Anda di halaman 1dari 8

PENGERUSI AHLI PANEL 1 AHLI PANEL 2 AHLI PANEL 3 SEMUA PENGERUSI

Forum Remaja Jendela Kematangan Minda Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani Forum Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri Forum Remaja Membentuk Modal Insan Forum Remaja KUNCI REVOLUSI MASYARAKAT BERVISI Bismillahhirahmannirrahim..Alhamdulillahi robbilalamin, wassolatu wassalaamualaa asyrofil anbiyai wal mursaliin..waala alihi wa sohbihi ajmaiin.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih sayang dan Salam 1 Malaysia Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu lagi dalam arena Forum Remaja bersama saya ______________________ pada pagi/petang yang berbahgia ini. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Kita sedia maklum, dewasa ini, krisis subprima membabitkan kenaikan harga bahan bakar dan kredit sebelum ini menjejaskan banyak industri sehingga menyebabkan syarikat gergasi gulung tikar, termasuk terpaksa meminta ehsan tabung kewangan untuk terus bertahan. Hal ini bukan sahaja membabitkan syarikat koprat namun turut berlaku dalam kalangan individu khususnya kalangan anak muda di Malaysia. Sebagai persediaan untuk berhadapan dengan krisis berkenaan, pengurusan kewangan secara berhemah adalah langkah terbaik bagi memastikan aliran kewangan individu sentiasa seimbang. Lantaran itu, tajuk Celik Kewangan telah dipilih untuk kita selami bersama-sama kepentingan dan tindakan yang perlu dilakukan agar masyarakat terutamanya golongan muda mempunyai kesedaran tentang pengurusan wang malahan memperoleh ilmu dalam menguruskan wang. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, moleklah kiranya kita berkenalan terlebih dahulu dengan ahli panel kita yang tampan, manis dan bijaksana ini. Baiklah, ahli panel yang berada di sebelah kanan saya, saudara/saudari ______________________________________________________________ __________ yang merupakan _______________________________________. Apa khabar

saudara/saudari? AHLI PANEL Alhamdulillah, sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi sihat?
1 PENGERUSI

Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari ___________________________________________, ___________________________. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu namun bijak berkatakata, saudara/saudari ___________________________________, menjawat jawatan ___________________________________. Selamat datang juga buat saudara/saudari.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama. Apakah sebenarnya konsep kewangan? AHLI PANEL Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya 1 membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dikasihi sekalian. Turun ke ladang memetik kacang, Hendak dibuat masak lemak, Segala urusan jika terancang, Sikap membazir pasti terelak. Mari kita bersama-sama mengimbas kembali sejarah penggunaan mata wang dalam urusan jual beli. Pada zaman dahulu kala, seseorang itu dapat menukar batu-batu yang cantik dan berseni seperti nilam dan zamrud dengan barangbarang yang diperlukan. Selepas itu, muncul pula zaman apabila manusia menggunakan cengkerang-cengkerang siput sebagai medium pertukaran. Akhirnya, zaman yang lebih maju melahirkan mata wang yang diterima umum dalam bentuk logam seperti wang syiling dan juga wang kertas sebagaimana yang ada pada hari ini. Melangkah setapak ke hadapan, manusia mula menggunakan kad-kad pintar sebagai pengganti kepada wang yang lebih bersifat fizikal. Bertitik tolak daripada evolusi inilah , telah lahir beberapa cabang ilmu sains sosial yang sangat berguna dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini seperti ilmu perakaunan, ekonomi, dan khususnya kewangan. Hari ini kita akan fokus pada ilmu kewangan. Ringkasnya, kewangan adalah merupakan suatu seni dan sains mengurus wang. Setiap organisasi, sama ada pihak kerajaan mahupun firma swasta memerlukan wang untuk beroperasi. Setiap manusia yang normal memerlukan wang bagi meneruskan kehidupan

mereka dengan lebih selesa. Sedarkah para hadirin sekalian bahawa wang ini perlu diurus secara bijaksana agar tidak menjadi seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Maksudnya di sini ialah, kita memerlukan wang untuk memenuhi segala keperluan dan keinginan untuk hidup lebih selesa, namun, sekiranya wang itu tidak diuruskan dengan sistematik, seseorang itu boleh terjebak dalam kancah hutang dan lebih gerun jika diisytiharkan muflis. Kembali kepada Pengerusi. Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu tidak dapat menguruskan wangnya dengan bijaksana, seseorang boleh terjebak dalam masalah hutang atau muflis. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel yang kedua, apakah benar jika seseorang itu tidak mengurus wangnya dengan berhemat dan bijaksana mereka akan terjebak dengan hutang atau muflis ini? AHLI PANEL Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput 2 saya untuk berbicara dalam majlis forum ini.
PENGERUSI

