Anda di halaman 1dari 11

BAB 7 – BIMBINGAN DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU PEMBELAJARAN

7.1 BIMBINGAN

− bimbingan adalah satu proses memberi bantuan kepada individu yang dilakukan secara
sistematik dan berkesinambungan yang melibatkan memberi bantuan, tunjuk ajar, nasihat
dan membimbing supaya individu tersebut
− proses bimbingan yang berkesan dapat membantu individu memahami dirinya selari dengan
keperluan yang membolehkan dirinya bertindak secara wajar
− Crow dan Crow 1960 mendefinisikan bimbingan sebagai bantuan yang diberikan oleh
seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu
− bimbingan secara umumnya adalah satu proses yang diberikan untuk membantu individu
memahami diri dan dunia sekelilingnya agar dapat berfungsi dengan menggunakan potensi
yang sesuai

7.1.1 PRINSIP BIMBINGAN

Bimbingan untuk Bimbingan Bersifat kolaboratif Bimbingan Bersifat


semua murid pencegahan dan kolektif secara sukarela profesional
- bimbingan - fokus utama - aspek - kejayaan - guru
dan bimbingan bimbingan proses pembimbing
kaunseling di sekolah mesti bimbingan harus
disediakan adalah dilakukan kepada bersikap
sepanjang dalam aspek secara murid professional
tempoh pencegahan kolaboratif hendaklah yang tidak
persekolahan supaya dengan semua dilaksanakan diskriminasi
- semua murid masalah kakitangan di secara terhadap
boleh wujud boleh sekolah sukarela perbezaan
menggunakan dikawal - perkhidmatan agar dapat dari aspek
perkhidmatan - pendekatan bimbingan memberikan seperti
yang pencegahan adalah impak yang budaya,
ditawarkan sebagai tanggungjawab berkesan umur,
- bimbingan sebagai satu secara kolektif kepada diri gender,
yang usaha bagi antara guru, dalam agama
diberikan menentukan murid, guru jangka masa - guru
meliputi bahawa pembimbing panjang pembimbing
aspek bidang murid dapat dan sekolah, - mereka akan harus
akademik, menjalani rakan sebaya menyedari mempunyai
social dan kehidupan dan ibu bapa tentang etika dalam
peribadi yang positif, kekuatan menjalankan
- bertujuan sihat tubuh dan tugas dan
untuk mereka badan, kelemahan peranan
memahami interaksi masing- sebagai
diri dan social dan masing pembimbing
memberi nilai moral yang
fokus kepada dihormati
aspek yang
positif

7.1.2 KEPENTINGAN BIMBINGAN KEPADA MURID

- bimbingan merupakan proses membantu individu untuk mengembangkan potensi mereka


- kepentingan bimbingan adalah supaya menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam
membantu klien menguasai kemahiran disiplin diri dan membentuk sahsiah yang positif
- dapat menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif yang sedia ada di sekolah dan
membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran
- membantu membentuk iklim bilik darjah yang lebih kondusif
- dapat membantu murid dalam pemilihan kerjaya dengan membuat pilihan minat dan kerjaya
yang sesuai dengan personality
- bimbingan yang berkesan dapat membantu mereka lebih bermotivasi untuk mengembangkan
potensi

7.1.3 KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

- Bimbingan adalah merupakan salah satu komponen dalam kaunseling


- proses bimbingan melibatkan individu yang terlatih dengan seseorang yang memerlukan
bantuan
- sebagai guru, aspek bimbingan yang diberikan lebih bersifat mendidik agar individu mendapat
panduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat
jangka pendek dan jangka panjang
- guru harus memiliki asas bimbingan dan kaunseling untuk menjayakan proses bimbingan
antara dua pihak
- guru yang ingin memberikan perkhidmatan bimbingan yang baik perlu menguasai beberapa
kemahiran asas kaunseling iaitu:

Kemahiran membina perhubungan


- kemahiran membina perhubungan adalah langkah awal dalam sesi kaunseling
- tujuan adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa
selamat antara guru pembimbing dan klien supaya klien sedia berbincang
- tahap ini termasuk rangsangan kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan
tanggapan pertama yang positif
- dalam membina perhubungan, beberapa perkara perlu diambil kira iaitu memastikan
membina suasana alam sekeliling yang terapeutik bagi menyokong komunikasi
- hubungan kemesraan yang ditunjukkan pada peringkat awal dapat menjamin
keselesaan klien
Kemahiran mendengar
- merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi bimbingan dan
kaunseling
- guru pembimbing perlu lebih banyak meluangkan masa mendengar dari menyampuk
percakapan klien
- untuk benar benar memahami apa yang telah dikatakan oleh klien, dengan
memberikan tumpuan dan pemerhatian sepenuhnya untuk mendengar isu yang
dibawa oleh klien
- gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama kerana gerak
geri dikatakan memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna. ia
menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa atau sebaliknya.
Kemahiran berkomunikasi
- kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran yang sangat penting bagi seorang yang
pembimbing
- guru pembimbing yang berhadapan dengan murid perlu dapat menggunakan ayat yang
mudah difahami
- elakkan menggunakan ayat yang panjang dan berbelit-belit untuk mengelakkan klien
daripada keliru atau tidak faham dan menjejaskan komunikasi
- komunikasi bukan lisan seperti gerak badan, kontak mata juga mempengaruhi
keberkesanan dalam hubungan komunikasi seperti angguk kepala, postur duduk
- pembimbing juga memberikan respons dalam bentuk dorongan minima bertujuan
memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan
- dorongan minima adalah respons atau ungkapan ringkas atau pergerakan positi yang
menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan
- komunikasi bukan lisan seperti ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti
mesej yang hendak disampaikan
- wajah atau mimic muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata
daripada muka semasa berinteraksi
- kontak mata adalah untuk membolehkan guru pembimbing memberi tumpuan,
menunjukkan minat dan tanda hormat untuk menimbulkan rasa percaya, rasa selesa
Kemahiran menggalakkan klien bercakap
- guru pembimbing perlu pandai menggalakkan klien bercakap dengan menggunakan
soalan jenis terbuka
- semasa klien bercakap, guru perlu mendengar dengan penuh teliti dan penuh empati
Kemahiran membalas
- membalas kata-kata adalah kelebihan kepada manusia kerana dengan membalas kata,
manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu sama lain
- tujuan utama seseorang bertindak balas kepada orang lain untuk menggalakkan
penglibatan masing-masing di dalam perbualan
- kemahiran membalas terdiri daripada kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan
kemahiran mendengar
- teknik penyoalan adalah kaedah yang paling banyak digunakan dalam sebuah proses
bimbingan kerana ia merupakan cara yang paling mudah mendapatkan sesuatu
maklumat
- soalan yang diberi haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah
dan memahami perasaan
- tetapi guru pembimbing haruslah memastikan soalan yang ditanya adalah sesuai dan
mudah difahami agar klien dapat menjawab
- matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan matlamat dengan cepat, mendapatkan
maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian
- dalam sesi bimbingan dan kaunseling, dua bentuk soalan yang dapat digunakan adalah
soalan terbuka dan tertutup
- kemahiran menyoal juga dapat membantu guru untuk mengumpul maklumat dengan
lebih spesifik
Kemahiran memimpin
- dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu memimpin secara langsung atau secara
tidak langsung
- kemahiran memimpin secara langsung menggalakkan klien memperincikan,
menjelaskan atau menggambarkan apa yang diperkatakan
- antara tujuannya adalah menentukan tujuan untuk memimpin, meluahkan dengan
perkataan yang dapat memperincikan secara khusus, menggunakan soalan terbuka
- tujuan memimpin secara tidak langsung pula adalah membolehkan klien memulakan
dan mengambil tanggungjawab terhadap sesi yang sedang berjalan dan menjemput
klien untuk menceritakan atau memperincikan ceritanya
Kemahiran berempati
- empati adalah proses memahami emosi dan perasaan seseorang
- dengan empati, guru bimbingan dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan
dapat merasai apa jua yang dirasai oleh klien dan klien akan merasakan bahawa
pembimbing sebagai seorang pendengar yang baik
- emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua, jadi pembimbing perlu
berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap
- emosi adalah perasaan yang dialami seseorang manakala sikap adalah kepercayaan
tentang kejadian semasa, lepas dan masa depan

7.2 TINGKAH LAKU

- tingkah laku merangkumi perangai, gerak geri, kelakuan, segala perbuatan yang melibatkan
kegiatan motor seperti berjalan, berlari , berinteraksi
- berdasarkan kajian ahli psikologi, tingkah laku dapat dikaitkan dengan gambaran emosi dan
mental seseorang terhadap persekitaran
- Lahey 2009, tingkah laku adalah kajian saintifik berkaitan dengan proses mental dan
perbuatan seseorang kerana tingkah laku adalah tindak balas dari rangsangan stimulus dari
dalaman mahupun luaran yang berupaya merangsang pelajar dari melakukan sesuatu
perlakuan hingga memberi kesan kepada persekitaran
- Al Ghazali dari perspektif islam, tingkah laku manusia yang bertindak atas dasar agama dan
kemanusiaan. setiap tingkah laku adalah berasaskan dorongan dan tujuan yang berasal dari
dalam diri manusia itu sendiri sama ada rangsangan daripada luaran atau dalaman
- tingkah laku bermasalah disebut sebagai abnormal behavior adalah tingkah laku yang
terkeluar dari nilai dan norma masyarakat sama ada melibatkan faktor dalaman seperti sikap
diri dan keluarga dan faktor luaran seperti pengaruh rakan, media massa
- tingkah laku bermasalah kebiasaannya bertentangan dengan tingkah laku normal yang
lazimnya dipersepsi, dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang
- di sekolah, murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah kerana mereka tidak boleh
menyesuaikan diri dengan kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan menjejaskan keadaan
pelajarannya

7.2.1 JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah laku yang menghalang Tingkah laku yang Tingkah laku antisosial
(bergantung) mengganggu (disruptif) (distruktif)
- tingkah laku yang - tingkah laku yang - tingkah laku yang
membahayakan diri membahayakan membahayakan diri,
1. kebimbangan/kerisaua orang lain sekolah dan
n 1. hiperakti masyarakat
2. pergantungan f 1. permusuha
berlebihan 2. kelakuan n nyata
3. pengunduran diri nakal 2. vandalism
4. pengasingan diri 3. bising 3. kumpulan
4. bergerak liar
sesuka 4. klik
hati 5. geng
5. ketawa
kuat
6. agresif

7.2.2 FAKTOR YANG MENYEBABKAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

- faktor keluarga
- faktor diri murid
- faktor masyarakat
- faktor sekolah dan guru
7.2.3 TINDAKAN GURU DALAM MENGURUSKAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

M/S 183

7.2.4 HALANGAN DALAM MENGURUSKAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

- hubungan ibu bapa


- pengaruh rakan sebaya
- persekitaran bilik darjah
- masalah perkembangan murid
- salah laku yang tidak dijangka

7.2.5 ISU DAN CABARAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

- kemahiran guru
- sokongan ibu bapa
- komuniti
- pengurusan disiplin sekolah
- pengaruh media massa

7.2.6 INTERVENSI MENANGANI TINGKAH LAKU BERMASALAH

- Teknik dan kaedah pengajaran guru


- pastoral care
- bimbingan dan kaunseling
- pelan intervensi pengurusan kendiri tingkah laku murid
- terapi dan psikoterapi

7.3 MODIFIKASI TINGKAH LAKU PEMBELAJARAN

- modifikasi tingkah laku adalah pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku
melalui aplikasi pelaziman
- guru menggunakan sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan membuat
pemantauan dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah
- tujuan teknik modifikasi adalah mengaplikasikan ganjaran peneguhan (hadiah/dendaan)
untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku bermasalah
- pelaksanaan modifikasi tingkah laku, guru mestilah mengikut langkah iaitu:
1. membuat pemerhatian awal dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah
2. mengenal pasti dan menentukan objektif tingkah laku positif yang perlu dicapai murid
3. menunjukkan set tingkah laku positif sama ada kaedah model atau pemberitahuan
4. memberikan ganjaran atau peneguhan untuk tingkah laku positif secara tekal dan
konsisten
− teknik pengurusan tingkah laku:
Time out
- adalah salah satu teknik pengurusan tingkah laku yang digunakan oleh ibu bapa
- adalah kaedah pengasingan anak dalam tempoh tertentu apabila ibu bapa
mengesan tingkah laku negative
- teknik ini boleh dilaksanakan kepada anak seawal usia dua tahun kerana mereka
telah faham arahan
- time out boleh dilakukan dalam beberapa cara:
1. pastikan ibu bapa telah memberitahu anak apa yang boleh dan tidak boleh
2. time out perlu dilakukan segera selepas tingkah laku negative berlaku
3. asingkan anak segera selama beberapa minit di sudut lain seperti hujung
bilik, tepi bilik selama 3-5 minit bergantung kepada kesalahan yang
dilakukan
4. pastikan ibu bapa tidak bercakap atau membebel sepanjang tempoh time
out agar anak dapat mengetahui kesalahan yang dilakukan
5. setelah time out, ibu bapa boleh peluk anak dan nasihat anak selepas sesi
time out
6. sesi ini tak boleh dilakukan kerap untuk dapatkan kesan optima dan
pastikan kesalahan anak betul betul serius
7. anak akan faham mengapa time out itu dilakukan dan secara tidak langsung
tingkah laku dilakukan
Reverse psychology
- adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku
negative kepada positif
- tujuan agar murid melupakan tingkah laku negative dan beralih kepada tingkah laku
positif
- reverse psychology merujuk kepada usaha seseorang mengatakan atau melakukan
sesuatu dengan memberi tahu perkara yang berlawanan
- berlandaskan prinsip di mana guru akan membuat satu tindakan yang berlainan
daripada tindakan kebiasaannya
Contract
- memodifikasikan tingkah laku negative kepada positif secara perjanjian lisan atau
bertulis
- kontrak tingkah laku ini boleh dibuat secara lisan atau bertulis dan terdiri daripada
satu pertujuan antara guru dengan murid selepas guru membuat perbincangan
berkaitan murid tersebut
- jika kontrak ini dibuat secara bertulis dan murid menandatangani kontrak tersebut
dan melanggarnya, dia mesti menjalani hukuman yang telah ditetapkan di dalam
kontrak
- kontrak ini mestilah dibuat dalam bentuk mudah kerana melibatkan sekolah
- faedah teknik ini adalah murid akan menunjukkan tingkah laku yang lebih baik
kerana pandangan dan pendapat mereka diambil secara serius oleh guru
- semua penerangan berkaitan ganjaran atau hukuman perlu ditulis dalam kontrak
- melalui cara ini, ia dapat memodifikasikan tingkah laku negative kepada positif
secara perjanjian lisan
Reinforcement
- menurut Skinner 1930, tingkah laku boleh diajarkan melalui stimulus yang sesuai
diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan yang dipanggil peneguhan
a) peneguhan positif – berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu
mengulangi tingkah laku berulang-ulang dan perlu diamalkan untuk
kekalkan tingkah laku yang diingini
b) peneguhan negative – berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak
diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi dan
peneguhan ini dapat dilakukan untuk mengukuhkan perlakuan yang
diingini kerana secara tidak langsung akan mengurangkan tingkah laku
negative dengan sendiri
Denda dan peneguhan
- denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang
- dapat menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik
- dalam prinsip peneguhan, guru ingin menggalakkan murid untuk terus berusaha
membuat satu tingkah laku yang telah dilazimkan dengan ganjaran
Pembentukan (shaping)
- adalah proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa
peneguhan seperti:
a) merupakan kaedah yang digunakan bagi membentuk tingkah laku yang
belum dilakukan
b) shaping didefinisikan sebagai pembentukan satu tingkah laku baru terhasil
daripada peneguhan apabila melakukan satu tingkah laku yang hampir
sama dengan tingkah laku yang dikehendaki
c) shaping juga dikatakan sebagai tingkah laku jangkaan silih gantian di mana
apabila satu peringkat dicapai, peneguhan akan diberikan sehingga itu
mencapai tingkah laku yang diingini
- perkara yang perlu tahu semasa menggunakan teknik shaping:
a) perlu mengenal pasti apakah tingkah laku yang ingin dijadikan
b) apakah tingkah laku yang terawal sekali yang dilakukan oleh individu
tersebut untuk menentukan peneguhan yang sesuai
c) pemilihan tahap harus sesuai pada individu tersebut kerana takut dilupai
oleh individu tersebut
d) jangkamasa yang sesuai patut diberikan pada setiap langkah dan proses
yang dikehendaki tidak terlalu cepat dari satu tahap ke tahap seterusnya
- shaping adalah teknik yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti mula
belajar, menari, memandu
- kelemahan teknik ini adalah tingkah laku yang dilakukan pada permulaan akan
menjadi tingkah laku yang tidak dikehendaki jika terdapat kesilapan dalam teknik
tersebut
Perlunturan (fading)
- bermaksud pengurangan rangsangan secara beransur-ansur supaya gerak balas
yang berlaku wujud berdasarkan pengurangan rangsangan ini
- boleh digunakan secara lisan ataupun diberikan tunjuk ajar
- memerlukan beberapa tahap yang sesuai bagi membolehkan individu mencapai
tingkah laku yang baru
Perantaian (chaining)
- kaedah perantaian memerlukan rantaian di antara rangsangan dan gerak balas
- suatu rangsangan itu akan mengakibatkan gerak balas dan gerak balas itu pula akan
mewujudkan rangsangan yang berikutnya dan rangsangan itu akan mengakibatkan
gerak balas yang baru
- kaedah perantaian terbahagi kepada 3:
a) persembahan tugasan secara menyeluruh contohnya mengajar anak ikat
tali kasut. tunjuk kesemua langkah dan selepas itu suruh anak membuat
semula. kaedah ini tak sesuai untuk mereka yang cacat
b) backward chaining (perantaian kebelakang) dengan menggunakan langkah
terakhir dahulu dimahirkan oleh individu sebelum langkah yang
sebelumnya
c) perantaian kehadapan iaitu individu akan diberikan kemahiran dengan
langkah pertama dahulu selepas langkah kedua sehingga mencapai tingkah
laku yang dikehendaki
Token ekonomi
- merupakan sistem untuk membahagikan beberapa peneguhan simbolik yang akan
ditukarkan kepada pelbagai bentuk yang diinginkan seperti point merit, markah
dan peratus
- guru boleh menggunakan sistem token untuk mengawal tingkah laku murid supaya
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan

7.4 IMPLIKASI MODIFIKASI TINGKAH LAKU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

- dapat membawa peningkatan dalam pencapaian akademik, kompentensi social, iklim sekolah
yang kondusif
- cara untuk mendapatkan pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada murid-murid yang
bermasalah serta meningkatkan penglibatan murid bermasalah dalam kelas
- motivasi intrinsic murid juga dapat dipertingkatkan di mana mereka tidak mengharapkan lagi
ganjaran kebendaan untuk menunjukkan tingkah laku positif
- dapat menolong menukar persekitaran sekolah dengan menggantikan tingkah laku negative
kepada positif
- menolong meningkatkan kepuasan intrinsic murid serta menolong guru mencapai tingkah
laku yang dikehendaki daripada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai