Anda di halaman 1dari 12

Konsep tamadun islam

Tamadun Islam tidak berlaku atau terbina melalui proses yang lazim seperti tamadun - tamadun lain,
tamadun islam Terbina di atas prinsip yang luhur dan merangkumi matlamat yg jelas seperti menekankan
pencapaian hidup manusia dan kesejahteraan di akhirat.

Asas-asas tamadun islam


Tamadun Islam mempunyai asas-asas yang kukuh yang membolehkannya menjadi satu tamadun yang
hebat di dunia. Antara asas tersebut adalah :
Akidah
Merupakan iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah.
Akidah merupakan asas tamadun islam yang paling utama sekali. Kekuatan akidah dapat membantu
manusia membezakan antara yang buruk dan yang baik dan dapat membina tamadun dengan cara yang
diredhai.
Syariah
Syariah pula merupakan asas Tamadun Islam yang kedua penting selepas akidah. Ia mengandungi
peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk dipatuhi dan
dilaksanakan oleh manusia. Sifatnya yang muktamad menyebabkan manusia tidak berhak mengubahnya.
Segala masalah yang timbul semasa proses pertamadunan dapat diatasi dengan adanya syariah.
Akhlak
Menurut Islam, akhlak bererti meletakkan keimanan kepada Allah dalam bentuk praktis. Segala perilaku
dan perbuatan mestilah berteraskan keimanan untuk membina tamadun yang kukuh dan disegani.
Ilmu pengetahuan
Ilmu menurut perspektif Islam hendaklah bermula dari ilmu yang sifatnya rabbani ( ketuhanan ).
Keilmuan mengikut Tamadun Islam merupakan nilai yang tidak terpisah dari Islam. Akidah Islam tegak
di atas keilmuan. Perhatian Islam terhadap kepentingan ilmu jelas di dalam Al-quran. Dalam surah Al-
Alaq, terdapat perkataan Iqra’ ( bacalah ) dan Qalam ( pena ). Ilmu yang tinggi dapat menyuburkan daya
keimanan dan pemikiran seorang pembina tamadun. Oleh kerana kepentingan ilmu memberi kebaikan
masa hidup dan mati manusia, Islam mewajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan (3).