Sidang pendengar sekalian, suka saya mulakan bicara saya dengan peribahasa besar pasak daripada tiang. Maksudnya, besar belanja daripada pendapatan. Inilah yang menjadi punca utama anak muda pascamerdeka bergelumang dengan hutang keliling pinggang. Anak muda kini juga tidak mengamalkan budaya bersusah-susah dahulu, bersenangsenang kemudian. Cuba kita sama-sama menilai situasi seorang eksekutif muda yang baru memulakan pekerjaannya: Gaji RM 2000 sebulan, namun perbelanjaan bulanannya; Sewa rumah/bilik RM200 (berkongsi rumah dengan rakan) Ansuran kereta RM300 (bergantung jenis kereta, kalau mahal maka tinggi ansuran bulanannya) Duit minyak dan tol RM450 (anggaran perjalanan pergi dan balik kerja, tidak termasuk perjalanan lain) Makan dan minum RM500 Sosial dan riadah RM300 (bersama rakan dan hal peribadi) Bayaran bil RM200 (api, air, telefon, bil pelbagai) Bayar kredit barang RM300 (hutang set hi-fi, TV, peti sejuk, dapur masak dan pelbagai barang elektrik) Barang peribadi RM200 (tambah kad prabayar, barang

kesihatan dan kecantikan, pakaian, kasut, aksesori diri bagi wanita, aksesori kereta dan tukar telefon bimbit) Hal kecemasan RM100 (sakit, beri pinjam kawan, kereta rosak) Simpanan RM100 (kerana memikirkan hendak kahwin, insuran kereta dan tunai haji) Ini tidak termasuk dengan perintah bayar daripada pinjaman pelajaran mereka di universiti yang sering eksekutif muda ini sengaja buat lupa tetapi tidak pernah lupa untuk bayar perbelanjaan berkaitan urusan peribadi mereka. Pendapatan RM2,000 sebulan dan perbelanjaan seperti di atas RM2,750. Bermakna eksekutif muda itu berhutang RM750 sebulan. Bayangkan bagaimana jika mereka bergaji RM1,000 hingga RM1,500 sebulan? Sudah tentu hutangnya lebih banyak. Daripada contoh di atas, kita lihat tiada langsung baki gaji bulanan eksekutif itu, malah menunjukkan ketidakcukupan gaji setiap bulan iaitu RM750. Ini andaian bagi gaya hidup eksekutif yang paling minimum dengan kos hidup semasa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa jika seseorag itu tidak mengurus perbelanjaannya maka dia akan terjerat dengan krisis kewangan. Lebih membimbangkan lagi cik pengerusi mereka ini diisyhtiharkan muflis.
PENGERUSI

Sungguh pahit buah peria, Dimakan juga dibuat sayuran, Membesar belanja sikap sesia, Hanya menambah beban kewangan. Akibat tidak mempunyai kesedaran menguruskan wang, maka seseorang itu mudah untuk berbelanja melebihi pendapatannya. Bagaimana pula pandangan ahli panel ketiga. Dipersilakan.

AHLI PANEL Terima kasih Cik Pengerusi. Para hadirin sekalian, 3 dikesempatan ini saya ingin mengutarakan rasa terkilan

apabilla ibu bapa sentiasa berdoa agar anak mereka mampu memberi wang untuk membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga. Sungguh menyedihkan, apabila anak yang diharapkan membantu keluarga selepas bekerja, meminta wang daripada ibu bapa dengan alasan kos hidup tinggi dan baki gaji bulanan tidak cukup. Ada juga memikirkan alternatif mendapatkan wang tanpa perlu

meminjam duit ibu bapa atau rakan kerana malu akan dicap muka subsidi lantas menjadikan kad kredit sebagai abang long mereka. Penasihat Khas kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Dr. pernah mendedahkan nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia dengan kadar 140 peratus. Saya ulang, 140 peratus. Kata beliau lagi, kadar ini jauh mengatasi Singapura dengan 105%, Amerika Syarikat 123.3%, Korea 101%, Thailand 52.7%. Apakah punca keadaan ini berlaku? Hal ini berpunca daripada kadar pinjaman yang diambil bagi setiap isi rumah penduduk negara ini 1.4 kali lebih tinggi berbanding pendapatan mereka. Maka tidak hairanlah pendapatan boleh guna rakyat di negara ini semakin mengecil.Saya kembalikan majlis kepada cik pengerusi. Ini merupakan perkara yang amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh banyak pihak. Sebelum kita bergegas mencari jalan penyelesaiannya. Apa kata kita melihat terlebih dahulu, apakah implikasi masalah kewangan kepada individu di negara ini. Saya persilakan ahli panel kedua untuk menjawab permasalahan ini. AHLI PANEL Terima kasih kepada saudari pengerusi yang sentiasa aktif 1 menanyakan persoalan intelek. Untuk menjawab persoalan ini, umum sedia maklum, kini terdapat peningkatan kes-kes jenayah seperti ragut, rompakan dan sebagainya. Terdapat laporan yang menyatakan peningkatan kes jenayah bukan sahaja berpunca daripada penagihan dadah malahan turut disebabkan oleh tiada pekerjaan kerana dibuang kerja akibat tekanan keadaan ekonomi yang buruk. Akhirnya terbeban dengan hutang. Bebanan hutang keliling pinggang menjadi punca seseorang itu mengalami tekanan hidup. Ironisnya, ada yang bertindak mengikut emosi sehingga membunuh diri. Hal ini demikian kerana ada yang beranggapan bahawa biar putih tulang, jangan putih mata. Lebih baik mati daripada menanggung malu kerana tidak mampu melunaskan pinjaman.
PENGERUSI

