Anda di halaman 1dari 28

Pengenalan

Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam islam. Ia merupakan satu


kewajipan yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang
mempunyai

kemampuan,

dalam

sebarang

bentuk

dan

dalam

setiap

kesempatan. Dakwah merupakan tugas para Rasul dan perintah yang


diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan juru dakwah
pertama semenjak agama Islam diturunkan. Banyak perintah Allah yang
ditujukan kepada Rasullullah supaya melaksanakan tugas tersebut secara
kesinabungan, seperti Firman Allah yang bermaksud:Dan serulah ia kepada
tuhan engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk yang luirus (Al-Haj;
67)
Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad
SAW supaya berdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh
manusia muslim dan hanya dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh
syara.
Dakwah merupakan perlaksanaan terhadap perintah Allah, iaitu menyeru
manusia ke arah ajaran Islam yang meliputi persolan teologi, syariah, akhlak,
dan institusi. Dakwah merupakan satu usaha untuk mengajar kebenaran
kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat dunia dan
nikmat syurga, memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan
kesengsaraannya. Melaksakan tugas dakwah merupakan puncak kebaikan
dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yang bermaksud:Siapakah yang
lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya untuk
menyeru

manusia

ke

jalan

Allah

(Fusilat

41;

33)

Definisi dakwah
Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti daa, yadu,
dawatan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu,
memandu dan menjemput. Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah
mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat
yang ma`ruf dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar

mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti kata yang lain pula,
dakwah adalah mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk
mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya.
Menurut Jumah Amin Abdul Aziz mengatakan bahawa dakwah Islamiah adalah risalah
terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai wahyu dari Allah
dalam bentuk kitab yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di depan atau
dibelakangnya, dengan kalam-Nya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di dalam
mushaf yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad yang mutawatir,
bagi yang membacanya dinilai sebagai ibadah.
Dr. Rauf Shalabi menjelaskan bahawa dakwah Islamiah itu adalah gerakan membawa
atau mengubah masyarakat daripada keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan,
daripada keadaan kegelapan kepada keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit
kepada keadaan lapang, di dunia dan di akhirat.
Ali Abdul Halim Mahmud pula mengatakan bahawa Dakwah ilallah bermaksud kita
berdakwah agar manusia beriman kepada Allah, risalah yang dibawa para nabi dan
rasul, taat pada apa-apa yang diperintahkan, berhenti total dari semua yang dilarang
dan membenarkan seluruh perkataan utusan Allah tersebut. Arti berdakwah adalah
mengajak kepada din Islam, penutup seluruh Kalamullah, serta agama yang paling
sempurna dan syamil (komprehensif). Islam adalah agama yang telah Allah jamin
penjagaannya, sedangkan agama-agama selain Islam diserahkan kepada para
pemeluknya. Oleh kerana itu, hanya Islamlah yang akan tegak tanpa perubahan dan
cacat.
Berdasarkan beberapa definisi yang telah diberikan di atas ini, maka kita dapat
menyimpulkan bahawa dakwah itu adalah satu usaha mengajak manusia beriman
kepada Allah dengan membenarkan segala apa yang telah dibawa oleh Rasulullah
SAW. Dakwah juga mengajak manusia mencontohi akhlak yang telah ditunjuk dan
diajarkan oleh Rasulullah SAW. Dakwah dapat ditinjau dari dua sudut yang berbeza
seperti :
1.

Maksud dakwah secara umum, ialah sutu ilmu pengetahuan yang berisi kaedah-

kaedah dan tuntunan-tuntunan bagaimana cara sebaiknya untuk pendakwah itu

menarik

perhatian

atau

minat

seseorang

untuk

menganut,

menyetujui

dan

melaksanakan suatu ideologi tertentu.


1.

Dakwah menurut Islam pula ialah mengajak seseorang dengan penuh

kebijaksanaan ke arah jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk
kemaslahatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Allah mengajak hamba-Nya untuk melakukan sesuatu yang membolehkan mereka
masuk ke syurga, seperti berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dengan agama inilah,
Allah mengutuskan para rasul untuk menyeru sekelian umat manusia ke jalan yang
diredhoi Allah dan meninggalkan segela perkara yang dilarang oleh-Nya. Beruntunglah
bagi sesiapa yang membenarkan seruan tersebut. Firman Allah yang berbunyi :
Dan sesiapa Yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman itu
penolongnya (maka berjayalah dia), kerana Sesungguhnya golongan (yang berpegang
kepada ugama) Allah, itulah Yang tetap menang. (Al-Maidah : 56)
Hukum dan Dalil-dalil Kewajipan Berdakwah
Antara tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam
ialah dakwah. Tuntutan ini disebabkan kerana dakwah itu merupakan satu
keperluan bagi manusia seluruhnya. Tuntutan dan keperluan ini bukan
semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi juga atas kepentingan hidup di
dunia ni. Terdapat pelbagai dalil al-Quran mengenai kewajipan berdakwah
antaranya ialah :
1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan
Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan
mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (surah al-Nahl : 125)
2. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami
tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali
mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada
(agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada jalan
yang lurus." (Surah al-Hajj : 67).

3. Firman Allah swt yang bermaksud : "Siapakah yang lebih baik


perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan
amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)
4. Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan orang-orang yang telah Kami
berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan
kepadamu, dan di antara golongan-golongan yang bersekutu ada yang
mengingkari sebahagiannya. Katakanlah, sesungguhnya aku hanya
diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun
dengan Dia. Hanya kepadaNya aku menyeru (manusia) dan hanya
kepadaNya aku kembali." (Surah ar-Ra'd : 36)
5. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat, para
sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya,
Rasulnya dan untuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh
pengikutnya."
Berdasarkan hadith dan ayat-ayat di atas, agama Islam adalah merupakan
nasihat yang disampaikan sesama manusia kerana allah swt. Setelah diteliti
segala hujah yang dikemukakan, dapatlah difahami bahawa dakwah itu satu
tuntutan yang amat besar. Ia ada hubung kait yang rapat dengan matlamat
dijadikan manusia. Kalaulah matlamat dijadikan manusia adalah untuk
beribadat atau menghambakan diri kepada Allah, maka dakwah merupakan
saluran untuk memperjelaskan matlamat tersebut kepada sasaran. Atas
alasan ini dakwah Islamiyyah merupakan pokok dalam kehidupan orang
Islam. Kewajipan berdakwah adalah menurut keupayaan dan kemampuan
individu dan gerakan dakwah menjadi tanggungjawab semua serta mestilah
mendapat kerjasama semua pihak dan tidak ada yang berlepas tangan.
Selain itu dakwah mestilah diusahakan secara berterusan, kalau tidak
kemurkaan Allah akan menimpa kita semua.
Dengan itu kwajipan berdakwah bukan setakat fardhu ain atau fardhu
kifayah, malah lebih daripada itu. As-Sayyid Naufal menjelaskan bahawa
baginya tidak ada halangan untuk dikatakan bahawa hukum dakwah itu
kedua-dua sekali fardhu ain dan fardhu kifayah. Dakwah itu fardhu ain
kerana setiap orang Islam diwajibkan menjelaskan dan mengemukakan
kepada orang yang masih jahil tentang pengajaran asas dalam Islam yang
menjadi fardhu ain kepada setiap orang Islam. Kerana orang yang jahil
tentang Islam ada di mana-mana. Di samping itu, ia juga menjadi fardhu

kifayah kerana keperluan menyediakan golongan tertentu di kalangan orang


Islam untuk lebih dipertanggungjawabkan ke atas mereka dalam urusan
dakwah.
Muhammad Abu Zahrah mengemukakan pendapat yang sama. Beliau
membuat kesimpulan bahawa apabila melihat kepada usaha dan tenaga
yang telah dicurahkan kepada para sahabat dan tabi'in yang masing-masing
mengambil bahagian dengan sepenuhnya terhadap usaha dakwah, maka
dapat difahamkan bahawa dakwah itu fardhu ain. Di samping itu, ia menjadi
fardhu kifayah ke atas jemaah Islamiyyah. Dengan itu, hukum dakwah ke
atas setiap orang adalah kedua-duanya sekali. Muhammad Abduh
membahagikan dakwah kepada bahagian, iaitu dakwah kepada seluruh
manusia dan dakwah kepada orang Islam. Dakwah bahagian dua ini
terbahagi pula kepada bentuk umum dan bentuk khusus. Dakwah bentuk
khusus adalah dengan cara nasihat menasihati antara satu sama lain, samasama menolong dalam perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira si alim
atau si jahil.
Manakala Abu Karim Zaidan menjelaskan bahawa kewajipan berdakwah ke
atas seseorang itu ada dua peringkat. Pertama, peringkat perseorangan
yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam berdasarkan dia itu orang
Islam. Kedua, peringkat berjamaah berdasarkan dia itu menjadi anggota
kepada jamaah. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang telah
dijelaskan, dapat dibuat kesimpulan bahawa tanggungjawab dakwah adalah
terlalu besar. Ia bukan setakat fardhu ain ke atas setiap orang Islam, malah
juga fardhu kifayah ke atas seluruh orang Islam mengikut kemampuan
masing-masing. Dakwah bukan setakat ceramah agama, tetapi usaha-usaha
yang disusun dengan baik untuk mengubah fikiran, sikap dan tabiat manusia
supaya selaras dengan kehendak Allah dan RasulNya.

Matlamat Dakwah
Mengenal pasti matlamat dakwah merupakan persoalan yang penting. tanpa
mengetahui matlamat dakwah dengan jelas, setiap dakwah itu tidak akan
dapat berjalan dengan baik dan akan merugikan. Setiap orang Islam
khususnya pendakwah mesti mengetahui sejelas-jelasnya ke manakah
matlamat dakwah yang hendak dituju dan peringkat-peringkatnya. Untuk

mengetahui matlamat dakwah, persoalan pertama yang harus dipecahkan


ialah untuk apa manusia dicipta di muka bumi ini?
Dakwah bukan hanya sekadar mengajak manusia kepada syiar-syiar yang
bersifat juzi seperti penghayatan beberapa sunnah kecil daripada Sunnah
Rasulullah. Tetapi dakwah Islam bermatlamat mengajak manusia hidup
berdasarkan sistem Allah dan memperjuangkannya sebagai ad-Din yang
syamil dan kamil. Oleh itu dakwah mestilah dilihat sebagai kerja besar yang
sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup di bawah sitem
Allah serta menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. Untuk sampai
kepada objektif yang betul dan matlamat yang tinggi seperti dikehendaki
Alah, para pendakwah perlu memahami dan menghayati fiqh al-Dakwah
dengan cara yang betul dan bersugguh-sungguh. InsyaAlah segala usaha
akan mencapai kejayaan dengan kemenangan serta keredhaan Allah s.w.t
Asas-asas dan Rukun Dakwah
Asas dakwah dikenali sebagai prinsip yang dijadkan sebagai suatu ilmu baru yang
mempunyai identitinya sendiri dan dapat memanfaatkan di zaman moden ini. Dr. Ahmad
Ghalwash mengatakan bahawa dakwah mempunyai tiga asas utama iaitu Aqidah,
syariah dan Akhlak. Aqidah ialah inti atau hakikat sebenar kepada dakwah kerana
aqidah merupakan satu-satunya yang dapat menghubungkan seseorang hamba
dengan tuhannya. Tidak ada hubungan lain yang dapat menghubungkan hamba dan
tuhanNYa. Seseorang pendakwah adalah dituntut supaya kehidupan dan akhlaknya
mencerminkan aqidahnya. Dengan kata lain ia hendaklah melaksanakan segala
tuntutan aqidah kerananya ianya adalah dianggap sebagai asas kedua yang mesti ada
demi untuk kejayaan dakwah dan kejayaan pendakwah.
Syariah bererti jalan yang digariskan untuk dijalani di atasnya dan apa yang
dimaksudkan dengannya ialah kewajipan yang zahir yang dilaksanakan anggotaanggota. Syariah merupakan manhaj yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w kepada
seluruh umat manusia. Syariat yang dikehendaki oleh Allah s.w.t ialah yang mengatur
sistem hidup manusia, syariat yang melengkapi seluruh urusan hidup manusia, yang
melengkapi sistem pemerintahan, ekonomi dan sebagainya. Asas yang terakhir ialah
akhlak. Dalam menyampaikan dakwah dan untuk menarik perhatian orang terhadap
Islam ialah memberi contoh yang baik melalui perbuatanterpuji, sifat dan akhlaknya
yang mulia yang menjadikan suri teladan bagi agama lain. Agama Islam tersebar di
sebahagian daerah ini kerana akhlak yang baik dari kaum muslimin yang memberikan
kesan kepada orang yang bukan Islam dan dapat menarik mereka memeluk Islam.

Manakala rukun dakwah pula terbahagi kepada 5 bahagian iaitu al-Dai', al-Mad'uu aldakwah, al-maudhu' al-dakwah, al-uslub al-dakwah dan wasilah. Pendakwah ialah
orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti dakwah sama ada secara individu atau
berbentuk kumpulan. Al-Quran mencatatkan seramai 25 rasul dan nabi telah
melaksanakan kewajian berdakwah sepanjang zaman masing-masing. Di antara sifat
mereka yang telah digariskan sebagai ciri-ciri pendakwah ialah mempunyai keilmuan
yang mendalam, niat yang khlas, baik tingkahlaku,bersemangat juang dan berkorban.
Contohnya seorang endakwah mestilah mempunyai keilmuan yang berasaskan alQuran dan al-Sunnah di samping mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu-ilmu
lain yang boleh membantu terhadap penyebarab dakwah yang efektif. Mereka juga
mesti mempunyai niat yang ikhlas, berakhlak mulia dan mempunyai daya semangat
juag yang tinggi sebagaimana yang telah ditunujukkan oleh para nabi dan rasul
khusunya Nabi Muhammad s.a.w.Al-Mad'uu iaitu sasaran atau penerima dakwah.
Penerima dakwah pula terbahagi kepada sasaran yang bukan Islam dan yang Islam itu
sendiri. Konsep erdakwah bukan hanya kepada yang bukan Islam sahaja atau yang
Islam sahaja tetapi kedua-duanya sekali kerana matlamat berdakwah adalah untuk
menyampaikan kebnaran dan mnegajak manusia ke arah melakukan kebaikan dan
menegah sebarang kemungkaran . Al-maudhu' ialah apa yang didakwahkan kepada
sasaran dakwah iaitu apa yang dikenali sebagai objek atau topik dakwah. Maudhu'
yang disampaikan adalah melalui asas-asas dakwah contohnya aqidah, syariah dan
akhlak atau seumpamanya yag dapat mendekatkan diri penerima dakwah kepada Allah.
Uslub al-dakwah merupakan teknik atau cara erdakwah. Ia merupakan cara, kaedah
atau lebih dikenali metod dalam penyampaian dakwah. Metod tersebut meliputi
perkara-perkara seperti melakukan secara berperinglat-peringkat, dengana penuh
hikmah dan baik serta pelbagai cara lagi. Dalam perkara ini teknik dalam sirah
Nabawiyah yang harus dijadikan pedoman. Contoh dakwah para nabi dan rasul yang
boleh dijadikan asas melaksanakan dakwah. Begitu juga contoh yang digunaka oleh
Rasulalah s.a.w khususnya dakwah secara sulit ataupun secara terang- terangan.
Manakala wasilah dakwah pula merupakan alat atau media yang digunakan dalam
menjalankan proses penyampaian dakwah. Wasilah yang dimaksudkan termasuklah
dengan media cetak atau melalui media elektronik seperti television, radio, internet dan
sebagainya.

