Anda di halaman 1dari 7

KEPENTINGAN NILAI

DALAM PENDIDIKAN
NOVEMBER 10, 2011 ULASAN BUKU 4 COMMENTS

Oleh NASHMAD MOHD.


Dalam sesebuah masyarakat, nilai murni amat perlu
diterapkan bagi mewujudkan suasana yang seimbang
dari segi rohani dan jasmani. Usaha penerapan nilai
murni ini perlu dilakukan pada peringkat awal proses
sosialisasi, iaitu semasa individu itu berada pada
peringkat persekolahan, selain penerapan nilai yang
diterapkan oleh ibu bapa di rumah.
Penerapan nilai mendefinisikan nilai sebagai
peraturan perlakuan standard yang menjadi pegangan
ahli masyarakat, ditentukan oleh masyarakat
mengikut budaya masyarakat tersebut (Supeka et,al.,
1976). Tujuan penerapan nilai adalah untuk
mempengaruhi diri individu dengan nilai tertentu yang
berbentuk universal dan mutlak, yang difikirkan baik
dan sesuai.
Buku Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu ini
mengandungi pelbagai pandangan dan pendapat lain
tentang konsep nilai. Buku ini dihasilkan daripada

kajian kes yang menggunakan kerangka teoretis


berasaskan pendekatan penerapan nilai. Maklumat
diperoleh berdasarkan tanggapan guru tentang
pelaksanaan penerapan 16 nilai murni dalam
pengajaran bahasa Melayu, khususnya di sekolah
menengah rendah, Hulu Langat, Selangor.
Beberapa soalan berhubung dengan pelaksanaan
penerapan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu
dikemukakan. Apakah jenis nilai yang kerap dipilih
untuk diterapkan dalam pengajaran bahasa Melayu?
Apakah sumber nilai yang kerap digunakan oleh guru?
Apakah prinsip asas penerapan nilai yang digunakan
oleh guru? Apakah aktiviti bahasa yang kerap
diterapkan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu?
Apakah teknik penerapan nilai yang digunakan oleh
guru untuk menanamkan nilai dalam pengajaran?
Adakah guru membuat penilaian terhadap isi nilai
yang diterapkan dalam pengajaran? Apakah tahap
penerapan nilai yang dapat dicapai oleh guru dalam
pengajaran? Apakah masalah yang dihadapi oleh guru
semasa menanamkan nilai dalam pengajaran bahasa
Melayu? Adakah pengkhususan kaedah mengajar dan
bentuk kursus Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang diperoleh memberikan

pengaruh terhadap pelaksanaan penerapan nilai


dalam pengajaran bahasa Melayu?
Dalam usaha merealisasikan pendidikan bertaraf
dunia seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Dato Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak,
bahawa dalam bidang pendidikan di Malaysia telah
diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek bagi
menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan
sistem pendidikan yang terbaik di dunia.
Pada tahun 1974 , Jawatankuasa Kabinet telah
ditubuhkan dan laporannya diterbitkan pada tahun
1979 untuk mengkaji segala aspek pelaksanaan
pendidikan khasnya kurikulum pada peringkat sekolah
rendah dan menengah. Di samping meneliti
kemampuan sistem pendidikan dalam melahirkan
rakyat yang bersatu padu, terlatih dan berdisiplin,
jawatankuasa ini prihatin terhadap masalah
pendidikan akhlak. Hal ini terdapat dalam kenyataan
pada halaman 227 para 452 Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979.
Dalam Falsafah Pendidikan Negara melalui KBSM,
diharapkan generasi muda yang dididik mempunyai

asas yang Dalam bidang pendidikan di Malaysia telah


diusahakan lonjakan berganda dari semua aspek bagi
menentukan tahap pendidikan negara setaraf dengan
sistem pendidikan yang terbaik di dunia. kukuh nilai
murninya. Falsafah tersebut menggambarkan bahawa
matlamat dan hasrat pendidikan negara tidak akan
terlaksana tanpa asas, membina dan
memperkembangkan pendidikan atas landasan nilai
luhur dan murni. Falsafah ini direalisasikan dalam
KBSM yang digubal dan dilaksanakan pada tahun
1988 bertujuan untuk memberikan penekanan pada
pembangunan potensi individu secara menyeluruh.
Buku yang mengandungi 201 muka surat ini
merupakan kajian penulis tentang penerapan nilai
murni melalui pengajaran bahasa Melayu pada
peringkat sekolah menengah. Penerapan nilai dan
cara pelaksanaannya dapat disesuaikan dengan
keperluan pendidikan nilai yang dilaksanakan dalam
KBSM. Penulis mengkaji kaedah penerapan nilai oleh
guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas yang menggunakan pelbagai alat, seperti
bahan penulisan kreatif dan model contoh.

Tinjauan kajian menunjukkan bahawa pendidikan nilai


sangat penting sebagai sebahagian daripada
kandungan kurikulum sekolah, dalam proses
pendidikan seseorang individu. Menurut Sugarman
(1973) dan Lerner (1976), manusia memang dijadikan
penerima nilai, pemilih nilai, pengamal nilai,
pembentuk nilai pewaris dan penerus nilai serta
pengawal nilai. Berdasarkan penegasan tersebut, Ellis,
Cagan dan Howay (1991) membuat beberapa saranan
berhubung dengan pendidikan nilai tersebut, seperti
yang berikut:
i. Pendidikan nilai amat perlu di sekolah.
ii. Guru merupakan agen pemindahan nilai kepada
pelajar.
iii. Pengajaran nilai sewajarnya menjadi fokus utama
dalam pendidikan.
iv. Pegangan nilai secara umum harus didasarkan
kepercayaan masyarakat.
Hasil kajian yang dijalankan, pertama, berdasarkan
pelaksanaan penerapan nilai murni dalam pelajaran

Bahasa Melayu di sekolah menengah rendah melalui


jenis nilai murni yang selalu diterapkan. Kedua,
berdasarkan sumber untuk memilih nilai yang hendak
Keberkesanan amalan guru selepas kajian akan terus
berkekalan andainya mendapat pencerapan dan
penyeliaan yang mantap dan berterusan, sama ada
secara langsung mahupun secara tidak langsung.
diterapkan, penggunaan prinsip penerapan nilai
dalam pengajaran bahasa Melayu melalui aktiviti
bahasa, dan kaedah penerapan nilai dalam
pengajaran bahasa Melayu, teknik penerapan nilai
yang digunakan, tahap penerapan nilai yang dicapai
oleh guru dan sebagainya. Selain itu, untuk
memudahkan pengguna, dilampirkan juga beberapa
jadual, hipotesis, rajah serta contoh yang diperoleh
dari beberapa sekolah terpilih hasil responden guru
yang mengajarkan Bahasa Melayu. Pada akhir bab
buku ini merumuskan secara keseluruhan dapatan
kajian dalam semua aspek pelaksanaan penerapan
nilai dalam pengajaran Bahasa Melayu yang dikaji.
Untuk mendapatkan maklumat hasil kajian tersebut,
pembaca boleh mendapatkannya secara terperinci.
Buku Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu ini
boleh dijadikan panduan kepada guru untuk

menerapkan pendidikan nilai melalui mata pelajaran


Bahasa Melayu. Keberkesanan amalan guru selepas
kajian akan terus berkekalan andainya mendapat
pencerapan dan penyeliaan yang mantap dan
berterusan, sama ada secara langsung mahupun
secara tidak langsung. Yang penting, penerapan nilai
di sekolah mempunyai hubung kait yang rapat dengan
kehidupan pelajar di rumah dan dalam masyarakat.
Pihak ibu bapa, pihak berwajib dalam masyarakat dan
pihak tertentu yang berkepentingan perlu diberi
pendedahan yang sesuai, iaitu dalam bentuk forum,
seminar, dan sebagainya.
___
Rencana ini dipetik daripada Dewan
Bahasa November 2011.
Kongsi Artikel

Anda mungkin juga menyukai