Anda di halaman 1dari 19

DR.

GHAZALI LATEH

Disediakan oleh : -

Sofiah binti Seman


Nur Khairiyah binti Khalid
BIODATA
DR. GHAZALI LATEH

Nama sebenar/pena : Ghazali Lateh


Tarikh lahir : 15 Mac, 1961
Tempat lahir : Kampung Bukit Nibung, Bukit Jenun, Kedah
L/belakang pendidikan : SK. Bukit Jenun, SM. Guar Cempedak, Maktab
Perguruan Kinta, UPM
Pekerjaan : Pensyarah Kanan di UPM
Genre penulisan : cerpen, novel, puisi, esei dan berita
H/karya penulisan kreatif : Cerpen Anak-anak Pejuang, puisi/sajak Sebuah
Pesanan, novel Dari Lembah ke Puncak, Kasut
Kelopak Jantung.
Anugerah pernah diterima : i) Tempat pertama Pertandingan Menulis Puisi
Selangor, 2003.
ii) Tempat kedua Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-
IX ( cerpen ).
iii) Hadiah pertama pertandingan Menulis Puisi
Alam Sekitar 1998.
iv) Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.
v) Hadiah Puisi Karyanet.
vi) Beberapa kali memenangi hadiah pertama
pertandingan menulis cerita kanak-kanak.
Sumbangan/peranan
dunia sastera : Banyak menghasilkan puisi/sajak, cerpen, novel,
esei dan cerita kanak-kanak serta mengharumkan
dunia sastera tanah air di pentas dunia

Keistimewaan pengarang/
Penulis : Menghasilkan pelbagai genre sastera ( puisi,
cerpen, novel dan esei ), memenangi banyak hadiah/juara
dalam pertandinga sasteran,
memenangi banyak kali dalam pertandingan
menulis cerita kanak-kanak sempena Hari Guru
Peringkat Kebangsaan.
SINOPSIS
KASUT KELOPAK JANTUNG

Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang


menerima bungkusan hadiah setiap tahun,
terutamanya pada Hari Guru teringat semula
peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu
sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan
pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang
guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan
kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai
kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi
pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad
sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak
membawa pakaian sukan.

Sambungan
Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad
dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk
mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian
kakinya untuk dijadikan kasut. Ahmad
merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya
terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa
malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun
yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut
sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari
persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah
supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh
kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke
sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut
dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti
sekolah.

Sambungan
Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya
terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk
pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara
yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa
Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua
tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa
mengambil upah memetik cili di kebun orang lain.
Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad
telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang
uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas
pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan
menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat
pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad
menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai
membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.
Tamat
SINOPSIS
ANAK-ANAK PEJUANG

Cerpen ini mengisahkan tentang seorang ayah


iaitu Pak Denan yang mempunyai semangat
patriotik yang tinggi. Pak Denan telah
menyuarakan hasrat kepada kedua-dua
anaknya bahawa dia ingin ke Kuala Lumpur
hujung bulan ini. Namun hasrat itu ditentang
oleh kedua-dua anaknya iaitu Abdul Rahman
dan Abdul Razak. Tujuan Pak Denan adalah
ingin merayakan sambutan Hari Kemerdekaan
Negara. Namun akhirnya anak-anak Pak
Denan beralah kepada ayahnya. Oleh kerana
anaknya tidak muncul-muncul juga Pak Denan
telah mengikut Ah Bee ke Kuala Lumpur.

Sambungan
Namun apabila Abdul Rahman sampai di
rumah pada pagi esoknya, didapatinya
ayahnya sudah tiada. Apabila Abdul Rahman
berhenti di kedai kopi Maniam dia terlihat
ayahnya di kaca televisyen. Ayahnya telah
berada di Kuala Lumpur menyertai perarakan
Hari Kemerdekaan. Abdul Rahman dan Abdul
Razak akhirnya menemui ayahnya di hadapan
tugu Negara. Namun ayahnya amat kesal
dengan kedua-dua anaknya itu. lalu kedua-
duanya menyesal kerana melupakan
perjuangan ayahnya suatu ketika dahulu. Pada
hari itu barulah mereka sedar bahawa mereka
adalah anak-anak pejuang.

Tamat
SINOPSIS
DARI LEMBAH KE PUNCAK

Mengisahkan tentang kegigihan dan


kecekalan seorang anak muda bernama Jalil
yang mempunyai semangat juang yang tinggi
untuk menunaikan tanggungjawab dan
amanah bagi mendapatkan kembali hak milik
tanah pusaka ayahnya yang telah dijual oleh
ibunya.

Jalil tidak mahu ikut berpindah ke Guar


Chempedak kerana baginya meninggalkan
kampung Bukit Nibung seperti juga
membelakangkan amanah arwah ayahnya
iaitu Pak Teh. Hanya dia sahaja yang tahu
hasrat arwah ayahnya itu.
Sambungan
Kecekalan Jalil diuji lagi dengan tindakan
emaknya yang menggadai tanah pusaka
tinggalan arwah suaminya tanpa
memberitahu Jalil akibat malu dengan
tindakan Muhsin yang telah dituduh
melarikan Biah anak jirannya ke Kuala
Lumpur. Pelbagai kesusahan dan cabaran
yang dilalui oleh Jalil sehingga dia
akhirnya merantau ke Kuala Lumpur dan
di situlah nasibnya berubah sehingga
menjadi seorang pemuda yang berjaya dan
akhirnya dapat menebus kembali tanah
pusaka ayahnya dan membuat pelbagai
pembaharuan dan kemajuan di
kampungnya.

Tamat
KENDURI AQIQAH CUCUNYA 11 MAC 2017
WISATA LOMBOK 2016
HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2015
Ghazali Lateh

A. MAKLUMAT UMUM (GENERAL INFORMATION)


Nama (Name): Ghazali bin Lateh
Gelaran ( Title) Dr.
Jawatan (Position) Pensyarah Kanan
Ed Cert.(Teaching Malay
Language and Literature); B.Ed.
Pengajaran Bahasa Melayu
Kelayakan (Qualification) Sebagai Bahasa Pertama(Hons)
(UPM); Master of Literature
(UPM); PhD. Malay Language
Studies (UPM).
Pendidikan Bahasa dan
Jabatan (Department)
Kemanusiaan
Pengajaran Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Pertama,
Bidang Kepakaran Communication in Language
(Area of Specialisation) Teaching, Pendidikan
Kesusasteraan Melayu.
Penulisan Kreatif
zalilateh@upm.edu.my ,
Email
glateh@hotmail.com
Phone: (603) 89468147
Homepage:
B. KEPAKARAN
Dr. Ghazali Latehmemegang ijazah doktor falsafah dari UPM dalam bidang
Pengajian Bahasa Melayu ijazah Master Sastera (Kesusasteraan Melayu) dan
Bachelor Pend.Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP) dari
Universiti Putra Malaysia. Beliau dilantik sebagai pensyarah di Universiti Putra
Malaysia pada tahun 2012 setelah menjawat jawatan guru selama 28 tahun.
Kini beliau seorang pensyarah kanan di Jabatan Pendidikan Bahasa dan
Kemanusiaan di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Beliau
berminat dan terlibat dengan pelbagai aktiviti penyelidikan dan penerbitan
khususnya dalam bidang Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu yang
bertumpu kepada Kaedah Pengajaran, dan Kemahiran Berkomunikasi dalam
pengajaran. Beliau juga cenderung dalam bidang penulisan kreatif dan
pelahiran bakat kreatif dalam kalangan pelajar.
C. BIDANG PENYELIDIKAN (RESEARCH AREA)

Innovative teaching in writing


Oral Communication among Youngsters.
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
1.Ghazali Lateh(1997). Omare San, Kuala Lumpur:Edusystem Sdn. Bhd.
2.Ghazali Lateh(2000). Misteri Kelip Lampu, Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.
3. Ghazali Lateh(2002). Masih Ada Harapan, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
4.Ghazali Lateh(2002). Pelangi Di Hujung Musim, Bukit Serdang:PCT Sdn. Bhd.
5.Ghazali Lateh(2002). Tohid Epilepsi, Bukit Serdang: PCT Sdn. Bhd.
6.Ghazali Lateh(2004). Rahsia Jeti di Hutan Bakau, Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
7.Ghazali Lateh(2005). Dari Lembah ke Puncak, Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
8.Ghazali Lateh(2005). Sindiket Minyak Campur, Kuala Lumpur:Eastview Sdn. Bhd.
9.Ghazali Lateh(2007). Di Kaki Mimbar, Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.
10.Ghazali Lateh(2002). Berakhir Penantian, Bukit Serdang:PCT Sdn. Bhd.
11.Ghazali Lateh(2002). Tokoh Merdeka, Bukit Serdang: PCT Sdn. Bhd.
12.Ghazali Lateh(2002). Demi Ibu, Bukit Serdang: PCT Sdn. Bhd.
13.Ghazali Lateh(2002). Demi Sebuah Ikatan, Bukit Serdang: PCT Sdn. Bhd.
14.Ghazali Lateh(2002). Sahabat Pena, Bukit Serdang:PCT Sdn. Bhd.
15.Ghazali Lateh(2013) Sejingga Musim Luruh, Kuala Lumpur:ITBM
16.Ghazali Lateh(2013). Syair Negara Tercinta, Kuala Lumpur: ITBM
17.Ghazali Lateh(2008) Singapura Dilanggar Todak, Putrajaya : Majlis Buku Kebangsaan
Malaysia
18. Ghazali Lateh(2008)Raja Kasim Kembali Bertakhta, Putrajaya: Majlis Buku Kebangsaan
Malaysia.
19. Samsul Khamariah Hamzah danGhazali Lateh(2008). Badang Hamba yang Perkasa,
Putrajaya:Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
20.Ghazali Lateh(2010). Hidup Muafakat, Petaling Jaya:Kelas Buku Sdn. Bhd.
21. Ghazali Lateh(2010). Warisan Kita, Petaling Jaya:Kelas Buku Sdn. Bhd.
22.Ghazali Lateh(2010). Dusun Atuk, Petaling Jaya:Kelas Buku Sdn. Bhd.
23.Ghazali Lateh(2010). Insan Berbudi, Petaling Jaya:Kelas Buku Sdn. Bhd.
24. Roshani Abdullah danGhazali Lateh(2008) Fitnah Membawa Padah, Putrajaya:Majlis Buku
Kebangsaan Malaysia.
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai