Anda di halaman 1dari 8

SKRIP PERBINCANGAN GPIM1022

HAFIZ: Assalamualaikum semua rakan-rakanku yang cantik lagi


bijaksana, sihatkah semuanya?

SHAMIRA: jawab salam

MIZA: Alhamdulillah sihat sahaja. Oh ya, Shamira dan Hafiz dah siap
kerja kursus untuk subjek GPIM1022?

SHAMIRA: cakap dah siap ke apa ke

HAFIZ: Alhamdulillah, syukur saya dah siap kerja kursus tersebut


dengan jayanya. Baiklah Miza dan Shamira, realiti para
pelajar era ini tidak sama lagi seperti realiti para pelajar
dahulu kala. Mengapa saya berkata demikian ? Ha, tak kenal
maka tak cinta kan. Begini, realiti pelajar sekarang tidak sama
lagi kerana disebabkan pandemic Covid-19 ini kita terpaksa
belajar secara atas talian. Kita terpaksa belajar menggunakan
kaedah ini demi menjaga kesihatan diri kita dan untuk
mencegah penularan virus ini. Walaupun saya berasa agak
sedih kerana tidak dapat belajar secara bersemuka, tetapi
sebagai seorang pelajar kita terpaksalah berkorban demi
mengekang penularan ini. Tepuk dada tanya selera. Baiklah
saya ingin bertanya kepada Miza, seperti yang kita tahu
akhlak menjadi penunjang utama dalam memainkan peranan
yang penting dalam merealisasikan pembelajaran dalam
kehidupan seharian kita. Bolehkah Miza terangkan serba
sedikit tentang akhlak secara umum?

MIZA: ya betul tu Hafiz. Tidak dapat kita nafikan akhlak merupakan


faktor penting dalam kehidupan seseorang terutamanya para
pelajar. Jika Shamira dan Hafiz ingin tahu, secara umum
menurut kamus dewan, akhlak bermaksud budi pekerti,
kelakuan, watak dan pengetahuan berkaitan kelakuan tingkah
laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat.
Manakala menurut istilah akhlak adalah segala tingkah laku
perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, apabila
dilakukan seseorang itu tidak perlu lagi berfikir panjang
setelah tingkah laku yang diamalkan sejak sekian lama dan
diterima masyarakat sebagai sebahagian daripada cara
hidupnya. Namun untuk pengertian akhlak dalam Islam saya
kurang jelas. Boleh Shamira terangkan dengan lebih lanjut
mengenai akhlak dalam Islam kepada kami?

SHAMIRA: cakap pasal akhlak dalam islam. Tanya dekat Hafiz pasal
pengamalan dan penghayatan akhlak mulia dalam
kalangan pelajar semasa kuliah secara maya.

HAFIZ: Pada pandangan saya la kan Shamira, kelas secara maya ini
memberi kesan yang amat jelas dalam kehidupan seharian
kita sebagai seorang pelajar. Walaupun kita ini seorang
pelajar yang baik tidak dinafikan ya, kita sendiri dapat lihat
dengan jelas bahawa kelas secara atas talian ini memberi
implikasi yang jitu dalam merealisasikan pembelajaran dalam
kehidupan kita ini. Baiklah, dalam mendepani era pandemik
covid-19 ini, dapat ditelusuri dengan jelas banyak rintangan
yang kita perlu hadapi semasa zaman ini sebagai seorang
pelajar antaranya pencapaian Internet yang kuat. Oleh
disebabkan pencapaian Internet ini amat penting dalam
menjayakan kelas secara maya ini, kita dapat lihat dengan
meluas para pelajar ataupun rakan-rakan kita yang tidak
mempunyai pencapaian Internet yang tinggi ini betapa
sengsaranyanya mereka untuk masuk ke kelas. Masyaallah.
Sungguh beratnya dugaan yang dihadapi mereka ini. Baiklah
Shamira dan Miza, kita sebagai seorang pelajar yang prihatin
adakah kita sanggup melihat rakan-rakan kita ini terus
menghadapi masalah yang sama setiap hari? Cuba bayangkan
kita berada dalam situasi yang sama yang mereka hadapi?
Masyaallah. Renung-renungkanlah.

MIZA: Ya betul tu Hafiz, malah saya juga menghadapi masalah yang


sama di mana Ketika saya ingin menghantar kerja kursus
capaian internet saya tidak kuat dan menyebabkan
penghantaran tugasan tersebut menjadi lambat.

Oh ya saudara Hafiz… persoalannya timbul di sini mengapa


pelajar kurang memberikan tumpuan semasa pensyarah
menlaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian. Ini berbalik pada sikap dan akhlak pelajar itu sendiri;
antara punca mengapa pelajar hilang tumpuan semasa kelas
secara atas talian ialah suasana rumah sendiri tak kondusif,
wujud tekanan nak urus komitmen dan masa peribadi.
Kadangkala punca tekanan akademik ni lahir daripada suasana
rumah dan penerimaan keluarga tu terhadap proses adaptasi
pembelajaran di sekolah kepada pembelajaran dalam talian.
Sememangnya di sekolah, persekitaran belajar tu
dititikberatkan dalam ruang fizikal sekolah. Berbeza dengan
persekitaran di rumah; bebas dan amat bergantung pada
disiplin pelajar untuk ikuti kelas.

