Anda di halaman 1dari 20

kesedaran kepelbagaian

sosiobudaya dari aspek


kepercayaan dan adat
resam masyarakat di
Malaysia
Kepercayaan dan
Adat resam Orang
Cina
Kepercayaan
Menurut dasar fikiran orang Cina, seluruh fenomena alam
itu dapat dibahagikan kepada dua klasifikasi iaitu yang
dan yin.
Dalam kehidupan orang Cina, ada tiga ajaran yang mereka
menganuti iaitu Taoisme, Konfusianisme, dan Buddha.
Taoisme
Taoisme merupakan ajaran pertama bagi orang Cina yang
dikemukakan Laotze.
Dikisahkan, Laotze merasa amat kecewa akan kehidupan dunia,
sehingga memutuskan untuk mengasingkan diri dengan tidak
mencampuri urusan duniawi. Laotze kemudian menulis kitab
Tao Te Ching yang menjadi dasar pandangan ajaran Taoisme.
Kitab Tao Te Ching memuat ajaran bahwa seharusnya manusia
mengikuti geraknya (hukum alam) iaitu dengan menilik
kesederhanaan hukum alam. Dengan Tao manusia dapat
menghindarkan diri dari segala keadaan yang bertentangan
dengan irama alam semesta.
Konfusianisme
Diasaskan oleh Kong Fu Tze
Merupakan fahaman dan bukannya agama.
Fahaman ini menekankan perasaan perikemanusiaan
dan harga diri.
Menurut Confucius, kemanusiaan bererti kebolehan
mengamalkan lima kebaikan di dunia iaitu, budi bahasa,
kemurahan hati, amanah, rajin dan baik hati.
Buddhisme
Agama Buddha merupakan agama yang utama di dunia.
Diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha.
Memperkenalkan prinsip empat kebenaran yang mulia
dan jalan lapan lapis.
Dalam prinsip empat kebenaran, beliau menyatakan
bahawa kehidupan penuh dengan kepahitan yang
disebabkan oleh tuntutan nafsu.
Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu
adalah dengan cara jalan lapan lapis.
Melalui jalan ini, penganut Buddha dapat menikmati
nirvana dan membuang semua kesengsaraan
Adat Resam

Perkahwinan Kelahiran Kematian


Perkahwinan
Peringkat adat resam perkahwinan masyarakat orang
cina:
KELAHIRAN
Bagi orang-orang Cina , kelahiran anak juga merupakan satu
peristiwa penting . Ibu-ibu kaum Cina sangat mengambil berat
terhadap diri mereka sendiri sebelum melahirkan anak .
Keluarga Cina mempunyai beberapa kepercayaan semasa ibu
mengandung . Misalnya , memaku di dinding dalam rumah tidak
dibenarkan sama sekali kerana khuatir bayi akan mengalami
kecacatan. Ibu yang mengandung mesti berjaga-jaga supaya tidak
terperanjat terutamanya (terkejut dan terpengaruh) dengan benda-
benda yang tidak baik . Pantang larang itu diamalkan selama kira-
kira sebulan selepas bersalin .
Cara menamakan bayi juga diutamakan. Nama bayi harus disusun
secara seimbang yang mengandungi unsur yin dan yang.
Lain-lain Adat Resam:
Memberikan Angpau pada Tahun Baru Cina sebagai tanda
restu dan memberi berkat.
Tarian singa pada Tahun Baru Cina.
Makan Kuih Bulan pada perayaan Kuih Bulan.
Makan Tang Yuan pada Winter Solstice.
Winter Solstice merupakan hari untuk reunion
(berkumpul) dengan keluarga. Hari ini juga bermakna telah
membesar setahun setelah makan tang yuan.
Kepercayaan Kadazandusun
Pada awalnya,kaum kadazandusun di Sabah mengamalkan
kepercayaan animisme. kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman
dan adat "pagan" kaum.
Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang
bersemayam di dunia lain.
Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun, Kinorohingan merupakan
tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan
perlindungan dari sebarang penyakit.
Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti
"Roogon" atau syaitan. Masyarakat kadazandusun mempercayai
bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila
tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.
Pada hari ini semakin ramai masyarakat kadazandusun yang telah
memeluk agama Kristian dan agama Islam.
Adat Resam Kadazan
Perayaan- Pesta Kaamatan (Menuai)disambut oleh Kadazandusun
sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga
disambut oleh semua kaum lain Sabah seperti Murut. Pesta
Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini
hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah
peraduan Ratu Cantik atau Unduk Ngadau, tarian tradisi, dan
upacara kemuncak yang dijalankan
olehBobohizan[Kadazan]/Bobolian[Dusun]/Babalian[Murut] "ketua
pendita

Ibu yang bersalin perlu berpantang yang kebanyakan orang ialah


7 hari dan orang yang berdarjat 21 hari. Orang yang berdarjat
lebih tinggi ialah tempoh 44 hari.
Sepanjang tempoh berpantang, suami tidak dibenarkan untuk
berada jauh dari rumah.
Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan
anak yang baru lahir diberika kawalan secara mistik oleh bidan
agar tidak diganggu oleh mahkluk halus.
Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir mahluk halus
di sekitar tanah dan tempat darah yang mengalir ketika ibu
bersalin akan digantung dengan daun-daun limau.
Pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah tidak boleh
makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan
nasi bercampur air seperti bubur.
Bayi yang baru lahir tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.
Adat menanamkan anak dilakukan setelah bayi berumur lapan hari.
Anak diberikan nama setelah berusia lapan hari dan sebanyak dua
kali iaitu nama sementara dan nama sebenar.
Upacara rasmi memberikan nama sebenar dibuat hari
kelapan di beranda rumah.
Pada hari itu, bayi tersebut dibawa keluar dari rumah
buat pertama kalinya.
Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik yang
lengkap dengan mantera dan tatacaranya.
Setelah anak berusia kira-kira satu bulan, upacara
turun tanah atau disebut Mintuhun atau Minuhu
dilakukan.
Ibu membawa anaknya sendiri dan membawa
beberapa barang iaitu:
1) sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada
rotan, bertutup dan bertali untuk disandang. Berait ini
diisi dengan pelbagai alatan.
2) Sebilah mamadik, iaitu pisau kecil yang digunakan
untuk menghalau Rogon Gaiyah.
3) Serangkai komburongoh iaitu jerangau sejenis rumput
yang dianggap ibu kepada segala semangat dalam
upacara perubatan tradisi mereka.
4) Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada
jaring.
Sebelum memijak tanah, tapak kaki anak diconteng dengan
arang kuali dengan satu garis lurus sehingga atas dahinya.
Setelah selesai barulah anak boleh memijakkan kakinya ke
tanah.
Ketika anak dibawa semula ke rumah, ibunya membawa
bersama sedikit rumput-rumpai dari halaman rumah yang
sudah dipijak oleh anaknya.
Rumput itu dicampur ke dalam air mandian tersebut.
SEKIAN, TERIMA
KASIH!

Anda mungkin juga menyukai