Anda di halaman 1dari 1

Ciri Ciri Tamadun Islam

1. Konsisten
o o o o o o

Proses tamadun Islam adalah berterusan-sehungga kini sudah 14 kurun Islam yang dibawa oleh Rasulullah mampu bertahan sehingga hari kiamat. Ini merupakan antara keunikan tamadun Islam. Sistem perundangan dalam tamadun Islam tetap berpandukan al-Quran dan al-sunnah. Perintah serta larangan Allah adalah mutlak tanpa berubah mengikut arus zaman. Ciri Islam yang begitu konsisten berupaya menghadapi cabaran zaman.

2. Terbuka dan Rasional


o

o o o o

Tamadun Islam yang mengalami proses pembinaan yang agak lama tentunya memberi ruang kepada peradaban-peradaban lain untuk diasimilasikan supaya sesuai dengan resam dan budaya penganutnya. Islam menerima tatacara yang tidak bertentangan dengan syariat Allah. Islam bersifat terbuka untuk menerima pembaharuan yang dapat memperkukuh sistemsistem yang wujud dalam Islam. Islam juga bersifat rasional terutamanya berkaitan dengan persoalan semasa yang tidak melibatkan hukum bersifat mutlak. Perbincangan(musyawarah) digalakkan dalam untuk meleraikan sesuatu masalah.

3. Bersifat semasa
o o o o

Islam masih bertahan sehingga kini disebabkab ia dapat disesuaikan dengan perubahan semasa. Sistem-sistem yang wujud dalam Islam berupaya menerima unsur-unsur peradaban lain yang tidak bertentangan dengan Islam. Pembudayaan serta gabungan akal dan keimanan melahirkan perkara-perkara baru sesuai dengan kehendak zaman. Ch; sistem perbankan dan kewangan diubahsuai supaya menepati syariat Islam.

4. Sesuai dengan fitrah manusia


o o o o o

Berupaya membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Islam mengajar manusia agar menghargai diri, masyarakat dan alam. Manusia memerlukan keseimbangan dari segi rohani dan jasmani. Fitrah manusia memang memerlukan imbangan yang menghubungkan elemen kemanusiaan dengan aspek-aspek ketuhanan. Hubungan tersebut ialah hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekeliling.

5. Sempurna/syumul
o o o o

Islam adalah sempurna dan menyempurnakan keperluan manusia. Meliputi segala aspek kehidupan termasuklah sosial, ekonomi, perundangan, politik dan sebagainya. Kepelbagaian ini sepatutnya digunakan oleh umat Islam untuk membina kembali tamadun ini. habis

Anda mungkin juga menyukai