Selain itu juga Hafiz, ada juga sesetengah pelajar sengaja buat
aksi yang melucukan ketika kelas atas talian untuk menarik
perhatian yang lain sehingga rakan sekelas tidak lagi fokus
pada guru yang sedang mengajar. Hal ini akan mengganggu
proses pembelajaran yang dijalankan dan menyebabkan masa
tidak mencukupi. Maka, para pelajar seharusnya memberi
kerjasama yang baik sepanjang kelas dilaksanakan dan
pensyarah juga harus bersifat tegas terhadap pelajar.
HAFIZ: Baiklah Miza dan Shamira, selain daripada pencapaian
masalah
Internet tadi kita juga dapat lihat sejak kelas diadakan secara
maya ini para pelajar tidak lagi bersemangat dalam membuat
kerja yang diarahkan oleh para pensyarah mereka. Bukannya
apa, bagi sesetengah orang berpendapat bahawa kelas secara
maya ini amat menyusahkan dan sukar untuk dikendalikan jadi
disebabkan itu mereka tidak bersemangat dalam
merealisasikan pelaksanaan mereka dengan baik. Saya
bercakap ini berdasarkan pengalaman saya ya kalian bukan
untuk menjatuhkan orang lain. Saya harap kalian tidak salah
faham akan apa yang saya katakana ini. Tidak dinafikan bagi
segelintir daripada kita ini yang lebih gemar belajar secara atas
talian daripada bersemuka kerana mereka menganggap kelas
secara atas talian ini lebih mudah berbanding bersemuka. Bagi
saya, apabila kelas secara maya ini dijalankan saya dapat
rasakan cara pembelajaran saya berubah sedikit demi sedikit
dalam membuat pelaksanaan kerja yang diarahkan berbanding
kelas bersemuka. Itu sekadar pendapat saya sahaja la ya.
Wallahualam.

SHAMIRA: Pada pendapat saya, kelas secara maya ini juga akan
membuatkan kerja kita menjadi tidak sempurna atas
faktor tertentu. Adakah Hafiz bersetuju dengan kata saya
sedemikian?

HAFIZ: Oh begitu, saya juga bersetuju dengan kata-kata Shamira


sebentar tadi. Baiklah, kelas secara maya ini juga membuatkan
kerja kita menjadi lambat. Kalau Miza dan Shamira perasan,
sejak kelas atas talian ini dijalankan kita sebagai seorang
pelajar mesti merasakan seperti apa yang saya rasa. Baiklah,
mengapa saya berkata sedemikian? Jika ditinjau dari
perspektif yang berbeza, seperti yang kita ketahui kelas sacara
atas talian ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang
tersendiri. Tapi yang saya hendak ungkapkan disini ialah
berdasarkan pengalaman saya terhadap konteks ini ialah
apabila mempunyai pelbagai rintangan yang perlu dihadapi
oleh para pelajar seseatu kerja itu akan menjadi lambat untuk
disiapkan atas faktor tersebut kerana kita semua merupakan
lahir daripada latar belakang keluarga yang berbeza. Oleh itu,
bagi saya kelas secara atas talian ini mungkin dapat memberi
implikasi yang berat bagi seseorang individu ataupun mungkin
memberi implikasi yang baik kepada seseorang individu
tersebut. Wallahualam.

SHAMIRA: Point Shamira (Tak masuk kelas)