Peranan dan sifat-sifat guru Pendidikan islam

1.2.4. Peranan Guru

Mudarris
Mudarris dikaitkan dengan tugas guru yang melaksanakan peranan
membimbing dan mendidik. Seorang mudarris merupakan individu yang
mampu mendidik murid-muridnya sehingga benar-benar berpengetahuan
dan mendapatkan pengajaran (learned and learnt) tentang sesuatu yang
boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya. Murid yang terdidik bukan sahaja
memperolehi ilmu pengetahuan tetapi dapat memahami perkara-perkara
yang tersirat daripada bahan yang dipelajari. Ini bermakna murid terdidik,
jika dilihat dari perspektif Taksonomi Bloom, sebenarnya telah mencapai ke
tahap mampu untuk mengaplikasi dan melakukan analisis tentang perkara
yang diperolehi daripada gurunya. Sekali gus menggambarkan peranan
seorang Mudarris ialah membimbing dan mendidik murid untuk sampai
kepada darjah pemikiran sekurang-kurangnya pada peringkat aplikasi hingga
ke tahap penilaian iaitu berkeupayaan untuk membuat pertimbangan antara
baik dan buruk, antara benar dan salah, antara berfaedah atau berguna dan
tidak, antara kebajikan dan kerusakan. Sejauh mana sebenarnya guru
Pendidikan Islam telah melaksanakan peranan sebagai mudarris atau
sekadar menyampaikan ilmu dan kemahiran setakat pengetahuan dan
kefahaman? Jawapannya ada pada diri guru itu sendiri.
Dengan mengajar sehingga tahap aplikasi, sintesis dan penilaian, bermakna
peranan seorang Mudarris juga ialah mempertingkatkan keupayaan murid
untuk berfikir pada tahap tinggi yang dapat membolehkan murid membuat
keputusan berdasarkan kriteria, syarat dan situasi mengikut konteks serta
mampu untuk membuat keputusan yang boleh mendatangkan faedah atau
kesan positif kepada dirinya dan orang lain (termasuk persekitarannya).
Tidak akan sampai ke tahap Mudarris seorang guru yang sekadar
menyampaikan atau memindahkan ilmu pengetahuan (masih terdapat ramai
individu yang berilmu pengetahuan tentang perlakuan yang tidak baik dan
boleh merusakkan tetapi masih terus berkelakuan demikian contohnya
amalan rasuah). Untuk melaksanakan peranan seorang Mudarris, guru
Pendidikan Islam perlu berfungsi sebagai seorang pendorong, fasilitator,
pemandu / pembimbing, jurulatih yang berkesan, agen perubahan sosial dan
pembentuk budaya masyarakat.

Guru sebagai pendorong (motivator)


Di kalangan murid terdapat mereka yang kurang berminat serta tidak
terdorong untuk belajar atas faktor pada diri murid serta persekitarannya.
Masih terdapat ramai murid yang masih kabur tentang tujuan mereka ke
sekolah. Sesetengah murid ke sekolah untuk memenuhi tuntutan pendidikan.
Terdapat juga yang ke sekolah untuk berkawan dan berseronok. Sekolah juga
dijadikan tempat untuk melepaskan diri daripada kongkongan dan peraturan
keluarga. Seorang mudarris perlu peka dengan matlamat atau motif kanakkanak bersekolah dan membetulkan matlamat yang salah melalui dorongan
untuk belajar agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi kerenah
kehidupan.
Malas merupakan satu sifat yang memang terdapat di kalangan murid. Sifat
ini perlu dinyahkan daripada murid dan mereka seterusnya didorong untuk
mengambil peluang sebaik-baiknya agar menuntut ilmu dan kemahiran
seperti yang telah diwajibkan sepada setiap muslimin dan muslimat. Setidaktidaknya seorang mudarris akan mengajar dan meminta muridnya untuk
menghayati doa meminta perlindungan Allah dari sifat malas dan berusaha
menjadi murid contoh yang rajin dan bersungguh-sungguh.
Guru sebagai fasilitator / pembimbing
Peranan mudarris juga ialah dengan menjadi pembimbing di sisi murid. Ini
bermakna, dari perspektif konstruktivisme, seorang mudarris hanya akan
menyediakan perancah, iaitu asas kepada sesuatu konsep atau idea sebagai
panduan yang akan digunakan oleh murid. Seterusnya murid akan
digalakkan untuk meneroka dan membina ilmu pengetahun dan kemahiran
secara aktif melalui aktiviti kolaborasi dan koperatif bersama rakan dan guru,
di samping memperibadikan proses pembelajaran. Sebagai pembimbing,
mudarris akan menyokong dan membimbing murid melalui proses
perubahan yang sukar dan kompleks.
Guru sebagai agen sosial dan agen perubahan
Peranan mudarris selaku agen sosial memerlukan ia menguruskan interaksi
sosial di dalam bilik darjah dalam lingkungan batas-batas akhlak. Interaksi
dan perhubungan sosial yang bersifat perkembangan akan membolehkan
murid bekerjasama sebagai satu pasukan melalui pembelajaran koperatif
dan kolaboratif (Akhiar dan Shamsina, 2012).
Sebaliknya, selaku agen perubahan pula, seorang mudarris perlu mengajar
rakan-rakan sekerja serta murid bagaimana melakukan inovasi melalui

perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Contohnya, penggunaan


alat komunikasi dan teknologi maklumat secara berkesan dan inovasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menambahbaik budaya
sekolah, bilik darjah dan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta
membina ahli komuniti sekolah yang berdaya maju dan mementingkan ilmu
serta perkembangan akhlak.
Murobbi
Selain mengajar, menyampaikan ilmu, mendidik serta membimbing murid,
seorang guru Pendidikan Islam perlu melaksanakan peranan mengurus dan
mengatur persekitaran bilik darjah (fizikal dan suasana) dan tingkahlaku
murid, selain menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran (termasuk
pengurusan pentaksiran murid). Seorang Murobbi seharusnya mampu untuk
berfikir, melakukan inovasi atau menghasilkan idea-idea baru berkaitan
kaedah dan teknik pembelajaran. Sekali gus, seorang Murobbi adalah
seorang penyelidik yang akan merefleks amalan bekerjanya dan berusaha
untuk menambahbaik amalan tersebut demi kejayaan dirinya serta muridmuridnya. Seorang murobbi menyedari akauntabiliti terhadap profesion,
rakan sekerja, murid, ibu bapa serta masyarakat. Juga meletakkan
pengabdian terhadap Allah sebagai nilai pusat (centre of value) profesion
yang dipegang. Ini bermakna seorang murobbi menyedari tentang kesalahan
dan dosa seandainya mengabaikan tugas (sense of guilt and sense of sin).
Guru sebagai pengurus
Seorang murobbi perlu menguruskan pengajarannya serta pembelajaran
murid, menstrukturkan bilik darjah agar terjana persekitaran pembelajaran
yang kondusif. Tidak terkecuali seorang morobbi juga bertanggungjawab
terhadap peranannya dalam bidang pengurusan pejabat dengan melakukan
tugas-tugas perkeranian seperti menyemak buku latihan, menyemak kertas
ujian, merekodkan kemajuan murid, menyimpan fail dan sebagainya. Untuk
menjadi seorang pengurus pendidikan yang baik, seorang murobbi perlu
memiliki portpolio profesional serta catatan refleksi amalan yang bertujuan
untuk memcari peluang membuat penambahbaikan.
Guru sebagai penyelidik dan kopelajar (colearner)
Peranan murid pada masa kini tidak hanya setakat belajar atau menerima
ilmu daripada guru tetapi sebagai peneroka ilmu pengetahuan dan
mendapatkan makna perkara yang dipelajari itu dalam dunia sebenar.
Justeru itu, peranan murobbi turut berkembang apabila perlu meneroka

kaedah dan teknik pengajaran yang baru serta menghasilkan strategi yang
lebih tepat dan sesuai mengikut konteks dan situasi. Hal ini hanya boleh
dilakukan sekiranya murobbi melaksanakan tugas sebagai penyelidik iaitu
dengan mengenalpasti kelemahan diri serta peluang peningkatan serta
memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan mula
peluang yang terbaik untuk membantu proses pembelajaran murid melalui
penambahbaikan amalan sendiri.
Mursyid
Seorang Mursyid merupakan seorang guru yang telah sampai ke tahap
menjadi pakar rujuk, berkeupayaan untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah pendidikan yang tidak dapat dilakukan oleh guruguru lain. Bilangan guru yang mampu melaksanakan peranan mursyid
adalah terlalu sedikit kerana guru berkenaan perlu dapat melaksanakan
peranan sebagai Muallim, Mudarris, Muaddib dan Murobbi selain
membudayakan dirinya untuk terus belajar, membuat penyelidikan,
melaksanakan penambahbaikan pada ilmu dan amalannya serta
meningkatkan darjah ketakwaan kepada Allah. Dengan segala peranannya
itu, seorang mursyid akan dapat menunjukkan kebenaran kepada murid
serta rakan sekerja agar redha dan mendapat keredhaan daripada Allah swt.
Seperti yang telah dijelaskan bahawa peranan sebagai penyampai risalah
(rasul) hanya dikhususkan kepada individu pilihan Allah dari kalangan para
nabi yang diutuskan secara khusus kepada kaum-kaum tertentu. Namun
begitu, peranan untuk membina ummah akan diteruskan oleh para ulamak
apabila Rasulullah saw menegaskan bahawa para ulamak merupakan waris
para nabi. Waris di sini tidak disandarkan kepada pertalian persaudaraan dan
tidak juga penjawatan tetapi kepada peranan dan tanggungjawab untuk
menyebarkan, mendidik, membimbing umat agar hanya mempertuhankan
Allah tanpa syirik, beriman dan patuh kepada tuntutan agama (perkara
disuruh dan dilarang).

1.2.3. Sifat Guru

Menurut Abdul Halim al-Muhammadi, sifat wajib bagi guru adalah seperti berikut :

Zuhud dalam kerjaya. Melaksanakan amanah dengan niat mencari keredhaan


Allah dan bukannya kerana mengharapkan balasan kebendaan.

Sentiasa menjaga kebersihan diri dan jiwa. Membersihkan diri dengan


penampilan diri yang kemas. Manakala membersihkan jiwa daripada
kekotoran seperti riak, hasad dan dengki.

Menjaga kehebatan dan penghormatan diri seperti menjaga peribadi,


bersifat rendah diri dan tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh
menjatuhkan maruah sama ada dalam bentuk pemakaian, percakapan serta
perbuatan.

Bertindak sebagai ibu atau bapa kepada murid dengan mengasihi mereka
seperti anak sendiri, menyelidiki dan mengetahui latar belakang murid serta
melayan murid dengan baik dan adil.

Memahami tabiat murid melalui mengetahui taraf, latar belakang dan


kemampuan murid serta menyesuaikan kemampuan murid dengan kaedah
dan bahan bantu mengajar.

Manakala menurut Imam al-Ghazali, ciri-ciri guru yang efektif ialah ;


1
2
3
4
5
6

rasa simpati kepada murid dan menganggap mereka seperti anak sendiri.
mengikut tingkah laku dan sunnah Rasulullah saw.
tidak mengharapkan ganjaran
memberi nasihat dengan lemah lembut dan bukannya memarahi
tidak merendahkan disiplin ilmu di hadapan murid
menyediakan bahan pengajaran yang mudaah difahami dan sesuai dengan
tahap murid.

Analisis pribadi Rasulullah saw dan tokoh ilmuan


islam
2.1.1. Kaedah Penyampaian RASULULLAH S.A.W.

Pendidikan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah merupakan sukatan


pelajaran khas yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. iaitu wahyu sama ada
al-Quran dan juga al-hadith khususnya al-hadith al-Qudsi. Ini adalah kerana
segala apa yang dipertuturkan oleh Baginda s.a.w. adalah merupakan wahyu
Illahi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh umat Baginda s.a.w.

Firman Allah Taala di dalam al-Quran :

Maksudnya :

Dan tidaklah ia mengucapkan sesuatu berdasarkan nafsunya melainkan


hanya wahyu yang diwahyukan (kepadanya)
(surah an-Najm (53) :3-4)

Al-Quran adalah merupakan kalam Allah yang telah diwahyukan


kepada Rasulullah s.a.w. melalui Jibril a.s. untuk disampaikan kepada umat
manusia. Ia adalah mukjizat dan membaca al-Quran dikira ibadah. Kerana
itu al-Quran dibaca di dalam solat. ia juga merupakan warkah, kalam atau
sms daripada Allah Taala kepada individu yang mencintaiNya.

Manakala Hadith Qudsi merupakan hadith yang diriwayatkan dengan


disandarkan kepada Allah Taala seperti Allah telah berfirman. Kadangkala
ia juga diriwayatkan dengan disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. namun
sandaran khabarnya adalah daripada Allah Taala seperti Rasulullah s.a.w
mengatakan apa yang dikhabarkan daripada Allah.

2.1.2.

Langkah Pengajaran

Rasulullah s.a.w. amat teliti di dalam melaksanakan langkah pengajarannya.


Langkah pengajaran bermaksud peringkat-peringkat aktiviti pengajaran yang
dilaksanakan. Baginda s.a.w. cukup berhati-hati di dalam menyampaikan
pengajaran agar ianya dapat diterima oleh semua pihak yang
mendengarnya. Antara ciri-ciri pengajaran Baginda s.a.w. ialah :

1. Menggunakan bahan bantu, ilustrasi dan gerak isyarat yang


bersesuaian.
2. Memastikan semua pelajar dapat mengikuti pelajaran yang
disampaikan.
3. Mengaplikasikan strategi dan kaedah pengajaran dengan baik.
4. Menghormati dan melayan kerenah setiap pelajar dengan baik.
5. Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan sopan.
6. Adil terhadap anak didiknya.

Antara strategi dan pendekatan pengajaran yang telah dilaksanakan oleh


Rasulullah s.a.w. ialah ;

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Mewujudkan pusat pendidikan


Memilih tempat pembelajaran yang sesuai
Pengajaran secara berperingkat-peringkat
Menjadikan masjid sebagai tempat pengajaran
Memulakan pengajaran kepada kerabat terdekat
Memastikan pembelajaran berlangsung dalam keadaan aman

2.2.3.

Kaedah Penyampaian Rasulullah S.A.W.

Kaedah pengajaran bermaksud jalan atau metod yang diikuti untuk


memudahkan kefahaman kepada murid-murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi
dan berurutan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Antara
kaedah pengajaran yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ;

1. Syarahan atau khutbah. Ia merupakan satu kaedah mengajar di mana


guru memberikan maklumat berkenaan sesuatu topik beserta huraian
dan contohnya. Kebiasaannya disampaikan di masjid atau rumah.
Khutbah disampaikan pada setiap hari Jumaat.
2. Dialog atau perbincangan. Perbincangan dalam bentuk berdakwah
supaya menerima Islam dengan prinsip yang betul. Corak pengajaran
dua hala, iaitu interaksi guru dengan murid.
3. Soal Jawab. Soal jawab digunakan untuk mengetahui tahap kefahaman
atau pengetahuan. Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bersoal jawab
dengan malaikat Jibril a.s. tentang Rukun Iman, Rukun Islam, dan
Ihsan. Kaedah menyoal merupakan sebahagian daripada setiap aktiviti
wajib pengajaran pembelajaran antara guru dengan murid. Baginda
s.a.w. juga sering bersoal jawab dengan para sahabat setiap kali
selepas solat subuh.
4. Imla. Kaedah ini memerlukan murid menulis apa yang diajarkan
terhadapnya. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan
murid-murid akan mencatat setiap kata-kata yang didengari. Mengikut
nas al-Quran, kaedah Imla berlaku antara malaikat Jibril a.s. dengan
Rasulullah s.a.w. semasa Jibril mengajarkan ayat al-Quran dan diikuti
oleh Rasulullah. Rasulullah s.a.w.menuturkan ayat-ayat yang berbentuk
berita kepada sahabat-sahabat beliau. Para sahabat mendengar dan
terus menghafalnya.
5. Hafazan. Kaedah hafazan digunakan untuk mengingat sesuatu fakta.
Rasulullah s.a.w. menghafaz wahyu yang diturunkan kepada Baginda.

6. Perdebatan atau mujadalah. Kaedah prdebatan digunakan untuk


menjawab persoalan dengan menggunakan hujah-hujah yang logik
sebagai bukti.
7. Gaya isyarat. Kaedah pengajaran ini menggunakan isyarat dengan
gerakan anggota badan seperti isyarat tangan, muka, mulut dan
sebagainya.
8. Bercerita. Kaedah bercerita digunakan bagi mengambarkan kisah-kisah
yang terdapat dalam al-Quran. Bercerita merupakan perbuatan yang
mengesahkan sesuatu cerita atau rangkaian sesuatu peristiwa sama
ada ia benar-benar berlaku ataupun direka-reka. Cerita disampaikan
untuk mendidik manusia dengan membei penekanan kepada teladan
yang patut diikuti.
9. Lukisan atau lakaran. Melukis di atas tanah untuk menggambarkan
sesuatu atau menjelaskan lagi satu-satu penerangan kepada para
sahabat. Rasulullah sering melukis dan melakarkan di atas tanah bagi
memahamkan para sahabat.
10.
Demontrasi atau tunjukcara. Ia merupakan satu kaedah
pengajaran di mana seorang individu membuat sesuatu di hadapan
individu yang lain untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan
itu dilakukan. Ia melibatkan satu cara pengajaran yang memusatkan
pemerhatian murid kepada langkah atau perbuatan bagi menghasilkan
sesuatu. Rasulullah s.a.w. sentiasa mempamerkan qudwah hasanah
untuk teladan para sahabat serta menunjukcara melakukan sesuatu.
11.
Halaqah. Murid-murid mengelilingi guru dalam bentuk separa
bulatan. Guru berada di tengah dan menyampaikan pengajaran.
12.
Talaqi Musyafahah. Ia merupakan pendekatan pengajaran alQuran. Para pelajar dikehendaki berdepan terus dengan guru dalam
mempelajari al-Quran. Guru akan memberi contoh bacaan kepada
beberapa orang murid. Kemudian murid akan mengikuti contoh bacaan
guru secara individu dan beramai-ramai. Guru membaca, kemudian
murid-murid mengikut bacaan guru. Setelah menghafaz ayat-ayat
yang disampaikan oleh Jibril a.s. dan Rasulullah s.a.w. menyampaikan
kepada para sahabat secara talaqqi musyafahah.

13.
Tikrar atau ulangan. Bacaan dilaksanakan secara berulang kali
untuk memastikan kefasihan, menguatkan ingatan serta mengingati
sesuatu ayat atau fakta. Selepas guru membaca, murid-murid akan
mengikut bacaan tersebut atau seorang membaca dan yang lain
mendengar. Guru perlu mendengar bacaan murid sambil
mengenalpasti kelemahan bacaan yang perlu dilatih tubi. Guru akan
menyebut atau membaca perkataan yang perlu ditikrarkan. Manakala
murid-murid pula diminta mengulanginya.
14.
Tasmi. Kaedah ini dipraktikkan bagi pengajaran tilawah dan juga
hafazan. Seseorang murid akan membaca ayat al-Quran di hadapan
guru. Sekiranya terdapat kesalahan, guru akan terus memperbaiki
serta menegur setiap kesalahan itu.

Tokoh ilmuan islam

Imam Al-Ghazali
Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan dengan tahun 1058
Masehi di bandat Thus, Khurasan (Iran). Salah seorang anaknya bernama Hamid.
Gelar beliau al-Ghazali ath-Thusi berkaitan dengan Abu Hamid Muhammad bin
Muhammad al Ghazali ath-Thusi asy-Syafii (lahir 1058 di Thus, Propinsi Khurasan,
Persia (Iran), wafat 1111, Thus) adalah seorang filosof dan teolog muslim Persia, yang
dikenal sebagai Algazel di dunia Barat abad Pertengahan. Gelar ayahnya yang bekerja
sebagai pemintal bulu kambing dan tempat kelahirannya yaitu Ghazalah di Bandar
Thus, Khurasan. Sedangkan gelar asy-Syafii menunjukkan bahwa beliau bermazhab
Syafii. Ia berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya mempunyai cita-cita yang tinggi
yaitu ingin anaknya menjadi orang alim dan saleh. Imam Al-Ghazali adalah seorang
ulama, ahli pikir, ahli filsafat Islam yang terkemuka yang banyak memberi sumbangan
bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia pernah memegang jawatan sebagai Naib
Kanselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali

meninggal dunia pada 14 Jumadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun
1111 Masehi di Thus. Jenazahnya dikebumikan di tempat kelahirannya.
Sifat Pribadi Imam al-Ghazali mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak
berhujjah. Ia digelar Hujjatul Islam karena kemampuannya tersebut. Ia sangat dihormati
di dua dunia Islam yaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam.
Ia berjaya menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan. Imam al-Ghazali sangat
mencintai ilmu pengetahuan. Ia juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup
untuk bermusafir dan mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi
mencari ilmu pengetahuan. Sebelum beliau memulaikan pengembaraan, beliau telah
mempelajari karya ahli sufi ternama seperti al-Junaid Sabili dan Bayazid Busthami.
Imam al-Ghazali telah mengembara selama 10 tahun. Ia telah mengunjungi tempattempat suci di daerah Islam yang luas seperti Mekkah, Madinah, Jerusalem, dan Mesir.
Ia terkenal sebagai ahli filsafat Islam yang telah mengharumkan nama ulama di Eropa
melalui hasil karyanya yang sangat bermutu tinggi. Sejak kecil lagi beliau telah dididik
dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci kepada sifat riya, megah,
sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain. Ia sangat kuat beribadat, wara,
zuhud, dan tidak gemar kepada kemewahan, kepalsuan, kemegahan dan mencari
sesuatu untuk mendapat ridho Allah SWT.
Pendidikan Al-Ghazali Pada tingkat dasar, beliau mendapat pendidikan secara
gratis dari beberapa orang guru karena kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang
diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau menguasai Bahasa Arab dan Persia
dengan fasih. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mulai
mempelajari ilmu ushuluddin, ilmu mantiq, usul fiqih, filsafat, dan mempelajari segala
pendapat keeempat mazhab hingga mahir dalam bidang yang dibahas oleh mazhabmazhab tersebut. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dengan Ahmad arRazkani dalam bidang ilmu fiqih, Abu Nasr al-Ismail di Jarajan, dan Imam Harmaim di
Naisabur. Oleh sebab Imam al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau telah dilantik
menjadi maha guru di Madrasah Nizhamiah (sebuah universitas yang didirikan oleh
perdana menteri) di Baghdad pada tahun 484 Hijrah. Kemudian beliau dilantik pula
sebagai Naib Kanselor di sana. Ia telah mengembara ke beberapa tempat seperti
Mekkah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama-ulama di sana

untuk mendalami ilmu pengetahuannya yang ada. Dalam pengembaraan, beliau


menulis kitab Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan
pemikiran manusia dalam semua masalah.

Kaedah dan teknik penyampaian dakwah oleh para ilmuan islam

metode dakwah adalah satu kaedah atau cara untuk mengajak manusia mendekatkan
diri dengan mentauhidkan Allah secara benar dan sempurna. Dalam erti kata yang lain,
metode dakwah ini merupakan satu ilmu yang mengajar pendakwah tentang cara untuk
menyampaikan dakwah secara tepat dan sesuai pada setiap keadaan dan masa yang
ditempuhi. Ini juga secara tidak langsung mengajar pendakwah mengetahui bagaimana
keadaan subjeknya atau madunya. Setelah itu, pendakwah dapat merancangkan cara
atau teknik yang berkesan untuk mempengaruhi madunya apabila ia menyampaikan
dakwah.
Secara umumnya, metode dakwah yang diguna pakai sejak zaman Rasulullah hingga
sekarang ialah berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl ayat
125 :
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan
itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Rumusan yang dapat diambil oleh penulis ialah terdapat tiga asas metode dakwah yang
perlu diketahui dan dipelajari oleh para pendakwah, seperti :
1.

Bil Hikmah

2.

Mauizatul Hasanah

3.

Al-Mujadalah

Di bawah ini penulis akan menjelaskan setiap asas metode dakwah secara lebih
terperinci lagi dengan mengambil beberapa pandangan atau pendapat tokoh ilmu
dakwah. Dengan cara ini, kita akan lebih mendalami dan memahami setiap asas
terebut secara lebih kongkrit lagi.
Bil Hikmah
Kata

Al-Hikmah

diertikan

sebagai Al-Adl (keadilan), Al-Haq (kebenaran) Al-

Hilm(ketabahan), Al-ilm (pengetahuan), terakhir An-Nubuwwah (kenabian). Di samping


itu, Al-Hikmah bermaksud sebagai penempatkan sesuatu pada tempatnya. Selain dari
itu, Al-Hikmah juga ialah pengetahuan yang dikembangkan dengan tepat sehingga
menjadi sempurna. Menurut pendapat ini, Al-Hikmah termenifestasikan ke dalam empat
hal seperti kecekapan menguruskannya, kecermatan, kejernihan fikiran dan ketajaman
fikiran.
Syeikh At-Tusi Rahimahullah pernah menyebut perkataan hikmah ialah menyeru
kepada matlamat untuk membuat khibrah bagi menerima pahala dari pihak pendakwah
dan yang didakwah.
Satu perkara yang sangat sukar untuk menentukan makna hikmah ialah secara
teorinya. Secara mudah, hikmah bererti bijaksana. Bijaksana bererti sesuatu yang
sesuai. Manakala sesuai pula bergantung kepada keadaan. Sesuatu tindakan boleh
menjadi sesuai bagi seseorang, tetapi tidak sesuai bagi orang lain. Ia menjadi sesuai
bagi satu masa, tetapi tidak sesuai dengan masa lain. Dengan itu, tindakan itu hikmah
bagi seseorang atau bagi masa tertentu, tetapi tidak hikmah bagi orang lain atau masa
yang lain. Maka, hikmah berkait rapat dengan keadaan untuk menentukan ia
bersesuaian.
Dapat difahami bahawa perkataan hikmah ini ialah melaksanakan dakwah dengan cara
yang lebih baik agar mesej dakwah yang dijalankan akan lebih tertib dan relevan
kepada madunya. Selain dari itu, melaksanakan dakwah ini bergantung kepada
kebijaksanaan pendakwah untuk merangka atau merancang sesuatu kaedah bagi
menghadapi madunya, ini supaya segala mesej dakwah yang disampaikan dapat
diterima oleh masyarakat sekelilingnya.

Mengenali Golongan Sasaran


Di antara adab-adab memberi nasihat adalah dengan mengetahui keadaan
masyarakat, memperhatikan jabatan dan kedudukan mereka. Iaitu seorang dai harus
memiliki pengetahuan yang meyakinkan tentang keadaan madunya. Kerana informasi
seperti ini memungkinkan dia untuk memberikan perlakuan sesuai dengan keadaan
madunya. Dari segi kecekapan dan kedudukannya.
Salah satu makna hikmah dalam berdakwah adalah menempatkan manusia sesuai
dengan kadar yang telah ditetapkan Allah. Ketika terjun ke sebuah komuniti atau
melakukan hubungan dengan seseorang madu. Dai yang baik harus mempelajari
terlebih dahulu keadaan komuniti atau peribadi yang bersangkutan dengan madunya.
Bila Masa Berbicara & Masa Diam
Seperti Pribahasa Diam itu emas dan berkata itu perak mungkin lebih mengena pada
pembicaraan kita kali ini, tanpa menelusuri darimana asal-usul pribahasa tersebut, yang
jelas makna dan arah yang dituju sejalan dengan tuntutunan agama. Sekian banyak
pertunjuk agama yang mendorong agar seseorang selalu menimbang-nimbang segala
apa yang akan diucapkannya, kerana ini peringatan Allah dalam Al-Quran :
Tidak

ada

sebarang

perkataan

yang

dilafazkannya

(atau

perbuatan

yang

dilakukannya) melainkan ada di sisiNya malaikat Pengawas Yang sentiasa sedia


(menerima dan menulisnya). (Al-Qaaf : 18)
Di dalam Sahih Tafsir Ibnu Katsir Jilid 8 telah mentafsirkan ayat di atas ini, seperti tidak
ada suatu kalimat pun yang dikatakan oleh manusia melainkan ada malaikat yang
selalu mengawasi dan mencatatnya. Tidak ada satu kalimat pun yang tertinggal dan
tidak ada satu gerakan pun yang tidak dicatat oleh malaikat.
Rasulullah SAW mengundang ahli-ahli keluarga baginda yang terdekat untuk makan
bersama-sama di rumah beliau. Yang hadir ada kira-kira 40 orang, di antaranya ialah
bapa saudara baginda, Abu Lahab. Setelah selesai makan, Rasulullah SAW bersiapsiap hendak menyampaikan risalahnya. Akan tetapi Abu Lahab lantas memotong
jalannya. Dia bangun lebih dahulu, lalu berkata dengan suara lantang dan penuh nafsu.