Di samping itu, akhbar Berita Harian bertarikh 24 Julai 2010 menyiarkan artikel bertajuk Muflis Muda yang memberikan satu gambaran yang cukup menakutkan. Dalam tempoh antara tahun 2005 hinggan Mei 2010, sebanyak 80,000 kes muflis direkodkan. Ini bermakna 41 orang bankrap setiap hari, yang antara sebabnya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang

tertunggak, selain pinjaman peribadi. Akhir bicara daripada saya masalah kewangan sememangnya memberi impak maksima kepada kehidupan dan masa hadapan kita. Begitu hebat wacana yang dilontarkan oleh panel kita sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh sebenarnya pengurusan kewangan sangat penting dalam dunia yang semakin kompleks ini. Saya percaya warga dewan masih tertanya-tanya adakah semua genap lapisan masyarakat perlu mahir menguruskan kewangan?Saya ingin meminta panel pertama memberi sedikit makluman berkenaan perkara ini. AHLI PANEL Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah 2 berbicara. Dengar sahaja perkataan perancangan kewangan atau pengurusan kewangan, ramai yang tidak berminat dan tidak mengambil perhatian kerana perkataan itu tidak pernah wujud dalam benak fikiran mereka sejak menerima gaji yang pertama. Ramai juga beranggapan, perancangan kewangan adalah untuk mereka yang kaya raya dan mempunyai lebih duit setiap bulan daripada gaji mereka.
PENGERUSI

Persepsi ini salah kerana setiap individu, baik kaya atau miskin, wajib merancang kewangan mereka agar tidak terjerus dalam lembah hutang tak berbayar, kaya tetapi belum dapat harta dan kais sebulan makan seminggu. Mereka yang bergaji RM2,000, rancang wang mereka berdasarkan RM2,000. Orang yang bergaji RM7,000, rancang wang mereka berdasarkan RM7,000. Rancang kewangan sebenarnya melibatkan masa depan. Hal ini disebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, yang baik atau buruk, yang perlukan wang masuk atau sebaliknya. Urus wang dengan sempurna membolehkan anda berpijak di dunia yang nyata, tidak berada di awangan, seterusnya tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.Begitulah pandangan saya saudari pengerusi cik Ain berkaitan dengan sememangnya pengurusan kewangan ini penting bagi segenap lapisan masyarakat. PENGERUSI Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Saya dengan ini mempersilakan panel pertama kita untuk berkongsi pandangan beliau. Dipersilakan. AHLI PANEL Masak meranum buah arca,

Jatuh sebiji di atas papan, Jika berjimat setiap perkara, Pasti terjamin masa hadapan. Cik Pengerusi dan sidang dewan yang dikasihi sekalian, pantun ini jelas menunjukkan bahawa orang yang suka berjimat cermat pasti masa hadapannya akan terjamin. Maka saya ingin menegaskan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik anak-anak agar celik kewangan. Dalam era pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda ini, mungkin ada anak-anak yang tidak menganggap mendapatkan duit itu suatu perkara yang sukar. Semuanya mereka anggap mudah, hal ini kerana bagi mereka, hanya dengan memetik jari sahaja semuanya telah tersedia di depan mata. Antara pengajaran penting dalam mendidik anak mengenai pendidikan kewangan ialah mereka perlu mengetahui bahawa mereka perlu mempunyai disiplin dalam berbelanja dan menguruskan wang sama ada dalam konteks menyimpan wang dalam akaun simpanan mahupun sekadar dalam tabung di rumah. Malahan ibu bapa boleh mendidik anak-anak menjadi seorang yang dermawan. Hal ini boleh dipupuk melalui menghulurkan bantuan kepada rakan atau orang yang susah sekiranya mempunyai wang yang lebih. Dengan menggalakkan sifat suka menderma ini, Insya Allah mereka akan membesar sebagai individu yang mempunyai sifat terpuji. Bak kata pepatah Melayu, bagaimana acuannya, begitulah kuihnya. Akhir kalam daripada saya, anak-anak umpama kain putih yang perlu dicorak oleh ibu bapa. Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kerana sudi meluangkan masa hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang diperbincangkan menjadi sumber inspirasi dan menjadi suatu suntikan untuk mengubah tradisi negatif. Nampaknya masa sangat mencemburui kita, sebelum berakhir, marilah kira renungkan bersama-sama wasiat Rasulullah s.a.w kepada para sahabat Baginda agar mengurangkan hutang. Sabdanya: Maksudnya, kurangkanlah diri daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati.

PENGERUSI

Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas. Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok nitu datangnya daripada kekhilafan kami sendiri. Wallahualam. Saya akhiri forum remaja kita pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq walhidayah Assalamualaikum...

Anda mungkin juga menyukai