MIZA: Point Miza (Tak fokus masa pensyarah mengajar) (cakap pasal
pelajar sekarang sepatutnya berkelakuan baik apa apa
semua)
(adab sebagai pelajar dalam memberi tumpuan dalam kelas
Online :-
Meskipun mengikuti pembelajaran dalam talian, sebagai kita
masih tetap perlu menjaga adab-adab menuntut ilmu
sebagaimana kita perlu menjaga adab menuntut ilmu atau
berdiskusi secara berhadapan. Antaranya adab yang perlu
dijaga ialah :
1. Membuat persediaan sebelum kelas dimulakan
Sebelum kelas dimulakan, para pelajar digalakkan untuk
membaca dan membuat pembacaan mengenai topik pelajaran
yang akan dibincangkan. Jika ada Latihan yang diberikan,
pastikan pelajar menyiapkan terlebih dahulu. Selain itu, bukan
persediaan ilmu sahaja yang perlu ditekankan, namun
persediaan teknikal seperti berpakaian kemas dan menutup
aurat, memastikan ruang pembelajaran tersusun,
menyediakan alatan atau bahan-bahan yang diperlukan
sebelum memulakan sesi pembelajaran dalam talian. Dengan
persediaan rapi, kita akan lebih bersedia untuk menuntut
ilmu.
2. Menggunakan nama penuh
Apabila kita menyertai kelas dalam talian, pastikan nama yang
digunakan adalah nama penuh. Dengan meletakkan nama
penuh, ia akan memudahkan pensyarah untuk mudah
mengenalpasti pelajar dan berinteraksi dua hala dengan
pelajar. Meskipun perkara ini terlihat kecil, namun dengan
memudahkan urusan pensyarah ia merupakan satu tindakan
yang besar.
3. Hadir kelas tepat pada awal waktunya
Meskipun sekadar dalam talian, tetapi pelajar masih tetap
perlu menjaga hadir awal pada waktunya. Paling utama,
elakkan pensyarah atau rakan-rakan menunggu kita sehingga
melambatkan sesi pembelajaran. Adalah lebih baik jika kita
bersedia lebih awal dan menunjukkan komitmen kehadiran
kita. Secara tidak langsung tindakan ini akan memberi
semangat kepada pensyarah yang mengajar kerana melihat
kesungguhan pelajar yang tidak sabar menuntut ilmu.
Jika kelas dilakukan secara berkala, pastikan kita cuba
memenuhi jadual kehadiran kelas dalam talian tersebut. Jika
tidak dapat hadir, beritahu kepada pensyarah awal-awal,
nyatakan sebab yang munasabah dan minta maaf kerana guru
kerana tidak dapat memberi komitmen kehadiran. Jangan lupa
minta bantuan rakan untuk merakam sesi pembelajaran
tersebut jika anda tidak hadir bagi memastikan anda tidak
ketinggalan dalam pembelajaran.
4.Membuka peranti kamera semasa tempoh pembelajaran
Semasa kelas dalam talian dijalankan, adalah lebih baik para
pelajar membuka peranti kamera agar pensyarah yang
mengajar dapat melihat pelajar. Hal ini kerana mengajar di
dalam kelas adalah sangat berbeza dengan mengajar di
hadapan skrin. Suasana pembelajaran tidak terasa nyaman jika
pensyarah tidak dapat melihat audiens kerana tidak dapat
melihat reaksi dan muka pelajar dengn baik. Boleh jadi,
pensyarah terasa bercakap seorang diri di dalam kelas tanpa
mengetahui adakah pelajarnya menonton dan memahami apa
yang cuba disampaikan.
Dari satu sudut, dengan membuka peranti kamera juga, secara
tidak langsung para pelajar akan cuba untuk fokus dan
memberi perhatian kerana merasakan tindak tanduk mereka
diperhatikan.
5. Memberi Respon dan berinteraksi dengan baik
Semasa kelas dijalankan, para pelajar perlu memastikan agar
seratus peratus perhatian diberikan kepada pensyarah yang
mengajar. Hal ini kerana adab di dalam agama Islam adalah
untuk menghormati guru yang memberikan ilmu.
Jika guru bertanyakan soalan, segeralah memberi respon dan
menjawab soalan yang dimukakan. Selain itu, elakkan
daripada makan, minum, tidur, tidak menjaga kedudukan
dengan baik, bermain-main dengan telefon semasa pensyarah
mengajar kerana ia menunjukkan perbuatan yang tidak
beradab.
6.Tutup peranti suara Ketika pensyarah mengajar
Ketika pensyarah mengajar pastikan anda jangan lupa untuk
menutup peranti suara. Jika peranti suara terpasang, mungkin
akan ada bunyi bunyi tambahan yang muncul dan yang
membimbangkan adalah bunyi itu akan menganggu rakan-
rakan yang lain. Gangguan kecil sebegini boleh menganggu
pelajar lain menuntut ilmu.
7. Mengucapkan terima kasih apabila tamat kelas
Jangan lupa mengucapkan terima kasih kepada pensyarah
setelah tamat kelas. Dengan sepotong ucapan terima kasih, ia
simbolik bahawa para pelajar menghargai penat lelah
pensyarah yang mengajar di dalam kelas. Para pelajar mungkin
terasa kelas dalam talian sangat memenatkan. Namun para
pensyarah sebenarnya lebih penat kerana perlu bertungkus
lumus dan bersusah payah untuk menyediakan bahan,
membuat persediaan dan mengajar.
Kesimpulannya, menjaga adab belajar secara dalam talian
sama sahaja dengan menjaga adab ketika belajar secara
berhadapan. Pada asasnya faktor utama kita perlu menjaga
adab ketika belajar adalah kerana menghormati ilmu yang
ingin dituntut. Dengan menjaga adab juga, kita sebenarnya
sedang menjaga keberkatan hubungan kita dengan pensyarah.
InshaAllah, semoga dengan berkat menjaga adab menuntut
ilmu ini, kita diberikan kefahaman yang baik.

MIZA: minta undur diri sebab ada kelas online lepas ni.

Anda mungkin juga menyukai