Anda di halaman 1dari 31

UNSUR INTELEK DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN:


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada: ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu. dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.

Unsur intelek merangkumi unsur hikmah iaitu ilmu yang sebenar. Ia berdasarkan daya pemikiran yang inovatif, logikal, analitis dan ilmu yang bermanfaat. Walau bagaimanpun, unsur-unsur intelek yang diterapkan ke dalam dasar pendidikan negara banyak dipengaruhi oleh pemikiran dan teori barat. Barat menggariskan bahawa ideologi intelek adalah bersifat antroposenik, iaitu kepusatan manusia semata-mata. Ideologi barat misalnya memutuskan hubungan individu dengan Tuhan.

Barat menggariskan intelek adalah bersifat sekular yang terdiri daripada enam bahagian iaitu: i) kognitif ii) mental iii) pemprosesan maklumat iv) berasaskan biologi v) perkembagan kognitif vi) interaksi sosial. Akal amat penting bagi melahirkan daya intelek yang tinggi dan bermutu.

Kemahiran asas 4M: i) membaca iii) mengira ii) menulis iv) menaakul

KEMAHIRAN MEMBACA
Seseorang pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Dalam konteks sekolah bestari, pelajar digalakkan untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam.

Tujuan pelajar membaca: i) untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara. ii) untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara. iii) untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep. iv) untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan.

Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu: 1) membaca pantas. 2) membaca kritis.

membaca pantas

membaca kritis

Skimming & Scanning

KWLH

SQ3R

Skimming & Scanning


Teknik Skimming sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan atau bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perenggan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula, fokus kita diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

Teknik Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.

Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

Teknik Membaca KWLH


KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca: - mengingat dahulu apa yang telah diketahui - membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui - melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) - mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan - menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi: S (survey) tinjau Q (question) soal/tanya R (read) baca R (recite) imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) baca semula

Teknik Membaca SQ3R

KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Konsep Menulis: Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.

Tujuan Menulis: Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Menyuburkan minat Meluaskan kosa kata Memberikan kepuasan jiwa.

Peringkat Kemahiran Menulis: Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif. Peringkat- peringkat kemahiran menulis terdiri daripada : i) Peringkat Pramenulis ii) Peringkat Mekanis iii) Peringkat Pelahiran

Peringkat Pramenulis:
Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis: Menulis dari kiri ke kanan Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan. Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis. Menyambung titik

Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. Latihan membentuk garisan lurus Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat. Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk Melukis gambar

Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut: Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.

Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu. Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang. Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus. Latihan menulis huruf dalam suku kata. Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar. Latihan menamakan gambar-gambar. Latihan menyalin frasa atau ayat. Latihan menyalin ayat daripada buku.

Peringkat Pelahiran: Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan. Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif. Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka kuasai.

Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajari. Contoh Aktiviti: Menulis jawapan pemahaman Menulis karangan Menulis ayat berdasarkan gambar Membina ayat Memanjangkan ayat Menulis rencana Mengisi silang kata Melengkapkan ayat.

KEMAHIRAN MENGIRA
Konsep mengira adalah untuk pelajar meningkatkan kemahiran asas dalam penggunaan empat operasi asas iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Mereka harus mempunyai pengetahuan mengira untuk mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kita sentiasa berusaha untuk mendapat,meningkat dan menyebarkan ilmu matematik kepada orang lain. Melalui konsep mengira, kita dapat berfikir secara kreatif dan berusaha mengembangkan daya pemikran.

KEMAHIRAN MENAAKUL
Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia sekeliling misalnya membuat ramalan cuaca, laporan lalu lintas dan membuat unjuran pertambahan penduduk Malaysia.

Menurut Terry & Higgs (1993) penaakulan merupakan proses kognitif sebab musabab terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan Mobley (2010) merumuskan kemahiran menaakul sebagai kebolehan menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah secara literal. Ia juga melibatkan pengetahuan asas tentang aspek dalam kehidupan harian yang perlu difahami oleh individu melalui logik akal sebab sesuatu tindakan berlaku dan impaknya kepada kehidupan. Exforsys (2010) pula kemahiran menaakul melibatkan proses mendapatkan maklumat dan membuat inferens berdasarkan tanggapan individu. Keupayaan intelek menaakul membolehkan seseorang memahami idea dan konsep dengan lebih jelas untuk membuat kesimpulan yang munasabah.

Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab dan akibat serta menyatakan rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Ianya dapat membantu murid untuk memahami proses pembelajaran. Selain itu, ia dapat membantu murid membezakan yang baik dan yang buruk dan memahami sebab dan akibat. Murid perlu diberi pendedahan awal terhadap kemahiran menaakul kerana pada usia yang muda minda mereka berkebolehan untuk menerima dan memproses maklumat. Kemahiran menaakul menggalakkan penerokaan dan penjanaan idea baru serta bersedia menghadapi risiko.

Kemahiran menaakul membolehkan murid berfikir dengan teliti dan fleksibel. Murid yang mempunyai kemahiran menaakul akan memiliki ciri-ciri murid berikut: - kritis, kreatif dan inovatif - berani dan bijak menyoal - ingin tahu - daya berfikir sendiri dan fleksibel - bekerjasama - mengambil risiko - berpandangan jauh - membuat perbandingan

Menurut Calumet, Universiti Purdue asas kemahiran menaakul merupakan proses- proses asas kepada kognitif. Terdapat 4 proses asas kemahiran menaakul iaitu menyimpan, mengguna semula, memadan dan prosedur ekskutif.

TERIMA KASIH
Nama Ahi Kumpulan: Thamilchelvaa a/l Balakrishnan Chandramogan a/l Sugumaran Kartik a/l Selvarasa Chrmini a/p Raveendhran

Anda mungkin juga menyukai