Anda di halaman 1dari 15

SEKAPUR SIRIH Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan cahaya rahmatnya dapat kami menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz Azarudin bin Awang di atas bimbingan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan ahli kumpulan ini yang banyak menyumbangkan maklumat dan pendapat serta pandangan sehingga siap selesai tugasan ini dengan jayanya. Ribuan penghargaan kepada rakan sekuliah yang banyak memberi pandangan,kerjasama dan sokongan selama ini sehingga selesai tugasan ini. Diharapkan melalui ilmu yang tidak seberapa ini dapatlah mengembangkan lagi pengetahuan rakan-rakan dan pelajar lain. Terima kasih.Wassalam.

1. NOOR AINI BINTI KASIM 2.ROSHALIA BINTI ABD GHANI 3.SUZANA BINTI NGAH@SALIM 4.ROHASLINA BINTI AWANG

(2011724141 ) (2011790583) (2011136583) (2011948797)

UITM KAMPUS CENDERING, KUALA TERENGGANU.

KANDUNGAN

Muka surat

Sekapur Sirih Isi Kandungan Pendahuluan Masyarakat Cina dan Agama di Malaysia Ajaran dan Fahaman Masyarakat Cina Buddha Taoisme Confucionisme Kepercayaan Masyarakat Cina Perkahwinan Kehamilan dan Kelahiran Pakaian Pemakanan Perayaan Kematian Pergerakan Persatuan Belia Buddhis di Malaysia Kesimpulan Rujukan

1 2 3 4 5 5 5 6 8 9 9 10 10 10 11 13 14 15

TAJUK : ANALISIS KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA 2

PENDAHULUAN Terdapat beberapa budaya dan kepercayaan yang masih di praktikkan sejak beberapa generasi yang lalu.Ianya menjadi sebahagian daripada identiti dan warisan masyarakat Cina sejak turun termurun. Setiap amalan dan adat masyarakat Cina ini mempunyai pengertian yang tersendiri bukan sahaja melambangkan norma-norma yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan merupakan manifestasi terhadap beberapa nilai moral yang menjadi pegangan orang Cina keseluruhannya. Nilai-nilai etika ini penting dalam mempertahankan kelansungan hidup dan keharmonian sesama anggota masyarakat.Amalan,adat dan pantang larang yang di pegang oleh masyarakat Cina lebih berupa suatu kawalan sosial yang berperanan mengikat anggotaanggota masyarakat agar tidak melakukan perkara yang menyimpang dari amalan-amalan orang Cina. Orang Cina tidak dapat melepaskan diri daripada mempraktikkan elemen-elemen tradisional dan kepercayaan kuno kerana tanpa kesemua ini orang Cina akan kehilangan identiti dan pengenalan bangsanya sendiri. Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius.

MASYARAKAT CINA DAN AGAMA DI MALAYSIA Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.

Carta 1: Taburan peratus penduduk mengikut etnik di Malaysia Merujuk Carta 1, 67.4% merupakan kaum bumiputera, dimana 56.4% terdiri daripada kaum Melayu dan 11% dari bumiputera lain. Kira kira 24.6% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina , 7.3% terdiri daripada kaum India dengan seramai 1.86 juta orang, manakala lainlain kaum pula seramai 0.7 %. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil. Islam merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 61.3 peratus. Sebagai negara berbilang kaum, antara agama lain yang dianuti adalah Buddha (19.8%), Kristian (9.2%) dan Hindu (6.3%). Masyarakat Cina membentuk lebih kurang 30 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Walau bagaimanapun tidak sampai 1% dari orang-orang Cina di Malaysia yang memeluk agama Islam.

Carta 2 : Peratus agama yang dianuti masyarakat Cina Carta 2 menunjukkan kebanyakan orang Cina di Malaysia dikategorikan sebagai penganut agama Buddha atau Taoism . Secara tipikalnya, orang Cina mengamalkan sejenis agama integrasi nilai-nilai budaya trdisional China , Buddhism, Taoism,Confucianism , dan 4

penyembahan nenek moyang.Walaubagaimanapun terdapat minoriti masyarakat Cina menganuti agama Kristian ,Hindu ,Islam ,dan sebagainya. AJARAN DAN FAHAMAN MASYARAKAT CINA Buddha Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari Sri Lanka. Agama Buddha merupakan salah satu agama universal di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada cycle of life iaitu manusia akan terus lahir, mati dan lahir semula. Sidharta Gautama juga dikenali sebagai Pemberi Cahaya. Ajaran Buddha yang disebarkan oleh beliau bukanlah satu ajaran metafizik atau falsafah tetapi lebih menekankan kepada ajaran yang berkaitan dengan psikologi dan etikaetika kehidupan. Buddhisme disusun dalam sistem Tri Pitaka atau Tri Ratna iaitu Buddha, Sangha dan Dharma. Ajaran Buddha terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran Hinayana yang lebih mementingkan kehidupan secara masyarakat dan aliran Mahayana yang lebih mementingkan keupayaan dalam menentukan kehidupannya. Toisme. Toisme merupakan ajaran pertama bagi orang Cina yang diasaskan oleh Loa Tze dan Chuang Tzu sejak akhir Zaman Chunqiu. Ajaran ini adalah satu cara untuk mencapai keharmonian dengan alam semesta. Menurut lagenda, Lao Tze adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme. Ajaran Taoisme terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran Confucius menekankan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao membawa maksud cara atau jalan bagi mencapai keharmonian alam semesta. Ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf. 5

Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia harus bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalahmasalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati oleh kalangan penduduk di luar Bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai berfahaman confucianisme. Penganut-penganut Taoisme memandang hina terhadap perkara-perkara keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. Menusia tidak boleh mengubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi. Ajaran Lao Tze hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi boleh hidup dengan gembira. Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetic dan herba-herba asli. Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak menjadi warisan kesusasteraan yang terkenal.Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit menjadi sebuah agama. Confucianisme Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. Beliau berasal dari keluarga Lu di wilayah Shangtung, dimana tempat beliau dilahirkan. Nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. Beliau mahir tentang Li iaitu susunan tingkah laku yang baik. Beliau telah meninggal dunia 6

pada tahun 479SM semasa berusia 72 tahun. Semua ajarannya telah dibukukan oleh pengikutpengikutnya. Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Jen mengutamakan lima kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun Yu atau Analekta. Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). Confucius merupakan orang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. Klasik-klasik ini terdiri daripada : a. b. c. d. e. Book of Odes (Shih Ching) Book of History (Shu Ching) Book of Rites (Li Chi) Book of Changes (I Ching) Sping Ang Autum Annals (Chun Ching) Ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau rukun bangsa. Antara ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. Dalam ajaran Confucius, terdapat 5 jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu : a. b. c. d. e. Pemerintah dengan rakyat Ibu bapa dengan anak Suami dengan isteri Abang dan adik Kawan dan kawan Menurut beliau setiap individu mempunyai tugasan dan tanggungjawab terhadap pihak lain. Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih saying patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah 7

membimbing dan mendisiplinkan anak. Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar. Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. Rakyat perlu hormat dan taat setia kepada kerajaan. Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat. Dalam sesebuah negara kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti. Bagi masyarakat China, mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselesaikan. Beliau yang mewujudkan confucianisme juga mementingkan penyembahan nenek moyang. Meng Tze, pengikut Confucius telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT CINA Masyarakat cina di Malaysia juga seperti masyarakat- masyarakat lain yang mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum cina di Malaysia ialah warisan daripada Negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besar besaran kaum cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka. Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan Feng Shui, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina.Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat 8

istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat. PERKAHWINAN Dari aspek perkahwinan, masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya, adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat.Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang diingini. Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku. Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari pertunangan pula dilakukan berdasarkan calendar cina.Dalam upacara ini, khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong- su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau mengikut tempoh yang ditetapkan. Akhir sekali, mereka akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka. KEHAMILAN DAN KELAHIRAN Di samping itu, pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir tidak ditimpa kejadian buruk.Misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil dan memaku dinding rumah atau apa-apa sahaja tidak dibenarkan sama sekali kerana dikuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan .Ibu yang mengandung juga mesti berjaga-jaga supaya tidak terperanjat dengan benda-benda yang tidak baik.Wanita yang telah bersalin terpaksa berpantang selama 40 hari, mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi itu mencapai umur sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi pada hari ke 29 kelahiran.Ini kerana mereka menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.Rambut bayi yang dicukur dibungkus dengan kain merah. Rambut bayi akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya. Orang cina tidak suka bayi mereka dipuji berat badannya sebaliknya kata-kata pujian seperti gemuk atau gemuk macam babi dapat diterima. Selepas sebulan saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan oleh bayi.Hadiah hadiah itu dibungkus dengan kertas merah. 9

PAKAIAN Dari aspek pakaian pula, pakaian masyarakat cina berbeza dengan masyarakat lain di Malaysia. Pada asalnya , busana kaum cina berlapis-lapis, penuh dengan sulaman benang emas dan sutera. Ia masih boleh dilihat pada masa kini walaupun telah diubah suai. Jubah labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan samfoo masih kekal dipakai dalam upacara majlis. PEMAKANAN Dalam aspek pemakanan pula, masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan.Salah satu daripadanya adalah kuih bulan.Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan pertengahan musim luruh. Kuih tersebut dibuat daripada adunan manis dan memiliki inti biji buah teratai di tengahnya. Selain itu, Gan Pan Mian juga merupakan makanan masyarakat cina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat Foochow. Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi dan lewat malam. PERAYAAN Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang cina.Antara perayaan terbesar yang disambut ialah Perayaan Tahun Baru Cina.Perayaan ini disambut secara besar besaran oleh masyarakat cina bagi menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.Orang cina mempercayai bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalendar mereka. Pada hari hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.Ada orang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah.Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa cina.Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarahi ahli keluarga , saudara mara dan sahabat. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak kanak oleh orang tua yang telah berkahwin.Acara terbesar pada malam Tahun Baru ialah jamuan pertemuan semula.Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ,itik, ayam dan ikan. Tahun baru Cina juga sangat sinonim dengan tarian. Antara tarian yang selalu dimainkan ialah Tarian Singa dan Tarian Naga. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari 10

dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat.Naga dalam tarian naga dipercayai mewakili kekuatan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Selepas 15 hari perayaan, iaitu hari terakhir perayaan mereka akan merayakan perayaan Chap Goh Meh. Masyartakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal soal kematian.Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak.Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja yang besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. KEMATIAN Semasa Kematian Apabila berlaku kematian, mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. Ia bertujuan untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di alam akhirat. Kemudian mayat tersebut dipakaikan dengan pakaian yang cantik.Lazimnya pakaian tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan. Si mati turut dipakaikan dengan aksesori yang lain terutamanya wanita. Kemudian mayat dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam.Ini adalah untuk menunjukkan kedudukan seeorang semasa hidupnya. Apabila berlaku kematian, ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati.Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan perkuburan ditanam. Tangisan ,mengungkit keburukan si mati dilarang sama sekali. Jika ini berlaku, roh si mati tidak akan tenteram dan si mati akan tersiksa. Ada juga segelintir masyarakat Cina yang melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati agar tidak disoal di alam akhirat kelak.Tangisan ahli keluarga terutama ibu bapa atau saudara yang lebih tua lebih baik dan ini digalakkan dalam masyarakat Cina. Selain itu masyarakat Cina juga akan mengupah lebih ramai untuk menangisi si mati. Tangisan yang kuat terutama dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan amat digalakkan.Tangisan ini seolah-olah menggambarkan kesedihan keluarga dan sahabat handai terhadap kematian itu. Tangisan akan berlanjutan sehingga mayat dikebumikan.

mayat akan dibawa ke jirat atau tanah perkuburan untuk dikebumikan. Pada zaman dahulu 11

masyarakat Cina mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik .lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati. Sekiranya si mati daripada golongan berada, ukiran lebih halus dan menarik berbanding golongan biasa. Namun pada zaman sekarang mayat yang telah diletakkan ke dalam keranda akan dimasukkan ke dalam lori kecil yang dikhaskan untuk menghantar mayat ke tanah perkuburan. Semasa mengiring mayat dari rumah ke kawasan perkuburan, pelbagai jenis lagu akan mengiringinya. Lagu tersebut adalah berbentuk agama atau lagu-lagu tradisional masyarakat Cina sebagai lambang kesedihan atau takziah.Tidak kurang juga mereka mendendangkan lagu kegemaran si mati ketika hidup.Lazimnya pemuzik tersebut ditempah khas untuk mengiringi jenazah. Iringan muzik akan bermula dari rumah sehinggalah mayat dikebumikan. Biasanya iringan muzik tidak akan berhenti-henti supaya si mati dapat dihiburkan sehingga berada di alam akhirat.

Lazimnya pada hari tersebut, ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Warna lain tidak digalakkan, apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut.Pakaian ahli keluarga si mati adalah seperti jubah hitam yang lengkap dengan topi. Kemudian. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut. Semasa Pengebumian Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia digali dan lubang tersebut haruslah besar supaya boleh memuatkan keranda. Bagi masyarakat Cina tradisional, mereka memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Oleh itu liang lahad perlu besar untuk menampung harta milik si mati. Ini adalah penting untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kini amalan tersebut telah berkurangan kerana telah banyak kejadian menggali lubang kubur dilaporkan sehingga amalan tersebut tidak dilakukan lagi.Hanya kertas yang bercop bentuk duit sahaja digunakan bagi mengelak kejadian mengorek lubang kubur oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bagi masyarakat Cina Kawasan perkuburan yang strategik memainkan peranan penting kerana menjadi lambang kebahagiaan yang bakal dikecapi apabila seseorang telah meninggal dunia.Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata. Terdapat beberapa hiasan yang cantik 12

samada daripada ukiran, warna, atau bentuk.Ukiran ini sebagai melambangkan kekayaan si mati ketika hidup.Kubur atau jirat yang besar dan mempunyai bentuk yang menarik menjadi lambang kemewahan.Ini bermakna si mati layak menikmati kemewahan selepas mati seperti ketika hidup.Oleh itu tidak hairanlah masyarakat Cina menyediakan jirat yang besar dan mewah untuk ahli keluarga yang meninggal dunia. Selepas Kematian Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat. PERGERAKAN PERSATUAN BELIA BUDDHIS DI MALAYSIA Pergerakan belia Buddhis di Malaysia bermula pada tahun 1955, iaitu apabila seorang Bhikkhu yang berbangsa Amerika, Ven. Sumangalo, mengasaskan Kumpulan Belia Persatuan Buddhis Pulau Pinang. Sehingga tahun 1958, hasil dari usahanya, banyak persatuan belia Buddhis telah diasaskan, ai antaranya termasuk Kumpulan Belia Persatuan Buddhis Melaka, Kumpulan Belia Wat Buddha Jayanti, Kumpulan Belia Persatuan Buddhis Kelantan, Persatuan Belia Buddhis Kedah dan Persatuan Belia Buddhis Selangor. Penubuhan Persatuan-Persatuan Belia Buddhis ini telah telah membawa kepada tersidangnya Perhimpunan Belia Buddhis Kebangsaan yang pertama pada Disember, 1958.Kejayaan penting yang dicapai ialah tertubuhnya Kesatuan Persaudaraan Buddhis Malaysia.Setelah itu, tiga lagi perhimpunan tersebut diadakan, masing-masing bertempat di Melaka (1960), Kuala Lumpur (1962) dan Kuala Terengganu (1964).Sehingga 1965, 11 buah Persatuan Belia Buddhis menyertai Kesatuan Persaudaraan Buddhis Malaysia, iaitu separuh dari jumlah Persatuan Buddhis yang tertubuh di Malaysia pada ketika itu. Pergerakan Kesatuan tersebut berhenti pada tahun 1965 dan berterusan selama 5 tahun.Oleh kerana Ven. Sumangalo merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap perkembangan awal pergerakan belia Buddhis di Malaysia, beliau dikenali umum sebagai Bapa Belia Buddhis Malaysia. Persatuan Belia Buddhis Malaysia telah ditubuhkan hasil daripada seminar belia Buddhis yang pertama diadakan pada 25hb hingga 29hb Julai 1970 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sejumlah 17 buah Persatuan Belia Buddhis menghantar wakil untuk menyertai seminar tersebut yang telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Buddhis Selangor. 13

