Anda di halaman 1dari 3

Agama Hindu Terdapat lima prinsip utama dalam agama Hindu iaitu: 1. Kuwujudan Tuhan yang tunggal 2.

Manusia itu suci 3. Perpaduan melalui percintaan 4. Harmoni agama, dan 5. Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantera yang suci. Di samping itu, terdapat sepuluhdisplin yang bersifat sejagat yang diamalkan dalam agama Hindu ini iaitu: 1. Kejujuran (satya) 2. Kesederhanaan (ahimsa) 3. Tidak berzina (brahmacharya) 4. Tidak merompak (asteya) 5. Kesucian (aparigraha) 6. Kebersihan (ahaucha) 7. Kepuasan (santosh) 8. Mengkaji kitab (swadhyaya) 9. Penjimatan (tapas) 10. Doa (pooja)
NILAI-NILAI AGAMA HINDU
Agama Hindu adalah antara agama tertua di dunia juga dikenali sebagai Santhana Dharma (kekal abadi). Agama Hindu tidak diasaskan oleh seorang individu ataupun berasaskan wahyu. Agama ini berpusat di kawasan Sungai Indus, satu kawasan luas di India Utara.40 Agama Hindu menganjurkan kepercayaan pada hukum karma iaitu perbuatan baik dibalas baik; perbuatan jahat dibalas jahat. Dokrin dan falsafah agama Hindu dijelaskan dalam kitab suci agama Hindu seperti Veda -veda dan Bhagavath Gita dan sajak-sajak yang disampaikan oleh ulama -ulama teragung (Great Saints) sejak 1500 tahun sebelum masehi.41 Agama Hindu mempratikkan kepercayan dan nilai-nilai seperti kepercayaan kepada Tuhan, tolak ansur, ketabahan, mengawal diri, tidak dendam dan dengki, ampun dan maaf, menimba ilmu, kemanusiaan, tidak fanatik terhadap agama, memerangi hawa nafsu, mengawal kemarahan, mencegah penyeksaan dan patuh kepada ajaran Veda. Selain itu, agama Hindu juga menganjurkan nilai-nilai seperti kasih sayang, larangan minum arak, mentaati ibu bapa, mengawal nafsu dan keadilan dalam sistem pemerintahan.

But the man who, controlling his senses with his mind, undertakes through his action organs the discipline of action without attachment, distinguishes himself. (Bagavath Gita.3.7) Sementara itu, salah satu petikan daripada Rig-Veda (1.89.1.) pula menganjurkan toleransi keagamaan dengan ayat bermaksud Let noble thoughts come to us from everyside, pure, unobstructed, overflowing. Sehubungan ini, Yajur Veda 36.18 pula menganjurkan kemesraan di kalangan sesama manusia dengan ayat bermaksud May all beings look on me with friendly eyes; may I look on all beings with friendly eyes; may we look on each other with friendly eyes. Bagi agama Hindu, tindakan atau amalan (deeds) adalah amat penting kerana Tuhan hanya melihat amalan manusia dan bukan keturunan seseorang itu. Dalam hubungan ini, seorang Mahaguru Hindu (saint) bernama Thirumoolar mengatakan bahawa seorang insan can reach God in services to humanity, charity, love shown to them. Mahaguru agama Hindu ini juga pernah menyebut bahawa sekiranya manusia memahami dan menerima hakikat bahawa manusia sebagai satu ummah dan Tuhan itu Esa (Unity of God), maka manusia tidak akan menemui penderitaan (Oruvane Thevanum nantre ninaimin namanillai-Bahasa Tamil). Agama Hindu percaya pada konsep avatar iaitu kepercayaan bahawa Tuhan boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa untuk menyelamat dan membantu manusia daripada kejahatan. Konsep ini menyebakan penganut Hindu menyembah kepada pelbagai dewa-dewi yang dianggap sebagai penjelmaan Tuhan yang satu atau Esa. 42 Pada masa yang sama, adalah menjadi amalan bagi penganut Hindu untuk mendirikan rumah berhampiran dengan kuil ( sama adalah kuil yang didirikan dalam bentuk bangunan ataupun tempat keramat atau shrine. Penganut Hindu tidak digalakkan tinggal dalam kawasan perumahan yang tidak ada kuil. Amalan ini menyebabkan penjajah British mendirikan kuil Hindu di ladang-ladang getah yang dimiliki oleh mereka sabelum merdeka. Pada umumnya, agama Hindu menganjurkan konsep berdoa untuk keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan seluruh alam dan manusia (umat manusia) semasa menunaikan ibadat sembayang dan bukan kepada sesuatu kaum, ummah atau sesuatu penganut agama tertentu. Antara doa-doa agama Hindu adalah seperti berikut: Berdoa agar seluruh umat manusia sentiasa sejahtera dan bahagia. ( Om, sarve bhavantu sukhinah, sarve santu niramaya -ah, sarve bhadrani pashyantuma-kaschit duhkhabhag bhavet, Om shanti, shanti,)

(Terjemahan) Oh, Almighty, may all (entire mankind) be happy, may all be healthy, may all experience prosperity, may none (in the world) suffer. May peace, peace, peace be unto us and all the beings of the world Berusaha untuk kebajikan seluruh umat manusia (Sarva bhuta hite ratah) (Terjemahan) Work continuously for the welfare of every living being Berdoa agar seluruh umat manusia gembira selalu Loka samsthah sukhino bhavanto) (Terjemahan) Let all be happy Petikan doadoa tersebut jelasnya menunjukkan bahawa agama Hindu tidak menganjurkan konsep permusuhan dengan penganut agama lain tetapi meletakkan sebagai kewajipan bagi setiap penganut Hindu untuk berdoa agar kebaikan dan kesejahteraan keseluruhan alam dan umat manusia terjamin , tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.

http://free2talk2me.blogspot.com/2011/03/memahamai-nilai-nilai-pelbagai-agama.html

Anda mungkin juga menyukai