Rasulullah SAW tidak menjawab apa-apa. Orang yang meradang tidak ketentuan
seperti itu tidak perlu dijawab. Beliau diam, dan diam itulah jawapannya. Itulah jawapan
yang

tepat

terhadap

cara-cara

seperti

itu

dalam

suasana

yang

demikian.

Dipersilakannya para tetamu makan.


Mencari Persamaan Di Dalam Dakwah
Maksud mencari titik persamaan dalam konteks metodologi dakwah adalah usaha
dalam mencari titik tolak di mana dakwah menemui jalan masuk untuk diteruskan
secara sistematis terhadap madu yang menjadi sasaran dakwah. Hal ini dapat
diibaratkan seperti pintu gerbang dari sebuah rumah besar yang dengannya kita
mampu memasuki rumah. Memasuki pintu gerbang bererti titik awal untuk dapat masuk
ke rumah tersebut.
Manhaj ini juga telah dibuktikan oleh dakwah Wali Songo yang menggunakan kaedah
menyesuaikan dakwah Islam dengan budaya masyarakat tanah jawa ketika itu. Tidak
semua Wali Songo bersetuju bahawa Islam itu perlu disesuaikan dengan keadaan
setempat tanpa dihapuskan kepercayaan dan ikutan lama secara tuntas. Namun, itulah
usaha yang dilakukan oleh sesetengah Wali Songo, terutamanya Sunan Kalijaga.
Upacara persembahan dan pemujaan yang diwarisi daripada fahaman animisme dan
Hindu-Buddha tidak terus dihapuskan, akan tetapi telah diubahsuai. Maka adat-adat
persembahan dan jamuan kepada roh-roh diubah kepada kenduri tahlil yang dimakan
bersama. Adat membakar kemenyan dan bacaan mantera kepada roh-roh selepas mati
diubah kepada upacara tahlil dan doa, dengan nada yang panjang dan sedih.
Toleransi Tanpa Kehilangan Sibghah
Maksud toleransi di dalam bahasa Arab dikatakan ikhtimal, tasamuh menurut arti
bahasa adalah sama-sama berlaku baik, lemah lembut, saling memaafkan (toleransi).
Tasamuh dalam pengertian umum adalah suatu sikap akhlak terpuji dalam pergaulan di
mana rasa saling menghargai antara sesama manusia dalam batas-batas yang telah
digariskan Islam.

Toleransi perlu ada pada pekerjaan dakwah, kerana dakwah merupakan pekerjaan
untuk

mengajak

manusia

mengenali

Allah

dengan

penuh

keikhlasan

tanpa

mengharapkan apa-apa kepentingan selain dari Allah. Berdakwah bukan untuk mencari
kemenangan hujah, menidakkan pandangan orang lain, menghina atau mengherdik
kesalahan yang telah dilakukan oleh orang yang hendak didakwahinya. Ini juga
merupakan sebahagian dari dakwah bil-hikmah yang perlu diketahui oleh setiap
pendakwah.
Juru dakwah tidak boleh memandang remeh atau menganggap hina seseorang, kerana
haknya hanya menyeru dan mengajak. Namun kadang-kadang juru dakwah
terpengaruh dengan dorongan emosinya sehingga menyebabkannya merasa dirinya
lebih banyak berkhidmat terhadap Islam dan meremehkan orang lain.
Sibghah bererti warna celupan dan agama. Dalam hal ini, agama Islam sebagai dasar
dan tuntunan hidup, fungsi warna dan celupan tersebut mencemerlangkan barang yang
diberi celupan tersebut. Apabila dikaitkan ajaran itu kepada jiwa ia akan bersinar
memancar yang dalam realisasinya tampil dalam bentuk semangat, taat, peduli dan
toleransi.
Memilih Kata Yang Tepat
Terlihat hubungan yang erat antara hikmah dengan memilih kata yang tepat. Salah satu
sifat orang yang bijaksana (orang yang memiliki hikmah) adalah berfikir terlebih dahulu
sebelum

berkata. Kata-kata

yang

keluar dari

mulut

seorang

hakim

adalah

dipertimbangkan dahulu, sehingga benar dan sesuai dengan keadaan human oriented.
Pemilihan isi dakwah yang sesuai akan memberikan maklum balas yang baik daripada
sasaran. Manakala, pemilihan isi dakwah yang tidak tepat akan mencetuskan pelbagai
kontroversi dalam usaha dakwah yang dilakukan.
Para dai mestilah mengetahui ilmu-ilmu semasa selaras dengan perkembangan dalam
masyarakat. Kadangkala berlakunya kegagalan dalam dakwah, justeru pendakwah
tidak menjiwai peranannya dan menghalusi permasalahan yang berlaku dalam
masyarakat. Kebijaksanaan pendakwah menguasai masyarakat dalam erti kata
memahami situasi yang ada dalam masyarakat menyebabkan pendakwah tidak akan

berasa terasing dan terpinggir. Ilmu-ilmu semasa harus ditekankan oleh pendakwah
kerana minat para madu cenderung untuk memperkatakan perkara yang dianggap
panas atau benda yang baru, contohnya seperti teknologi maklumat. Jesteru itu,
pendakwah harus mempelajarinya demi untuk memperkemaskan pelaksanaan
dakwahnya.
Cara Berpisah
Setiap pertemuan itu ada pula perpisahannya. Sudah menjadi pasti para pendakwah
akan melalui situasi seperti ini, kerana sebelum memulakan pertemuan pendakwah
bersedia dengan berbagai bahan untuk disampaikan kepada madunya, tetapi apabila
habis sahaja usaha dakwah, majlis tersebut habis begitu sahaja tanpa ada apa-apa
penyudahan atau kesimpulan, saranan dan nasihat yang boleh menyebabkan
madunya mengingat kembali apa yang telah disampaikan oleh pendakwah.
Sementara itu dalam dakwah materi atau topik hikmah merupakan salah satu esensi
yang sangat berharga dalam medan kehidupan, berapa jauh seorang dapat menyelami
pengertian hikmah, maka sejauh itu pula jiwa manusia akan membuka reaksi dan
emosinya tergugah. Berapa banyak seorang dai yang memiliki pemikiran yang jernih
tetapi akhirnya terkandas secara sia-sia. Sehingga akhirnya ia tidak memiliki pemikiran
untuk disampaikan kepada para pendengarnya. Dan ini merupakan suatu polemik di
dalam dakwah Islam dalam konteks hikmah harus diakhiri dengan sesuatu yang dapat
menyentuh. Kerana jangan sampai dakwah yang telah dibangun dengan susah payah
akan kandas akibat akhir yang tidak menyenangkan.
Selain dari itu, dakwah yang disampaikan tidak membawa kesan apa-apa atau tdak
menarik minat orang yang didakwahnya, maka lebih elok majlis tersebut ditutupkan dan
memperbaiki segala kelemahan yang ada dan jalankan proses dakwah yang kedua
dengan lebih bersedia lagi agar dakwah itu berkesan kepada pendengarnya. Firman
Allah SWT di dalam surah Al-Kafirun 1-6 yang berbunyi :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!, Aku tidak akan menyembah
apa Yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu
beribadat seperti Aku beribadat.Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

Di dalam Shahih Tafsir Ibnu Katsir jilid 9 menjelaskan Rasulullah SAW berlepas diri dari
segala apa yang mereka perbuat. Kerana penyembahan itu harus mempunyai
sesembahan yang ia sembah dan melakukan ibadah yang dia tempuh kepadanya.
Rasulullah saw dan para pengikutnya menyembah Allah dengan apa yang Dia
syariatkan. Dan itulah makna kalimat Islam, iaitu tiada sembahan
yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, dan tidak ada jalan yang harus
ditempuh untuk sampai kepadaNya kecuali melalui ajaran yang dibawa Rasulullah saw.
Uswatun Hasanah
Dakwah dengan Uswatun Hasanah adalah dakwah dengan memberikan contoh yang
baik melalui perbuatan nyata yang sesuai dengan etika dakwah. Bahkan, Uswatun
Hasanah adalah salah satu kunci sukses dakwah Rasulullah, salah satu bukti adalah
bahawa pertama kali tiba di Madinah, yang dilakukan oleh Rasulullah adalah
membangunkan masjid Quba, mempersatukan kaum Ansar dan Muhajirin dalam ikatan
ukhwah Islamiah.
Dakwah Bi-Lisan Al-Hal
Dakwah berasal dari kata daa, yaduu, dakwatan yang bermaksud memanggil,
menyeru. Kata lisan bererti bahasa sedangkan kata Al-Haal pula bermaksud hal atau
keadaan. Lisan Al-Haal mempunyai erti yang menunjukkan realiti sebenar.
Dakwah bi-Lisan Al-Haal merupakan sebuah metode dakwah, iaitu metode dakwah
dengan menggunakan kerja nyata. Sebagai sebuah metode, dakwah dengan lisan AlHaal juga terikat pada prinsip-prinsip penggunaan metode seperti :
1.

Hikmah

2.

Mauidzah Hasanah.

3.

Mujadalah

Dakwah bi-Lisan Al-Haal mempunyai beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti :


1.

Tujuan dengan pelbagai jenis dan fungsinya.

2.

Sasaran dakwah (masyarakat atau individu dari pelbagai segi.

3.

Situasi dan kondisi yang beraneka ragam.

4.

Media atau fasiliti yang tersedia dengan pelbagai macam kualiti dan kuantiti.

5.

Keperibadian dan kemampuan dai.

Mauidzah Al-Hasanah
Perkataan mauizah al-hasanah membawa maksud sebagai jalan untuk menyampaikan
dakwah dan uslub berdakwah bertujuan untuk mendekati bukan menjauhkan,
memudahkan bukan menyusahkan, mengasihi dan bukan menakutkan. Menurut Imam
al-Ghazali, mauizah al-hasanah adalah beberapa pengajaran dan nasihat yang
berdasarkan kepada apa yang terkandung dalam al-Quran dan aspek perkhabaran
yang mengembirakan dan ancaman yang menakutkan kemudian disertai dengan
kesabaran dan keikhlasan dalam nasihat yang diberikan.
Jenis-jenis dakwah mauizah al-hasanah mengikut pendapat Munzier Suparta dan
Harjani Hefni (2003) telah membahagikan dakwah mauizah al-hasanah kepada :
Nasihat
Dalam berdakwah mengajak manusia kepada akidah yang benar dan melarang mereka
mengikuti akidah yang rosak, seorang aktiviti dakwah sebaiknya lebih banyak
menggunakan metode memberi nasihat yang baik daripada metode berbantah, metode
menyanyangi dan berbelas kasih daripada metode mengingkari dan mencela. Dia
memilih metode yang disukai dan ucapan-ucapan yang beradab.
Tabsyir Wa Tandzir
Tabsyir dalam istilah dakwah adalah penyampaian dakwah yang berisi kadar-kadar
yang mengembirakan bagi orang-orang yang mengikuti dakwah. Terminologi tabsyir
dalam konteks dakwah adalah informasi, berita yang baik dan indah sehingga boleh
membuat orang gembira untuk menguatkan keimanan sekaligus sebagai sebuah
harapan dan menjadi motivasi dalam beribadah serta beramal soleh.
Tandzir menurut istilah dakwah adalah penyampaian dakwah di mana isinya berupa
peringatan terhadap manusia tentang adanya kehidupan akhirat dengan segala

konsekuensinya. Menurut penulis, tandzir adalah ungkapan yang mengandung unsur


peringatan kepada orang yang tidak beriman atau kepada orang yang melakukan
perbuatan dosa atau hanya untuk tindakan preventif agar tidak terjerumus pada
perbuatan dosa dengan bentuk ancaman berupa seksaan di hari kiamat.
Wasiat
What The Esence Of Wasiat? Inilah pertanyaan yang harus dijawab dalam membedah
apa sebenarnya inti pokok wasiat dalam dakwah? Perlu diingat kembali berawal dari
definisi wasiat pada huraian sebelumnya, bentuk-bentuk wasiat dalam Al-Quran, AlHadis dan dari ulama salaf dapat disimpulkan bahawa kata wasiat mempunyai
terminologi yang universal. Wasiat adalah kata yang padat makna. Ini kerana wasiat
adalah sarana untuk mencapai tujuan dakwah. Bila dikaitkan dengan kebenaran, wasiat
adalah profil paling cemerlang untuk tegak menjaga kebenaran dan kebaikan. Bila
dikaitkan dengan kesabaran, wasiat mampu mengerakkan potensi umat untuk semakin
kuat dan tegar dalam kebenaran, dalam mencapai tujuan kesatuan perjalanan solidariti
umat dalam semangat pantang menyerah. Bila dikatakan dengan kasih sayang wasiat
adalah upaya menyebarluaskan perasaan kasih sayang dan saling mencintai sesama
umat sehingga banggunan umat solid. Maka esensi wasiat dalam dakwah adalah :
Ucapan seseorang dai berupa pesan penting dalam upaya mengarahkan (taujid) madu
tentang sesuatu yang bermanfaat dan bermuatan kebaikan. Dan persoalan-persoalan
yang disampaikan dalam wasiat berkaitan dengan sesuatu yang belum dan akan
terjadi.
Kisah
Bercerita tentang kisah-kisah yang mengandung hikmah sangat efektif untuk menarik
perhatian para madu yang dapat membuat imaginasi yang atas peristiwa-peristiwa
masa lampau mahupun yang akan datang, bahkan hal ini adalah merupakan pola yang
terbaik untuk dilakukan para dai dan akan dengan mudah merasuk ke dalam jiwa para
komunikan khusus pada anak-anak. Kerana dengan mendengar cerita seperti ini telah
dicontohkan kepada Rasulullah SAW sejak dahulu, di mana ketika beliau berdakwah,
beliau seringkali bercerita tentang kisah kaum-kaum terdahulu agar dapat diambil
hikmah dari pelajarannya.

Al-Mujadalah
Metode mujadalah dengan sebaik-baiknya menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ikhya
Ulumuddin menegaskan agar orang-orang yang melakukan tukar fikiran itu tidak
beranggapan bahawa yang satu sebagai lawan bagi yang lainnya, tetapi mereka harus
menganggap bahawa para peserta mujadalah atau diskusi itu sebagai kawan yang
saling tolong-menolong dalam mencapai kebenaran. Demikianlah antara lain pendapat
sebahagian Mufassirin tentang tiga prinsip metode tersebut. Selain metode tersebut
Nabi Muhammad Saw bersabda :
Siapa di antara kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tangannya, jika tidak
mampu, ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya, dan
yang terakhir inilah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)
Al-Hiwar
Syariat Islam bersumber dari dasar-dasar yang mulia, dimuatkan dengan moraliti yang
tinggi dan sarat dengan petunjuk luhur yang mengatur perselisihan, dialog dan
perdebatan yang terjadi di antara manusia. Syariat Islam berputar pada siklus logik
yang benar, pemikiran yang

Anda mungkin juga menyukai