Anda di halaman 1dari 11

Nota Titas Bab 3.

Topik 3 : Interaksi Antara Pelbagai Tamadun (Melayu, Cina, India,Jepun,Eropah).

Pengenalan.
- Proses interaksi bermula dengan proses pembudayaan yang
mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik.
- Melalui proses interaksi antara budaya, maka terbentuk interaksi peringkat
tamadun
- Perdagangan memainkan peranan yang penting dalam proses interaksi
antara tamadun.

Interaksi Tamadun India dan China.


- Rekod sejarah China, berlaku melalui hubungan perdagangan seawal kurun
ke-2 S.M.
- Jalan Sutera yang menjadi laluan para pedagang - saluran interaksi
- Selain daripada barang dagangan, agama Buddha merupakan komoditi
terpenting yang dibawa
ke China
- Pada kurun ke-2, telah berlaku pertembungan di antara tamadun Cina dan
tamadun India di
rantau Asia Tenggara melalui aktiviti perdagangan.

Kesan:

1.Penyebaran Agama Buddha


- Dibawa masuk ke China kurun pertama masihi
- Maharaja hantar wakil ke India utk fahami & mendalami ajaran
- Disesuaikan dgn tradisi budaya masyarakat Cina; doktrin Daoisme &
Konfusianisme

- Sami dr China menetap di India & pelajari kitab Buddha (bahasa Sanskrit &
Pali)
- Berjaya menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi (Tripitaka)

2. Sains dan Teknologi


- Dari China - pembuatan kertas, tembikar, bahan letupan, percetakan &
kompas
- Perubatan Cina mendapat tempat dan diberi penghormatan yang tinggi di
India

- Dari India - teknologi India menghasilkan gula daripada tebu, 60 koleksi


ilmu astronomi India telah diterjemah ke bahasa Cina ahli astronomi India pernah
berkhidmat di China sistem kalendar lunar Cina yang baru
- Karya perubatan India pula banyak diterjemah ke dalam bahasa Cina

3.Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian.

- Ilmu fonetik Cina guna pengetahuan dan teknik ilmu fonetik Sanskrit dipelajari melalui ajaran Buddhisme
- Kitab Buddha juga telah membekalkan bahan untuk panduan dan rujukan
kepada kesusasteraan Cina- perbendaharaan kata, tema, gaya dan genre.
- Seni muzik India alat muzik Cina yg berasal dari India :- pipa dan
konghou.

INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN INDIA

- Bermula seawal abad ke-3 SM


- Bhn bertulis dari India - ada menyebut ttg Malayadvipa (Semenanjung Melayu)

- Tujuan utama kedatangan para pedagang dari India ke Tanah Melayu - bagi
dapatkan emas
- Suvarnabhumi (tanah emas) gelaran diberi kpd Tanah Melayu

Kesan:
1.Penyebaran Agama
- Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk
tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.
- Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang pula merupakan tinggalan pengaruh
ajaran Hindu kerajaan Chola ketika menguasai Kedah.

2.Sistem Pemerintahan
- konsep Dewaraja (dlm bhs Sanskrit yang bermakna God King) - konsep
ketuhanan agama Hindu yg membesarkan keagungan dewa-dewi & dikaitkan dgn
kedudukan serta status Raja sbg jelmaan Tuhan
- Upacara pertabalan - bg mengekalkan status tinggi Raja
- Panca Persada yg spt Gunung Mahameru, memperlihatkan pengaruh kosmologi
Hindu-Buddha.

3.Struktur Masyarakat
- Akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat
pemisahan jelas golongan atasan/ bangsawan yang dianggap lebih mulia dgn
golongan rakyat biasa.
- Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam
kehidupan masyarakat Melayu

4.Adat resam dan Budaya


- Kedatangan agama Hindu pengaruhi kehidupan seharian dan adat resam
masyarakat Melayu:- amalan jampi & mentera

- Amalan adat di kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik


telinga, bersanding dan berinai, mencecah garam dan menjejak kaki ke bumi bagi
bayi,
- Masyarakat India Chittyan memperlihatkan persamaan dgn kebudayaan Melayu

5. Bahasa
- Pengaruh bahasa Sanskit
- Penemuan Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo (684
M), Batu Bersurat Kota Kapur (686 M) dan Batu Bersurat Karang Berahi (692 M)
buktikan pengaruh bhs Saskrit dlm bhs Melayu kuno yg digunakan ketika itu
- Batu Bersurat Terengganu, selain drp perkataan Arab, turut ditemui 29 perkataan
dari bahasa Sanskrit

Pengaruh Dari Bahasa Sanskrit(Perbandingan Bahasa Melayu Lama dan Baru)

Bhakti = bakti
Dosa = dosa

Bhumi = bumi
Drohaka = derhaka

Maharddhika = merdeka
Rupa = rupa

Prakara = perkara
Samicra = mesra

Tathapi = tetapi

Vela = bila

6.Kesusasteraan
- Kesusasteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana & Mahabharata
Hikayat Seri Rama dpt inspirasi drp E.Ramayana
- Epik Mahabharata diberi wajah tempatan - Hikayat Pendawa Lima, H.Pandawa,
H.Panda Delima & H.Sang Boma
- Karya sastera Melayu tradisional pentingkan aspek kesenian, keromantisan,
keagungan raja-raja & menyelitkan unsur epik & mitos
- Turut diadaptasikan dlm wayang kulit.

INTERAKSI TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA

- Rekod rasmi China bertarikh 638 M mencatatkan Kedah pernah jalin hubungan
diplomatik dgn China & para pedagang Kedah berdagang ke China
- Kedah - pusat perhentian utama bg sami Buddha dr China yg belayar melalui Selat
Melaka utk ke India sekitar tahun 250 M
- Zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, hubungan diplomatik dgn China
penting agar Melaka selamat dr ancaman musuh
- Laksamana Cheng Ho bawa perutusan pengiktirafan Parameswara sbg pemerintah
kjn Melaka oleh Maharaja China
- Maharaja China hantar puterinya, Hang Li Po utk dikahwinkan dgn Sultan Mansur
Syah.
- Kelompok yg berasal drp keturunan para pengiring Puteri Hang Li Po lebih dikenali
sebagai Baba dan Nyonya @ Peranakan
- Awal abad ke-19 - setelah kedatangan kuasa British & penubuhan Negeri-negeri
Selat, berlaku pertambahan bilangan orang Cina - golongan peniaga yang berjaya
dan dikenali sbg Cina Selat @Straits Chinese

Kesan:

1. Penyebaran Agama
- Islam di Tanah Melayu di peringkat awalnya dikatakan dtg dari Tanah Besar China
ekoran hbg perdagangan
- Islam yg dtg melalui para pedagang dr Canton dan Hainan pada kurun ke-9
dibuktikan dgn penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048),
di Laren, Jawa (1082).

2. Warisan Cina Peranakan


- Dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
- Kebudayaan mereka turut mempunyai unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

- Bahasa Melayu Baba byk mengandungi perkatan Hokkien


- Cara masakan dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan menjadi kebiasaan
bagi mereka makan guna tangan
- Pakaian kebaya dan kain sarong

3. Kebudayaan
- Pertukaran barangan sbg hadiah melalui misi diplomatik perkenalkan pelbagai
tekstil (kain) dari negara China seperti kain sutera dan kain kapas, barangan
porselin, tembikar dan logam, serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu.
- Adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah

4. Perubatan dan Teknologi


- Rawatan akupuntur dan herba bertujuan menseimbangkan yin dan yang
- Perubatan herba Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 jenis mengubat penyakit
seperti asma, anemia dan kanser.
- Teh Cina ataupun green tea
- Teknologi - perlombongan, pertanian dan pertukangan
- Teknologi baru seperti penghasilan barangan termasuklah gula, kertas, kain, bahan
letupan, lilin.

TAMADUN EROPAH-TAMADUN LAIN

Perkataan Eropah berasal daripada Europe berhubung kait dengan lagenda.


- Europa anak perempuan Raja Tyre dari pantai Phoenicia (hari ini dikenali sbg
Lubnan) jatuh hati dengan Raja Zeus (yg menjelma sbg lembu jantan), dilarikan ke
Crete
Konotasi dgn melarikan puteri dari Phoenicia ke Crete memindahkan pencapaian
tamadun-tamadun lama Asia dari timur ke koloni di Laut Aegean (Davies, 1996)

Tamadun Eropah.
Empat zaman yang nyata tamadun Eropah:
1)Zaman Silam/Klasik (Yunani, Graeco-Rom; 3000 s.m)
2)Zaman Kebudayaan Aegean (Greek)
3)Zaman Penguasaan Yunani Iskandar Zulkarnain
4)Zaman Graeco-Rom/Helenistik

-Zaman Pertengahan : Awal (476 m)


-Kejatuhan Empayar Rom & kemunculan Krjn orang Gasar Charlemagne.
- Sist. Feudalisme, perkembangan agama Kristian pesat
Zaman Pertengahan : Kemuncak & Akhir (1050 m)
Kegemilangan politik, ekonomi & sosial.
- Zaman Awal Moden (1500 m)
Gerakan Renaisans & Reformasi diikuti Revolusi Sains.
- Zaman Moden (1800 m hingga hari ini).
- Zaman penyerlahan revolusi Perancis 1789.
- Revolusi Perindustrian England 1780an.

INTERAKSI CHINA DAN JEPUN

Berlaku secara aman.


Asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah diperkukuhkan identiti oleh
Tamadun Jepun.
Dari segi agama dan tulisan
- agama Buddha diperkembangkan dalam Tamadun Jepun. (Agama Shinto)
- Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun. (Hiragama
Kalakana)

Perkembangan intelektual dan kesusasteraan.


- Upacara seperti upacara minum teh dan seni taman.
- Struktur pembinaan bandar.
- Ajaran falsafah Konfusianisme seperti penekanan kepada institusi keluarga.
- Konsep mandat dari Syurga telah memperkukuhkan kedudukan Maharaja Jepun
yang dipercayai berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu.
- Sistem pemerintahan berpusat.

Nilai-nilai Universal Antara Tamadun.

1. KETERBUKAAN
-Prinsip bertolak ansur diamalkan dalam menggarap idea dari tamadun lain.
Sbg contoh tamadun Yunani berkongsi peradaban mereka dengan tamadun
India,China,Iran.
-Contoh keterbukaan Islam menerima idea luar tetapi menapisnya terlebih
dahulu.Kubah masjid berasal dari seni bina Graeco-Roman

2. KESEJAGATAN
-Mengimbangi tamadun dengan sifat semulajadi manusia dan mengiktiraf
keistimewaan manusia.
Cth:pengaruh falsafah Yunani terhadap Islam namun perbahasan tentang falsafah
dan kekuatan akal tidak dapat menandingi peranan wahyu dalam Islam.
-Keperluan manusia untuk hidup aman damai perlu diiktiraf oleh seluruh tamadun
manusia.

Persamaan antara tamadun.

Wujudnya persamaan antara Tamadun Islam dengan tamadun dunia yang lain.
Tamadun Islam turut mengandungi beberapa ciri yang terdapa tpada tamadun-

tamadun lain Tamadun Islam tetap mementingkan beberapa ciri yang bersifat
material tersebut namun diseimbangkan dengan ciri khusus yang menekankan
aspek rohaniah.

-Tamadun Islam menekankan aspek urbanisasi, revolusi pertanian,pembentukan


sistem pemerintahan dan pentadbiran,perkembangan perdagangan dan
sebagainya. Demikian juga tamadun dunia lain seperti Tamadun Lembah Indus
tamadun Hwang Ho, tamadun Mesir, Tamadun Greek, Tamadun Rom dan
sebagainya.
Kewujudan tamadun-tamadun ini sangat bergantung kepada kebolehan bangsa
pembentuk tamadun tersebut. Kebolehan bangsa Arab adalah berpegang kepada al
Quran.

-Amalan beragama, pembandaran, pengkhususan pekerjaan,inovasi teknologi dan


penulisan.

Edward L. Farmer berpendapat ciri-ciri tamadun yang mempunyai kesamaan


dalam aspek revolusi pertanian, penempatan kekal, stratifikasi sosial,amalan
beragama, urbanisasi, pengkhususan pekerjaan, inovasit,teknologi dan pengenalan
sistem tulisan.

Penyebaran teknologi pertanian


Penternakan yang mengubah tradisi kehidupan nomad
Revolusi dalam perbandaran yang menekankan aspek kemunculan bandar dan
negeri,
Stratifikasi sosial,
Kewujudan sistem pengairan,
Teknologi tembaga dan besi
Sistem penulisan.

Kehidupan bandar (Ibn Khaldun)

Jurzi Zaydan mengatakan memberi perhatiankepada iaitu pemerintahan Islam


termasuklahsistem pentadbirannya, bandar-bandar Islam,stratifikasi sosial,
perkembangan ilmu sains dan- ciri Islam dan kesenian Islam

Pembangunan dan pertumbuhan bandar telahditerima oleh kebanyakan sarjana


sebagai ramuanutama dalam melihat kelahiran Tamadun Islam.

Bandar-bandar Islam ini telah Berjaya mengembangkan Islam dan ada ikatan
dengan ekonomi

Perbezaan Antara Tamadun.

- Perbezaan ketara adalah dalam aspek teologi.

- Persoalan etika kurang mencetuskan kontroversi antaranya:

1. Alam sekitar-hidup harmoni dengan alam.


2. Keluarga-asas pembentukan masyarakat
3. Komuniti-menentukan personaliti dan identiti manusia.
4. Kerajaan-moral/akhlak sangat penting,para sarjana spt Moh-Tze,Kautilya,Mawardi
membincangkannya dlm buku masing-masing
5. Ekonomi-moral semesta
6. Pendidikan-pembinaan sifat-sifat manusia
7. Kesihatan-pandangan dan pendekatan holistik.

Anda mungkin juga menyukai