Sumber - sumber tamadun islam


Al – Quran
merupakan sumber utama kepada kelahiran tamadun islam, Al – Quran merupakan sumber hukum yang
paling utama yang diberikan kepada manusia oleh Allah S.W.T. Selain itu, Al – Quran juga merupakan
kalam Allah yang berbentuk saranan, suruhan, larangan, kisah tauladan sumber rujukan ilmu dan
sebagainya. Seterusnya, Al – Quran mengandungi syariah islam yang merangkumi semua aspek
kehidupan, ketuhanan, ibadah, alam ghaib dan sebagainya.
Sunnah
Al-Sunnah adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu perbuatan,
perkataan dan sifat keperibadian baginda. Al-Sunnah berperanan menjelaskan perkara-perkara yang tidak
dijelaskan dalam Al-Quran. Selain itu, peranan Al-Sunnah adalah untuk memberi tafsiran bagaimana
untuk melaksanakan sesuatu yang kurang jelas di dalam Al-Quran.
Ijmak
ijmak ialah persetujuan atau permuafakatan para mujahidin umat Nabi Muhammad SAW selepas
kewafatan baginda untuk mengeluarkan hokum atau fatwa bagi mnyelesaikan masalah umat islam.
Selaraslah dengan firmah Allah SWT dalam surah an – Nisa’ ayat 59 yang bermaksud :
“ kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul, jika
kamu benar – benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih
baik akibatnya.”
Qias
Qias bermaksud penetapan sesuatu hokum yang tertentu pada masa yang lain kerana persamaan kedua –
duanya dari segi ‘ilah.
Ijtihad
Merupakan penyelesaian sesuatu isu atau masalah oleh para mujtahidin apabila terdapat beberapa masalah
baharu yang melibatkan kehidupan umat islam yang Al – Quran dan hadis hanya menyebut dalil secara
umum sahaja. Para mujtahid merupakan sekumpulan pakar atau pemikir islam yang sangat tinggi ahklak
dan ilmunya dan diberikan autoriti dalam mengeluarkan fatwa dan pendapat.
Akal atau pemikiran
Selepas Al – Quran dan sunnah, akal pemikiran pula adalah sumber kedua terpenting selepas kedua
sumber tersebut, bagi membentuk tamadun islam. Ini kerana ilmu pengetahuan yang dikuasai oleh
seseorang melalui akal fikirannya dapat menghasilkan tamadun dengan membentuk dan melahirkan
sesuatu idea yang baharu.
Tamadun lain dan penemuan baharu
Penemuan baru dalam berbagai bidang hasil penemuan dan penyelidikan boleh dijadikan sumber
Tamadun Islam. Sains dan teknologi boleh diterima selagi tidak melanggar prinsip-prinsip Islam. Warisan
yang baik boleh diambil dan diterima untuk Tamadun Islam. Contohnya bentuk-bentuk bangunan yang
berunsur / lambang sesuatu bangsa. Boleh diterima dalam Tamadun Islam setelah diubah sesuai dengan
kehendak dan acuan Islam sendiri. Banyak ciptaan-ciptaan baru dihasilkan pada zaman kegemilangan
kerajaan Abbasiah dan kerajaan Islam di Sepanyol. Sejarah membuktikan bahawa banyak monumen-
monumen tamadun daripada Greek, Rom, China, Iran dan India telah diterima sebagai sumber Tamadun
Islam, Sumber-sumber tersebut menjadi bahan pemikiran untuk menghasilkan Tamadun baru. Semua
bahan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam diterima sebagai sumber tamadun.
Penemuan dan Penciptaan Baru
Allah menganugerahkan kepada setiap hamba-Nya dengan bakat tertentu. Kepelbagaian bakat yang ada
pada manusia membolehkan mereka merekacipta sesuatu mengikut kebolehan masing-masing. Umat
Islam telah berjaya menghasilkan pelbagai ciptaan yang berpaksikan aqidah, syarak, dan akhlak serta
bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah seperti teknologi pelayaran, penyelidikan angkasa lepas (falak),
pertanian, saliran, timbangan, perubatan, dan lain-lain (Mustapha Kamal Ahmad Kassim & Zahiah Haris
@ Harith, 2012). Kreativiti umat Islam meliputi penghasilan baru dalam bidang sains dan teknologi.
Penemuan ini adalah hasil daripada penyelidikan, penjelajahan, dan penerokaan seluruh alam dari bumi
hinggalah ke angkasa lepas. Penemuan ini merupakan sebahagian sunnatullah atau undang-undang Allah.
Akhirnya, segala penemuan ini akan menghasilkan penciptaan baru yang juga anugerah Allah terhadap
manusia.
Pengubahsuauaian dan penyempurnaan semula
Pengubahsuaian dan penyempurnaan semula merupakan sumber terakhir Tamadun Islam. Umpamanya,
setelah wilayah Islam berkembang luas, umat Islam terdedah kepada pelbagai tamadun asing yang tinggi
mutunya seperti tamadun Rom dan Parsi (Iran). Mereka telah melalui pencapaian yang tinggi seperti
dalam bidang sains, perubatan, seni bina, pengurusan, dan pentadbiran. Umat Islam tiada pilihan lain,
melainkan mempelajari dan menguasai pencapaian mereka itu. Selepas itu mereka melakukan
pengubahsuaian dan penyempurnaan semula agar sesuai dengan aqidah, syarak, dan akhlak Islam. Inilah
beberapa keistimewaan dan uniknya sumber Tamadun Islam. Tamadun lain lahir daripada satu sumber
sahaja, iaitu sumber alam. Sebaliknya, tamadun Islam lahir daripada pelbagai sumber yang disebut di atas.

Matlamat tamadun islam


Hubungan Manusia dengan Allah
Manusia dapat mengenal Allah melalui rukun iman yang enam dan berhubung dengannya melalui rukun
Islam yang lima. Pelaksanaan rukun Islam yang lima membuktikan ketinggian iman dan daya kegigihan
untuk mematuhi , menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Hubungan Manusia Dengan Manusia
Allah S.W.T mengatur cara bagaimana manusia itu berinteraksi di antara satu sama lain dalam
membentuk keluarga , jiran , masyarakat , negara , ekonomi kebudayaan dan pendidikan. Pematuhan
syarak penting ke arah pembentukan masyarakat dan tamadun khalifah Allah di muka bumi.
Kesempurnaan masyarakat hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolong-menolong , kerjasama dan
perpaduan.
Hubungan Manusia Dengan Alam
Allah menetapkan bagaimana manusia harus bertingkahlaku apabila berhadapan dengan alam. Segala
yang ada di lautan dan di daratan dijadikan oleh Allah untuk kepentingan dan kebahagiaan manusia.
Penerokaan angkasa lepas , cari gali di perut bumi dan lain-lain.

Konsep tamadun melayu


Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan
secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara.
Wilayah ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan
Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi (Azam Hamzah, 1997). Menurut Tenas
Effendy (2004) Istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam dan luas. Sebahagian pengkaji
menegaskan, pada istilah Melayu terdapat dua pengertian, iaitu ‘Melayu’ dan ‘kemelayuan’. ‘Melayu’
dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu, sementara
‘kemelayuan’ mengandungi erti ‘nilai anutan’ dan ‘jati diri Melayu’. istilah Melayu juga boleh ditakrifkan
berdasarkan kriteria mengikut rumpun bangsa dan bahasanya iaitu Melayu. Pelbagai suku yang tergolong
dalam Melayu-Indonesia seperti Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau, Murut, Bugis, Sasak,
Melanau, Iban, Sulu dan sebagainya.

Sumber - sumber tamadun melayu

Tamadun Melayu mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


(a) wujudnya sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem nilai melalui etika dan moral yang
berwibawa, dikuatkuasakan untuk kemakmuran dari semua perlakuan dan tindak tanduk masyarakat
Melayu dalam segala aktiviti.
(b) kemajuan ilmu pengetuahan melalui lahir dan berkembangnya daya kreativiti dalam pencipataan sains,
teknologi, kesenian, kesusasteraan, falsafah, dan sebagainya.
(c) terdapat penempatan masyarakat Melayu di sesuatu atau beberapa kawasan yang disatukan menjadi
bandar, kota atau negara kota serta mempunyai pusat pentadbiran yang tersusun.
(d) jangka hayat tamadun Melayu yang stabil dan panjang.
(e) wujudnya sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang kukuh dalam bidang pentadbiran, ekonomi,
politik, pendidikan, agama dan sebagainya.
(f) penggunaan sistem tulisan, komunikasi dan bahasa yang sama atau serumpun.
(g) peningkatan kualiti hidup melalui pendidikan, kesihatanperekonomian
(h) terdapatnya sistem kepercayaan agama (Islam) dan amalan beragama.

Tamadun melayu asas tamadun Malaysia


Tamadun Melayu yang sedang kita saksikan sekarang ini adalah bertunjangkan kepada Tamadun Melayu
yang telah dibina sekian lama berdasarkan kepada kronologi persejarahan. Tamadun Melayu adalah
tamadun yang bersifat sejagag, dibangunkan oleh bangsa Melayu itu sendiri berteraskan bahasa Melayu,
berbudaya Melayu dan beragama Islam. Pemahaman terhadap Tamadun Melayu sebagai satu tamadun
bangsa di rantau Alam Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap Tamadun Islam. Ini kerana
kemunculan Tamadun Melayu bertitik tolak dari penerimaan Islam oleh masyarakat rantau Alam Melayu
secara keseluruhannya. Manakala Tamadun Malaysia pula dibentuk berdasarkan unsur-unsur Melayu yang
dikaitkan dengan keagamaan, keunggulan identiti diri, kesenian dan budaya, nilai politik dan perundangan.

Agama Islam

Agama Islam telah memainkan peranan yang penting dalam membina Tamadun Melayu. Tanpa kemasukan
agama Islam ke alam Melayu sudah tentunya pengaruh dan nilai Hinduisme-Buddhisme akan menjadi
anutan kepada masyarakat Melayu. Islam datang membawa perubahan secara drastik dengan menekankan
unsur-unsur akidah, akliah, persamaan sosial, keadilan, dan kemulian insan. Agama Islam yang bersifat
murunah sangat sesuai dengan jiwa dan budaya masyarakat Melayu yang bersifat lemah lembut dan saling
bertolak ansur. Dorongan belajar yang diketengahkan oleh Islam bermula dengan pengajaran membaca al-
Quran dan diselangselikan dengan membaca dan menyelongkar isi kandungan naskhah-naskhah kitab yang
telah ditulis oleh ulama terdahulu. Fahaman ini memberi ruang kepada masyarakat Melayu untuk lebih
banyak berfikir dan berdaya maju. Situasi ini telah mencetuskan fenomena baru
kepada perkembangan intelektual masyarakat Melayu. Pendidikan Islam yang bermula diistana telah
dikembangkan di masjid, madrasah, pondok, sekolah dan universiti.

Penerapan Nilai Jatidiri

Kelangsungan tamadun sesuatu bangsa terletak kepada kekuatan nilai jati diri. Jatidiri Melayu diasuh
melalui pengamalan lima rukun negara dan nilai patriotisme melalui persejarahan bangsa. Antara nilai yang
diketengahkan dan menjadi asas kepada pembentukan tamadun bangsa Melayu sebagai asas kepada
pembentukan Tamadun Malaysia seperti bertanggungjawab, jihad, istiqamah, ihsan, jujur dan ikhlas, adil,
bijaksana, bertolak ansur, cekap, produktif, dedikasi dan kerjasama. Jika diperhatikan secara halus,
pembentukan jati diri dan peribadi Melayu bertitik tolak daripada keluarga. Keluarga dilihat sebagai agen
sosialisasi utama dalam masyarakat. Apabila keluarga telah menjalankan tanggungjawab, ia telah
menyelesaikan sebahagian tuntutan dalam pembinaan ketamadunan bangsa. Oleh kerana masyarakat
Melayu telah dipengaruhi oleh Islam sebagai teras kehidupan, mereka telah menjadikan ajaran ini sebagai
nadi pembentukan nilai dan peradaban di samping nilai-nilai asal yang sedia ada dalam masyarakat Melayu
yang terkenal dengan sopan santun, hormat-menghormati, taat setia dan mesra.

Pemupukan Nilai Estetika dan Budaya

Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan dengan seni estetika seperti seni sastera, seni lagu, seni tari,
seni ukiran, seni bina, seni hias serta seni drama. Sebagai contohnya, seni bina masjid banyak menerima
pengaruh dan kesan daripada seni reka Islam daripada Timur Tengah dari reka bentuk kubah, hiasan
mimbar, dan hiasan dalamannya. Selain itu seni ukir batu nisan dengan seni tulisan khat yang dihias indah
dengan bunga kerawang, seni lukisan yang dihasilkan daripada manifistasi alam. Warisan kesenian budaya
Melayu ini juga boleh dilihat dalam pelbagai bentuk hasil seni seperti pada tenunan, arca, ukiran, dan
barang-barang hiasan rumah. Seni lagu dan muzik di Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima
pengaruh Islam di samping seni kontemporari semasa seperti muzik dakwah, nasyid, qasidah, muzik
kroncong, muzik Melayu asli dan sebagainya. Keindahan melodi dan senikata mengenai unsur-unsur alam,
kemasyarakatan dan unsur humanisme mampu meningkatkan imej dan keperibadian diri agar mendekatkan
diri kepada nilai-nilai murni. Begitu juga masyarakat Melayu terkenal dengan penciptaan peralatan seperti
rebana, kompang, kecapi, seruling, gambus, gambang, dan gong. Masyarakat Melayu juga kaya dengan
keindahan seni sastera seperti sajak, gurindam, syair, puisi, prosa, cerpen, cerita-cerita pedoman dan
nobel, juga kaligrafi tulisan Melayu klasik yang terpancar melalui tulisan
khat ayat-ayat al-Qur’an atau hadis-hadis Nabi.

Pembinaan Nilai Politik dan Perundangan

Kedatangan Islam di Alam Melayu turut merubah aspek politik dan perundangan. Pentadbiran negara mula
ditandai melalui kesulatanan Melayu Melaka. Melaka pada abad ke 13M terkenal sebagai pusat pentadiran
dan perundangan di kepulaun Melayu. Politik Islam melalui musyawwarah dalam membuat sebarang
keputusan telah diimplimentasikan disetiap jawbatan kerajaan di samping politik demokrasi dalam
menentukan dan memilih kepimpinan negara. Islam telah mempengaruhi perundangan Malaysia sejak
pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka. Sistem perundangan Islam yang dilaksana oleh Kesultanan Melaka
bukan sahaja berkisar dalam bidang kekeluargaan (munakahat), jual beli (muamalat), jenayah (jinayat) dan
kemasyarakatan (muamalat) malah melangkaui bidang-bidang sivil. Hal ini dibuktikan dengan adanya
naskhah Melayu dalam perundangan seperti Hukum Kanun Melaka, teks ini mengandungi 27 fasal undang-
undang, sementara Undang-undang Melaka yang tercatat pada naskhah yang terdapat dalam koleksi di
Muzium British mengandungi 44 fasal (Mahmood Saedon: 219). Menerusi teks ini dapat dibuat kesimpulan
bahawa undang-undang Kanun Melaka berdasarkan undang-undang Islam dari aliran mazhab Syafie,
namun unsur-unsur adat Melayu tidak dinafikan kewujudan dalam undang-undang Melayu.

Pembinaan Pembangunan Ekonomi

Dari aspek perekonomian, sekali lagi Melaka telah mencatatkan sejarah kegemilanganya dalam urusan
perdagananya dengan negara-negara penjajah daripada Eropah seperti; Belanda dan Inggeris, juga tidak
ketinggalan perdangannya dengan negara-negara daripada Timur tengah (Arab). Pelbagai jenis dan barang
perdanganan diperniagakan bagi memenuhi keperluan domistik sehingga ke peringkat antarabangsa seperti
barangan logam, rempah ratus, pembinaan, kayu kayan dan pertanian. Perkembangan pesat ekonomi
Semenanjung Tanah Melayu telah mencetuskan keperluan tenaga kerja di sektor-sektor perladangan dan
perlombongan. Bagi mengatasi masalah ini penjajah Inggeris telah membawa buruh-buruh asing khususnya
dari India dan Cina untuk memenuhi keperluan tenaga buruh. Tiga kelompok bangsa ini mudah dikenali
menerusi kegiatan ekonomi yang mereka usahakan dan penempatan warisan mereka sehingga membentuk
masyarakat majmuk. Pada tahun 1970 kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi
merapatkan jurang perbezaan ekonomi kalangan masyarakat Melayu (pertanian), masyarakat Cina
(Perniagaan) dan masyarakat India (Perladangan). Pengekspotan pertanian negara seperti timah, getah,
kelapa sawit, kelapa, juga perindusterian turut menyumbang kepada hasilnegara. Buat masa ini FELDA
dan PETRONAS menjadi peneraju utama dalam mengukuhkan pendapatan negara.

Pembinaan Institusi Pendidikan

Menurut Winstedt, bahasa Melayu sebelum kewujudan Islam di Alam Melayu ditulis dengan menggunakan
huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava, India. Manakala tulisan Jawi mulai terkenal dalam
Tamadun Melayu selepas kedatangan Islam. Huruf Arab yang berasal dari al-Qur’an telah menggantikan
huruf Kawi dan Nagari. Oleh itu, kedatangan Islam ke Alam Melayu ini telah melahirkan satu bentuk tulisan
baru bagi masyarakat rantau ini yang dikenali sebagai tulisan jawi. Tulisan ini kemudiannya telah
digunakan secara meluas dalam bidang penulisan kitab-kitab agama Islam yang menjadi medium utama
penyebaran ajaran Islam di daerah Nusantara ini. Kedatangan penjajah Inggeris dengan membawa tulisan
rumi turut menjadi cabaran kepada tulisan jawi. Pihak British enggan mengiktiraf tulisan jawi kerana ia
mirip tulisan Arab yang dikaitkan dengan agama Islam. Kehadiran Inggeris dengan misi kristianisasi telah
gagal mengubah akidah orang Melayu yang sangat kuat perpegang dengan akidah Islam tetapi telah berjaya
menggantikan tulisan jawi dengan tulisan rumi. Asas penguasaan tulis-baca inilah yang menyebabkan
institusi pendidikan terus berkembang bermula daripada pendidikan di istana, rumah tok guru, sistem
pondok, sekolah Arab/agama, pendidikan Inggeris dan seterusnya tertubuhnya sekolah rendah dan
menengah, kolej, maktab dan universiti.

Konsep tamadun China


Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau Sumeria
(Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai Indus), dan
tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cinajuga merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan
berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat
terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik
walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan
dalam proses perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain,
tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal
pada keseluruhannya.

