Anda di halaman 1dari 5

BAB 5 KESIMPULAN, SARANAN DAN PENUTUP 5.

1 KESIMPULAN Setelah mengkaji dan membuat penelitian yang mendalam, penulis dapat merumuskan bahawa sememangnya Ilmu Qiraat bukan sahaja penting bagi mereka yang mempelajari dan mengahafal Al-Quran malah ia penting untuk semua lapisan masyarakat. Melalui Qiraat masyarakat akan dapat memperbaiki bacaan, waqaf, ibtida dan mengetahui keindahan Al-Quran yang mempunyai pelbagai makna yang berlainan. Hasil dari kajian ini juga menunjukkan bahawa kekhilafan yang berlaku dalam sesuatu bacaan antara kalangan Qurra secara tidak langsung boleh menimbulkan jurang perbezaan dalam pengistinbatan sesuatu hukum di dalam mana-mana ayat AlQuran. Walaubagaimanapun, perbezaan yang dimaksudkan ini tidaklah sampai membawa kepada pertindihan hukum sedia ada bahkan ia menambahkan lagi kemukjizatan Al-Quran itu sendiri sebagai wahyu Ilahi yang diturunkan untuk umat akhir zaman ini. Kesemua rawi daripada Qiraat tujuh ataupun Qiraat sepuluh mempunyai bacaan yang berlainan di antara mereka walaupun Qiraat tersebut diambil dari imam yang sama. Ianya berlaku kerana besar kemungkinan imam-imam tersebut mempunyai ramai guru dan mereka mengajar Qiraat kepada murid-muridnya mengikut sanad yang berlainan. Dalam permasalahan ini, perkara yang sama berlaku kepada Rawi Qalun dan juga Rawi Warsy, kerana jika dilihat pada manhaj kedua-dua rawi bagi kedua-dua imam tersebut terdapat beberapa perbezaan di antara satu dengan yang lain.

Kajian ini juga menunjukkan kepada kita bahawa, para perawi daripada imam-imam Qiraat tidak semestinya mengambil bacaan secara terus kepada imam mereka. Terdapat juga perawi yang mengambil bacaan secara tidak langsung iaitu melalui perantaraan dengan orang lain. Sebagai kesimpulannya, Ilmu Qiraat ini adalah satu cabang ilmu yang cukup luas dan besar kesannya terhadap percambahan koleksi ilmu-ilmu Islam dan ia seharusnya dipelopori secara lebih mendalam menerusi kajian-kajian ilmiah yang lain dalam menyaingi globalisasi dunia ilmuan masa kini. Sesungguhnya Ilmu Qiraat ini adalah salah suatu ilmu yang terpenting yang harus diketahui, dan diambil perhatian, dan bukannya dilabelkan sebagai ilmu sampingan yang tidak penting pada zaman ini.

5.2 SARANAN Hasil kajian yang dilakukan, penulis mengesyorkan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk memperluaskan perkembangan ilmu Qiraat kepada masyarakat. Cadangan-cadangan tersebut ialah: 5.2.1. KERAJAAN y Kementerian Pelajaran disarankan supaya Mewujudkan pembelajaran dan pengajaran Ilmu Qiraat dalam silibus pengajian peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. y Pihak kerajaan perlu mewujudkan tempat yang khusus untuk mendalami bidang yang berkaitan Al-Quran dan Qiraat seperti mewujudkan satu kompleks institut pengajian yang khusus bagi bidang ini.

5.2.2. INTITUSI TAHFIZ DAN QIRAAT y Menyediakan alat-alat bantuan yang mencukupi di setiap bilik kuliah seperti komputer, LCD dan lain-lainnya sebagai alat tambahan bagi memudahkan lagi sesi pembelajaran yang rata-ratanya mudah menarik minat pelajar. y Pihak pentadbiran hendaklah mengadakan latihan khusus secara berkala kepada para pensyarah bagi memantapkan lagi pengajaran. Hal ini kerana usaha ini dapat melahirkan tenaga pengajar yang mahir dan memastikan tahap keberkesanan penerimaan pelajar terhadap pembelajarannya.

5.2.3. PENSYARAH QIRAAT y Para pensyarah haruslah memperhebatkan budaya cintakan Al-Quran dengan cara memperkenalkan, menyebarkan dan mengembangkan pembelajaran dan pengajaran Ilmu Qiraat secara umumnya dan Qiraat mutawatirah secara khususnya kepada seluruh masyarakat lain. Hal ini kerana masyarakat yang cerdik Al-Quran adalah mereka yang menguasai segala perkara-perkara yang berkait dengan ini Ilmu al-Quran secara menyeluruh. y Para pakar Ilmu Qiraat seharusnya melipat gandakan usaha mereka untuk menghasilkan sebanyak mungkin tulisan-tulisan dan karya didalam bidang Qiraat khususnya. Bagi meneruskan kesinambungan dan kecemerlangan ilmu al-quran seperti mana yang telah berlaku kepada generasi terdahulu, seharusnya usaha sebegini disambut baik oleh para ilmuwan, hal ini kerana jika dibandingkan dengan bangsa lain kita boleh dikatakan masih lagi

ketinggalan dari segi rujukan-rujukan ilmu yang seharusnya dipandang serius oleh kita. y Para pensyarah digalakkkan mempelbagaikan teknik dalam pembelajaran dengan mengadakan aktiviti di dalam kelas seperti kuiz tentang apa yang dipelajari disamping dapat menilai tahap kefahaman pelajar. y Para pensyarah juga digalakkkan memperkenalkan bahan-bahan rujukan tambahan yang boleh membantu pelajar dalam menguasai bidang ilmu yang dipelajari.

5.2.4. PELAJAR QIRAAT y Para pelajar terutamanya pelajar peringkat Diploma, Ijazah, MA dan PhD seharusnya mengambil inisiatif untuk menulis dan memperbanyakkan tesistesis yang berkait dengan Ilmu Qiraat dari semua sudut di samping bidangbidang lain yang telah sedia ada.

5.2.5. MEDIA MASSA y Menggunakan media massa dan teknologi maklumat sebagai salah satu cara untuk menyebarkan Ilmu Qiraat. Sebagai contoh mewujudkan rancangan televisyen yang berkaitan pengajaran Ilmu Qiraat.

5.3 PENUTUP

Ilmu Qiraat ini tidak mungkin kita dalami dalam masa yang singkat. Bacaan Qiraat ini mestilah dipelajari daripada guru yang mahir mengenainya secara Talaqqi dan Musyafahah bagi mengelakkan kesalahan di dalam membacanya. Hanya pembalajaran yang tekun dan berterusan sahaja memungkinkan kita menguasainya. Ilmu Qiraat tidak cukup kita mengenalinya dan mempelajarinya secara teori sematamata, bahkan kita perlu ada latihan praktikal yang intensif bagi memastikan ketepatan dan keberkesanannya. Walau bagaimanapun penulis berharapkan semoga kajian ini dapat membantu pembaca mengenali Al-Quran dan al-Qiraat. Semoga dengan ini menjadi titik tolak kepada para pembaca untuk lebih mendekati dan mendalami ilmu yang sangat penting ini. Diharapkan dengan terhasilnya latihan ilmiah ini akan diberkati oleh Allah S.W.T dan dapat dimanfaati oleh segenap lapisan masyarakat yang mencintai Ilmu Qiraat.

Anda mungkin juga menyukai