Anda di halaman 1dari 11

Kepentingan bengkel/motivasi/seminar upsr

Pengenalan
o Menjelang UPSR 2015 pada 8 September ini, pihak sekolah akan
mengadakan seminar, bengkel dan motovasi untuk para pelajar yang
bakal menduduki UPSR. Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah
akan menjemput para penceramah dari luar untuk memberi motivasi
kepada para pelajar. Pelajar dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan
daripada motivasi ini.

Membaiki kelemahan diri


o Penceramah akan memberikan tip-tip/kaedah-kaedah untuk menjawab
soalan peperiksaan dengan kaedah yang tepat yang menepati
kehendak soalan.
o Para pelajar juga dapat membaiki kelemahan diri lalu
bertanggungjawab dalam subjek-subjek yang mereka lemah.
o Malah, para pelajar turut dapat meningkatkan ilmu pengetahuan

Meningkatkan keyakinan diri


o Penceramah akan mendedahkan cara mengawal diri dan
menenangkan diri untuk menghadapi soalan-soalan yang
sukar/mencabar.
o Penceramah juga akan memberikan kata-kata semangat kepada para
pelajar untuk membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan.

Meluangkan masa lapang


o Masa lapang dapat dimanfaatkan dengan perkara-perkara yang
berfaedah
o Para pelajar juga dapat mengelakkan diri terlibat daripada gejala sosial
seperti melepak dan merempit.
o Masa mereka juga tidak dibazirkan sia-sia kerana masa itu emas.

Penutup
o Kesimpulannya, pihak sekolah harus mewajibkan semua pelajar yang
bakal menduduki UPSR untuk menyertai program ini.
o Para pelajar diharapkan bersedia menghadapi peperiksaan dalam
keadaan yang tenang.

Langkah untuk memupuk semangat kejiranan


Pengenalan
o Setiap kaum haruslah mengamalkan semangat kejiranan terutamanya di
kawasan yang mempunyai pelbagai kaum.
o Melalui semangat kejiranan, setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam
suasana yang harmoni demi mewujudkan perpaduan kaum.
o Oleh itu, terdapat beberapa langkah untuk mewujudkan semangat kejiranan.

Mengadakan gotong-royong

o
o
o

Setiap kawasan perumahan hendalah mengadakan aktiviti gotong-royong


yang akan melibatkan para penduduk setempat.
Dengan ini, para penduduk akan bekerjasama dengan membantu jiran dalam
melakukan kerja amal bak kata pepatah berat dapat dipikul, ringan sama
dijinjing.
Melalui kerjasama penduduk, kita bukan sahaja dapat membersihkan kawasan
malah dapat memupuk semangat kejiranan.

Mengadakan rumah terbuka


o Menjelang sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, setiap orang boleh
mengadakan rumah terbuka dengan menyediakan pelbagai jamuan.
o Mereka akan menjemput jiran-jiran ke rumah mereka untuk meikmati juadah
disediakan.
o Mereka boleh bergaul mesra sesame jiran sambil merayakan hari perayaan
sekali gus memupuk semangat kejiranan.

Aktiviti kemasyarakatan seperti mengadakan hari sukaneka


o Setiap penduduk hendaklah mengadakan aktiviti sukaneka yang akan
melibatkan semua penduduk tanpa mengira perbezaan kaum.
o Dengan mengadakan acara sukan, setiap penduduk dapat bertanding secara
sihat lalu melahirkan nilai bekerjasama untuk memenangi sesuatu acara.
o Kerjasama antara pasukan dapat menyemai semangat kejiranan.

Menghidupkan Rukun Tetangga


o Rukun Tetangga berfungsi sebagai kuasa yang menjaga keselamatan
penduduk setempat.
o Di samping itu, dapat menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan dengan
kemajuan sesuatu kaum.
o Semua penduduk harus melibatkan diri secara aktif untuk memastikan rukun
tetangga berfungsi secara berterusan.
o Melalui Rukun Tetangga, para penduduk akan dapat berinteraksi sesama
mereka bagi menjaga keamanan setempat sekali gus dapat menanamkan
semangat kejiranan.

Kebaikan telefon bimbit

Pengenalan
o Telefon bimbit merupakan alat komunikasi yang direka dalam pelbagai
bentuk dan rupa
o Telefon bimbit kini semakin popular dalam semua peringkat umur
memandangkan harganya yang mampu dimiliki semua.
o Oleh itu, telefon bimbit memberikan kebaikan kepada penggunanya.

Memudahkan komunikasi
o Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas
pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat
berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada.
o Pada masa dahulu manusia hanya dapat berhubung melalui surat yang
mana memakan masa beberapa hari untuk sampai.
o Telefon rumah hanya untuk mereka yang berada dan telefon awam
boleh digunakan tapi terhad di sesetengah tempat sahaja.

Teknologi telah berkembang, manusia tidak kira masa dan di mana


mereka berada boleh berkomunikasi hanya dengan menggunakan
telefon bimbit.
Bukan sahaja dengan membuat panggilan tetapi juga boleh
berkomunikasi dengan menggunakan Gtalk, Yahoo Messenger, Skype
dan sebagainya.

Merapatkan hubungan silaturahim


o Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di
mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui
dengan pantas.
o Ianya hanya dengan melayari internet ataupun menggunakan applikasi
seperti twitter.
o Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya dengan
membuat panggilan

Sebagai hiburan
o Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana
ianya telah dilengkapi dengan fungsi untuk mendengar muzik, video,
kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar dengan
kawan-kawan dan juga permainan.
o Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja untuk
memiliki telefon bimbit.
o Penggunaan telefon bimbit akan mengurangkan tekanan para remaja.

Urusan perniagaan
o Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan
telefon bimbit untuk menjalankan perniagaan mereka.
o Para peniaga tidak perlu sewa premis untuk menjalankan perniagaan
lalu menjimatkan modal perniagaan.
o Perniagaan juga dapat menembusi pasaran dunia.

Kebaikan mempunyai ramai kawan

Pengenalan
o Kawan merupakan seseorang yanag amat penting dalam hidup kita
khususnya pelajar.
o Bagi seorang pelajar, mereka lebih banyak meluangkan masa mereka
bersama-sama dengan kawan mereka berbanding keluarga mereka
sendiri.
o Kita haruslah bijak dalam berkawan agar nilai positif dalam berkawan
dapat dijadikan teladan dalam hidup kita.

Belajar bersama-sama
o Pelajar akan bersama dari sudut pembelajaran secara berkumpulan.
o Kita akan memperoleh faedah berkaitan pandangan kawan-kawan kita
terhadap subjek yang dibincangkan.
o Secara tidak langsung, nilai bekerjasama dapat dilahirkan dalam diri
para pelajar.

Mengurangkan tekanan
o Sebagai pelajar khususnya sudah pasti mempunyai banyak masalah
dari pelbagai aspek.
o Kawan ialah orang yang sesuai untuk kita berkongsi masalah.
o Contohnya, kawan akan membantu apabila menghadapi masalah
kewangan sewaktu terlupa membawa wang saku.
o Kawan akan berkongsi bekalan makanan mereka bersama kita.

Meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar


o Perpaduan bermula dari bangku sekolah
o Menyemaikan sikap toleransi dalam diri

Contoh Karangan Ramalan UPSR 2015 (Kepentingan Mempunyai Ramai Kawan)


Pada zaman sekarang, kawan merupakan seseorang yang amat penting dalam
hidup kita khususnya pelajar. Malahan, bagi seorang pelajar, mereka lebih banyak
meluangkan masa mereka bersama-sama dengan kawan mereka berbanding

keluarga mereka sendiri. Oleh itu, kita haruslah bijak dalam berkawan agar nilai
positif dalam berkawan dapat dijadikan teladan dalam hidup kita.
Seterusnya, pelajar akan duduk bersama-sama dari segi sudut pembelajaran secara
berkumpulan. Kita akan memperoleh faedah berkaitan pandangan kawan-kawan
kita terhadap subjek yang dibincangkan. Secara tidak langsung, nilai bekerjasama
dapat dilahirkan dalam diri para pelajar.
Sebagai pelajar khususnya sudah pasti mempunyai banyak masalah dari pelbagai
aspek. Jadi, kepentingan yang lain adalah dapat mengurangkan tekanan. Kawan
ialah orang yang sesuai untuk kita berkongsi masalah. Contohnya, kawan akan
berkongsi bekalan makanan mereka bersama kita apabila kita terlupa membawa
wang saku untuk membeli makanan di sekolah.
Di samping itu, manfaat seseorang kawan adalah dapat meningkatkan perpaduan
dalam kalangan pelajar. Jika kita berkawan dengan pelajar yang berbilang kaum,
sudah tentu bahawa perpaduan antara rakyat bermula dari bangku sekolah lagi.
Dengan ini, menyemaikan sikap toleransi dalam diri bagi menjalinkan perpaduan
yang kukuh dalam diri masing-masing.
Kesimpulannya, berkawan banyak mendatangkan pelbagai kebaikan pada kita,
namun jika kita tersilap langkah kita juga boleh terlibat dalam kancah negatif. Jadi,
kita haruslah bijak memilih kawan demi masa depan kita yang cerah.

Kepentingan Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah

Pendahuluan
o Ungkapan Sekolahku, Syurgaku sering diperkatakan baik dalam
kalangan pendidik mahupun pelajar.
o Sekolah yang bersih menjadi impian para guru dan murid-murid.
o Pelbagai usaha telah dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan
persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih.

Mencegah penyakit.
o Mengelakkan dari bau busuk dan keadaan yang tidak selesa.
o Pembersihan bekas-bekas yang bertakungan air
o Kesihatan para pelajar dijamin.

Mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria
o Pastikan bangunan dan kemudahan dalam keadaan bersih dan kemas.
o Identiti sekolah sebagai institusi yang sihat

Menerapkan nilai tanggungjawab


o Pelajar memastikan kelas dalam keadaan kemas da tidak berhabuk
o Melahirkan generasi yang bertanggungjawab
o Meningkatkan imej sekolah

Langkahlangkah untuk mengalakkan para pelajar kegiatan kokurikulum

Pendahuluan
o Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di
luar bilik darjah.
o Pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah bertujuan mengembangkan potensi
mental, sosial, jasmani dan rohani pelajar secara optimum.
o Oleh itu,terdapat pelbagai langkah yang dapat mengalakkan pelajar mengikuti
aktiviti ini.

Pemantauan terhadap aktiviti kokurikulum dari masa ke masa


o Tindakan ini perlu dilakukan kerana banyak aktiviti kokurikulum di sekolah
dijalankan bagai melepaskan batuk di tangga sahaja.
o Pelajar berasa kecewa kerana kegiatan yang dijalankan tidak menarik minat
mereka.
o Kegiatan yang dijalankan hanya untuk memenuhi jadual.
o Oleh itu, pihak sekolah mestilah memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan
mestilah benar-benar mendatangkan manfaat kepada mereka.

Menubuhkan lebih banyak persatuan dan kelab yang baharu yang sesuai dengan
minat dan kemahiran para pelajar.
o Para pelajar akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyertai aktiviti
kokurikulum yang diminati.
o Sebagai contohnya, pihak sekolah hendaklah menubuhkan kelab komputer
untuk pelajar yang meminati bidang teknologi maklumat.
o Hal ini demikian akan dapat menarik minat para pelajar untuk bergiat cergas
dalam kegiatan kokurikulum tersebut kerana tak kenal maka tak cinta.

Pihak kerajaan perlu menekankan kepentingan penyertaan kegiatan kokurikulum


o Sistem pendidikan perlulah menerapkan faedah menyertai aktiviti
kokurikulum.
o Pelajar akan memberikan tumpuan yang seimbang dalam aktiviti kurikulum
dan kokurikulum.

Kepentingan menjaga kemudahan asas di sekolah

Pendahuluan
o Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan pelajar
o Tandas, perpustakaan, bilik makmal dan peralatan sekolah
o Tanggungjawab para pelajar untuk menjaga kemudahan asas sekolah

Memberi kemudahan
o Membantu ketika kecemasan
o Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

Menjimatkan kos
o Membina kemudahan awam adalah tinggi dan memerlukan masa yang
lama.
o Perbelanjaan yang tinggi ini wajar dihargai oleh pelajar dengan
menjaga kemudahan awam tersebut.
o Wang tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain

Meningkatkan imej sekolah


o Melahirkan pandangan positif terhadap sekolah kita dari mata sekolah
lain
o Pelajar sebagai insan yang bijak menjaga kemudahan asas sekolah
o Menggunakan kemudahan asas mengikut peraturan yang telah
disediakan

Cara-cara untuk menggembirakan kedua-dua ibu bapa kita

Pengenalan
o Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga.
o Merekalah yang memberikan kasih sayang yang sejati kepada anakanak sehingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi kebahagiaan
kita.
o Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa berusaha untuk
menggembirakan hati mereka.

Menjadi anak yang berakhlak mulia


o Akhlak mulia akan menyebabkan seseorang anak itu mentaati perintah
agama, menghormati orang lain, bertanggunjawab dan berdisiplin.
o Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama
baik ibu bapa dan keluarga.
o Mengelakkan tingkah laku yang kurang sopan seperti pertuturan yang
kasar

Belajar bersungguh-sungguh
o Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan
yang cemerlang dalam pelajaran.
o Oleh itu, kita mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta
memperoleh masa depan yang lebih cerah.

Menghulurkan bantuan kepada ibu bapa


o Kita boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang
sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan mencuci kereta.
o Kita dapat meringankan beban mereka
o Ini sudah tentu menggembirakan hati mereka.

Cara-cara menjaga alam sekitar

Pengenalan
o Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara.

o
o

Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air
seperti sungai dan laut.
Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang
tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan
sampah di sungai-sungai dan penggunaan baja-baja kimia.

Pendedahan media massa


o Media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran
semua pengguna.
o Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu
pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen.
o Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini
dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih
banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Kempen alam sekitar


o Melalui kempen, masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga
alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar.
o Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar
semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
o Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Penggunaan teknologi moden


o Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif.
o Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih
mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak.
o Oleh itu, akan dapat mengurangkan kadar pencemaran laut dan hidupan
akuatik.

Kebaikan Koperasi Sekolah

Pengenalan
o Koperasi ialah sebuah organisasi yang menjalankan urusan perniagaan
barangan dan perkhidmatan.
o Ditubuhkan mengikut Akta Koperasi

Membeli barangan keperluan pelajar


o Mengurangkan kebergantungan pelajar kepada kedai-kedai atau pusat
beli belah di luar sekolah.
o Mendidik pelajar tentang cara berbelanja yang membantu mereka
lebih berjimat cermat.

Pelajar akan berpeluang mengetahui asas selok-belok mengendalikan urusan


perniagaan
o Ahli-ahli koperasi terutamanya pelajar terlibat dalam aktiviti jual beli,
membuat akaun, pemasaran dan perbekalan.
o Pelajar-pelajar berpeluang menjadi pemegang saham syarikat sekali
gus mendapat untung dalam bentuk dividen dan bonus.

Menambah kewangan sekolah


o Keuntungan diperoleh pihak koperasi berpunca daripada pembelian
murid-murid, guru-guru dan warga sekolah.
o Sebahagian keuntungan akan diberikan kepada pihak sekolah supaya
kewangan sekolah meningkat memandangkan koperasi merupakan
kepunyaan sekolah.

Kepentingan bersukan

Pendahuluan
o Bersukan membawa maksud kepada aktiviti yang sangat berfaedah
kepada kita.
o Terdapat pelbagai jenis sukan di Negara kita seperti bola sepak, bola
keranjang dan badminton.

Kegiatan sukan menyihatkan badan


o Tubuh kita akan mengeluarkan peluh
o Pergerakan anggota badan menguatkan sendi dan otot badan
o Otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat
o Mudah ulangkaji pelajaran

Mengisi masa lapang


o Tidak terpengaruh dengan aktiviti yang tidak sihat seperti melepak
dengan kawan-kawan dan berlumba haram
o Masa itu emas
o Aktiviti bersukan dijadikan sebagai hobi yang dilakukan pada masa
lapang

Membuka peluang untuk menambah kenalan


o Semasa menyertai pertandingan
o Menjalani latihan sukan bersama

Memupuk semangat kerjasama

Mengharumkan nama sekolah dan Negara


o Ibu bapa, guru-guru berasa bangaa atas kejayaan kita
o Pada peringkat antarabangsa, orang akan mengenali seseorang
apabila berjaya
o Contohnya, Datuk Lee Chong Wei mewakili Negara Malaysia dalam
sukan badminton.

Anda mungkin juga menyukai