Sumber – sumber tamadun china


Bandar dan pertumbuhan penduduk, pertanian dan perniagaan
Majority penduduk china ialah petani yang mengusahakan tanah pertanian. Penanaman bijirin seperti
gandum, jaging dan sekoi telah ditemui ditanam di tanah tinggi china seperti di dataran Loes tinggi,
manakala padi telah ditanam di lembah Sungai Yangtze di bahagian utara dan selatan china.
Kerajaan atau pentadbiran yang teratur
Wilayah di Negara china yang luas telah dikecilkan melalui system negeri yang setiap negerinya
diperintah oleh seorang maharaja yang membentuk system dinasti. Bagi memudahkan pentadbiran negeri,
telah dipecahkan negeri ke beberapa bahagian. Rakyat pula membayar cukai hasil tanaman mereka
kepada maharaja sebagai balasan keaamanan dan kesejahteraan hidup.
Organisasi sosial yang tersusun
Masyarakat china mempunyai organisasi sosial yang tersusun serta mempunyai lebih dari 56 etnik. Etnik
Han yang terkenal dengan sifat nasionalismenya merupakan etnik yang terbesar di china. Masyarakat
china juga akan menggunakan nama sebelah lelaki bagi mengekalkan identity keturunan mereka.
Manakala dari strafikasi sosial mereka, golongan pemerintah dan tentera mempunyai hirerki tertinggi dan
diikuti pengawal maharaja dan di akhiri dengan rakyat jelata.
Kemajuan sains dan teknologi
Ilmu sains dan teknologi china telah wujud seawall sebelum kota Melaka. Hal ini dapat dibuktikan
dengan kemahiran mereka dalam ilmu perkapalan. Ketika kota Melaka berada di zaman seawalnya, kaum
pedagang china telah sampai ke Melaka. Mengikut catatan, pada tahun 1720, dinasti Ming telah memiliki
1,350 kapal perang dan 400 buah kubu besar. Selain itu, kemajuan sains dan teknologi china juga dapat
dilihat dari pembinaan terusan, mencipta kompas bermagnet, pembinaan tembok besar China,
perindustrian pelaburan besi dan penciptaan senjata perang seperti meriam.
Sistem bahasa dan tulisan
Bahasa cina merupakan satu – satunya bahasa yang tidak berubah dari zaman kuno dan masih digunakan
sehingga ke hari ini. China juga hanya mempunyai satu sistem tulisan tunggal. Oleh itu, semua orang
china menggunakan satu bahasa penghantar sahaja untuk berkomunikasi dengan dialek yang berbeza.
Selain bangsa china, tulisan cina juga digunakan oleh bangsa lain di asia timur seperti Negara Jepun,
Vietnam dan Korea.walaupun mereka mempunyai bahasa sendiri, tulisan cina juga digunakan sebagai
sebahagian tulisan mereka.
Institusi agama dan kepercayaan yang wujud
Mengikut Lok Ching Hoe (1998), konfusianisme ialah agama terbesar di china seperti yang termaktub
dalam pengajaran konfusius. Asas konfusiaisme ini berasal dari tulisan klasik yang diterbitkan atas nama
konfusius. Pengajaran utama konfusius seperti yang terkandung didalam kitam Analects, menekankan
pengalaman sifat serta nilai moral yang mulia seperti perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li), kewajaran
(yi), kemaafan (zhi) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Seterusnya, agama yang telah berkembang
china adalah agama Buddhisme, agama ini telah diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (dari 563
SM hingga 483 SM). Agama ini berasal daripada india pada kurun ke-6 SM dan telah tersebar ke china
pada kurun pertama masihi. Namun setelah tersebar ke china, agama ini telah mengalami pelbagai
pengubahsuaian sehingga menjadi sistem keagamaan yang mempunyai ciri – ciri kecinaan sehingga ia
dikenali buddhisme cina. Selepas Buddhisme, agama ketiga yang berpengaruh di china ialah agama
Daoisme yang diasaskan oleh Lao Zi dan Zhuang Zi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi
serta konsep wuwei atau melakukan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Seterusnya, Moisme yang
merupakan satukepercayaan yang telah Diasaskan oleh Mo Tzu (Mozi) (479-381 SM). Konsep penting di
dalam kepercayaan ini adalah kasih sayang sejagat (jian’ai), mengecam sikap suka berperang (feigong),
menyerah kepada nasib (feiming), dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Di samping
itu, ajaran Taoisme ialah agama yang telah diasaskan oleh Laozi dan Chuang Tzu yang menekankan
keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak mengikut hawa nafsu untuk
mencapai materialistic dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi serta apa sahaja yang merugikan
dengan cara meditasi. Akhir sekali kepercayaan Legalisme yang Diasaskan oleh Han Fei dan
dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Qin. Tiga cabang utama dalam sistem
pemerintahan ini adalah kuasa (Shi), cara (Shu) dan perundangan (Fa). Aliran ini mengutamakan
pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya serta pemerintahan
berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan etika .
Pusat utama kebudayaan bangsa
Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes dan tapak kebudayaan Hemudu
terletak di bahagian bawah lembah Yangtze.
Dari aspek kenegaraan, China merupakan sebuah negara besar yang mengandungi masyarakat yang
berbilang kaum. Menurut sejarahnya, melalui proses peredaran zaman dan kerjasama antara semua kaum,
maka terbentuk suatu bangsa Tionghoa dalam erti kata nation (rninzu) yang moden, yang mengandungi
pelbagai kaum di negara China.
Pembentukan bangsa Tionghua
Melalui penemuan arkeologi dan catatan-catatan sejarah purba negara China yang begitu banyak
menunjukkan bahawa terdapat suku-suku yang berbilang kaum pada zaman Neolitik dan zaman purba
yang berikutnya. Di kalangan suku-suku im mereka tiru-meniru, berkahwin campur, bersengketa dan
berperang, dan berintegrasi, sehingga menjadi satu suku bangsa yang kuat. Seterusnya, mereka memimpin
suku-suku kecil di sekitar wilayahnya dan mendirikan negara yang berbentuk primitif. Perkembangan ini
merupakan asas kepada struktur pembentukan bangsa Tionghoa.

Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba Cina iaitu
pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang dikatakan berasal dari kawasan
loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China; kedua, kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar
dataran-dataran yang terletak di bahagian timur China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari
suku-suku bangsa di Selatan China. Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama yang
tersebut di atas, di samping suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun maka terbentuklah
suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu) pada hari ini.

Konsep tamadun India


Sejarah India sebelum 500 S.M agak kurang jelas kerana tidak banyak kajian yang dapat membantu
dalam menerangkan pembentukan Tamadun India. Tamadun India terbentuk melalui berberapa fasa
seperti yang dijelaskan oleh Azharudin Mohd Dali (2004).

Nilai tamadun india


Menurut Bahree dan Patricia (1977), Tamadun India menekankan beberapa nilai yang penting untuk
membentuk individu, memupuk semangat persaudaraan, menggalakkan sifat bertanggungjawab dan
mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Antara nilai dan kepercayaan yang menyumbangkan
kepada unsur-unsur tersebut ialah Dharma, kepercayaan kepada Tuhan, Karma, Ahimsa, Satya, perpaduan
dan sistem kekeluargaan.
Dharma
Konsep Dharma diperkenalkan untuk menandakan sifat benar individu dan masyarakat. Dharma berfungsi
sebagai konsep semula jadi atau deskriptif (sebagaimana sesuatu itu wujud atau berlaku). Dharma
masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan
oleh siapa. Dharma individu memerlukan apa yangharus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran
dan peringkat dalam kehidupan.Dharma khas bagi individu atau svadharma yang ditentukan mengikut
kedudukan (varna) dan peringkat dalam kehidupan (asrama) harus dilakukan walaupun ia tidak sempurna.
Visesa dharma merujuk kepada dharma yang dikaitkan dengan sesuatu kumpulan seperti vamadharma
(bagi vama), jatidharma (bagi jan), rajadharma (bagi raja-raja) dan stridharma (bagi isteri). Misalnya,
rajadharma meliputi tugas dan tanggungjawab yang diwajibkan bagi seorang pemerintah. Kuasa yang
dipegang oleh seorang raja dikaitkan dengan kedudukannya dalam masyarakat bukan sebagai seorang
individu berasingan atau sebagai wakil rakyat tetapi tugasnya adalah melindungi undang-undang sosial.
Rakyat mempunyai kuasa untuk menggantikan raja yang menyeleweng dalam tugasnya iaitu mengambil
cukai tetapi tidak melindungi mereka. Tugas utama raja ialah memerintah demi kebahagiaan rakyat dan
rajadharma memerlukan seorang pemerintah menganggap kebahagiaan rakyat sebagai kebahagiaannya
dan kebajikan rakyat sebagai tugas utamanya.
Kepercayaan kepada Tuhan
Dalam karya-karya Upanishad konsep ketuhanan telah dipelopori secara mendalam dan dikenali sebagai
Brahman. Brahman mempunyai dua aspek iaitu Saguna (mempunyai sifat) dan Nirguna (tanpa aspek).
Dalam aspek Saguna, Brahman adalah ketua bagi semua Tuhan, mengetahui segala-galanya dan
pemerintah bagi pemikiran dalaman. Brahman adalah pemerintah alam semesta, Dialah yang mencipta,
memelihara dan akhirnya memusnahkannya. Dialah yang mengarahkan takdir bagi semua makhluk dan
yang tinggal di dalamnya. Dia menganugerahkan kebahagiaan berdasarkan pahala dan memimpin mereka
ke arah kesejahteraan dan kebebasan, sebaliknya menghukum mereka yang jahat. Dia digelar sebagai
Isvara dan badannya adalah jumlah campuran badan di alam semesta. Dalam aspek Nirguna
kewujudannya mutlak, pengetahuannya mutlak dan kebahagiaannya mutlak tetapi kesemua ini tidak
merupakan sifat-sifatnya. Dialah yang menerangkan kesemua dan Nirguna Brahman hanya dapat
diterangkan dalam bentuk penyangkalan seperti tidak panjang dan tidak pendek, tidak terbayang atau
gelap, tiada rasa atau berbau dan sebagainya (N. Rajendran dan Ee Ah Meng,1995)..

Karma
Prinsip karma yang merujuk kepada jumlah perbuatan, ucapan, pemikiran dan tindakan seseorang dalam
kehidupan ini akan menentukan kedudukannya dalam kelahiran semula (Reincernation). Perbuatan yang
baik membantu seseorang individu mengumpulkan Punya Karma dan perbuatan sebaliknya
mengumpulkan Pava Karma. Kepercayaan bahawa seseorang yang mempunyai banyak Pava Karma akan
lahir semula dalam keadaan di mana beliau terpaksa menghadapi penderitaan supaya tidak membuat
sesuatu yang tidak baik. Jadi ini menggalakkan setiap manusia berbuat baik kepada semua makhluk di
dunia ini supaya menentukan bahawa dalam kelahiran semula kehidupannya adalah selesa. Membantu
orang lain, menderma kepada golongan miskin, mengeluarkan kata-kata yang tidak melukakan hati orang
lain, memikirkan tentang perkara-perkara yang baik dan sentiasa berbakti kepada Tuhan ialah unsur-unsur
cara hidup yang disyorkan bagi seseorang yang menuju ke Punya Karma.
Ahimsa
Ahimsa yang bermaksud tidak melakukan kekejaman, ditegaskan oleh pemikiran falsafah India bahawa
orang yang mencari kebenaran mesti mempunyai kuasa untuk mengawal emosi-emosi dan keinginan,
beransur- ansur melepaskan diri dari ikatan kepada badan. Tindakan melakukan kekejaman bukan sahaja
melibatkan manusia tetapi juga makhluk-makhluk lain. Oleh yang demikian, amalan tidak memakan
daging menjadi satu unsur penting dalam budaya India sejak zaman purba. Di dalam semua benda yang
bernyawa wujudnya roh dan perbuatan membunuh benda itu bererti mengganggu roh yang bersemadi
dalam badan itu. Ini dianggap sebagai perbuatan dosa yang menyebabkan pengumpulan Pava Karma yang
menjauh individu dari mencapai Nirvana atau pelepasan
Satya
Satya adalah kebenaran atau undang-undang mengenai kehidupan yang kekal abadi, tidak berubah dan
terdapat dalam sifat semulajadi semua manusi. Nilai Satya mempercayai bahawa wujudnya suatu kuasa
di peringkat duniawi dan kewujudannya dirasai oleh manusia, Satya juga dianggap sebagai kuasa
kebaikan. Oleh itu Satya bererti pengetahuan benar yang merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yang
benar, ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Perpaduan
Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan adalah penting kepada
kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat.
Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim.
Sistem kekeluargaan
Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu Ashrama Dharma, iaitu
tahap yang harus dilalui oleh manusia dan Purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi
setiap insan. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah:
i. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral
dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini.
ii. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan
mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.
iii. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan
tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan pakaian
ahli keluarga.
iv. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat
kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan
kerja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama.

Sumber - sumber tamadun india


Pada umumnya Stutley & Margerat (1985) menjelaskan unsur-unsur utama dalam Tamadun India
bersubjekkan kepada pengaruh Hinduisme dan Buddhisme mengenai amalan-amalan yang menjadi teras
dalam kehidupan seharian masyarakat India. Secara ringkasnya unsur-unsur utama Tamadun India adalah
seperti berikut:
Sistem Pemerintahan
Salah satu unsur Tamadun India ialah sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan Tamadun India
bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga kemasukan British ke India. Pemimpin tertinggi dikenali
sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja, Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar dan Mannar yang
dikenali sebagai Ketua Negara. Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri. Raja
dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah bakal raja. Raja biasanya mempunyai
hubungan yang rapat dengan golongan Brahmin. Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang
kuat. Unit infantry mereka adalah unit gajah dan unit kuda.
Pentadbiran Wilayah
Oleh kerana India merupakan sebuah negara juga sebuah benua yang besar maka bagi memudahkan
urusan pentadbiran negara telah dibuat secara pentadbiran wilayah. Wilayah-wilayah ini pula
dibahagikan kepada kampung-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampung (Kottam).
Apabila Britisih datang menjajah Selatan India, British telah memperkenalkan sistem ‘presidensi’ seperti
yang diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.

Agama
India mempunyai sifat multi-racial dari segi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik,
kepelbagaikan kaum ini membawa kepada kepelbagaian agama yang terdiri daripada Hindu, Buddha,
Jaina, Sikhisme dan juga Islam.

Ilmu Sains dan Matematik


Ilmu Sains dan Matematik India sangat maju setanding dengan negara-negara lain yang bertamadun. Dari
segi Fizik dan Kimia, konsep jirim diperkenalkan. Alam ini terdiri daripada 5 elemen iaitu; tanah, angin,
api, air dan angkasa. Dari segi perubatan, Tamadun India memiliki bidang-bidang perubatan seperti
Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga) reproduksi manusia, farmakalogi serta perubatan
binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta. Dari segi Matematik pula, konsep Geometri
telah digunakan dalam upacara-upacara keagamaan dan memperkanalkan sistem perpuluhan. Karya
matematik yang terkenal ialah ialah Bakshalidan Aryabhatiya. Dari segi Astronomi pula, India
merupakan pelopor bidang astronomi.

Anda mungkin juga menyukai