwayat semacam itu dari seorang sahabat atau tabiin pun, padahal

begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka. al-Syafii

rahimahullah Taala sebagai seorang yang paling menghormati Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam juga tidak menyebutkan kata sayyidina dalam awal
pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-Syafii adalah contoh ikutan para pengikut mazhabnya. Beliau (al-Syafii) hanya menyebutkan Allahumma shalli

ala Muhammad.[23]

Tambahan lagi setelah dirujuk kitab al-Umm dalam Bab Tasyahhud Dan Selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam ternyata al-Syafii sendiri meriwayatkan hadis-hadis bacaan selawat yang tidak terdapat perkataan sayyidina di dalamnya.[24] Dewasa ini ramai orang yang tidak ambil peduli untuk benar-benar mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam tatacara berselawat. Malah mereka bukan sekadar menambah lafaz sayyidina atau lafaz-lafaz lain dalam selawat, tetapi ada yang sampai ke tahap menggubah tatacara atau lafaz-lafaz baru secara total tanpa ada contohnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, para sahabat, generasi tabiin mahupun imam-imam mazhab yang empat. Pada tanggapan mereka ini adalah satu perbuatan yang lebih bermanfaat dari lafaz aslinya yang datang dari baginda shalallahu 'alaihi wasallam. Tindakan sebegini sepatutnya dihindari secara oleh umat Islam dan kembali kepada ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis baginda yang sahih. Ini kerana Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam adalah makhluk yang paling sempurna ibadahnya dan yang paling mulia di sisi Allah Azza Wa Jalla. Maka sewajarnya untuk kita tidak mencontohi ikutan yang lain selain dari baginda shalallahu 'alaihi wasallam. Berkata Abu Ubaidah: Setelah kita ketahui bahawa bacaan selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam merupakan sebuah ibadah dan sesuatu bersifat tauqify (terhenti


sebagaimana ajaran Nabi shalallahu 'alaihi wasallam) maka kita semua wajib membaca selawat kepada beliau dengan lafaz yang telah ditetapkan...Kita tidak boleh menambah mahupun menggubah lafaz yang telah ditetapkan dengan bentuk formula selawat yang baru. Kerana tindakan itu merupakan salah satu

bentuk pembangkangan terhadap pemilik syariat (iaitu Allah Taala) yang sebenarnya harus kita patuhi dan kita cintai dengan sepenuh hati.[25]

[1] al-Ahzaab (33):56 [2] Muhammad Nashiruddin al-Abani, Sifat Shalat Nabi, ms. 205. [3] Dinukil daripada kitab Marilah Kita Berselawat Ke Atas Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam, Hafiz Firdaus Abdullah, (Jahabersa, Johor Bahru, 1999), ms. 11. [4] al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 280 [5] al-Ahzaab (33):21 [6] Catitan penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan selawat itu sendiri. Ini supaya para pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan selawat tersebut. [7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 3370. [8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 1290. [9] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih, juga dinilai sahih oleh alAlbani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 3220. [10] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 3369. [11] Dalam kitab al-Masaa-il, (Darul Qolam, Jakarta 2003), jld.2, ms. 11-29 karangan Abdul Hakim Amir Abdat, beliau telah membawa 8 cara selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari hadis-hadis yang sahih. [12] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya, hadis no. 631. [13] al-Syafii, al-Umm, jld.1, ms. 282. Apa yang biasa diamalkan di Malaysia dan yang tertulis dalam kitabkitab fardhu ain, terdapat perbezaan antara bacaan Tasyahhud awal dan akhir. Tasyahhud awal hanya memadai dibacakan tahiyat sahaja. Pendapat al-Syafii yang sebenar adalah kedua-dua tasyahhud awal dan akhir hendaklah disempurnakan dengan tahiyat dan selawat kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana terdapat dalam hadis-hadis beliau yang sahih. [14] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 3445. [15] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no. 4806. Berkata Ibn Muflih dalam al-Adab al-Syariyyah wa al-Minah al-Mariyyah ( ,) jld. 3, ms. 455: Sanadnya baik (jayyid).

[16] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis no. 12551 (jld. 3, ms. 153) dan sanadnya dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnauth dan rakan-rakan. Juga dikeluarkan oleh al-Nasai dalam Amal al-Lail wa al-Yaum dengan sanad yang baik (jayyid) sebagaimana nilai Ibn Muflih dalam al-Furu, jld. 3, ms. 568. [17] Catitan penyunting: Agaknya alasan Syaitaniyah seperti inilah yang telah diperingatkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam sabda baginda: Berkatalah kamu dengan perkataan kamu itu, akan tetapi janganlah sampai syaitan menjadikan kamu sebagai wakilnya. [18] al-Maaidah (5): 3 [19] Dinukil daripada kitab Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bidah, Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili (edisi terjemahan oleh Abu Ahmad Syamsuddin, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2002) ms. 29. [20] Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya, hadis no: 17142 (jld. 4, ms. 126) dan ia dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnauth dan rakan-rakan.. [21] Rasul Dahri, Bidah dan Percanggahannya, (Jahabersa, Johor Bahru, 1998), ms. 74. [22] Al-Kahfi (18): 104 [23] Dinukil dari kitab Sifat Shalat Nabi, ms. 216. [24] al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 280-281. [25] Abu Ubaidah Mashur bin Hassan, Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 162.

10
TIDAK BERZIKIR SESUDAH SOLAT
Baru-baru ini di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Malaysia,[1] penulis tetap di dalam akhbar tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan: "Sesetengah ulama terutama dari puak Wahhabi mengharamkan orang Muslim berwirid selepas solat kerana menganggapnya sebagai bidah atau perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah". Kenyataan yang jahil lagi keliru ini sebenarnya memang sudah tersebar di kalangan umat Islam di Malaysia. Walau pun begitu sepanjang kajian penulis, belum pernah lagi penulis terjumpa aliran-aliran Islam yang mengharamkan secara keseluruhan zikir sesudah solat atau menganggap ianya bidah. Pada pendapat penulis pandangan yang jahil ini timbul kerana ada niat jahat dan si penuduh sendiri tidak meneliti pandangan sebenar golongan yang dicemuh dengan gelaran Wahhabiyah ini dalam permasalahan zikir selepas solat. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan sangkaan tanpa meneliti isu sebenar berkaitan dengan zikir setelah solat. Sikap mereka ini telah dicela oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam firman-Nya:

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.[2]

Hukum Zikir Selepas Solat. Telah menjadi satu kesepakatan bahawa zikir setelah solat adalah satu bentuk amal ibadah yang disyariatkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya:

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.[3]

Menurut Abdul Hakim bin Amir Abdat: Zikir sesudah solat yang wajib/fardhu ialah satu bentuk zikir yang terikat dengan bilangan dan waktunya Oleh kerana itu wajiblah kita mengikuti apa-apa yang Nabi shalallahu 'alaihi wasallam telah ajarkan kepada kita dengan tidak membuat-buat atau menambah-nambah yang telah ada.[4]

Telah menjadi kesepakatan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah akan sunnahnya zikir setelah solat fardhu[5]. Cuma yang wujud perbezaan pendapat adalah berkaitan dengan tatacara zikir itu dibacakan. Insya-Allah di mukasurat yang berikutnya penulis akan bentangkan tatacara sebenar zikir setelah solat menurut sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan juga al-Syafii rahimahullah.

Perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala Berkaitan Dengan Tatacara Bezikir Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menjelaskan kepada hambanya tatacara berzikir yang sepatutnya kita persembahkan kepada-Nya. Ini sebagaimana firman-Nya:

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.[6]

Dalam Tafsir al-Jalalain (Jld. 1, ms. 226) oleh al-Suyuti rahimahullah, disebutkan:

Wadzkur Rabbaka Fi Nafsika ("Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu...) artinya secara rahsia atau sembunyi. Tadharruan artinya
merendah diri. Khifatan artinya rasa takut. Tingkatan di atas al-sirr ialah perkataan, tapi tidak nyaring dan tidak terdengar (bisikan).[7]

Dalam Ruhul-Maany (Jld. 9, ms. 154) oleh al-Alusi rahimahullah, Ibnu Abbas radhiallahu 'anh berkata tentang ayat ini: Ertinya hanya dirinya sendiri yang mendengar.[8] Dalam Tafsir Al-Qurthubi (Jld. 7, ms. 355) disebutkan, Abu Jafar Al-Nuhas berkata: Tidak ada perbezaan, bahawa makna wadzkur Rabbaka fi nafsika (Dan sebutlah

serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu..) adalah dalam berdoa, Ibnu Abbas
mengetikan berzikir di sini ialah qiraah dalam solat. Ada pula yang berpendapat, artinya bacalah al-Quran dengan pengamatan dan pemahaman. Dunal Jahri (dengan tidak pula menyaringkan suara ) artinya tidak menyaringkan suara. Hal ini sebagaimana firman Allah: [9

dan ambilah jalan (pertengahan) antara demikian itu

ertinya antara nyaring dan bisikan hati, hal ini menunjukkan bahawa menyaringkan suara dalam berzikir adalah dilarang, berdasarkan keteranganketerangan di atas.[10] Melalui firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas serta penjelasan daripada para ulama pentafsir al-Quran, dapat kita fahami bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala sendiri telah memerintahkan hamba-Nya untuk berzikir kepadanya dengan suara yang perlahan.

Hadis-Hadis Tentang Tatacara Zikir Setelah Solat Di sini penulis akan paparkan beberapa hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang berkaitan dengan tatacara zikir sesudah solat.

Pertama:

: .
Ummu Salamah (radhiallahu anha) isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata: "Rasulullah (shalallahu 'alaihi wasallam) apabila memberi salam setelah solatnya, kaum wanita berdiri setelah baginda menyelesaikan salamnya; sedangkan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri diam di tempatnya sebentar."[11]

Kedua:

: : .) ( :
A'ishah (radhiallahu anha) berkata: "Nabi shalallahu 'alaihi wasallam apabila mengucapkan salam, (menunjukkan solat telah selesai); baginda tidak duduk kecuali sekadar mengucapkan 'Allahumma antas salam, wa min kas salam, tabarakta dzal Jalali wal Ikram (dalam riwayat lain disebut: yadzal Jalali wal Ikram).[12]

Ketiga:

: , : . .
Berkata Simak bin Harb, aku pernah berkata kepada Jabir bin Samurah: "Pernahkah engkau duduk bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.

Jawab Jabir: "Ya! Biasanya setelah solat Subuh, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tetap duduk di tempat solatnya hingga matahari naik. Di saat itu, biasanya para sahabat ada yang bercerita tentang kisah jahiliyah, ada yang membaca puisi nasihat; dan jika mereka sampai tertawa baginda ikut sama tersenyum."[13]

Keempat:

, .
Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, dari ayahnya bahawa dia pernah solat bersama Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam solat Subuh. Setelah selesai solatnya, baginda segera meninggalkan tempat solatnya.[14]

Kelima:

.
Berkata Ibnu Syihab, aku diberitahu oleh Hindun binti Haarits al-Firasyyah, bahawa Ummu Salamah pernah memberitahukan: "Bahawa di masa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pada umumnya, kaum wanita segera meninggalkan

tempat solat setelah salam. Sedangkan Rasulullah dan kaum lelaki yang ikut solat bersama baginda masih duduk sampai Rasulullah bangkit maka kaum lelaki segera bangkit pula."[15]

Keenam:

: .
Abdullah ibnu Abbas radhiallahuanhuma berkata bahawa orang ramai berzikir dengan suara yang kuat selepas berakhirnya solat berjemaah dan ini berlaku pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ibnu Abbas melanjutkan: Aku dapat mengetahui apabila solat telah selesai dengan mendengar zikir tersebut.[16]

Ketujuh:

: .... :
Abdullah ibnu Zubair (radhiallahu 'anh berkata): "Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam apabila memberi salam daripada solatnya, mengucapkan zikir berikut dengan suara yang keras: "La ilaha illAllah..."[17]

Setelah diteliti hadis-hadis di atas ternyata terdapat tiga cara Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berzikir sesudah solat: a) Baginda shalallahu 'alaihi wasallam berzikir dengan suara yang Jahr (kuat). b) Baginda shalallahu 'alaihi wasallam berzikir secara sirr (perlahan). c) Baginda shalallahu 'alaihi wasallam segera meninggalkan tempat solatnya tanpa berzikir[18]

Insya-Allah akan kita paparkan pendapat yang didukung ulama Ahlus Sunnnah Wal Jamaah terutamanya pegangan al-Syafi'i rahimahullah Ta'ala dalam bab zikir selepas solat dan bagaimana beliau menghilangkan percanggahan yang seolah-olah kelihatan dalam hadis-hadis di atas.

Pandangan al-Syafii Tentang Zikir Setelah Solat Menurut al-Syafi'i rahimahullah dalam kitab beliau al-Umm:[19] Saya (al-Syafi'i) memandang baik bagi imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. Kedua-duanya

menyembunyikan zikir kecuali bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya. Allah Azza wa jalla telah berfirman:

... dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya...[20]

Iaitu, Allah sahaja yang Maha Mengetahui, ialah doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri.

Saya mengira (berpendapat) bahawa yang diriwayatkan daripada Ibnu Zubair adalah dari tahlilnya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Dan yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas adalah dari takbirnya, sebagaimana yang kami riwayatkan dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam [zikir secara jahr (dengan suara yang kuat) selepas solat seperti yang telah dipaparkan di atas - pen] .

Saya

mengira

(berpendapat)

bahawa

Nabi

shalallahu

'alaihi

wasallam

mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya. Yang demikian itu kerana umumnya riwayat yang kami tuliskan bersama ini dan yang lainnya, tidak disebutkan padanya sesudah salam, akan pembacaan tahlil dan

takbir.

Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berzikir sesudah solat, dengan yang saya terangkan itu, dan disebutkan juga perginya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dari solat tanpa zikir. Dan Ummu Salamah menyebutkan berhentinya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sekejap sesudah solat dan beliau tidak bezikir dengan keras (kuat). Saya mengira, bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak berhenti yang sekejap itu, selain untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara.....

Inilah tafsiran al-Syafi'i rahimahullah terhadap hadis-hadis zikir selepas solat. Beliau menyatakan zikir setelah solat secara jahr (kuat) yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiallahuanh adalah untuk para sahabat belajar dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tentang bacaan untuk berzikir. Setelah para sahabat faham akan tatacaranya maka zikir selepas solat itu diperlahankan atau disembunyikan dengan suara yang perlahan dan dikerjakan secara individual. Ibnu Hajar al-Asqalani pengarang kitab Fathul Baari juga telah menurunkan kata-kata al-Nawawi rahimahullah (kedua-dua mereka adalah tokoh hadis yang bermazhab Syafi'i) sebagai berikut: Al-Syafi'i memahami hadis ini (yakni hadis Ibnu Abbas) bahwa mereka mengeraskan suara hanya beberapa waktu lamanya untuk mengajar sifat (cara) zikir, bukan bererti mereka terus-menerus mengeraskan bacaan zikir. Adapun pandangan yang terpilih adalah bahawa imam dan makmum sama-sama membaca zikir dengan suara perlahan kecuali bertujuan untuk mengajar zikir tersebut kepada orang-orang.[21]

Dalam Syarah al-Nawawi ala Shahih Muslim (Jld. 5, m.s 84) dalam bab Rafush-Shaut bidz-zikr (menyaringkan suara dalam berzikir), berkata al-Nawawi berkenaan hadis Ibnu Abbas: Ini merupakan dalil tentang pendapat sebahagian salaf tentang sunat mengeraskan suara takbir dan zikir setelah selesai solat wajib. Di antara ulama

mutaakhirin yang menganjurkannya ialah Ibnu Hazm al-Zahiri. Ibnu Bathal dan
lain-lainnya menyatakan bahawa rakan-rakannya dan juga lain-lainnnya sepakat tentang tidak adanya anjuran mengeraskan suara zikir dan takbir tersebut. alSyafii

rahimahullah menafsirkan hadis ini bahawa hal itu merupakan

pengulangan dalam jangka waktu yang tidak seberapa lama kerana Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam hendak mengajar sifat zikir kepada para sahabat,
bukan bererti mereka terus menerus mengeraskannya. Dia berkata: Imam dan

makmum hendaknya memilih untuk berzikir kepada Allah setelah solat dengan menyembunyikannya (secara sirr). Kecuali jika ada orang yang hendak belajar zikir itu dari imam, hingga imam tahu bahwa orang yang belajar itu sudah mampu mempelajari darinya. Setelah itu imam harus menyembunyikannya. Begitulah semestinya. Perkataan ibnu Abbas: Aku tahu jika mereka menyelesaikan (solat).. menurut zahir kalimatnya bahawa Ibnu Abbas tidak hadir dalam solat berjemaah pada sesekali waktu, kerana usianya yang masih kanak-kanak.[22]

Selanjutnya tentang hadis Ibnu Abbas radhiallahu'anhuma, Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata: Kemudian terjadi perbezaan tentang latar belakang mengapa Ibnu Abbas berkata demikian. Al-Qadhi Iyadh mengatakan, bahawa Ibnu Abbas tidak hadir mengikuti solat berjemaah kerana usianya yang masih kecil, dia tidak termasuk di antara orang yang terus menerus menghadiri jamaah, maka beliau mengetahui akhir solat dari hal tersebut. Ulama selainnya mengatakan, kemungkinan Ibnu Abbas hadir di akhir Saf, maka beliau tidak mengetahui akhir solat dengan salam, akan tetapi beliau mengetahuinya dengan takbir. Ibnu Daqiq al Id berpendapat, dari sini dapat ditarik kesimpulan bahawa saat itu tidak ada orang yang menyampaikan takbir imam (muballigh) supaya didengar oleh orang-orang yang berada di akhir saf.[23]

Akan tetapi setelah Ibnu Abbas dewasa dan memiliki ilmu, dia sendiri ikut menafsirkan tadharruan wa khufyatan dalam surah al-Araf ayat ke 205 dengan berkata: Ertinya secara sembunyi, sirr. Di tempat lain dia berkata menjelaskan sirr (zikir dengan suara perlahan pen) itu ertinya: Hanya dirinya sendiri mendengar.[24]

Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibariy rahimahullah, pengarang kitab Fathul Muin, sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafii yang menjadi rujukan utama bagi masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia, telah menulis: Sunnah sesudah solat, zikir dan berdoa dengan suara perlahan. Maksudnya, sunnah melakukannya dengan suara perlahan bagi munfarid (solat bersendirian), makmum dan imam yang tidak bermaksud untuk memimpin hadirin atau memperdengarkan doanya agar diaminkan oleh mereka.[25] Maka secara ringkasnya pandangan al-Syafii rahimahullah tentang tatacara berzikir selepas solat adalah sebagaimana yang dikatakan oleh al-Baihaqi rahimahullah dalam kitabnya Sunan al-Kubra: Bahawa zikir dan doa sesudah solat harus diperlahankan (secara sirr) kecuali jika imam ingin mengajarkan zikir itu kepada manusia, maka dikuatkan (secara

jahr) supaya dapat dipelajari. Apabila sudah selesai dipelajari dan diketahui,
maka zikir dan doa itu haruslah diperlahankan (secara sirr semula pen).[26]

Maka inilah pendapat Mazhab al-Syafii yang sebenar tentang zikir sesudah solat. Apa yang perlu difahami oleh para pembaca yang budiman bahawa sebenarnya hukum mengeraskan suara dengan zikir di dalam masjid sehingga terganggu orang lain yang sedang solat (samada makmum yang masbuk atau yang sedang solat sunat) adalah haram. Menurut Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibariy rahimahullah: Guru kami berpendapat: Adapun mengeraskan suara zikir dan doa di dalam masjid sehingga menganggu ketenangan orang yang bersolat maka ianya adalah haram.[27]

Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah pengharaman ini dikecualikan ketika sedang dijalankan majlis ilmu di masjid tersebut.[28] Pengharaman ini adalah berdasarkan kepada sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

: .
Dari al-Bayaadhiyyi radhiallahuanh, dia berkata: Bahwa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam pada suatu ketika keluar kepada orang ramai (di masjid). Didapatinya banyak orang bersolat dan banyak pula yang mengeraskan suara dalam membaca al-Quran, maka sabdanya: Sesungguhnya orang yang bersolat itu sedang munajat atau bercakap-cakap dengan Tuhannya Azza wa Jalla, maka seharusnya dia mengetahui apa yang dipercakapkan itu! Dan janganlah pula sebahagianmu mengeraskan suaranya mengatasi yang lain dalam membaca al-Quran![29]

Sekiranya membaca ayat al-Quran secara kuat dilarang kerana mengganggu orang lain yang sedang bersolat, maka sudah tentu juga membaca zikir secara kuat atau beramai-ramai adalah dilarang juga. Selanjutnya ingin penulis tambah sedikit tentang kaifiyah (tatacara) berdoa yang disyariatkan sebagaimana yang difirman oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala berserta huraian dan penjelasan para ahli tafsir tentang ayat tersebut:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.[30]

Mengenai sebab turunnya ayat doa yang terkenal ini, al-Qurtubi dalam tafsirnya (jld. 1, ms. 219) menyebut: Dari al-Shalat bin Hakim bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairy, dari ayahnya, dari datuknya, bahawa ada seorang Arab Badwi berkata kepada Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam: Wahai Rasulullah, apakah Rabb kami dekat sehingga
kami cukup bermunajat (berbisik) kepada-Nya ataukah Dia jauh sehingga kami berseru kepada-Nya (dengan suara nyaring? Baginda diam sahaja. Lalu tak seberapa lama kemudian Allah turunkan ayat di atas, Wa idza saalaka ibadi

anni

Setelah itu disebutkan riwayat Ahmad dari Abu Musa al-Asyaari radhiyallahu

anhu, dia berkata: Kami pernah bersama Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dalam
satu peperangan. Setiap kali kami melalui jalan mendaki atau menurun di suatu lembah, maka kami mengeraskan suara bertakbir. Maka beliau mendekati kami seraya bersabda: Wahai manusia, kasihanilah diri kalian, kerana kalian

tidak berdoa kepada yang tuli dan tidak pula yang jauh. Sesungguhnya yang kalian seru lebih dekat kepada salah seorang di antara kalian daripada tengkuk untanya. Wahai Abdullah bin Qais, bagaimana jika aku ajarkan kepada mu satu kata dari simpanan syurga, iaitu la haula wa la quwwata illa billahi [31]

Dari sini dapatlah kita fahami bahawa berdoa kepada Allah Azza wa Jalla juga disyariatkan dengan suara yang perlahan sahaja. Apa yang lebih utama adalah jika kita panjatkan doa kepada Allah Taala ketika masih dalam solat. Menurut Ibnu Taymiyyah rahimahullah dalam Majmu al-Fatawa, Jld. 22, ms. 512-514: Seseorang yang sedang bersolat sebenarnya sedang mengadu (bermunajat) kepada Tuhannya, maka ketika dia memberi salam (menunjukkan berakhirnya solat), selesailah sudah munajatnya. Oleh itu sewajarnya permohonan itu dipanjatkan ketika bermunajat (dalam solat sebelum salam) kerana ianya lebih mungkin untuk dimakbulkan jika dibandingkan dengan permohonan yang dipanjatkan setelah dia selesai bermunajat (selesai solat).[32]

Antara waktu yang paling mustajab doa (berkemungkinan untuk doa dimakbulkan oleh Allah Taala) semasa sedang bersolat adalah ketika sedang bersujud dan dalam tasyahhud akhir setelah selawat sebelum salam. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa ketika sujud itu.[33]

.
Ketahuilah bahawa saya dilarang membaca al-Quran di waktu rukuk mahupun sujud. Maka sewaktu rukuk hendaklah kamu membesarkan Tuhan, sedang di waktu sujud usahakanlah padanya berdoa dengan sungguh-sungguh, kerana besar kemungkinan (doa itu pen) akan dikabulkan Tuhan.[34]

.
Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah empat perkara, iaitu (Ya Allah aku berlindung kepada mu) dari siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari (fitnah) Dajjal. Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan untuk dirinya sesuai dengan kehendaknya. [35]

Kesimpulan Semoga dengan penjelasan ini maka umat Islam di Malaysia akan berlapang dada dalam permasalahan zikir dan berdoa sesudah solat ini. Yang benar menurut sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam adalah zikir dan doa tersebut dibacakan secara individual dengan suara yang perlahan. al-Utsaimin rahimahullah menulis:

Bukan termasuk perbuatan sunnah apabila seseorang duduk setelah solat untuk membaca zikir-zikir ataupun doa-doa yang mathur (yang disebutkan di dalam hadis) mahupun yang tidak mathur dengan suara yang keras (jahr). Apalagi jika bacaan semacam itu dikerjakan secara kolektif (bersama-sama), seperti yang telah menjadi tradisi di beberapa daerah. Namun sayangnya tradisi yang berlaku ini dianggap tidak benar jika tidak dikerjakan. Bahkan orang yang melarangnya dianggap sebagai orang yang melarang syiar agama. Padahal sebenarnya tradisi seperti ini seharusnya ditinggalkan kerana tidak diajar oleh sunnah Rasulullah

shalallahu 'alaihi wasallam .[36]

Jangan disebabkan kejahilan diri masing-masing, terjadi saling fitnah-menfitnah dan memberi gelaran-gelaran dalam bentuk ejekan yang tidak baik. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.[37]

[1] Sila rujuk tulisan Astora Jabat dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22hb Ogos 2004. [2] Yunus (10): 36 [3] al-Nisaa (4): 103. Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Majmu Fatawa: Bab Ibadah, ms. 375. [4] Abdul Hakim bin Amir Abdat, al Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), jld.1, ms. 175. [5] Di dalam bab seterusnya penulis akan membahaskan bacaan-bacaan zikir sesudah solat yang diamalkan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. [6] al-A'raaf (7): 205

[7] Dinukil daripada kitab Koreksi Dzikir Jamaah M. Arifin Ilham, ms. 88. [8] Dinukil daripada kitab Koreksi Dzikir Jamaah M. Arifin Ilham, ms. 88. [9] al-Israa (17): 11 [10] Dinukil daripada kitab Koreksi Dzikir Jamaah M. Arifin Ilham, ms. 94-95. [11] Sahih: Dikeluarkan oleh asy-Syafii di dalam Kitab al-Umm, jld.1, mukasurat 150 dan al-Baihaqi di dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no. 2827. Juga dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 837 dengan lafaz yang sedikit berbeza, iaitu:

.
[12] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 592. [13] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 1358. [14] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 1334. [15] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 1333. [16] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 841. [17] ---: Dikeluarkan oleh al-Syafii di dalam Kitab al-Umm, jld.1, mukasurat 150. Dikeluarkan juga oleh Muslim di dalam Shahihnya hadis no. 594 akan tetapi tanpa lafaz dengan suara yang keras. [18] Hadis yang mengkhabarkan bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam setelah selesai solat baginda terus bangkit tanpa berzikir, menunjukkan zikir selepas solat hanyalah sunat. [19] al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 295-297. [20] al-Israa' (17):110 [21] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 711. [22] Dinukil daripada buku Koreksi Dzikir Jamaah M. Arifin Ilham, karya Abu Amsaka, Darul Falah, Jakarta 2003, ms. 107-108. [23] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld.4, ms. 712. [24] Dinukil dari buku tulisan Abu Amsaka, Koreksi Dzikir Jamaah M. Arifin Ilham, ms. 98. [25] Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibariy, Fathul Muin (edisi terjemahan oleh Drs. Aliy Asad, Klang Book Centre, Klang 1988), jld.1, ms. 170. [26] Dinukil daripada buku tulisan Hafiz Firdaus Abdullah, Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu Sebagaiman Yang Diajarkan Dan Dilakukan Oleh Rasulullah SAW, ms. 46 [27] Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibariy, Fathul Muin, jld.1, ms. 172. [28] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.2, ms.151 [29] Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dan ia dinilai sahih oleh Syuaib al-Arnauth dalam semakannya ke atas kitab tersebut, hadis no. 19022 (jld. 4, ms. 344).

[30] al-Baqarah (2): 186 [31] Dinukil daripada kitab Koreksi Dzikir Jamaah M. Arifin Ilham, ms. 113-114. [32] Dinukil daripada kerta kerja Hukum Berdoa Dan Cara Bertasbih Selepas Solat, ms. 9, tulisan Rasul Dahri. Yang telah beliau bentangkan di markas Pertubuhan al-Khaadem, Damansara, Kuala Lumpur. [33] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 482. [34] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 479. Catitan penyunting: Petunjuk sampingan dalam hadis ini adalah larangan membaca ayat-ayat alQuran ketika rukuk dan sujud. Para pembaca hendaklah memerhatikan hal ini kerana sedia diketahui terdapat sebahagian ustaz yang mengajar membaca ayat-ayat al-Quran ketika sujud dalam solat atas alasan fadilat attau petua tertentu. Tidak boleh juga membaca doa yang berasal daripada ayat al-Quran ketika sujud. Gantinya, doa tersebut boleh dibaca ketika duduk tasyahud akhir sebaik sahaja sebelum memberi salam. Rujuk hadis berikutnya berkenaan doa sebelum memberi salam. [35] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasai, hadis no. 1310. [36] Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Majmu Fatawa: Bab Ibadah, ms. 375. [37] Aali Imran (3):105

11
ZIKIR-ZIKIR SELEPAS SOLAT

Di dalam bab ini penulis akan membawa beberapa hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan zikir-zikir yang dibacakan oleh baginda setelah selesai bersolat. Mungkin para pembaca akan sedar bahawa wujud perbezaan di antara zikir-zikir dari hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dengan apa yang biasa kita bacakan selama ini. Saranan penulis agar kita semua tetap mengamalkan apa yang diamalkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam kerana baginda adalah contoh ikutan kita yang terbaik yang wajib kita ikuti sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).[1]

Zikir-zikir baginda shalallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut:[2] Pertama:

Tsauban radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila selesai bersolat, baginda beristighfar tiga kali, kemudian menyebut:

.
Ya Allah, Engkaulah yang memiliki Kesejahteraan, dan daripada-Mu asalnya kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang

mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Al-Walid kemudiannya bertanya kepada al-Auzai, bagaimana cara beristighfar yang dimaksudkan? Al-Auzai menjawab:

.
(Dengan mengucapkan): Astaghfirullah (Saya mohon ampun kepada Allah), Astaghfirullah.[3]
Kedua:

Abdullah ibnu al-Zubair radhiallahu 'anh berzikir sesudah selesai solat (dan beliau berkata, hal ini dilakukan juga oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam):

. . . .
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagiNyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Tiada daya mahupun tenaga kecuali dengan Allah.

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan tiada yang berhak disembah melainkan Allah. Tuhan empunya kurnia, empunya keutamaan serta puji yang sebaikbaiknya. Tiada Tuhan melainkan Allah, kami bulatkan pengabdian kepada-Nya semata-mata walaupun tidak disukai oleh orang-orang kafir.[4]

Ketiga:

Mughirah bin Syubah radhiallahuanh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam setiap kali selesai solat berzikir:

. .
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagiNyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Ya Allah, tiadalah yang dapat menahan apa-apa yang Engkau berikan, tiadalah pula yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau tahan, dan tiadalah bermanfaat kepada orang yang mempunyai kebesaran-kebesarannya itu.[5]
Keempat:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, sesiapa yang membaca zikir berikut sepuluh kali sesudah solat Maghrib dan Subuh

.
Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagiNyalah kerajaan dan puji-pujian, ditangan-Nya kebaikan, Yang menghidupkan dan mematikan serta Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Maka dicatatlah ganjaran untuk setiap kali bacaan sepuluh pahala, dihapuskan sepuluh buah dosa, dinaikkan darjatnya sepuluh tingkat dan di samping itu menjadi tangkal bagi segala bahaya, dan penolak syaitan terkutuk, dan tak satu dosa pun yang akan dapat mencelakakannya kecuali jika syirik. Maka dia adalah orang yang terbaik amalannya, tak ada yang melebihinya kecuali orang yang lebih utama iaitu yang mengucapkan yang lebih baik pula.[6]
Kelima:

Muslim bin al-Harits al-Tamimi radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajarnya untuk membaca zikir berikut tujuh kali sesudah solat Subuh, sebelum berbicara dengan sesiapa:

.
Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka
dan tujuh kali sesudah solat Maghrib:

.
Ya Allah, aku memohon dimasukkan ke syurga, Ya Allah, lindungilah aku dari api neraka Sesiapa yang membaca zikir ini kemudian secara kebetulan meninggal dunia pada hari tersebut, nescaya Allah akan melindunginya daripada api neraka.[7]

Keenam:

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.
Barangsiapa membaca ayat al-Kursi setiap kali selesai solat, maka tak ada yang akan menghalanginya masuk syurga kecuali maut.[8]

Ayat al-Kursi adalah seperti di bawah:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka

dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.[9]

Ketujuh:

: .
Dari Uqbah bin Amir, dia berkata: Saya diperintah oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam agar membaca surah-surah al-Muawwidzat setiap kali selesai solat.[10]
Surah-surah al-Muawwidzat adalah seperti di bawah:

Katakanlah: "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".[11]

Katakanlah: "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia."[13]

Tentang pembacaan zikir tasbih, tahmid dan takbir selepas solat maka ianya terdapat variasi dari segi jumlah dan tatacara bacaannya dan kesemuanya bersumber dari hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang sahih. Tentang hal ini Muhammad Sallih al-Utsaimin rahimahullah berkata: Bentuk Tasbih mana saja diamalkan maka hukumnya boleh berdasarkan kaidah

syariyah: Bahawa bentuk ibadah dengan berbagai bentuk asalkan kesemuanya


ada sumber (yang sahih) maka disunnahkan untuk mengerjakan kesemuanya dengan dilakukan berganti-ganti agar seseorang boleh melakukannya sunnah dengan berbagai ragamnya.[14] Berikut dikemukakan bentuk-bentuk bacaan zikir tasbih, tahmid dan takbir daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Pertama:

Membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali, kemudian ditutupi dengan:

Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagiNyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa sesiapa yang membaca zikir di atas, maka diampunilah kesalahan-kesalahan walaupun sebanyak buih di laut.[15]
Kedua:

Membaca Subhanallah 10 kali, Alhamdulillah 10 kali dan Allahu Akbar 10 kali. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan bahawa jika hal yang mudah ini dilakukan secara terus menerus selepas solat nescaya ia akan memasukkan orang tersebut ke dalam syurga.[16]
Demikianlah beberapa zikir sesudah solat yang sabit datangnya dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Tentang bacaan surah al-Fatihah dengan ucapan Ilaa Hadhratin Nabiyy yang dibacakan setiap kali setelah selesai solat fardhu sepertimana yang diamalkan di kebanyakan masjid di Malaysia, maka ianya tidak ada sumber dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Shalih al-Fauzan berpendapat bacaan tersebut: Hukumnya adalah bidah yang tidak pernah terjadi pada masa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan juga pada masa Khulafa al-Rasyidin.[17] Tentu sekali apa yang lebih utama untuk kita amalkan adalah amalan yang benar-benar telah diputuskan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan meninggalkan amalan zikir yang ditokoktambah dari sumber yang tidak maksum. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.[18]
[1] al-Ahzaab (33): 21 [2] Catitan penyunting: Di sini hadis-hadis diringkaskan kecuali terhadap bacaan zikir itu sendiri. Ini supaya
para pembaca dapat mengamalkan terus bacaan-bacaan zikir tersebut.

[3] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 591. [4] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 594. [5] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 7292.

[6] Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no: 17990 (jld. 4, ms. 227) dan dalam sanadnya
terdapat kelemahan. Akan tetapi hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan yang lain, lalu ia dinilai hasan lighairihi oleh Syuaib al-Arnauth.

[7] ---: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no: 18054 (jld. 4, ms. 234), dalam sanadnya terdapat
Muslim bin al-Harits dan beliau tidak dikenali di sisi ahli hadis kecuali Ibn Hibban, dimana beliau menilainya thiqah. Para perawi selainnya adalah thiqah.

[8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasai dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no. 9928 dan Amal al-Yaum wa al-Lail,
hadis no. 100; al-Thabarani dalam al-Mujam al-Ausath, hadis no. 8068 dan Musnad al-Syamiyyin, hadis no. 824 dan al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman, hadis no. 2395. al-Munziri menyebutnya dalam al-Targhib wa alTarhib, hadis no. 2468 dan beliau berkata: Diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Thabarani dengan sanad yang salah satu daripadanya adalah sahih. Berkata syaikh kami Abu al-Hasan: (Kesahihannya) adalah di atas syarat al-Bukhari. Al-Suyuthi menyebutnya dalam al-Jami al-Shagheir, hadis no. 8926 dan beliau mensahihkannya. Ibn al-Jauzi menganggap hadis ini adalah maudhu akan tetapi ini telah ditolak oleh para ahli hadis yang lain seperti Ibn al-Qayyim, Ibn Hajar al-Asqalani dan al-Dimyathi. Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami alShagheir oleh al-Munawi, jld. 6, ms. 197.

[9] Al-Baqarah (2): 255 [10] Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no. 17417 (jld. 4, ms. 155) dan ia dinilai sahih
oleh Syuaib al-Arnauth.

[11] al-Ikhlas (112): 1 - 4 [12] al-Falaq (113): 1 - 5 [13] al-Nas (114): 1 - 6 [14] Muhammad Bin Sallih al-Utsaimin, Majmu Fatawa: Bab Ibadah, ms. 376. [15] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 597. [16] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih, juga dinilai sahih oleh alAlbani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no. 3410.

[17] Fayiz Musa Abu Syaikhah, Fatwa-Fatwa al-Fauzan, (edisi Terjemahan oleh Ali Murtadho Syahudi,
Pustaka Azzam, Jakarta, 2004), ms. 186

[18] al-Ahzaab (33): 36

12
TATACARA SUJUD SAHWI PERLAKSANAAN

Maksud perkataan sahwi dari segi bahasa ialah lupakan sesuatu. Menurut Muhammad bin Shalih alUtsaimin rahimahullah: Sujud sahwi adalah nama dua sujud yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat yang disebabkan kerana lupa.[1]

Kebiasaannya di Malaysia sujud sahwi ini dilaksanakan seperti berikut: 1. Ianya dilakukan selepas tahiyat (tasyahhud) akhir sebelum salam. 2. Bacaan dalam sujud tidur dan tidak lupa). Sebagaimana dalam bab-bab yang lalu, kita sentiasa menyarankan untuk berpegang teguh dengan perintah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam untuk mencontohi baginda dalam ibadah solat sebagaimana sabdanya: "Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat[2] maka sepatutnya dalam pengamalan sujud sahwi ini ianya juga harus sejajar dengan tatacara yang dilaksanakan oleh baginda shalallahu 'alaihi wasallam. Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah:

( Mahasuci Tuhan yang tidak

Sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud sebelum salam atau sesudahnya oleh seseorang yang sedang bersolat. Kedua cara ini memang diajarkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.[3] Setelah meneliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, kita dapati sujud sahwi ini dilakukan samada sebelum atau sesudah salam bergantung kepada situasi kekurangan atau penambahan yang berlaku dalam solat. Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah menyatakan: Sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi dalam solat secara global ada tiga hal iaitu: 1. Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya. 2. Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat. 3. Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.[4] Sebelum kita meneruskan perbincangan di dalam bab ini, adalah baik sekiranya terlebih dahulu ditegaskan bahawa penambahan atau pengurangan gerakan dalam solat secara sengaja boleh membatalkan solat. Sujud sahwi hanya disyariatkan ke atas kekurangan atau penambahan yang berlaku di dalam solat secara tidak sengaja. Ini sebagaimana Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

.
Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah dia sujud dua kali.[5]

Tatacara Sujud Sahwi Ketika Penambahan Dalam Solat

Apabila kita tersedar bahawa dalam solat kita, samada ketika masih bersolat atau sesudah selesai mengerjakannya, ada tertambah sesuatu seperti jumlah rakaat, sujud, duduk antara dua sujud dan lain-lain, maka sujud sahwi hanya dilakukan sesudah salam. Sebagai contohnya sekira seseorang itu ketika bersolat Maghrib dia telah mengerjakan empat rakaat dan hanya sedar ketika tasyahhud akhir, maka dia sempurnakan tasyahhudnya lalu memberi salam. Setelah itu dia perlu lakukan sujud sahwi lalu memberi salam lagi. Sekiranya dia hanya teringat setelah memberi salam, maka dia perlu melakukan sujud sahwi serta merta lalu memberi salam. Sekiranya pada rakaat keempat tersebut baru dia tersedar bahawa solat Maghrib sepatutnya hanya tiga rakaat, maka dia harus duduk ketika itu juga untuk mengerjakan tasyahhud akhir dan kemudiannya memberi salam. Sesudah itu dikerjakan sujud sahwi dan memberi salam sekali lagi. Dalilnya adalah dari hadis yang diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Masud radhiallahuanh:

: . :
Pada suatu ketika Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersolat Zuhur lima rakaat, lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah? Baginda bertanya: Mengapa demikian? Para sahabat menjawab: Anda telah melakukan solat lima rakaat. Maka bagindapun sujud dua kali setelah memberi salam itu.[6]
Ini berbeza sekali dengan amalan sesetengah umat Islam di Malaysia yang menganggap solat yang terlebih atau terkurang rakaat secara tidak sengaja itu telah terbatal lalu perlu diulangi keseluruhan solat tersebut. Sunnah Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang sebenarnya adalah tidak diulangi solat tersebut (menunjukkan solat itu sah) tetapi dikerjakan sujud sahwi setelah memberi salam.

Termasuk juga dalam al-Ziyadah atau penambahan gerakan adalah memberi salam sebelum solatnya sempurna. Contohnya seseorang sedang bersolat Asar lalu pada rakaat kedua dia telah melakukan tasyahhud akhir dan memberi salam menunjukkan berakhirnya solatnya itu. Ini dianggap penambahan kerana dia menambahkan salam di rakaat kedua tersebut. Di dalam situasi sebegini sekiranya dia tersedar akan kesilapannya setelah berlalu waktu yang lama, maka dia harus mengulangi solatnya. Namun begitu sekiranya dia tersedar dalam waktu yang singkat seperti dua atau tiga minit setelah mengakhiri solatnya, maka dia harus menyempurnakan baki solatnya yang dua rakaat lagi itu lalu memberi salam. Setelah itu hendaklah dikerjakan sujud sahwi dan memberi salam sekali lagi. Ini adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Hurairah radhiallahuanh:

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam solat bersama kami pada salah satu solat di siang hari (iaitu Zuhur atau Asar), ternyata baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu pergi ke sebuah kayu yang terbelintang di masjid lalu berteleku di atasnya seolah-olah sedang marah. Tangan kanannya diletakkan di atas tangan kirinya sambil menggenggam jarijarinya, sedang pipinya diletakkan di atas telapak kirinya bahagian luar. Kemudian ada yang segera keluar dari pintu-pintu masjid sambil mengatakan: Solat telah diqasarkan (dipendekkan). Di antara orang ramai itu terdapat pula Abu Bakar dan Umar. Keduanya malu untuk bertanyakan akan hal itu. Kebetulan di antara mereka terdapat pula seorang lelaki bernama Dzulyadain, yang bertanya:

: . : : . .

Ya Rasulullah, apakah anda lupa atau solat tadi memang diqasarkan? Baginda bersabda: Saya tidak lupa dan solat tadi tidak pula diqasarkan.

Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat: Apakah benar yang dikatakan oleh Dzulyadain? Para sahabat menjawab: Benar. Maka baginda pun menuju kembali ke tempatnya semula dan menyempurnakan baki rakaatnya, kemudian memberi salam. Sehabis salam itu baginda bertakbir, sujud sebagaimana sujud biasa atau agak panjang sedikit, lalu mengangkat kepala dan takbir. Seterusnya baginda takbir lagi lalu sujud seperti biasa atau agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya kembali.[7]

Tatacara Sujud Sahwi Ketika Terdapat Pengurangan Dalam Solat

Sekiranya di dalam solat kita terdapat kekurangan secara tidak sengaja di dalam perkara yang rukun ataupun fardhu maka sujud sahwinya dilakukan sebelum salam. Contohnya apabila seseorang itu tertinggal tasyahhud awal dan terus bangun untuk

meneruskan rakaat yang ke tiga, maka dia tidak perlu untuk duduk kembali untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dia hanya perlu meneruskan solatnya dan melakukan sujud sahwi selepas tasyahhud akhir dan kemudiannya barulah memberi salam. Sekiranya dia teringat bahawa dia lupa membaca tasyahhud awal ketika dia belum bangkit untuk berdiri ke rakaat ke tiga secara sempurna, maka bolehlah dia duduk semula untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dalil tentang hal ini adalah sebagaimana hadis dari Abdullah bin Buhainah radhiallahuanh:

.
Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat Zuhur bersama mereka. Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk (maksudnya, tidak melakukan tasyahhud awal), para makmumpun ikut berdiri bersama baginda; hingga ketika hendak selesai solat, sedang makmum menunggu salamnya, baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu sujud dua kali sebelum salam, kemudian baru salam.[8]

Mughirah bin Syubah radhiallahuanh pula telah berkata:

: .
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang di antaramu berdiri dari rakaat kedua (dalam keadaan lupa untuk tasyahhud awal pen) dan belum sempurna berdirinya maka hendaklah dia duduk kembali (untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut pen), dan apabila telah sempurna berdirinya maka janganlah dia duduk (teruskan solatnya pen) dan hendak dia sujud sahwi dua kali.[9]

Tatacara Sujud Sahwi Ketika Berlaku Keraguan Dalam Solat

Menurut Muhammad bin Sallih al-Utsaimin rahimahullah: Syak (ragu-ragu) adalah kebimbangan di antara dua hal tentang yang mana sebenarnya telah dilakukan.[10] Contohnya seseorang yang sedang bersolat Isyak dan dia terlupa samada dia sedang berada dalam rakaat ketiga atau keempat, maka terdapat dua kemungkinan dalam keraguan tersebut iaitu:

a) Dia memiliki keyakinan kepada salah satu antara dua hal tersebut. Contohnya dia mempunyai keyakinan yang lebih bahawa dia sebenarnya berada dalam rakaat ke empat. Dalam keadaan sebegini maka dia mengikut keyakinannya dan meneruskan solatnya. Sujud Sahwi dilakukan sesudah salam dan kemudian dia memberi salam lagi. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Masud radhiallahuanh:

.
Dan apabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya, maka hendaklah dia memilih yang (dianggap pen) benar, lalu hendaklah dia menyempurnakan solatnya lalu salam, kemudian sujud dua kali.[11]

b) Dia tidak memiliki keyakinan di antara dua hal tersebut. Contohnya dia tidak memiliki kepastian samada dia sedang berada dalam rakaat ketiga atau keempat. Dalam keadaan yang sebegini dia sepatutnya memilih rakaat yang paling sedikit iaitu rakaat yang ke tiga lalu menyempurnakan solatnya dan melakukan sujud sahwi sebelum salam. Dalilnya adalah sebuah hadis daripada Abdurrahman bin Auf radhiallahuanh, daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

.
Jika salah seorang di antara kalian ragu dalam solatnya, sehingga dia tidak tahu, apakah baru satu rakaat atau sudah dua rakaat, maka baiklah ditetapkannya sebagai satu rakaat sahaja. Jika dia tak tahu apakah dua atau sudah tiga rakaat, baiklah ditetapkannya dua rakaat. Dan jika tidak tahu apakah tiga ataukah sudah empat rakaat, baiklah ditetapkannya tiga rakaat, kemudian hendaklah dia sujud bila selesai solat di waktu masih duduk (tasyahhud akhir - pen) sebelum memberi salam, iaitu sujud sahwi sebanyak dua kali.[12]

Demikianlah penjelasan tentang keadaan yang memerlukan sujud sahwi dilakukan sebelum atau sesudah salam seperti yang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam.

Bacaan Ketika Sujud Sahwi Jika kita teliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda shalallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:

.
Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.
Tentang bacaan

Subhaana man laayanaamu walaa

yashuu (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa), ianya bukan dari sunnah Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam, tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan seluruh salaf alUmmah termasuk imam-imam mazhab yang empat. Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry rahimahullah berkata:

Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud sahwi daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Doa yang dibacanya (shalallahu 'alaihi

wasallam dalam sujud sahwi - pen) adalah sama seperti doa yang dibaca ketika
sujud biasa. Adapun pendapat yang mengatakan bahawa bacaan saat sujud sahwi adalah

adalah tidak benar kerana ianya tidak pernah

diamalkan oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabatnya. Tidak ada dalil yang berasal dari sunnah yang menunjukkan bacaan ini. Doa itu sebenarnya adalah doa yang diperolehi dari mimpi sebahagian kaum sufi. Oleh kerana itulah, jangan mengerjakan doa tersebut. Ambillah urusan agamamu dari kitab-kitab hadis yang sahih.[13]

Begitulah amaran tegas dari Muhammad Abdussalam al-Syaqiry rahimahullah tentang doa tersebut. Ini kerana doa tersebut merupakan perkara baru yang diada-adakan (bidah) dan Nabi shalallahu 'alaihi wasallam sendiri telah memerintah kita dengan tegas untuk menolak segala amalan yang tidak ada contohnya dari al-Quran dan al-Sunnah:

.
Maka sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah), serta seburukburuk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan (bidah) adalah sesat.[14]

Oleh itu sewajarnya untuk kita meninggalkan amalan tersebut dan tetap berada di atas sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.

[1] Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Risalah Sujud Sahwi, Majalah As-Sunnah, edisi 12/VII/1424H/2004M,
ms. 41.

[2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631. [3] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.2, ms. 98 [4] Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Majmu Fatawa: Bab Ibadah, ms. 382 [5] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 572. [6] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 1226. [7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 482. [8] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 829. [9] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis
no. 1208.

[10] Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Prostration For Forgetfulness In The Prayer, (edisi Bahasa Inggeris
diterjemah oleh Abu Talhah Dawood), ms. 11.

[11] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 401. [12] Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam Musnadnya hadis no: 1656 (Jld. 1, ms. 190) dan dalam
sanadnya terdapat Muhammad bin Ishaq, seorang perawi yang terkenal melakukan tadlis. Akan tetapi yang seumpama dikeluarkan oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya hadis no: 2663 daripada Abu Said al-Khudri dan berkata Syuaib al-Arnauth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban bi Tartil Ibn Balban: Para perawinya thiqah. Justeru dalam semakannya ke atas Musnad Ahmad, Syuaib al-Arnauth mengklasifikasikan hadis di atas sebagai hasan lighairihi.

[13] Muhammad Abdussalaam Khadr al-Syaqiry, Bidah-Bidah Yang Dianggap Sunnah (edisi terjemahan oleh
Achmad Munir Awood Badjeber & Sulaiman, Qisthi Press, Jakarta, 2004), ms. 76-77.

[14] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 867.

13
MENINGGALKAN QUNUT SUBUH
Kebanyakan umat Islam di Malaysia berpendapat sekiranya sesiapa yang meninggalkan doa qunut pada solat Subuh secara sengaja seolah-olah dia telah melakukan satu perbuatan yang telah menyalahi syariat dan menggugat kesempurnaan ibadah solat. Mereka melihat qunut Subuh ini seakan-akan ianya berstatus wajib dalam solat Subuh. Mereka seperti tidak mengerti bahawa di sisi mazhab al-Syafii sekalipun ianya hanyalah sunat muakad. al-Nawawi rahimahullah dalam kitabnya al-Adzkar (ms. 111) berkata: Menurut mazhab kami (iaitu alSyafii), qunut disyariatkan pada solat Subuh dan hukumnya adalah sunat muakad[1] Sebelum kita meneliti sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang sebenar mengenai qunut ini, seeloknya kita memahami pengertian qunut dahulu. Qunut dari segi bahasa bermakna berdiri. Di dalam al-Quran terdapat beberapa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang boleh menjelaskan kepada kita makna qunut dengan lebih mendalam seperti:

...bahkan Dia lah Yang memiliki segala yang di langit dan di bumi, semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya (qaanituun) [2] Dan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi adalah hak kepunyaanNya, masing-masing tetap tunduk kepada hukum peraturan-Nya (qaanituun).[3] (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat (qaanitun) mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?[4] ...dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) dia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitab-Nya; dan dia menjadi dari orang-orang yang tetap taat (al-qaanitiin).[5] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat fardhu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan taat dan khusyuk. (qaannitiin)[6]

Manakala dalam hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam terdapat penjelasan baginda tentang qunut iaitu hadis daripada Jabir radhiallahu 'anh:

.:
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya pekerjaan solat yang manakah yang lebih utama? Rasulullah menjawab: (Solat yang) panjang berdirinya (al-Qunut).[7]

Daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam di atas boleh kita katakan: Qunut artinya khusyu, selalu taat, doa, menghinakan diri kepada Allah, diam, tunduk, mengekalkan ibadah, lama berdiri dalam solat.[8] Qunut dalam ibadah solat adalah berdiri untuk berdoa sebelum rukuk (untuk qunut witir[9]) atau bangkit sesudah rukuk (qunut nazilah[10] dan qunut witir pada akhir pertengahan bulan ramadhan). Bagi mereka yang bermazhab al-Syafii qunut juga diamalkan setelah bangkit dari rukuk pada solat Subuh yang dilakukan secara berterusan setiap hari. Dalil disyariatkan doa qunut dalam solat sunat witir adalah hadis berikut:

Hasan bin Ali radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus aku ucapkan di dalam solat witir, iaitu:

Ya Allah, tunjukilah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan petunjuk, sejahterakanlah aku ke dalam golongan orang yang Engkau telah berikan kesejahteraan, sayangilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau sayangi, berkatilah aku ke dalam golongan orang yang telah Engkau berkati, hindarilah aku dari segala bahaya yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan, Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau lindungi dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi. Engkau wahai Tuhan adalah Maha Mulia serta Maha Tinggi. [11]

Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar cucunya untuk membaca doa qunut di atas dalam solat witir, bererti membaca doa qunut ketika solat witir adalah sesuatu yang disyariatkan. Manakala dalil disyariatkan doa qunut nazilah dalam solat fardhu adalah hadis berikut daripada Abdullah ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma:

.
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam telah berqunut sebulan berturut-turut dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu dalam rakaat terakhir ketika itidal sehabis mengucapkan Samiallahuliman hamidah. Di situ baginda berdoa untuk kebinasaan Bani Sulaim, Raal, Dzakwan dan Ushaiyah, sedang makmum yang di belakangnya mengaminkan doa itu.[12]
Sementara itu Anas bin Malik radhiallahuanh juga telah berkata:

.
Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidaklah pernah berdoa selepas (bangun daripada rukuk) kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai atau mengutuk sesetengah kaum itu.[13]

Bersandarkan dalil-dalil di atas, telah bersepakat ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah akan sunnahnya doa qunut witir dan qunut nazilah. Sedangkan qunut secara berterusan dalam solat Subuh, ulama berbeza pendapat kesunnahannya.[14] Yang lebih tepat menurut Sayyid Sabiq rahimahullah adalah: Qunut dalam solat Subuh itu tidak disyariatkan kecuali apabila terjadi bahaya (iaitu membaca qunut nazilah pen). Dan kalau terjadi bahaya itu, maka bukan hanya dalam solat Subuh sahaja disunatkan berqunut, tetapi juga di dalam semua solat fardhu yang lain sebagaimana yang diterangkan di atas.[15]

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya radhiallahuanhum tidak mengerjakan qunut Subuh secara terus-menerus sepanjang hayat mereka melainkan jika terjadi sesuatu musibah maka mereka membacakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu termasuk solat Subuh. Berkata Anas bin Malik radhiallahu 'anh:

.
Bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam itu tidak pernah berqunut dalam solat Subuh kecuali untuk mendoakan kebaikan bagi sesuatu kaum (muslimin) atau mendoakan kebinasaan sesuatu kaum (kafir) (iaitu qunut nazilah pen).[16]

: ,

.:
Abi Malik al-Asyjai berkata, saya bertanya kepada ayahku: Wahai bapaku! Sesungguhnya engkau pernah bersolat di belakang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali bin Abi Thalib di Kufah selama lima tahun, apakah mereka melakukan qunut? Jawab ayahku: Hai anakku! Itu adalah perbuatan bidah! [17]

Dari dalil-dalil di atas dapatlah kita fahami bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat radhiallahuanhum tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh melainkan qunut nazilah. Maka bukanlah satu kesalahan yang besar bagi mereka yang berpendapat qunut Subuh itu tidak disyariatkan lalu mereka meninggalkannya. Tidak perlu untuk sujud sahwi sekiranya meninggalkan qunut Subuh samada dengan sengaja mahupun tidak sengaja. Apa sepatutnya yang lebih diutamakan sekarang ini ketika musibah dan bencana melanda umat Islam di serata dunia[18] adalah mengerjakan qunut nazilah dalam solat-solat fardhu memandangkan ianya memang telah disepakati pengsyariatannya. Namun begitu apa yang menghairankan qunut nazilah ini jarang-jarang dikerjakan walaupun keadaan umat Islam di seluruh dunia begitu terhimpit sekarang ini. Abu Ubaidah menegaskan: Membaca doa qunut (nazilah pen) dalam keadaan-keadaan tertentu merupakan bantuan berupa doa kepada sesama umat Islam. Sedangkan mendoakan musuh kaum musimin supaya hancur telah dicontohkan dari Rasulullah shalallahu 'alaihi

wasallam dengan cara berdoa (berqunut nazilah) ketika solat, tepatnya setelah
membaca samiallahu liman hamidah pada rakaat terakhir.[19]

Oleh itu marilah kita menyuburkan semula sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang semakin jarang-jarang diamalkan di Malaysia iaitu membaca qunut nazilah. Semoga doa-doa

kita dimakbulkan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dapat membantu meringankan beban saudara-saudara seagama kita serta menghancurkan musuh-musuh Islam.[20]

[1] Dinukil daripada buku Hafiz Firdaus Abdullah, Menangani Persoalan Qunut: Dibaca Atau Tidak?, (Jahabersa, Johor Bahru, 1999), ms. 58. [2] al-Baqarah (2): 116 [3] al-Ruum (30): 26 [4] al-Zumar (39): 9 [5] al-Tahriim (66): 12 [6] al-Baqarah (2): 238 [7] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 756. [8] Definisi ini dinukil daripada kitab al-Masaa-il karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, jld.1, ms. 235 [9] Qunut Witir adalah doa qunut yang dibacakan dalam solat sunat witir. [10] Qunut Nazilah adalah doa qunut yang dibacakan selepas bangkit dari rukuk dalam rakaat terakhir dalam mana-mana solat fardhu ketika umat Islam menghadapi bahaya, bencana atau bala. [11] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud hadis no: 1425. al-Nawai juga mensahihkannya dalam al-Majmu, jld. 3, ms. 472. Juga dikeluarkan oleh al-Nasai dengan tambahan selawat pada akhir doa akan tetapi ini adalah dhaif sebagaimana nilai al-Albani dalam Dhaif Sunan al-Nasai hadis no: 1746. [12] Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan berkata al-Nawawi dalam al-Majmu, jld. 3, ms. 482: Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yang hasan atau sahih. Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud hadis no. 1443. [13] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya hadis no. 620 dan sanadnya dinilai sahih oleh Muhammad Musthafa al-Azhami dalam semakannya ke atas kitab tersebut. Juga dikeluarkan oleh Ibn al-Jauzi dalam al-Tahqiq fi Masail al-Khilaf, hadis no. 774. Berkata al-Zahabi dalam Tanqih al-Tahqiq: Sanadnya sahih, diriwayatkan oleh al-Khatib dalam Kitab al-Qunut. [14] Penulis tidak bercadang untuk memperdebatkan secara mendalam tentang kelemahan hadis-hadis berkaitan dengan doa qunut dalam solat Subuh kerana objektif penulisan bab ini hanyalah untuk menerangkan kenapa ada pihak yang tidak berqunut Subuh. Sekiranya pembaca budiman berminat untuk mengkaji dengan lebih lanjut, sila dapatkan buku Menangani Persoalan Doa Qunut: Dibaca Atau Tidak? oleh Hafiz Firdaus Abdullah terbitan Jahabersa. [15] Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jld.2, ms. 43

[16] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Hibban sebagaimana dinyatakan oleh al-Zailai ( )dalam Nasb al-Rayah ( ) fi Takhrij Ahadits al-Hidayah, jld.2, mukasurat 145. Juga disandarkan kepada Ibn Hibban oleh Ibn Hajar al-Asqalani dan beliau mensahihkan sanadnya. Rujuk al-Dirayah fi Takhrij Ahadits al-Hidayah, jld.1, mukasurat 195. Ibn al-Humam juga mensahihkan sanadnya, rujuk Fath al-Qadir Syarh al-Hidayah, jld.1, mukasurat 433-434. Hadis sahih ini menggambarkan pegangan sebenar Anas bin Malik radhiallahu anh berkaitan Qunut Subuh. Oleh itu hadis ini secara tidak langsung menolak sebuah hadis yang sering digunakan sebagai hujah untuk berqunut Subuh daripada Anas radhiallahu anhu yang tidak sahih iaitu,

.
Senantiasa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berqunut pada solat Subuh sehingga baginda wafat. (Hadis riwayat Ahmad, Baihaqi, Daruquthni, Hakim, Abdur Razzaq dan Abu Nuaim). Kelemahan hadis ini terletak pada sanadnya yang terdapat seorang perawi bernama Abu Jafar al-Razi (Nama aslinya Abu Jafar Isa bin Mahan al-Razi) yang telah dilemahkan oleh imam-imam hadis seperti Ahmad bin Hanbal, Abu Zurah, al-Fallas, Ibnu al-Madini, Ibnu Hibban, Ibnu Taymiyyah, Ibnu al-Qayyim, Ibnu Kathir, al-Zailai dan tokoh hadis abad ini, Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahumullah. al-Nawawi rahimahullah juga mengakui kelemahannya namun beliau menyatakan hadis Anas tersebut mempunyai penguat dari beberapa hadis-hadis lain yang beliau anggap sahih. Namun sebenarnya hadis-hadis tersebut kesemuanya memiliki kecacatan yang berat dalam sanad sehingga tidak dibolehkan dijadikan penguat. Yazid bin Abdul Qadir Jawas telah membuktikan dengan jelas tentang kelemahan kesemua hadis-hadis tersebut dalam sebuah artikel bertajuk Semua Hadits Tentang Qunut Shubuh Terus Menerus Adalah Lemah dalam buku beliau Ar-Rasaail, Jld.1, (Pustaka Abdullah, Jakarta, 2004). Silalah rujuk perbahasan beliau yang begitu mendalam tentang isu ini. Jelas di sini terdapat dua hadis daripada Anas bin Malik radhiallahuanh yang bercanggah antara satu sama lain. Antara kaedah untuk mengatasi masalah hadis-hadis yang kelihatan bercanggah ialah jika hadis yang bercanggah tersebut adalah antara hadis yang kuat (sahih atau hasan) dengan hadis yang lemah (dhaif atau mawdhu), maka percanggahan itu dapat diatasi dengan mengunggulkan hadis yang kuat dan menolak hadis yang lemah. Untuk mendalami kaedah-kaedah menangani hadis-hadis bercanggah sila rujuk buku karya Hafiz Firdaus Abdullah bertajuk Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah yang diterbitkan oleh Jahabersa, Johor Bahru, 2003. [17] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih. Dinilai sahih oleh alAlbani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi hadis no. 402. [18] Antara musibah yang sedang melanda umat Islam sehingga memerlukan qunut nazilah adalah kekejaman rejim Zionis di Palestine, pencerobohan tentera kuffar di negara-negara Islam seperti di Iraq dan Afghanistan, penindasan umat Islam di India, Filipina, Wilayah Selatan Thailand, kesengsaraan umat Islam di benua Asia yang dilanda ombak Tsunami dan lain-lain. Semoga Allah Taala melindungi pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di seluruh dunia. Ameen Ya Rabb al-Alameen.

[19] Koreksi Total Ritual Shalat, ms. 136- 137. [20] Catitan penyunting: Para tokoh Mazhab al-Syafii menekankan bahawa terdapat hadis-hadis sahih yang menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membaca doa qunut Subuh. Doa qunut ini adalah doa yang umum, bukan qunut nazilah. Saya berkata:

1. Darjat hadis-hadis tersebut masih terbuka kepada perbincangan sama ada sahih atau tidak. 2. Seandainya sahih, maka hadis-hadis tersebut yang bersifat umum diperincikan oleh hadis-hadis yang
menerangkan bahawa doa tersebut ialah qunut nazilah dan dibaca apabila umat Islam ditimpa musibah. Adapun doa qunut yang lazim dibaca sekarang ini, ia sepatutnya dibaca ketika solat witir dan bukannya solat Subuh. Petunjuk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah amat jelas dalam hal ini.

14
ADAKAH BERBEZA DENGAN LELAKI?
Apa yang lazim diajarkan di dalam kitab-kitab atau kelas-kelas pengajian Fardhu Ain di Malaysia ialah wujud perbezaan dalam sifat solat lelaki dan perempuan. Umpamanya bagi perempuan apabila mengangkat tangan ketika Takbir hendaklah merapatkan tangan dan ketiaknya. Sedangkan bagi lelaki hendaklah merenggangkan tangan dari ketiaknya. Ketika sujud pula kaum perempuan hendaklah merapatkan pahanya kepada perutnya serta tangannya pula dirapatkan kepada rusuk. Sedangkan bagi lelaki dijauhkan pahanya dari perut serta tangannya direnggangkan dari rusuk kiri dan kanan. Sepanjang kajian penulis tidak wujud hadis yang sahih menunjukkan ada perbezaan antara tatacara solat lelaki dan perempuan kerana seluruh umat Islam hanya wajib mencontohi tatacara solat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Menurut al-Albani rahimahullah[1]: Tidak terdapat keterangan dari sunnah yang menerangkan adanya cara-cara khusus untuk perempuan yang berbeza dengan cara yang berlaku untuk lelaki. Bahkan sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu melihat aku bersolat.[2] berlaku secara umum dan mencakupi kaum perempuan. Ibrahim al-Nakhai menyatakan:

SOLAT

PEREMPUAN

.
Dalam solat, wanita mengerjakannya sama dengan cara yang dilakukan oleh lelaki.[3]

al-Albani rahimahullah juga telah membawa sebuah riwayat dari al-Bukhari dalam kitabnya al-Tarikh al-Saghir, mukasurat 95 dari Ummu al-Darda[4] berbunyi:

. ,
Sesungguhnya (Ummu Darda) dalam solat, duduk seperti cara duduk lelaki, padahal beliau seorang perempuan yang ahli fiqh.[5]

Selanjutnya kita akan membicarakan kedua-dua[6] tatacara solat yang dikatakan terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan iaitu cara mengangkat takbir dan sujud. Dalam membahaskan hal ini penulis mengambil kesempatan untuk mendedahkan secara ringkas kepada para pembaca beberapa gerakan dalam solat yang sahih datangnya dari Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam.

Tatacara Takbir Dalam Solat

Berkaitan dengan tatacara mengangkat takbir al-Syafii rahimahullah dalam kitabnya alUmm telah meriwayatkan hadis berikut:

Dari Salim bin Abdullah, dari bapanya bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam biasa mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya apabila (takbir) membuka (memulai) solat, dan apabila takbir rukuk. Apabila mengangkat kepala dari rukuk, baginda juga mengangkat kedua tangannya seperti itu sambil mengucapkan SamiAllahu liman hamidah rabbana walakal hamdu dan baginda tidak melakukan demikian saat sujud.[7]

Menurut al-Syafii rahimahullah: Dengan (hadis) inilah kami mengatakan, maka kami menyuruh setiap orang yang mengerjakan solat, baik dia imam atau makmum atau solat sendiri-sendiri, lelaki atau perempuan, bahawa mengangkat dua tangannya apabila memulai solat (ketika takbiratul ihram), apabila takbir untuk rukuk dan apabila mengangkat kepala dari rukuk. Adalah kesemua tiga golongan yang disebutkan tadi mengangkat tangannya setentang dengan bahu.[8]

Jelas al-Syafii rahimahullah sendiri tidak membezakan tatacara mengangkat takbir dalam solat antara lelaki dan perempuan. Oleh itu ketika melakukan takbir dalam solat maka hendaklah diangkat kedua-dua tangan dengan membuka jari-jari lurus ke atas dengan tidak menggenggamnya sejajar dengan bahu. Adakalanya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam mengangkat tangannya ketika takbir setentang dengan hujung kedua telinga sebagaimana yang diperjelaskan oleh Malik bin al-Huwairith radhiallahuanh:

.
Sesungguhnya Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam apabila bertakbir (dalam solat) diangkat kedua tangannya sehingga sejajar dengan hujung kedua telinganya.[9]
Walaubagaimanapun al-Syafii rahimahullah lebih cenderung kepada mensejajarkan tangan dengan bahu.[10] Disyariatkan juga untuk mengangkat tangan ketika berdiri dari rakaat kedua setelah membaca tasyahhud awal:

.
Dari Nafi bahawa Ibnu Umar apabila masuk dalam (memulai) solat, dia bertakbir dan mengangkat kedua tangannya, apabila rukuk dia mengangkat kedua tangannya, apabila mengucapkan SamiAllahu liman hamidah dia mengangkat kedua tangannya, dan apabila berdiri dari rakaat kedua dia mengangkat kedua tangannya. Ibnu Umar menisbatkan hal itu kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam.[11]

Tatacara Sujud Dalam Solat

Berkenaan dengan tatacara sujud pula al-Syafii rahimahullah berkata: Saya menyukai bagi orang yang sujud, bahawa dia bertakhwiyah. Takhwiyah itu adalah mengangkat (menjarakkan) dadanya dari kedua pahanya. Dan bahawa dia merenggangkan dua sikunya dan dua lengannya dari dua lambungnya (rusuknya). Sehingga apabila tidak ada padanya yang menutup bahagian bawah dua bahunya, nescaya terlihatlah warna dua ketiaknya. Tidak dia mempertemukan kedua-dua lututnya. Dia merenggangkan kedua-dua kakinya[12]. Dia meninggikan punggungnya dan tidak membengkukkannya (iaitu meluruskan bahagian belakang).[13]

Perhatikan sekali lagi bahawa al-Syafii tidak membezakan tatacara sujud antara lelaki dan wanita. Seterusnya mari kita lihat beberapa hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan tatacara sujud yang mencakupi kaum lelaki dan perempuan.

.
Dari Abdullah bin Malik bin Buhainah bahawasanya Nabi shalallahu 'alaihi wasallam apabila bersolat, baginda merenggangkan antara kedua tangannya hingga nampak warna putih ketiaknya.[14]

Menurut

Ibnu

Hajar

al-Asqalani

rahimahullah

merenggangkan

antara

kedua

tangannya bermaksud bermaksud: Menjauhkan tangan dari sisi badan (rusuk) yang ada di dekatnya.[15] Beliau melanjutkan bahawa jarak ukuran jauhnya renggangan tersebut adalah sekiranya anak kambing yang kecil melalui dicelah renggangan tersebut nescaya ia boleh melepasinya. Di samping itu hendaklah kita juga mengangkat lengan serta siku kita ketika sujud dan membiarkan hanya kedua tapak tangan yang terletak di tanah. Nabi shalallahu 'alaihi wasallam menyamakan orang yang meletakkan keseluruhan siku, lengan serta tapak tangan ke tanah seperti sujudnya binatang buas. Aishah radhiallahuanha berkata:

.
Dan (baginda shalallahu 'alaihi wasallam) melarang seseorang (dalam sujud) membentang kedua lengannya seperti binatang buas.[16]
Al-Barra radhiallahuanh juga telah berkata:

: .
Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila engkau sujud, maka letakkanlah kedua telapak tanganmu serta angkat kedua sikumu.[17]

Hendaklah ketika sujud tujuh anggota badan mengenai tanah, lantai atau sejadah yang digunakan untuk bersolat. Tujuh anggota badan tersebut adalah:

1. 2. 3. 4.

Dahi dan hidung yang dikira sebagai satu anggota. Dua telapak tangan. Dua lutut. Dua hujung jari-jari di kedua kaki.

Ini sebagaimana diperjelaskan oleh Ibnu Abbas radhiallahuanh:

: .
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Aku diperintahkan untuk sujud menggunakan (di atas) tujuh tulang; di atas dahi[18] (dan baginda mengisyaratkan pada hidungnya), dua tangan, dua lutut dan hujung jari-jari kedua kaki.[19]

Kewajipan Thumaninah Ketika Sujud Seperkara lagi yang sering diabaikan ketika bersujud (termasuk ketika rukuk, itidal dan duduk antara dua sujud) adalah thumaninah. Thumaninah adalah tidak melakukan gerakan dalam solat ketika rukuk, itidal, sujud dan duduk antara dua sujud sehingga dapat berada dalam posisi tersebut secara sempurna, tenang dan tidak tergesa-gesa. Setengah ulama memberi batas waktu yang diperlukan untuk thumaninah adalah seperti tiga kali membaca

subhaana rabbiyal azhiim ketika rukuk dan sujud dan tidak sah sekiranya kurang dari itu.
Namun sebahagian ulama lagi berpendapat bahawa thumaninah adalah menyempurnakan posisi badan sesuai dengan sunnah Rasul shalallahu 'alaihi wasallam dalam gerakan ketika rukuk, itidal, sujud dan duduk antara dua sujud dalam keadaan yang tenang.[20] Penulis berpendapat thumaninah sebenarnya adalah gabungan kedua-dua pendapat di atas. Wallahualam. Dalil disyariatkan thumaninah adalah hadis dari Abu Hurairah radhiallahuanh, dia berkata:

. : . : . : : .
Bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam masuk masjid dan masuk pula seorang lelaki lalu melakukan solat. Kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Namun Nabi shalallahu 'alaihi wasallam tidak membalas salamnya lalu bersabda: Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat. Maka dia pun solat sekali lagi. Kemudian dia datang lagi dan memberi salam kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, maka baginda bersabda: Kembalilah dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum bersolat (dan ini berulang sehingga tiga kali). Lelaki itu berkata: Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak dapat melakukan yang lebih baik dari itu, maka ajarkanlah aku. Baginda shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Apabila engkau berdiri untuk solat maka takbirlah, kemudian bacalah yang mudah bagimu dari al-Quran. Kemudian rukuklah hingga engkau tenang (thumaninah) dalam rukuk, kemudian

bangkitlah (itidal) hingga engkau tegak (lurus) berdiri. Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thumaninah) dalam sujud, lalu bangkitlah hingga engkau tenang (thumaninah) dalam duduk (duduk antara dua sujud). Kemudian sujudlah hingga engkau tenang (thumaninah) dalam sujud. Lakukan demikian dalam semua solatmu.[21]

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah: Hadis dalam bab ini (Imam al-Bukhari menamakan bab ini Perintah Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam Kepada Orang Yang Tidak Menyempurnakan Rukuk


Agar Mengulangi Solatnya) dijadikan dalil bahawa thumaninah pada rukun-rukun solat adalah wajib hukumnya, dan ini adalah pendapat jumhur (majoriti)

ulama.[22]
Oleh itu wajib bagi seluruh umat Islam memerhatikan kesempurnaan thumaninah[23] ketika sujud dalam solat dengan melakukannya secara tenang dan sesuai dengan gerakan yang diajar sendiri oleh Nabi shalallahu 'alaihi wasallam melalui hadis baginda yang sahih sebagaimana yang telah penulis bentangkan di atas. Demikianlah beberapa contoh pergerakan dalam solat yang Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam anjurkan secara umum kepada semua umatnya tanpa membezakan kaum lelaki mahupun perempuan. Pendapat yang paling benar dalam hal ini adalah tidak ada perbezaan dalam gerakan ketika solat antara lelaki dan perempuan. Penulis juga ingin tekankan kepentingan menjaga thumaninah dalam solat.

[1] Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Shalat Nabi, ms. 239. [2] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 631. [3] Catitan penyunting: Riwayat ini disebut oleh al-Albani dalam Sifat Shalat Nabi (Maktabah al-Maarif, Riyadh 1996), ms. 189 dan beliau menyandarkannya kepada Ibn Abi Syaibah (1/75/2) dan mensahihkan sanadnya. Akan tetapi semakan saya kepada kitab al-Musannaf, hadis no. 2788 oleh Ibn Abi Syaibah mendapati lafaz yang ada di dalamnya ialah:

Kaum wanita duduk dalam solat sebagaimana duduknya kaum lelaki.[4]


Ummu al-Darda merupakan seorang tabiiyyah (mereka yang tidak sempat berjumpa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tetapi hanya berjumpa dengan para sahabat radhiallahu 'anhum). Beliau merupakan isteri kepada Abu al-Darda radhiallahu 'anh seorang sahabat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ummu al-Darda terkenal sebagai seorang perempuan yang ahli fiqh. [5] Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Shalat Nabi, ms. 240. [6] Untuk mengetahui secara keseluruhan tatacara solat baik untuk kaum lelaki mahupun perempuan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam penulis mengesyorkan para pembaca untuk mendapatkan kitab Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang banyak terdapat di pasaran. Buku ini terdapat dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan juga Bahasa Inggeris. Penulis juga menganjurkan para pembaca untuk mendapatkan VCD bertajuk Mencontohi Solat Rasulullah oleh Rasul Dahri edaran Salafi (No Tel: 07-335 3635) yang menunjukkan secara praktikal tatacara solat mengikut sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. [7] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 735. [8] Al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 248. [9] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 391. [10] Silalah rujuk kitab beliau bertajuk al-Umm (Kitab Induk), Bab Mengangkat Dua Tangan Pada Takbir Dalam Shalat, jld.1, ms. 248. [11] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 739. [12] Disyariatkan juga untuk merapatkan kedua tumit kakinya (tetapi tetap merenggangkan kedua lutut) ketika bersujud sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Thahawi, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim. Sila rujuk Sifat Shalat Nabi oleh Muhammad Nashiruddin al-Albani, ms. 174. [13] Al-Syafii, al-Umm (Kitab Induk), jld.1, ms. 248. al-Syafii rahimahullah memang membezakan tatacara sujud perempuan dan lelaki. Dia berpendapat sunat bagi perempuan untuk merapatkan sebahagian badannya dengan badan yang lain dan dipertemukan perut dan pahanya. Namun begitu beliau tidak membawa sebarang dalil dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam tentang hal ini. Insya-Allah penulis akan menurunkan beberapa hadis dari RasulullaH shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan tatacara sujud dan kesemua hadis tersebut adalah bersifat umum mencakupi kaum lelaki dan perempuan. Manakala hadis-hadis yang menunjukkan adanya perbezaan dalam gerakan dalam solat adalah hadis-hadis yang lemah sehingga tidak sah untuk dijadikan hujah. al-Syafii pernah berkata: Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu. (Dinukil dari Sifat Shalat Nabi oleh Muhammad Nashiruddin al-Albani, ms. 58). Oleh itu sewajarnya kita mengutamakan hadishadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dan meninggalkan pendapat al-Syafii rahimahullah dalam hal ini. Wallahualam. [14] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 807. [15] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 624.

[16] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 498. [17] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no. 494. [18] Penulis melihat kebanyakan kaum lelaki apabila bersolat tanpa memakai penutup kepala dan sekiranya rambutnya terjurai di hadapan maka mereka akan menarik rambut tersebut ke belakang untuk mengelakkannya dari terkena dahi ketika sujud. Pada tanggapan mereka sekiranya rambut tersebut mengenai dahi tatkala sedang sujud akan menjejaskan kesempurnaan sujud tersebut. Sebenarnya tindakan mereka ini adalah tidak selari dengan sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata:

.
Nabi shalallahu 'alaihi wasallam diperintahkan untuk sujud dengan menggunakan (di atas) tujuh tulang, dan baginda tidak menyingkap pakaian dan tidak pula rambut. (Sahih: Dikeluarkan oleh alBukhari dalam Shahihnya, hadis no. 815) [19] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 812. [20] Sila rujuk perbahasan Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah dalam Fathul Baari, jld.4, ms. 582. [21] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no. 793. [22] Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 582. [23] Penulis juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk membahaskan secara ringkas tentang thumaninah ketika rukuk, itidal dan duduk antara dua sujud. Ibnu Hajar rahimahullah ketika membahaskan tentang thumaninah dalam rukuk beliau telah menulis: Dalam riwayat Ahmad disebutkan: Apabila engkau rukuk maka tempatkan kedua tapak tanganmu di atas kedua lututmu lalu bentangkan punggungmu serta stabilkan keadaan rukukmu (dengan meluruskan bahagian belakang). Dalam riwayat Ishaq bin Abi Thalhah disebutkan: Kemudian beliau takbir lalu rukuk hingga menjadi tenang persendian-persendiannya serta menempati posisinya. (Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 579-580) Berkenaan dengan thumaninah ketika itidal, Ibnu Hajar rahimahullah telah berkata bahawa hendaklah berdiri sehingga tegak, menggunakan dalil seperti berikut: Dalam riwayat Ibnu Numair yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah disebutkan: hingga engkau tenang (thumaninah) dalam berdiri. Dan dalam satu lafaz Ahmad disebutkan: Maka tegakkanlah tulang belakangmu hingga tulang-tulang kembali ke persendiannya. (Ibnu Hajar alAsqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 580) Seterusnya Ibnu Hajar rahimahullah menerangkan tentang thumaninah dalam duduk antara dua sujud: Dalam riwayat Ishaq di sebutkan: Kemudian baginda takbir lalu rukuk hingga duduk dengan baik di tempat duduknya dan menegakkan tulang belakangnya. Dalam riwayat Muhammad bin Amr disebutkan: Apabila engkau mengangkat kepalamu maka duduklah di atas pahamu yang kiri.

Sementara dalam riwayat Ishaq: Apabila engkau duduk di pertengahan solat maka tenanglah (thumaninah) dalam duduk, kemudian tahiyatlah (duduk tahiyat). (Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 581) Demikianlah secara ringkas cara Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam rukuk, itidal dan duduk antara dua sujud untuk membimbing kita dalam melaksanakan pergerakan-pergerakan tersebut ketika solat dengan thumaninah. Ingin penulis tegaskan sekali lagi thumaninah itu hukumnya wajib. Terdapat banyak riwayat yang sahih tentang ancaman yang keras bagi mereka yang mengerjakan solat tanpa thumaninah. Antaranya: Zaid bin Wahab berkata: Hudzaifah melihat seorang lelaki yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud, maka dia berkata: Engkau belum bersolat. Apabila engkau mati, nescaya engkau mati bukan di atas fitrah yang Allah telah jadikan Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam di atasnya. (Shahih al-Bukhari, hadis no. 791) Ibnu Hajar berpendapat makna tidak menyempurnakan rukuk dan sujud sebagai tidak melakukannya dengan thumaninah bersandarkan kepada riwayat Abdurrazaq: Beliau (lelaki yg ditegur Hudzaifah radhiallahuanh) mematuk (rukuk dengan cepat tanpa thumaninah) tanpa menyempurnakan rukuknya. (Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jld. 4, ms. 569) Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam juga telah mencela mereka yang tidak menjaga thumaninah dalam solat sebagai pencuri yang paling buruk.

: .: :
Dari Abi Said al-Khudri, dia berkata bahawa Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda: Pencuri yang paling buruk adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Kami bertanya: Ya Rasulullah bagaimana dia mencuri. Baginda bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. (Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no. 11532 (jld. 3, ms. 56) dan ia dinilai
hasan oleh Syuaib al-Arnauth)

Semoga kita jangan cuai untuk memperhatikan thumaninah dalam solat baik yang fardhu mahupun yang sunat.

PENUTUP

Semoga dengan penerangan yang serba ringkas ini dapatlah dirungkaikan segala permasalahan yang sering berlegar-legar berkaitan dengan solat fardhu. Hindarilah diri daripada suka menuduh orang lain apabila melihat tatacara solat mereka berbeza daripada kebiasaan. Apa yang seharusnya dilakukan adalah terlebih dahulu cuba memahami dalil-dalil yang mungkin ada dalam tatacara solat yang berbeza tersebut. Ada kemungkinan juga bahawa amalan yang biasa diamalkan oleh diri kita sendiri itu yang sebenarnya kurang tepat. Untuk memastikan kebenaran sesuatu amalan hendaklah kita menilai amalan tersebut dengan neraca al-Quran dan al-Sunnah nescaya kita tidak akan tersesat. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang telah disebut pada permulaan buku ini: Aku telah meninggalkan

kepada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Nabinya.

Apa yang penulis perhatikan, majoriti umat Islam di Malaysia dalam membuat penilaian samada sesuatu ibadah itu sah atau tidak, mereka hanya bersandarkan kepada amalan kebiasaan orang ramai yang diwarisi secara turun-temurun dan kemudian dilabelkan sebagai Mazhab al-Syafii. Amalan orang ramai bukanlah satu pra-syarat terhadap kebenaran sesuatu amal ibadah. Malah Allah Azza Wa Jalla memberi amaran kepada kita bahawa adakalanya mengikut pendapat orang ramai boleh membawa kita ke lembah kesesatan. Ini sebagaimana firman-Nya:

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.[1]

Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.[2]

Sedangkan budaya pasrah kepada amalan nenek-moyang yang diwarisi secara turun-temurun merupakan budaya umat jahiliyah yang pernah diperangi oleh Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran) dan kepada Rasul-Nya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?[3]

Dan demikianlah halnya (orang-orang yang taklid buta); Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada (penduduk) sesebuah negeri, seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja.

Rasul itu berkata: Adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih jelas hidayah petunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya?

Mereka menjawab:

Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya. Lalu kami balas keingkaran mereka dengan azab yang membinasakan; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.[4]

Sekali lagi ingin penulis tegaskan bahawa yang sepatutnya dijadikan sebagai kayu pengukur sekiranya terjadi perselisihan pendapat adalah dengan mengembalikannya kepada al-Quran dan alSunnah. Ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Azza wa Jalla:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [5]

Apa yang dapat penulis simpulkan di sini, Alhamdulillah tatacara solat Ahl al-Sunnah (atau yang sering dicemuh dengan gelaran Wahhabi) yang dikatakan berbeza dari amalan kebiasaan orang Malaysia, sebenarnya memiliki contoh dari hadis-hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang sahih, bahkan adakalanya lebih menepati Mazhab al-Syafii yang sebenarnya. Maka sewajarnya semua pihak berlapang dada serta dielakkan atau dihentikan sahaja sikap tuduh-menuduh berkaitan dengan kecacatan atau kesempurnaan ibadah solat pihak lain dan memberi gelaran yang tidak baik seperti ini cara solat puak Wahhabi atau ini bukan dari mazhab kita. Sikap sebegini lebih membawa keburukan dari kebaikan.

Di masa yang sama pihak Ahl al-Sunnah juga hendaklah berusaha untuk menghindari dari memandang rendah tatacara solat pihak lain yang berbeza. Ada kemungkinan perkara yang dikatakan terdapat perbezaan tersebut sebenarnya masih termasuk dalam perkara yang dikhilafkan oleh ulama dan juga mempunyai dalil yang sahih dari Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Sekiranya memang benar amalan yang berbeza itu adalah bidah yakni tidak ada contoh dari Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, sewajarnya Ahl al-Sunnah mengelakkan konfrontasi dan berdakwah secara hikmah dalam menyatakan kebenaran tersebut. Ini adalah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.[6]

Semoga menerusi cara berdakwah yang berkesan, orang ramai akan lebih tertarik kepada ajaran yang dibawa dan dapat mengelakkan perpecahan antara sesama umat Islam. Penulis memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar buku ini akan mendatangkan manfaat kepada umat Islam di Malaysia. Semoga ianya dapat menyatukan kita atas satu aqidah dan satu jalan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam al-Quran dan melalui Sunnah Nabi-Nya shalallahu 'alaihi wasallam. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.[7]

Sehubungan dengan ayat di atas, Abdullah bin Masud radhiallahu 'anh meriwayatkan: (Pada suatu ketika) Rasulullah shalallahu alaihi wasallam menggariskan kepada kami satu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah. Kemudian baginda menggariskan beberapa garisan di sebelah kanannya dan di sebelah kirinya lalu bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada satu syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut.

Kemudian baginda membacakan ayat: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. [8]

Adalah harapan penulis yang menggunung tinggi agar buku ini akan dapat meningkatkan keazaman semua pihak untuk bersungguh-sungguh dalam mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam dalam ibadah solat kerana ianya telah diwajibkan atas seluruh umat Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam sebagaimana sabdanya: Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu

melihat aku bersolat.[9]


Apatah lagi mencontohi Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam adalah bukti yang jelas yang menunjukkan kecintaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firmannya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,

nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[10]

Semoga dengan kesungguhan kita dalam mencontohi atau berittiba kepada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam kita akan termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan segala dosa kita diampunkan oleh-Nya. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala memperkenankan permohonan kami dan hanya kepada Dialah kami memohon pertolongan dan perlindungan sebagaimana firmannya:

Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.[11]

[1] al-Anaam (6): 116 [2] Yunus (10):36 [3] Al-Maaidah (5): 104 [4] al-Zukhruf (43): 23-25 [5] al-Nisaa (4): 59 [6] al-Nahl (16): 125 [7] al-Anaam (6): 153 [8] Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, hadis no: 4142 (jld. 1, ms. 435) dan sanadnya dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth. [9] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya hadis no. 631. [10] ali Imraan (3): 31 [11] al-Baqarah (2): 107

RUJUKAN.
1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 13 Masalah Yang Tidak Pernah Selesai Diperdebatkan, Abu Yusuf Abdurrahman, Pustaka AlKautsar, Jakarta 2003. Al Masaa-il (Masalah-Masalah Agama) Jld. 1,2,3 dan 4, Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qolam, Jakarta 2003-2005. Al-Muhazzab Juz 1, Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf al-Fairuzabadi, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2002. Al-Umm (Kitab Induk) Jld. 1 dan Jld. 2, Imam al-Syafii, Victory Agencie, Kuala Lumpur 1989. Amalkan Al-Sunnah Dan Tinggalkan Al-Bidah, Mohammad Abdul Qadir Mandeeli, Makkah alMukarramah 1421H (Kertas Kerja). Apakah Anda Pengikut Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, Khalid Ibnu Suud al-Ajmi, Najla Press, Jakarta 2003. Ar-Rasaail, Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas Ar-Rasaail, Jld. 1, Pustaka Abdullah, Jakarta 2004. Bagaimana Berinteraksi Dengan Peninggalan Ulama Salaf, Dr. Yususf al-Qaradhawi, Pustaka alKautsar, Jakarta 2003. Berzikir, Bertahlil & Bertasbih Yang Sesat, Rasul Dahri, Johor Bahru 2003 (Kertas Kerja).

10) Bidah-Bidah Yang Dianggap Sunnah, Syaikh Muhammad Abdussalaam Khadr al-Syaqiry, Qisthi Press, Jakarta, 2004. 11) Bidah & Percanggahannya, Rasul Dahri, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 1998. 12) Bidah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2005. 13) Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari (Jld. 1, Jld. 4 dan Jld. 6), Ibnu Hajar Al Asqalani, Tahqiq Syaikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz, Pustaka Azzam, Jakarta 2003. 14) Fathul Muin, Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibariy, Klang Book Centre, Klang 1988. 15) Fatwa-Fatwa Albani, Muhammad Nashiruddin al-Albani, Pustaka At Tauhid, Jakarta 2002. 16) Fatwa-Fatwa Syaikh al-Fauzan, Fayiz Musa Abu Syaikhah, Pustaka Azzam, Jakarta 2004. 17) Fikih Sunnah (Jld. 1 dan Jld. 2), Syaikh Sayyid Sabiq, Victory Agencie, Kuala Lumpur 1990. 18) Hukum Berdoa & Cara Bertasbih Selepas Solat, Rasul bin Dahri, Johor Bahru 2005 (Kertas Kerja). 19) Hukum Menggerakkan Jari Telunjuk (Dalam Tasyahhud), Rasul bin Dahri, Johor Bahru 2003 (Kertas Kerja). 20) Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling Bercanggah, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2002. 21) Kertas Kerja Seminar Ahli Sunnah Wal Jamaah Golongan Tauladan, Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Dr. Abdullah Yasin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya 2003. 22) Kesucian Dan Sholat Dalam Islam, Hussain Yee, Pertubuhan Al-Khaadem, Petaling Jaya 2002. 23) Koreksi Zikir Jamaah M. Arifin Ilham, Abu Amsaka, Darul Falah, Jakarta 2003. 24) Koreksi Total Ritual Shalat, Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan bin Mahmud bin Salman, Pustaka Azzam, Jakarta 2001. 25) Madzhab Tanpa Madzhab, Dr M. Said Ramadhan al-Buthi, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2001.

26) Majmu Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah Dan Ibadah: Bab Ibadah, Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Pustaka Arafah, Solo 2002. 27) Manhaj Ahli Sunnah Menghadapi Ahli Bidah, Dr.Ibrahim bin Amir Ar-Ruhaili, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2002. 28) Manhaj Aqidah Imam asy-Syafii Rahimahulah Taala, Dr Muhammad A.W. al-Aqil, Pustaka Imam asy-Syafii, Bogor 2002. 29) Marilah Mendirikan Solat, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2000. 30) Marilah Kita Berselawat Ke Atas Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 1999. 31) Membaca Niat, Adakah Wajib, Sunnah Atau Bidah?, Rasul Dahri, Johor Bahru 2003 (Kertas Kerja). 32) Menangani Persoalan Qunut: Dibaca Atau Tidak?, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 1999. 33) Mukhtasar Zaadul Maad Bekal Menuju Ke Akherat, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Peringkas Muhammad bin Abdul Wahhab al-Tamimi, Pustaka Azzam, Jakarta 1999.

34) Pelindung Diri Zikir Dan Doa Daripada Al-Kitab Dan Al-Sunnah, Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani, Penerbitan Salafi, Ampang 2002. 35) Panduan Fardhu Ain, Ismail Kamus, At Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur 1997. 36) Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan , Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2000. 37) Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2004. 38) Persoalan Yang Berkehendak Melaksanakan Untuk Mengatasi Dan mengubah Adat-Adat Yang Berlaku Di Dalam Masyarakat Dengan Sangkaan Ibadat, Mohammad Abdul Qoder al-Mandeeli, Makkah al-Mukarramah 1423H (Kertas Kerja). 39) Perlukah Bermazhab, Muhammad Sulthan Al-Maksumi al-Khajandi, Penerbit Aras Sarana Widia, Jakarta 1999. 40) Risalah Ilmiah Albani, Muhammad Nashiruddin al-Albani, Pustaka Azzam, Jakarta 2000. 41) Shalat Jamaah: Panduan Hukum, Adab, Hikmah, Sunnah dan Peringatan Penting Tentang Tentang Perlaksanaan Shalat Berjemaah, Dr. Shalih bin Ghanim bin Abdillah al-Sadlani, Pustaka Arafah, Solo 2002. 42) Shalat Jumat Bersama Rasulullah: Hukum Dan Bidah Shalat Jumat, Muhammad Nashiruddin alAlbani, Najla Press, Jakarta 2002. 43) Sifat Shalat Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, Muhammad Nashiruddin al-Albani, Media Hidayah, Yogyakarta, 2000. 44) Solat Qasar & Jamak, Ustaz Rasul bin Dahri, Johor Bahru 2004 (Kertas Kerja). 45) Terjemah Tamamul Minnah: Koreksi Dan Komentar Secara Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq (Jld. 1 dan Jld. 2), Muhammad Nashiruddin al-Albani, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002. 46) Taklid Buta, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Darul Falah, Jakarta 2000.
47) Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu Sebagaimana Yang Diajar Dan Dilakukan Oleh Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam, Hafiz Firdaus Abdullah, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 1999.

Anda mungkin juga menyukai