Para belia Buddhis ini berpendapat bahawa kekurangan semangat untuk mengembangkan Agama Buddha telah menyekat perkembangan Buddhisme di Malaysia.Belia Buddhis haruslah bersatupadu, bergembeleng tenaga manusia, kewangan dan material lain untuk membentuk wajah baru Buddhisme, mempertingkatkan perpaduan dan memberi sumbangan yang lebih besar dalam perkembangan Buddhisme serta peradaban bukan-material di Malaysia. Setakat ini tahun 1994, terdapat lebih 260 buah pertubuhan Buddhis menyertai YBAM, termasuklah Persatuan Buddha Wakaf Bharu, ini telah menyebabkan YBAM bertindak sebagai satu gentera perpaduan dan perhubungan baik umat Buddhis di Malaysia. YBAM ialah wakil belia Buddhis yang tunggal yang diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan.YBAM juga menganggotai Jawatankuasa Belia Malaysia dan Jawatankuasa Perunding Belia Negara.YBAM aktif menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Kerajaan dan sentiasa mendapat bantuan dari Kementerian Belia dan Sukan.

KESIMPULAN Setiap etnik mempunyai jati diri yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masingmasing. Kepelbagaian ini merupakan satu keunikan tersendiri bagi masyarakat Malaysia.Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan tamadun China, dimulai dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang, fahaman dan bertukar kepada bentuk agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem pemerintahan agar taat dan patuh kepada pemerintah. Masyarakat Cina percaya dengan menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan yang dicampur dengan kepercayaan tradisi dan adat resam.Mereka juga mengutamakan amalan kepercayaan yang dapat memberikan kesejahteraan , kebahagian dan kekayaan. Agama orang Cina lebih berupa kepercayaan yang berlandaskan pengajaran ahli falsafah seperti Buddha,Confucious dan Lao Tze.

RUJUKAN

Azhar Hj.Mad Aros. 2001.TITAS Kertas 1.Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.Bhd.

14

Osman Bakar. 1997. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Universiti Malaysia. Prof Dr Mohamed Yusoff Ismail. 2011. Masyarakat dan Tamadun. Selangor : Open University Malaysia. Sivachandralingam Sundra Raja. 2008. Tamadun Dunia Kertas 1. Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Wan Abdul Rahman Latif. 1996. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Agama Buddha.http://fastnote.wordpress.com Amalan Buddhis. http://www.ksridhammananda.com Agama dan Kepercayaan Masyarakat Cina.http://www.scribd.com Agama dan kepercayaan Tamadun China. http://fastnote.wordpress.com Statistik penduduk Malaysia. http://www.statistics.gov.my/portal

15

Anda mungkin juga menyukai